Anda di halaman 1dari 43

Pintu Kebenaran Yang Nyata

Dalam Perihal Rasukan, Sihir dan Al-'Ain [sejenis pukau (hypnotism)]


Pengarang: Dr. Abdullah bin Muhammad bin Ahmad El-Tayyar (Setiausaha Kementerian Bahagian Hal Ehwal Islam dan Waqaf, Dakwah dan Penerangan Bahagian Hal Ehwal Masjid Arab Saudi) Pengarang bersama; Sheikh Sami bin Salman El-Mubarak (Imam dan Khatib Masjid El-Ansar, Dimam Arab Saudi) Pembentang: Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz (Mufti Besar Kerajaan dan Menteri di Jabatan Kajian Ilmu dan Fatwa Arab Saudi)

Penterjemah: Zulkifly Sheikh Husin El-Qahery


(masterzoul@yahoo.com)

(B. H.Sc. Bahasa Arab & Kesusasteraan, UIAM)

-1-

Prakata Syukur kepada Allah yang Maha menyembuhkan segala penyakit, Yang jua menjadikan setiap sesuatu dengan qudratNya, Yang mentadbir segala urusan dengan kehendakNya, Yang Mengubah segala kejadian, dan selawat ke atas Nabi Muhammad serta para sahabat dan para tabi'in. Sesungguhnya, alam yang wujud di sekitar kita sudahpun diketahui dengan jelasnya, akan tetapi ada alam lain di luar penglihatan kita yang seharusnya kita terokai (paranormal). Oleh itu, kewujudan alam jin yang akan kita bincangkan nanti hendaklah dikaji serta diteliti berdasarkan nas-nas dan kitab-kitab kajian para ulama. Akan tetapi ramai juga di antara kita yang tidak mempedulikan pandangan-pandangan ulama bahkan mereka hanya mengikut katakata orang. Perkara ini sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan" (Surah Al-Jinn ayat:6) Dapat dikatakan manusia ini sememangnya terdedah kepada bahaya penyakit serta jarang didapati yang betul-betul terhindar darinya. Sebagaimana kata penyair Arab yang bermaksud: "Barang siapa yang hidup di dunia, maka lihatlah sejahteranya dan musibahnya" Sebagaimana kata-kata penyair lain yang bermaksud: "Lapan perkara yang sedang berjalan pada manusia, ia bertemu lapan perkara lain, Bahagia dengan hiba, pertemuan dengan perpisahan, mudah dengan susah,sihat dengan sarat" Akan tetapi, segala kemungkinan tidak akan terjadi melainkan dengan qudrat Allah S.W.T. Begitu jua dengan musibah yang melanda kita ada hikmahnya dan ganjaran dariNya. Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Nabi Muhammad dalam Hadithnya yang bermaksud: "Bangganya bagi seseorang mu'min itu kerana setiap perkara yang dilakukannya mendapat kebaikan iaitu sekiranya diberi kegembiraan lalu dia bersyukur,maka baginya kebaikan, sekiranya ditimpa bencana lalu dia bersabar, maka baginya juga kebaikan" (Hadith riwayat Muslim) Bala boleh ditolak dengan izin Allah melalui: 1- Taat kepada Allah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Nabi yang bermaksud: "Taatlah kamu kepada Allah nescaya Allah akan memeliharamu" (Hadith riwayat Attirmizi) 2- Mengenal Allah dengan penuh kerelaan dan kehambaan serta melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya, seperti yang terdapat dalam Hadith riwayat Attirmizi yang bermaksud: "Kenalilah Allah dalam kerelaanmu, nescaya Allah akan mengenalimu dalam kesusahanmu" 3- Mendekatkan diri kepada Allah dengan bersedekah kerana ia boleh menolak bala atau meringankannya sebagaimana yang terdapat dalam kitab Majma' Azzawa'id yang bermaksud: "Perbuatan baik menghapuskan yang buruk"

-2-

4- Menyerahkan pergantungan terhadap Allah sahaja dengan yakin bahawa segala yang baik dan buruk berada di tanganNya. Sehebat manapun manusia tidak mampu menepis musibah penyakit melainkan dengan izin Allah semata-mata. Oleh yang demikian, diwajibkan kepada kita mencari apa jua jalan untuk menyembuhkannya dengan syarat hendaklah ia jauh dari benda-benda haram. Hal ini dapat dibuktikan dengan Hadith Nabi yang bermaksud: "berubatlah, tapi jangan sekali-kali berubat dengan benda yang haram" (Hadith riwayat Imam Ahmad) Begitu juga dengan Hadith ini: "Tidak Allah turunkan penyakit itu melainkan beserta dengan ubatnya" (Hadith riwayat Al-Bukhari) Tujuan perbahasan 1- Pada mula sebelum penulisan ini dilaksanakan, kami bersama-sama dengan Samahah Mufti Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz. Pada ketika itu kami sedang rancak membincangkan perihal penyembuhan penyakit serta apa-apa yang berkaitan dengannya dan juga cara mengeluarkan saka, sihir dan juga rasukan akibat buatan orang. Oleh yang demikian, Samahah Mufti meminta saya menulis tetang perkara tersebut. Tentunya ia adalah satu penghormatan yang diberikan olehnya bagi saya. Kemudian datang pula Sheikh Sami bin Sulaiman al-Mubarak lalu berlakulah perbincangan tentang bab ini. Dalam pada itu, saya menceritakan kepadanya mengenai niat Samahah Mufti untuk membukukan masalah ini lantas Sheikh Sami bersetuju untuk samasama menerbitkannya. 2- Penulisan tentang bab ini amat penting memandangkan jin adalah makhluk yang mempunyai aqal serta hidup dan bercampur dengan kita tidak kira masa makan atau minum. Mereka juga boleh menyakiti kita dan merosakkan kehidupan kita. Oleh itu banyak terdapat nas-nas yang membicarakan mengenai mereka sehinggakan di dalam Al-Quran sendiri ada satu surah khas yang menceritakan perihal mereka. Maka buku ini didatangkan khas dengan dalil-dalil dan pandangan-pandangan yang disepakati serta menolak khabar yang salah dari orang-orang terdahulu. 3- Sesungguhnya mengetahui tipu helah syaitan dan sekutu-sekutunya dapat membantu kita untuk sentiasa berjaga-jaga dengan bahaya dan kemudharatan daripada mereka. Oleh itu, berpeganglah kepada perisai kekuatan iaitu taqwa kepada Allah, berlindung denganNya, mentaati suruhanNya dan meninggalkan laranganNya serta sentiasa bersama-sama dengan zikir-zikir dan wirid-wirid yang berasaskan kepada syara'. 4- Banyak sekali kitab yang berkaitan dengan bab ini, akan tetapi ia tidak menumpukan kepada sudut pengaplikasian untuk mengubat bahkan lebih kepada mengenalpasti penyakit serta mencadangkan kaedah mengubatinya. Ini berberbeza dengan apa yang kami bawakan, memandangkan kami menyatakan cara perubatan yang benar-benar menampakkan keberkesanannya. 5- Banyak aduan mengenai penyakit psikologi, gila, sihir dan santau serta apa yang datang darinya yang mengancam pesakit serta ahli keluarganya. 6- Keperluan manusia kepada memperkasakan keimanan terhadap Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Segala-galanya hendaklah berpaksikan kepada Allah dari segi pergantungan, meminta pertolongan untuk menyembuhkan penyakit dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud:

-3-

"Dan apabila aku sakit, dialah yang menyembuhkan aku" (Surah Assyu'araa' ayat 80) Hatta walaupun seseorang itu tidak menjumpai ubat untuk menyembuhkan penyakitnya hendaklah dia bersabar kerana itu Allah menambahkan pahala baginya. 7- Lahirnya ahli-ahli sihir dan penilik-penilik nasib pada hari ini menyebabkan masyarakat sentiasa bergantung kepada mereka yang kononnya mereka dapat memberi peringatan tentang bahaya yang akan berlaku pada masa hadapan dan membuka segala rahsia mereka.Akan tetapi segala kepakaran mereka yang dianggap hebat itu hanyalah kejahatan serta penipuan yang meragukan. 8- Untuk menerangkan kaedah perubatan berdasarkan syara' dan memberikan nasihat-nasihat berkenaan masalah ini kepada masyarakat. Tidak dilupakan kepada Samahah Mufti Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz atas sumbangan beliau dalam menerbitkan buku ini, begitu juga kepada insan-insan yang banyak menghulurkan bantuan. Kami juga ingin memohon maaf di atas segala kekurangan dalam penerbitan ini memandangkan yang sempurna itu hanyalah pada Allah dan yang ma'sum itu hanyalah pada Rasul. Firman Allah yang bermaksud: "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya" (Surah Annisa' ayat 82) Kami juga sekali lagi memohon maaf di atas segala ketidaksempurnaan di dalam buku ini memandangkan kami sudah pun berusaha sedaya yang mungkin serta kepada Allah kami memohon taufiq dari awal hingga ke akhirnya. Kami mengharapkan agar buku kecil ini dapat memberikan input yang bermanfaat kepda para pembaca. Akhir sekali selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta para Sahabat. Sekian. Pengarang

-4-

Pendahuluan. Tiga asas yang utama: Beriman dengan perkara-perkara ghaib, berserah kepada Qadha Allah, dan sabar di atas ketentuanNya. Akan tetapi ada yang bertanya: Apakah hubungan Iman dengan perkara ghaib, berserah kepada Qadha Allah dan sabar dengan bab yang dibincangkan ini? Jawapannya adalah: Tiga asas utama itu adalah tunjang kepada keselamatan manusia dalam apa saja perkara. Beriman dengan perkara ghaib termasuk dalam rukun Iman, ia yang menjadikan seseorang muslim itu selamat daripada semua perkara. Maka sekiranya dia mengingkari perkara ghaib, maka dia juga telah mengingkari rukun Iman yang enam. Seseorang muslim itu akan selamat sekiranya dia berpegang kepada rukun ini. Ketahuilah bahawa segala yang terjadi samada yang baik atau buruk adalah daripada Allah dan hendaklah kita tidak bersedih di atasnya. Demikian juga sifat sabar di atas ketentuanNya menjadi satu jalan penyelesaian kepada masalah hati. Memandangkan manusia sering terdedah kepada sihir, santau, penyakit psikologi, maka banyak cara digunakan untuk menyembuhkannya walaupun ada yang tidak berjaya. Oleh itu, sabar menjadi tunjang dalam perkara ini. Asas pertama: Beriman dengan perkara-perkara ghaib. Asas aqidah Islamiah yang suci adalah beriman dengan perkara ghaib memandangkan ia adalah tiang utama dalam jiwa mu'min bahkan ia adalah sifat orang yang bertaqwa. Sebagaimana frman Allah yang bermaksud: "Alif laam miim. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah 1-3) Maka wajib ke atas muslim menerima dan beriman kepada perkara-perkara ghaib yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith secara total samada memahaminya atau tidak mahupun pernah melihatnya atau tidak. Firman Allah yang bermaksud: "Barangsiapa yang memberikan syafa'at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. dan barangsiapa memberi syafa'at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Annisa' ayat 65) Begitulah manhaj para Sahabat yang sentiasa menerima perkara-perkara ghaib secara keseluruhan daripada apa yang diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Antara perkara ghaib yang diceritakan oleh Nabi ialah mengenai Malaikat yang juga termasuk dalam rukun Iman yang enam. Maka alam Malaikat adalah salah satu contoh alam ghaib secara amnya. Haruskah seseorang itu mengingkari alam ini walaupun tidak pernah melihatnya atau terlintas di fikirannya? Akan tetapi wujudnya manhaj empirikal (manhaj logik akal) yang mengingkari kewujudan makhluk seperti Malaikat dan jin. Malangnya manhaj ini tidak mempunyai hujjah yang kuat bagi menyokong saintis-saintisnya bahkan mereka tidak pernah berjaya melihatnya melalui mikroskop-mikroskop mereka mahupun tabung-tabung uji mereka. Sedangkan mereka mampu memperkatakan tentang kewujudan graviti, magnetisme dan lain-lain yang juga merupakan sesuatu yang tidak dapat dirasai melalui deria kita. Asas kedua: Beriman dengan qadha' dan qadar serta baik buruknya.

-5-

Asas ini adalah salah satu daripada rukun Iman yang enam yang tidak mungkin diabaikan oleh mana-mana muslim. Maka wajib ke atas muslim menerimanya samada yang baik atau yang buruk. Seseorang muslim itu mestilah meyakini bahawa apa yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya, mahupun menyusahkannya, akan tetapi ada rahsia yang tersimpan dalam qadha' dan qadar Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah" (Surah Al-Hadid ayat 22) Dan sabda Nabi yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa sekiranya keseluruhan umat bersatu untuk membantumu dengan sesuatu, tidak akan berjaya melainkan dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah, begitu jua sekiranya mereka bersatu untuk mengkhianatimu dengan sesuatu, tidak juga berjaya melainkan dengan apa yang telah ditentukanNya. Telahpun terangkat qalam dan keringnya suhuf (sudah tetap dan tidak berlaku perubahan pada luh mahfuz)" (Hadith riwayat Attirmizi) Asas ketiga: Sabar di atas ketentuan Allah. Firman Allah: "Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Surah Al-Baqarah ayat 155-156) Berkata Ummu Salmah R.A, aku mendengar Rasulullah berkata: Barangsiapa yang menimpa musibah maka dia berkata apa yang disuruh Allah iaitu "daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, ya Allah berikanlah ganjaran kepada kami di atas musibah yang melanda kami dan tinggalkanlah kami kebaikan darinya" lalu Allah memberi ganjaran itu dan kebaikan darinya. (Hadith riwayat Muslim) Sudah adat kehidupan mesti dipenuhi dengan keresahan, kesusahan, penderitaan dan musibah seolah-olah ketawa hanya satu hari dan menangis pada hari-hari yang lain. Oleh yang demikian, hendaklah bagi muslim itu menyerahkan segala keresahan, penderitaan dan musibah kepada kesabaran sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kamu memberikan balasan, Maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu akan tetapi jika kamu bersabar, Sesungguhnya Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar" (Surah Al-Nahl ayat 126) Kesabaran adalah separuh daripada Iman sebagaimana kepala dengan jasad. Daripada Abu Yahya Suhaib R.A. telah berkata Rasulullah S.A.W. "Hebatnya setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang mu'min, bahawa setiap perkara mendapat kebaikan. Sekiranya mendapat kegembiraan lalu bersyukur, maka baginya satu kebaikan, dan sekiranya ditimpa musibah lalu bersabar, maka baginya satu kebaikan"

Jin dan hakikatnya serta penerangan.

-6-

Alam jin adalah suatu alam yang lain daripada alam manusia dan malaikat. Antara jin dan manusia terdapat kuasa yang sama dari segi sifat kehendak (kehendak untuk memilih kebaikan atau keburukan), aqal dan taklif ibadat kepada Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada ku" Pada asalnya, jin adalah dari golongan "ruh" (jisim yang tidak dapat dilihat) yang beraqal serta berhajat kepada taklif sebagai mana taklif manusia. Ia makhluk yang tidak dapat dirasa dengan deria, tidak juga dapat dilihat bentuk mereka yang sebenar. Bentuk mereka boleh berubah-rubah, begitu juga mereka makan, minum dan berkahwin. Mereka juga akan dihisab di akhirat kelak. Menurut Imam Syaukani: "Mereka (jin) adalah jisim-jisim yang beraqal serta tidak dapat dilihat, diciptakan dari api udara" Maka tidak mungkin dilihat bentuk mereka secara kasar. Allah berfirman yang bermaksud: "Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia Telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya kami Telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orangorang yang tidak beriman" (Surah Al-A'raf ayat 27) Jin adalah makhluk yang kurang qudratnya serta lebih rendah martabatnya daripada manusia. Sheikh Abu Bakr Al-Jazairiy telah berkata: Sesungguhnya jin walau setinggi mana pun keimanan tetap martabat mereka rendah daripada manusia sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah memuliakan bani Adam serta kami bawa mereka di daratan dan lautan dan kami kurniakan rezeki dari segala yang baik dan kami lebihkan mereka daripada apa yang kami ciptakan dengan semulia-mulia kelebihan". Tidak terdapat manamana nas dari Al-Quran atau Sunnah yang melebih-lebihkan Jin. Oleh itu, manusia adalah semulia-mulia makhluk dari segi kekuatan berbanding Jin. Adalah tidak patut bagi manusia meminta pertolongan daripada kaum Jin memandangkan Jin adalah makhluk yang lemah pada hakikatnya. Sekiranya manusia meminta pertolongan daripada mereka, nescaya mereka merasakan yang mereka lebih hebat dan kuat daripada manusia. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan" (Surah Al-Jinn ayat:6) Boleh dibuktikan juga apabila manusia bertawassul atau menyeru dengan nama-nama penghulu-penghulu Jin, mereka dengan rasa hina mengikut arahan manusia sekiranya manusia itu benar-benar beriman dengan Allah. Adapun manusia tanpa Iman, Jin yang soleh adalah lebih baik darinya. Begitu juga dengan orang-orang kafir, bahkan lebih hina dari segi kekuatan daripada binatang ternakan. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya tidaklah mereka melainkan seperti binatang-binatang ternakan bahkan lebih sesat hala tujunya" (Surah Al-Furqan ayat 44) Sebab dinamakan dengan "jin".

-7-

Di namakan "jin" kerana kalimah jin bermaksud 'sembunyi' atau 'terlindung', iaitu terlindung dari penglihatan. Jin boleh melihat manusia akan tetapi manusia tidak mampu melihat mereka. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka" (Surah Al-A'raf ayat 27) Maksudnya manusia tidak mampu melihat Jin dalam bentuk yang sebenar, tetapi mungkin boleh dilihat dalam bentuk jelmaan yang lain seperti muncul dalam bentuk haiwan. Bila Diciptakan Jin. Jin diciptakan sebelum adanya manusia sebagaimana firman Allah: "Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami Telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas" (Surah Al-Hijr ayat 26-27) Asal Penciptaan Jin. Diciptakan Jin itu daripada api sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan kami Telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas" (Surah Al-Hijr ayat 27) "Dan dia menciptakan jin dari nyala api" (Surah Arrahman ayat 15) Sabda Rasulullah S.A.W "Diciptakan Malaikat daripada cahaya, dan dicipatakan Jin daripada hujung api, dan diciptakan Adam itu sebagaimana yang disifatkan kepadamu" Golongan-golongan Jin. Telah tetap di dalam Hadith, berkata Rasulullah yang bermaksud: "Jin itu terbahagi kepada tiga golongan; golongan yang terbang di udara, golongan berupa ular dan anjing, dan golongan yang diam dan bergerak" Sekiranya disebut Jin secara umum dipanggil Jinniy ( ,)sekiranya yang bersama manusia dipanggil A'mir ( ,)sekiranya yang biasa menyerang kanak-kanak dipanggil Arwah ( ,)sekiranya yang membahayakan dipanggil Syaitan ( ,)sekiranya yang lebih berbahaya dipanggil Marid ( ,)sekiranya yang berkuasa mengangkat batu-batu serta kejam dipanggil Ifrit (.) Ibnu Taymiyyah berkata: "Jin boleh berupa manusia dan binatang, seperti ular, kala jengking, unta, lembu, kambing, kuda, keldai, dan burung" Dan beliau berkata lagi: "Jin boleh berupa dalam banyak bentuk; anjing hitam dan kucing hitam kerana hitam adalah lambang kekuatan kesyaitanan dan kepanasan" Adakah Jin Ditaklif Untuk Mengikut Syariat Islam?. Islam adalah agama untuk semua dan berkekalan sampai bila-bila. Begitu juga ia adalah risalah untuk manusia dan jin. Oleh itu, jin juga ditaklif sebagaimana manusia. Mereka ada yang mu'min dan ada yang fasiq. Allah berfirman yang bermaksud:

-8-

"Dan Sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza" (Surah Al-Jin ayat 11) "Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air mendidih yang memuncak panasnya" (Surah Arrahman ayat 43 44) Rasulullah telah berpesan kepada kaum jin dan memberi amaran kepada mereka. Hal ini terdapat dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan (Ingatlah) ketika kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, Maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)". ketika pembacaan Telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan" (Surah Al-Ahqaf ayat 29) Bahkan tujuan utama penciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadat kepadaNya. "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku" (Surah Azzariyat ayat 56) Oleh yang demikian, dapat diketahui bahawa jin yang mu'min akan dimasukkan ke dalam syurga dan yang kafir akan dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud: "Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga (syurga bagi manusia dan syurga bagi jin)" (Surah Arrahman ayat 46) Telah terbukti dari ayat di atas yang menunjukkan jin ada yang mu'min dan ada yang kafir. Adakah kebarangkalian Perkahwinan antara Jin dan Manusia?. Ini adalah suatu permasalahan yang agak rumit. Terdapat banyak pendapat ulama tentang wujudnya perkahwinan antara jin dan manusia. Ada juga ulama yang mengatakan tidak mungkin. Perkara ini jarang berlaku dan sekiranya berlaku pun secara tidak disengajakan. Sekiranya Islam mengharuskan perkahwinan antara jin dan manusia, nescaya akan berlakunya ketidakstabilan dan kemusnahan yang lebih bahaya lagi. Begitu juga dengan terputusnya bab sadd zara'i ( ) dan bab keburukan dan fitnah. Ibnu Taymiyyah berkata lagi: "Boleh terjadi perkahwinan antara jin dan manusia, antara keduanya boleh melahirkan anak, hal ini sudah diketahui ramai. Ramai ulama yang bercakap mengenainya dan mereka tidak bersetuju dengan perkahwinan antara jin dan manusia" Ketetapan Kewujudan Jin. Sebagaimana yang telah diberitahu dalam bab-bab yang lalu, beriman dengan perkara ghaib adalah suatu yang wajib kerana ia telah jelas dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadith. Di sini beberapa dalil yang menunjukkan kepada perkara tersebut: Dalil dari Al-Quran: 1- "Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayatKu dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia Telah menipu mereka,

-9-

dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orangorang yang kafir" (Surah Al-An'am ayat 130) 2- "Dan kami Telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas" (Surah Al-Hijr ayat 27) 3- "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku" (Surah Azzariayat ayat 56) 4- "Hai jama'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, Maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan" (Surah Arrahman ayat 33) 5- "Katakanlah (hai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu bahwasanya: Telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami Telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan" (Surah Al-Jin ayat 1) Demikianlah ayat-ayat yang menceritakan perihal jin. Adapun Al-Quran tidak pernah menceritakan sesuatu yang mustahil kewujudannya. Dalil dari Hadith: Sabda Rasulullah S.A.W "Diciptakan Malaikat daripada cahaya, dan dicipatakan Jin daripada hujung api, dan diciptakan Adam itu sebagaimana yang disifatkan kepadamu" Dalil dari aqal: Sesungguhnya aqal tidak menolak wujudnya alam ghaib kerana terdapat banyak benda yang wujud di dalam dunia tidak mampu untuk dilihat dengan mata kasar akan tetapi boleh dirasa kehadirannya. Tidak semestinya benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar adalah sesuatu yang tidak wujud. Muhammad Rashid Redha berkata: Sekiranya kita berpegang kepada konsep "sesuatu yang tidak dapat dilihat tidak mungkin kewujudannya", tidak mungkin seseorang penyelidik itu menjumpai benda dan tenaga yang tidak dapat dilihat dan juga tidak mungkin dijumpai kuman-kuman yang halus pada penyakit oleh doktor-doktor. Sesungguhnya kemuncak aqal manusia adalah kelemahan untuk mengetahui perkara-perkara ghaib, dan sesungguhnya kemuncak kejahilan adalah yang mengingkari perkara-perkara yang telah ditetapkan melalui ayat-ayat Allah dan keajaibannya dengan mendakwa bahawa perkara tersebut tidak boleh dicapai dengan aqal manusia. Sesungguhnya setiap yang berkaitan dengan alam ghaib seperti jin dan malaikat mesti diimani berdasarkan apa yang diwahyukan kerana dengan berpandukan aqal sahaja kita mungkin menyeleweng dalam memahami perkara-perkara tersebut. Begitulah yang kita lihat tamadun barat mengagungkan tamadun kebendaan. Berapa ramai orang Islam sendiri menyeleweng dari aqidah mereka disebabkan mereka lari dari Al-Quran?! Tempat-tempat jin dan kawasan-kawasan yang sering dihuninya. Sesetengah mendakwa jin tinggal di perut bumi yang dalam dan mereka juga adalah penghuni bumi. Sebenarnya mereka tinggal di atas permukaan bumi di kawasan-kawasan berikut: 1- Gurun-gurun, tempat-tempat pembuangan najis dan wadi-wadi dan tempat perkumpulan kaum-kaum Arab. Ini dapat dibuktikan dengan Hadith Rasulullah bagaiman beliau berjumpa dengan jin-jin di tempat-tempat tersebut dan Rasulullah berdakwah dan menyeru kepada mereka kepada Allah.

- 10 -

2- Tempat-tempat buangan najis, perkuburan dan tempat-tempat terdapatnya makanan. 3- Bilik air. Rasulullah pernah berpesan: Apabila salah seorang daripada kamu pergi ke bilik air (tandas) maka hendaklah dia mengucapkan:


4- Celahan-celahan dan lubang-lubang serta gua-gua. Seperti yang diriwayatkan oleh Annasai'. Nabi berkata jangan antara kamu kencing di lubang-lubang. Mereka bertanya, kenapa tidak boleh kencing di lubang-lubang? Nabi menjawab: sesungguhnya lubang-lubang itu adalah tempat jin. 5- Jin juga tinggal di rumah-rumah kediaman manusia. Jenis ini dipanggil 'Amir. Diriwayatkan oleh Muslim tentang kisah seorang pemuda Ansar yang mendapati ada jin di rumahnya dalam bentuk ular. Nabi berkata: Di Madinah terdapat sekumpulan jin yang memeluk Islam dan barang siapa melihat sesuatu kelibat daripada jin ini (bentuk-bentuk jelmaan daripada jin) maka hendaklah memberitahunya (menghalaunya) sebanyak 3 kali. Sekiranya ia menjelma, maka bunuhlah kerana ia sebenarnya adalah syaitan. 6- Tempat-tempat unta berehat untuk minum. Terdapat Hadith yang mana Rasulullah bersabda: Sembahyanglah kalian di tempat-tempat minum kambing/ biri-biri tetapi janganlah bersembahnyang di tempat-tempat minum unta. 7- Tempat-tempat yang lama ditinggalkan. 8- Kuburan-kuburan. Berkata Ibn Taimiyyah: Terdapat banyak runtuhan dan padang pasir dan terdapat tempat pembuangan najis seperti tandas-tandas begitu juga kuburan-kuburan. Ada sheikh-sheikh yang berdamping dengan syaitan keadaan mereka seperti syaitan dan tidak mendapat rahmat Allah. Mereka selalu berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Ternyata tempat-tempat itu adalah tempat tinggal syaitan. 9- Pasar-pasar. Sebagaimana yang kita ketahui, tempat ini berlakunya percampuran antara lelaki dan wanita serta bermacam-macam perkara yang diharamkan. Oleh yang demikian, Rasulullah pernah menasihati seorang sahabat supaya tidak menjadi orang yang pertama berkunjung ke pasar dan orang yang terakhir keluar darinya kerana ia adalah medan peperangan syaitan dan di situ jugalah mereka menaikkan bendera mereka. Waktu-waktu Jin berkeliaran. Menurut sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah menasihati para Sahabat dengan mafhumnya: Apabila tiba waktu malam atau matahari terbenam, hendaklah kamu jaga anak-anak kecil kamu kerana syaitan pada waktu itu berkeliaran, sekiranya telah menjelang malam hendaklah kamu tutup pintu-pintu dan menyebut nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak boleh membuka pintu yang tertutup, tutuplah bejana minuman kamu dan sebutlah nama Allah, tutuplah segala bekas serta menyebut nama Allah dan sekiranya perlu matikan semua lampu kamu. Dan ini adalah tempat-tempat dan waktu-waktu yang biasa jin berkeliaran, oleh itu kepada muslim supaya berlindung dengan ayat-ayat atau zikir-zikir ketika berhadapan dengan situasi begini. Pelindung Setiap manusia harus mencari jalan untuk perindungan dan keselamatan daripada segala musibah dunia dan ketidakstabilan dalam kehidupan. Tiada halangan dari segi syara' mahupun 'aqal dalam mencari pencegahan kerana pencegahan itu sebenarnya lebih baik daripada mengubati. Bahkan Islam sendiri menyarankan agar umatnya menjaga 5 perkara: Diri, harta, maruah, agama dan 'aqal.

- 11 -

Maka wajib muslim itu mencari pencegahan yang berasaskan syara' bertunjangkan Iman dan amal salih. Apabila seseorang itu mengambil pencegahan tersebut, bermakna dia juga telah mengambil pencegahan untuk azab pada hari kiamat. Oleh yang demikian, muslim tersebut juga telah berjaya menyelamatkan dirinya daripada segala kejahatan dan bala dunia sebagaimana yang telah disebut oleh Ibnul Qayyim yang bermaksud: Tiadalah kejahatan dan penyakit di dalam dunia melainkan disebabkan oleh dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Cara pencegahan daripada kejahatan-kejahatan dunia terbahagi kepada dua: 1) Cara pencegahan melalui benda (material) 2) Cara pencegahan melalui kaedah ketuhanan (syara') Apapun cara, sesuatu pengubatan itu berjaya dengan izin Allah sahaja. Akan tetapi masyarakat sekarang sering menyalahgunakan cara yang diajar oleh Rasulullah daripada zikir-zikirnya dan doa-doa. Cara menolak kejahatan sebelum terjadi dan selepas terjadi Daripada cara-cara tersebut: 1) Merealisasikan tauhid yang suci terhadap Allah. Ia terbahagi kepada tiga bahagian: (a)- Tauhid Rububiyyah: Mengaku Allah sebagai tuhan serta pentadbir bagi segala perkara. Setiap makhluk beserta langit, bumi, bintang-bintang, binatang-binatang melata, pokok-pokok, lautan-lautan dan segalanya tunduk dengan kekuasaan Allah. Sekiranya seseorang hamba telah berjaya merialisasikan tauhid ini, maka secara tidak langsung dia akan meminta pertolongan dan bantuan daripada Allah sahaja dalam apa saja musibah yang melandanya. Sebagaimana yang difirmankan: "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, Maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Yunus, Ayat 107) (b)- Tauhid Uluhiyyah: Mengaku Allah sahaja sebagai tuhan yang patut disembah dan tiada selainNya. Sekiranya seseorang hamba telah berjaya merialisasikan tauhid ini, maka secara tidak langsung dia akan mengharap, bertawakkal, meminta pertolongan dan menyerahkan ketakutannya kepada Allah sahaja. Oleh yang demikian dia berjaya menjauhkan dirinya daripada ibadat yang selain Allah contohnya; melakukan penyembelihan untuk jin dan sebagainya. (c)- Tauhid Asma' wa Sifat: Mengaku Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan kekuatan dengan yakin serta tanpa penyelewengan atau merosakan tauhid ini. Sekiranya seseorang itu berjaya menguasai tauhid ini, dia akan mengharapkan kepada Allah sematamata serta tunduk dan bertawassul kepadaNya dalam apa jua doa dan permintaan. Sebagaimana yang terjadi dalam kisah Nabi Ayub A.S. ketika beliau memohon penyembuhan dari Allah: "Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), Sesungguhnya Aku Telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua penyayang" (Surah Al-Anbiya, ayat 83) Oleh yang demikian, dengan berpegang kepada ketiga-tiga jenis tauhid tersebut dapat mencegah daripada segala jenis kejahatan sekeliling kita.

- 12 -

2) Pelindungan melalui Al-Quran dan Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa" (Surah Al-An'am, ayat 153) Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan agar mengikuti jalanNya (Al-Quran dan Sunnah) kerana ia adalah satu-satunya jalan yang sampai kepadaNya dalam menentukan apa jua kejayaan, kegembiraan, kebahagian, keamanan dunia dan akhirat. Oleh itu tidak boleh seseorang hamba itu mengingkari jalan ini yang demikian itu menyebabkannya terjerumus ke dalam kesesatan dan kecelakaan. 3) Taqwa kepada Allah serta kembali kepadaNya. Allah berfirman yang bermaksud: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar". (Surah Attallaq, ayat 2) Dengan taqwa kepada Allah, seseorang Muslim itu bebas daripada bala bencana dari segala kejahatan dunia. Setiap kali Muslim seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah secara senyap dan terang maka Dia akan mengangkat segala bala dan kejahatan dengan izinNya. 4) Tawakkal kepada Allah dan bergantung kepadaNya serta menyerahkan urusan kepadaNya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (Surah Attallaq, ayat 3) Begitu juga apabila melihat kisah Nabi Ibrahim A.S. ketika beliau dibakar hidup-hidup. Beliau mengucapkan: Hanya cukup bagiku Allah dan dia adalah sebaik-baik tempat berserah. 5) Mendekatkan diri kepada Allah beserta taubat dan menghindari maksiat dan dosa. Allah berfirman: "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahankesalahanmu)". (Surah Assyura, ayat 30) Dengan mendekatkan diri kepada Allah beserta taubat, menghindari maksiat dan dosa, dapat menghidari daripada bala, dan kejahatan dengan izin Allah. 6) Mentaati Allah. Seseorang yang menjaga Allah iaitu mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya nescaya Allah akan menjaganya. Terdapat satu Hadith yang bermaksud: "Jagalah Allah nescaya Allah akan menjaganya. Sekiranya kamu bermohon maka mohonlah kepada Allah. Sekiranya kamu meminta pertolongan mintalah dari Allah. Ketahuilah bahawa sekiranya keseluruhan umat bersatu untuk membantumu dengan sesuatu, tidak akan berjaya melainkan dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah, begitu jua sekiranya mereka bersatu untuk mengkhianatimu dengan sesuatu, tidak juga berjaya melainkan dengan apa yang telah ditentukanNya. Telahpun terangkat qalam dan keringnya

- 13 -

suhuf (sudah tetap dan tidak berlaku perubahan pada luh mahfuz)" (Hadith riwayat Attirmizi)

7) Amal soleh sebagai ketaatan kepada Allah. Allah berfirman yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan". (Surah Annahl, ayat 97) 8) Istiqamah atas agama Allah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindungpelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Fussilat, ayat 3032) 9) Menjaga solat terutamanya solat Subuh. Allah berfirman yang bermaksud: "Peliharalah semua salat(mu), dan (peliharalah) salat wusta. Berdirilah untuk Allah (dalam salatmu) dengan khusyu'. (Surah Al-Baqarah, ayat 238) Daripada Jundub bin Sufian R.A., Rasulullah telah berkata bahawasanya sesiapa solat subuh maka dia berada dalam penjagaan Allah. 10) Mengeluarkan sedekah dan membuat yang ma'aruf serta menunaikan hajat manusia. Sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah dengan mafhumnya: Sesungguhnya sedekah itu menghapuskan kemarahan Allah dan menolak kejahatan. Oleh yang demikian, sedarilah bahawa dengan bersedekah dapat mengurangkan kejahatan serta menghapuskannya. Namun begitu, seseorang Muslim itu mesti ikhlas dalam bersedekah kerana ia meninggalkan kesan yang besar bagi mengubat penyakit dan meleraikan segala kesulitan sebagaimana yang terdapat dalam sebuah Hadith yang bermaksud: "Ubatilah orang-orang yang sakit antara kamu dengan bersedekah" Oleh itu, bersedakah dan membuat amal kebaikan dikira penyembuh dalaman yang memberikan kita kesenangan dan kemenangan daripada segala musibah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan". (Surah Al-Hajj, ayat 77) 11) Membersihkan rumah daripada gambar-gambar dan patung-patung. Hal ini penting kerana Malaikat tidak akan memasuki rumah yang menyimpan gambar atau patung. Maka rumah yang tidak dimasuki Malaikat mudahlah syaitan-syaitan untuk menghuni rumah tersebut. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk Malaikat dalam sesebuah rumah yang di dalamnya tersimpan patung-patung dan gambar-gambar"

- 14 -

12) Membiasakan amalan membaca Al-Quran, ayat-ayat tertentu serta zikir-zikir dan wiridwirid. Amalan-amalan ini memberikan kesan yang besar dalam menolak segala kejahatan dengan izin Allah. Sebagai contoh dalam kisah Nabi Yunus ketika ditelan oleh ikan paus, Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Nescaya dia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu sampai hari kebangkitan". (Surah Assaffaat, ayat 143-144) Ibnul Qayyim berkata, di dalam zikir tertentu yang mempunyai 100 faedah, antara faedahnya ialah dapat menghalau syaitan serta menahannya dan menghapuskannya. Allah S.W.T. telah menurunkan Al-Quran dengan pelbagai surah dan ayat yang terkandung segala pelindung daripada syaitan dan kejahatan-kejahatan dunia.

Beberapa surah dan ayat Al-Quran serta zikir-zikir untuk menghalau syaitan. 1) Surah Al-Baqarah. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. daripada Rasulullah berkata: "Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur-kuburan sesungguhnya syaitan membenci rumah yang dibaca di dalamnya Surah Al-Baqarah" (Hadith riwayat Muslim) 2) Kelebihan membaca ayat Kursi sebelum tidur. Dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi nescaya Allah akan bersamamu sebagai penjaga dan syaitan tidak akan mendakatimu sehingga terbit subuh" 3) Membaca dua ayat akhir dari Surah Al-Baqarah menyelamatkan dari kejahatan yang membahayakan. Dalam suatu Hadith yang bermaksud: "Dua ayat akhir dari Surah Al-Baqarah; barangsiapa membacanya pada waktu malam akan menyelamatkannya dari kejahatan yang membahayakannya" 4) Membaca dua M'uzatain dan Qul huwallahu ahad (Surah Al-Ikhlas) menyelamatkan dari kejahatan yang membahayakan. Rasulullah berkata dalam sebuah Hadith yang bermaksud: "Bacalah Qul huwallahu ahad, dan ma'uzatain ketika kamu berada pada waktu petang, malam dan paginya sebanyak tiga kali akan menyelamatkan kamu daripada segala bahaya" Samahah Mufti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz berkata: dan bacalah tiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada awal pagi selepas solat subuh dan malamnya selepas solat maghrib.

5) Bacaan ketika awal pagi dan lewat petang.

(( ))
sebanyak 3 kali. 6) Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan. Berkata Abu Dawud bahawasanya Rasulullah ada menyebut:

- 15 -

"Jangan diucapkan kepada syaitan itu 'celakalah kamu wahai syaitan' kerana apabila kamu berkata demikian, syaitan itu akan membesar sehinggakan sebesar rumah akan tetapi ucaplah kalimah 'bismillah' yang demikian itu syaitan tersebut akan menjadi kecil sehinggakan sebesar lalat" Banyak kes rasukan yang kami dapati, antaranya ialah mereka yang membuat pekerjaan tanpa mengucap kalimah 'Bismillah' (menyebut nama Allah) contoh dalam perbuatan yang paling remeh iaitu membaling batu. Apabil seorang pesakit ditanya setelah sembuh dari rasukan, dia menjawab 'ketika saya membaling batu, saya tidak menyebut nama Allah'. Oleh yang demikian, kita hendaklah menyebut nama Allah dalam apa saja perbuatan contohnya ketika membaling sampah, ucaplah 'Bismillah..'.

Langkah-langkah khas untuk berlindung dari Jin dan syaitan. 1) Berlindung dengan Allah dari syaitan berfirman yang bermaksud:

((.))

Allah

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, Maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui".(Surah Fussilat, ayat 36) 2) Berlindung dengan kalimah-kalimah Allah dari kejahatan makhluk setiap kali masuk tempat kediaman. Rasulullah berkata yang bermaksud: "Barangsiapa yang memasuki tempat kediamannya kemudian mengucapkan

""
nescaya tidak akan diancam oleh apa jua kejahatan atau bahaya sehinggalah dia keluar" Samahah Mufti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz berkata: pada waktu malam dan siang serta pada ketika memasuki tempat kediaman samada bangunan-bangunan atau padang pasir atau di udara atau lautan. Sebagaimana yang diketahui, jin sering tinggal di padang-padang pasir kering, jalan-jalan laluan ke bukit. Oleh yang demikian, seseorang Muslim itu haruslah mengambil langkah pelindungan dengan bacaaan-bacaan ini. 3) Berlindung dengan kalimah-kalimah Allah apabila berada dalam ketakutan. Abu Dawud

dan Attirmizi dan Ibnussani meriwayatkan daripada Amru bin Syu'aib daripada bapanya dari datuknya bahawasa Rasulullah S.A.W. mengajar bacaan ketika takut:

" "
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Katakanlah: "Ya Tuhanku Aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan Mu'minun, ayat 97)

(." Surah Al-

- 16 -

Apabila manusia berada dalam keadaan ketakutan, jiwa dan hatinya akan menjadi lemah demikian itu memudahkan syaitan menguasainya. Oleh itu disuruh supaya membaca doa ini bagi memohon pelindungan dengan Allah dari kehadiran syaitan pada saat ketakutan tersebut. 4) Bacaan ((

.))Dibaca 100 kali sehari.


5) Bacaan untuk menghalau syaitan ketika masuk rumah (menyebut nama Allah). Rasulullah bersabda dalam Hadithnya: "Apabila masuk seseorang itu akan rumahnya maka dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka berkata syaitan: Tiada bagi kita rumah dan makanan. Apabila seseorang itu memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, maka berkata syaitan: Kita telah ada rumah. Begitu juga sekiranya dia tidak menyebut nama Allah ketika makan maka syaitan berkata: Kita telah ada rumah dan makanan!" 6) Bacaan untuk menghalau syaitan ketika keluar rumah. Rasulullah bersabda dalam Hadithnya: "Barangsiapa ketika keluar dari rumahnya berkata

(())
maka dia telah terselamat dan diberi hidayah serta dijauhkan dari syaitan" 7) Bacaan untuk menghalau syaitan ketika berjima'. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sekiranya seseorang antara kamu yang ingin mendatangi isterinya, hendaklah dia mengucapkan (( ,)) maka yang demikian sekiranya pasangan itu mampu menghasilkan zuriat, syaitan tidak akan memudharatkan zuriat tersebut" 8) Doa ketika masuk tandas. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim: "Rasulullah apabila masuk ke dalam tandas baginda berkata

((.))
9) Larangan kencing di lubang-lubang atau tempat-tempat rekahan. Rasulullah berkata: "Jangan antara kamu yang kencing di celah-celah rekahan (lubang)" Ini kerana tempat-tempat seperti itu adalah kawasan para jin. 10) Bacaan untuk menghalau syaitan ketika marah. Rasulullah mengajar mengucapkan kalimah ((

)) ketika marah.

Al-Mass (Gangguan jin) Pengertian Al-Mass (Gangguan jin). Gangguan jin terhadap manusia dari luar atau dalam tubuh atau kedua-duanya sekali, ia lebih ringan dari Assar'u (rasukan). Jenis-jenis Al-Mass

- 17 -

1) Al-mass secara keseluruhan: Rasukan dan gangguan jin (menguasai) seluruh tubuh, maka terjadinya kekejangan saraf. 2) Al-mass yang sebahagian: Gangguan jin terhadap anggota-anggota tertentu seperti bahagian badan sahaja atau kaki sahaja atau juga lidah. 3) Al-mass yang berterusan: Gangguan jin terhadap jasad seseorang dalam masa yang lama. 4) Al-mass yang berkeliaran: Gangguan jin dalam tempoh yang pendek seperti gangguan semasa tidur (ditindih oleh jin). Tanda-tanda terkena al-mass. Bagi yang telah terkena al-mass ini, ada tanda-tandanya: 1) Tanda apabila dibacakan azan ke telinga pesakit. Apabila dibacakan azan atau apa-apa bacaan ke telinga si pesakit, biasanya dia akan terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Akan tetapi tidak semua kes si pesakit akan pengsan. Kadang-kadang si pesakit akan kekejangan dan kadang kala pula tidak. Kadang kala si pesakit akan meraung ketika jatuh pengsan dan ada kalanya tidak dengan hanya matanya memandang ke atas, atau ke kanan ataupun ke kiri. 2) Tanda-tanda ketika pesakit dalam keadaan sedar. Hendaklah diketahui bahawa tidak semua pesakit yang mempunyai tanda al-mass ketika sedar. Ia kadang kala berkaitan dengan penyakit-penyakit lain seperti psikologi, urat saraf dan sebagainya. Akan tetapi tanda-tanda yang biasa adalah: - Insomnia (penyakit tidak boleh tidur) dan selalu merasa bimbang atau murung. - Sering kali berseorangan - Sakit kepala yang teruk - Malas yang melampau dan sering hilang tumpuan - Seolah-olah kelihatan dirasuk dan kekejangan - Tidak mementingkan kebersihan

3) Tanda-tanda ketika pesakit dalam keadaan tidur. Begitu juga dengan tanda-tanda ini, tidak semestinya pesakit yang mempunyai tandatanda ini dikira terkena al-mass. Kebiasaannya pesakit yang telah terkena al-mass mempunyai tanda-tanda berikut. - Gangguan semasa tidur (ditindih oleh jin) - Mimpi yang menakutkan seperti melihat kucing hitam atau melihat hantu dan sebagainya. - Ketawa yang kuat atau menangis atau juga berteriak semasa tidur.

Keadaan-keadaan apabila jin telah memasuki tubuh manusia. 1) Apabila seseorang itu dalam keadaan marah yang amat dasyat, bermakna dia telah dimasuki jin. 2) Ketakutan yang keterlaluan. 3) Kegembiraan yang keterlaluan. 4) Lupa segala-galanya. 5) Tenggelam dalam syahwat. Assar'u (rasukan).

- 18 -

Pengertian Assar'u: Penyakit yang menghalang anggota psikologi (otak dan saraf) dari berfungsi serta tidak merasa apa-apa seolah-olah kaku (kerana telah dirasuk). Ibnu Hajar berkata, penyakit ini akan menyebabkan tersekatnya angin di dalam tubuh sehingga si pesakit tidak sedarkan diri. Si pesakit akan kelu dan kaku serta hilang tumpuan, seolah-olah otaknya dikawal oleh sesuatu yang lain. Si pesakit juga tidak sedar apa yang dilakukannya contohnya, si pesakit akan berjalan terhuyung hayang kerana otaknya seolah-olah tidak boleh mengawal pergerakannya. Begitu juga dengan perasaannya yang sudah hilang dan deria-derianya tidak lagi berfungsi pada ketika itu. Jenis-jenis Assar'u. 1) Assar'u disebabkan jin. 2) Assar'u disebabkan penyakit. Buku ini akan menumpukan kepada jenis yang pertama, iaitu Assar'u disebabkan oleh jin. Masalah Assar'u ini terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah serta ijma' dan kata-kata ulama. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila" (Surah AlBaqarah, ayat 275). Begitu juga dalam Hadith Nabi yang diceritakan oleh 'Ata bin Abu Rabb'ah: Telah berkata Ibnu 'Abbas: Tidakkah kamu melihat seorang wanita dari ahli syurga? Lalu aku menjawab, ya. Beliau berkata lagi: Inilah perempuan berkulit hitam yang telah datang kepada Nabi dan berkata: Sesungguhnya aku telah dirasuk dan aku menyedarinya, maka tolonglah berdoa untuk aku. Rasulullah berkata: Sekiranya engkau sabar, syurga bagimu dan sekiranya engkau mahu juga, aku akan berdoa kepada Allah agar menyembuhkanmu. Wanita itu menjawab: Baiklah aku akan bersabar Dalam Hadith Nabi yang lain baginda telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak adam melalui saluran darah" Para ulama juga ada membicarakan bab ini. Ibnul Qayyim berkata: Aku melihat Sheikhku, Ibnu Taimiyyah mengutuskan jurucakap jin kepada yang terkena rasukan (Assar'u). Lalu jurucakap jin itu berkata: Sheikh berkata kepadamu (jin) keluarlah! Sesungguhnya engkau tidak dibenarkan begini. Mungkin jin yang memasuki tubuh si pesakit itu adalah yang merbahaya (Marid) sebab itulah dikeluarkan dengan memukulnya. Selepas itu, si pesakit tersebut terus sedar. Akan tetapi si pesakit tidak langsung merasai apa pun kesakitan. Sebab-sebab Assar'u. 1) Sebagai ujian daripada Allah kepada hambaNya. Allah berfirman yang bermaksud: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada kamilah kamu dikembalikan". (Surah Al-Anbiya, ayat 35) 2) Sebagai balasan daripada Allah disebabkan hamba itu melakukan dosa dan maksiat. Allah berfirman yang bermaksud:

- 19 -

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahankesalahanmu". (Surah Assyura, ayat 30) 3) Disebabkan oleh keasyikan, sifat yang suka memuja-muja atau mengagungkan secara berlebihan terhadap sesuatu atau berada dalam keadaan syahwat. 4) Atas tujuan membalas dendam atau menghargai. Sekiranya seseorang itu telah mengganggu tempat kediaman jin contohnya kecing di lubang-lubang, rekahan-rekahan atau juga ada di antara kita yang mencurahkan air panas di tempat-tempat tinggal jin, maka jin dengan sifat kejahilannya akan membalas dendam dengan Assar'u. Kejahilan jin dan kekejamannya tidak mengira manusia itu mengetahui bahawa tempat yang dia telah kencing itu adalah tempat tinggal jin atau tidak. 5) Pengkhianatan oleh puak-puak jin yang bodoh. 6) Disebabkan oleh sihir. Kadangkala dengan sihir yang menggunakan Assar'u boleh dikatakan punca juga. Sebagai contoh seseorang yang ingin mengkhianati sahabatnya. Lalu dikenakan sihir ke atasnya dengan menggunakan Assar'u (menghantar jin untuk merasuknya).

Perihal mengubati penyakit-penyakit ini. Apa jua penyakit tidak kira datang dari makhluk halus atau penyakit luaran, kita hendaklah bergantung kepada Allah sebagai ubat yang asas dalam merawat perkara-perkara yang dianggap luar biasa ini. Wajib diketahui bahawa rahmat Allah yang paling penting kerana dengan rahmatNya sahaja dapat mendekat diri kita kepadaNya. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia Ini dan di akhirat; Sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: "Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami". (Surah Al-'Araf, ayat 156) Allah tidak pernah menurunkan apa jua penyakit melainkan ada ubatnya. Rasulullah bersabda: "Tidak Allah turunkan penyakit itu melainkan baginya ubat" (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Kesan Al-Quran dalam mengubat penyakit-penyakit. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian". (Surah Al-Isra', ayat 82) Al-Quran adalah sebaik-baik ubat. Al-Quran boleh meresap ke dalam hati-hati yang sakit (sifat munafiq, syirik dan sebagainya). Sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya:

- 20 -

"Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman". (Surah Yunus, ayat 57) Banyak lagi Hadith-Hadith Nabi yang menceritakan tentang mujarabnya Al-Quran dalam perubatan. Jenis-jenis perubatan. Ibnul Qayyim berkata: Rasulullah berubat dengan menggunakan tiga perkara: (1) Perubatan semulajadi (2) Perubatan kerohanian (ketuhanan) (3) Gabungan kedua-dua perubatan di atas

Perubatan kerohanian. Perubatan yang menggunakan kaedah-kaedah syara' melalui Al-Quran dan Sunnah. Jenis-jenis pengubatan melalui jampi (bacaan-bacaan): - Jampi mengikut syara': Syarat-syaratnya: (1) Hendaklah menggunakan kalimah-kalimah Al-Quran, nama-nama Allah serta sifatsifatNya. (2) Hendaklah dalam bahasa Arab atau bahasa dan ayat-ayat yang difahami. (3) Hendaklah yakin dengan sepenuh hati bahawa jampi tersebut tidak akan berhasil dengan sendiri melainkan dengan izin Allah. Haram sekali-kali mengunakan jampi yang berbentuk sihir sebagaimana larangan daripada Rasulullah S.A.W: "Bukan dari umatku barangsiapa yang meramal nasib untuk dirinya mahupun untuk orang lain atau menenun masa depan untuk dirinya mahupun untuk orang lain atau mengamalkan sihir untuk dirinya mahupun untuk orang lain" (4) Tidak sekali-kali menjampi dalam keadaan yang diharamkan sebagaimana dalam keadaan berjunub, di kubur-kuburan atau di tandas. Langkah-langkah penting. Pertama: Perkara-perkara yang mesti ada pada si pengubat: 1) Iktiqad yang baik (menjaga aqidahnya). Adalah satu kemestian bagi si pengubat melengkapkan dirinya dengan aqidah yang benar serta menjauhi apa saja perkara-perkara bid'ah dan syirik. Sebaik-baik aqidah ialah yang berpaksikan kepada kepercayaan sepenuhnya kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud: "dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman". (Surah Al-Maidah, ayat 23) Begitu juga dengan keyakinan seseorang pengubat itu, hendaklah dia menanamkan dalam dirinya bahawa sembuh itu berada di tangan Allah dan begitu jualah sebaliknya. Allah berfirman: "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, Maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. dia memberikan kebaikan itu kepada siapa

- 21 -

yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(Surah Yunus, ayat 107) 2) Keikhlasan pada niat kerana Allah serta berniat baik. Suatu kemestian pada si pengubat ialah keikhlasan ketika membaca bacaan-bacaan jampi terhadap pesakit iaitu dia tidak sesekali mengharapkan wang ringgit, kemasyhuran akan tetapi dia mengharapkan ganjaran daripada Allah. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa menghilangkan satu kesusahan saudaranya di dunia, maka Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di akhirat" (Hadith riwayat Muslim) Begitu juga dalam Hadith yang lain, Rasulullah menitikberatkan niat dalam segala hal sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat, dan setiap manusia itu dikira dari niatnya" 3) Menunaikan keta'atan serta menjauhkan dari maksiat. Setiap kali seseorang pengubat membacakan bacaan-bacaan atau zikir-zikir jampi dan pada ketika itu hatinya dekat dengan Allah, maka kesan terhadap bacaan untuk menyembuhkan penyakit itu amatlah besar. Allah berfirman yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) Maka syaitan Itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya". (Surah Azzukhruf, ayat 36) Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang mesti dibiasakan oleh seseorang pengubat itu seperti berkelakuan baik dan sopan, sentiasa menunaikan solat berjemaah, sentiasa bersedekah, bersifat amanah dan selalu bersabar dalam apa jua masalah. 4) Menjauhi perkara-perkara yang haram. Sebagai contoh berada berdua-duaan dengan wanita bukan mahram dengan alasan pengubatan. 5) Selalu mengajak kepada mendekati Allah. Kebanyakan pesakit yang ditimpa musibah disebabkan jauhnya mereka dari Allah. Telah berkata Ibnul Qayyim: Kebanyakan yang dirasuki makhluk halus adalah berpunca dari kurangnya pegangan agama dan rosaknya hati serta lidah dari menyebut kalimah-kalimah zikir atau pelindung yang diajar oleh Rasulullah. Oleh yang demikian, mendakwah si pesakit supaya kembali kepada Allah adalah sangat penting sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orangorang yang menyerah diri?" (Surah Fussilat, ayat 33) 6) Menyimpan segala rahsia pesakit serta tidak menghebohkannya. Tidak dibenarkan sekalikali bagi seorang pengubat itu menceritakan perihal pesakitnya kepada orang lain dengan menyebut namanya dan sebagainya kerana hal ini mungkin akan menjatuhkan maruahnya. Oleh itu, Nabi berpesan supaya setiap orang yang dirujuk oleh pesakit itu menyimpan rahsia identiti pesakit serta bersifat dipercayai. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa menutup rahsia (aib, kehormatan dan sebagainya) seseorang muslim itu, maka Allah akan menutup rahsianya di akhirat kelak"

- 22 -

7) Mengetahui selok-belok penyakit yang dialami pesakit. Sebagaimana yang sering diucapkan bahawa mengenalpasti penyakit adalah sebahagian daripada mengubatinya. Antara cara-cara mengenalpasti penyakit adalah melalui: - Firasat: Yang dimaksudkan dengan firasat ini ialah keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara dalaman melalui luaran. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda". (Surah Al-Hijr, ayat 75) - Melalui pertanyaan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan penyakit yang dialami oleh pesakit: Dengan bertanya si pesakit atau ahli keluarganya dapat sedikit sebanyak membantu dalam penyembuhannya. - Melakukan uji kaji terhadap pesakit berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu dan orang-orang terdahulu 8) Mengetahui hakikat jin dan keadaannya. Hal ini adalah untuk membantu si pengubat supaya tidak takut kepadanya mahupun ancaman darinya. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan".(Surah Al-Jin, ayat 6) Dari itu juga, si pengubat hendaklah mengetahui bahawa syaitan itu sangat lemah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah sekutu-sekutu syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah". (Surah Annisa', ayat 76) Diketahui juga bahawa jin itu hanya banyak berbohong dan tidak berkata benar dalam segala hal. 9) Melegakan diri si pesakit dan keluarganya. Sesungguhnya penyakit yang dialami pesakit menyebabkan dia tidak yakin pada kekuatan dirinya. Oleh itu, sebagai pengubat hendaklah menasihati si pesakit dengan kata-kata semangat dan sokongan moral supaya dengan kekuatan pada dirinya untuk melawan penyakit itu bertambah kuat. Kedua: Perkara-perkara yang mesti ada pada orang yang diubati. Sebagaimana yang perlu ada pada orang yang mengubati, begitulah juga perkara-perkara yang disebutkan di atas perlu juga ada pada orang yang diubati seperti iktiqad yang suci, ikhlas niat kerana Allah, berusaha menuju ketaatan kepadaNya serta menjauhkan dari maksiat dan juga perkara-perkara yang haram. Ibnul Qayyim berkata: Penyembuhan penyakit tertakluk kepada dua pihak iaitu dari pihak yang mengubati dan yang diubati. Disamping perkara-perkara di atas, beberapa perkara lain juga perlu diambil kira oleh orang yang diubati:

- 23 -

1) Berpegang kepada prinsip bahawa berjaya atau gagalnya sesuatu perubatan itu adalah bergantung kepada Allah serta tidak menyeleweng dariNya. Allah berfirman yang bermaksud: "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, Maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Yunus, ayat 107) Ini adalah kerana banyak pesakit yang terlalu bergantung kepada hatinya (keraguan, syak, tidak yakin dan sebagainya) daripada bergantung kepada Allah yang demikian itu akan menjuruskannya kepada syirik khafi (tidak dapat dilihat). Ada juga pesakit yang terlalu bergantung kepada orang yang mengubati sehingga mereka membuat perbandingan antara yang hebat dan tidak. 2) Hendaklah bagi orang yang diubati itu bersabar. Yang demikian itu dapat menguatkan lagi jampi (doa, bacaan dan zikir) dan bukan dengan tidak bersabar dalam mengharapkan penyembuhan yang segera. Menerima upah dari pengubatan. Ada beberapa Hadith yang menceritakan perihal memberi dan menerima upah dari pengubatan. Rasulullah mengharuskan penerimaan upah darinya. Ia adalah suatu perkara yang halal malah tiada syubhah langsung padanya. Akan tetapi masyarakat sering kita tersalah anggap bahawa "menerima" bukan bermaksud "meletakan harga" pada pengubatan yang diusahakan. Hal ini mesti diambil serius kerana kebanyakan pengubat zaman sekarang ini melihat wang ringgit daripada keikhlasan yang sebenar kepada Allah. Perkara ini amatlah tidak patut memandangkan ia tidak mendatangkan keberkatan pada jampi, bacaan atau zikir yang digunakan dalam pengubatan itu. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pengubat itu diberi upah, hendaklah ia berjaga-jaga kerana ditakuti upah yang diberi dapat mengaburinya daripada bersifat ikhlas dan taqwa. Sebaik-baiknya bagi pengubat itu sekiranya dia memilih untuk tidak menerima upah tersebut kerana ganjarannya lebih besar di sisi Allah. Beberapa bahaya dalam pengubatan (Jampi). 1) Sesungguhnya masyarakat hari ini menyangka bahawa orang yang pernah menyembuhkan sesuatu penyakit dengan jayanya adalah yang terhebat. Jadi tersebarlah berita kehebatan si pengubat ke segenap tempat. Lalu mereka menganggap bahawa si pengubat itu tadi mempunyai kuasa luar biasa. Hal ini sangat merbahaya serta hendaklah dijauhi. 2) Sesungguhnya syaitan itu apabila dia melihat populariti seseorang pengubat itu terhadap kehebatannya dalam penyembuhan, syaitan dengan sukacitanya akan memberi bantuan kepada si pengubat itu tanpa disedari. Sebagai contoh apabila seseorang pengubat itu cuba untuk mengeluarkan makhluk halus dari tubuh seseorang, syaitan akan segera keluar darinya untuk menguatkan lagi keyakinan masyarakat bahawa si pengubat ini adalah yang terbaik. Jadi secara tidak langsung, syaitan telah meracuni pemikiran masyarakat daripada bergantung kepada Allah, bahkan lebih bergantung kepada kehebatan si pengubat itu tadi. 3) Gejala meninggi diri dan menunjuk-nunjuk oleh si pengubat menjadi suatu masalah besar dalam masyarakat kita. Apabila melihat saja orang ramai berpusu-pusu menuju kepada

- 24 -

seseorang pengubat itu, maka dia secara tidak langsung dianggap hebat. Oleh itu, perasaan bongkak dan angkuh menyelubungi jiwa si pengubat menyebabkannya hilang sifat keikhlasan. 4) Gejala mengambil upah berleluasa dikalangan si pengubat. Pengubatan yang syirik. Pengubatan yang tidak bertunjangkan Allah sebagai contoh, menjampi dengan nama-nama jin, Malaikat, para Nabi dan orang-orang soleh. Ini adalah kerana si pengubat menyeru dan berdoa kepada yang disebutkan selain dari Allah. Hal ini adalah terang-terangan perbuatan syirik yang besar kepada Allah. Begitu juga bacaan-bacaan (jampi) yang bukan bahasa Arab atau apa-apa bacaan yang tidak difahami maksudnya kerana ditakuti terjerumus ke dalam lembah syirik dan kufur. Tangkai azimat. Berdasarkan maksud tangkai azimat oleh Ibnu Hajar, beliau mentafsirkan kepada: tangkai manik-manik kecil atau rantai yang dipakai pada bahagian kepala. Orang jahiliyyah mendakwa bahawa azimat boleh melindungi mereka daripada wabak penyakit dan musibah. Jenis-jenis azimat. Pertama: Azimat yang ditulis padanya ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama atau sifat-sifat Allah. Ulama berselisih pendapat mengenai hukum menggantungkannya, iaitu: 1) Harus. Ada beberapa orang sahabat berpegang kepada keharusan untuk memakai tangkai azimat ini. Antaranya ialah Abdullah bin Amru bin Al-'As. Pegangan ini berasaskan dari Hadith yang menyatakan larangan memakai sebarang jenis azimat yang mempunyai unsur-unsur syirik sahaja. 2) Haram. Antara sahabat yang berpegang kepada pendapat ini ialah Ibnu Mas'ud dan Ibnu 'Abbas. Pegangan ini berdasarkan kepada Hadith yang menyatakan larangan azimat secara total (umum): "Sesungguhnya berubat (menjampi), tangkai azimat dan tangkai sihir adalah syirik" Yang paling rajih dari kedua-dua pendapat di atas ialah pendapat yang kedua. Kedua: Azimat yang bukan dari Al-Quran seperti tangkai manik dan tali serta apa saja yang ditulis padanya kalimah-kalimah yang tidak difahami atau nama-nama jin. Ini adalah jelas haram dan syirik kerana menggunakan ayat atau nama yang selain dari Allah. Sesetengah masyarakat menggantung tangkai azimat pada kereta, kawasan pintu, anak-anak mereka. Perbuatan ini adalah haram disisi syara'. Jadi, jenis yang kedua ini adalah haram dan tidak boleh digunakan oleh umat Islam. Tangkai sihir. Sejenis tangkai seperti azimat yang mungkin terdiri daripada manik-manik kecil digunakan untuk membuatkan hati suami sayang kepada isterinya. Hukumnya adalah haram sebagaimana yang terdapat dalam Hadith di atas.

Perihal menilik nasib.

- 25 -

Penilik nasib atau tukang tilik atau penenun nasib ialah orang yang mendakwa mengetahui segala rahsia kehidupan pada masa akan depan. Begitu juga ada yang berpendapat bahawa si tukang tilik mendakwa dapat membaca fikiran dan hati orang lain. Al-Bughawi berkata: Tukang tilik mendakwa bahawa dia mengetahui sesuatu dengan petunjuk-petunjuk awal. Sebagai contoh barang yang dicuri atau tempat orang sesat dan sebagainya. Dia juga yang akan menceritakan kejadian kecurian itu dengan petunjuk-petunjuk awal dan khayalan-khayalan syaitan yang disalah ertikan lalu mendakwa dia mengetahuinya. Mungkin pada ketika itu nafasnya sudah bercampur dengan nafas syaitan. Hukum berubat dengan tukang tilik, ahli sihir dan sebagainya. Haram berubat dengan tukang tilik, penenun nasib atau ahli sihir dan sebagainya. Nabi telah melarang umatnya dari berubat dengan perkara-perkara haram. Ini adalah kerana perkaraperkara tersebut adalah sekadar penipuan dan khayalan semata-mata. Oleh yang demikian, Islam mengharamkan pengubatan menggunakan cara itu. Sabda Nabi: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit beserta ubatnya dan Dia menjadikan setiap penyakit itu ada ubatnya, maka berubatlah akan tetapi jangan sesekali kamu berubat dengan yang haram" Bukan sahaja berubat dengan tukang tilik itu tadi, bahkan berjumpa atau bertanyakan soalan kepadanya demi untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, hukumnya juga haram. Begitu juga dengan mempercayai kata-katanya, termasuk dalam hukum haram bahkan ia satu cabang kekafiran sebenarnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa mendatangi tukang tilik lalu bertanyakan soalan mengenai sesuatu (mempercayai kata-katanya) maka tidak diterima solatnya selama 40 hari" Imam Nawawi berkata: Ketahuilah bahawa bertenun nasib atau mendatangkan tukang tenun nasib atau mempelajari ilmu menenun nasib ataupun juga mempelajari ilmu ahli nujum dan sebagainya, hukumnya adalah haram kerana terdapat banyak nas-nas yang sahih tentang pengharaman perkara-perkara tersebut. Bagaimana mengenali si pengubat mengamalkan sihir atau tilik nasib. Pertama: Si pengubat bertanyakan nama ibu pesakit. Soalan ini biasa ditanya dan untuk meyakinkan si pesakit, si pengubat akan bertanya nama bapa pula. Kedua: Si pengubat akan meminta daripada si pesakit untuk meninggalkan sesuatu kepadanya seperti baju atau tudung dan sebagainya. Ketiga: Mengucapkan kalimah-kalimah yang tidak difahami. Kadang-kadang si pengubat itu akan mencampurkannya dengan ayat-ayat Al-Quran untuk mengelirukan si pesakit. Sebagaimana yang kita ketahui sebelum ini, bacaan atau zikir (jampi) yang diterima syara' hanyalah dalam bahasa Arab ataupun ucapan-ucapan yang difahami maknanya. Keempat: Memberikan tangkai azimat ataupun benda-benda yang digunakan untuk tujuan pelindungan daripada makhluk halus (yang terkandung padanya huruf-huruf ataupun yang berbentuk segi empat ataupun yang mengandungi lukisan-lukisan tertentu). Begitu juga dengan hal yang sebelumnya, si pengubat akan mencampuradukan dengan beberapa patah ayat Al-Quran untuk mengelirukan dan meyakinkan si pesakit. Selepas si pengubat memberikannya kepada si pesakit untuk disimpan, biasanya dia akan memberitahu si pesakit tentang pantang larang termasuklah tidak boleh membuka tangkai azimat tersebut untuk

- 26 -

melihat isi kandungannya. Si pengubat mendakwa, kononnya dengan membuka azimat itu tadi, ia akan meletup atau tidak lagi mujarab dan sebagainya bagi membohongi si pesakit. Kelima: Si pengubat kebiasaanya akan meminta si pesakit untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi syara' seperti tidak boleh menyentuh air dalam tempoh masa tertentu atau tidak dibenarkan mandi dan sebagainya. Dengan yang demikian, si pesakit tidak juga boleh mengambil wudhu' dalam tempoh masa tersebut dan dengan serta merta tidak boleh melakukan solat. Ada juga yang tidak membenarkan bersalaman dengan sesiapa pun, ada juga yang mengarahkan si pesakit supaya menjauhi semua orang (bertapa dan ber'uzlah) dan sebagainya dengan tujuan mengelirukan serta meyakinkan si pesakit. Keenam: Memberikan kepada si pesakit benda-benda untuk ditanam di kawasan kediaman atau tempat-tempat tertentu. Begitu juga kadang kala si pengubat meminta si pesakit menyembelih haiwan-haiwan tertentu. Semua perkara di atas termasuk dalam perkara-perkara syubhah yang mesti dijauhi oleh umat Islam.

Bagaimana mengubati pesakit yang terkena al-mass (gangguan jin). Secara umumnya, si pengubat hendaklah dia sentiasa mendekatkan diri kepada Allah serta menjauhkan laranganNya. Ini adalah kerana setiap kali hatinya dekat dengan Allah, maka musuh tidak berani mendekatinya. Dan adalah lebih elok bagi si pengubat bersedia dari segi kekuatan diri dalaman dan luaran. Sebelum menjalankan penyembuhan (melalui bacaan dan zikir / jampi), hendaklah dimulakan dengan azan ke telinga si pesakit. Sebagaimana sabda Rasulullah: "Apabila azan berkumandang, syaitan akan lari berkeliaran dengan terkentut-kentut menyebabkannya tidak mendengar azan tadi" Selepas itu, hendaklah si pengubat meletakkan tangannya di atas kepala si pesakit sambil memulakan jampinya (bacaan-bacaan, zikir-zikir dan doa) dengan al-Fatihah dan 5 ayat pertama dari surah al-Baqarah. Sebaik sahaja selesai, hendaklah dibaca ayat Kursiy pula.

(Surah Al-Baqarah, ayat 255) )( )(


- 27 -

)(
)682-482 (Surah Al-Baqarah, ayat

)( )( )( )( )( )( )( )( )( )(
)01-1 (Surah Ali-Imran, ayat

)( )81 (Surah Ali-Imran, ayat )( )( )72-62 (Surah Ali-Imran, ayat )( )( )( )(


- 82 -

)75-45 (Surah Al-'Araf, ayat

)( )( )( )( )( )( )(
)15-54 (Surah Al-Isra', ayat

)( )( )(
)911-711 (Surah Al-'Araf, ayat

)( )( )( )(
)28-97 (Surah Yunus, ayat

)( )( )( )( )(
)96-56 (Surah Taha, ayat

)( )( )( )(
)811-511 (Surah Al-Mu'minun, ayat

- 92 -

)( )( )( )( )( )( )( )( )( )( )( )( )( )( )( )( )( )(
)81-1 (Surah Assaffat, ayat

)( )( )( )( )( )( )(
)43-82 (Surah Arrahman, ayat

)( )( )( )(
)42-12 (Surah Al-Hasyr, ayat

)( )( )( )(
)4-1 (Surah Al-Mulk, ayat

)( )(
)25-15 (Surah Al-Qalam, ayat

- 03 -

)(
)3 (Surah Al-Jinn, ayat

)( )( )( )( )( )(
)(Surah Al-Kafirun

)( )( )( )(
)(Surah Al-Ikhlas

)( )( )( )( )(
)(Surah Al-Falaq

)( )( )( )( )( )(
)(Surah Annas

)) (( )) (( )) ((
- 13 -

)) (( )) (( )) (( )) (( )) (( )) (( )) (( )) . (( ))

- 23 -

((

Mengeluarkan jin yang menduduki badan pesakit dan memukulnya (jin). Dari Abu Darda' R.A. katanya: Pada suatu waktu, ketika Rasulullah sedang solat, kami mendengar beliau membaca:

. Kemudian beliau membaca pula

sebanyak 3 kali sambil beliau menjangkaukan tangannya seperti orang hendak menerima
sesuatu. Setelah selesai solat, kami bertanya, "Ya Rasulullah, tadi dalam solat kami mendengar engkau membaca sesuatu yang belum pernah kami dengar anda baca sebelumnya, dan kami lihat engkau menjangkaukan tangan engkau". Jawab Rasulullah, tadi musuh Allah (iblis) datang membawa obor yang menyala yang hendak dilemparkan ke mukaku. Lalu aku membaca:

sebanyak 3 kali, kemudian aku membaca

sebanyak 3 kali.

Sesudah itu aku hendak mengikatnya. Demi Allah, kalaulah bukan kerana doa saudaraku Sulaiman, tentu ia akan terikat sampai Subuh sehingga anakanak penduduk di sini dapat menjadikan ia sebagai bahan mainan. Terdapat juga Hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi pernah bercakap dengan jin. Kata Nabi: Keluarlah wahai musuh Allah, demi Allah aku ini adalah utusanNya. Ibnul Qayyim berkata: Aku melihat Sheikhku, Ibnu Taimiyyah mengutuskan jurucakap jin kepada yang terkena rasukan (Assar'u). Lalu dia berkata: Sheikh kata kepadamu (jin) keluarlah! Sesungguhnya engkau tidak dibenarkan begini. Selepas itu, si pesakit tersebut terus sedar. Mungkin jin yang memasuki tubuh si pesakit itu adalah yang merbahaya (Marid) sebab itulah dikeluarkan dengan memukulnya. Akan tetapi si pesakit tidak langsung merasai apa pun kesakitan. Ibnul Qayyim juga ada mengatakan: Sheikh kami ada menceritakan bahawa dia pernah membacakan ayat (jampi) di telinga si pesakit yang diganggu jin. Lalu jin tersebut berkata "ya" dan meninggikan suaranya. Maka sheikh kami mengambil sebatang tongkat dan memukulnya pada urat-urat tengkok sehingga penat tangannya dari pukulan itu. Sehinggakan orang-orang yang hadir menyangka si pesakit tadi akan mati dengan pukulan itu. Semasa memukul, jin itu berkata: Aku menyukainya... lalu si pesakit itu berbalik ke kanan dan ke kiri dan berkata, apakah yang telah membawa aku kepadamu wahai sheikh?... dan atas sebab apakah sheikh memukulku akan tetapi aku tidak merasa sakit sedikit pun. Perhatian! Hendaklah diingatkan dalam masalah memukul jin yang berada di dalam badan pesakit kerana ia memberi kesan yang bahaya terutama apabila si pengubat itu tidak mengetahui cara dah kaedah memukul yang betul. Ia juga kerana ditakuti si pengubat akan segera memukul si pesakit yang disyakki dimasuki jin tanpa meyakini adakah si pesakit benar-benar dimasuki jin? Oleh itu pukulan tadi boleh mendatangkan kemudharatan yang lebih besar lagi. Kadang kala si pesakit dipukul di tempat-tempat yang berisiko dan ada juga pengubat yang menggunakan kaedah yang melampaui batas seperti mengenakan tenaga elektrik kepada si pesakit, dan hal ini adalah salah.

- 33 -

Hasil daripada keterangan-keterangan di atas, masalah memukul pesakit (sebenarnya memukul jin yang ada dalam tubuh pesakit) bergantung kepada faktor-faktor seperti masa memukul dan tempat atau bahagian yang dipukul serta jumlah pukulan. Ini adalah kerana seorang ulama pernah ditanya: Adakah harus bagi yang mengubat membaca jampi (zikirzikir, ayat Al-Quran dan sebagainya) serta mencekik dan berkomunikasi dengan jin? Maka jawapannya ialah, banyak kes seperti ini yang berlaku pada masa dahulu sebagaimana Ibnu Taymiyyah sendiri pernah berkomunikasi (berunding dan sebagainya) dengan jin dan mencekiknya serta memukulnya sehingga keluar. Akan tetapi, perbuatan yang lebih dari itu tidak pernah diceritakan. Ada juga kes si pengubat memukul si pesakit (sebenarnya memukul jin yang memasuki tubuh si pesakit) sehingga mati. Oleh yang demikian, haruslah diingat kepada si pengubat supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta memperlengkapkan diri dengan ilmu untuk membolehkannya mengubat seseorang. Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh si pengubat terhadap jin: 1) Siapa nama kamu? Apakah agama kamu? 2) Apakah sebab kamu memasuki tubuh manusia ini? 3) Adakah selain kamu yang berada dalam tubuh manusia ini? Berapa ramai? Apa agama mereka?

Bagaimanakah cara untuk berkomunikasi dengan jin?. Sebenarnya tiada cara yang tertentu untuk berkomunikasi dengan jin dan setiap pengubat itu pasti ada caranya yang tersendiri. Sebagaimana yang kita ketahui, komunikasi dengan jin yang Muslim berbeza dari komunikasi dengan jin yang kafir sebagaimana ia juga berbeza dengan Muslim yang soleh dan yang fasiq. Sekiranya didatangi dengan jin yang Muslim, maka ingatilah dia dengan pengharaman perbuatannya serta kezaliman yang demikian itu menjerumusnya kepada kegelapan hari qiamat. Sekiranya jin itu mengatakan sebab dia memasuki tubuh seseorang adalah untuk membalas perbuatan atau dendam atas kesakitan yang dilakukan oleh manusia, maka sekiranya dia (manusia) tidak mengetahui hendaklah diberitahu kepada jin tersebut bahawa manusia ini tidak tahu / tidak sengaja langsung. Dan sesiapa yang tidak tahu / sengaja maka tidak berhak untuk dihukum dan sekiranya dia (manusia) telah melakukannya di tempat tinggal dan kawasan hak miliknya, hendaklah diberitahu kepada jin itu bahawa tempat tinggal tersebut adalah miliknya (manusia) serta baginya hak untuk berbuat apa saja. Sekiranya jin itu memasuki tubuh manusia disebabkan cinta maka hendaklah diberitahu bahawa perbuatannya itu adalah haram kerana ia adalah kejahatan. Sekiranya disebabkan kejahilan, hendaklah diarahkan untuk keluar segera serta memberitahu bahawa ia adalah haram. Sekiranya disebabkan oleh sihir, hendaklah diberitahu ia adalah haram dan ia tiada hak untuk memasuki tubuh manusia. Sekiranya jin itu adalah kafir, maka hendaklah diajak kepada Islam dengan cara yang sesuai serta tiada paksaan sebagaimana Allah berfirman: "Tiada paksaan dalam agama" (Surah Al-Baqarah, ayat 256)

- 34 -

Sekiranya jin itu menerima Islam, maka hendaklah menjelaskan kepadanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam Islam serta mengajarnya dua kalimah syahadah, sekiranya jin tersebut mesih berkeras untuk menjadi kafir, maka halaulah ia keluar dari badan manusia tadi, sekiranya dia enggan juga untuk keluar, maka gunakanlah sedikit kekerasan beserta bacaan-bacaan dan zikir-zikir. Membuat perjanjian dengan jin. Terdapat beberapa pengubat yang yang membuat perjanjian dengan jin atas nama Allah supaya tidak memasuki tubuh manusia lagi. Akan tetapi selepas itu jin tersebut melanggar perjanjian tadi. Oleh itu, tidak boleh bagi si pengubat membuat perjanjian dengan jin. Terdapat Hadith yang melarang membuat perjanjian atas jaminan Allah dan Rasul kerana apabila sesuatu perjanjian dilanggar risikonya lebih tinggi dari perjanjian dengan jaminan manusia. Penawar semulajadi. Ada beberapa penawar semulajadi yang amat bermanfaat kepada kita dengan izin Allah. AlQuran sendiri telah menceritakan termasuk Hadith Rasulullah. Apabila seseorang Muslim mengambil kaedah rawatan semulajadi ini, dengan yakin serta iktikad yang kukuh terhadap Allah mestilah ada pada jiwanya. Ada juga perubatan atau penawar yang direka oleh manusia dan memberi kesan kepada penyakit. Apa saja perubatan boleh diamalkan selagi mana tidak bercanggah dengan syara'. Telah berkata Sheikh Ibnu Uthaimin: Ketahuilah bahawa ubat itu adalah sebab kepada penyembuhan dan penyebabnya (yang memberikan penyembuhan) adalah Allah. Sebab terdiri daripada 2 bahagian: 1) Sebab yang bersifat syara seperti Al-Quran, doa sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidak kah engkau tahu bahawa ia adalah penawar?" Sebagaimana Rasulullah pernah mengubati orang yang sakit dengan doa lalu Allah sembuhkan dengan izinNya dan kehendakNya. 2) Sebab yang bersifat hissiy (fizikal yang boleh dirasa oleh pancaindera) sebagaimana penawar yang berbentuk benda (material) yang sudah diketahui dengan kaedah syara' seperti madu dan sebagainya. Jenis ini pula, kesannya hendaklah dari kaedah yang serta merta (realiti) iaitu bukan dari kaedah ilusi, fantasi atau khayalan. Ini adalah kerana kaedah khayalan hanyalah menghilangkan "rasa" sakit, akan tetapi penyakit itu tetap ada. Maka tidak harus berubat dengan kaedah khayalan. Begitu juga dengan memakai rantai, tali atau benang untuk menghilangkan sesuatu penyakit kerana ia adalah bukan suatu sebab syara'. Berkata Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dalam masalah ini pada bab Tauhid: Suatu bab dari syirik ialah memakai tangkal dan tali (azimat) dan seumpamanya bagi menjauhkan bala dan menghapuskannya.. Antara penawar semulajadi yang berguna dengan izin Allah adalah seperti berikut: 1) Madu 2) Habbatussawda' (Bijian hitam) 3) Minyak zaitun 4) Air zamzam dan air hujan 5) Mandi, menyucikan dan memakai bau-bauan

- 35 -

Madu. Firman Allah yang bermaksud: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia". Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang Telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir". (Surah Annahl, ayat 68-69) Sebagaimana dalam sebuah Hadith yang bermaksud: "Penawar itu ada tiga jenis, meminum madu, berbekam dan membakar dengan besi panas. Akan tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu" Bagi menyembuhkan rasukan dengan menggunakan madu: Diminum madu itu secawan pada awal pagi setiap hari, dan pada petangnya dibaca surah AlJin pada segelas air suam yang telah dicampur dengan sedikit madu lalu diminum. Selepas itu hendaklah si pesakit itu tidur. Teruskan mengamalkannya dalam tempoh seminggu. InsyaAllah ganguan jin itu tadi dapat dihilangkan dengan kuasa Allah. Habbatussawda'. Bijirin hitam ini digunakan untuk semua penyakit. Rasulullah berkata yang bermaksud: "Berubatlah kamu dengan Habbatussawda' kerana ia mengandungi penawar untuk segala penyakit melainkan Saam (yang dimaksudkan Saam itu adalah mati)" Minyak zaitun. Pokok zaitun adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai keberkatan termasuklah buahnya. Terdapat di dalam Al-Quran tentang ini yang bermaksud: " Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun. Dan demi bukit Sinai" (Surah Attin, ayat 1-2) Begitu juga dalam firmanNya yang lain yang bermaksud: "Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan kurma. Kebun-kebun (yang) lebat. Dan buah-buahan serta rumput-rumputan. Untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakm".(Surah 'Abasa, ayat 27-32) Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan keberkatan buat tersebut. Termasuklah Hadith-Hadith yang antaranya bermaksud: "Makanlah minyak (minyak zaitun) dan gosoklah dengannya, sesungguhnya ia adalah dari pukok yang berkat" Keistimewaan minyak zaitun: Minyak zaitun yang panas dan segar dengan secukupnya boleh mengubati keracunan, membersihkan perut serta mengeluarkan ulat dalam masa yang sama boleh melambatkan

- 36 -

proses penuaan. Begitu juga ia berkhasiat untuk menguatkan gusi, mengukuhkan akar rambut, menguatkan anggota badan, dengan meminumnya dapat menyembuhkan keracunan, menyihatkan perut serta sangat baik bagi yang mempunyai masalah paru-paru. Air zamzam dan air hujan. Air zamzam adalah air yang terbaik dari semua jenis air dari segi keberkatan dan kemujaraban. Terdapat Hadith yang menceritakan kemujaraban air ini dengan kata Nabi yang bermaksud: "Sesungguhnya ia adalah makanan yang mempunyai vaksin (bahan yang melawan kuman)" Begitu juga kata-kata Ibnul Qayyim: Aku dan lain-lain telah mencuba mengubat dengan air zamzam, lalu ia (air zamzam) berjaya mengubati pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah. Adapun air hujan, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan kami telah turunkan dari langit air yang penuh berkat" (Surah Qaaf, ayat 9) Mandi, menyucikan dan memakai bau-bauan. Mandi amat disuruh oleh Rasulullah pada setiap tujuh hari. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Aku suka dunia mu dihiasi dengan wanita dan wangi-wangian..." Ibnul Qayyim ada menyatakan bahawa bauan yang sedap itu adalah makanan jiwa (Roh), manakala jiwa (Roh) itu adalah tunggangan kekuatan, dan kekuatan itu akan bertambah dengan bau-bauan sebagaimana dia juga bermanfaat kepada otak, hati, seluruh anggota batin serta dapat melapangkan dada dan memudahkan pernafasan. Sesungguhnya Rasulullah memperbanyakkan wangi-wangian dan amat tidak suka kepada bau-bauan busuk. Begitu juga kata imam Assyafie': Empat perkara yang menguatkan badan, iaitu memakan daging, mencium bau-bauan yang sedap, memperbanyakkan mandi selain daripada mandi disebabkan jima', dan memakai kattan. Wangi-wangian yang berkhasiat dengan izin Allah: Gaharu: Rasulullah pernah membakar kayu gaharu untuk mengeluarkan baunya yang wangi. Jenis gaharu yang terbaik ialah yang hitam dan yang biru serta keras yang mengeluarkan minyak manakala yang kurang elok ialah yang ringan dan yang mudah terapung. Menggabungkan dua cara pengubatan. Nabi pernah bersabda: "Hendaklah kamu berubat dengan dua jenis perubatan ini; madu dan Al-Quran" Ada ulama yang berpendapat bahawa gabungan dua jenis perubatan itu ialah perubatan manusia dan perubatan yang berasaskan ketuhanan (Al-Quran dan Hadith). Perkara-perkara yang tidak boleh ditinggalkan dalam pengubatan.

- 37 -

Adapun pelbagai cara yang disebutkan di atas sebelum ini, akan tetapi mestilah diingatkan bahawa ada beberapa perkara lain yang perlu dijaga dan diamalkan dalam amalan perubatan: 1) 2) 3) 4) 5) Menjaga sembahyang lima waktu. Sentiasa berdoa dan berharap pada Allah. Bersifat sabar. Melawat orang yang sakit dan cuba menenangkannya serta mendoakan kesihatannya. Mengeluarkan sedekah dan berbuat baik kepada orang lain (terutamanya kepada pesakit).

Ada beberapa doa yang berkesan untuk menyelesaikan masalah, penyakit dan sebagainya.

. . . .
Sihir. Makna: Mentera, jampi dan benda-benda berbentuk tali azimat dan sebagainya yang memberi kesan terhadap hati dan badan seseorang. Antara tujuan amalan ini adalah seperti membunuh, memutuskan ikatan antara suami isteri, merampas suami atau isteri seseorang dan sebagainya. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya dan mereka itu (ahli sihir) tidak mampu sebenarnya memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah". (Surah Al-Baqarah, ayat 102) Begitu juga Allah menyebut: "Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul" (Surah Al-Falaq, ayat 4) Yang dimaksudkan dengan "menghembuskan" ialah kejam. jin-jin dan roh-roh yang jahat dan

Banyak ayat dari Al-Quran yang menceritakan perihal kewujudan sihir. Antaranya ialah: 1) "Maka tatakala mereka melemparkan, mereka menyulap mata orang dan menjadikan orang ramai itu ketakutan, serta mereka mendatangkan sihir yang besar (mena'jubkan). (Surah Al-'Araf, ayat 116)

- 38 -

2) "Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), Maka dari jalan manakah kamu disihir (ditipu)?". (Surah Al-Mu'minun, ayat 89) 3) "Pemuka-pemuka kaum Fir'aun berkata: "Sesungguhnya Musa ini adalah ahli sihir yang pandai (hebat)". (Surah Al-'Araf, ayat 109) Sejauh manakah kebenaran kewujudan sihir? Sihir adalah suatu yang benar-benar berlaku dan ia betul-betul memberi kesan. Firman Allah: "serta mereka mendatangkan sihir yang besar (mena'jubkan)". (Surah Al-'Araf, ayat 116) Ulama bersepakat bahawa sebab turunnya surah Al-Falaq adalah rentetan daripada kisah Labid bin Al-A'sam yang telah menyihir Rasulullah akan tetapi beliau disembuhkan oleh Allah dengan sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku". Maka dengan itu, telah tetaplah kewujudan sihir sejak dahulu lagi bahkan ia juga telah wujud sejak lahirnya manusia di alam ini. Imam Annawawi telah berkata: Benarlah bahawa sihir itu wujud, ada sebahagian manusia yang mengamalkannya, seluruh ulama mengharamkannya dan ia terbukti dalam Al-Quran dan Hadith. Hukum mempelajari sihir. Hukum mempelajarinya adalah kafir. Ini disebabkan sihir menggabungkan bantuan syaitan serta tunduk kepadanya dengan mengambil pakai benda-benda atau perkara-perkara yang haram samada disedari atau tidak. Maka haram secara total bagi seseorang muslim mempelajari ilmu sihir. Dalilnya: 1) "sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kufur".(Surah Al-Baqarah, ayat 102) Kufur di sini merujuk kepada sesiapa yang mempelajari sihir. 2) Rasulullah bersabda: "Jauhilah tujuh benda yang paling berbahaya... antaranya adalah sihir" 3) Imam Annawawi berkata: Perbuatan sihir adalah haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar. Hukuman terhadap pengamal sihir. Hukum terhadap pengamal sihir ialah pancung kepala sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jundub R.A., sabda Nabi: "Hukuman terhadap pengamal sihir ialah dengan pancung menggunakan pedang" Begitu juga yang ditulis oleh 'Umar bin Al-Khattab R.A. dua bulan sebelum daripada kewafatannya yang berbunyi: Hukum bunuhlah terhadap semua pengamal sihir lelaki dan perempuan. Imam Malik berkata dalam kitab Muwatta': Sesungguhnya Hafsah isteri Rasulullah pernah mengarahkan untuk membunuh seorang hamba perempuan yang telah menyihirnya (isteri Rasulullah), maka dia pun dibunuh.

- 39 -

Taubat pengamal sihir. Ulama berselisih pendapat dalam permasalahan ini. Mazhab Imam Ahmad berpendapat bahawa pengamal sihir hendaklah dihukum bunuh tanpa diminta bertaubat dan pendapat ini disokong oleh Malik dengan pendapatnya bahawa Sahabat-Sahabat tidak pernah meminta pengamal sihir yang dijatuhkan hukuman bunuh untuk bertaubat. Akan tetapi Ahmad berpendapat bahawa pengamal sihir diberi peluang untuk bertaubat. Sekiranya dia bertaubat, maka terlepaslah daripada hukuman dan dilepaskan. Ini disokong oleh Imam Assyafie' yang berpendapat bahawa dosa orang yang mengamalkan sihir tidak lebih daripada dosa syirik. Sedangkan orang yang syirik dosanya lebih besar diberi peluang untuk bertaubat inikan pula pengamal sihir. Apapun pendapat, yang penting pengamal sihir yang diberi kemaafan (diberi peluang untuk bertaubat) hendaklah benar-benar bertaubat kerana hal ini adalah antara dia dan Allah. Sekiranya dia insaf dan sedar serta bertaubat dengan taubat nasuha, Insya Allah, taubatnya akan diterima. Langkah-langkah pencegahan daripada terkena sihir. 1) Zikir-zikir dan bacaan-bacaan pelindung. (Pengarang telah menyebut tentang zikir ini pada bab yang lalu). Ibnul Qayyim berkata: Apabila hati manusia itu penuh dengan zikrullah, doa-doa dan bacaan-bacaan pelindung serta tidak terpesong darinya, maka hal ini menjadi penghalang besar kepada sihir untuk menyerangnya. Ia juga berguna sebagai penyembuh sihir... 2) Tamar 'Ajwah. Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas R.A.: Barang siapa memakan tujuh biji buah tamar 'ajwah pada waktu pagi, terhindar daripada mudharat racun dan sihir. 'Ajwah adalah sejenis kurma yang kehitam-hitaman dari Madinah berasal dari tanaman Rasulullah. Dengan keberkatan tanaman Nabi ini, ia bermanfaat kepada penyembuhan. Begitu juga dengan dua pelepahnya yang berguna ketika diletakkan di atas dua buah kubur orang yang diazab, Insya Allah dengan keberkatan Rasulullah dapat mengurangkan azab tersebut. Al-Khattabiy berkata: 'Ajwah bermanfaat ke atas racun dan sihir. Ia adalah kerana keberkatan doa Nabi ke atas tanaman ini (tamar madinah) bukan kerana khasiat yang ada pada buahnya. Imam Annawawi berkata: Dalam Hadith, pengkhususan lebih kepada tamar 'ajwah yang berasal dari Madinah sahaja dan tidak termasuk tamar lain. Begitu juga pengkhususan bilangan buah tamar yang harus dimakan iaitu sebanyak 7 biji. Hanya Allah dan RasulNya sahajalah yang mengetahui rahsia disebalik bilangan tersebut. Langkah-langkah untuk mengubati sihir. Dua cara untuk menghilangkan (membuang) sihir: 1) Dengan cara yang diharamkan oleh syara' seperti berjumpa dengan pengamal sihir, tukang tilik dan sebagainya lalu meminta mereka menyelesaikannya. Cara ini jelas bertentangan (haram). 2) Cara yang dibenarkan syara' seperti: (a) Dengan cara mengeluarkannya (sihir) serta menghapuskannya. Cara ini adalah yang terbaik.

- 40 -

Cara yang terbaik adalah dengan membulatkan niat yang ikhlas kepada Allah serta berdoa kepadaNya untuk mendapat petunjuk (tempat/ benda/ sesuatu yang telah menyihirnya. Ini disokong oleh kisah Rasulullah yang disihir, beliau telah berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan tempat/ benda/ sesuatu yang mengakibatnya disihir. Maka Allah telah memberitahu Rasulullah lalu baginda pun membuangnya. Ada yang bertanya, Rasulullah berjaya membuang sihir tersebut melalui wahyu dari Allah. Jadi sebagai orang biasa, bagaimanakah Allah memberitahu kita? Jawapannya ialah melalui mimpi. Allah akan menunjukkan kita tempat/ benda/ sesuatu yang menyebabkan kita disihir. Selepas itu, hendaklah kita berusaha mencarinya untuk membuang dan menghapuskannya (sihir). Haruslah diingat bahawa mimpi kita itu hendaklah menepati atau sama dengan apa yang dilihat dalam pencarian (tempat/ benda/ sesuatu) kita. Ada juga kaedah lain melalui jin yang ada dalam tubuh pesakit (yang terkena sihir). Contohnya seseorang pengubat membacakan ayat tertentu (Al-Quran dan doa-doa) ke atas pesakit itu lalu jin yang ada dalam tubuhnya berkata-kata dan memberitahu tempat/ benda/ sesuatu yang mendatangkan sihir ke atas tubuh pesakit tersebut. Hal ini pernah berlaku kepada seorang perempuan yang disihir. Selepas itu, pengubat membacakan ayat dan doa-doa tertentu. Lalu jin di dalam tubuhnya bersuara. Pengubat lantas bertanya kepada jin tersebut dan ia memberitahu bahawa ada sesuatu di rumahnya. Benda tersebut ditanam bawah sebatang pokok lalu bapa saudara kepada pesakit itu mengali dan membuangnya. (b) Mengeluarkan jin (yang masuk disebabkan sihir) dari tubuh pesakit yang terkena sihir. Hendaklah orang yang disihir menggunakan jin itu dibuang jin dari tubuhnya. Cara membuangnya dengan membaca ayat-ayat serta doa-doa yang diharuskan oleh syara'. Insya Allah, kami akan terangkannya selepas ini. (c) Mengeluarkan hasil kumuhan dari tubuh pesakit atau berbekam. Imam Annawawi memberi maksud "kumuhan" iaitu membuang najis dalam perut, muntah, mengeluarkan darah (berbekam), dan perpeluhan (mengeluarkan peluh). Proses ini hendaklah dilakukan pada anggota yang disihir. Kaedah yang seumpanya adalah dengan berbekam. Rasulullah juga pernah berbekam di kepalanya setelah beliau disihir. Waktu yang paling sesuai untuk berbekam ialah berdasarkan Hadith Rasulullah yang bermaksud: "Barang siapa yang berbekam pada hari 17, 19, dan 21, maka dia sembuh daripada segala penyakit" (d) Jampi dan bacaan-bacaan yang diharuskan oleh syara'. Ayat-ayat, doa-doa dan bacaan-bacaan pelindung bertujuan menyembuhkan penyakit termasuklah sihir dan seumpanya. Jenis-jenis jampi dan hukumnya. i- Jampi yang menyerupai sihir, iaitu dengan bantuan makhluk seperti jin dan syaitan.

- 41 -

ii- Jampi melalui ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir serta benda-benda yang boleh dijadikan ubat mengikut syara'. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz menyatakan bahawa: Antara cara mengubat sihir terutamanya lelaki ketika tidak boleh mendatangkan isterinya, hendaklah dia mengambil 7 helai daun pohon bidara yang hijau dan ditumbuk. Selepas itu, daun tersebut dimasukkan ke dalam bekas dan dicampur air untuk dibuat mandi. Maka hendaklah dibacakan pada air campuran daun itu ayat-ayat berikut: (a) Ayat Kursiy. (b) Surah Al-Kafirun. (c) Surah Al-Ikhlas. (d) Surah Annas (Dibaca sebanyak 3 kali). (e) Surah Al-'Araf, ayat 117-119.

)( )( ()
(f) Surah Yunus, ayat 79-82.

)( )( )( () . )( )( )( )( ()
(g) Surah Taha, ayat 65-69 Selepas selesai membaca ayat-ayat di atas, air tersebut hendaklah diminum dan selebihnya digunakan untuk mandi. Insya Allah, amalkan beberapa kali sehingga sembuh. Al-'Ain (sejenis pukau atau hypnotisme). Maksud al-'ain: Seseorang yang memandang orang lain dengan pandangan yang baik tetapi bercampur dengan perasaan iri hati, dendam atau apa saja perasaan jahat di dalam hatinya sehingga memudharatkan orang yang dipandang itu. Ibnul Qayyim berkata: Ia seolah-olah anak panah yang keluar dari hati orang yang hasad terhadap orang yang dicemburui atau didendami. Panah tersebut akan menyerang dan menyalahkan orang yang didendami itu. Sekiranya orang yang didendami itu terkena semasa dia tidak berjaga-jaga, maka sukar untuk dicegah daripada ditimpa al-'ain. Akan tetapi, sekiranya terkena dalam keadaan berjaga-jaga, maka dia seolah-olah menjadi seorang yang lengkap dengan senjata yang menyebabkan anak panah tersebut sukar untuk menembusinya

- 42 -

(menimpanya dengan al-'ain), bahkan anak panah tadi mungkin boleh kembali kepada si penghasad. Dengan kata mudah, al-a'in ini adalah pandangan yang jahat yang melibatkan nafsu dan roh-roh yang jahat (jin, syaitan dan sebagainya). Dalil adanya al-'ain. Allah berfirman: "Dan Ya'qub berkata: "Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian Aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah Aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri". (Surah Yusuf, ayat 67). Dari ayat di atas, Ibnu 'Abbas berkata: Larangan Nabi Ya'akub kepada Nabi Yusuf adalah untuk mengelak daripada terkena al-a'in. Ini adalah kerana Nabi Yusuf mempunyai wajah yang kacak dan bentuk tubuh seorang lelaki yang tampan yang demikian itu menyebabkan segelintir manusia iri hati dan dengki kesumat terhadap ketampanannya. Begitu juga dalam ayat yang lain Allah berfirman: "Dan Sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan (al-'ain) mereka, tatkala mereka mendengar Al Quran dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila. Dan Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat". (Surah Al-Qalam, ayat 51-52). Dari ayat di atas, Ibnu 'Abbas menyatakan bahawa: Pandangan itu memberi maksud al-'ain oleh orang-orang kafir yang iri hati terhadap Rasulullah demi menjatuhkannya. Begitu juga yang diceritakan oleh Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.: "Al-'ain (pukau atau hypnotisme) itu benar-benar terjadi..." Daripada dalil-dalil ini, tetaplah bahawa al-'ain atau dikenali dengan "hypnotisme" benarbenar wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini. Pandangan orang yang iri hati atau menyimpan hasad dengki dan dendam boleh memudharatkan orang yang didendami. Jenis-jenis al-'ain. 1) Al-'ain dari manusia. Iaitu yang lahir dari hati manusia itu sendiri. 2) Al-'ain dari jin. Iaitu yang lahir dari jin. Ada dalil yang menyebut tentang al-'ain dari manusia sebagaimana Rasulullah pernah berkata kepada 'Amir bin Rabi'ah: Atas sebab apakah ada antara kamu yang sanggup membunuh saudaranya.

CONTINUED TO THE NEXT PART OF THIS BOOK...

...

- 43 -