Anda di halaman 1dari 16

KESELAMATAN ALAM SIBER

(INTERNET SAFETY)

DR. HAJAH ROHAYA BINTI AHMAD


JABATAN ILMU KEMANUSIAAN
Definisi & konsep alam siber
⚫ Siber menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang berkaitan dengan
komputer dan internet.

⚫ Menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mengadakan satu


perhubungan antara mereka secara berkumpulan.

⚫ Masyarakat ini dikenali sebagai komuniti siber, komuniti maya,


komuniti elektronik dan sebagainya.

⚫ Sebagai salah satu cara untuk bersosial antara ahli komuniti


tersebut dan melakukan perhubungan tanpa mengambil kira
keturunan, bangsa, kewarganegaraan, status, pegangan agama,
usia, jantina, dan sebagainya di dalam meneruskan perhubungan
yang berbentuk global ini.
Isu-isu yang dihadapi
⚫ Jumlah pengguna internet dan alat peranti komunikasi meningkat
dengan mendadak dalam kalangan belia dan pelajar sekolah.

⚫ Seiring dengan perkembangan teknologi, laman web sosial juga


menjadi kegilaan dan fenomena dalam kalangan penggunanya.

⚫ Walaupun terdapat faedah dan mempunyai kelebihan, pada masa


yang sama, senario ini turut meningkatkan gejala buruk dalam alam
siber, antaranya buli siber dan gangguan siber.

⚫ Golongan muda yang masih belum mempunyai pengalaman dalam


penggunaan laman sosial akan lebih mudah menjadi mangsa.
PENIPUAN KEROSAKAN
PENYEBARAN /PENGUBAHSUAIAN
VIRUS PROGRAM

JENIS-JE
PENGGODAM NIS KECURIAN
JENAYAH MAKLUMAT
SIBER

PORNOGRAFI PENGINTIPAN
JUDI
SIBER
Buli Siber

⚫ Buli siber dapat diterjemahkan sebagai gangguan atau buli


yang melibatkan golongan bawah umur menerusi aplikasi alat
berteknologi seperti telefon, komputer, dan lain-lain.

⚫ Buli siber berlaku apabila seseorang individu biasanya dalam


kalangan remaja atau kanak-kanak(dibuli, diganggu, diugut,
atau dimalukan dalam internet).
Buli siber menjadi isu yang semakin membimbangkan masyarakat
di negara maju seperti Amerika Syarikat. Kes membunuh diri dalam
kalangan pelajar yang meningkat di negara maju disebabkan oleh buli
siber mengakibatkan beberapa negara mulai menguatkuasakan
undang-undang untuk menyekat gejala ini daripada menular.

Kes yang menggemparkan masyarakat hingga mendorong usaha


penguatkuasaan undang-undang termasuklah kematian mangsa buli
siber, Ryan Halligan, yang membunuh diri selepas dibuli dan dimalukan di
internet pada tahun 2003. Sementara itu, Megan Meier pula mengambil
keputusan untuk membunuh diri pada tahun 2006 kerana dibuli dalam
laman sosial MySpace.

Kedua-dua mangsa buli siber mengambil keputusan untuk


menamatkan hidup pada usia seawal 13 tahun. Pendek kata, buli siber
dilakukan dengan niat untuk memberikan tekanan kepada mangsa.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa April 2012


Apakah punca-punca yang
menyebabkan pelajar terjebak
dalam alam siber secara
berterusan ?
⚫ Kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk
menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web sebagai
contoh :
Facebook, Wechat, Skype, Whatsapp, LINE, Twitter

⚫ Menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik


dan menyeronokkan.

⚫ Sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya.

⚫ Generasi muda melihat laman sosial ini sebagai sumber informasi


utama mereka berbanding media massa jenis biasa seperti
televisyen dan radio
Kesan-kesan
Pelayaran Web Negatif.

⚫ Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang


tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif
dalam perkembangan minda dan fizikal manusia.

⚫ Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan


kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap
jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan
interpersonal dan pembaziran wang serta masa.

⚫ Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh


sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan
golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap
perubahan nilai dan gaya hidup mereka.
Permasalahan Remaja

⚫ Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan


alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di
cyber cafe, internet cafe dan telefon tangan.

⚫ Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G


dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan
cabaran tersendiri.

⚫ Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa


mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah,
menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman
bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri.
Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa
⚫ Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini
jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan
bahasa komunikasi.

⚫ Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian,


makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar
jati diri manusia.

⚫ Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya


tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan
chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah.
Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai
dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak
remaja.
⚫ Contoh yang seterusnya adalah berhubung rapat dengan orang
yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya.

⚫ Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi
seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara
lebih bebas dan terbuka.

⚫ Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak


dikenali (hanya kenal dan berhubung melalui ruang siber) akan
membuka ruang seseorang yang berniat jahat mengambil peluang
ke atasnya.

⚫ Tahap kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta


tekanan keinginan biologi tanpa kawalan social dan undang-undang
yang benar-benar ketat mendorong berlakunya hubungan rapat
yang tidak sepatutnya berlaku.
Apakah langkah-langkah yang boleh
diambil bagi menghindari gejala
sosial alam siber terhadap pelajar ?
Peranan pihak sekolah

⚫ Mendedahkan panduan dalam menggunakan internet secara


betul kepada pelajar.

⚫ Mengadakan kempen mencegah gejala laman sosial.

⚫ Menerangkan kesan-kesan penyalahgunaan laman sosial.

⚫ Memantau laman sesawang yang dilayari oleh pelajar ketika


berada di makmal komputer.

⚫ Memberi bimbingan kaunseling bagi pelajar yang telah terjebak


dalam kegiatan gejala laman sosial.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai