1.0 PendahuIuan
alam rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), bahasa melayu di
peringkat penggunaan dan penguasaannya adalah untuk menghayati hasrat sebagai bahasa
ilmu, bahasa perhubungan dan bahasa pencerminan akal budi rakyat. Sebagai bahasa ilmu,
bahasa melayu diperkukuhkan kedudukannya kerana peranannya merentasi bidang ilmu atau
kurikulum. i samping itu, pelajar seharusnya mempunyai penguasaan berbahasa dan
kecekapan berkomunikasi serat fasih dan lancar dalam pertuturan, cekap, kritis, dan analitis
dalam pembacaan serta kreatif dan produktif dalam menghasilkan penulisan. Untuk melahirkan
pelajar yang mahir dalam penulisan, mereka perlulah diasuh dan dibimbing khususnya
diperingkat menengah lagi. alam pengajaran dan pembelajara bahasa Melayu, kesilapan
bahasa sememangnya tidak dapat dielakkan. Ekoran itu, tanggungjawab guru adalah sebagai
pembimbing kepada pelajara agar segala kesilapan pelajar tidak akan berterusan. Guru bahasa
terutamanya seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu lingusitik dan bahasa
yang diajarkan itu.
Abdullah Hassan (1987) cuba mencari perbezaan antara kesilapan bahasa pertuturan
dengan kesilapan bahasa penulisan. Menurutnya, bahasa tulisan biasanya menuntut tahap
penggunaan bahasa yang betul atau tatabahasa yang sempurna. Beliau menambah lagi dalam
penulisan tatabahasa adalah penting kerana kita tidak berhadapan dengan pembaca untuk
menyampaikan mesej. Oleh itu, penggunaan kata-kata, bentuk ayat, dan seluruh
pengungkapan tersebut perlu menggunakan strategi yang sama dalam bahasa tersebut. Ayat-
ayat pula hendaklah gramatis. Kebanyakan pelajar tidak mengambil berat terhadap masalah
penulisan dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Pelajar Melayu menganggap Bahasa Melayu
sebagai satu matapelajaran yang tidak perlu dipelajari kerana bahasa ini merupakan bahasa
ibunda mereka yang sudah lumrah digunakan di rumah, sekolah atau di mana sahaja. Oleh itu,
mereka menganggap bahawa bahasa ini tidak perlu diberikan penekanan. Sedangkan hakikat
sebenarnya yang berlaku ialah pelajar melayu didapati lemah dalam penulisan bahasa melayu.
Menurut Sharma (Error Analysis: Why and How?,1981) mengkelaskan kesilapan bahasa
kepada tiga jenis iaitu kesilapan yang kerap disebut 07747 atau ,580 dalam bahasa nggeris.
Kesilapan jenis ini disebabkan oleh beberapa factor di luar kemampuan linguistic, seperti lupa,
gangguan emosi, kelalaian dalam proses penerimaan pengajaran,dan kekurangan latihan.
Kesilapan kedua ialah kesilapan yang disebabkan oleh adanya kelainan-kelainan dalam
penggunaan sesuatu bahasa, sama ada dari segi penggunaan aspek-aspek kata atau pun ayat.
Kesilapan bahasa yang ketiga pula ialah kesilapan yang berkaitan dengan factor-faktor
sosiolinguistik seperti penggunaan laras bahasa atau tidak.
Menurut Kamarudin hj. Husin pula (Penguasaan Kemahiran Menulis:1997), sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia bagi peringkat sekolah menetapkan supaya pelajar-pelajar dapat
menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan
kegiatan harian. Beberapa fungsi menulis antaranya ialah untuk mendirikan asas menulis yang
kukuh bagi membolehkan pelajar menulis dengan baik,cekap dan pantas, dan pelajar dapat
menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul sama ada dalam penulisan yang panjang
dan pendek.
Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah terdiri daripada
kecekapan berbahasa yang dipusatkan kepada kemahiran mendengar dan bertutur,membaca
serta menulis. Oleh itu, aspek kemahiran menulis merupakan satu aspek kemahiran yang
penting. alam kemahirna menulis ini, pelajar harus dapat mengeluarkan idea dengan
menggunakan ayat, tanda baca, ejaan, tatabahasa yang betul, serta tulisan yang jelas dan
mudah difahami.
Kajian Tindakan dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih
dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan
yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan
tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikut urutan.
Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti masalah yang wujud
dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan
dengan pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjah juga boleh dijadikan asas
untuk memulakan kajian. Selepas itu penyelidik memahami dengan lebih mendalam tentang
masalah itu. alam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling
berkait. Murid akan mengalami kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang
lebih tinggi sekiranya kemahiran yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik.
Seseorang guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh murid dengan terperinci sebelum
merancang langkah-langkah pembaikan (Jeya Velu,et.al. 2000).
Tujuan diadakan Kajian Tindakan ini adalah untuk menangani pelbagai masalah
pembelajaran adalah lebih tepat. Jawapan kepada sebarang soalan dalam penyelidikan adalah
berasaskan data. Kajian Tindakan memerlukan data daripada beberapa sumber untuk
mengukuh dan memantapkan dapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada pelbagai
sumber atau pandangan turut memantapkan kefahaman penyelidik tentang masalah atau isu
yang ditangani. Setelah dikutip, data tersebut hendaklah dianalisis dengan memberikan
gambaran yang jelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga menjadi asas
kepada guru untuk merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai aktiviti yang telah
dijalankan. Apabila merancang aktiviti eloklah dilakukan sumbang saran terhadap langkah-
langkah yang akan dilaksanakan melalui pertanyaan apa, mengapa dan bagaimana (Armstrong
dll., 2004) .
Setelah aktiviti P&P dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah bertindak iaitu
melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data yang
telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui proses
'cuba-cuba' (trial and error). Setelah itu langkah pemerhatian dijalankan.
Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data
berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. i peringkat
refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses
P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa merenung, penyelidik cuba menilai,
menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan
P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan (Arhar dll., 2000).
.0 RefIeksi masaIah
Kelas 1 RK 3 merupakan kelas yang mempunyai bilangan pelajar seramai 27 orang, yang
terdiri daripada 13 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar ini
terdiri daripada mereka yang mendapat keputusan 4A dan 5A semasa peperiksaan USR.
Namun begitu, tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu matapelajaran adalah berbeza.
Jadi wujud beberapa masalah semasa pengajaran dijalankan. Walaupun kesemua pelajar 1 RK
3 adalah pelajar melayu, namun tahap penguasaan mereka terhadap Bahasa Melayu
terutamanya bahagian tatabahasa masih lemah. Keadaan ini menyebabkan saya berasa risau
dan terkejut kerana beberapa orang pelajar masih gagal menguasai kemahiran tatabahasa,
sedangkan mereka telah didedahkan dengan asas tatabahasa semasa di sekolah rendah.
Walaupun mereka mampu memberikan idea dan isi yang bagus semasa membuat karangan,
namun mereka agak terleka dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti kesalahan ejaan dan
tanda baca. Walaupun kesalahan ini merupakan perkara kecil,namun ini sedkit sebanyak boleh
mempengaruhi keseluruhan markah dalam karangan.
Ketika mengajar bahagian karangan, saya dapati para pelajar mampu memberikan idea
dan isi yang menarik. Namun begitu, mereka lalai dengan kesalahan-kesalahan kecil iaitu
kesalahan tatabahasa terutamanya kesalahan ejaan dan tanda baca. Mereka seringkali keliru
untuk mengeja sesuatu perkataan, sebagai contoh ialah ejaan 'tengahari' untuk "tengah hari,
'rumahtangga' untuk "rumah tangga, dan 'semulajadi' untuk "semula jadi. Ejaan kata majmuk
sering kali mengelirukan pelajar. Kata majmuk seharusnya bertindak sebagai satu unit dan
seharusnya dieja terpisah. Senario ini memperlihatkan bahawa pelajar tidak dapat
membezakan antara kata majmuk yang perlu dirapatkan dan kata majmuk yang perlu
dijarakkan. Keadaan yang sama sering berulang dan mereka sering melakukan kesalahan yang
sama. Saya bimbang sekiranya keadaan ini berterusan akan mempengaruhi mereka sehingga
ke peperiksaan PMR nanti. Saya telah melakukan sedikit ujian terhadap mereka untuk
mengenalpasti sejauh mana kesilapan yang mereka lakukan. Saya meminta setiap pelajar
untuk menyalin semula sebuah karangan pendek. Saya meminta mereka menyalin semula
karangan tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Latihan ini dilakukan bagi megenalpasti
sejauh mana kelalaian mereka dalam mengeja dan menggunakan tanda baca. Agak
menyedihkan kerana mereka masih melakukan kesilapan dari segi ejaan dan tanda baca
walaupun mereka hanya menyalin semula karangan tersebut. Berdasarkan penilaian pertama
saya ini, saya perlu melakukan sesuatu agar mereka tidak terus-terusan melakukan kesilapan
yang sama sehingga peperiksaan PMR nanti.
3.0 Isu keprihatinan
Sejarah perkembangan ejaan di Malaysia apabila pembentukan sistem ejaan baharu
bahasa Malaysia pada 16 ogos 1972 dengan kerjasama antara Malaysia dan ndonesia. Pada
umumbya, walaupun sistem baru telah dilaksanakan dan dikuatkuasakan namun pada
hakikatnya masih terdapat kesalahan pelbagai ejaan yang merupakan masalah pokok yang
boleh membantutkan perkembangan bahasa Melayu. Masalah penggunaan ejaan sebenarnya
bermula di peringkat sekolah dalam kalangan guru dan pelajar. Hal ini telah lama diperkatakan
lagi dan terdapat dalam bahan pengajaran dan pembelajaran. alam kemahirna menulis,
pelajar hendaklah dapat mengeluarkan idea, melalui penulisan dengan menggunakan ayat,
tanda baca, ejaan, tatabahasa yang betul, serta tulisan yang jelas.
.0 Objektif kajian
Selepas menjalankan kajian, diharap pelajar akan dapat mencapai objektif berikut:
.1 Objektif umum
Meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam kalangan pelajar tingkatan 1 RK 3.
. Objektif khusus
i) Meningkatkan kemahiran pelajara dalam mengeja perkataan dengan pantas
dan tepat
ii) Menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul sama ada dalam
penulisan yang panjang atau pendek.
iii) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan pelajar menulis
dengan baik, cekap dan pantas
iv) Menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
5.0 KumpuIan sasaran
Terdapat sejumlah 27 orang pelajar dalam kelas 1 RK 3. Kumpulan sasaran dalam kajian ini
ialah pelajar yang berprestasi sederhana dan rendah berjumlah 7 orang. Pada kebiasaannya
setiap kali membuat latihan karangan di dalam kelas, pelajar ini menghadapi masalah untuk
mengeja dengan betul dan menggunakan tanda baca yang tepat dalam membentuk ayat
karangan.
.0 Kepentingan kajian
i. apat membantu dan memberi manfaat kepada pihak guru, pelajar-pelajar, ibu bapa
serta pihak yang berkenaan khususnya dalam penulisan karangan.
ii. Memberi kesedaran kepada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu akan masalah
dan kelemahan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dan dijadikan panduan serta
bangkit berpadu tenaga bagi mengatasi masalah yang timbul yang mengakibatkan
kemerosotan atau kelemahan dalam penulisan.
iii. Merancang tindakan susulan yang berbangkit dalam karang-mengarang.
.0 Batasan kajian
Kajian ini menumpukan perhatian kepada aspek kelemahan penulisan karangan dan dokus
diberikan dari segi ejaan dan tanda baca oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1 RK 3 Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara 2 Kulaijaya Johor. engan itu kajian ini hanya
tertumpu kepada pelajar-pelajar berkenaan sahaja.
8.0 Kajian Iepas
Kajian-kajian berkaitan dengan kesilapan tatabahasa sering mendapat perhatian dalam
kalangan pengkaji bahasa sama ada pengkaji luar mahupun di dalam negara.
Ha Wah Kam (1973) telah menganalisis 250 buah karangan dan kertas jawapan ujian
yang ditulis oleh 13 orang pelajar aliran Cina yang mempelajari Bahasa nggeris sebagai
bahasa kedua. Beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar berkenaan tidak menggunakan
dan meninggalkan kata kerja dan frasa kerja dalam ayat-ayat. apatan ini ada persamaan
dengan kajian yang telah dibuat oleh Supian Mohamad Noor (1994) terhadap 249 orang
pelajar tingkatan empat. Supian menemui 617 kesilapan penggunaan frasa kerja yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat tersebut.
Kamaruddin Hj. Husin (1986) yang membuat kajian tentang penguasaan Bahasa Melayu
mendapati bahawa 70% jumlah kesilapan berlaku pada struktur ayat tergantung kerana
tidak mengandungi subjek atau predikat. apatan kajian ini juga menunjukkan bahawa
kesilapan struktur ayat yang digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan dipengaruhi
oleh struktur ayat asing terutama Bahasa nggeris.
Kajian seterusnya yang telah dilakukan oleh Abdul Hamid Mahmood (1989). Beliau
mendapati bahawa kesilapan ayat disebabkan oleh pelajar-pelajar kurang memahami
struktur ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif. Akibatnya, ayat-ayat yang
ditulis tu kerap janggal dan menyalahi hukum-hukum tatabahasa Melayu. apatan yang
sama juga diperolehi oleh Awang Mohamad Amni (1992) yang menunjukkan bahawa aspek
kesilapan ayat yang kerap dilakukan oleh sampel ialah berhubung dengan struktur ayat
pasif.
Narayanan Kunchi Raman (1993) turut membuat kajian terhadap kesilapan bahasa
dalam karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Beliau telah
mengambil 20 orang pelajar dari sekolah luar bandar dan 20 orang murid dari sekolah
kawasan bandar sebagai sampel kajian. alam aspek ayat khususnya struktur ayat pelajar-
pelajar didapati mengalami kesulitan untuk membina ayat-ayat yang gramatis. Pada
keseluruhannya, kesilapan-kesilapan mereka memperlihatkan dua pola secara ketara.
Pertama, pola yang dipengaruhi bahasa ibunda iaitu bahasa Tamil dan kedua ialah pola
yang dipengaruhi Bahasa Melayu kolokial iaitu ragam bahasa yang dituturkan oleh kaum
etnik Tamil di negara ini.
Osman Zakaria (1978) telah menganalisis penggunaan pola-pola ayat Bahasa Melayu
pelajar tahun 6 di sebuah sekolah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Hasil analisa
menunjukkan 94.3% daripada ayat-ayat yang ditulis oleh mereka adalah betul. Hanya
7.54% sahaja daripada ayat-ayat tersebut yang salah strukturnya. Pola ayat selapis
menunjukkan kesalahan yang paling tinggi.
.0 MetodoIogi kajian
Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap kelemahan pelajar dalam mengeja dan
menggunakan tanda baca yang betul dalam membuat karangan bahasa Melayu. alam
melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan pemeriksaan kertas
latihan karangan dilakukan. Kajian ini telah diadakan di SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya
Johor.
.1 Tinjauan awaI
Saya mendapati setiap kali menanda latihan karangan pelajar ini, terdapat banyak
kesalahan dari segi ejaan dan tanda baca. Mereka masih keliru untuk mengeja dengan
betul dan saya percaya keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh pengaruh dari media
cetak dan bahasa sistem pesanan ringkas (SMS). Saya bimbang jika keadaan ini
berterusan , akan terbawa-bawa hingga ke peperiksaan sebenar, terutamanya PMR. Oleh
itu saya terdorong untuk membuat satu kajian berkenaan pencapaian mereka.
. naIisis tinjauan masaIah
Hasil daripada temu bual saya dengan pelajar-pelajar ini secara rawak bermula selepas
menanda latihan karangan mereka, apa yang dapat saya rumuskan ialah kesilapan yang
paling kerap dilakukan ialah kesilapan tanda baca dan ejaan. Setipa kali menanda kertas
mereka, mereka sering melakukan kesalahan yang sama. Menurut kajian yang telah
dijalankan oleh Abdul Kadir Mohd. Amin (1990) menjelaskan dalam ujian tentang kesilapan
ejaan sebanyak 54% dan kesilapan tanda baca sebanyak 20.37% berbanding dengan
kesilapan yang lain. Saya dapati pelajar ini tidak memiliki pengetahuan yang kukuh tentang
peraturan ejaan bahasa Melayu. Antara kesilapan kata majmuk yang sering dilakukan oleh
pelajar ialah ejaan 'tengahari' untuk "tengah hari, 'rumahtangga' untuk "rumah tangga, dan
'semulajadi' untuk "semula jadi. Pada umumnya, kata majmuk bertindak sebagai satu unit
dan seharusnya dieja terpisah. Senario ini memperlihatkan bahawa pelajar tidak dapat
membezakan antara kata majmuk yang perlu dirapatkan dan kata majmuk yang perlu
dijarakkan. Selain itu, kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa jawa dan
nggeris juga sering di salah eja ketika menulis, seperti 'pelancung' untuk "pelancong dan
'talipon' untuk "telefon. Pelajar juga masih gagal menggunakan tanda baca seperti
noktah(.), koma (,), tanda soal (?), dan tanda sempang (-) dengan baik. Kesilapan ini
menyukarkan saya untuk menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh pelajar dalam
karangan mereka. kesilapan penggunaan tanda baca boleh mempengaruhi makna dan
bentuk bahasa yang diujarkan dalam karangan.
SampeI
alam kajian ini sampel yang digunakan seramai 7 orang iaitu 26 % daripada 27 orang
pelajar-pelajar Tingkatan 1 RK 3 telah dipilih berdasarkan pencapaian di dalam kelas.
Pelajar-pelajar ini diminta untuk menjawab soalan-soalan soal selidik dan menulis karangan
yang tajuknya disediakan oleh pengkaji.
Iat kajian
a) Ujian Penulisan
Ujian penulisan ini dijalankan di sekolah di dalam kelas tingkatan 1 RK 3. Ujian penulisan
ini dijalankan dalam bentuk karangan. i bawah ini terdapat contoh karangan tersebut :
i.Karangan berbentuk fakta "kesan-kesan merokok
b) Penelitian Buku Karangan Pelajar
Salah satu kajian yang akan dijalankan ialah meneliti latihan-latihan karangan pelajar yang
lepas, dan memerhati tajuk yang telah ditulis. Penelitian kepada aspek yang dikaji iaitu isi,
ejaan ayat dan tanda baca.
10.0 naIisis Pemerhatian
ata-data yang dikumpul daripada latihan karangan pelajar, penelitian latihan karangan
dan borang pemerhatian (lihat lampiran) dianalisis untuk mencari kekerapan kesilapan dari
segi idea karangan dan kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar. Statistik deskriptif
yang digunakan dalam bentuk kekerapan dan peratus untuk melihat tahap penguasaan
Bahasa Melayu mengkut dimensi dan pernyataan-pernyataan lain yang dikemukakan.
Hal ini bermakna, kesalahan-kesalahan yang ditanda pada kertas penulisan dijumlahkan
mengikut jenis kesalahan yang dikaji.
11.0 Dapatan kajian
JaduaI 1: JumIah kekerapan kesiIapan peIajar
Bil
skrip
Nama pelajar si Ayat Tanda
Baca
Ejaan mbuhan Jumlah
kesilapan
Markah
1 anish Haikal 3 2 2 4 - 11 40
2 Zulfahmi 4 3 3 3 1 14 38
3 Nurul Huda 4 2 2 3 2 13 36
4 Mohd. Rashid 2 1 2 3 - 8 44
5 Mohamad
Ridhuan
3 1 3 4 - 11 40
6 Ummi Aqilah bt.
Nasir
3 1 2 4 - 10 42
7 Muhd. Adeef 2 1 2 3 - 8 44
Jadual 1 menunjukkan markah pencapaian yang diperolehi oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 RK
3. Jumlah markah penuh ialah 50 markah bagi 7 orang responden.
JaduaI : Idea karangan murid
Penyediaan isi Kekerapan Peratus (%)
1 0 0
2 1 14.3
3 5 71.4
4 1 14.3
5 0 0
Kebanyakan pelajar tidak dapat menyediakan isi yang baik bagi membina karangan yang
bermutu. Kaedah ini dapat dilihat dalam jadual 2.
Merujuk kepada jadual 2 di atas, menunjukkan seorang pelajar iaitu 14.3 % yang dapat
menyediakan dua isi sahaja dalam karangan mereka, manakala seramai 5 orang pelajar atau
71.4% telah dapat menyediakan sebanyak tiga isi, dan seorang murid juga atau 14.3% telah
dapat menyediakan sebanyak 4 isi. Tiada siapa yang dapat menyediakan lima isi, namun
begitu, kesemua pelajar mampu memberikan isi sekurang-kurangnya dua isi. Pelajar-pelajar
telah membuat tiga kesilapan utama dalam karangan mereka iaitu kesilapan struktur ayat, ejaan
dan tanda bacaan. Keadaan ini dapat dilihat dalam jadual 3.
JaduaI 3 : KesiIapan utama yang diIakukan oIeh peIajar-peIajar tingkatan 1 RK 3
Jenis kesilapan Kekerapan kesilapan Peratus kesilapan (%)
Struktur ayat 21 42
Ejaan 25 50
Tanda baca 28 56
Penggunaan imbuhan 22 44
SoaIan
pakah kesiIapan aspek bahasa yang kerap diIakukan oIeh murid-murid daIam
menghasiIkan karangan yang baik?
Merujuk kepada Jadual 3, kelemahan penggunaan bahasa yang kerap dilakukan dan
paling tinggi oleh pelajar ialah dari segi kesalahan penggunaan tanda baca kerana mereka
masih keliru dengan penggunaan tanda baca tersebut. Peratus keseluruhan bagi
kesalahan tanda baca ialah sebanyak 56%.
Keputusan kajian
Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian tentang penguasaan responden terhadap
kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu khusus dari aspek ejaan dan penggunaan
tanda baca, pemerhatian dan tindakbalas ujian karangan yang telah dijalankan. Melalui
dapatan kajian ini, penulis dapat membincangkan dan menganalisis kesilapan dan
kelemahan dari segi aspek tanda baca dalam penulisan dan pemerhatian ke atas pelajar di
sekolah berkenaan.
apatan daripada kajian ini diharap akan dapat memenuhi tujuan kajian iaitu untuk
mengetahui kemampuan pelajar-pelajar dalam menguasai kemahiran menulis karangan,
mengesan kekerapan kelemahan yang dilakukan dalam aspek penggunaan tanda baca
dan ejaan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar melakukan kesilapan penggunaan
tanda baca dalam penulisan karangan. aripada hasil dapatan dan analisis diharap dapat
menjawab persoalan kajian yang akan dibincangkan pada akhir bab ini.
apatan ini selaras dengan pendapat oleh Za'ba (1965) yang menjelaskan apabila
seseorang ingin mengarang, mereka perlu mengetahui atau memberi perhatian terhadap
beberapa aspek antaranya ialah isi karangan, iaitu yang hendak disebut di dalamnya, apakah
isi yang hendak didahului dan apakah yang patut dikemudiankan, berapa banyak satu-satu
bahagian isi yang terfikir olehnya itu yang hendak disebut dan cara menghidangkan isi supaya
difahami maksudnya. Oleh itu, apa yang dititikberatkan ialah isi karangan haruslah cukup untuk
sesebuah karangan dan isi yang diolah boleh difahami oleh orang lain.
Begitu juga dengan tajuk karangan, sekiranya pelajar-pelajar tidak memahami tajuk
maka mereka tidak dapat menulis karangan. Oleh sebab itu, penulisan karangan yang
dihasilkan pelajar-pelajar dikatakan terpesong.
11.0 Rumusan, cadangan dan penutup
Berdasarkan dapatan kajian pelbagai masalah yang dapat dilihat berdasarkan kepada data-
data yang dianalisis dalam bab sebelum ini. Segala masalah ini akan dapat diatasi atau
dikurangkan jika langkah tertentu dapat diambil oleh pihak-pihak yang terlibat. Berdasarkan
dapatan kajian dan untuk memperbaiki kelemahan maka dikemukakan cadangan seperti berikut
:
a) KeIemahan menyatakan dan mengoIah isi atau idea
Beberapa langkah boleh diambil bagi mengatasi masalah kelemahan menyatakan dan
mengolah isi sesuatu karangan. Berdasarkan dapatan kajian tentang pengajaran guru yang
kurang baik, langkah-langkah tertentu boleh dilaksanakan antaranya dengan menggunakan
pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai cara guru-guru boleh memperbaiki
kaedah dan teknik pengajaran. Antaranya ialah :
i. Teknik perbincangan kumpuIan
Teknik ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar berbincang mengenai tajuk yang
diberikan dan mengumpul idea atau isi kemudian menentukan isi tersebut yang sesuai atau
tidak sesuai dengan kerjasama guru. Teknik ini akan dapat mencapai matlamat
memperkembangkan bahasa pelajar, melatih keupayaan membuat perhubungan idea,
membina keyakinan diri dan membantu perkembangan peribadi pelajar.
1.0 KesimpuIan
Berdasarkan kajian ini, beberapa penemuan yang berfaedah untuk bidang pendidikan
bahasa telah dikenalpasti. Walaupun begitu, masih banyak persoalan yang belum
terjawab. Namun begitu, adalah diharapkan kajian lanjut akan dapat mengcungkil
persoalan-persoalan itu dengan lebih meluas dan mendalam.
Jika peranan guru, ibu bapa, pihak atasan dan orang ramai dapat digandingkan
bersama bagi mencari dan mencipta cara bagaimana masalah kelemahan pelajar dalam
penulisan mungkin tidak mustahil pada satu masa nanti tidak akan timbul lagi rungutan
orang ramai bahawa anak-anak mereka gagal dalam karangan.
Semoga kajian dan cadangan ini dapat membantu mengatasi masalah dan meningkatkan
sumbangan ke arah mutu bahasa Melayu selaras dengan kedudukan bahasa-bahasa lain di
negara Malaysia.