Anda di halaman 1dari 15

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

Soalan 1 There are three important components to teaching and learning biology. See Figure 1 below. Give a brief explanation of each of the component. State THREE reasons why each component is important.

1. Kaedah Saintifik Ianya merupakan satu cara bagaimana melakukan suatu kajian itu dapat diselesaikan secara sistematik mengikut langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik. Berikut adalah langkahlangkah dalam Penyiasatan saintifik:

Mengenalpasti Masalah Membuat Hipotesis Merancang Penyiasatan Mengenalpasti dan mengawal pemboleh ubah

Menjalankan Penyiasatan
Mengumpul Data Menganalaisis dan mentafsir data Membuat Kesimpulan Menulis Laporan
1

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

Kepentingan komponen ini ialah:

1. Dapat menjalankan sesuatu kajian dan penyiasatan dengan tepat. Setiap kajian, eksperimen dan penyiasatan perlu dilakukan secara sistematik untuk mendapat dapatan serta hasil kajian yang berkualiti dan tepat. Kaedah saintifik ini digunakan sebagai panduan untuk membuat lapora kajian.

2. Menggalakkan pelajar untuk membincangkan keputusan dan pemerhatian untuk mendapat pengalaman dan pengukuhan tentang apa yang ditemui dalam pembelajaran mereka. 3. Menggalakkan pelajar untuk membuat laporan yang tepat daripada eksperimen yang dijalankan. Bagi kaedah saitifik yang berkesan ianya perlu dipraktikkan supaya laporan kajian yang dibuat sahih dan dapat diguna pakai kerana pengkajinya menjalankan kajian mengikut kaedah saintifik yang sistematik.

2. Kemahiran Saintifik Komponen kedua ialah Kemahiran Saintifik ianya merupakan salah satu domain yang diberi peneknan dalam kurikulum sain sekolah menengah. Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif. Kemahiran Proses sains melibatkan pemikiran secara kritis,kreatif dan analitis yang membolehkan saintis mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan dan penerangan mengenai suatu fenomena secara secara sistematik. Kemahiran manipulatif adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan saintis menjalankan penyiasatan saintifik.

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Manipulatif

- Memerhatikan -Mengelaskan -Mengukur dan menggunakan nombor -membuat inferens -meramalkan -menggunakan hubungan antara ruang dan masa -mentafsirkan data - mendefinasi secara operasi -mengawal pembolehubah -membuat hipotesis -berkomunikasi - Mengeksperimen

- Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan sains dengan betul - Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat -Melukis spesimen,peralatan dan bahan makmal dengan tepat. -Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul - Menyimpan peraltan sains dan bahan makmal dengan betul dan selamat

Kepentingan komponen ini ialah: 1. Lebih mudah memahami alam semulajadi dan kehidupan Apabila murid menguasai kemahiran proses sains ini, mereka lebih mudah untuk memehami sesuatu fenomena yang berlaku. Hasil dari kefahaman mengenai fenomena semulajadi ini mereka dapat menimbulkan soalan dan mencari jawapan terhadap fenomena yang mereka lihat.

2. Membina kebolehan berfikir secara rasional,analitik, kreatif dan kritis Kemahiran proses sains ini boleh digunakan untuk menjana pemikiran secara kreatif dan kritis, secara rasional dan analitik untuk menjawab soalan-soalan yang enarik yang timbul dari pemikiran pelajar. Mereka boleh menggunakan kemahiran proses sains ini secara effektif dalam topik-topik biologi yang mereka pelajari.

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

3. Pengendalian bahan dan alatan dimakmal dengan betul dan cermat. Membolehkan pelajar menggunakan dan mengendalikan bahan dan peralatan dengan cermat,teliti dan berhati-hati supaya boleh menjalankan eksperimen

dengan tepat dan hasil yang tepat dan tidak cedera dan bahan yang merbahaya boleh dikendalikan dengan baik. Peralatan dan radas dikendalikan, dibersihkan dan disimpan semula ditempat asal dengan bersih dan selamat

3. Sikap Saintifik Dan Nilai Murni Seorang murid yng mempelajari biologi seharusnya mempunyai sikap saintifik dn nila murni yang baik untuk mencapai kejayaan dalam kajian dan penyelidikan yang dilakukanya.

Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekitar jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data

yakin dan berani mencuba

bersifat objektif, rasional dan sistematik

rajin dan tabah

berhemah tinggi, hormat menghormati dan berkerjasama

bertanggung jawab ke atas keselematan diri dan rakan serta alam sekitar

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

Kepentingan komponen ini ialah: 1. Dalam melakukan penyiasatan terhadap alam persekitaran sesorang pelajar yang mengambil subjek biologi mesti mempunyai sikap dan nilai murni yang baik. Ini kerana sikap dan nilai murni yang kurang pada diri pelajar mungkin boleh memusnahkan dan membahayakan alam sekiitar jika tidak ada sikap tanggungjawab dan pengamalan sikap dan nilai murni yang tinggi. 2. Nilai dan sikap saintifik yang ada pada diri akan membimbing sesorang untuk mencintai diri, sesama hidupan dan alam semesta. 3. Sikap dan nilai murni membimbin murid untuk menjadi bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan penyiasatan. Murid akan merekodkan segala dapatan kajian dengan tepat dan jujur, ianya penting dalam menguji kasahihan hipotesis kajian tersebut.

Soalan 2 In the recent technology, specifically in genetic engineering, genes from other organisms are inserted into the DNA of a harmless bacteria. These bacteria were then be able to generate hormones that can benefit young children who are suffering from dwarfism. Discuss the advantages and drawbacks of this genetic engineering. What is your opinion regarding any issue related to genetic engineering?

Apa itu Kejuruteraan Genetik Kejuruteraan Genetik merupakan teknologi pemindahan segmen-segmen DNA daripada DNA sesuatu organism kepada DNA organisma sasaran yang lain (gen-gen) bagi cirri yang dikehendaki dikeluarkan daripada satu spesies ke dalam organisma lain. Ianya juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organism yang lain. Ia membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetic yang berguna daripada sesuatu spesis organism kepada spesis pembiakan. organisma lain. Perkara ini ini tidak dapat dilakukan dengan teknik

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

Kelebihan Kejuruteraan Genetik

Bidang Pertanian

Bidang Pengeluaran Makanan

Kelebihan Kejuruteraan Genetik

Projek Genom Manusia

Bidang perubatan

Cap Jari DNA

1. Bidang Perubatan Pada masa ini, kejuruteraan genetik berkembang sangat pesat, terutama di nagara maju. Kemajuan ini dapat dikenalpasti dengan pertemuan pelbagai teknologi dalam budang perubatan misalnya kulter jaringan, DNA, kloning, dan lain-lain. Teknologi ini

memungkinkan kita untuk memperoleh penyembuhan penyakit-penyakit genetik mahupun kronis yang belum dapat disembuhkan, seperti kanser dan AIDS. Penelitian di bidang pengembangan sel induk juga memungkinkan para penderita stroke atuapun penyakit lain yang mengakibatkan kehilangan atau kerosakan pada jaringan tubuh dapa senbuh seperti sediakala. Penerapan kejuruteraan genetik ini juga dapat ditemui pada pelestarian lingkungan hidup dari populasi. sebagai contoh, pada penguraian minyak bumi yang tertumpah ke laut oleh bakteria, dan penguraian zat-zat yang bersifat toksik di sungai atau di laut dengan menggunakan bakteria jenis baru.

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

2. Bidang pengeluaran makanan Kejuruteraan Genetik membantu memajukan industri pengeluaran makanan. Hasilnya dapat memperbaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan. Produk baru misalnya perasa, pemanis, dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob (bakteria)yang diubahsuai secara genetik. Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan. Hal ini demikian

kerana pengunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia. Bukan itu sahaja, enzim keluaran mikrob kejuteraan genetik boleh membaiki rasa dan 'texture' makanan seperti kek dan roti.

3. Bidang Pertanian 1. Memajukan bidang penternakan seperti kambing biri-biri Dolly yang dihasilkan. 2. Menghasilkan biji benih padi yang boleh meningkatkan pengeluaran dan mempunyai daya tahan yang lebih kuat berbanding dengan benih yang biasa. 3. Menjalankan R&D (Research & Development) untuk menghasilkan hormon tiruan seperti hormon auksin untuk meningkat produktiviti bahan pertanian. 4. Kemajuan penyelidikan mampu menghasilkan tumbuh-tumbuhan secara genetik tahan penyakit atau kalis kepada serangan serangga. Ianya juga dapat mencipta bijih benih yang dapat mengeluarkan hasil pertanian yang berlipat ganda dengan saiz tanah yang kecil.

4. Cap jari DNA 1. Melalui ujian DNA, identiti seseorang mangsa dapat diketahui seperti dalam kes pengeboman wanita Mongolia, Altantuya.
2.

Mengesan kegiatan penyeludupan binatang terlindiung seperti harimau, cobra, penyu oleh Jabatan Kastam Malaysia.

5. Projek Genom Manusia Genom organism mempunyai maklumat lengkap pada satu set kromosom untuk membina satu sesuatu organisma. Projek genom manusia adalah usaha penyelidikan antarabangsa untuk menganalisa struktur DNA manusia di mana semua gen yang terletak pada kromosom yang dikenalpasti.Jika kedudukan gen pada kromosom dikenalpasti dan fungsi setiap gen dapat dikaji dan kajian dijalankan untuk memperbaiki gen cacat yang menyebabkan penyakit keturunan, kanser, darah tinggi dan Alzheimer dapat disembuhkan.
7

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

Kelemahan Kejuruteraan Genetik

Moral

Kesihatan Kelemahan Kejurueraan Genetik

Agama

Pencemaran Alam

Aspek Keselamatan

1.Masalah Kesihatan
1.

Tiada Ujian Keselamatan Jangka Panjang Kejuruteraan genetik mengubah sifat asli makanan yang kita makan. Tanpa ujian jangka panjang, tiada siapa tahu jika makanan ini selamat. Contohnya, kesan sampingan racun serangga hanya diketahui setelah 20 tahun ia digunakan.

2.

Toksin Kejuruteraan genetik boleh menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma, yang boleh menghasilkan toksin atau racun baru dan tinggi parasnya dalam makanan. Di United Kingdom, penyebab utama kontroversi mengenai kesan buruk daripada kentang KG terhadap kesihatan manusia mendedahkan bahawa tikus-tikus yang diberi makan kentang ini mengalami kerosakan teruk pada sistem imunisasi dan organ-organ penting mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa susu daripada lembu-lembu yang disuntik dengan hormon tumbesaran bovin KG (di Amerika Syarikat) mungkin

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

menyumbang kepada meninggikan risiko barah buah dada pada wanita dan barah prostat pada lelaki.
3.

Reaksi Alahan Kejuruteraan genetik juga boleh menghasilkan agen penyebab alahan pada makanan. Kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli sains di University of Nebraska menunjukkan bahawa kacang soya KG yang dihasilkan supaya mengandungi protein yang biasa terdapat pada kacang Brazil menyebabkan reaksi alahan kepada mereka yang alah kepada kacang Brazil.

4.

Virus Apabila tanam-tanaman yang dihasilkan secara genetik untuk melawan virus tertentu dijangkiti virus lain, sejenis virus baru yang boleh mengubah ciri-ciri dan sifat biologi perumah tersebut boleh terhasil.

5.

Bakteria Tahan Antibiotik Jurutera genetik menggunakan gen yang tahan antibiotik untuk menanda gen yang dimasukkan untuk membantu mengenalpasti tanaman KG. Gen-gen ini mungkin diserap oleh bakteria dan bakteria itu tidak akan alah kepada antibiotik itu lagi. Ini boleh menyumbang kepada bertambahnya jumlah bakteria dan virus yang tahan antibiotik.

6.

Nilai Khasiat Berkurangan Dalam kes-kes tertentu, kandungan khasiat dalam tanaman KG boleh berubah. Makanan transgenik mungkin mengelirukan pengguna, kononnya ia lebih segar dan lebih berkhasiat. Contohnya, tomato merah yang kelihatan segar dan ranum boleh jadi telah dipetik beberapa minggu sebelumnya dan telah kurang kandungan khasiatnya.

7.

Masalah Tidak Dapat Dikesan Tanpa label yang sepatutnya, agensi yang mengawasi kesihatan awam tidak mampu mengesan punca masalah yang timbul. Akibatnya, tragedi boleh berlaku dan ini amat menakutkan.

2.Agama Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya. Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram
9

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.

3.Aspek Moral Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi. Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar. 4.Pencemaran Alam
1.

Bertambahnya Penggunaan Racun Rumpai Lebih 50 peratus daripada tanaman yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat telah dicipta sedemikian rupa supaya ia tahan racun. Akibatnya, para peladang yang tahu bahawa tanaman mereka dapat melawan racun akan menggunakannya dengan sewenang-wenangnya.

2.

Lebih Banyak Racun Serangga Tanaman kini juga dicipta untuk menghasilkan racun serangganya sendiri. Dengan ini, bilangan serangga yang tahan racun akan bertambah. Strategi ini akan menyebabkan bertambahnya kandungan racun serangga di ladang-ladang dan di dalam makanan kita, yang mana ia boleh membahayakan kesihatan manusia.

3.

Kerosakan Ekologi Pengaruh organisma yang diubah secara genetik di dalam rantai makanan boleh merosakkan ekologi setempat, dan menyebabkan perubahan yang tidak dijangka pada alam sekitar. Organisma-organisma baru akan bersaing dengan jatumbuhan liar sejenisnya dan ada kemungkinan tumbuhan liar ini akan pupus.

10

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

5.Aspek Keselamatan Kontroversi kejuruteraan genetik ialah berkaitan dengan tahap keselamatannya terhadap kesihatan pengguna. Tinjauan yang dibuat oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa 92 peratus responden di Kanada menyatakan kebimbangan mereka berhubung dengan kesan jangka panjang kepada manusia, manakala 61 peratus responden di Britain menyatakan tahap kerisauan mereka terhadap makanan yang terhasil daripada kaedah kejuruteraan genetic Adakalanya pihak pihak tertentu menyalahgunakan pengklonan ini untuk mengganggu gugat keharmonian dan keselamatan pihak lain. Contohnya untuk menghasilkan klon manusia yang kejam untuk tujuan peperangan.

Pendapat Mengenai Kejuruteraan Genetik Saya berpendirian untuk tidak menyokong sepenuhnya kejuruteraan genetik ini, namun tidak pula menolak kebaikan yang dihasilkan dari kejuruteraan Genetik. Natijahnya, bidang bioteknologi ini mendatangkan banyak manfaat dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang teknologi demi kebaikan umat manusia. Namun, semua pihak hendaklah menggunakan teknologi ini dengan berhati-hati tanpa melampaui batasan etika dan moral kemanusiaan demi menjauhi kecelakaan yang mungkin timbul akibat penyalahgunaannya. Pada pendapat saya, bioteknologi banyak menyumbang kepada sektor pertanian. Salah satu prospek rancangan Malaysia kesembilan(2006-2010) menekankan sektor bioteknologi. Alikasi teknologi pelantar bioteknologi seperti kejuruteraan genetik, genomik dan proteomik fungsian digalakkan untuk mengeluarkan produk bioteknologi pertanian bagi meningkatkan produktiviti serta menambah baik ciri agronomi tanaman dan ternakan. Aktiviti bioteknologi pertanian lain yang akan digalakkan termasuk biopharming, iaitu penggunaan tumbuh-tumbuhan atau ternakan transgenik bagi mengeluarkan protein bernilai tinggi. Selain itu, Institut Bioteknologi Pertanian Kebangsaan di MARDI juga akan berperanan sebagai pusat kecemerlangan negara bagi R&D, pengkomersilan dan penyebaran bioteknologi pertanian. Di samping itu, Institut ini juga akan membangunkan perkongsian bersinergi dengan Agropolis yang akan dijadikan sebagai pusat kecemerlangan bagi pemprosesan dan pengeluaran makanan. Agropolis akan menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pertanian berasaskan Pelancongan Malaysia untuk mempamerkan produk dan perniagaan pertanian negara bagi membantu penyebaran teknologi dan amalan pertanian moden.

11

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

Pada pendapat saya, kemajuan dalam bidang kejuruteraan genetik memang mendatangkan pelbagai manfaat kepada kita, dalam segi tahap kesihatan dan pembangunan negara. Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berwaspada terhadap kesan-kesan negatif yang ditinggalkan oleh perkembangan bidang kejuruteraan genetic yang tidak dikawal dengan baik. Kebimbangan yang dilahirkan atas kesediaan kita untuk berdepan dengan ancaman terhadap kesihatan awam dan keselamatan nasional, di samping kesediaan untuk menghadapi serangan biologi pada tahap mikro atau di peringkat pihak berkuasa tidak dapat dielakkan.

Ramai pihak mempersoalkan mengenai kesan sampingan samada kesihatan,alam sekitar, keselamatan dan agama. Persoalan terhadap penekanan perlindungan terhadap nyawa, akal fikiran, keturunan dan zuriat juga dititikberatkan. Jika kejuruteraan Genetik ini membawa kemudaratan, adalah lebih baik untuk tidak diaplikasikan dalam kehidupan manusia.

12

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

Rujukan

1. Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya (Abu Bakar Bin Yang )Pegawai Penyelidik 2. Buku Rujukan Sasbadi-Biologi Tingkatan 4 dan 5

3. www.usfda.org http://www.who.org/ http://www.beritaharian.com.my/ http://www.nihhonshimbun.co.jp/

4. Stryer, L. (2002). Biochemistry. Freeman & Co. New York

5. Voet, D. And Voet, J. G. (2004). Biochemistry. John Wiley and Sons, New York Singapore

13

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUANGE

SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBSC 1203 Teaching Science For Lower Primary 1 SEMESTER MEI 2010

TUGASAN KURSUS

Name : ROSNAWATI BINTI JAIM

Metric Number : 731023125308002

Telephone number: 010-5205308

Email address : rose_5308@yahoo.com Tutors name: CHANDRAN VENGADASAMY

Learning Centre: OPEN UNIVERSITI MALAYSIA, KOTA KINABALU


14

Assignment HBSC1203

Semester Mei 2010

15