Anda di halaman 1dari 4

Pembiakan Budaya Merujuk kepada proses dimana nilai dan norma budaya yang sedia diturunkan dari generasi

ke generasi yang seterusnya. Pembiakan budaya sering menghasilkan pembiakan sosial atau proses memindahkan aspek masyarakat dari generasi ke generasi. Istilah ini diperkenalkan oleh Pierre Bourdieu & Jean Claude Passerine dalam Cultural Reproduction and Social Reproduction Teori Pembiakan Terumpu kepada aspek struktur (structural) masyarakat. Melihat bagaimana struktur sosial dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi (theory of tramsmissions). Melihat bagaimana struktur sosial membantu fungsi umum masyarakat. Sekolah bukan agen yang mengalakkan amalan demokrasi, mobiliti sosial dan kesamaan (equality) sebaliknya sekolah menjadi tempat membiakkan ideologi masyarakat dominan dan hiraki struktur kelas Untuk melihat bagaimana teori ini mempengaruhi sistem pembiakan di Malaysia, ianya dijelaskan melalui tiga model pembiakan iaitu model pembiakan ekonomi, model pembiakan kebudayaan dan model pembiakan hegemoni negara. Selain itu ia juga berasaskan ras, dimana wujudnya sekolah kebangsaan (Melayu), SKJ (Cina) dan SKJ Tamil (India). Dari segi pilihan subjek juga memperlihatkan kelas sosial yang berlainan dalam menengah rendah. Pelajar lelaki mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 1,pelajar perempuan pula mengambil subjek Kemahiran Hidup Pilihan 2 Sekolah berfungsi sebagai gatekeeper Kanak-kanak dari kelas sosial yang rendah dipaksa untuk bertaat setia, berpatuh kepada peraturan dan undang-undang sekolah, menepati masa dan membiasakan diri untuk sentiasa mengikut arahan.

Bagi kanak-kanak dari kelas sosial atasan dan pertengahan, mereka berpeluang untuk membuat keputusan, menaakul, berfikir secara analitikal dan kritis, serta kreatif dan boleh bekerja tanpa pengawasan Pihak sekolah terima dan amal modal budaya kumpulan-kumpulan sosial dominan dan meneruskannya seolah-olah ianya diagihkan secara saksama kepada semua pelajar. Autoriti guru adalah mewakili authoriti kelas dominan. Kriteria mengadili murid -berasaskan budaya dominan. guru sendiri merupakan hasil sistem pendidikan yang bertujuan untuk memindahkan budaya golongan dominan (Bourdieu,1966) dalam Amir Hasan Dawi (2002).Sistem memaksa secara arbitari memasukkan budaya dominan kepada murid kelas rendah. Kelas bawah yang merupakan kelas golongan subordinat tidak mempunyai modal budaya(pengetahuan). Budaya dianggap sebagai satu modal. Modal budaya adalah berbentuk simbolik bukan seperti modal ekonomi yang berbentuk material (wang). Sekolah kekalkan ketidaksamaan dan menghukum mereka yang tidak menuruti atau tidak sesuai kepada piawaian kelas menengah semasa ia menentukan kriteria kelas pencapaian yang memihak kepada murid yang mempunyai modal budaya kelas menengah. Dominan kelihatan lebih cemerlang. Akhirnya penganiyaan simbolik iaitu penindasan terhadapa kelas pekerja atau kelas sosial yang lebih rendah oleh dominasi budaya berlaku. Dengan itu hieraki sosial dalam masyarakat akan dihasilkan semula dan terus berkembang. Sekolah berperanan dalam menghasilkan dominan cultural capital (modal budaya dominan adalah seperti ketangkasan, kelulusan akademik dan kemahiran. Sebagai contoh, budaya kerja yang dominan dibiakkan dalam sistem persekolahan ialah setiap pelajar sekolah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah. Sistem pendidikan melengkapkan keseluruhan proses reproduksi mengikut struktur pengagihan modal di kalangan kelas-kelas

(Bourdieu, 1973). Disimpulkan, kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya kelas dominan mempunyai kelebihan dalam pendidikan. Mereka mempunyai modal budaya untuk mencapai kehendak-kehendak pendidikan masing-masing. Sementara itu mereka dari latar belakang kelas pekerja perlulah mendapat modal budaya yang sewajarnya untuk bersaing. Model Pembiakan Hagemoni Negara Pendidikan adalah sebagai salah satu alat kerajaan untuk mengagihkan pekerjaan kepada rakyatnya mengikut kelulusan akademik-stratifikasi sosial dikekalkan.Peranan pendidikan - membiakkan indoktrinasi pemerintah sangat penting selepas kemerdekaan. Pendidikan telah dirancang sedemikian rupa supaya dapat menghasilkan rakyat yang patuh kepada sistem pentadbiran negara. Pemikiran rakyat dalam sistem pendidikan telah diorientasikan kepada sistem demokrasi moden.Pembiakan ideologi pemerintah penting untuk mencapai matlamat-matlamat negara seperti perpaduan dan guna tenaga.

Ibrahim Saad (1990) melihat sekolah memainkan peranan utama sebagai alat negara dalam sosialisasi politik. Terdapat beberapa cara sosialisasi politik dilakukan. Cara-cara berkenaan adalah melalui kurikulum sekolah yang membiakkan nilai-nilai kebangsaan, amalan-amalan atau ritual yang terdapat di sekolah dan melalui tingkahlaku guru. Pembiakan nilai-nilai kebangsaan dalam kurikulum sekolah- subjek tertentu seperti sejarah, pendidikan moral, agama, geografi dan kajian tempatan. Ia dilakukan menerusi penulisan semula buku teks. Buku teks adalah berbentuk Malaysia dan tidak menyanggahi dasar-dasar kerajaan.

Contoh- setiap pelajar dari pelbagai latar sekolah diwajibkan mengambil matapelajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan. Bermula pada Pernyata Razak (1956) dan kemudian Penyata Rahman Talib (1960). Penyata-penyata ini dilihat sebagai langkah awal kerajaan Perikatan untuk membiakkan budaya perpaduan dikalangan rakyat. Pada akta Pendidikan 1961, bahasa Malaysia diperkukuh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah tanpa mengabaikan penggunaan bahasa ibunda lain. Bahasa Malaysia telah dijadikan alat perpaduan untuk membiakkan perpaduan. Keduanya adalah melalui amalan-amalan atau ritual yang terdapat di sekolah. Contoh amalan ini adalah seperti perhimpunan setiap pagi sebelum memasuki kelas, menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri sambil diiringi upacara menaikkan bendera, lafaz persetiaan dan ikrar rukun negara (Amir Hasan Dawi, 2002).

Anda mungkin juga menyukai