Anda di halaman 1dari 18

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

TAJUK TUGASAN SEJAUH MANAKAH MODEL VAN THUNEN DAPAT DIREALISASIKAN DALAM PEMBANGUNAN MASA KINI.

TARIKH PENYERAHAN TUGAS 17 DISEMBER 2010

PENGURUS KURSUS P.M.DR. HJ. WAN ROZALI B HJ WAN HUSSIN.

NAMA CALON AISHAH BT NURSAL NO IC : 720621115210 NO MATRIK: JM/10779/10 TEL : 0199867284

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

ISI KANDUNG

MUKASURAT

Pengenalan

Model Letakan dan Gunatanah Von Thunen

Andaian Model VonThunen

Sewa Letakkan

Hubungan Antara Intensiti pengeluaran dengan Jarak

Hubungan Antara Jenis Gunatanah DenganJarak

10

Aturan Gunatanah Menurut Model VonThunen

11

Kelemahan Model VonThunen

14

Rumusan

15

Bibliografi

16

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

1. PENGENALAN Istilah guna tanah juga dikenal dengan istilah sebagai Land Use Planning.Ianya merupakan satu perancangan penggunaan tanah yang harus digunakan sepenuhnya secara optimum untuk pulangan yang maksimum.

Ada beberapa definisi guna tanah yang dapat dijadikan contoh: Guna tanah adalah rangkaian kegiatan untuk mengatur peruntukan, penggunaan dan persediaan tanah secara terancang dan teratur sehingga diperoleh manfaat yang lestari, optimal, seimbang dan serasi untuk kemakmuran rakyat dan negara..Tata guna tanah adalah rangkaian kegiatan penataan, penyediaan, peruntukan dan penggunaan tanah secara terancang dalam rangka melaksanakan pembangunan nasional.Guna tanah adalah usaha untuk merancang pertanian.

Dari beberapa definisi tersebut dapat diambil unsur-unsur yang ada, iaitu: a. Adanya erangkaian kegiatan. Yang meliputi pengumpulan data lapangan yang menyangkut tentang penggunaan,kesesuaian, tanah, pembuatan rencana/pola penggunaan tanah untuk kepentingan pembangunan dan pengawasan serta keterpaduan di dalam pelaksanaanya.

b. Penggunaan tanah harus dilakukan secara terancang. Ini mengandung konsekuensi bahwa penggunaan tanah harus dilakukan atas dasar

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

prinsip-prinsip tertentu. Prinsip-prinsip tersebut ialah lestari, optimal, serasi dan seimbang.

c. Adanya tujuan yang hendak dicapai. Ialah untuk mencapai kecemerlangan rakyat menuju masyarakat yang adil dan makmur.

Model Von Thunen adalah satu teori yang khusus membincangkan tentang penyesuaian tanaman terhadap jarak. Model ini dikemukakan pada tahun 1783-1850. Model ini mencadangkan jenis guna tanah yang sesuai bagi letakan yang telah ditentukan.

Dalam kawasan pertanian yang luas, letakan sesuatu bidang tanah pertanian amat mempengaruhi pola kegunaannya. Letakan yang dimaksudkan disini ialah hubungan antara sesuatu bidang tanah pertanian dengan pusat pemasaran dan tempat tinggal pengusaha kebun.

Tanah pertanian yang terletak hampir dengan pusat pemasaran dikatakan mempunyai nilai yang amat tinggi dan amat menguntungkan jika diusahakan dengan sepenuhnya. Sementara tanah-tanah yang jauh dari pusat pemasaran pula kurang menguntungkan untuk dikomersialkan kerana kedudukannya yang jauh. Dalam hubungan dengan letakan atau kedudukan tanah, peranan kos perhubungan dan pengangkutan juga penting.

Pastinya kos pengangkutan dan perhubungan mempengaruhi kos pengeluaran. Semakin jauh kedudukan tanah pertanian dari pusat pemasaran maka semakin mahal kos

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

pengeluaran. Oleh sebab itu untuk memaksimakan keuntungan pengusaha memilih tanaman yang sesuai dengan tanah pertanian yang dekat atau yang jauh dari pusat pemasaran.

2. MODEL LETAKAN DAN GUNA TANAH VON THUNEN Model Von Thunen adalah satu model atau teori tentang letakan dan penggunaan tanah pertanian.Matlamat utama modelnya adalah untuk menunjukkan tentang perbezaan penggunaan tanah dengan bertambahnya jarak dari pasaran. Dua fakta yang dikemukakannya ialah: i. Intensiti(kegiatan) pengeluaran bagi sesuatu jenis tanaman akan

berkurangan atau menurun dengan bertambahnya jarak dari pasaran iaitu pengeluaran sesuatu tanaman tertentu akan menurun apabila lokasinya semakin jauh dari pasaran. Intensiti merupakan ukuran tentang jumlah input yang digunakan bagi satu unit kawasan tanah. Semakin banyak wang,tenaga kerja atau buruh dan baja serta benih digunakan intensiti pengeluaran pertanian akan meningkat. ii. Jenis gunatanah akan jadi berbeza dengan bertambahnya jarak dari pasaran.

3.

ANDAIAN MODEL VON THUNEN

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

Von Thunen mempunyai andaian-andaian bagi pembentukan teorinya.Andaian-andaian yang digunakan ialah: i. Adanya sebuah negeri atau kawasan terpencil (isolated) yang hanya mempunyai sebuah pusat bandar sahaja yang letaknya di tengah-

tengah.Dibandar semua semua petani mendapat harga yang sama untuk sesuatu jenis tanaman pada suatu masa yang tertentu. Andaian ini tidak lagi sesuai pada masa kini kerana dalam jangka masa tertentu tentu ada bandar baru akan dibuka dan menjadi pusat pasaran yang baru.

ii.

Pusat bandar tersebut hanyalah satu-satunya tempat atau pasaran tunggal bagi pengeluaran yang berlebihan untuk memasarkan hasil-hasil pertanian pengusaha dinegeri tersebut .Keluaran pertanian hanyalah satusatunya pembekal hasil bagi aktiviti di bandar tersebut. Semua pengusaha tani akan menerima harga barangan keluaran pertanian yang sama dibandar tersebut. Teori ini tidak dapat direalisasi pada masa kini kerana pasaran yang ada sangat luas dan harga pasaran tidak tidak terikat.Ada konsep perundingan harga antara petani atau pengeluar hasil tani dalam menetapkan harga yang sewajarnya pada hasil tanaman mereka.Dalam situasi yang mana pengeluar dan pembeli mencapai kata sepakat dalam penetapan harga,yang mana pem

iii.

Kawasan tanah bagi seluruh negeri tersebut adalah seragam dari segi kesuburan,iklim,mukabumi dan keadaan fizikal lainnya.Teori ini jelas

sangat tidak sesuai dengan gunatanah yang dapat dilihat pada hari ini 6

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

contohnya dinegeri Pahang.Kita dapat melihat dengan jelas Tanah Tinggi Cameron yang mempunyai iklim yang sejuk dan dingin .Bentuk mukabumi yang tinggi dan beriklim sejuk dapat menghasilkan tanaman sayuran seperti cili, tomato, kubis dan banyak lagi. Tanaman teh juga merupakan tanaman yang utama dikawasan tanah tinggi itu selain bungaan yang hidup subur. Manakala dibahagian lain negeri itu seperti di kawasan Muadzam dan Jengka merupakan kawasan yang giat dengan tanaman ladang kelapa sawit.Iklim dikawasan ini adalah panas dan hujan sepanjang tahun.

iv.

Setiap petani berusaha untuk memaksimakan keuntungan dari aktiviti pertanian.Teori ini pada dasarnya dapat diterima secara asasnya kerana semua petani walau dimana berada akan cuba memaksimumkan keuntungan dengan memaksimumkan penggunaan tanah.Contohnya,pada hari ini dikawasan penanaman kelapa sawit ,sementara menunggu hasil tuaian yang agak lama,petani mengambil inisiatf menanam tanaman seperti jagung,pisang dan pelbagai tanaman yang cepat hasil tuaiannya.

v.

Pengangkutan ke bandar hanya dengan kuda, kereta kuda atau berjalan kaki sahaja.Kos pengangkutan adalah berkadar terus dengn jarak ,iaitu semakin jauh jarak semakin tinggi kos pengangkutan.Teori ini pastinya tidak sesuai dengan dunia hari ini.Pengangkutan hari ini untuk menghubungkan satu tempat atau Bandar sangat mudah dan

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

canggih.Sekarang sudah ada lori kecil,lori yang panjang,lori hawa dingin untuk penghantaran hasil tanaman yang mudah rosak,lori tangki untuk penghantaran hasil sawit malahan pengangkutan air juga sudah berkembang.Kapal kontena digunakan untuk penghantaran secara pukal dan kadar tambang yang lebih murah pada kadar jarak yang sangat jauh Perkhidmatan pengangkutan udara juga mempunyai banyak pilihan yang sesuai.

vi.

Kos pengangkutan ditentukan hanya oleh jauhnya jarak perjalanan. Kos pengangkutan adalah berkadar terus dengan jarak.Iaitu semakin jauh jaraknya semakin tinggi kos pengangkutan.

vii.

Tidak ada hubungan dengan penduduk dari luar negeri tersebut dan negeri tersebut adalah tertutup dan memenuhi keperluan sendiri.Teori ini tidak sesuai pada masa kini kerana,semua negara didunia sudah mengamalkan langit terbuka kepada dunia luar.Dalam ertikata lain negara-negara didunia mempunyai hubungan dagang antara negara. Contohnya Malaysia mengeksport bunga-bunga segar ke negara Eropah dan pada masa yang sama mengimport buah-buah seperti epal dan limau untuk kegunaan tempatan.Ini jelas menunjukkan hubungan antara penduduk sesebuah

negeri dan negeri yang lain. Malahan semua negara waima negara china sudah mula membuka pintu negara lain. Semua negara pula saling memerlukan antara satu sama lain.

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

4. SEWA LETAKAN Von Thunen menyatakan dalam teorinya asas bagi penentuan guna tanah adalah sewa lokasi. Ianya dikenali sebagai sewa ekonomi.Sewa ekonomi adalah perbezaan atau pulangan bersih petani yang didapati setelah ditolak jumlah pendapatan kasar dengan kos pengeluaran termasuk kos pengangkutan. Semakin jauh jarak seseorang petani mengangkut barangan input dan keluarannya maka semakin tinggi kos pengangkutan dan seterusnya kos pengeluaran dan akibatnya pendapatan bersihnya semakin menurun, (harga barangan adalah sama bagi semua petani . Semakin kurang pulangan atau pendapatan bersih yang boleh dihasilkan dari sesuatu kawasan pertanian, maka semakin rendah nilai sewa lokasi tanah pertanian tersebut. Dengan lain perkataan ,semakin jauh kedudukan kawasan pertanian maka semakin rendah nilai sewa lokasinya.

Rajah dibawah menunjukkan andaian Von Thunen sekiranya satu jenis tanaman ditanam di berbagai kawasan pertanian yang berbeza jaraknya dari pasaran akan mengakibatkan sewanya juga berbeza.

Rajah sewa letakan dan jarak dari pasaran.

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

Menurut Von Thunen , A seorang petani yang mempunyai keuntungan kerana letakan A hampir dengan pusat pasaran,oleh itu sewanya adalah tinggi. Sebaliknya di D, jaraknya yang jauh dari pasaran menyebabkan kos pengangkutan menjadi mahal dan seterusnya sewa lokasi D adalah sifar. Tanah pertanian di D tidak akan menghasilkan apa-apa keuntungan atau pulangan bersih,kerana kos pengeluaran sama banyak dengan pulangan kasar.

Dalam keadaan sebenar hari ini ,teori ini tidak lagi sesuai pada hari ini kerana kawasan pertanian berhampiran dengan pusat bandar teramat mahal sewanya. Ini mengakibatkan kos sewa tanah amat tinggi, mungkin tidak mendatangkan pulangan yang sewajarnya. Contohnya penanaman tomato,jika diusahakan berhampiran dengan pusat bandar memerlukan kos sewa yang tinggi,kos penggunaan rumah hijau dan kos buruh

.berbanding petani mengusahakan penanaman tomato dikawasan tanah Tinggi Cameron Highland ,iklim yang sedia ada sesuai tidak memerlukan kos rumah hijau. Kos sewa lokasi penanaman yang jauh dari pusat bandar tidak begitu tinggi. Manakala jarak perjalanan yang jauh dapat diatasi dengan kemudahan pengangkutan yang murah dan banyak pada hari ini.

5. HUBUNGAN ANTARA INTENSITI PENGELUARAN DENGAN JARAK

10

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

Perbezaan jenis-jenis tanaman mengikut jarak dari pasaran Berdasarkan andaian Von Thunen untuk memoptimumkan keuntungan,jenis penanaman harus berbeza mengikut jarak dari pasaran. Dari segi intensiti pengeluaran ,penanaman tanaman giat(tanaman intensif) seperti tanaman ubi kentang memerlukan modal yang besar,tenaga buruh yang ramai dan kos pengangkutan yang mahal.Ianya hanya sesuai ditanam berhampiran dengan pusat pemasaran .Manakala bagi D pula perkara yang perlu dipertimbangkan ialah tanaman yang tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai,hasil keluaran yang ringan,hasil tanaman yang tahan lama. Tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi iaitu petani tidak perlu ke ladang setiap hari(tanaman ektensif). Hanya cara ini penanam D dapat memperolehi keuntungan.

11

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

Rajah menunjukkan jenis tanaman dengan jarak dan pasaran

6. HUBUNGAN ANTARA JENIS GUNATANAH DENGAN JARAK Menurut teori Von Thunen ,hasil keluaran pertanian yang berat seperti kayukayan,keluaran hasil tani yang mudah rosak dan perlu dipasarkan segera seperti sayursayuran, buah-buahan,barangan yang bersifat pukal(bulky)seperti susu cair,tanaman yang memerlukan pengawasan yang rapi sehingga memerlukan tenaga buruh tidak sesuai untuk dihasilkan dikawasan yang jauh dari pasaran.Sebaliknya barangan keluaran yang ringan, tahan lama dan tidak mudah rosak, tidak pukal, dan tidak banyak pengawasan sesuai dihasilkan dikawasan yang jauh dari pasaran.

Teori ini tidak begitu sesuai dengan pembangunan masa kini kerana,dapat dilihat tanaman sayuran kini giat dijalankan diTanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Loging kerana kesesuaian iklimnya.Jarak jauh dari pusat bandar atau pusat pasaran tidak

menjadi masalah lagi kerana kos pengangkutan pada hari ini tidak lagi menjadi halangan.Malahan jauh lebih menguntungkan petani berbanding sewa lokasi yang begitu tinggi di bandar.Dengan ini dapat menyatakan bahawa prinsip teori Von Thunen tidak begitu sesuai untuk pembangunan masa kini.

ATURAN GUNATANAH MENURUT MODEL VON THUNEN.

12

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

Zon gunatanah model Von Thunen Von Thunen mengemukakan aturan atau andaian/prinsip gunatanah seperti yang ditunjukkan diatas.Von Thunen membahagikan ladangnya kepada beberapa kawasan. a) Zon 1 merupakan kawasan yang hampir dengan bandar atau pusat pasaran. Kawasan ini menjadi tempat tumpuan manusia yang menjadi pusat pentadbiran,pertahanan dan perkhidmatan.

Tanaman atau pengeluaran yang dicadangkan adalah berbentuk tanaman sayuran dan susu yang mudah rosak.Kegiatan pertanian berbentuk intensif,memerlukan kawalan dan pengawasan yang rapi. Kesuburan tanah ditentukan dengan cara membaja dan jika perlu, baja tambahan diperolehi dari bandar dan diangkut mengikut jarak-jarak yang berdekatan dengan kilang.Harga pasaran perunit adalah tinggi dan sewa letakannya juga tinggi.

13

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

b) Zon 2 merupakan kawasan yang diperuntukan bagi pemuliharaan hasil hutan. Pengeluaran kayu iaitu bahan yang bersifat berat (bulky) sangat diperlukan yang berat dibandar dan pukal sebagai sumber kos

tenaga.Sifatnya

memerlukan

pengangkutan yang tinggi secara relatifnya.Oleh itu ianya perlu berada di zon yang ke 2 hampir dengan pusat pasaran. c) Zon 3 ialah kawasan selepas hutan kecil. Zon ini dicadangkan ditanam dengan tanaman bijirin seperti gandum yang merupakan tanaman pasaran yang penting. Apabila jarak dari pasar bertambah maka kepesatan pengeluaran biji berkurangan kerana kurangnya daya pengeluaran. D izon pertama dari ketiga-tiga zon pinggir (3) ,petani menggunakan pusingan 6 tahun bagi setiap tanaman.Bijian menggunakan 1/3 dari kawasan dan yang lainnya untuk ubi kentang,barli,rumput dan tanaman kekacang. Ubi

kentang seperti bijan dijual di bandar. Tanaman kekacang digunakan sebagai makanan binatang ternakan dan untuk memastikan kesuburan tanah. Lembu diternak didalam kandang sepanjang tahun.Tiada kawasan terbiar, dan kerja membaja dapat menentukan kesuburan tanah. d) Zon 4 dicadangkan dengan penanaman yang kurang pesat dan pertanian dilakukan secara bergilir-gilir selama 7 tahun dengan tanaman yang berlainan bagi setiap tahun.Contohnya setahun untuk tanaman bijian,setahun untuk barli,setahun untuk oat, tiga

14

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

tahun untuk rumput ragut dan setahun dibiarkan begitu sahaja(tanah rang). Penghasilan tanaman adalah yang tahan lama dan tidak mudah rosak, oleh itu kesemuanya dapat dikeluarkan dijarak yang lebih jauh dari pasar. e) Zon 5 adalah kawasan yang sangat jauh.Disini dicadangkan sistem 3 ladang. Ia merupakan satu sistem giliran yang mana satu pertiga setiap satu daripada tanah ditanam dengan rumput, ternakan binatang dan sebahagian tanah lagi dibiarkan tanpa apaapa kegiatan pertanian. f) Zon 6 adalah yang paling luar sekali dalam penaturan gunatanah Von Thunen . Zon 6 adalah merupakan kawasan ternakan

binatang ternakan.Tanaman yang dihasilkan di zon ini adalah untuk penggunaan lading itu sendiri khususnya sebagai makanan ternakan.Hanya hasil dari binatang ternakan dipasarkan.

7. KELEMAHAN MODEL VON THUNEN Terdapat beberapa kelemahan model Von Thunen untuk direalisasikan dalam dunia hari ini.Kelemahan yang jelas adalah dari segi simplifikasi atau dalam ertikata lain Von Thunen mempermudahkan keadaan dunia sebenar kepada sesuatu yang serba

15

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

sempurna.Andaian yang dikemukakan juga agak tidak relevan pada dunia nyata atau masa kini.Andai yang jelas tidak relevan ialah: i. Anggapan Von Thunen semua peladang adalah pakar ekonomi dalam urusan pemasaran hasil tani. i. Setiap pengusaha ladang dianggap berusaha untuk sentiasa memaksimumkan keuntungan hasil keluaran ladang. ii. Faktor alam sekitar ,alam semulajadi dan kemajuan teknologi dibidang pengangkutan dianggap kurang penting.Contohnya pengangkutan pantas dan murah dan sistem awet segar amat penting dalam teknologi pengangkutan dan mempengaruhi aturan gunatanah.Dari segi kedudukan pula tidak ada sebuah negara yang tertutup seperti yang dibayangkan oleh Von Thunen.

RUMUSAN

Model Von Thunen boleh digunakan dalam dua aspek utama.Ia memberi perhatian kepada faktor ekonomi ,terutamanya kos pengangkutan dan jarak ke pasar(konsep asas bagi ahli geografi untuk merancang pola gunatanah dari sudut persekitaran fizikal).Model 16

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

Von Thunen juga memperkenalkan konsep sewa lokasi dalam geografi.Konsep ini sangat berguna dalam kajin gunatanah di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar.Andaian yang ketat dalam model ini menyebabkan kepada tumpuan yang lebih teliti dalam penyelidikan terhadap cara-cara petani membuat keputusan.Dengan ini adalah jelas tentang pola gunatanah dan bagaimana usaha-usaha Von Thunen dengan batasan masih merupakan satu rangkai kerja penting untuk menyusun kajian perkampungan dan ladang seperti contoh yang terdapat dinegara kita iaitu Felda,Felcra dan rancangan pembangunan tanah yang lain.

BIBLIOGRAFI http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=1874:kepentingan-dan-peranan-hutan-tanahtinggi-secara-umum&catid=325:info-ringkas http://banktani.tripod.com/gm4.htm

17

Aishahnursal 720621115210

JMG101/rpjj usm
JM/10779/10

Katiman Rosman.1990. Konsep Asas Geografi Manusia,Bangi,Universiti Kebangsaan Malaysia Goh Cheng Leong.1979. Geografi Manusia Dan Ekonomi Jilid 2,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka.

18