Anda di halaman 1dari 7

PENDIDIKAN MUZIK http://pendidikanmuzik.blogspot.

com/
Saturday, October 2, 2010
Modulasi

Modulasi dengan kord(note pivot)


Modulasi dengan kord atau juga dikenali juga sebagai note pivot dan ianya pada kebiasaannya berlaku dimana kord yang sama dalam nada lama serta juga dalam nada baru.Hal ini menunjukkan kord yang sama ini bukan hanya dapat dijumpai dalam nada lama tetapi dalam nada baru juga ianya boleh juga didapati.Selain itu juga,note pivot ini juga digunakan sebelum bermodulasi ke nada baru.Secara tidak langsungnya,ini menunjukkan note pivot ini berlaku dalam kedua-dua nada tidak kira sama ada nada yang lama ataupun nada yang baru. Di samping itu juga,note pivot ini juga digunakan untuk melicinkan sesuatu nada baru.Hal ini menunjukkan bahawa kelicinan sesebuah melodi dalam sesebuah nada baru bergantung kepada penggunaan note pivot dalam melodi tersebut.Tambah juga,modulasi dengan kord juga diikuti dengan kord dari kumpulan dominan nada baru.Sebagai contohnya,kord V,kord V7 atau Vii b.

Abrupt Modulation
Abrupt Modulation pada kebiasaannya bermodulasi tanpa kord dan juga tanpa not pivot.Hal ini meneranakan Abrupt Modulation ini berubah tanpa pergerakkan kord serta not pivot.Tambahan juga, Abrupt Modulation bermodulasi directly to new kord,dengan erti kata lain ianya bermodulasi terus ke nada baru. Abrupt Modulation juga terjadi apabila not tersebut bergerak secara kromatik dalam satu bahagian.Sebagai contohnya,not C kepada C# ,D kepada D# atau C kepada Db.Walau bagaimanapun,proses ini berlaku jika mempunyai sekurang-kurangnya satu not yang sama not dengan not sebelumnya.

Phrase Modulasi
Phrase Modulasi berlaku semasa pertukaran nada dalam sesuatu frasa melodi.Hal ini menunjukkan Phrase Modulasi terjadi ketika perubahan nada sesebuah melodi di mana hanya dalam Sesautu frasa melodi sahaja dan ini bermakna modulasi ini bersifat terperinci kepada sesuatu frasa dalam sesebuah melodi. Phrase Modulasi juga membuatkan frasa berikut akan bertukar kepada nada asal.Hal ini menerangkan pertukaran tersebut berlaku kepada nada relative bagi proses pertukaran tersebut.

Posted by teech ryza at 4:17 AM 0 comments

Saturday, April 11, 2009


ASAS MUZIK TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
Definisi Muzik - satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri). Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan). Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik). Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep). Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 1.Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. 2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspekaspek muzik 3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal. (i) Imitasi (Mengajuk Balik) (ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) (iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.

(iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa. (v) Literasi menulis dan membaca nota muzik 4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat 5) Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. Kemahiran Muzikal Nyanyian Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan Kemahiran muzikal Permainan alat muzik. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik. Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. GLOSARI Monofoni Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja. Homofoni Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya. Polifoni Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. Komposisi Kebolehan mengubah lagu Kemahiran ensemble Kemahiran bermain alat muzik secara kumpulan dengan pelbagai alat muzik. FROM CRESCENT

Posted by teech ryza at 1:20 AM 0 comments

endidikan jasmani
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Rencana atau bahagian ini mungkin mengandungi bahan kajian peribadi atau tuntutan pendapat yang tidak disahkan.
Sila perbaiki rencana ini dengan menambah rujukan. Lihat laman perbincangan untuk maklumat lanjut. (Julai 2008)

Rencana atau bahagian ini perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia.
Harap anda perbaiki rencana ini dengan pautan yang sesuai.

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahirankemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2 Maksud Pendidikan Kesihatan 3 Objektif Pendidikan Jasmani o 3.1 Matlamat Pendidikan Kesihatan 4 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani? 5 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan? 6 Kecergasan 7 Kecergasan Fizikal 8 Koordinasi 9 Berasaskan pelakuan motor 10 Kemahiran 11 Kesukanan 12 Kesihatan Diri dan Keluarga 13 Gaya Hidup Sihat 14 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

[sunting] Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak, Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

[sunting] Maksud Pendidikan Kesihatan


Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

[sunting] Objektif Pendidikan Jasmani


Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama : Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

[sunting] Matlamat Pendidikan Kesihatan


Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

[sunting] Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?


Penglibatan murid secara aktif dan selamat Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

[sunting] Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?


Penglibatan murid secara penghayatan ilmu Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==

[sunting] Kecergasan

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan . Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

[sunting] Kecergasan Fizikal [sunting] Koordinasi


Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa Respons Kepantasan

[sunting] Berasaskan pelakuan motor


Berasaskan kesihatan Daya tahan kardiovaskular Daya tahan Otot Kekuatan Kelenturan Komposisi badan

[sunting] Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

[sunting] Kesukanan

Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

[sunting] Kesihatan Diri dan Keluarga


Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan

[sunting] Gaya Hidup Sihat


Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

[sunting] Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran


Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas

Anda mungkin juga menyukai