Anda di halaman 1dari 2

JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KOLEJ 16 & 17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengerusi, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej 16 & 17, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor. Ustaz Ismail Bin Mat Ali, Pengurus Besar, Capaian Aspirasi Sdn. Bhd, Tingkat 13 Menara Perbadanan Johor, 80000, JOHOR. Melalui dan salinan: Kapt. Hj. Wan Ibrisam Fikry Bin Hj. Wan Ismail, Pengetua Kolej 16 & 17, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, JOHOR. Tuan, JEMPUTAN UNTUK MENJADI PENCERAMAH CERAMAH PERDANA KOLEJ 16 & 17

24 MAC 2006

Merujuk perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian Kolej Mahasiswa Kolej 16 & 17 dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 16 & 17 akan mengadakan satu program Ceramah Perdana . 2. Adalah berbesar hati sekiranya kami ingin menjemput Ustaz Ismail Bin Mat Ali untuk menjadi penceramah bagi program ini.Dengan kerjasama dari pihak tuan pastinya akan melancarkan lagi program yang telah dirancangkan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3. Berikut adalah maklumat program Ceramah Perdana yang akan dijalankan. Segala perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Hari Masa Tempat Tajuk Forum : Ahad (2 April 2006) : 8.00 Malam : Surau Kolej 16 & 17 : Ayah & Ibu

Sekian, terima kasih. Yang benar, ________________________________ (MOHD SUHAIMI BIN MOHD AMIN) Pengerusi Kolej 16 & 17

s.k - Pengetua Kolej 16 & 17 - Pengarah Program Ayah & Ibu - Setiausaha Program Ayah & Ibu

http://tangkapgambar.blogspot.com/