Anda di halaman 1dari 16

Fiqh Jinayat (Pembunuhan- zina- liwath- qazaI- khamr-

pencurian dsb)
Bab 1 : Pengertian Jinayat
Jinayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh
seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang
yang lain dengan sengaja.
Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan
seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau
mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.
Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah
termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang
wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-
1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan
sebagainya
2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut
dan lain-lain.
4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.
5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam
negara Islam Pembunuhan
Bab 2 : Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah
Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith dan
yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah
yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam
mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
penjenayah-penjenayah tersebut.
1. Hukuman Hudud
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-
Quran dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh
ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh
sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah
ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang
yang zalim. (Surah Al-Baqarah, 2:229).
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi
suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat
orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk
ataupun tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya
tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau
milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau
dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk
mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka
kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.
2. Hukuman Qisas
Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah
ditentukan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan
yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas
dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja
wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan
yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh. (Surah Al-Baqarah,
2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau
melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka
seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas
dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga
dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas
(seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia
penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Maidah: 45)
3. Hukuman Diyat
Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali
atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh
penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang
sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan
yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak
yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik
(dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran
ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari
Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas
(untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya.
(Surah Al-Baqarah, 2:178)
4. Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu
penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir
adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran
dan Al-Hadith.
Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya
dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana
kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya
dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk
menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah
itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah
mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa
mereka.
Bab 3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Tazir
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah
adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya
lima perkara:
1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari
aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat
terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan
ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia. (Riwayat Bukhari)
2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga
anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh
manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib
dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang
berakal fikiran supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan
minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak
wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang
telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali
sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina
Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab
keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram
itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah
bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah
telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya
disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan
janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam.
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak
dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman
mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas
perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha
Kuasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Maidah: 38)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan
bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang
di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak
merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong
tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang
negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian
itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab
siksa yang amat besar. (Surah Al-Maidah: 33)
Bab 5 : Zina
Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa
nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya
orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang
meragukan).
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu
menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan
perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan
perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya
perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh
didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan
mereka itu adalah termasuk dalam wati subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith
yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syariyyah bahawa orang yang
melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan
hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah
Subhanahu Wa Taala yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-
Nur ayat 2)
ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN
ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah
pernah berkahwin)
ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum
pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau
perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah
merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.
Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh
dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan
didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki
oleh hukum syarak.
HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan
keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya
hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Ianah Al- Thalibin juzuk 2 muka
surat 146 yang bermaksud :
Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had
(rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib
dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun
sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang
bermaksud :
Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka
sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun.
PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA
Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan
telah disabit dengan bukti bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang
keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini
perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa
dengan sebab perzinaan itu.
Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit
kesalahannya dengan bukti - bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa
sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud
keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas
lelaki itu hukuman rejam dan sebat.
Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa
oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari
hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu
di atas perzinaan secara paksa itu.
Bab 6: Liwat
Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan
walaupun dubur isterinya sendiri.
Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh
difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina.
Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga
mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat
dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)
MUSAHAQAH (LESBIAN)
Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan
perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan
berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang
perempuan itu.
Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir,
dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki
untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dan
kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti -bukti sebagaimana yang
dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.
MENDATANGI BINATANG
Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina.
Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib
dijatuhkan hukuman takzir.
BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI
Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh
diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir. Begitu
juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke
dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga
dikenakan hukuman takzir.
Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan
hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.
BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA
Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman
hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-
i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman
Allah Taala yang bermaksud:
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka
carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka.
( Surah An-Nisaa` Ayat 15)
ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan
imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.
iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil
bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada
suami.

KELAYAKAN SAKSI -SAKSI DALAM KES ZINA
Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh
diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa -dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk
kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam
sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar
lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku - bukan secara
kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang
tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).

( Rujukan Kitab - Kitab Mathlaal Badraian -
Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )
Bab 7: Qazaf
PENGERTIAN QAZAF
Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau
menafikan keturunanya.
PEMBAHAGIAN QAZAF
1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang
menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki
yang adil.
2.) QazaI yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh
seseorang yang lain kuIur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci,
memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi
lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib
dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima
penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah
Taala yang bermaksud:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka
sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-
lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq.
(Surah An- Nur ayat 4)
PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF
1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh
dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadith
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh,
orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh
dari gilanya.
(Riwayat Bukhari Fi Muslim)
ARA-ARA MELAKUKAN QAZAF
Dalam Qanun Jenayah Sayriyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:
i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang menggunakan
perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang
lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)
ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan
yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.
iii) Tuduhan yang dibuat secara ta`ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan
yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina
sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF
Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti -bukti yang berikut:-
1. Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)
Bab 8 : Minum Arak (Khamar)
PENGERTIAN ARAK
Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal
dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia
mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan
Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau
pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang
bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan
berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor
(najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK
Dalam Qanun jenayah syariyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau
sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan
hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat.
Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin
Abi Thalib r.a yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan
Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar
menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah
yang paling akau suka.
KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah
tiga sebab:
i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang
menghilangkan akal fikiran manusia
ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi
memabukkan dan menutup akal Iikiran.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa
dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had
keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia
menjadi mabuk.
PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD
Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman
hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut

Kanak - kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak
boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh
dianggap sebagai perbuatan jenayah syariyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini
adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh,
orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh
dari gila.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)
Bukti - bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh
dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-
1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)
Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh
dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu
dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang
mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-
orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka
kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang
dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.
Bab 9 : Mencuri (Sariqah)
PENURI
Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada
tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah
salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan
pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana
(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada
nilai wang mas
(Riwayat Bukhari Muslim)
IRI -IRI PERBUATAN MENURI
1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau
milik tuannya.
HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENURI
1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah
syariyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib
dikenakan hukuman hudud ialah:-
i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri
2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak
wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan
orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu.
Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun
dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan
diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka
yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu
dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud,
kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang
diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada
Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang.
(Al- Ashbah dan An - Nazhair)
Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh
mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kearifan dan kebijaksanaannya.
PENURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH
Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-
1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau
barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak
boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud,
tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib
dikenakan hukuman takzir.
2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.
3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas
kenderaan,termasuk juga penyelok saku.
4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.
5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
SABIT KESALAHAN MENURI
1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-
i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang
mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan
orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah
mencuri.
2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan
hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah
dihadapan hakim.
3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan
seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau
barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.
4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang
kena curi dangan orang yang mencuri.
PENURI YANG DIKEUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.
1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar
atau tiga darham.
2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.
3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaI.
4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau
barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.
5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.
6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.
7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa Iaedah dan tidak bernilai mengikut
hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.
Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang
yang berhutang.
9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa
sangat lapar dan dahaga.
10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya
hingga ke atas (datuk dan seterusnya).
11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan
sebaliknya.
12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.
HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENURI
Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana
yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan
dipenjarakan sehingga ia terbunuh.
Bab 4: Pembunuhan
1. Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana firman Allah s.w.t
yang bermaksud :-
Sesiapa yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka balasananya ialah
neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan mengutuknya dan disediakan azab
yang berat untuknya.
(Surah An-Nisaa Ayat 93)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (balasan yang sesuai
dengan perbuatan) sebab membunuh orang.
2. ara-cara pembunuhan ada tiga cara :
1) Sengaja semata-semata
i) Membunuh dengan sengaja semata-mata. - Iaitu seseorang yang bertujuan untuk
membunuh dengan menggunakan sesuatu alat yang boleh membunuh atau mematikan
seseorang.
Hukumannya :- - Pembunuhan wajib dibalas dengan bunuh juga (qisas) kecuali ahli waris
yang terbunuh memaafkan dengan membayar diyat mughallazah (denda yang berat)
ataupun dimaafkan tanpa membayar diyat(denda) -
Syarat wajib qisas :-
1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris
2) Tersalah semata-mata
- Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai contoh seseorang itu menembak
binatang tetapi tertembak seseorang yang lain dan menyebabkan orang itu terbunuh.
Hukuman :-
Dikenakan islah tidak dikenakan qisas (balas bunuh) tetapi dia kena diyat mukhafafah
(denda yang ringan). Diyat itu dibayar oleh adik-beradik pembunuh dan bayarannya boleh
ditangguhkan selama tiga tahun. -
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
Sesiapa yang membunuh seseorang yang beriman dengan tidak disengajakan maka
hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyat (denda)
kepada ahli yang terbunuh.
(Surah An-Nisaa - Ayat 92)
3) Menyerupai semata-mata
- Iaitu seseorang yang memukul orang lain dengan sesuatu alat yang biasanya tidak boleh
membunuh atau mematikan seperti ranting kayu dan mati dengan pukulan itu
. - Hukumannya:-
Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga pembunuh
membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara beransur-ansur selama
tiga tahun.












8lfql ?anda Muhammad
xl lA 2

Anda mungkin juga menyukai