Anda di halaman 1dari 30

BAB 4 KO-KURIKULUM DAN KEMAHIRAN INSANIAH: GAYA UMS

PENGENALAN Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat utama pendidikan negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus difokuskan kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam empat domain utama, iaitu kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran fizikal), afektif, dan sosial. Namun, dalam sistem pendidikan yang diamalkan, tumpuan kepada kemahiran kognitif dan psikomotor terlalu diutamakan. Justeru, focus kepada domain afektif dan sosial yang sangat perlu bagi pembentukan insan kamil yang seimbang amat jauh ketinggalan. Akibatnya, produk sistem pendidikan kini ataupun modal insan yang dibentuk tidak seimbang seperti yang dihasratkan. Jika diteliti, masalah ini antara lain berpunca daripada ketidakseimbangan kurikulum, terutamanya dalam menentukan Hasil Pembelajaran (LO) dan taksonomi pembelajaran yang perlu dicapai, ketidakpelbagaian dalam teknik penyampaian serta ketidakberkesanan pentaksiran dan penilaian sekaligus, mengakiatkan domain-domain ini statik dan tidak dinamik. Strategi, pendekatan dan kaedah penyampaian dan penilaian pengajaran dan pembelajaran tidak diberi perhatian yang sewajarnya bagi memenuhi keperluan semasa. Aktiviti kokurikulum juga gagal dilihat sebagai komponen yang berasingan dan tidak disepadukan secara optimum dalam usaha membentuk dan menjana Kemahiran Insaniah (KI) yang diharapkan. IPT sebagai institusi pendidikan tertinggi harus menjadi tempat yang paling sesuai untuk menggilap Kemahiran Insaniah (KI) pelajar. Tidak dinafikan pelajar IPT telah mengikuti matapelajaran kokurikulum diperingkat persekolahan yang memerlukan setiap murid mengambil Tiga (3) komponen matapelajaran iaitu komponen beruniform, sukan dan kelab atau persatuan. Seperti yang dibincang di peringkat awal, pengambilan matapelajaran ini tertumpu kepada pengembangan domain psikomotor dan kognitif. Muridmurid kurang mendapat pendedahan dari aspek afektif yang amat berkait rapat dengan pembangunan nilai kemanusiaan serta domain social yang menampilkan kepada kemahiran-kemahiran social dan komunikasi.

Dengan demikian juga, pembelajaran kokurikulum di IPT dapat dilihat sebagai satu kesinambungan dari peringkat persekolahan. Kesinambungan ini pula dilihat sebagai satu mileage dan advantage kepada pelajar yang dapat meneruskan aktiviti kokurikulum diperingkat sekolah ke peringkat universiti sekaligus memberi peluang kepada pelajar mempelajari dengan lebih mendalam bidang yang diminati. Sebagai contoh, bagi pelajar yang juga ahli kadet polis diperingkat persekolahan dapat meneruskan pembelajaran kadet polis ini melalui kursus kokurikulum SUKSIS. Menjadi satu advantage bagi pelajar kerana telah biasa dengan latihan-latihan lasak melalui kursus ini yang mana pada akhir pengajian akan ditauliahkan dengan pangkat yang memberangsangkan. Walaupun konsep kesinambungan ini mempunyai banyak kelebihan, namun terdapat juga kelemahannya kerana pelajar tidak member pilihan kepada diri sendiri untuk meneroka pembelajaran bagi penguasaan kemahiran teknikal yang baru. Namun demikian, dengan adanya pelan transformasi pendidikan khususnya yang melibatkan pembelajaran kursus kokurikulum, aspek penguasaan kemahiran teknikal ini diselarikan dengan keperluan penguasaan lima (5) tujahan kemahiran insaniah. Konsep pembelajaran kini lebih bersifat holistik dan bermatlamat iaitu melahirkan pelajar yang holistik dan mempunyai ketrampilan diri yang jitu. Kemahiran teknikal kini adalah pemangkin yang penting bagi pelajar untuk membangunkan potensi kemahiran insaniah. Bagi mencapai matlamat ini, adalah menjadi tanggungjawab IPT menerapkan ilmu kemahiran insaniah (KI) secara menyeluruh dalam silibus pengajaran dan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Diseminasi ilmu ini juga tidak terhad kepada konteks pembelajaran dan pengajaran berasaskan platform akademik, ianya juga hendaklah diamalkan oleh kakitangan-kakitangan universiti yang mempunyai kaitan terus dalam pengendalian aktiviti-aktiviti pelajar samada di dalam atau di luar kampus dan aktiviti yang bersifat ekstra kurikulum. PERSPEKTIF KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik yang juga disebutkan sebagai employability skills, soft skill, demonstrated skills dan istilah-istilah lain yang pelbagai. Namun demikian, pengertian kemahiran insaniah ini menjurus kepada penguasaan seseorang pelajar dalam kemahiran-kemahairan yang bersifat non-acedemic tetapi lebih terfokus kepada pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang Kemahiran Insaniah (KI), tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran yang dapat menampilkan nilai-nilai personaliti yang tinggi antaranya, daya kepimpinan, kebolehan bekerjasama secara berpasukan atau team player seperti istilah yang banyak digunakan dalam iklan perjawatan dalam sektor swasta dan korporat, kebolehan berkomunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah (KI) adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang

bersifat global, apatah lagi dengan perubahan dan perkembangan teknologi yang begitu pantas. Oleh itu, graduan IPT harus bijak menilai keperluan ini bagi memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan seharian yang kian mencabar. Dalam usaha menentukan elemen Kemahiran Insaniah (KI) untuk dilaksanakan dan diterima guna oleh IPT, KPT telah menetapkan Tujuh (7) elemen utama sebagai teras kemahiran termasuk elemen keusahawanan. Walubagaimanapun, bagi keperluan pembelajaran kursus kokurikulum, Lima (5) elemen seperti dibawah merupakan tujahan kemahiran yang perlu diterapkan dalam sistem pembelajaran sesuai dengan konsep pembelajaran kokurikulum iaitu perlunya imbangan penguasaan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah untuk pembangunan holistik pelajar. Lima (5) elemen yang merupakan tujahan kemahiran adalah: i. ii. iii. iv. v. Kemahiran Kepimpinan Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Kerja Berpasukan Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Etika dan Moral Profesional

Bagi setiap kemahiran, ianya diperincikan kepada dua kategori, iaitu Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT). KIM membawa pengertian iaitu pelajar wajib menguasai kemahiran ini. Ianya merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar IPT. Pelajar dianggap tidak kompeten dalam elemen berkaitan sekiranya tidak menguasai KIM. KIT pula ditafsirkan sebagai kemahiran tambahan yang dapat memanafaatkan pelajar sekiranya menguasai kemahiran tersebut. Kemahiran Insaniah Tambahan ini dianggap sebagai kemahiran generik yang memberi nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar bersama KIM, pelajar dianggap memiliki kompeten cemerlang dalam elemen berkaitan. Persepsi yang dapat disimpulkan bagi kedua-dua kategori kemahiran ini ialah penguasaan secara keseluruhan bagi kedua-dua kategori adalah penting dan merupakan nilai tambah kepada kecemerlang dan ketrampilan personaliti yang akan dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang mampan. Dengan itu juga, metode penyampaian bagi kursus kokurikulum hendaklah menerapkan dan mengintergrasikan secara embedded keseluruhan pembelajaran kemahiran insaniah (KI) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Insaniah (KI) ini tidak harus lagi dianggap kurikulum tersembunyi tetapi perlu dilaksanakan secara nyata dan

ditaksir mengikut sistem penaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan bermatlamat dan terkesan. KOKURIKULUM DAN KEMAHIRAN INSANIAH DI UMS Dalam perlaksanaan tujahan-tujahan kemahiran ini di PKPP, UMS, inisiatif PKPP dalam memperincikan kualiti-kualiti setiap tujahan kemahiran akan dapat membantu para tenaga pengajar untuk membimbing pelajar dalam pembangunan kemahiran insaniah ini. (Sila lihat Bab 5). Bagi setiap KIM dan KIT yang digariskan oleh KPT, UMS memperincikan dan meletakkan kualitikualiti yang menyokong kepada setiap satu KIM dan KIT dengan tujuan supaya pelajar mengetahui perkara-perkara yang perlu dikuasai dan dimiliki oleh setiap pelajar. Di peringkat kejurulatihan, perincian kualiti ini dapat membantu tenaga pengajar mengenal pasti kualiti dan seterusnya dapat membuat penaksiran dan penilaian dengan lebih telus dan terarah. PKPP menggabungjalinkan (embedded) KI dalam semua kursus yang diajar di PKPP. Pada tahun 2010, PKPP telah mengadakan tiga (3) bengkel secara berterusan ( Berringgis Resort, Julai 2010, Keningau Ogos 2010 dan Ranau, Ogos 2010) bagi memurnikan KI lebih terperinci daripada panduan yang disediakan oleh KPT. Panduan KPT dalam konteks KI dalam pengajaranpembelajaran kokurikulum hanya sebagai garispanduan supaya semua IPTA dapat mengaplikasikan mengikut kehendak sesebuah universiti. Dalam hal ini, PKPP telah mengenalpasti lima (5) KI (KIM dan KIT) yang diperincikan konsep, criteria, ciri-ciri utama dan seterusnya mengorak satu langkah baru dalam konteks penaksiran dan penilaian KI yang diterapkan dalam semua kursus kokurikulum yang diajar di UMS. Sebagai contohnya, seseorang pelajar bukan sahaja akan memiliki kemahiran teknikal atau professional dalam bidang teknik bermain bola keranjang dengan betul dan tepat malah akan juga dapat menguasai kemahiran insaniah mengikut kualiti dan trait yang digariskan bagi menyokong sesuatu KIM atau KIT tersebut. Kaedah ini dilihat sebagai sangat praktikal dalam membimbing pelajar yang seimbang dari segi rohani, dan fizikal terutamanya mencerminkan peribadi yang baik dan menguasai semua KIM dan KIT dengan lancar dan betul. Setiap kemahiran ini memperjelaskan cara penilaian dan sistem penggredan rubrik yang mudah diukur dan dinilai agar pelajar dapat dibantu untuk memperbaiki kemahiran yang dianggap lemah Di Universiti Malaysia Sabah. Kemahiran Insaniah yang ditetapkan untuk perlaksanaan di UMS ialah kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan dan Etika dan Moral Profesional.

PERSPEKTIF KEMAHIRAN KEPIMPINAN Kepimpinan didefinisikan dengan cara yang berbeza-beza daripada pelbagai sudut. Kepimpinan merupakan proses mempengaruhi kegiatan kelompok yang diorganisasikan dalam usaha untuk menentukan tujuan dan pencapaian. Gribben (1972), seorang tokoh pengurusan menyatakan bahawa kepimpinan itu adalah sebagai proses mempengaruhi sesuatu kelompok dalam situasi dan masa tertentu untuk memberi pengalaman dan kepuasan sejajar dengan kepimpinan yang diamalkan. Pendapat ini dipersetujui oleh Hersey dan Blanchard (1982) yang menyatakan bahawa kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan individu, atau kelompok dalam usaha untuk mencapai sesuatu tujuan dalam situasi tertentu. Certo (1997) pula menegaskan bahawa kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut deskripsi kerja manakala Ahmad Atory (1996), berpendapat bahawa organisasi yang cemerlang dipengaruhi oleh kepimpinan yang cekap, khususnya dalam mencapai sesuatu matlamat. Kepimpinan dipengaruhi oleh kuasa yang ada pada seseorang pemimpin. Kuasa dalam konteks organisasi ialah sejauhmanakah seseorang, atau sesuatu unit organisasi berkeupayaan mempengaruhi pembuatan keputusan mengikut kehendaknya. Aminuddin (1990) yang memetik daripada Fiedler (1967) mengatakan bahwa kepimpinan adalah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh yang diagihkan secara tidak rata sehingga seseorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas

individu itu manakala Hollander (1984) pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dan pengikut. Walaupun mempunyai kuasa, tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada kerelaan berbanding paksaan. Hal ini disebabkan proses kepimpinan selalunya melibatkan pengaruh yang bersifat dua hala dengan tujuan untuk mencapai matlamat. Pendapat yang diutarakan oleh Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1993) pula menyatakan bahawa: kepimpinan adalah kebolehan untuk mendorong manusia berusaha dengan penuh keghairahan bagi mencapai matlamat yang telah dikenal pasti sehingga mencetus kuasa motivasi yang berada dalam diri individu dan membimbing mereka ke arah matlamat organisasi. Kepimpinan menekankan kepada tingkah laku pemimpin yang mempengaruhi orang bawahan bertindak mencapai objektif tertentu. Kepimpinan adalah unsur penting dalam pengurusan yang menjadi penggerak bagi sesebuah organisasi. Kepimpinan dalam jabatan hendaklah memainkan peranan aktif dan mendorong kakitangan bawahannya memberi kerjasama dalam memberi khidmat mereka terhadap pencapaian strategi dan perancangan jabatan yang telah ditetapkan. Kesimpulan dari pendapat dan pandangan diatas ialah, kepimpinan adalah satu proses yang melibatkan orang lain iaitu orang bawahan, penggunaan kuasa di kalangan pemimpin, mempengaruhi dan mengarah tindak tanduk orang bawahan dalam pelbagai cara bagi mencapai matlamat organisasi. Proses ini melibatkan hubungan atau komunikasi dua hala antara orang yang memimpin dengan orang yang dipimpin. Justeru, dapat ditegaskan bahawa tugas pemimpin adalah mempengaruhi orang bawahannya supaya mengikuti tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ke arah satu matlamat yang dirancang. Berdasarkan konsep kepimpinan ini, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS telah menggariskan tiga kualiti dan kebolehan utama dalam kemahiran kepimpinan iaitu: i. Mempamerkan kualiti dan sifat seorang pemimpin ii. Kebolehan memimpin projek iii. Kebolehan untuk mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan. Dalam melihat kebolehan mempamerkan sifat seorang pemimpin, setiap pelajar akan dinilai berasaskan kualiti-kualiti berikut:

Keberanian menyuarakan pendapat menjana pemikiran kritis (Pelajar kokurikulum dalam Bengkel KI di Membakut Lake Eco Resort)

a. b. c. d.

Kompetensi dalam pengucapan awam, Mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif, Mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Nilai-nilai murni dan moral, etika professional dan keprihatinan masyarakat.

Semua kualiti dan trait diatas dinilai berasaskan Empat (4) aras pencapaian yang akan menunjukkan tahap-tahap pencapaian berdasarkan rubric iaitu: i. ii. iii. iv. bawah pencapaian (Below Performance) Menghampiri Tahap Pencapaian (Approaching Performance) Memenuhi Tahap Pencapaian (Meet Performance). Melebihi Tahap (Exceed Performance).

Dalam kualiti kompetensi kebolehan dalam pengucapan awam, pelajar yang mencapai tahap ke-empat seharusnya telah dapat menunjukan pengucapan awam yang berstruktur, fakta yang betul, menarik perhatian dan berjaya mempengaruhi pemikiran khalayak dan mengajak mereka mengambil tindakan. Begitu juga bagi kualiti kompetensi daya pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif, pelajar yang mencapai tahap 4 perlu mempunyai misi, visi, gagasan idea yang asli, kreatif dan/atau berinovasi tinggi. Dengan adanya penilaian sedemikian memudahkan pensyarah atau penceramah dapat melihat dan memberi penilaian yang lebih menyeluruh. Bagi kualiti mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, pelajar yang mencapai tahap 4 dapat mempamerkan nilai-nilai kredibiliti (tanggungjawab dengan keputusan), toleransi, intergriti, ketelusan (transparent) dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara cost effective, manakala kualiti nilai-nilai murni dan moral, etika professional dan keprihatinan masyarakat pelajar yang mencapai tahap 4 seharusnya telah dapat memenuhi semua aspek nilai-nilai sifat pemimpin yang cemerlang. Bagi kualiti Kebolehan Memimpin Projek, pelajar akan dinilai dengan perkara seperti berikut: i. Kemampuan menyelia anggota pasukan ii. Kemampuan memberi arahan yang jelas iii. Kemampuan bekerja dalam keadaan tekanan. Kualiti kompetensi Kebolehan untuk mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan pula digariskan bagi memperjelaskan perkara-perkara yang patut difahami dan dikuasai oleh pelajar seperti berikut:

i. Berkebolehan berbincang sebelum mengambil sebarang keputusan. ii. Bersedia menerima tugas dan tanggungjawab. iii. Berkemampuan bekerja dengan pelbagai etnik,gender dan umur. iv. Berkebolehan untuk mengenalpasti tahap kemampuan ahli pasukan dan mengagihkan tugas. v. Berkebolehan untuk menyusul, memantau dan menyelia tugasan sehingga selesai. Setiap kebolehan ini akan dinilai secara terperinici menggunakan skala likert dari tahap dan aras bawah pencapaian ke tahap tinggi pencapaian. Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) dalam Kemahiran kepimpinan (LS) ditunjukkan dalam Jadual 4.1. Keterangan tahap LS adalah seperti berikut:

Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) Kepimpinan mengikut gaya UMS

Tahap
L1

Kemahiran
MEMPAMERKAN SIFAT SEORANG PEMIMPIN Item/Faktor (spesifik): a. b. c. d. e. f. g. h. i. Berkebolehan dalam pengucapan awam Berkaliber/kredibiliti/integriti dan produktif Mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif Mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Mempunyai nilai-nilai karisma Bertoleransi dalam membuat keputusan Prihatin, bertanggungjawab dan berfikiran positif Memiliki sifat terbuka dalam menerima pandangan/kritikan Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan

L2

KEBOLEHAN UNTUK MEMIMPIN PROJEK Item/Faktor (spesifik): a. Mampu menyelia anggota pasukan b. Memberi arahan yang jelas

c. Mampu mengurus kewangan dengan bijak d. Mampu bekerja dalam keadaan tekanan e. Kebolehan mengurus masa dengan bijak

L 3

KEBOLEHAN UNTUK MEMAHAMI DAN MENGAMBIL PERANAN BERSILIH GANTI ANTARA KETUA PASUKAN DAN ANGGOTA PASUKAN Item/Faktor (spesifik):

a. b. c. d. e.

Kebolehan berbincang sebelum mengambil sebarang keputusan Kebolehan untuk menerima tugas dan tanggungjawab Berkemampuan bekerja dalam pelbagai etnik,gender dan umur Berkebolehan bagi mengagihkan tugas secara adil dan saksama Kebolehan untuk memantau, menyusul dan menyelia tugasan sehingga selesai

PERSPEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Istilah komunikasi berasal dari kata Latin Communicare atau Communis yang bermaksud sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita berkomunikasi dengan orang lain, berarti kita berusaha agar apa yang disampaikan kepada orang lain akan menjadi miliknya. Komunikasi adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Komunikasi berlaku pada setiap gerak langkah manusia. Manusia adalah makhluk sosial yang saling bergantungan dan memerlukan antara satu sama lain dalam lingkungannya. Unsur utama untuk dapat berhubungan dengan orang lain dilingkungannya adalah komunikasi samada secara verbal maupun non- verbal. Bagi komunikasi secara non-verbal, bahasa tubuh dan isyarat merupakan alat perhubungan yang utama khususnya seperti yang berlaku dalam masyarakat primitive dari pelbagai suku bangsa. Dalam masyarakat Melayu tradisi pula, bahasa isyarat juga digunakan misalnya, pola ketukan kerantong atau tabuh di masjid menyampaikan maklumat, pengertian dan mesej-mesej kepada kelompok masyarakat tersebut. Komunikasi juga dapat dirumuskan sebagai suatu proses penyampaian maklumat atau informasi diantara beberapa orang. Dengan demikian aspek berkomunikasi melibatkan seorang pengirim atau pemberi maklumat, maklumat atau informasi yang dibawa dan penerima maklumat yang mungkin juga memberikan respon kepada pengirim untuk menyatakan bahwa maklumat telah diterima dan diambil tindakan. Dalam proses untuk berkomunikasi, seseorang harus memiliki dasar seperti berikut; niat, minat, pandangan, lekat, libat. Dalam proses ini juga akan wujud hambatan samada dari pengirim, saluran, penerima dan respon serta hambatan fisik dan psikologis. Tujuan komunikasi adalah berhubungan dan mengajak orang lain untuk memahami apa yang kita sampaikan untuk mencapai sesuatu tujuan. Keterampilan berkomunikasi diperlukan dalam bekerja sama dengan orang lain. Terdapat dua jenis komunikasi, iaitu verbal dan non verbal. Komunikasi verbal meliputi kata-kata yang diucapkan atau tertulis, dan komunikasi non verbal meliputi bahasa tubuh. Menurut bentuk komunikasi, ada yang disebut

komunikasi satu arah dan komunikasi dua arah. Komunikasi satu arah berarti sebuah pesan atau maklumat yang dikirim dari pengirim ke penerima tanpa ada respon atau tindakan susulan. Komunikasi dua arah pula terjadi apabila pengiriman pesan atau maklumat dilakukan dan mendapatkan respon atau tindakan susulan. Dalam memahami konteks komunikasi dengan pengertian yang lebih kompleks, aspek pemahaman sosio-budaya bagi sesuatu kelompok masyarakat adalah penting. Sistem budaya bagi sesebuah masyarakat berbeza dengan budaya masyarakat dari suku dan kaum khsusnya dalam negara majmuk seperti Malaysia. Adab dan adat, pantang larang dan tradisi kehidupan bagi sesuatu suku kaum hendaklah dihormati bagi menjaga keharmonian dan kelestarian sistem budaya tersebut. Dalam konteks ini, pola dan strategi untuk berkomunikasi dengan kumpualan masyarakat ini hendaklah bersesuaian sesuai dengan adab dan adat atau norms and conventions bagi masyarakat tersebut. Dengan hal yang demikian juga, kriteria kebolehan pelajar berkomunikasi dengan peserta komunikasi dari latar budaya yang berbeza dilihat sebagai satu perkara yang penting dalam meenujudkan kemesraan, memelihara dan melestarikan nilai-nilai kemanusiaan, menghormati sistem budaya masyarakat setempat serta pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat plural di negara ini. Berdasarkan konsep komunikasi ini, PKPP UMS telah mengariskan empat kebolehan utama yang dituntut untuk menguasai kemahiran keberkomunikasi iaitu: i. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara bertulis. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang mempunyai latar budaya yang berlainan.

ii.

iii.

iv. v. vi.

Bagi semua bentuk kemahiran diatas, PKPP menggariskan beberapa kualiti atau perkara yang akan menyokong kepada objektif pencapaian kemahiran tersebut. Kualiti-kualiti ini akan dinilai mengikut aras-aras pencapaian dan skor akan diberi mengikut panduan skala penggredan rubrik.

Dari segi kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis setiap pelajar akan dinilai melalui : Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dan mudah difahami. Menyampaikan idea secara extrovertisme iaitu tanpa perasaan gugup dan takut c. Menggunakan bahasa badan (Body language) yang sesuai semasa menyampaikan idea d. Fleksibiliti, kelancaran dan keaslian dalam menyampaikan idea e. Berkemampuan untuk menarik minat audien. f. Berkemampuan menyediakan laporan yang sistematik, berstruktur, kandungan yang relevan dan penguasaan bahasa yang sesuai.
a. b.

Bagi kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas pelajar akan dinilai melalui :
a. Kebolehan mendengar secara konsentrasi dan kritis b. Berkebolehan untuk menghormati pendapat (opinion) orang lain. c. Kebolehan mengawal emosi sendiri dan menjaga perasaan orang lain dalam sesi

dialog Bagi kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar pula pelajar akan dinilai melalui:
a. Membentang dengan fakta, kreatif dan bersesuaian dengan tahap pendengar b. Kemahiran menggunakan pelbagai kaedah dalam pembentangan bersesuaian

dengan tahap pendengar c. Kebolehan menggunakan Alat Bantuan Mengajar dalam pembentangan bersesuaian dengan tahap pendengar d. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan. Bagi Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang mempunyai budaya berlainan pelajar akan dinilai melalui sikap menghormati, memahami, prihatin terhadap budaya dari pelbagai kaum, dan semangat kerjasama dengan budaya lain. Kemahiran ini dianggap sangat penting dalam membantu pelajar untuk menghargai antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, gender, ethnik, umur dan sebagainya.

Jadual 4.2. menunjukkan KIM dan KIT serta keterangan lapan kemahiran berkomunikasi (CS) adalah seperti berikut: Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) KIM Tahap CS 1 Kemahiran Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan Kualiti a. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris b. Menyampaikan idea secara extrovertisme iaitu tanpa perasaan gugup dan takut c. Menggunakan bahasa badan (Body language) yang sesuai semasa menyampaikan idea d. Dapat menyampaikan idea dalam tempoh masa yang telah ditetapkan e. Fleksibiliti, keaslian dan kelancaran dalam menyampaikan idea f. Berkemampuan untuk menarik minat audien. CS 2 Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara bertulis Kualiti a. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris b. Dapat menyampaikan idea dalam tempoh masa yang telah ditetapkan

c. Fleksibiliti, keaslian dan kelancaran dalam menyampaikan idea d. Berkemampuan untuk menarik minat pembaca/penilai. e. Berkemampuan menyediakan laporan yang sistematik, berstruktur, kandungan yang relevan dan penguasaan bahasa yang sesuai.

CS 3

Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas. Kualiti a. Kebolehan mendengar secara konsentrasi dan kritis b. Berkebolehan untuk menghormati pendapat (opinion) orang lain. c. Kebolehan memahami dan memberi maklumbalas (response) fizikal topik perbualan dengan jelas dan rasional. d. Kebolehan berinteraksi dua hala secara aktif dan berobjektif e. Kebolehan mengawal emosi dalam sesi soal jawab

CS 4

Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar Kualiti a. Membentang dengan yakin b. Membentang dengan fakta yang betul c. Kebolehan mengurus masa d. Tidak menimbulkan isu yang sensitif e. Kebolehan mengawal emosi dalam sesi pembentangan f. Kebolehan menggunakan Alat Bantuan Mengajar dalam pembentangan. g. Kelancaran dan kefasihan pengucapan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris h. Kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pembentangan yang pelbagai

CS 5

Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan. Item/Faktor (spesifik): a. Menunjukkan daya kreatif dan inovatif dalam menggunakan

Information Communication Technology b. Menunjukkan kemahiran penggunaan kepelbagaian perisian computer dalam sesi pembentangan c. Kebolehan penggunaan internet untuk pencarian maklumat secara berkesan

CS 6 Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan. Item/Faktor (spesifik): a. Memahami, prihatin dan menghormati budaya dari pelbagai kaum b. Menunjukkan semangat kerjasama dengan budaya lain c. Berusaha memahami budaya dari pelbagai kaum dan mengasimilasikan suasana dengan pelbagai budaya tempatan d. Mewujudkan suasana komunikasi verbal yang kondusif KIT CS 7 CS 7 Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.

CS 8 Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

PERSPEKTIF KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH Terdapat pelbagai tafsiran berkaitan dengan terminologi dan istilah pemikiran kritikal. Beyer (1985) berpendapat bahawa pemikiran kritikal adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan manakala Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai kebolehan individu untuk melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu utama dan membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang tepat daripada maklumat dan data yang ada, dan seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai bukti. Umumnya. kebanyakan ahli falsafah bersetuju bahawa pemikiran kritikal dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini juga bermaksud bahawa pemikiran kritikal ialah satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan dan tindakan. Pandangan ini selari dengan pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan Pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dalam pemikiran kritis di Amerika Syarikat. Facione (2007) pula dalam essei beliau Critical Thinking: What Is It and Why It Counts telah mengemukakan definisi pemikiran kritikal yang dirumuskan daripada pendapat sekumpulan pakar. Definisi tersebut adalah hasil kajian yang beliau lakukan pada tahun 1990 dan dikemukakan dalam Laporan Delphi (The Delphi Report). Pakar merumuskan bahawa konsep asas yang terpenting dalam pemikiran kritikal ialah kebolehan menginterpretasi (interpretation), membuat analisis, menilai, membuat inferensi, menghuraikan dan kawalan kendiri (self-regulation). Dalam situasi untuk meningkat kemampuan pelajar dalam bidang kemahiran ini, pelajar perlu sentiasa dibimbing untuk mengembang dan membaiki kemahiran berfikir. Kini kita hidup di dalam masyarakat yang sangat kompleks dan berkembang maju. Maklumat dan ilmu pengetahuan sering

kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan maklumat berlaku dengan cepat. Oleh itu, kita seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk terus menimba ilmu pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal ditempuhi. Hal ini juga bersesuaian dengan pandangan dari Chaffee (1997) yang menyatakan bahawa proses belajar dan berfikir adalah proses yang saling berkait sepanjang hayat. Dalam kehidupan seharian kita sering diajukan dengan soalan-soalan yang mencabar minda dan kritis. Manakala dalam bidang pendidikan juga kita sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita menyoal soalan yang releven kemudian disokong dengan fakta yang kukuh tentang sesuatu isu yang telah dinyatakan serta memperolehi suatu rumusan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan diri untuk menghadapai persoalan sosial dan masyarakat secara amnya, dan para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritikal bagi menhadapi cabaran globalisasi. Pakar-pakar pendidikan (Goldman, Hasselbring et. Al. 1997; Montague, Wagner & Morgan 2000) juga menegaskan tentang keperluan pelajar untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. Bagi merealisasikan perkara ini dikalangan pelajar IPT, kurikulum pengajian hendaklah digubal dengan mengintergrasikan elemen kemahiran berfikir bagi melahirkan graduan yang mempunyai daya pemikiran yang mampan. Cornell Critical Thinking Skills (1989) juga menekankan tentang keperluan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi bagi membentuk seseorang graduan menjadi pemimpin yang efektif. Secara kesimpulannya, Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada baru dan berlainan. Dalam hubungan ini, KPT telah menggariskan beberapa elemen kemahiran pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah untuk dikuasai oleh pelajar dan, berdasarkan konsep dan pemikiran yang dianalisis dari pandangan ahli falsafah diatas, PKPP telah meletakkan beberapa kualiti yang relevan untuk menyokong matlamat dan pencapaian setiap satu kemahiran tersebut. CTPS 1 Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, sertamembuat penilaian yang berjustifikasi.

CTPS 2 CTPS 3 CTPS 4 CTPS 5

Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir (seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan) Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif Kebolehan berfikir melangkau batas. (KIT) Kebolehan membuat keputusan yang berdasarkan bukti yang kukuh.

Jadual 4.3: KIM and KIT dalam Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) Tahap CTPS 1 Kemahiran Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi Kualiti a. Mempunyai pelbagai teknik kemahiran dalam menyelesaikan masalah b. Membuat keputusan selepas membuat analisis yang terperinci c. Berkeupayaan mengenal pasti skop masalah d. Berkeupayaan menjustifikasikan masalah dalam situasi yang kompleks CTPS 2 Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan Kualiti a. Berkeupayaan membuat pertimbangan terhadap penilaian keputusan yang dibuat. b. Mampu mencerna pemikiran secara tanpa kebergantungan kepada orang lain. c. Berkeupayaan mempertikaikan penilaian orang lain secara berobjektif. d. Berkeupayaan memberi hujah yang bernas dan logik dalam menilai isu atau perbincangan berfikir seperti

CTPS 3

Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif Kualiti a. Membuat sumbangsaran dan mencapai persetujuan dengan menggabungjalinkan idea penyelesaian secara persetujuan bersama. b. Berkemampuan menyelesaikan masalah dalam situasi ad-hoc. c. Berkeupayaan memberi idea kreatif dan inovatif. d. Mencari alternatif yang sesuai sebelum membuat keputusan.

CTPS 4

Kebolehan berfikir melangkaui batas (Thinking Beyond). Kualiti a. Berkeupayaan meramalkan sesuatu masalah sebelum membuat keputusan. b. Berkeupayaan menyelesaikan masalah dalam apa-apa situasi. c. Mengaplikasikan pemikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dalam keadaan tertekan. d. Berkebolehan menganalisis isu perbincangan

CTPS

5 Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh. Kualiti a. Kebolehan mengumpul bukti dan fakta b. Membuat keputusan dalam masa yang ditetapkan c. Berkemampuan membuat keputusan berdasarkan analisis bukti dan alternatif lain d. Kebolehan membuat keputusan untuk kepentingan bersama

PERSPEKTIF KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa kerja berpasukan menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat, potensi dan kemahiran anggota-anggota kumpulan. Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri kerja berpasukan boleh membantu pengukuhan organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat empat cirri utama kerja berpasukan seperti berikut: Usaha Kolektif a. Ahli dalam organisasi hendaklah memahami dan berkongsi pandangan tentang hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi. b. Menyedari peranan dan fungsi masing-masing boleh memberi motivasi kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap peranan dan tindakan yang telah diputuskan. c. Bekerja bersama-sama boleh dicapai jika usaha kolektif dijadikan sebagai prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan sumber dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat yang satu. Positif a. Setiap anggota organisasi harus melihat kerja berpasukan sebagai peluang bagi pencapaian matlamat, memenuhi keperluan hidup dan menyediakan sokongan sosial ketika berlaku krisis. b. Melihat dari perspektif positif dapat mewujudkan keharmonian sesama ahli kumpulan seterusnya kuasa sinergi yang menggerakkan organisasi ke arah prestasi yang maksimum.

c. Kesepaduan di antara peranan ahli dan prestasi akan menggalakkan idea yang lebih kreatif dan mengurangkan jurang Perbezaan pendapat. Kerjasama a. Tidak semua anggota organisasi benar-benar mamahami peranan yang diamanahkan kepada mereka. Ini kerana terdapat di antaranya yang lebih suka bekerja bersendirian. b. Cabaran besar organisasi bagi menarik perhatian anggotanya ialah mendedahkan peluang yang bakal dinikmati jika bergerak secara berkumpulan. Di peringkat awal, komunikasi yang lebih kerap sesama ahli dapat meningkatkan 'esprit de corp' untuk mereka saling kenalmengenal dan seterusnya memahami aspirasi organisasi. Saling lengkap-melengkapi a. Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran. b. Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing. c. Proses lengkap-melengkapi di dalam organisasi akan mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar. Elemen kerja berpasukan adalah suatu keperluan yang kritikal dan sangat di perlukan dalam sektor pekerjaan. Sampel iklan seperti perbincangan dalam bab 1 secara jelasnya memerlukan seseorang calon itu mempunyai semangat bekerja sebagai seorang team player untuk sesebuah organisasi. Bagi mencapai skil ini, kualiti dan trait kemahiran kerja berpasukan perlu diterapkan (embedded) dalam pembelajaran di IPT bagi seluruh sistem pembelajaran samada dalam spektrum pengajian akademik ataupun aktivitiaktiviti kemahasiswaan. Konteks Kerja berkumpulan juga merupakan satu elemen yang penting dalam pembelajaran berorientasikan student centred learning (SCL) bagi mencapai sesuatu output hasil dari proses permuafakatan atau diskusi-diskusi berkumpulan. Berdasarkan kepada keperluan kemahiran kerja berpasukan sebagai salah satu ciri dalam pembangunan holistik pelajar, PKPP menggariskan Tiga (3) kebolehan utama untuk dikuasai oleh pelajar:

i.

Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang lain.

ii. iii.

Bagi setiap pernyataan diatas, terdapat beberapa kualiti yang menyumbang kepada matlamat untuk mencapai kebolehan tersebut. Kualiti-kualiti ini dinilai mengikut aras pencapaian dalam skel penggredan rubric. Dalam menilai Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama pelajar akan dinilai melalui : a. Kebolehan membina hubungan baik dengan orang lain untuk mencapai objektif yang sama b. Berinteraksi (mendengar/mencerna minda/gaya pertuturan /perbuatan) dengan orang lain untuk mencapai objektif yang sama c. Bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Bagi Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan kompetensi berikut akan diobservasikan sebagai rkiteria penilaian: a. Kebolehan berbincang sebelum mengambil sebarang keputusan b. Sikap suka menerima tugas dan tanggungjawab c. Berkemampuan bekerja dengan pelbagai kumpulan etnik, gender dan umur d. Berkebolehan untuk mengenalpasti tahap kemampuan ahli pasukan dan mengagihkan tugas Kemahiran Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang lain adalah satu ekspresi dan simbol jatidiri bangsa Malaysia yang amat relevan dengan perkembangan persekitaran sosial dan budaya. Kemahiran ini juga membimbing pelajar kepada konsep apresiasi antara suku kaum dan bangsa serta mengelakkan dari berlakunya pemikiran dan persepsi serta sentimen-sentimen kaum yang negatif, Ianya juga dianggap sebagai satu perkara yang akan dapat mweujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, hormat-menghormati, meningkatkan ketinggian

budi dan bahasa serta mewujudlan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Dengan itu beberapa kualiti dikenal pasti sebagai satu manifestasi bagi mencapai matlamat kemahiran ini.
a.

Kebolehan mengenali dan menghormati kepercayaan (agama) orang lain. Kebolehan mengenali dan menghormati sikap orang lain Kebolehan mengenali dan menghormati kelakuan orang lain

b. c.

Kemahiran kerja berpasukan (TS) melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Keterangan lima tahap kemahiran TS adalah seperti berikut ditunjukkan di Jadual 4.4. Jadual 4.4: Kemahiran kerja berpasukan (TS) (KIM dan KIT) Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) KIM Tahap TS 1 Kemahiran Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Kualiti a. Telah menunjukkan semangat permuafakatan dari pelbagai etnik b. Bertanggungjawab dalam mencapai persetujuan secara kolektif dalam mencapai objektif yang sama. c. Mengelak perselisihan faham dalam kumpulan dan mengaktifkan pencernaan minda yang positif. d. Mewujudkan suasana kerjasama, komunikasi verbal yang kondusif dan harmonis. e. Tidak mengamalkan sikap polarisasi kaum. TS 2 Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti Kualiti

a. b. c. d.

Berkebolehan mengagihkan tugas secara adil dan saksama Mempercayai keupayaan sesama rakan dalam kumpulan Mengamalkan amalan fleksibiliti dalam menggalas tanggungjawab Berkebolehan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada rakan kumpulan

TS 3

Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang lain. Kualiti a. Prihatin dan menghormati rakan dari pelbagai budaya b. Keterbukaan dalam memahami adat resam rakan dari pelbagai budaya c. Keupayaan ingin tahu dan menyesuaikan diri dengan rakan kumpulan dari budaya lain d. Menunjukkan sikap yang luhur, tulus ikhlas dan mempercayai antara satu sama lain. Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan. Kualiti Berkeupayaan memberi idea yang bernas, kreatif, inovatif Memberi komitmen tinggi dalam perancangan projek kumpulan Melaksanakan pengurusan yang sistematik dalam projek kumpulan d. Melaksanakan tugas yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan. Kualiti a. Membuat keputusan berdasarkan kepada fakta yang rasional dan berjustifikasi b. Membuat keputusan secara pemuafakatan c. Menghormati dan mempertahankan keputusan kumpulan yang dibuat secara bersama d. Menggalas tanggungjawab untuk menghadapi risiko bagi keputusan yang telah dibuat secara bersama a. b. c.

KIT TS 4

TS 5

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL Perkataan moral adalah daripada perkataan Greek; more; iaitu satu cara dan bentuk perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tersebut manakala etika pula diambil dari perkataan Latin: Ethos, yang bermaksud adat atau keperibadian (custom or character). Terdapat beberapa dimensi etika iaitu; a. Pentaakulan moral pertimbangan secara bebas. melibatkan pemikiran dan

b.

Perlakuan moral dikaitkan dengan tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh perasaan tanggung jawab, tetapi mengikut kemampuan. Perasaan moral ialah emosi dan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, altruistik dan murah hati

c.

Membincangkan aspek etika dan moral dalam kitaran hidup manusia, nilainilai dan ajaran agama amat signifikan dalam proses membentuk manusia yang syumul dan bermaruah. Konteks maruah ini pula adalah manifestasi perlakuan etika dan moral oleh seseorang dalam haluan mereka untuk menerajui diri ke destinasi yang dituju. Kebelakangan ini, Kerajaan sering melaungkan konsep intergriti, telus, kredibiliti, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas dan berbagai nilai-nilai positif kemanusiaan yang positif dalam perlaksanaan tugas. Hakikatnya, ini adalah satu ekspresi untuk membina personaliti yang bermaruah tinggi, yang akan mendapat kepercayaan dan hormat dari masyarakat sekeliling dan tunggak kepada kredibiliti dan keperibadian yang tulus, ikhlas dan murni sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di bumi ini. Segala sifat dan perbuatan yang baik dan yang memanfaatkan itu, hendaklah dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan dan bukan untuk

mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan dari manusia. Oleh itu ada perkaitan seperti berikut: Akhlak, Makhluk dan Khalik Akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkahlaku yang baik itu adalah untuk memanfaatkan makhluk dan untuk mendapatkan keredhaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh itu konsep akhlak yang merupakan dasar kepada pembentukan moral mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Pencipta segala makhluk di muka bumi ini. Kemurnian aspek moral dan etika yang tinggi dan terpuji dilihat sebagai satu nilai estetik yang mencerminkan keperibadian seseorang. Nilai-nilai estetik ini yang merupakan satu konsep keindahan seharusnya akan mendapat perhatian dari masyarakat sekeliling. Masyarakat akan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada individu yang mempunyai ciri-ciri positif ini. Semua IPT beraspirasi melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa dan berkeperibadian tinggi. Dalam hal ini, aspek moral dan etika dilihat sebagai satu unsur yang sangat penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Kejayaan bagi seseorang individu adalah lengkap dan holistik sifatnya sekiranya nilai-nilai kemanusiaan ini dipupuk dan dibimbing secara berterusan dalam sistem-sistem pendidikan. Diperingkat sekolah rendah dan menengah, matapelajaran agama bagi pelajar muslim ditekankan sebagai matapelajaran yang dapat membina sahsiah dan keperibadian murid manakala bagi pelajar non-muslim, matapelajaran moral diperkenalkan sebagai satu wadah pembelajaran untuk membentuk manusia yang bermoral dan beretika. Kesinambungan pembelajaran di sekolah ini hendaklah diteruskan di peringkat pengajian tinggi. Walaupun tidak wujud kursus-kursus khusus wajib bagi matapelajaran ini seperti di sekolah, namun pembelajaran secara terapan ilmu dalam kursus-kursus akademik dan aktiviti kemahasiswaan hendaklah dilaksanakan dan dipantau. Adalah menjadi satu kenyataan, isuisu dan masalah sosial yang banyak dihebahkan melalui media massa pada hari ini berpunca dari masalah kurangnya penguasaan moral dan etika hidup yang positif. Pada awal tahun 90an, isu remaja dan sosial hangat diperkatakan. Program RakanMuda dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Berbagai kegiatan sosial dan budaya diperkenalkan untuk menarik minat golongan remaja dalam program pembangunan moral dan pembentukan warga Malaysia generasi baru yang sihat dan berobjektif. Antara program yang dianjurkan adalah Rakan Wajadiri yang menyediakan wadah pembelajaran seni mempertahankan diri berbilang kaum dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada tahun itu juga, lagu Mentera Semerah Padi yang diilhamkan oleh M.Nasir menjadi lagu yang sinonim dengan semangat membentuk anak muda yang mempunyai jatidiri yang jitu dan berkeyakinan.

Selain dari Rakan Wajadiri, program Rakan Sukan, Rakan Masjid, Rakan Budaya dan Rakan Rekreasi juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Usaha-usaha ini dilihat sebagai satu proses transformasi sosial bagi melahirkan warga negara yang patriotik, berbudaya, berperadaban tinggi dan dapat membantu memakmurkan negara. Pada hari ini, proses transformasi dilakukan di peringkat pendidikan tinggi Malaysia dengan mensasarkan golongan remaja yang bakal akan memimpin negara atau dalam istilah lain, golongan remaja yang berpendidikan tinggi. Melalui Projek Agenda Kritikal ke -16, pembangunan holistik pelajar menekankan salah satu daripada objektif strategiknya iaitu golongan ini hendaklah menguasai dan mempunyai moral dan etika yang terpuji. Penguasaan elemen ini disarankan untuk diterapkan dalam pembelajaran untuk menyediakan bakal graduan yang berhemah tinggi sesuai dengan kelayakan akademik untuk sesuatu jawatan yang berpaksikan kepada nilainilai intelek. Oleh itu, kemahiran-kemahiran yang dikenal pasti oleh KPT adalah sesuai dengan amalan-amalan yang patut dilakukan dalam konteks perlaksanaannya ditahap professional berbanding dengan konsep rakanmuda yang lebih menjurus kepada pengisisan masa lapang untuk mengelakkan remaja dari mengamalkan budaya melepak. Elemen Etika dan moral profesional (EM) melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial. Berdasarkan kepada perbincangan diatas, PKPP menggariskan tiga kemahiran dan kebolehan utama dalam ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL iaitu : i. ii. iii. Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan professional Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di samping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

Bagi kemahiran Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan professional, kebolehan pelajar akan dinilai berdasarkan perkara dan kualiti berikut: a. b. c. Kebolehan memahami kesan ekonomi dalam amalan profesional yang negatif seperti rasuah & penyalahgunaan kedudukan Kebolehan memahami kesan alam sekitar dalam amalan profesional Kebolehan memahami kesan sosiobudaya dalam amalan profesional

Bagi pemantauan dan penilaian kemahiran Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah pelajar akan dinilai berasaskan kualiti berikut: a. b. Berkeupayaan mengenalpasti dan berkaitan etika. Beretika dalam membuat keputusan. menganalisis masalah

Dalam melihat kemahiaran Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di samping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat, beberapa kualiti dikenalpasti untuk dinilai: a. b. Kebolehan mengamalkan sikap beretika seperti telus, jujur, berintergriti, kredibiliti dan mempamerkan nilai-nilai murni. Bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah dan isu dalam masyarakat.

Jadual 4.5.: KIM and KIT- Etika dan Moral Profesionalisma Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT)

KIM Tahap Kemahiran

EM 1 Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional Item/Faktor (spesifik): a. Sensitif dalam isu-isu sosio-budaya seperti etnik, agama dan bangsa. b. Fleksibel mampu untuk membuat pelbagai tugasan pada satu masa serta pergaulan sesama rakan dan masyarakat. c. Mengamalkan amalan professional dalam tanggungjawab yang diberikan d. Mendukung dasar-dasar kerajaan kearah kesejahteraan bersama EM 2 Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam

penyelesaian masalah berkaitan etika Item/Faktor (spesifik): a. Berkeupayaan mengenalpasti nilai-nilai yang baik dan berperaturan dalam membuat sesuatu keputusan. b. Tidak Mengamalkan budaya plagiat dalam tugasan yang diberi. c. Keupayaan mengubah keputusan yang telah dibuat demi kebaikan bersama d. Keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh faktor luar e. Zero Tolerance dalam membuat keputusan yang berasaskan peraturan universiti. KIT EM 3 Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di samping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

Item/Faktor (spesifik): a. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan dan interaksi sosial antara masyarakat. b. Menghormati budaya lain semasa berinteraksi dengan masyarakat luar c. Kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab untuk kepentingan bersama d. Kepekaan terhadap isu-isu pembangunan masyarakat semasa e. Kesopansantunan pelajar terhadap pensyarah, rakan serta masyarakat. f. Tahap disiplin yg tinggi. g. Pengurusan masa (ketepatan masa) h. Cara berpakaian mengikut kesesuaian keadaan/majlis. i. Kerjasama dalam setiap aktiviti