Anda di halaman 1dari 21

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

PROGRAM KLINIK BOLASEPAK REMAJA TARIKH : ( BELUM DIPUTUSKAN) TEMPAT PROGRAM : (BELUM DITENTUKAN)

1.0

PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berbahagia Dr. Saari b Ahmad, Pengarah Pusat Pendidikan Profesioanal dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi

merealisasikan perlaksanaan program Klinik Bolasepak Remaja yang akan diadakan di __________________________, Kedah mengikut tarikh yang dicadangkan iaitu pada _______________2011.

Program Klinik Bolasepak Remaja ini dicadangkan bertujuan untuk memilih remaja yang berpotensi dari lima (5) buah sekolah menengah di dalam daerah Kota Setar untuk dilatih secara formal dalam klinik bolasepak. Pemilihan akan dilakukan oleh guru sukan sekolah yang terpilih dimana setiap sekolah akan diminta meminta menghantar lima (5) orang pelajar yang berminat. Remaja ini akan dilatih oleh jurulatih Profesional yang dijemput khas iaitu ______________ yang merupakan jurulatih pasukan bolasepak negeri Kedah. Selain daripada itu, projek ini juga diharapkan dapat mewujudkan semangat setiakawan dan kerja berpasukan yang mantap bagi mahasiswa yang terlibat.

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

2.0

KONSEP PROJEK

Program yang akan diadakan ini bertujuan untuk memupuk bakat baru yang berpotensi untuk menjadi pelapis kepada pasukan bolasepak negara suatu masa nanti. Kumpulan empat belas (14) orang mahasiswa Pengajian Luar Kampus (PLK) akan mengendalikan program ini dengan kerjasama dari sekolah-sekolah yang dipilih serta pasukan bolasepak profesional negeri Kedah Darulaman. Semua aktiviti akan diadakan di ______________________. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program yang dianjurkan ini adalah seperti berikut: i) Aktiviti melatih teknik-teknik bermain bola sepak dengan betul dan professional. ii) iii) Ceramah pemakanan (diet) yang sesuai untuk seorang pemain bolasepak Ceramah motivasi untuk kecemerlangan diri dan memupuk semangat berpasukan.

2.1

Objektif Umum

Projek ini secara umumnya bertujuan untuk melahirkan generasi baru sebagai pelapis kepada pasukan bolasepak negara yang semakin malap di arena antarabangsa. Pelapis-pelapis dari kumpulan yang dipilih ini diharapkan dapat memberi sumbangan untuk menyemarakkan bolasepak sebagai sukan yang berprestij di Malaysia.

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

2.2

Objektif Khusus

Objektif khusus program ini adalah untuk memperkenalkan Universiti Utara Malaysia (UUM) di kaca mata masyarakat yang mana ianya menjadi platform kepada golongan mahasiswa untuk membantu memberikan semangat dan mengintergasikan semula hubungan sosial di antara masyarakat, keluarga dan institusi pelajaran yang lain.

2.3

Objektif-Objektif Lain 2.3.1 Ianya juga akan memberikan pengalaman yang baru kepada para mahasiswa untuk menunjukkan kebolehan yang ada dalam diri mereka untuk mengendalikan sesuatu program pada masa akan datang.
2.3.2 Golongan mahasiswa juga boleh mewujudkan jaringan kerjasama

yang erat dengan masyarakat awam, agensi-agensi kerajaan dan badan-badan NGOS yang terlibat untuk memupuk minat golongan remaja terutamanya pelajar sekolah dalam arena bolasepak.
2.3.3 Secara tidak langsung, program yang dicadangkan ini memberikan

peluang kepada para pelajar memanafaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan kebolehan bersukan untuk diri sendiri dan negara.
2.3.4 Program ini juga diharapkan dapat memberi permahaman yang

terperinci tentang sukan bola sepak serta peluang-peluang menjadi pemain professional kepada pelajar-pelajar yang terpilih.

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

3.0

MATLAMAT PROJEK

Di antara matlamat-matlamat yang dapat dicapai melalui Program Klinik Bolasepak Remaja ini adalah seperti berikut:
3.1

dapat menerapkan semangat jati diri, disiplin dan keperibadian yang tinggi dalam hati dan sanubari pelajar-pelajar yang terpilih

3.2

untuk menggalakkan pelajar-pelajar terpilih bergiat secara professional di dalam sukan bolasepak dengan teknik-teknik yang betul

3.3

untuk memberi tunjukajar cara-cara menjaga pemakanan yang betul ke arah matlamat menjadi pemain bola sepak profesional

4.0

ANALISIS KEPERLUAN PROJEK

Program Klinik Bola Sepak Remaja ini perlu dianjurkan adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut: 4.1 Perkembangan semasa sukan bolasepak negara Bolasepak merupakan sukan yang pernah menjulang nama negara dipersada antarabangsa. Walau bagaimanapun, prestasi pemain-pemain tidak konsisten dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ini disebabkan oleh sukan ini telah dikomersialkan dan wang menjadi matlamat utama dalam sesuatu pertandingan yang disertai oleh sesuatu

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

pasukan. Prestasi pemain semakin malap dan bakat-bakat baru perlu digilap untuk menjadi pelapis supaya sukan ini muncul semula menjadi sukan yang berprestij di negara ini.

4.2

Aspek Sosial Melihat dari aspek sosial, sukan bolasepak boleh menjadi satu medium untuk remaja menumpukan perhatian selain akademik. Ini merupakan suatu aktiviti kokurikulum yang berfaedah dan menjadi subjek untuk remaja meluangkan masa daripada melepak atau membuang masa di waktu terluang mereka. Selain daripada itu, sukan bolasepak menjanjikan kerjaya yang lumayan untuk pemain-pemain yang berbakat dan berpotensi untuk cemerlang di arena kebangsaan dan antarabangsa.

4.3

Sumber

5.0

PERANCANGAN PROJEK

Program yang akan dilaksanakan ini bertajuk Klinik Bolasepak Remaja . Program ini akan dilaksanakan selama dua (2) hari dan satu (1) malam iaitu pada

_____________bermula jam 8.00 pagi pada hari pertamasehingga 5.30 petang pada hari kedua bertempat di _______________________ Kedah. Peserta-peserta yang akan dipilih untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

dari sekolah menengah disekitar daerah Kota Setar, Kedah. Perancangan program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

5.1

Mesyuarat I Mahasiswa Pengajian Luar Kampus (PLK) bermesyuarat pada 27 November 2010 (Sabtu) untuk membincangkan program yang akan

dilaksanakan, tarikh, tempat perlaksanaan program, aktiviti yang akan dicadangkan, tarikh l awat tapak dan sebagainya. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 5/2 Universiti Utara Malaysia. Selain itu perlantikan jawatankuasa projek dan jawatankuasa kerja serta pengagihan tugas dan peranan yang perlu dimainkan juga dilakukan.

6.2

Lawatan ke Daerah Terlibat Lawatan ke tapak program iaitu di ____________________, Kedah akan dilakukan pada maklumat dan ______________ (Sabtu) untuk mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan program yang

dicadangkan.

6.3

Mesyuarat II (Kertas Cadangan) Membincangkan dan menyediakan kertas cadangan untuk memohon

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

kelulusan daripada Yang Berusaha Pengarah Pusat Profesional dan Lanjutan (PACE) melalui Jurulatih dan Penyelaras Program PJJ. Kertas cadangan ini juga akan dimajukan kepada pihak

_____________________________untuk mendapatkan kerjasama dan persetujuan untuk melaksanakannya.

6.4

Mesyuarat III (Penajaan) Berbincang untuk mendapatkan sumber kewangan bagi perlaksanaa n projek. 6.4.1 Memohon sumbangan daripada pihak universiti dan orangperseorangan. 6.4.2 Sumbangan daripada mahasiswa yang terlibat sumbangan daripada pihak

6.4.3 Memohon

____________________________________________ 6.4.4 Akan berusaha untuk mendapatkan penajaan daripada penajapenaja luar yang ingin sama menjayakan program ini.

6.5

Mesyuarat IV Mahasiswa akan bermesyuarat dengan _________________________ untuk membentangkan kertas kerja yang akan dihadiri bersama oleh jurulatih dan merancang perlaksaan program yang ingin dilaksanakan

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

untuk diteliti dan diambil tindakan yang selanjutnya.

6.6

Penyediaan Maklumat Selepas perbincangan dan keputusan dicapai, pihak mahasiswa Pengajian Luar Kampus (PLK) UUM akan menyediakan perkara-perkara yang diperlukan sepanjang program ini dilaksanakan. Seterusnya mengedarkan senarai semak perancangan kepada semua ketua biro untuk memastikan tindakan telah diambil, belum atau sedang dilaksanakan bagi menjamin kelancaran program yang akan dilaksanakan.

6.7

Perlaksanaan Program Program ini akan dilaksanakan sepertimana tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.(Rujuk Program Tentatif)

6.8

Mesyuarat IV (Post Mortem) Selepas berakhirnya program yang dirancangkan ini, satu mesyuarat bersama semua jawatankuasa akan diadakan bagi mengkaji kelemahan dan kekuatan yang wujud ketika program ini dijalankan untuk tujuan penambahbaikkan pada masa akan datang.

6.9

Penyediaan Laporan Kewangan AJK yang bertanggungjawab berkaitan dengan kewangan akan

membentangkan penyata kewangan sepanjang program berlangsung

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

kepada semua mahasiswa yang terlibat.

6.10

Penyiapan Laporan Kewangan Program Semua AJK yang terlibat dengan kewangan akan bermesyuarat untuk menyediakan Laporan Kewangan Program yang lengkap berkenaan program yang telah dijalankan. Laporan Kewangan ini akan diserahkan mengikut tarikh yang telah dikehendaki oleh pihak PACE.

6.11

Penyiapan dan Penyerahan Laporan Projek Setelah laporan projek disiapkan, ia akan diserahkan kepada Pengarah PACE melalui Jurulatih dan Penyelaras Kokurikulum.

6.12

Siaran Akhbar Pihak AJK Program akan mendapatkan kebenaran daripada Pegawai Perhubungan Awam UUM untuk mendapatkan kebenaran membuat liputan media dan sidang akhbar semasa program ini dijalankan. Pihak AJK tidak akan mengeluarkan atau memberikan maklumat yang boleh mencemarkan nama baik UUM.

7.0

PROGRAM TENTATIF

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Program Tentatif Program Klinik Bolasepak Remaja Pada___________________, Di ________________________________ Kedah Hari Pertama 7.30 8.00 pagi 8.00 8.05 pagi 8.05 8.20 pagi 8.20 8.45 pagi 8.45 9.00 pagi 9.00 9.30 pagi 9.30 10.00 pagi 10.00 10.30 pagi 10.30 12.00 tgh 12.00 2.00 petang 2.00 4.00 petang 4.00 4.45 petang 4.45 6.45 petang 7. 00 8.45 malam 8.45 - 10.00 malam 10.00 10.30 malam : 10.30 malam : : : : : : : : : : : : : : : : Ketibaan peserta-peserta Klinik Bolasepak Bacaan doa Ucapan alu- aluan oleh Pengerusi Program Ucapan Perasmian oleh Pengetua Sekolah ____________ Taklimat program Sesi Suai Kenal Peserta-peserta daftar masuk ke penginapan Minum Pagi Klinik Bolasepak Sesi 1 Makan Tengahari/Rehat/Solat Zohor Klinik Bolasepak Sesi 2 Minum petang/Solat Asar Klinik Bolasepak Sesi 3 Solat Maghrib /Makan malam/ Solat Isyak Ceramah Diet untuk Pemain Bolasepak Minuman Ringan Bersurai (Tamat Aktiviti Hari Pertama)

Hari Kedua

10

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

6.30 - 7.00 pagi 7.00 - 9.30 pagi 9.30 - 10.00 pagi 10.00 - 10.30 pagi 10.40 - 12.00 tgh 12.00 2.00 petang 2.00 2.45 petang 2.45 - 3.15 petang 3.15 - 3.30 petang 3.30 - 3.45 petang 5.30 ptg

: : : : : : : : : : :

Solat Subuh/ Sarapan Pagi Ceramah Motivasi Kecemerlangan Sesi Bergambar Minum Pagi Perlawanan Persahabatan Makan Tengahari/Rehat/Solat Zohor Majlis beramah mesra dengan Pemain-pemain profesional Kedah Ucapan penutup oleh Pengerusi Program Ucapan Perasmian Penutupan Program oleh_____ Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan Majlis bersurai

Aturcara Majlis Penutup 4.45 ptg 4.50 ptg 4.55 ptg : : : Ketibaan Pengarah Bacaan doa Ucapan penutup oleh Pihak Penganjur Program Ucapan Perasmian Penutupan Program Klinik Bolasepak Remaja oleh ________________________-Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan 5.30 ptg : Majlis bersurai

8.0

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Program

11

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari

: : : : : :

Azizi Bin Abu Hassan Nurul Emy Natasha Abdul Rahman Sarimah Binti Othman Ishamina Binti Abdul Aziz Nor Anisah Binti Ali Nurazimah Binti Zulkifli

Ahli Biro Biro Jemputan : : : Biro Protokol/Sambutan : : : Biro Cenderahati : : : Biro Makanan : : : Biro Persediaan Tempat : : : Mohd Nizar Bin Ismail Suwasdie Bin Che Man Nor Anisah Binti Ali Syed Naser Bin Syed Abdullah Nurazimah Binti Zulkifli Mohd Saifullah Bin Awang Ishamina Binti Abdul Aziz Nurazimah Binti Zulkifli Nurul Emy Natasha Binti Abdul Rahman Rosley Bin Meh Khairil Bin Bakri Sarimah Binti Othman Mohamad Rifqi Bin Mohd Razali Mohd Saifullah Bin Awang Syed Naser Bin Syed Abdullah

12

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Biro Teknikal

: :

Khairil Bin Bakri Tan Song Lim Mohd Nizar Bin Ismail Suwasdie Bin Che Man Tan Song Lim Nor Anisah Binti Ali

Biro Keselamatan

: :

Biro Fotografi/Publisiti

: :

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran Perbelanjaan Program Klinik Bolasepak Remaja Pada___________________________, Di ________________________ Kedah.

Bil 1. 2. 3. 4. Kutipan ahli

Perkara

Perbelanjaan (RM)

Penerimaan (RM)

(14 orang x RM50.00 = RM700.00) Sumbangan Sumbangan Ahli Parlimen Perbelanjaan Penceramah, Jurulatih & Pengadil (5 orang) (RM200.00 x 5 orang = RM1000.00) Cenderahati dan Sijil Penghargaan Penceramah (2 orang), Jurulatih (1 orang), Pengadil (3 orang) (RM30.00 x 5 orang = RM 150.00) Pengetua Sekolah (5 buah sekolah) (RM20.00 x 5 orang = RM100.00) Cenderahati Perasmian dan Penutup (RM50.00 x 2 = RM100.00)

5.

6.

13

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

7. 8.

Cenderahati dan Sijil Penyertaan Peserta ( RM10.00 x 25 peserta = RM250.00) Jamuan makan i) ii) Minum Pagi (Hari Kedua) (RM3.00 x 50 = RM150.00) Makan Tengahari (Hari Pertama & Kedua) (RM5.00 x 50 orang x 2 hari = RM500.00) iii) iv) Minum Petang (Hari Pertama & Kedua) (RM3.00 X 50 = RM150.00) Makan Malam (Hari Pertama) (RM5.00 x 50 = RM250.00)

9 10 11

v) Minuman Ringan (Malam) Pengangkutan untuk Peserta (RM300.00) Penginapan Peserta (RM500.00) Sewa Padang & Peralatan Sukan JUMLAH

14

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Secara ringkasnya, perancangan yang dibuat untuk melaksanakan Program Klinik Bolasepak Remaja adalah seperti jadual di bawah: Carta Gratt menunjukkan pergerakan (flow) perancangan Projek Klinik Bolasepak Remaja yang akan diadakan pada ____________di________________________________, Kedah.
BULAN Perkara/Aktivit Mesyuarat I (Lantikan AJK Projek) Lawatan ke lokasi program Mesyuarat II (Kertas Cadangan) Mesyuarat III ( Penajaan) Mesyuarat IV Edar Surat mohon sumbangan Edar senarai semak perancangan Tempahan makanan Persiapan terakhir program Laksana Program Mesyuarat V ( Post Mortem) Sediakan Laporan Kewangan Penyiapan Laporan Projek Penyerahan Laporan Projek Nov 2010 Mgu 4 Disember 2010 Mgu 2 Mgu 3 Jan 2011 Mgu 3 Feb 2011 Mgu 4 Apr 2011 Mei 2011 Jun 2011 Julai 2011 Julai 2011

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Mgu 1

Mgu 4

15

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

10.0 PENUTUP

Harapan kami semoga program Klinik Bola Sepak Remaja ini dapat melahirkan bakal pemain-pemain bolasepak profesional yang akan mengharumkan nama negara di persada nasional dan di mata dunia. Pihak penganjur juga mengharapkan agar suatu hari nanti pihak berkenaan memperbanyakkan program sebegini untuk melatih dan melahirkan pemain-pemain bola sepak yang mantap, bersemangat waja dan berdisiplin tinggi untuk berjuang di arena bola sepak untuk menaikkan imej negara dipersada antarabangsa. Oleh yang demikian, menjadi impian semua ahli jawatankuasa program ini agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan. Kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh setiap pihak dari segi wang, cenderamata dan barang-barang lain disanjung tinggi. Semoga manfaat daripada program ini akan dinikmati oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Disediakan Oleh :

(Sarimah Binti Othman) Setiausaha Program Program Klinik Bola Sepak Remaja

16

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

11.0

CATATAN DAN ULASAN JURULATIH

17

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Tandatangan

Tarikh :

(PN ASHLI BINTI ABDULLAH)

11.0

CATATAN/ULASAN PENYELARAS

18

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Tandatangan ( )

Tarikh :

12.0

CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PACE

19

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Tandatangan

Tarikh :

(DR. SA A RI AHMAD)

RUJUKAN

20

VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

LAMPIRAN-LAMPIRAN YANG BERKAITAN DENGAN PROJEK

21

Anda mungkin juga menyukai