Anda di halaman 1dari 23

Bibik dan Telefon

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo.. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud.

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo..Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya
kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo..
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin
kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa., tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa
tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik..
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo...
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud...
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!.. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo... (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain.). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul..
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik. , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??. (terkejang!

Kenaikan Pangkat Paling Cepat


Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: "Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?

Salim: "Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?

Pengarah: "Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi
Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya
lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?

Salim: "Terima kasih tuan..

Pengarah: "Itu sahaja yang boleh kamu katakan?

Salim: "Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?
Malu Sesangat
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan
tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan
psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak
dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau,
tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi
teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer,
wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
Tragedi Sendiri Cari
"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin
Tersenyum Memandang Isterinya.

"Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.

"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar
Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.

"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."

Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan
Manja.

"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?"

"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang
Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta.

Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah
Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza.

"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati.

Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan
Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak
Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut.

Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu.
Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur.

"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.

"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti."

"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba
Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.

"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was.

"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres
Tadi.

"Sudah La Tu Bang."

"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus Masuk
ear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk
Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan agah Dan.....
BAN!!

"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia
Terlihat Emaknya Di Situ.

"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?"
Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis
Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya.

Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis.

PAANNN!!

Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa
Emaknya Buat Dia Macam Tu?

"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-
Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu
Keluar....

...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !!

Sekian.

Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimp

Kisah di kawasan perkuburan



Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan
pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam
mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-
lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu
nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut
tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut
aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur
ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku kat batu
nisan tu!"

Mamak oh Mamak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai
tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak: Saya bini juga surat India mari.

Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali: ?????????????

p/s: wakaka jd anak sapa la tu heheeh
Dengan Penuh Senyuman
Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya
berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan
penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

i, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah

"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu
ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi
untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"
Pantun Melayu Versi Otromen
Pulau Hokkaido jauh ketengah
unung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

Menu Restoran Itali
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia
sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia
memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana
bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan iuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"

ang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar
pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar
sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.
Made In Japan
Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan
terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya,
pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran
negaranya.

Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.

"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.

"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan
selambanya.

Maaf Tuan!
Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang
sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari
10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.

"Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???", sergah Kapten
pasukan.

"Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu.

"Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak,
dipersilakanlah untuk beramboss!!"

Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak
tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!".

Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi
mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!"

Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian
terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju
ke arah tuannya.

"Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!"
MALAS KE SEKOLAH
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibuya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. uru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke
sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENETUA SEKOLAH!!!

Prasejarah
Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah.
Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang
penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah
empat
bulan lima hari kat sini.

Side A, Side B
Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para
pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau
berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari
dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran
dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh
perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak
lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak
tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

Bertengkar
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja
isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik
bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah
beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari
rumah ini ! "

100%
"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.

"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah
100%?" Tanya ibunya.

"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."

Jatuh kerusi
Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.

Ibu: Awak anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.

Ibu: Cis

Tahukah anda...?
1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya
Mr Brown
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

ikgu: Baiklah murid-murid...hari ini kita akan belajar ABC
Murid C: Saye tak suka ABC la cikgu, cincau ada tak?

BALIK AWAL
Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."

Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu disuruh pulang..."

Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"

Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YAN MEMBALIN KASUT KE MUKA CIKU ?"

Artis Malaysia
1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
Abang Haji.........KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan
ayat... TITEK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand...
HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit asing
KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli ombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND

14) Kumpulan yang mudah berpecah
KRISTAL

15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED

16) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)

17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI

18) Kumpulan yang paling popular di pagi raya
TOO PHAT

19) Penyanyi kesukaan David Beckam
SITI SARAH

20) Penyanyi yang sentiasa tua
TO'KI

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh...
PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA

23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C

24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW

25) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI URU'
TEACHERS PET

26) Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE

27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK

28) Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM

29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE

30) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDER

31) Kumpulan yang paling di hormati
KUMPULAN DEWA

32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley
NEW BOYZ

33) Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya
KUMPULAN NASYID HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...)

34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER

35) Kumpulan Paling berani..
KAMIKAZE

36) Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPD

Masakan Ayam Bersama Kambing
Masakan ini memang mudah untuk disediakan. Anda memerlukan seekor ayam (yang sudah
disembelih) dan seekor kambing. Untuk menyediakan masakan ini, pastikan semasa anda
memasak ayam ini, kambing berada di sebelah anda. Maka, jadilah AYAM DIMASAK BERSAMA
KAMBIN. Mudah kan?

Jenis Kuih Yang Sudah Pupus Di Dunia
1.KUIH BAU LU
Kuih ini sering dihidangkan pada hari raya seperti kuih bahulu. Namun kuih ini sangat berbeza
rupa bentuknya kerana ia seiras dengan bentuk ketiak dubuk. Rasanya yang masam masin
membuatkan anda puith mata kerana rasanya yang tahap cilabi(cebisan daging labi-labi). Kalau
rasanya dah tahap cilabi, baunya pula adalah tahap chilavert(penjaga gol colombia) yang mana
baunya akan membuatkan lubang hidung anda sebesar ekzos gen2. Kuih ini akan meninggalkan
kesan bau pada mulut si pemakan kalah bau kain tungkek(kain yang sudah pupus di dunia) dan
orang yang membaunya akan berkata " ini mesti bau lu, gua ada bau punya, bau lu ni.".
Kepupusan kuih ini adalah disebabkan PBB telah mengharamkan pengeksportan serbuk kayu
geting ke serata dunia yang menjadi salah satu bahan kuih ini.

2.MUBARAK
Sebelum murtabak dikomersialkan, mubarak lebih dahulu dikomer'SIAL'kan oleh pedagang-
pedagang Portugal yang diketuai oleh Kuiz Pigo dan Pauleka. Kuih ini ditebar dihadapan orang
melayu Melaka yang terpegun dengan aksi Pigo menebar kulit mubarak. Selepas dia menebar
tepung seperti roti canai itu, dia pun meletakkan inti yang terdiri dari ikan yang dah 10 hari mati,
janggut sotong, tapak sleman, lumut laut dan sedikit muntah hijau. Selepas itu dia pun
menggoreng di atas rim tayar yang panas dan selepas siap di goreng pigo dan pauleka memakan
sendiri masakan mereka itu. Lalu orang Melaka yang melihat aksi itu muntah kuning dan masuk
ICU akibat kejijikan pedagang portugis. Lalu akibat malu Pigo ngan Pauleka pulang ke portugal
tanpa tiada siapa pun dari Melaka menjamah kuih itu. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan
kekalahan Portugal dalam sukan bolaterajang(sukan yang sudah pupus di dunia 2) kerana Pigo
menghidangkan kuih mubarak kepada pemain sekaligus menyebabkan kesemua pemain terkena
kencing manis tahap 9.

3. KARIBOB
Kuih ini diusahakan oleh BOB akademi fantasial sebelum adanya kuih karipap. Bob telah
mengusahakan kuih ini dengan menokok tambah pada designnya, colournya dan rasanya. Untuk
design kuih karibob ini dia telah membentuk dengan rekabentuk ala-ala bentuk cipanzi, kemudian
kalernya pula dikalerkan dengan kaler cokelat kehitam-hitaman dan rasanya pula persis rasa najis
Kongkang dan baunya pula sebijik bau mulut biawak. Kemudian BOB membungkuskannya dalam
plastik Alam Flora selepas itu dijual dengan harga RM10 sekati. 15 hari selepas menjalankan
perniagaannya itu, BOB dilihat telah kembali ke rahmatullah kerana mati akibat termakan kuihnya
sendiri. "Saya sedih dengan kematiannya kerana kuih karibob ciptaannya memang sedap tahap
lipan."Kata seorang artis amerika, Mariah Kari. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan Mariah Kari
telah menukarkan nama kuih itu ke nama Karipap sempana nama ayah Mariah iaitu encik Kari Pap
Johnson.

Sudahlah la dulu. Sampai takat ni je. Nanti saya akan dedahkan lebih banyak kuih yang sudah
pupus. Selamat menonton rancangan Nona.

Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia
LARI 100KM BERPAAR-
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular
di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di uantong, China. Kepupusan sukan
ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis
kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam
pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak.

REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa
dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta
akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu
tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan
hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan
lembu itu hendaklah disembelih.

LOMPAT KAJANG
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula
memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang
Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli
Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada
waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.

BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain
menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa
yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari
tempelengan para pemain.

Banyak lagi sukan-sukan yang pupus akan saya dedahkan dalam artikal akan datang!!

BIHUN VS MEE
Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak
pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si
kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk
aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana
tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah
berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Jika mereka tidak jadi Superhero?
SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya.
Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS.

SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB
atau WEB DESINER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan
benang menjahit baju.

BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan
merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi darah cipanzi supaya kelawar tersebut
mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.

CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya
menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun
kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal cam kucing.

DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian
berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi
superhero.

HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana
sengsaranya dia hidup kat neraka.

THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan
hukuman(punish).

ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia.

ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana
selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup
ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika.

WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing
dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.

GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban
sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.

RAMLI MS(AKADEMI FANTASIA)
Eh..dia ni superhero ke...aiseee..silap orang laa..kekekekekkekek

Misteri Kematian Lincoln & Kennedy
Misteri dibalik kematian presiden Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada dibawah ini:
Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.
Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.
John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.
Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.
Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.
Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.
Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.
Pengganti mereka bernama Johnson.
Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.
John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.
Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.
Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.
Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang.
Boot tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam.
Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan diri dari
sebuah gudang.
Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.

Dan ini yang paling unik?..
Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.
Believe it or Not

SUBJEK : Ekonomi Asas

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
English badly broken...
Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba
kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf
Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi
pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from
manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus
kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya
bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf
boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
Penjual Telur
Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.
Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Misteri Bola Ping Pong
Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang
pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal
dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang
amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata
pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa
kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji
bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima
dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan
bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong.
Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai
pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap
mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia
yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang
Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau
sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah
malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer
tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan
menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang
terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau????





ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri
selamanya.

Pulangkan...(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Misha Omar)
(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua

Selimut
Mendengar bunyi yang kuat dari dalam bilik seorang anak, si ibu bertanya dari luar.

"Bunyi apa itu, Man??"

"Selimut jatuh dari tempat tidur, Bu!"

"Apasal bunyinya kuat sangat?"

"Di dalam selimut ada saya, Bu!"

Hahahaha


10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN
Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia
mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat
dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan
masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si
penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam
drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri erak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus
diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan
masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya
seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem
tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon
yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa
watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli
keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam
drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam
bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri erak Khas.... "Tuan ada baca akhbar
semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-
tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan
ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis
email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera
yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email
menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara
polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak
ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani
berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda
tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah
anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Penapisan Filem....

Tips agar tidak bosan di dalam lif
11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura
melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya
diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah
membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka
mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam
kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti
pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak
disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah
SAYA"

'pppp' cutter
Ada lima orang pemuda sedang menghadiri temuduga. Si penemuduga pula merupakan lelaki
Inggeris yang langsung tak faham Bahasa Melayu. Oleh itu, khidmat penterjermah terpaksa
diperlukan. Masuk lah lelaki pertama.

L.Inggeris: What's ur name?
Abu: My name is Abu Bakar bin Ali.
L.Inggeris: What is ur father occupation?
Abu: My father is a wood cutter.

Lelaki Inggeris itu memandang si penterjermah. Penterjermah cepat2 menjawab.

Penterjermah: It's mean that his father is a carpenter.
L.Inggeris: Ok, U may go now.

Maka keluarlah lelaki pertama tu dan masuklah lelaki kedua.

L.Inggeris: What's ur name?
Ismail: My name is Ismail bin Ishak.
L.Inggeris: What's is ur father occupation?
Ismail: He is a meat cutter.
Penterjermah: His father is a butcher.
L.Inggeris: I see. U can go now.

Lelaki kedua keluar kemudian lelaki ketiga pulak masuk.

L.Inggeris: Ur name please?
Dahlan: My name is Dahlan bin Zainuddin.
L.Inggeris: Ur father's job?
Dahlan: Hair cutter.
Penterjermah: Means that his father is a barber.
L.Inggeris: Ok. U may go.

Keluar lelaki ketiga then lelaki keempat pula masuk.

L.Inggeris:Tell me ur name?
Hafiz: My name is Hafiz bin Hashim.
L.Inggeris: What's ur father doing?
Hafiz: He is a grass cutter.
Penterjermah: I think he want to say that his father is a gardener.
L.Inggeris: Oh, I see. Ok, U can go.

Kemudian masuklah lelaki terakhir.

L.Inggeris:Tell me what is your name?
Karim: My name is Ahmad Karim bin Ahmad Kassim.
L.Inggeris: What's is your father occupation?
Karim: My father is a..... 'pppp' cutter. ( Teragak-agak nak jawab)

Lelaki Inggeris dan penterjermah berpandangan sesama sendiri. Tak faham agaknya.

L.Inggeris: What did u say?
Karim: I said my father is a 'pppp" cutter. (Dlm hati, kenapa lah bapak aku pilih pekerjaan yang
susah nak disebut)
Penterjermah: Awak cakap lah dalam bahasa Melayu.
Karim: Bapak saya Tok Mudim.
L.Inggeris: What is it mean?
Penterjermah:Oh. His father is a..... 'pppp' cutter.

Lelaki Inggeris tu pula dah mula nak bengang.

L.Inggeris: I know the word 'cutter', but I don't understand what's 'pppp' mean?!!...

Penterjermah itu menunjukkan objek yang dipotong dan sekaligus menyebabkan lelaki Inggeris
ketakutan dan bangun melarikan diri.

Suamiku
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."

"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan.

"Habis.., hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko." jawab si ibu muda.

"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi.

"Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.

Tahukah anda...? (Part II)
FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam
cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100
darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah
helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu
selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri
menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga
beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini
kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk
menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak
normla la korang maknanya

Anjing Pintar
Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: "Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan
membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.

Perempuan 2: "Ya, aku tahu tu.

Perempuan 1: (hairan) "Dari mana kau tahu?

Perempuan 2: "Anjing aku yang cerita.

Tips dari supervisor petronas
Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa2 tengah
gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang
dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org
yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.70 sen kat pam
minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya...
tapi......

1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan
isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam
2 ker jgn pam angin atau NV
sudah la...
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen
liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x
6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang
suka
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. tekan butang clear - 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka
selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.70 seliter...

HEHEHEHE aku pun terkena