Anda di halaman 1dari 42

Kedatangan Islam dengan al-Quran dan al-Hadis telah membuka lembaran

baru dalam sejarah ketamadunan manusia dan perkembangan ilmu. Ilmu-


ilmu seperti Usul al-Fiqh, Usul Tafsir dan Balaghah yang dihasilkan oleh Islam
tidak pernah diketahui sebelum ini. Kemunculan ilmu-ilmu tidak lain dan
tidak bukan untuk menghuraikan dan menjelaskan maksud al-Quran dan al-
Hadis. Antara ilmu yang muncul ialah ilmu Rijal Hadis iaitu ilmu yang berkait
dengan perawi-perawi yang meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah.
Ilmu Rijal Hadis adalah ilmu yang sangat luas. Mengetahuinya adalah
mengetahui satu bahagian yang besar dalam ilmu-ilmu Islam. Imam Ali bin al-
Madini berkata: "Kefahaman yang mendalam tentang makna-makna hadis
adalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah separuh ilmu. (Abu
Ghuddah, Lamahat, hal. 80)
Kata-kata Ibn al-Madini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmu
rijal yang sebaris dengan ilmu memahami kandungan hadis. Oleh kerana itu,
ulama menulis sejumlah kitab yang tidak terhitung banyaknya tentang
keadaan para perawi hadis.
Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua. Pertama, ilmu sejarah perawi dan
kedua, ilmu Jarh wa Ta`dil. Dalam tulisan ini, penulis akan membincangkan
pecahan pertama sahaja yang skopnya itu sangat luas.

Ilmu Tarikh al-Ruwat atau sejarah para perawi


Dr. `Ajjaj al-Khatib menyebutkan takrif ilmu ini. Kata beliau, ilmu Tarikh al-
Ruwat ialah ilmu yang memperkenalkan perawi dari sudut yang berkait
dengan periwayatan hadis oleh mereka. Ilmu ini merangkumi biografi dan
penjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri mereka, tarikh mula
mendengar hadis, pengembaraan, tarikh ketibaan di sesebuah negeri, guru-
guru, perawi lain yang menerima hadis daripadanya dan mendengar hadis dari
syaikh yang nyanyuk sebelum atau selepas berlaku nyanyuk. (Usul al-Hadith,
hal. 253) Ilmu ini sama berkembang dengan ilmu hadis. Dari satu sudut, ilmu
ini kelihatan sebahagian dari ilmu sejarah. Cuma ia lebih tertumpu kepada
keadaan para perawi.

Pengenalan Para Perawi


Secara asasnya, seseorang perawi dikenali dengan nama asal tetapi ada
kalanya lebih dikenali dengan kunyah atau nisbahnya. Apabila seorang perawi
itu dikenali dengan abu fulan (bapa si fulan) atau ummu fulan (ibu si fulan)
maka itu dikatakan kunyah. Kunyah merupakan panggilan yang cukup utuh
dalam sistem panggilan masyarakat Arab yang menggambarkan kedudukan
seseorang dalam masyarakat. Begitu juga apabila perawi itu dikaitkan dengan
sesuatu bangsa, tempat dan keturunan maka itu dipanggil sebagai nisbah. Di
samping itu, ada juga perawi yang diberikan laqab atau gelaran yang
melambangkan kedudukannya dalam dunia ilmu seperti al-Imam, al-Hafiz,
Syaikh al-Islam dan lain-lain.
Ulama yang menyusun biografi perawi akan memperkenalkan perawi itu
dengan namanya, kunyahnya gelarannya kemudian nisbah kepada negeri.
Jika kunyahnya atau gelarannnya lebih terkenal maka itulah yang
didahulukan. Pengenalan seseorang perawi akan lebih jelas lagi dengan
dinyatakan bapanya, datuknya dan juga moyangnya. Faedahnya ialah apabila
terdapat dua orang atau lebih yang mempunyai kesamaan pada nama perawi
dan bapanya. Perbezaan akan dikesan dengan melihat kepada nama datuk.
Adakalanya perbezaan kepada nama perawi yang sama dengan melihat kepada
nisbah negeri. Sebagai contoh terdapat enam orang yang bernama al-Khalil bin
Ahmad. Dalam satu masa ada empat orang yang bernama Ahmad bin Ja`afar
bin Hamdan. Dalam pengajian hadis mereka ini dipanggil al-muttafiq wa al-
muftariq iaitu sama pada nama tetapi berbeza individu. (Taisir Mustalah al-
Hadith, hal. 206)
Satu kisah yang cukup menarik untuk disebutkan di sini yang diceritakan
oleh Abu al-Farj al-Mu`afi bin Zakaria al-Nahrawani. Kata beliau: "Pada satu
tahun saya menunaikan haji dan ketika di Mina saya terdengar seorang yang
memanggil, wahai Abu al-Farj. Sayapun berkata, mungkin dia mencari saya.
Kemudian saya terfikir, ramai lagi orang yang dikunyahkan dengan Abu al-
Farj maka saya tidak menyahut. Kemudian saya mendengar orang itu
memanggil Abu al-Farj al-Mu`afi. Lalu saya ingin benar untuk menyahut
kemudian saya terfikir ada ramai lagi yang dipanggil Abu al-Farj al-Mu`afi
maka saya tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Mu`afi bin
Ja`afar lalu sayu tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-
Mu`afi bin Ja`afar al-Nahrawani. Maka sayapun perkata tidak syak lagi tentu
dia memanggil saya kerana dia telah menyebut kunyah saya, nama saya,
nama ayah saya dan negeri saya. Lalu saya berkata kepadanya, sayalah orang
itu, apa yang anda perlukan? Lalu dia bertanya agaknya anda datang dari
Nahrawan Timur. Maka saya menjawab, ya. Maka dia berkata, kami mahukan
Abu al-Farj al-Mu`afi dari Nahrawan Barat. Lalu saya merasa amat kagum
dengan kesamaan itu. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 155)

Tahun Kelahiran Dan Kewafatan


Tujuan menyatakan tarikh ialah untuk menentukan tabaqah (lapisan) atau
generasi yang perawi itu berada bagi memastikan berlaku bersambung-
sambung dalam sanad atau tidak. Ini kerana bersambung-sambung itu syarat
bagi kesahihan hadis sementara terputus pula sebab kepada kecaman pada
hadis. Selain itu, pendustaan sesetengah perawi dapat dikesan dengan
menghitung tahun kewafatan perawi yang didakwa sebagai punca hadis dan
tahun perawi yang mendakwa. Diriwayatkan daripada Ismail bin Iyash al-
Himsi katanya, satu kali saya berada di Iraq lalu seorang ahli hadis datang
kepada saya. Mereka berkata, di sini ada seorang lelaki yang meriwayatkan
hadis daripada Khalid bin Ma`dan. Lalu saya bertanya pada tahun berapa
anda mencatatkan hadis daripada Khalid. Dia menjawab, pada tahun 113 H.
lalu saya berkata, sesungguhnya anda mendakwa bahawa anda telah
mendengar daripada Khalid tujuh tahun setelah beliau meninggal dunia.
(Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 157).
Perhatian ulama terhadap tahun kelahiran dan kewafatan ini sangat jelas
sehingga kitab-kitab mereka tentang perawi dinamakan dengan al-Tawarikh
sebagaimana yang dapat dilihat pada al-Tarikh al-Kabir karangan Imam al-
Bukhari, Tarikh Ibn Abi Khaitham dan juga Tarikh Ibn Ma`in. ada juga ulama
yang menyusun nama-nama perawi mereka tahun kewafatan dan metode ini
dikenali dengan al-Wafayat. Contohnya, Kitab al-Tarikh oleh Abi Bisyr Harun
bin Hatim al-Tamimi, al-Tarikh karangan Abu Musa Muhammad bin al-
Muthanna al-`Anazi.

Nama Guru Dan Murid


Adalah menjadi kebiasaan ulama yang menyusun kitab-kitab rijal untuk
menyenaraikan guru-guru atau murid-murid bagi perawi atau hanya meyebut
mereka yang terkenal sahaja. Di samping itu, disebutkan juga siapakah yang
mengambil riwayat secara dan juga melalui perantaraan. Semua ini dapat
membantu pengkaji rijal hadis untuk mengetahui ada pertemuan antara
seorang syaikh dengan perawi itu. Pengarang kitab-kitab rijal akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menyebutkan guru dan murid. Umpamanya di
bawah biografi Imam Ahmad, al-Mizzi menyenaraikan lebih kurang seratus
tiga puluh orang guru Imam Ahmad dan lebih kurang lapan puluh orang
murid. (Tahzib al-Kamal, jil. 1, hal. 437)

Pengembaraan Ilmiyyah
Pengembaraan atau rihlah memainkan peranan yang penting dalam sejarah
ilmu hadis sama ada dari segi pengumpulan hadis atau mengenalpasti
kedudukan para perawi. Sejarah mencatatkan bahawa Jabir bin Abdullah
membeli seekor tunggangan dan mengembara dari Madinah ke Mesir untuk
mendapatkan kepastian daripada `Uqbah bin `Amir adakah beliau mendengar
sebuah hadis tentang melindungi orang mukmin.. Selepas itu beliau terus
pulang tanpa menghiraukan apa-apa urusan. (Abu Lubabah, al-Jarh wa al-
Ta`dil, hal. 24)
Apabila berlaku gejala pemalsuan hadis, para ulama mengembara ke setiap
ceruk negeri untuk mengkaji punca-punca hadis-hadis mawdu` lalu mereka
dapat mengetahui siapakah yang terlibat dalam jenayah ini.
Daripada al-Mua’ammal bin Ismail katanya seorang syaikh telah menceritakan
saya beberapa hadis tentang kelebihan surah-surah. Lalu saya berkata kepada
syaikh itu: "Siapakah yang menceritakan kepada anda? Dia menjawab:
"Seorang lelaki di Madain telah menceritakan kepada saya dan dia masih
hidup." Lalu saya pergi menemuinya dan bertanya: "Siapakah yang
menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Seorang syaikh di Wasit telah
menceritakan kepada saya dan dia masih hidup." Lalu saya pergi menemuinya
dan dia berkata: Seorang syaikh di Basrah telah menceritakan kepada saya."
Kemudian saya pergi menemuinya dan dia berkata: Seorang syaikh di
Abbadan telah menceritakan kepada saya." Lalu saya pergi menemuinya dan
dia menarik tangan saya dan membawa masuk ke sebuah rumah. Tiba-tiba
saya dapati di dalamnya sekumpulan pengikut tasawuf bersama seorang
syaikh. Lelaki berkata kepada saya: "Syaikh inilah yang telah menceritakan
kepada saya. Lalu saya berkata: "Wahai syaikh ! S iapakah yang telah
menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Tidak ada sesiapapun yang
menceritakan kepada saya tetapi saya melihat orang ramai tidak memberi
perhatian kepada al-Quran maka saya menciptakan hadis ini untuk mereka
supaya hati-hati mereka kembali berpaling kepada al-Quran. (al-Suyuti,
Tadrib al-Rawi, hal. 222)
Faedah daripada mencatatkan tempat-tempat dan tahun pengembaraan ialah
untuk menentukan bersambung-sambungnya sanad perawi itu dengan ulama
hadis di negeri itu. Contohnya sekiranya perawi itu tidak pernah sampai di
Mesir dan tidak didapati bahawa ada ulama Mesir yang bertemu dengannya,
lalu perawi itu meriwayatkan satu hadis dari ulama Mesir maka para ulama
hadis akan berhati-hati dengannya. Ini kerana sudah ada syubhat dalam
riwayat ini dan memberi gambaran bahawa sanad hadis itu tidak bersambung-
sambung di samping mengambil kira penilaian yang lain seperti perawi itu
dituduh berdusta, tidak tepat atau lalai. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 162)

Perhatian Terhadap Sanad Sebagai Tuntutan Menjaga Hadis


Hadis sebagai huraian kepada makna al-Quran. Seseorang mujtahid atau
ulama tidak akan dapat memahami makna al-Quran sehinggalah beliau dapat
menguasai hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Oleh itu, hadis dikatakan sebagai
praktik atau jelmaan kepada ajaran al-Quran. Oleh kerana hadis itu hanya
sabit dengan adanya sanad yang dipercayai dan sanad itu merupakan
rantaian para perawi, maka menjadi tugas umat ini untuk memeriksa dan
mengenali para perawi.
Adalah wajib kepada kita dalam menjaga sunnah untuk mengenali siapakah
yang membawa hadis-hadis Rasulullah. Ini kerana periwayatan hadis itu ada
kalanya dilakukan orang yang wajib kita menerima beritanya dan orang wajib
kita menolak. Ini bererti terdapat kelas-kelas yang tertentu bagi para perawi
yang menukilkan hadis.
Memeriksa kedudukan para perawi sangat penting dalam menentukan
kesahihan riwayat hadis. Lebih-lebih lagi dalam berinteraksi dengan berita-
berita sejarah kerana kelonggaran dalam menukilkan peristiwa-peristiwa lebih
ketara lagi.
Ilmu Rijal Hadis ini sangat penting dalam berhadapan dengan pereka-pereka
hadis. Kata Sufyan al-Thauri: "Apabila para perawi menggunakan dusta dalam
periwayatan maka kami gunakan sejarah untuk melawan mereka." (al-Khatib,
al-Kifayah, hal. 119)
Di sisi ulama hadis, sanad adalah jalan yang menyampaikan kepada matan
bagi hadis.
Sanad merupakan ciri khusus umat Islam. Sebelum kedatangan Islam,
sejarah tidak mengenali konsep sanad dalam menukilkan berita-berita malah
kebenaran kitab-kitab suci agama sebelum Islam tidak dapat dibuktikan
kerana sejarah kewujudannya tidak jelas. Apatah lagi dengan kitab-kitab
sejarah.
Kitab boleh lihat kepada Injil dengan keempat-empat buah iaitu Matta,
Markes, Yuhanna dan Loka. Keempat orang pengarang ini tidak pernah
bertemu dengan Nabi Isa a.s. Sejarah tidak dapat memberikan jawapan
siapakah yang meriwayatkan injil-injil ini daripada Nabi Isa a.s. Tambahan
pula, tidak diketahui bahasa asalnya. Bagaimana mungkin diyakini
kebenarannya. (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, hal. 30)
Berbeza dengan keadaan Islam, setiap sumbernya itu mempunyai sanad yang
jelas. Setiap hadis yang didakwa berasal daripada Rasulullah s.a.w.
mempunyai sanad walaupun ianya hadis daif. Ulama Islam mengakaji hadis–
hadis Rasulullah s.a.w. dari sudut matan dan sanadnya sekali. Bahkan
mereka menetapkan bahawa sanad itu adalah juzuk yang penting bagi hadis.
Tanpa sanad sesuatu tidak akan diterima.
Dalam hal ini, Abdullah bin Mubarak mengucapkan kata-katanya yang sangat
masyhur iaitu:
‫ ولول السناد لقال من شاء ما شاء‬.‫السناد من الدين‬.
"Sanad itu sebahagian daripada agama. Tanpanya siapa sahaja akan
mengatakan apa yang dia mahu kata." (Sahih Muslim, hal. 9)
Dengan kedatangan Islam, tradisi sanad bukan sahaja digunakan dalam
kitab-kitab hadis malah meliputi kitab sejarah, bahasa dan sastera.

Cara Menguji Para Perawi


Para imam ilmu rijal akan memeriksa keadaan perawi dari segi sejauh mana
dia menjaga perintah-perintah Allah dan menjauhi kemungkaran. Untuk itu,
ulama akan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang perawi tersebut. Al-
Hasan bin Saleh berkata: "Apabila kami mahu menulis tentang seorang
perawi, kami akan bertanya tentangnya sehingga dikatakan orang: "Adakah
anda mahu mengahwinkannya?"
Sekiranya seorang imam diceritakan hadis dari seseorang syaikh yang masih
hidup, maka imam tersebutkan akan menemui syaikh tersebut untuk
mendapatkan kepastian adakah benar begitu atau tidak. Syu`bah berkata: "al-
Hasan bin `Amarah berkata bahawa al-Hakam telah menceritakan kepada
saya daripada Yahya bin al-Jazzar daripada Ali sebanyak tujuh buah hadis.
Lalu saya menemui al-Hakam dan bertanya kepadanya. Al-Hakam menjawab
saya tidak pernah mendengar apa-apa daripada Yahya." Ini menunjukkan
bahawa hadis-hadis itu telah sandarkan kepada al-Hakam sedangkan beliau
tidak pernah meriwayatkannya.(al-Mua`llimi, `Ilm al-Rijal wa Ahamiyyatuh,
hal. 5)
Jika imam itu mendengar hadis yang diriwayatkan daripada syaikh yang telah
meninggal dunia maka beliau akan bertanya kepada perawi, bila syaikh itu
meninggal dunia? Bilakah anda bertemu dengannya dan di mana? Kemudian
imam itu akan membandingkan jawapan-jawapan tersebut dengan maklumat
yang ada pada beliau tentang syaikh tersebut. Contohnya tentang cerita yang
dinukilkan daripada `Ufair bin Mi`dan bahawa Umar bin Musa bin Wajih
menceritakan daripada Khalid bin Ma`dan. Kata `Ufair: "Lalu saya bertanya
kepadanya, pada tahun berapakah anda bertemu dengannya? Lalu dia
menjawab, pada tahun 158 H di peperangan Armenia. Lalu saya berkata
kepadanya: "Takutlah kepada Allah wahai syaikh, jangan berdusta, Khalid
meninggal dunia pada tahun 154. saya ingin beritahu kepada kamu lagi, dia
tidak pernah berperang di Armenia. (Ibid)
(bersambung…)

• Alquran
• Hadis
• Kamus
• Waris
• Haji dan Umrah
• Layanan
○ Waktu salat
○ Perubahan Tanggal
○ Hitungan zakat mal

Halaman Utama >Hadis > ILMU > Ilmu Hadis

1-20, Jumlah: 49
1. Ancaman keras bagi orang yang berdusta atas nama Rasulullah saw.
d
Janganlah engkau berdusta mengatasnamakan aku, karena sesungguhnya orang
yang berdusta atas namaku,
asukkan kalimat
2. Dalil yang menunjukkan bahwa orang yang mati dalam keadaan menetapi tauhid,
niscaya akan masuk ...
ntukan tema ca
Bahwa tiada Tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah? Para sahabat
menjawab: Memang benar ia
dak boleh mema
3. Makna firman Allah: Dan sesungguhnya Muhammad telah melihatnya lagi pada
waktu yang lain, ...
Itu adalah Jibril as. aku tidak pernah melihatnya dalam bentuk aslinya, kecuali dua
kali
4. Melarang orang lewat di depan orang yang sedang salat
Seandainya orang yang lewat di depan tempat salat itu mengetahui betapa besar
Pencarian dosanya, pasti ia
selanjutn
ya 5. Pemindahan kiblat dari Baitulmakdis ke Kakbah
Aku pernah salat bersama Nabi saw. menghadap Baitulmakdis selama enam belas
bulan sampai
6. Pemindahan kiblat dari Baitulmakdis ke Kakbah
Ketika orang-orang sedang melakukan salat di Qubba, tiba-tiba datang orang yang
membawa
7. Lupa dalam salat dan sujud sahwi
Seketika Rasulullah bangun dan salat dua rakaat lalu salam. Beliau membaca
: takbir kemudian sujud.
Taya
ngan : 8. Salat musafir dan mengqasarnya
menemani Rasulullah dalam suatu perjalanan beliau. Beliau salat tidak lebih dari
dua rakaat hingga
P : 9. Salat sunat di atas kendaraan saat perjalanan
emba
gian : Seandainya aku tidak melihat Rasulullah saw. melakukannya, niscaya aku tidak
men akan melakukannya
urut
bab
10. Salat malam dan jumlah rakaat yang dilakukan Nabi saw. bahwa witir itu satu rakaat
dan salat ...
Rasulullah tidur pada permulaan malam dan bangun pada akhir malam. Kemudian
apabila beliau punya
11. Perkara yang berkaitan dengan bacaan (qiraat)
wal laili idzza yaghsyaa. Aku jawab: Aku mendengar Abdullah membaca, "wallaili
idzza
12. Salat sunat sesudah salat Jumat
Indeks
setelah mengerjakan salat Jumat, ia pulang dan mengerjakan salat sunat dua rakaat
di rumah.
: 13. Salat Ied
Ayat
Alqur : Bersedekahlah kalian! bersedekahlah! Bersedekahlah! Dan ternyata mayoritas
an yang memberikan sedekah
14. Surga dan neraka yang diperlihatkan kepada Rasulullah saw. saat melaksanakan salat
gerhana
Hadi :
s
: Apa yang belum pernah aku lihat, telah dapat kulihat di tempatku ini, termasuk
Quds surga dan neraka.
i
15. Mayit disiksa karena ratapan (penyesalan) keluarganya
Sesungguhnya orang kafir itu ditambah siksanya oleh Allah sebab tangis
Hadi :
s keluarganya Sungguh,
Muta :
16. Berdiri karena jenazah
watir
Bukankah ia juga manusia?
17. Anjuran untuk membunuh orang-orang Khawarij
Hadi :
s Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal. Mereka
Marf :
berbicara dengan pembicaraan
u 18. Boleh berpuasa atau berbuka di siang hari bulan Ramadan bagi yang bepergian bukan
untuk maksiat ...
Hadi : bepergian pada tahun penaklukan kota Mekah di bulan Ramadan. Beliau tetap
s
: berpuasa hingga tiba di
Mauq
uf
19. Puasa pada hari Asyura'
Hari ini adalah hari Asyura' dan Allah tidak mewajibkan kalian melaksanakan
puasa pada hari ini,
:
Bait
: 20. Larangan berpuasa pada hari raya Idul Fitri dan hari raya Idul Adha
Syair
Tidaklah patut berpuasa pada dua hari tertentu, yakni Hari Raya Idul Adha dan
Hari Raya Idul Fitri
123

Mazhab
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Mazhab (‫ )مذهب‬ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.
Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari
kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan
berijtihad adalah ramai.
Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat
dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.
Bagi Islam Sunni, ada 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat
mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis
oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan
undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk
dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di
Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.
Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.
Mazhab dalam Kristian pula seringkali disebut denominasi.

Jadual isi kandungan


[tutup]
• 1 Ahli Sunnah wal Jamaah
○ 1.1 Mazhab Hanafi
○ 1.2 Mazhab Maliki
○ 1.3 Mazhab Syafie
○ 1.4 Mazhab Hanbali
• 2 Syi'ah
○ 2.1 Mazhab Jaafariyyah
○ 2.2 Mazhab Ismailiyyah
○ 2.3 Mazhab Zaidiyah

[sunting] Ahli Sunnah wal Jamaah


[sunting] Mazhab Hanafi
Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau
adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu
pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.
Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat
perhubungan rapat dengan pembesar negara.
Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam
pemerintahan.
Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai
ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai
"akal dalam ilmu pengetahuan."
Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di
bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman
pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.
Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah.
Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat
merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri
Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional
[sunting] Mazhab Maliki
Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Maliki
Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93
hijrah.
Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman
Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana
pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu
pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman
Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar
hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan
hadis yang pelajarinya.

Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan
supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh.
Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru miskin. Pernah
suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk
mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga
menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik.
Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.

Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai
ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu
sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya
serta cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang
tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah
bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan
membelakangkannya.

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya
hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan,
barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan
hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga
sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum
memberi satu-satu hukum atau fatwa.

Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan
bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum,
beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai
manusia merendah-rendahkan Imam Malik kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang
pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari
nanti (hari kiamat)”.
Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab yang terlalu tradisional
[sunting] Mazhab Syafie
Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Syafie
Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105
hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.
Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.
Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan
keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.
Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut
ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.
Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk
undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi
mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.
Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.
Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang
ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad
bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul
Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang
kedua.”
Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-
batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke
tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz
dan menulis hadis.
Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah
mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana
puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.
Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak
menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun,
Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.
Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama
seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh
menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”
Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa
dan tenaga kepada ilmu fiqh.
Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara
guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-
Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.
Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam
sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh
ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.
Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa
pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau
peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum
dan kesimpulannya.
Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.
Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie
sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.
[sunting] Mazhab Hanbali
Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Hanbali,
Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar
Baghdad pada tahun 164 hijrah.
Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak
ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung
kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.
Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi
seorang imam.
Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal
engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat
Islam?”
Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”
Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.
Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz,
sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.
Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad.
Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang
mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.
[sunting] Syi'ah

Rencana utama: Syi'ah


Syi'ah atau lebih dikenal lengkapnya dari kalimat bersejarah Syi`ah `Ali pada awal mula
perkembangannya juga banyak memiliki aliran. Namun demikian hanya tiga aliran yang masih
ada sampai sekarang, yaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah. Di
dalam keyakinan utama Syi'ah, Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak
untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin. Di
antara ketiga mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam hal siapa saja yang menjadi imam dan
pengganti para imam tersebut.
[sunting] Mazhab Jaafariyyah

Rencana utama: Jaafariyyah


Mazhab Ja'fari atau Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan penganut yang
terbesar dalam Muslim Syi'ah. Dinisbatkan kepada Imam ke-6, iaitu Ja'far ash-Shadiq bin
Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Keimaman kemudian berlanjut yaitu
sampai Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Asykari bin Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin
Ali ar-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq. Mazhab ini menjadi mazhab rasmi
Negara Republik Islam Iran.
[sunting] Mazhab Ismailiyyah

Rencana utama: Ismailiyah


Ismailiyah adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah, selepas
mazhab Imam Dua Belas (Ithna 'Asyariah). Sebutan Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini
kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il bin Ja'far sebagai pewaris dari Ja'far ash-
Shadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak menerima Musa al-Kadzim sebagai
Imam mereka. Baik Ismailiyah mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam
Imam Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal
mazhabnya.
[sunting] Mazhab Zaidiyah

Rencana utama: Zaidiyah


Mazhab Zaidi atau Mazhab Lima Imam berpendapat bahwa Zaid bin Ali merupakan pengganti
yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali Zainal Abidin, saudara tirinya, Muhammad al-
Baqir. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Setelah kematian
imam ke-4, Ali Zainal Abidin, yang ditunjuk sebagai imam selanjutnya adalah anak sulung
beliau yang bernama Muhammad al-Baqir, yang kemudian diteruskan oleh Ja'far ash-Shadiq.
Zaid bin Ali menyatakan bahawa imam itu harus melawan penguasa yang zalim dengan pedang.
Setelah Zaid bin Ali syahid pada masa Bani Umaiyyah, beliau digantikan anaknya Yahya bin
Zaid.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab"
Kategori: Mazhab | Islam

Jumaat 29 Jun 2007


Topib 009 - ILMU MUSTALAH HADITH
ILMU MUSTALAH HADITH

Bahagian Satu

Pengertian Hadith

Mustalah hadith ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang digunakan
dalam ilmu hadith. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu Mahmud al-
Ramahramzi [Tahun 360 Hijrah].
Hadith menurut bahasa, ialah;
Pertama: Yang baharu,
Kedua: Perkhabaran,
Ketiga: Yang dekat atau yang belum lama.

Menurut istilah ahli hadith pula: ialah segala ucapan nabi, segala perbuatan dan
segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya, segala yang
diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal keputraannya, tempatnya dan segala
yang bertalian dengannya. Pengertian ini samalah dengan pengertian sunnah
menurut istilah golongan ahli hadith. Tetapi pengertian ini berlainan dengan
pengertian ahli usul. Dan sebab berlainan ini ialah kerana berlainan jurusan yang
mereka lihat dan mereka tinjau.

Ahli (ulama') hadith membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang dijadikan
ikutan bagi umatnya. Kerana ini mereka pindahkan dan mereka terangkan segala
yang bersangkutan dengan rasul, baik mengenai riwayat, perjalanannya, mengenai
budi pekertinya, keutamaannya, keistimewaannya, tutur katanya, perbuatan-
perbuatannya; sama ada yang dapat mewujudkan hukum atau tidak.
Ulama' usul membahaskan rasul sebagai seorang pengatur undang-undang yang
meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad bagi para mujtahid sesudahnya,
dan menerangkan kepada manusia perlembagaan hidup (dustur al-hayat) maka
mereka pun memperhatikan segala tutur kata rasul, perbuatan-perbuatannya dan
taqrirnya, iaitu pengakuan-pengakuannya bersangkutan dengan perkara penetapan
hukum.

Sementara itu ulama' fiqh membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang
seluruh perbuatannya atau perkataannya atau menunjukkan kepada suatu hukum
syara'. Mereka membahaskan hukum-hukum yang mengenai para mukallaf dan
perbuatan mereka dari segi hukum wajib, haram, harus, makruh dan mandub
(sunat).

Pengertian Sunnah

Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak; juga
suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik.

Rasul SAW bersabda:

"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang


yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga
sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu
memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)

"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala
sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat, dan
barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat (buruk) maka
atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan dengan
perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang dimaksudkan
oleh bahasa.

Sunnah menurut istilah ahli hadith:

ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang
merupakan perkataan, perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi
dibangkitkan menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith
menetapkan bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.

Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul:

ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada
perkataannya dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan
hukum. Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini:

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu
sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah
Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

1. Contoh sunnah (hadith) perkataan (qauliyyah) ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama'
hadith]

2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan (fi'iliyyah) ialah:


"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah:

(a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya;

(b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para
sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan sabdanya:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat


Bukhari]

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya lalu


menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada sebahagian
yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa yang
dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu mereka
mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai kepada
Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak membantah apa-apa.

Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dab (sejenis haiwan seperti biawak) kemudian dikemukakan
orang kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:

"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma


binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar kepadanya."
Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh dalil
syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith, mahu pun
berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf (Qur'an) dan
menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti membukukan
ilmu (menyusun dan mengarangnya).
Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:

"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-


khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud & Tarmizi]

Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari Nabi saw
dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah. Imbangannya
ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah; talak yang
dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.

Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu ialah suatu yang dipahalai orang
yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya.

Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu ialah suatu yang disunnahkan Nabi saw
atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti azan dan berjama'ah.

PERBEZAAN ANTARA HADITH DENGAN HADITH QUDSI

Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan bahawa
hadith Qudsi itu:

ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah,
disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.

Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi saw
di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw menerangkan apa yang
disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri
serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadith-hadith yang lain tidak demikian
itu. Hadith Qudsi itu dinamakan juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.
Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala hadith
yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan sifat-sifat
kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min Majmu'ah al-Hafid]
Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka
sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan
puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki,
mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh
seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith
riwayat Bukhari & Muslim)
Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di
mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM 'ILMU MUSTHALAH HADITH

Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah:

Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.

Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad
dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan
nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama,
dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia
mau berkata."

Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya, yang diriwayatkan dari
seorang sahabat atau lebih.

Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad.

Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan
orang yang memindahkan disebut rawi.

Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan
mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa
hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan:
Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari;
maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam
kitabnya.

Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui sifat-sifat
orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya.

Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.

Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith dengan isnadnya.
Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan urusannya hadith.

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAMA HADITH

HADITH-HADITH ITU TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN, DI


ANTARANYA;

1. HADITH MUTAWATIR

Iaitu hadith "Perbuatan atau perkataan atau pengakuan (taqrir) Nabi saw yang
diketahui oleh beberapa orang yang sampai kepada bilangan mutawatir, iaitu
bilangan yang tidak mungkin pada fikiran kita bahawa mereka akan bermuafakat
berbuat dusta tentang perkhabaran (hadith) itu. Dan dari mereka yang tersebut
sampai pula perkhabaran itu kepada orang lain yang dipercayai. Demikianlah
pertalian penerimaan turun temurun itu sampai ke akhirnya."

Contoh hadith mutawatir itu ialah:

"Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia menempatkan


tempat duduknya di dalam neraka." [Riwayat Jama'ah dari Abu Hurairah - hadith ini
menurut kata Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat.]

2. HADITH MASYHUR ATAU MUSTAFIDH

Iaitu hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan orang atau hadith
yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih kepada tiga orang atau lebih dan
begitulah seterusnya hingga dapat sekurang-kurangnya tiga sanad yang berlainan.

Contohnya ialah:

"Orang-orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekalian orang Islam dari
(bahaya) lidahnya dan tangannya."

Hadis ini diriwayatkan oleh tiga orang Imam hadith dari sanad yang berlainan.
Pertama: Imam Bukhari. Kedua: Imam Muslim. Ketiga: Imam Tirmizi.

Sanad Imam Bukhari: ialah Bukhari dari Adam dari Syu'bah dari 'Abdullah B. Abu
Safar, dari Al-Sya'bi, dari 'Abdullah Bin 'Amru dari Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam.
Sanad Imam Muslim: ialah Imam Muslim dari Sa'id, dan Yahya, dari Abu Burdah
dari Abu Burdah, dari Abu Musa dari Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam.

Sanad Imam Tirmizi: ialah Tirmizi dari Qatadah, dari Al-Laith dari Al-Qa'qa', dari
Abu Saleh, dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam.

Cubalah perhatikan ketiga-tiga sanad tersebut. Di antaranya tidak seorangpun yang


sama nama dan orangnya. Abu Burdah dalam sanad Imam Muslim ada dua tetapi
orangnya berlainan. Abu Burdah yang pertama itu cucu dari Abu Burdah yang
kedua, jadi dengan demikian tidaklah sama.

3. HADITH SAHIH

Iaitu hadith yang berhubung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya dan orang
yang menjadi riwayatnya semuanya mempunyai sifat-sifat ini:

a) Adil
b) Dabid
c) Sejahtera dari keganjilan
d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan) yang memburukkan).

Penjelasan Sifat-sifat Perawi:

'Adil: Yang dimaksudkan dengan 'adil ialah: Orang Islam, baligh, ber'aqal, tidak
mengerjakan dosa besar, tidak pula berkekalan melakukan dosa kecil dan tidak
mengerjakan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah atau kehormatan diri.

Dabid: Yang dimaksudkan dengannya ialah: Orang yang cukup kuat ingatan untuk
mengingat sesuatu yang didengarnya. Bila sahaja dikehendaki ia dapat
mengeluarkannya (menyebutkannya) dari ingatannya dengan mudah. Termasuk
kepada pengertian ini apabila ia menulis hadith yang telah didengarnya dan
disimpannya serta diyakini benar-benar sahnya sehingga diriwayatkan orang
daripadanya.

Sejahtera dari keganjilan: Yang dimaksudkan ialah: Sejahtera riwayatnya dari


perbezaan dari riwayat orang-orang yang kepercayaan dengan bertambah atau
berkurang pada sanadnya atau matannya.
Sejahtera dari 'illat (kecederaan yang memburukkan): Yang dimaksudkan ialah:

Sejahteranya dari sebab-sebab yang tersembunyi yang dapat memburukkan atau


mencacatkan hadith, misalnya; didapati setelah dilakukan penelitian yang
mendalam, bahawa di antara seorang perawi (yang meriwayatkan hadith) yang
tadinya disangka kuat ingatan, tenyata seorang yang tidak kuat ingatannya.
Hadith sahih boleh dijadikan hujjah dalam hukum Islam misalnya ialah:

"Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihah." (Riwayat Bukhari
dari 'Ubadah bin Samit)

"Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan mereka
dengan bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang." (Riwayat Bukhari dari Abu
Hurairah)

"Barangsiapa mengumpulkan (sesuatu barang untuk dijual dengan harga yang lebih
mahal) maka ia adalah bersalah." (Riwayat Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi)

4. HADITH HASAN

Iaitu hadith yang berhubung (bersambung) sanadnya dan diriwayatkan oleh orang-
orang yang 'adil sama seperti hadith sahih, tetapi kurang dabidnya; iaitu kurang
kekuatan ingatannya (hafaznya) lagi sejahtera dari keganjilan dan kecederaan.

Kekurangan satu syarat itu mengurangkan nilai dan martabat hadith, dan
meletakkan tingkatan hadith hasan.

Hadith hasan boleh dijadikan hujjah dalam menetapkan sesuatu hukum. Misal
hadith hasan ialah seperti misal hadith sahih yang lalu, iaitu hadith:

"Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan mereka
dengan bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang." (Riwayat Bukhari dari Abu
Hurairah)

Hadith ini adalah sahih menurut riwayat Bukhari dari jalan (sanad) A'raj dari Abu
Hurairah. Dan hadith ini juga dikatakan hadith hasan menurut riwayat Tirmizi dari
jalan (sanad) Muhammad bin 'Amru dari Abi Salamah dari Abu Hurairah.

Adapun sebab hadith ini menjadi hadith hasan kerana menurut riwayat Tirmizi
bahawa Muhammad bin 'Amru salah seorang daripada sanadnya tidak mempunyai
kekuatan ingatan yang diperlukan dalam syarat hadith sahih.
Lagi misal hadith hasan ialah:

"Sembelihan anak binatang dalam perut ibunya ialah sembelihan ibunya[*]."

[*] Maksudnya: cukuplah sembelihan ibunya sahaja.

Hadith ini diriwayatkan oleh beberapa imam hadith. Dan kalau dilihat dari sanad
imam Tirmizi, nyatalah bahawa di antara beberapa orang sanadnya ada seorang
yang benama Mujalid. Ia seorang yang lemah. Begitu pula kalau dilihat dari sanad
Imam Hakim (dalam kitabnya al-Mustadrak) maka teranglah bahawa di antara
beberapa orang sanadnya ada seorang yang benama Abu Laili. Ia seorang ulama'
fiqh dan qadi hadith tersebut dengan sendirinya telah menjadi hadith hasan.

ISTILAH YANG DIPAKAI UNTUK MARTABAT HADITH-HADITH SAHIH

Menurut yang diistilahkan dalam ilmu ini, bahawa apabila satu hadith yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan sanad mereka masing-masing maka
dinamakan hadith tersebut: (riwayat Bukhari dan Muslim). Dan apabila hadith yang
satu itu diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan sanad yang satu yang
bersamaan qaul dan matan dan sanadnya, maka hadith itu dinamakan: Hadith
Muttafaqun 'Alaih, ertinya: yang disetujui keduanya atasnya.

Hadith seperti ini, iaitu (yang disetujui keduanya atasnya) adalah setinggi martabat
hadith, yang diutamakan dan didahulukan waktu mengambil dalil satu-satu hukum
daripada yang lainnya.

Ulama' hadith telah membahagikan hadith sahih kepada tujuh bahagian.

1. Hadith sahih yang disetujui keduanya (oleh Bukhari dan Muslim), iaitu keduanya
meriwayatkan dengan sanad yang satu. Ini yang dinamakan muttafaqun 'alaih.

2. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari sendiri.

3. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Muslim sendiri.

4. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith (selain keduanya) dengan
sanad sepakat antara keduanya. Ini yang dinamakan yang dipersetujui oleh
keduanya.

5. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ulama' hadith dengan sanad Bukhari
menurut syarat-syarat yang dipakai Bukhari sendiri dalam kitabnya. Ini yang
dinamakan menurut syarat Bukhari.

6. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith dengan sanad Muslim atau
menurut syarat-syarat yang dipakai Musllm sendiri. Ini dinamakan menurut syarat
Muslim.

7. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith selain Bukhari dan Muslim.
Dengan memerhatikan bahagian-bahagian ini tahulah kita bahawa hadith sahih itu
bertingkat-tingkat martabatnya dan kedudukannya diutamakan dari yang lainnya
dan apabila ditemui hadith lain yang bertentangan maksudnya dengan hadith sahih,
maka hadith sahih inilah yang didahulukan dan diamalkan.

HADITH HASAN SAHIH

Dalam kitab-kitab hadith seperti kitab Sunan Tirmizi dan dalam kitab ini (Hadith
Empat Puluh) ada didapati di akhir hadith perkataan "Hasan Sahih" ertinya hadith
ini hasan lagi sahih. Dengan demikian bermakna hadith itu mempunyai dua
martabat: pertama hasan dan kedua sahih.

Menurut keterangan ulama' hadith, bahawa hadith tersebut dikatakan hasan


menurut perhitungan atau penilaian pada satu sanadnya. Dan dikatakan pula sahih
padanya menurut perhitungan atau penilaian pada sanadnya yang lain. Ini jika
pada hadith itu ada sanadnya (jalannya).

Jika pada hadith itu satu sanadnya, maka erti hasan padanya menurut pandangan
segolongan ulama' hadith dan sahih menurut pandangan ulama' yang lain, yang
tidak sama tinjauan terhadap sifat dan peribadi orang yang menjadi rawinya atau
yang memindahkannya.

HADITH DA'IF

laitu hadith yang tidak mempunyai syarat hadith sahih dan tidak pula syarat hadith
hasan, misalnya: rawinya (orang yang meriwayatkannya) bukan orang Islam,
belum lagi baligh, tidak pula diketahui orangnya atau sifatnya, tidak bagus
ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya, tetapi pernah berdusta,
serta tidak menjauhi dari melakukan dosa dan perbuatan-perbuatan yang
menjatuhkan maruah atau kehormatan peribadinya, ditambah lagi riwayatnya
menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya.

Hadith da'if mempunyai martabat yang berlainan; ada yang terlampau lemah, dan
ada yang lemah, menurut keadaan sanad dan matannya. Di antara hadith da'if
ialah hadith munqati', mu'addal, syaz, muddarab.

Misal hadith da'if ialah:

"Barangsiapa berkata kepada orang miskin, bergembiralah engkau! Maka


sesungguhnya wajiblah (tetaplah) syurga baginya." (Riwayat Ibn 'Adi)
Dalam riwayat hadith ini, ada seorang bernama 'Abdul Malik bin Harun yang dituduh
pendusta. Kerana ini hadith tersebut dipandang da'if.

"Menuntut ilmu adalah fardu atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan wanita." (Riwayat
al-Baihaqi Ahmad dari Anas)

Imam al-Baihaqi berkata: Hadith ini masyhur di antara manusia tetapi sanadnya
lemah dan telah diriwayatkan menerusi jalan yang banyak yang kesemuanya lemah
belaka.

Sementara itu Imam Nawawi telah pula berkata: Hadith itu da'if (lemah) sekalipun
maknanya sahih (betul) dan telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dalam
Masnadnya dengan sanadnya sekali dari Anas dan Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam.
Dalam sanadnya itu terdapat seorang benama Hafsin bin Sulayman, ia orang yang
lemah.

"Makhluq itu keluarga Allah, dan mereka yang lebih kasih kepada Allah ialah
mereka yang lebih bermanfa'at kepada keluarganya."

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dari riwayat Yusuf bin 'Atiyyah dari
Thabit dari Anas dari Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam. Yusuf bin 'Atiyyah adalah
orang yang lemah, kerana ini hadithnya adalah hadith yang lemah.

Hukum meriwayatkan hadith da'if dan mengamalkannya*


Sebahagian Ulama' membolehkan kita meriwayatkan hadith da'if dengan tidak
menerangkan keda'ifannya dalam perkara yg berhubungan dengan kisah atau
cerita, pengajaran atau nasihat dan yg bertalian dengan keutamaan ‘amal (Fadail
al-‘amal) itu sahaja, dan tidak dalam perkara yg berhubungan dengan i'tiqad dan
dengan hukum halal, haram, makhruh, sunat. Demikian menurut pendapat
sebahagian Ulama'.

Seterusnya mereka sepakat menetapkan bahawa tidak boleh sama sekali kita
mengamalkan hadith da'if untuk menetapkan sesuatu hukum halal, haram, hukum
jual-beli, hukum perkahwinan, talaq dan lain-lain.

Imam Bukahri, Muslim dan Abu Bakar Ibn al-'Arabi menetapkan bahawa tidak boleh
kita mempergunakan hadith da'if untuk segenap pekerjaan, untuk segala keperluan
walaupun untuk menerangkan keutamaan sesuatu ‘amal, supaya tidak ada orang
yg mengatakan kepada Rasulullah saw perkataan yg tidak baginda katakan, dan
supaya tidak ada orang yg meng'itiqadkan sunat sesuatu perkara yg tidak
disunatkan.

Sementara itu Imam Nawawi berkata: "Bahawa Ulama' hadith, fiqh dan lain-lain
telah menetapkan bahawa boleh kita mempergunakan hadith da'if untuk
‘amal-'amal utama (Fadail ‘amal) dan untuk pengajaran menggemarkan dan
menakutkan, selama hadith itu belum sampai ke darjat maudu' (palsu).

1. Hadith Sahih Li Zaatihi:

Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit.


Dari sudut istilah:

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan dan
adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya
tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.

2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi apabila ianya


diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu oleh suatu
kekuatan pada dua bentuk:

Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran dan


penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak
mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu
kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan
hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya
bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi. Hadith Sahih:
Hukumnya:

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila
terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat
yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan
Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah.

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya,


sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis,
iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui
tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau
tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat
suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan
padanya terlebih dahulu.

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat


seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd
kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan).

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada
seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak
disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya).
Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh
menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w
bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz
menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.

Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan:

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan
Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka
berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata:
(Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah
berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa
perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab sahih
Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di
dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain).

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di


dlm kitab sahih.

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di


dlm kitab sahih.

7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi tidak
menepati syarat salah seorang drpd mereka.

Bahagian Dua

Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai org pertama yg diketahui telah membahagikan
Hadis kpd Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yg disebut oleh Ibnu Taimiyah di
dlm kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap Hadis Hasan, ialah
Hadis Hasan Li Ghairihi. Beliau telah membuat pengertian di dlm bab kecacatan-
kecacatan yg terdapat di dlm kitab Jami'nya, di mana katanya: (Setiap Hadis yg
diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada isnadnya perawi yg dituduh berbohong
dan Hadis tersebut juga tidak ganjil serta diriwayatkan dgn bentuk lain yg
seumpamanya, maka pada pendapat kami ianya adalah Hadis Hasan).

Perkataan berlawanan dgn kuat. Dhaif terdapat dlm bentuk fizikal (hissi) dan
maknawi. Dhaif yg dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi.
Dari sudut istilah:

Pengertian yg dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yg tidak terkumpul
padanya sifat2 Hadis Sahih dan Hadis Hasan.

Dhaif dapat dibahagikan apabila hilang syarat2 penerimaan kpd beberapa jenis dan
secara ringkasnya adalah seperti berikut:

a - Hilang syarat sanad yg bersambung. Ianya dapat dibahagikan kpd lima


bahagian iaitu:

1 - Muallak 2-Mungqati' 3-Muaddhal 4-Mursal 5-Mudlis

b - Hilang syarat adil. Ianya dapat dibahagikan kpd beberapa bahagian iaitu:

1 - Maudu' 2-Matruk 3-Mungkar 4-Matruh 5-Mudha'af 6-Mubham

c - Hilang syarat kuat hafalan. Ianya terbahagi kpd:

1 - Mudraj 2-Maqlub 3- Muddtarib 4-Musahhif dan Muharrif

d - Hilang syarat terpelihara drpd syuzuz (keganjilan). Ianya dapat dibahagikan kpd
satu bahagian sahaja iaitu syaz.

e - Hilang syarat terpelihara drpd Illat (kecacatan). Ianya hanyalah satu bahagian
sahaja iaitu Muallil.

Hukum meriwayat dan beramal dengannya (Hadis dhaif)

Hadis-hadis Dhaif yg tidak tetap dan tidak ditegaskan pembohongannya.


Ibnu Taimiyah menyebut di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa: (Apabila diketahui ianya
adalah batal dan Hadis yg diada-adakan, tidak harus cenderung kepadanya, kerana
sesuatu pembohongan adalah sama sekali tidak berfaedah, tetapi apabila terdapat
ketetapan bahawa ianya adalah Sahih, maka tetaplah hukumnya dan apabila
berlaku keraguan pada keduanya maka ia boleh diriwayatkan kerana kemungkinan
ianya benar dan tiada kemudaratan pada pembohongannya.

Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib
(Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib (Dorongan menjauhi keburukan), maka
kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan
Hadis, di dlm Hadis tersebut disertakan dgn sanad-sanad sekalipun perawinya tidak
mempunyai kepercayaan yg boleh dibuat hujah.

Begitu juga ada yg berpendapat: Ianya boleh diamalkan dari sudut kelebihan-
kelebihan amalan.

Dimana (beramal dengannya ialah beramal dgn amalan yg soleh seperti membaca
Al-Qur'an dan berzikir). Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab
kelebihan mempunyai kadar dan had tertentu seperti sembahyang dlm waktu
tertentu dgn bacaan tertentu atau dgn cara tertentu, maka ianya tidak harus
kerana galakan terhadap gambaran yg tertentu ini, tidak tetap dgn dalil syarak).

Kemudian beliau mengakhiri kata-katanya dgn berkata: Maka keputusannya dlm


bab ini, dibolehkan meriwayat dan beramal dengannya dlm keadaan targhib dan
tarhib, bukan dlm bab galakan. Kemudian pegangan terhadap perkara wajib, iaitu
kadar pahala dan balasan bergantung pada dalil syarak).

Kesimpulan drpd kata-kata Ibnu Taimiyah yg lepas, iaitu syarat-syarat yg wajib


diikuti ketika meriwayatkan Hadis Dhaif yg tidak tetap pembohongannya serta tidak
ditegaskan kebenarannya.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1- Hendaklah terkandung dlm asas amalan seperti membaca Al-Qur'an dan doa.

2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah iaitu drpd perkara-
perkara yg berhubung dgn aqidah dan hukum, juga bukan galakan dan
seumpamanya.
3- Ianya bukan perkara batil yg dibuat-buat. Jika diketahui kebatilan dan ianya
perkara yg dibuat-buat, maka tidak harus diambil kira dan berhujah dengannya dlm
semua perkara.

Hadith Maudhu’ (Palsu / Dusta)

Pengertiannya pada bahasa:

Kalimah maudhuk iaitu menjatuhkannya dan dinamakan sedemikian kerana


tergugur kedudukannya.

Dari sudut istilah:

Berita yg dibuat-buat terhadap Rasulullah [s.a.w] sebagai pembohongan terhadap


baginda.

Kedudukannya:

Ianya adalah seburuk-buruk jenis Dhaif, bahkan sesetengah ulama menjadikannya


satu bahagian yg berasingan, tidak tergolong drpd Hadis-hadis Dhaif dan tidak
digunakan padanya dgn lafaz Hadis melainkan dari sudut org yg
memaudhukkannya.

Hukum meriwayatkannya:

Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yg dibuat-buat Dan disandarkan


kpd Rasulullah [s.a.w], melainkan jika diiringi dgn keterangan tentang
Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah [s.a.w] pernah bersabda:

Sesiapa yg membuat pembohongan terhadapku dgn sengaja maka disediakan


tempatnya di dlm Neraka.
Sabda Baginda lagi:

Sesiapa yg memperkatakan sesuatu tentang aku dgn percakapan yg diketahui


ianya adalah bohong maka dia adalah salah seorang pembohong.

Tanda-tanda Hadis Maudhuk:


Para ulama telah menggariskan kaedah-kaedah utk mengenali Hadis-hadis
Maudhu’. Di antara kaedah-kaedah tersebut ialah:

1- Pengakuan drpd pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yg


mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis-hadis Kelebihan Surah.

2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan drpd


syeikh yg terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dgn nya, meninggal
dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat yg beliau
mendakwa pernah mendengarnya spt Makmun bin Ahmad Al-Harawi yg mendakwa
pernah mendengar drpd Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya padanya:
Bilakah kamu memasuki Syam? Beliau menjawab: Pada tahun 250 Hijrah. Ibnu
Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yg diriwayatkan oleh Makmun telah
meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.

3- Terdapat bukti pada matan yg menunjukkan pembohongannya, seperti terdapat


pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat kelemahan pada
lafaz dan tergugur makna.

4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman bin
Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh keliling dan
sembahyang di belakang makam dua rakaat.

5- Bersalahan dgn keterangan Al-Qur'an dan sunnah yg sahih, yg tidak boleh


ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku melainkan jika
dikehendaki oleh Allah; maka ianya bersalahan dengan firman Allah s.w.t yg
bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi) dan
seperti apa yg bersalahan terhadap kebenaran sunnah yg mutawatir (Akulah
penyudah, tiada Nabi selepasku).

6- Bersalahan dgn data sejarah yg diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti riwayat
dikenakan Jizyah ke atas org Yahudi selepas perang Khaibar dan tidak dikenakan
kerja tanpa upah terhadap mereka dgn disaksikan oleh Saad bin Muaz dan ditulis
oleh Muawiah bin Abu Sufian. Sedangkan ketetapan sejarah mengatakan bahawa
Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum disyariatkan pada tahun peperangan
Khaibar kerana ayat tentang Jizyah diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk.
Sesungguhnya Saad bin Muaz meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dlm
peperangan Khandak. Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun
pembukaan Mekah.

7- Khabar tentang perkara yg penting berulang dakwaan pembawakannya seperti


yg berlaku dgn disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya
melainkan seorang sahaja dan yg lainnya menyembunyikannya, seperti
diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib
ketika dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan
Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas org ramai mengenalinya: (Kanak2
ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka hendaklah kamu
mendengar dan mentaatinya). Adakah seseorang Muslim boleh menerima berita yg
menunjukkan semua sahabat telah sepakat utk menyembunyikannya ketika mereka
memilih Abu Bakar sebagai Khalifah dan dgn dipersetujui oleh Abu Bakar dan
mereka menyetujuinya sbg khalifah mereka?

8- Mengandungi balasan yg berat teradap dosa kecil atau pahala yg banyak


terhadap amalan yg sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan
balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah "Tiada illah
melain Allah" maka Allah akan menciptakan utk nya seekor burung yg mempunyai
tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu bahasa yg
sentiasa meminta keampunan untuknya.

Hadith Qudsi

Pengertiannya pada bahasa:

Al-Qudsi dinisbahkan kpd perkataan Al-Qudus iaitu suci, manakala Hadis Qudsi pula
ialah Hadis yg dinisbahkan kpd Zat Yg Maha Suci iaitu Allah s.w.t.
Dari sudut istilah:

Hadis yg diriwayatkan kpd kita drpd Nabi s.a.w. Sanad Hadis tersebut disandarkan
oleh Nabi s.a.w kpd Allah s.w.t samada bersambung atau tidak dan ianya bukan Al-
Qur'an.

Bentuk Riwayatnya:

Utk meriwayatkan Hadis Qudsi perawi boleh menggunakan dua bentuk riwayat
iaitu:
1 - Sabda Rasulullah s.a.w tentang apa yg diriwayatkan atau (diceritakan) oleh
Allah s.w.t.
2 - Firman Allah s.w.t sebagaimana yg diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.
Hukumnya:
Terbahagi kpd Hadis yg diterima atau Hadis yg ditolak mengikut keadaan perawi.

Dalam meriwayatkan hadis dhaif, ulama' telah menggariskan kaedah2 tertentu.


tidak boleh secara semborono.

Al-Imam al-Nawawi ada menyebutkan:

Para ulama dari kalangan ahli Hadis, ahli Feqh dan selainnya berkata: Dibenarkan
dan disukai beramal dengan hadis Dhaif dalam hal2 fadha'il serta targhib dan
tarhib, selama hadis itu tidak berstatus maudhu' (palsu). (Al-Azkar, hal. 5)

Fadha'il bermaksud hadis2 yang menyatakan kelebihan beramal. Targhib ialah hadis
yang mengandung galakan untuk berbuat baik. Dan tarhib pula adalah yang
mengandungi ancaman bagi mereka yang berbuat jahat dan maksiat.

Berdasarkan pendapat al-Nawawi, dapat kita simpulkan bahawa beramal dengan


hadis dha'if adalah dilarang kecuali:

1. Dalam hal2 fadha'il, targhib dan tarhib. Kebalikannya ialah, hadis dhaif tidak
boleh digunakan sebagai hujah hukum.

2. Kedha'ifan hadis itu tidak sampai ke tahap maudhu'.

------------------------

Apabila al-Imam al-Nawawi mensyaratkan pengamalan hadis dha'if adalah yang


tidak sampai ke taahap maudhu', maka kita tertanya2 apakah maksudnya? Apakah
penafsirannya?

Catatan kaki di dalam al-Azkar ada menyebutkan:

"Perkataan al-Nawawi: (Selama hadis itu tidak berstatus maudhu'): Termasuk hadis
yang terlalu dha'if. Maka tidak boleh beramal dengan hadis yg di dalamnya terdapat
rawi yang pendusta atau tertuduh dusta. Dan, ada lagi dua syarat untuk beramal
dengan hadis Dha'if, iaitu: Sesuatu amalan itu hendaklah mempunyai syahid yang
lain (ada dasarnya dari nash lain yang sahih) seperti ia berada di bawah suatu nash
yang umum atau di bawah satu kaedah umum. Ketika beramal dengan hadis ini
hendaklah tidak di-Iktikadkan bahawa ia sabit (dari Rasulullah s.a.w.). Malah,
hendaklah di-iktikadkan sebagai ihtiati (langkah berjaga2) sahaja." (ibid.)

Ini bermakna berdasarkan kepada kenyataan al-Imam al-Nawawi dan dari catatan
kaki dalam kitab al-Azkar, bahawa untuk beramal dengan hadis Dhaif bukanlah
secara mutlak boleh beramal. Asal sahaja ada hadis dhaif yang berbentuk fadha'il
amal, maka kita boleh terus beramal dengannya. Bukan begitu. Mahu beramal
dengan hadis dhai'if ada syarat-syaratnya. Sebagaimana yg dinyatakan ada 4
syarat:

1. Hadis itu untuk fadha'il a'mal, targhib dan tarhib.

2. Hadis itu tidak terlalu dha'if dan tidak maudhu'.

3. Amalannya mestilah mempunyai dasarnya dari nash sahih yang lain yang umum
atau ia berada di bawah kaedah yang umum.

4. Semasa beramal, hadis itu tidak di-iktikad-kan sabit dari Rasulullah s.a.w.. Malah
ia hendaklah ber-iktikad untuk ihtiyati sahaja.

Jadi, adalah suatu tanggapan yang salah apabila kita berhadapan dengan hadis
dha'if lalu kita mengatakan: "Tidak mengapa, ini hanya untuk fadhilat amal
sahaja.." Tanpa kita memperhatikan syarat2nya.

Antaranya, beliau menyebutkan:

"… Al-Hafiz Ibnu Hajar menetapkan tiga persyaratan untuk dapat diterimanya
periwayatan yang lemah (dhaif) dalam hadis-hadis raqa'iq dan targhib. Ketiga
syarat itu disebutkan oleh al-Hafiz al-Sayuthi dalam Tadribur Rawi sebagai berikut:

Pertama (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak
keterlaluan. Kerana itu, harus ditolak periwayatan tunggal dari orang-orang yang
memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai pembohong,
ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak akurat.
Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema dasar
umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya dikarang begitu
sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali.

Ketiga: Pada saat penerapannya, hendaknya tidak dipercayai sebagai hadis yang
tak diragukan asalnya dari Nabi s.a.w. Agar tidak terjadi penisbahan suatu ucapan
kepada baginda, sedangkan baginda tidak mengucapkannya. Jadi, hendaknya hadis
tersebut dipercayai dengan sikap ihtiyath (berhati-hati). (Kaifa Nata'amalu Ma'as
Sunnah (edisi terjemahan: Bagaimana Memahami Hadis Nabi s.a.w.), hal. 71)

Download Pdf - Musthalahul Hadis (Ringkasan)

http://an-nawawi.blogspot.com

Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Jumaat, Jun 29, 2007


Label: Hadis
0 ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Blog Fiqh-Sunnah

Melihat Khazanah Fiqh Ratusan Tahun (Sebuah Blog Yang di-Bangunkan Bagi
Mengumpulkan Pelbagai Tulisan Berkaitan Fiqh)

My PERSONAL NETWORKS
ARKIB ARTIKEL
BLOG AN-NAWAWI
BLOG AQEEDAH
BLOG FIQH
BLOG BAHAYA SYIRIK
GALERI NIAGA
DOWNLOAD
MP3 al-Qur'an
Sifat Solat Sunnah I
Sifat Solat Sunnah II
Doa & Zikir RasulullaH
Yahoo-Groups
Friendster I
Friendster II

Klik!!! - Untuk mendengarkan saluran radio sunnah

BERSAMA TUNTUNAN AS-SUNNAH


IKUTILAH AS-SUNNAH
“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Ali 'Imraan, 3:31)
‫خرَ َوذَ َكرَ الَّ َكثِيرًا‬
ِ ‫سنَةٌ لِ َمنْ كَانَ َيرْجُو الَّ وَا ْل َيوْمَ ال‬
َ َ‫س َوةٌ ح‬
ْ ُ‫َل َقدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ الِّ أ‬
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(QS. Al Ahzab, 33:21)

Search Islamic Directory

Keyword:
Go

Line Interference

Persoalan Asas-asas Tauhid/'Aqeedah


Intro (Edisi Revisi)
Dasar-dasar Aqeedah
Tawheed Rubbubiyah
Tawheed Uluhiyyah
Tawheed Asma' wa Sifat
Di Mana Allah?
al-Wala' wal Bara'

Arkib Blog
• ▼ 2008 (10)
○ ▼ Januari (10)
 079 - Nyanyian Yang Dibolehkan Di Dalam Syari’at
 078 - Muzik – Bantahan ke-3: Pendalilan Dengan Had...
 077 - Muzik - Bantahan ke-2: Benarkah Hadis Bukhar...
 076 - Muzik – Bantahan 1: Benarkah Hadis Bukhari C...
 075 - Pendirian Para Salaf (Ulama Generi Awal) Ter...
 074 - ADAKAH SUNNAH - MENGUSAP (MENYAPU) MUKA SELE...
 073 - EMPAT (4) KAEDAH MEMBERI SALAM SEMASA MENGAK...
 072 - SUNNAH MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK DI M...
 072 - SUNNAH DAN BID’AH DI BULAN MUHARAM
 071 - Mari Solat Rawatib Subuh (Solat Fajar)
• ► 2007 (70)
○ ► Disember (11)
 070 - KEPALSUAN SOLAT HAJAT DAN ALTERNATIF-NYA
 069 - Antara Solat Hajat Dan Doa Qunut Nazilah
 068 - PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’
 065 - SOLAT ISTIKHOROH SEBAGAI SATU SARANA MENDAPA...
 067 - Persoalan Mandi Junub (Bahagian II)
 066 - SEDIKIT PENJELASAN BERKENAAN MANI, MAZI, DAN...
 063 - Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membac...
 064 - HADIS MAUDHU’
 062 - MENCONTOHI HAJI, UMRAH, & ZIARAH YANG SUNNAH...
 061 - Taklid Buta Dan Taksub Kepada Imam Mazhab
 060 - Pembahagian Najis
○ ► November (7)
 059 - Bermurah-murahlah Dalam Meletakkan Mahar Per...
 058 - MERUNGKAI PERSOALAN ITTIBA' DAN TAQLID
 057 - MENYELUSURI SUNNAH DALAM IBADAH KORBAN
 056 - TAYAMMUM – KAEDAH BERSUCI PENGGANTI WUDHU’ D...
 055 - Bagaimanakah Berwudhu' Tanpa Membuka/Menangg...
 054 - Posisi Imam & Makmum Adalah Dalam Satu Saf J...
 052 - SEKITAR PERSOALAN AMALAN WANITA YANG DIDATAN...
○ ► Oktober (7)
 052 - MENG-QASARKAN (MEMENDEKKAN) SOLAT FARDHU
 051 - Pencerahan Kepada Kekeliruan Sekitar Persoal...
 050 - Puasa Enam (Puasa Syawal) - Edisi Update/Tam...
 049 - PERSOALAN ZAKAT FITRAH
 048 - Seks Di Siang Ramadhan
 047 - Download E-Book Berhari-Raya Menurut Petunju...
 046 - Tinggalkanlah Perkataan/Perbuatan Yang Keji/...
○ ► September (23)
 045 - Nuzul Quran = Malam 24 Ramadhan, Bukan Malam...
 044 - Doa Buat Wanita Yang Ikhlas
 043 - Orang Puasa & Musafir Dibolehkan Tidak Berpu...
 042 - Perkara Yang Disangka Membatalkan Puasa, Nam...
 041 - AMARAN JAKIM TERHADAP PENYEBARAN HADIS FADHI...
 040 - Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Ter...
 039 - PETUNJUK SUNNAH DALAM BERBUKA
 038 - TUNTUTAN BERSAHUR MENURUT PETUNJUK RASULULLA...
 037 - BERGEMBIRALAH DI HARI RAYA
 036 - BID'AH-BID'AH DI HARI RAYA
 035 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Ucapan Selamat ...
 034 - SUNNAH DALAM BERHARI RAYA: Pembaziran Di Har...
 033 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Nyanyian Di Har...
 032 - SUNNAH BERHARI RAYA: Berjalan Ke Tempat Sola...
 031 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Takbir Hari Ray...
○ ► Ogos (9)
○ ► Julai (4)
○ ► Jun (9)

Fiqh & Sunnah


• Nawawi Bin Subandi
• Nawawi Bin Subandi
• Nawawi Bin Subandi
• Ibnu Subandi

Short Message Only

Networks of References
• al-Manhaj
• al-Azim
• Salafi Malaysia
• Salafi Publications
• Tafsir Ibnu Katheer
• Fiqh Sunnah
• Sahih Bukhari
• Sahih Muslim
• Sahih abu Dawud
• Muwatta' Imam Malik
• Hadis Qudsi
• Science of Hadith
• Riyadhus Soliheen
• Hadis Finder

Waktu Solat Sekitar KL

Kandungan Utama
• Amalan Bid'ah (4)
• Asas (6)
• Bersuci (10)
• Hadis (3)
• Haji dan Umrah (1)
• Ibadah Korban (1)
• Isbal (2)
• Kenduri Tahlil (4)
• Pernikahan (1)
• Puasa Dan 'Ied (24)
• Solat (9)
• Solat Jumaat (1)
• Solat-solat Sunnah (5)
• Wanita (2)
• Zakat (2)

Medan Download/Muat-turun
Download pelbagai files Kuliah, ceramah, e-Books, software, kitab, multimedia
flash, & pelbagai lagi berkaitan Islam, Sunnah, & Hadis - Klik pada link di bawah ini:

Medan Downloads & Muat Turun


Download MP3 al-Qur'an Dengan empat (4) pilihan Qarie (Recitator) di sini:
Download al-Qur'an (mp3)

Iklan/Info Terkini
Daurah/Kem Kuliah Aqidah
Tarikh:
19-20hb January 2008 (Sabtu & Ahad)
Semua dijemput menyertai, siapa cepat dia dapat.

Jualan & Kedai Buku/Kitab


as-Salaamu 'alaikum,

Berikut adalah beberapa buah buku/kitab yang ada dalam stok simpanan kami
untuk dijual.

1 - Tafsir Ibnu Katheer (Malay, 8 Jilid, Hard Cover), Terbitan Pustaka Imam asy-
syafi'i. - Harga kami, RM700 - Harga biasa di malaysia adalah RM900-RM1000

2 - Sifat Solat Rasulullah (108 m/s), ust. Rasul Bin Dahri, Terbitan Jahabersa. -
RM9.00

3 - Ikhwanul Muslimin Atau Ikhwanul Muflisin (412 m/s, Hard Cover), Ust.
Rasul Bin Dahri, Terbitan/Cetakan al-Halaby. - RM45.00

4-

Kepada yang berminat, boleh ber-urusan melalui email dimensi83@hotmail.com,


atau call/sms - 012-6887715 (Nawawi), Atau boleh refer kami di Shah Alam Seksyen
7
DARI MANA BLOG INI DI-LAWATI

ARKIB AN-NAWAWI AQEEDAH FIQH SYIRIK!