Anda di halaman 1dari 18

MURID PINTAR CERDAS: SENI DAN KREATIVITI

oleh
Roseidayu Bte Elias
Masriyah Bte Ibrahim
Universti Pendidikan Sultan Idris
14 Ogos 2007

1.0 PENDAHULUAN

Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber
maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar
dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi
mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas.
Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi
kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas
(gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki
potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi
mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan,
suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

1.1 Definisi Pintar Cerdas

Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala
cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam
bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-
kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya
menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.
Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa
yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai

1
kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran
persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan dan
pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang
pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-
Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada
keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan
baik.

Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai


seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di samping itu,
Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang
diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun
1972. Definisi Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu:

“Gifted and talented children are those identified by professionally


qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of
high performance. These are children who require differentiated
educational programs and services beyond those normally provided by the
regular school program in order to realize their contribution to self and
society. Children capable of high performance include those with
demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following
areas singly or in combination General intellectual aptitude, Specific
academic aptitude, Creative or productive thinking, Leadership ability
and Visual and performing arts

2
2.0 CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS

BIL KOMPONEN PELAJAR PINTAR CERDAS


1 PERSONALITI • Seorang yang peramah dan suka bertanya
kepada guru mengenai sesuatu perkara yang
tidak difahami
2 KREATIVITI • Kreatif terutamanya dalam menguasai
kemahiran. Mereka dapat menggunakan barang
ataupun peralatan yang biasa secara kreatif.
• Mempunyai daya imaginasi yang tinggi, aktif
dan pelik.
3 GAYA BELAJAR • Suka belajar dengan sistematik, memberi
tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di
dalam bilik darjah serta rajin membuat latihan
yang diberikan oleh guru.
• belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai
rasa ingin tahu yang tinggi
• berminat dalam pembelajaran dan pencapaian
akademik yang tinggi
4 KOGNITIF • Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima
ilmu yang diajar oleh guru dengan mudah.
• peka dan menunjukkan reaksi segera kepada
sesuatu tugasan dan berupaya menyelesaikan
masalah
5 EMOSI • penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang
baik
• mampu bersosial dengan cepat
6 BAHASA • mempunyai perbendaharaan kata yang banyak,
tepat dan mengekal/ mengingat apa yang dibaca
dan didengar dengan mudah.

3
7 FIZIKAL • melebihi purata dari aspek ketinggian, berat
badan, kekuatan dan kesihatan

3.0 KAEDAH MENGENALPASTI PELAJAR PINTAR CERDAS

Tiada satu konsep yang khusus untuk pintar cerdas/berbakat. Ia sentiasa berubah
dari semasa ke semasa. Ia bukan sahaja berasaskan kecerdasan tetapi juga
merangkumi keupayaan intelek yang umum, kebolehan akademik, pemikiran
kreatif dan produktif, kepimpinan, seni tampak dan lakonan serta keupayaan
psikomotor. Cara mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan ujian-
ujian piawai mengenai keupayaan umum, pencapaian, kreativiti, kecenderungan
dan personaliti. Ia juga boleh dikenalpasti berdasarkan ramalan guru, ibu bapa,
rakan sebaya dan kendiri. Dalam mengenalpasti murid pintar cerdas, kami telah
memilih Alimnur Bin Mohd Fadzir. Sebelum kami memilih murid ini, kami telah
mengenalpastinya melalui beberapa ujian, pencapaiannya serta temubual guru dan
ibunya.

3.1 INVENTORI

Has the sudent done any of the following?


entered kidergarten of first grade only

Which of the following standardized tests has the student taken?


kindergarten

Has the student ever been given an evalation by psychologyst, social worker,
learning specialist?
yes no

4
Does the student have a diagnosed learning or physical disability?
yes no
If yes, please explain and give diagnostic information used to determine the
disability:

Has the student ever received special educatinal services or been on medication?
yes no
If yes, please explain

Attendance at school
Excellent attendance
yes no

Physical size
smaller than students in present grade
same size as students in present grade
larger than student in present grade

Age
Youngest in the present grade
Oldest in the present grade

Participation in school extracurricular activities


participate
does not participate
limited participation

5
Motivation
does not complete assignments
complete all the assignments
complete certain assignments that are interest of him

Relationship with peers


poor interpersonal skills and no friend
good interpersonal skills with all
prefer to be with olde and/or adults rather than age-mates

Relationship with teacher


poor interpersonal relationship with teacher
very good interpersonal relationship with certain teacher
excellent relationship with teacher

Emotional Development
Has a positive and realistic self-concept about personal and academic abilities
very sensitive to criticism or remarks
self-concept as a student is poor

Behavior
problem in classroom, home or community
occasional discipline problems
no history of discipline problems

Parent Involment
parents uninterested and uninvolved in their child school progress
parents interested and involved in their child school progress
parents overly invoved in their child school progress and pressure the child

6
Grade Placement Of Sibling
has no siblings
sibling is one grade above or below current grade
sibling is two or more grades above or below the students’s current grade

Marks
more than 130 (gifted)
71-129 (normal)
below 70 (mental retardation)

7
4.0 LATAR BELAKANG PELAJAR

i) Latar belakang kanak-kanak

a. Nama : Alimnur Bin Mohd Fadzir


b. Umur : 5 tahun
c. Jantina : Lelaki
d. Sekolah : Tabika Kemas Sri Andalas, Kg. Balun
e. Adik-beradik : 4 orang
f. Alamat Rumah : No 12 Taman Slim Permai 2, 35800 Slim
River, Perak
g. Personaliti Pelajar : Seorang yang peramah dan suka bertanya
kepada guru mengenai sesuatu perkara yang
tidak difahami. Seorang yang sihat, cerdas

8
dan cergas. Suka belajar dengan sistematik,
memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru
mengajar di dalam bilik darjah serta rajin
membuat latihan yang diberikan oleh guru.
Bijak dalam pelajaran serta mudah
menerima ilmu yang diajar oleh guru dengan
mudah.

ii) Latar Belakang Keluarga

a) Nama Bapa : Mohd Fadzir Bin Abd. Wahab


b) Pekerjaan Bapa : Guru
c) Taraf Pendidikan Bapa : Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan)
d) Nama Ibu : Seri Rahayu Bt Lahuri
e) Pekerjaan Ibu : Suri Rumah
f) Taraf Pendidikan Ibu : SPM

iii) Susur Galur Keluarga

Perbincangan berkaitandengan pengaruh genetik dan persekitaran genetik dalam


menentukan individu itu menjadipintar cerdas ataupu tidak, memang sudah lama
berlaku. Peratus punca pintar cerdas boleh dilihat pada pembahagian berikut iaiti
50% berpunca daripada baka, manakala persekitaran individu dan keluarga
masing-masing sebanyak 23%.

Setiap anak mewarisi beberapa ciri-ciri daripada ayah dan ibunya. Dalam
konteks ini, Alimnur memiliki persekitaran keluarga yang positif untuk
membantunya menjadi seorang pintar cerdas. Hal ini disebabkan oleh latar
belakang kelarga ibunya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat
tertinggi dalam bidang yang berbeza-beza. Pencapaian tertinggi adik puan Seri

9
Rahayu apabila menjadi satu-satuya pelajar Malaysia yan diiktiraf sebagai pelajar
terbaik Asia dalam bidang Kejuruteraan Kimia pada peringkat Master. Sebelum
itu, beliau berjaya menjadi pelajar terbaik Sekolah Menengah Sains Selangor pada
peringkat PMR dan SPM. Adik beradik puan Seri Rahayu yang lain masing-
masing belajar di universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), dua
orang di Universiti Malaya (UM), dan Universiti Teknologi Mara (UTM).
Walaupun puan Seri rahayu hanya berkeluusan SPM, tetapi anaknya iaitu
Alimnur, dilihat mula mengikut jejak ibu dan bapa saudaranya. Keluarga ayah
Alimnur pula dilihat hanya ayah Alimnur seorang yang berjaya mencapai
pendidikan tertinggi iaitu di UTM Skudai Johor dalam bidang pendidikan pada
peringkat ijazah.

Persekitaran adik beradik Alimnur pula memperlihatkan bahawa Alimnur


dan adiknya sahaja yang normal. Kedua-dua abang Alimnur adalah golongan
pelajar istimewa dimana abang sulungnya kategori lembam dan abang keduanya
golongan hiperaktif. Menurut temubual dengan ibunya, Alimnur sering diberi
tanggungjawab untuk menjaga kedua-dua abannya jika ibunya tiada dirumah.
Disinilah punca kepada kematangan pemikiran dan tingkah laku Alimnur.

10
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

Penyediaan pembelajaran murid pintar cerdas dengan cara menyediakan bahan


dan aktiviti yang menarik dan mencabar. Menggalakkan kreativiti dan
pembelajaran akses kendiri. Memberi peluang kepada murid membuat pilihan dan
keputusan sendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin dilaksanakan.
Mengadakan program pengayaan.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI
TABIKA KEMAS SRI ANDALAS KG. BALUN

Nama pelajar : Alimnur Bin Mohd Fadzir


Umur Kronologi : 5 Tahun
Matapelajaran : Pendidikan Seni
Tarikh Mula : Julai 2007
Tarikh Semakan : September 2007
Pengetahuan Sedia Ada : Alimnur faham dan pernah melihat corak hiasan.
Matlamat : Alimnur boleh membuat rekaan corak berdasarkan motif
mudah dengan menggunakan objek-objek yang terdapat
dipersekitarannya dan objek yang berbentuk geometri.

11
OBJEKTIF STRATEGI PENILAIAN CATATAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Jangka masa : 3 bulan

1. Alimnur 1. Guru 1. pemerhatian • Alimnur


boleh menunjukkan guru terhadap dianggap
menghasilkan contoh lukisan aktiviti yang pintar cerdas
satu rekaan rekaan corak dijalankan oleh sekiranya
corak berdasarkan Alimnur. dapat
berdasarkan motif mudah menyiapkan
motif mudah yang terdapat di rekaan corak
yang dalam kelas dan mudah
berbentuk majalah. sebanyak
geometri 80% betu.

2. Alimnur 2. Guru 2. Menilai hasil • Teruskan


boleh menerangkan kerja Alimnur. objektif
menggunakan dan yang
benda menunjukkan seterusnya.
maujud untuk cara Bahan Bantu
mengahasilka menghasilkan mengajar:
n rekaan corak rekaan 1. kertas warna
corak mudah. motif mudah 2. kertas
kepada Alimnur. lukisan
3. Alimnur 3. gunting
membuat rekaan 4. gam
corak motif 5. daun
mudah dengan 6. pensil
bimbingan guru. 7. pensil warna

12
6.0 ULASAN

Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan


mempunyai kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh kecerdasan
pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang
yang lain. Dr Sternberg di dalam bukunya Conception of Giftedness pula
berpendapat, kepintaran terdiri daripada tiga faktor iaitu :

1) kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif


2) kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis
3) kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki
menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan
seharian.

Hasan Mohd Ali (2006) menjelaskan Konsep pintar cerdas sebenarnya


tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata.
Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun
teori, kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi kepintaran dan
kecerdasan individu.

Kami menyatakan Alimnur adalah murid pinter cerdas kerana dia telah
menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada murid pintar cerdas. Melalui ujian,
inventori, dan temubual, kami dapati Alimnur tergolong dalam golongan pintar
cerdas seni dan kreativiti. Antara ciri-ciri pintar cerdas yang dimiliki oleh
Alimnur ialah dia dapat menghasilkan sebuah lukisan yang menggambarkan
dirinya, ibu serta bapanya melalui ujian kreativiti Torrence. Dalam ujian tersebut
dia telah berjaya memperoleh markah sebanyak 18/20. Hal ini kerana dia dapat
melukis dengan gambaran yang sebenar. Jika diukur pada usianya yang baru
mencecah 5 tahun ianya adalah sesuatu yang menakjubkan kerana hasil
lukisannya hampir sama dengan rakannya yang berusia 6 tahun. Kanak-kanak
yang berusia 3@4tahun hingga 7 tahun berada pada peringkat pra skematik

13
(Lowenfeld), intelektual realisme (Luquet) dan pra operasi (Piaget) mempunyai
ciri-ciri umum pada hasil kerja mereka seperti bersifat subjektif, melukis apa yang
mereka tahu bukan apa yang mereka perhati, warna yang digunakan tidak
realistik, dan susunan secara rawak. Situasi ini adalah berbeza dengan Alimnur
dimana dia dapat menggunakan warna secara realistik, melukis dengan gambaran
yang betul serta susunannya adalah teratur.

Selain itu, kami juga dapati hasil kerja Alimnur amat memuaskan dan
kemas. Hampir keseluruhan buku kerjanya diwarnakan jika terdapat gambar pada
lembaran tersebut. Tulisannya kemas dan mudah difahami. Menurut gurunya,
walaupun Alimnur mendaftar agak lewat iaitu pada pertengahan Februari, namun
potensinya sangat membanggakan. Dia murupakan antara dua pelajar yang paling
pintar di tadika tersebut. Walaupun baru berusia 5 tahun namun dia mampu
bersaing dengan rakan-rakan yang berusia 6 tahun. Alimnur juga dikatakan pintar
cerdas kerana dia dapat menceritakan semula dengan tepat apa yang dilukis dan
ditulis di dalam buku. Hal ini terbukti apabila Alimnur mulukis gambar bapanya
dan bola. Apabila disoal, dia menjelaskan bahawa bapanya suka bermain bola.
Selain itu dia juga dapat menerangkan dengan tepat keadaan rumahnya dengan
tepat melalui lukisannya.

Untuk membuktikan Alimnur adalah pintar cerdas, kami telah


menemubual ibunya Pn. Seri Rahayu Bt Lahuri dan gurunya Pn Janiah untuk
mengetahui sikap Alimnur di rumah dan disekolah. Berikut adalah hasil temubual
tersebut:

Temubual dengan keluarga dan guru Alimnur

SOALAN 1
Soalan : Bila mula kuasai bahasa dengan fasih? Adakah usia seawal 2
tahun?
Jawapan : Sudah fasih bertutur ketika berusia 1 tahun setengah

14
Ulasan : Kanak-kanak pintar dapat bertutur dalam bahasa dan ayat yang
kompleks semasa baru berusia lebih kurang dua tahun. Alimnur
pula dilihat sudah fasih bertutur sebelum berusia dua tahun.
Kebolehan ini berbeza dengan kanak-kanak lain yang hanya
mampu mengucap dan mengunakan beberapa patah perkataan
serta rangkaian ayat mudah sahaja.

SOALAN 2
Soalan : Boleh membaca atau tidak dalam umur 4 tahun?
Jawapan : Minat membaca telah kelihatan
Ulasan :Kemampuan ini terbayang apabila Alimnur begitu gemar
membaca tanda-tanda jalan ataupun membaca tulisan yang
terdapat pada pembungkus makanan dan tlisan-tulisan yang
terdapat disekitarnya.

SOALAN 3
Soalan :Boleh menjangkakan sebab musabab sesuatu perkara?
Jawapan :Boleh menjangkakan dan membuat andaian. Pemikiran melebihi
usia
Ulasan : Kanak-kanak pintar mudah memahami sebab musabab kejadian
ataupun perkara dengan cepat. Mereka mampu membuat
jangkaan dan membuat spekulasi berkaitan sesuatu perkara secara
logik. Misalya mereka dapat memahami berkaitan pasang surut
air laut ataupun kejadian yang berlaku di sekelilingnya seperti ais
mencair apabila dimasukkan ke dalam air panas.

SOALAN 4
Soalan : Adakah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi?
Jawapan :Ya. Menampakkan kematangan dalam pemikiran. Juga seorang
yang kreatif dan suka mencuba.
Ulasan : Kanak-kanak pintar mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

15
Ini menyebabkan mereka ini sentiasa berfikir berkaitan pelbagai
perkara dan sentiasa berusaha mencari sebab-musabab kejadian
sesuatu perkara. Kanak-kanak pintar ini jga sentiasa mempunyai
idea-idea baru dan suka berimaginasi. Mereka sentiasa berfikir
dan mencari-cari cara yang tebaik bagi merealisasikan imaginasi
itu.

SOALAN 5
Soalan : Adakah berupaya melakukan interaksi sosial?
Jawapan :Ya
Ulasan : Kanak-kanak pintar mempunyai kemahiran berfikir yang hebat
serta dapat menyaingi pemikiran orang yang lebih tua
daripadanya. Kelebihan ini membolehkan kanak-kanak pintar
menyesuaikan diri dengan mudah bersama golongan orang yang
lebih tua. Kanak-kanak pintar juga biasanya mempunyai daya
kepimpinan, lebih superior dan dominan di dalam kumpulan. Hal
ini juga dapat dilihat ketika Alimnur mengambilalih tugas ibunya
menjaga kedua-kedua abangnya yang tergolong dalam kumpulan
kanak-kanak istimewa.

SOALAN 6
Soalan : Adakah cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru?
Jawapan :Ya. Ketika mula-mula belajar di Tabika, Alimnur tidak
menunjukkan sebarang masalah sosialisasi dengan rakan baru
walaupun Alimnur masuk ke tabika pada bulan yang kedua iaitu
lewat sebulan dari tarikh pendaftaran masuk ke tabika seperti
kanak-kanak lain.
Ulasan : Kanak-kanak pintar cerdas sangat kreatif dan suka mencuba. Ciri-
ciri ini menyebabkan kanak-kanak pintar cepat mempelajari
sesuatu perkara. Kebolehan mereka memusatkan perhatian dan
cekap mengadaptasi persekitaran membolehkan mereka

16
memperkayakan pengalaman sendiri dan menyesuaikan diri
dengan persekitaran.

SOALAN 7
Soalan : Adakah boleh menyelesaikan masalah secara sistematik?
Jawapan : Ya.
Ulasan : Kebolehan kanak-kanak pintar melakukan tindakan logikal,
membuat andaian serta memanipulasi sesuatu perkara
memudahkan bagi mereka menyelesaikan masalah yang
kompleks secara lebih sistematik.

7.0 PENUTUP

Pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara.
Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan
bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat
keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri
potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang.
Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan
mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat
belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya
pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran
yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan
memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.

Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha
melahir dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran
serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan
mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu
bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana

17
keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud
dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas.

BIBLIOGRAFI

Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Md. Nor. Personaliti pelajar pintar cerdas dan

hubungannya dengan pencapaian akademik. Diperolehi pada 14 Ogos 2007 darip

ada http://www.educ.upm.edu.my/~gradeduc/chemah.pdf

Hassan Mohd. Ali Ph.D.(2006). Anak Kita Memang Pintar Cerdas Panduan Membina

Potensi Diri Anak-Anak. PTS Millennia Sdn. Bhd: Selangor

Jamilah K.A. Mohamed.(2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS

Profesional: Kuala Lumpur

Nordin Mamat.(2005). Asas Sosial Kanak-Kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala

Lumpur

Rohani Abdullah.(2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio.

Universiti Putra Malaysia: Serdang

18