Anda di halaman 1dari 5

BIDANG TAJUK OBJEKTIF HASIL PEMBELAJARAN

: UKURAN : UKURAN PANJANG (OPERASI ASAS MELIBATKAN PANJANG) : PENAMBAHAN UKURAN PANJANG :Menambah ukuran panjang melibatkan penukaran unit dalam sentimeter (cm) dan millimeter (mm) : Pembaris ,pita pengukur,tali,kad soalan,lembaran kerja :MEMBANDING BEZA : PEMBELAJARAN MASTERI : Kumpulan,soal jawab,latih tubi,penyelesaian masalah

BAHAN BBM KEMAHIRAN BERFIKIR PENDEKATAN KAEDAH

SET INDUKSI
1. Minta murid mengeluarkan pembaris masing-masing.Minta beberapa orang murid menyatakan kepada kelas mengapa mereka perlu ada pembaris. 2. Murid cuba mengukur beberapa objek didalam kelas yang boleh menggunakan pembaris (dalam unit cm dan mm). 3. Murid menyatakan hasil dapatan dalam unit cm atau mm.

Langkah 1
1. Pamerkan simbol tambah.Murid menyatakan apakah penggunaan simbol itu dalam pembelajaran hari ini. 2. Murid melihat soalan penambahan unit dari kad soalan yang dipamerkan didalam kelas. 3. Beberapa murid cuba menjawab soalan tersebut di papan tulis dengan bimbingan guru. Contoh : 20cm + 15cm =..cm =mm

20 cm + 15 cm = ..cm

20 cm + 15 cm ------------------------

=..mm

Langkah 2
1. Murid membentuk beberapa kumpulan kecil mengikut anggaran tinggi yang hampir sama.(bergerak sambil cuba mengukur diri masing-masing).Seorang ketua dilantik untuk setiap kumpulan.-mainkan lagu 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 utas tali berlainan ukuran dan meminta murid mengukur dan merekodkan. 3. Ukuran tersebut perlu ditambah untuk melihat jumlah panjang sebenar dalam unit cm dan mm.

A Tali A =.cm

B Tali B =.cm

Panjang tali A + Panjang tali B =..cm Dengan itu ...............cm bersamaan dengan .......................mm.

Langkah 3
1. Murid diagihkan dengan lembaran kertas berkaitan dengan ukuran panjang. 2. Murid berbincang hasil dapatan mereka di dalam kelas.

Penutup
1. Soal beberapa orang murid mengenai dapatan mereka pada hari ini. Contoh : a. Bagaimana hendak menukar unit daripada cm ke mm ? b. Bagaimana cara yang sesuai untuk mengukur seutas tali? c. Apakah alat lain yang boleh digunakan untuk mengukur unit panjang? 2. Membuat rumusan dan memberi kerja rumah.(dua lembaran berbeza untuk pemulihan dan pengayaan)

Contoh lembaran pengayaan.

Nama :_______________________________

Kelas

:_________________

Jawab semua soalan .

1. Sani mempunyai tali sepanjang 3.5cm.Dia ingin mengikat hadiah yang memerlukan 11.3cm tali.Berapa panjang tali lagi yang diperlukan untuk mengikat hadiah tersebut?Beri jawapan dalam mm.

2. Maisyara mempunyai 15mm reben manakala Siti pula mempunyai reben sepanjang 23mm.Berapakah jumlah panjang reben mereka dalam cm?

3. Puan Lili mempunyai kain renda sepanjang 50cm .Beliau membeli 35cm lagi kain renda yang sama.Berapa jumlah kain renda yang dimilki oleh beliau sekarangdalam unit mm?

Contoh lembaran pemulihan

Nama :__________________________________

Kelas

: ______________________

1cm =10mm
Jawab semua soalan.

Contoh

: 25cm +16 cm =......410....mm


25cm + 16cm ----------41cm

(41 x10 =410mm)

------1. 44mm + 33mm=................cm

Jalan pengiraan

2. 54mm + 20mm=................cm

3. 29mm + 43mm=................cm