Anda di halaman 1dari 5

KESAN SAMPINGAN KEMOTERAPI DAN RADIOTERAPI

Disedia oleh Roslinda Bt Hasan (214506) Mohamad Fakhri Bin Jusoh (214440)

Rawatan kemoterapi dan radioterapi akan


memberikan kesan kepada para pesakit bergantung dengan kepada jenis kanser yang dihadapi dan jenis rawatan yang digunakan. Dengan merujuk kepada Sulastri bt Samsudin (2005), Kesan sampingan adalah kesan sekunder daripada rawatan dan boleh berlaku dalam tempoh yang cepat atau lambat. Setiap pesakit mempunyai tindak balas yang berbeza-beza terhadap rawatan dan ada pesakit yang tidak mempunyai kesan sampingan. Biasanya, kesan sampingan rawatan hanya berlaku untuk sementara waktu dan akan hilang selepas rawatan selesai. Merujuk kepada Prof.Madya Dr.Tikki Pang (1989), kemoterapi ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser dan selsel yang sihat yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan. Menurut Dr. Tariq Abdul Razak (1985) pula, Kaedah kemoterapi akan diberikan mengikut jenis kanser, tahap kanser dan lokasi kanser melalui dua cara iaitu melalui pengambilan ubat dalam bentuk tablet atau kapsul, dan melalui suntikan.

Menurut Dr Mohd Ibrahim Abdul Wahid (2011), radioterapi adalah salah satu cara untuk merawat kanser dengan menggunakan kaedah radiasi seperti X-ray, sinaran gamma atau elektron untuk mengubati, membunuh atau mengawal kanser. Perkataan tersebut terdiri daripada radio bermaksud sinaran dan terapi bermaksud rawatan. Radioterapi boleh digunakan dengan dua cara iaitu radiasi dalaman dan radiasi luaran. Radiasi luaran bermaksud radioterapi diberi secara luar badan iaitu sebuah mesin yang mengarahkan sinaran radiasi kepada tempat kanser. Radiasi dalaman bermaksud radioterapi diberi dengan meletak sebuah bekas radioaktif, dawai radioaktif yang halus atau jarum dalam badan dekat dengan tempat kanser yang wujud.

kemoterapi ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser dan sel-sel yang sihat yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan
Perubahan deria rasa dan bau. Kesan kemoterapi dan radioterapi boleh

menyebabkan perubahan sementara kepada deria rasa dan bau. Hal ini akan menyebabkan pesakit kehilangan selera untuk makan. Masalah ini boleh diatasi dengan makan makanan yang mempunyai rasa yang kuat seperti manis iaitu gula yang kuat rasanya dan masin iaitu makanan yang tinggi dalam kuantiti garam.

dengan meningkatkan gentian dalam pemakanan untuk menggalakkan usus berfungsi dengan baik. Beberapa contoh makanan bergentian tinggi ialah roti bijirin, bijirin, buah-buahan mentah, sayur, buahbuahan kering, biji benih dan kekacang. Selain itu meminum banyak air sepanjang hari dan makan pada masa yang tepat serta pastikan diri aktif secara fizikal seperti membuat senaman ringan dan berjalan juga sangat digalakkan.

Mulut atau kerongkong rasa yang sakit dan kering. Pesakit yang mengamalkan rawatan ini mungkin akan mengalami sakit pada mulut, luka di mulut dan sakit tekak yang akan menyebabkan pesakit sukar untuk menelan makanan. Jika masalah ini berlaku, dinasihatkan untuk minum lebih air, makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil serta makan makanan yang lembut dan tawar sahaja manakala makanan yang kasar, kering, tajam, masin, buah-buahan berasid dan makanan berempah perlu dielakkan. Kumur dengan camca kecil serbuk soda yang telah dilarutkan dalam 8 auns atau 250ml air biasa atau air bergaram akan membantu mengelak infeksi serta membantu mulut dan tekak pulih dari sebarang luka.

Perubahan pada rambut. Masalah yang paling ketara apabila menggunakan Rawatan kemoterapi dan radioterapi adalah perubahan pada rambut pesakit. Biasanya pesakit akan mengalami keguguran rambut sama ada sebahagian atau secara keseluruhan yang disebabkan oleh penipisan lapisan rambut. Masalah ini boleh diatasi dengan penggunaan syampu pada pH neutral dan perapi, kurangkan aktiviti pembasuhan rambut, elakkan dari menggunakan bahan kimia seperti pewarna rambut atau gunakan scalp tourniquet atau rawatan cryotherapy . Perubahan pada kulit. Penggunaan rawatan kemoterapi dan radioterapi akan membuatkan perubahan yang besar pada kulit pesakit. Antara perubahan yang akan berlaku adalah warna kulit berubah, kulit menjadi bersisik dan berkedut, menjadi kering seperti terbakar atau menjadi merah dan gatal. Tindakakan yang boleh dilakukan adalah gunakan pelembab seperti krim akues pada kulit dan melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari.

Perubahan sistem pembuangan dalam badan. Ubat, perubahan corak makan dan kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan sembelit dan kurang membuang air. Masalah ini boleh di atasi

Ada ubat-ubatan kemoterapi yang boleh menyebabkan tinnitus iaitu bunyi berdengung

di dalam telinga, atau hilang pendengaran pada frekuensi yang tinggi


Perubahan kepada sistem pendengaran. Ada ubat-ubatan kemoterapi yang boleh menyebabkan tinnitus iaitu bunyi berdengung di dalam telinga, atau hilang pendengaran pada frekuensi yang tinggi. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah ini ialah memastikan telingan sentiasa bersih, mengurangkan dos ubat yang diambil serta mendapatkan nasihat pakar untuk mendapatkan rawatan ultrabunyi.

Gangguan Sistem Saraf. Rawatan kemoterapi dan radioaktif boleh menyebabkan masalah pada sistem saraf dalam badan yang disebut sebagai neuropati periferal. Ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti kebas, terbakar atau mencucuk pada tangan dan/atau kaki. Tindakan yang perlu dilakukan adalah membuat senaman ringan seperti berjalan agar perjalanan darah dapat berjalan dengan lancar. Masalah seksual atau kesuburan. Terdapat ubat-ubatan dari rawatan kemoterapi boleh merosakkan ovari atau testis yang menyebabkan peningkatan risiko berlakunya ketidaksuburan atau kemandulan, wanita menopause lebih awal dan kerosakan pada perkembangan DNA janin. Kemoterapi boleh mempengaruhi organ seksual dan fungsinya dalam pelbagai cara. Namun begitu, kemoterapi biasanya tidak mempengaruhi keupayaan seksual atau menyebabkan mati pucuk. Tindakan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan kaedah kontraseptif yang berkesan, bank sperma jika perlu bagi lelaki dan pembekuan embrio, telur dan tisu ovari atau ubat untuk melindungi ovari bagi perempuan.

Kerosakan pada organ penting. Rawatan kemoterapi atau radioaktif boleh menyebabkan gangguan atau kerosakkan pada organ-organ penting seperti otot jantung, hati, paru-paru dan saluran darah. Gejala ini disebabkan oleh penggunaan ubat anti kanser seperti bleomycin, doxorubicin dan epirubicin. Kesan ini adalah serius dan memerlukan rawatan yang khas dan pakar daripada pihak hospital.

Mudah dijangkiti penyakit. Apabila manggunakan rawatan ini, pesakit akan rasa tidak sihat, lesu, tidak bermaya dan mudah untuk dijangkiti penyakit seperti demam, batuk, selsema dan sebagainya kerana sistem imun telah binasa. Tindakan yang perlu dibuat adalah periksa suhu badan jika anda berasa tidak sihat dan memastikan badan mempunyai rehat yang cukup dan makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, ikan dan telur.

RUJUKAN.

Dr Mohd Ibrahim Abdul Wahid. (2011). Mengenai kemoterapi dan terapi radiasi. Dari College of Radiology: www.radiologymalaysia.org/.../BM_radiotheraphy.

Dr. Tariq Abdul Razak. (1985). Farmakologi Perubatan. Kemoterapi (hal. 35-36). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kemanterian Pelajaran Malaysia.

Mohd Rushdan Mohd Nor. (2008). Kanser Wanita Pencegahan Dan Rawatan. Kemoterapi Dan Bagaimana Pesakit Menghadapinya & Rawatan Radioterapi. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors

Prof.Madya Dr.Tikki Pang. (1986). Virology Asas Dan Klinikal. Dalam Noresah Baharom. Rawatan Jangkitan Virus:Kemoterapi Dan Interferon (hal.139-141). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sulastri bt Samsudin. (2005). Kemoterapi - sering disalah anggap pesakit kanser (Bhgn 2). Dari Dewan Kosmik : http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_.php?Id=7.

Anda mungkin juga menyukai