Anda di halaman 1dari 6

AMALI 2 TUJUAN

: Mengukur nilai pecutan sesebuah objek secara gerak jatuh bebas. : Menentukan nilai pecutan graviti bagi objek yang jatuh bebas.

TEORI DAN PENGENALAN: Hukum Graviti Newton menyatakan Daya graviti Fg adalah daya yang dikenakan ke atas suatu objek oleh bumi. Daya itu berarah dan menuju ke pusat bumi.Pecutan yang terhasil akibat tindakan daya graviti ke atas apa-apa objek adalah sama, g. RADAS DAN PERALATAN: a) Pita detik b) Jangka masa detik c) Bekalan kuasa
d) Wayar penghubung

e) Silo tap f) Ladung (pemberat)

Ladung dan pita detik

Jangka masa detik

Bekalan kuasa 12V

PROSEDUR:
1. Kerusi diletakkan di atas meja. Jangka masa detik diletakkan pada bahagian

atas kerusi. 2. sehelai pita detik ditetapkan pada jangka masa detik dan kemudian silo tap pemberat pada hujung pita detik tersebut.
3. Jangka masa detik dihidupkan kemudian pemberat tersebut dibiarkan jatuh

secara bebas ke bawah. 4. Jalur pita detik dipotong kepada setiap 2 detik dan disusun untuk menjadi sebuah graf. 5. graf dibina daripada jalur-jalur tersebut dan nilai pecutan ditentukan.

Gambar radas penyiasatan

KEPUTUSAN: Pengiraan berdasarkan formula : a. Masa ( t ) Frekuensi jangkamasa detik ialah 1 saat untuk 60 detik. Oleh itu :f untuk 1 detik = 0.02s f untuk 2 detik = 2(0.02) s = 0.04s b. Halaju.

Halaju ialah jarak yang dilalui pada tempoh masa

Halaju Awal ( u ) Pita 1

Halaju Akhir (v) Pita 7

= 0.98 ms-1 = 3.35 ms-1

c. Pecutan Pecutan ialah perubahan jarak pada 7 pita detik itu. Formula pecutan

a = 9.88 ms--2

PERBINCANGAN: Nilai pecutan ladung dalam eksperimen di atas ialah 9.88 ms-2 iaitu hampir sama dengan daya tarikan graviti g iaitu 9.80 ms-2 . Ini adalah kerana Daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas ialah daya graviti. Namun begitu perbezaan nilai pecutan adalah kemungkinan besar berlaku kesilapan menarik pita detik untuk

melancarkan jatuhan bebas ladung dan berlaku ralat ketika memotong pita kepada dua detik. Geraf jarak(m) lawan masa(s) yang dihasilkan menunjukkan berlaku pecutan , iaitu jarak semakin jauh apabila ladung menghampiri lantai ( pusat bumi ).

Mengira detik yang terhasil

KESIMPULAN: Didapati bahawa jisim yang jatuh bebas mempunyai pecutan yang sama dengan pecutan graviti, g senilai 9.8 ms-2 . Pecutan yang terhasil akibat tindakan daya graviti ke atas apa-apa objek adalah sama, g. Namun begitu jarak objek dengan pusat bumi mempengaruhi jarak yang diambil ( berdasarkan jarak antara dua titik pada pita terakhir )

SOALAN KEMAHIRAN & PENGUASAAN PENGETAHUAN: 1. Adakah nilai pecutan yang diperolehi dari jisim objek yang berbeza-beza tersebut bersamaan dengan g (pecutan disebabkan tarikan graviti bumi)? Jelaskan. (6 markah) Ya. Nilai pecutan untuk objek yang berbeza-beza adalah bersamaan dengan dengan nilai g, 9.80 ms-2 . Ini dapat disokong melalui Hukum newton iaitu pecutan yang terhasil akibat tindakan daya graviti ke atas apa-apa objek yang jatuh bebas adalah sama ,g. Pecutan objek yang jatuh bebas disebabkan graviti adalah malar dan universal ,g.

2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenai daya pada objek yang bergerak jatuh bebas? (5 markah) Daya itu bersih dan mempunyai arah iaitu menuju pusat bumi. Daya itu juga dikenali dengan Daya Tarikan Graviti . Hukum Graviti Newton menyatakan Daya graviti Fg adalah daya yang dikenakan ke atas suatu objek oleh bumi. 3. Jika eksperimen ini dilakukan di bulan, adakah nilai pecutan pada jisim objek yang berbeza-beza tersebut didapati bersamaan dengan g? Jelaskan. (6 markah) Nilai pecutan objek di bulan adalah tidak sama dengan nilai pecutan di bumi. Ini adalah kerana nilai tarikan daya graviti ditentukan oleh jarak objek dari pusat bumi . semakin jauh objek dari pusat bumi maka semakin kecil nilai daya gravitinya . Ini bermakna nilai daya graviti di bulan adalah lebih kecil berbanding di bumi.

4. Apakah yang telah anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti tersebut? (8 markah) Eksperimen tersebut telah mengajar saya untuk menyediakan radas seperti jangka detik, transformer dan pita detik disamping mempelajari bagaimana mengira halaju awal (u) dan halaju akhir (v) melalui pita detik dengan menggunakan formula jarak bahagi masa. Saya juga mendapati bahawa pecutan objek yang jatuh bebas adalah sama dengan daya graviti iaitu g 9.80 ms-2 . Saya berpendapat bahawa setiap benda yang bergerak adalah disebabkan oleh daya yang bertindak ke atasnya. Dalam eksperimen ini daya yang bertindak ke atas ladung ialah daya tarikan graviti g.