Anda di halaman 1dari 2

Tabii matematik NOR ATIRAH MOHD RAPINGI Matematik 1

Matematik muncul daripada pelbagai jenis masalah yang melibatkan pengiraan. Pada mulanya masalah ini ditemui dalam perdagangan, pengukuran tanah dan kemudiannya astronomi hari ini, semua jenis sains menghadapi masalah yang dikaji oleh para ahli matematik, dan banyak juga masalah yang muncul di dalam ilmu matematik itu sendiri , matematik terdiri daripada banyak aspek melalui definisinya iaitu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, sebagai satu seni, sebagai bahasa dan peralatan dalam kehidupan seharian. Antara tabiInya ialah matematik merupakan kajian ilmu pola yang berkait rapat dengan sains. Sebagai ilmu yang abstrak, matematik banyak bergantung kepada logik daripada pemerhatian. Bidang matematik juga menjalankan kajian atau eksperimen untuk membuktikan sesuatu fakta atau teori yang dibuat. Peranan khusus matematik dalam pendidikan berkait rapat dengan konsep universal. Melalui dasarnya, matematik memberi kenyataan dan kebenaran. Selain daripada teorem dan teori dalam matematik, bidang matematik juga menawarkan mod yang kuat iaitu fleksibel dan kekuatan termsuklah model, abstrak, pengoptimuman, analisis logik, kesimpulan daripada data dan penggunaan simbol. Pengalaman daripada mod matematik membina kekuatan kapasiti dalam minda dalam teknologi yang membolehkan seseorang itu membaca secara kritis, mengenal pasti kesalahan, untuk mengesan bias, untuk mengambil risiko dan menggunakan alternative. Sifat matematik memberi kita kefahaman yang lebih baik dalam memahami maklumat dalam kehidupan.

Peristiwa tertentu telah mengakibatkan peningkatan yang medadak. Contohnya Perang Dunia Kedua menyebabkan perkembangan baru melalui cara dan aplikasi matematik. Kerajaan melaburkan banyak dalam matematik mepercepatkan pertumbuhan dalam pendidikan dan penyelidikan. Kemudian pembangunan matematik pengkomputeran elektronik bergerak menuju perspektif algoritmik dan memberi ahli matematik dengan alat yang canggih untuk meyelidiki pola dan ujian. Pada tahun 1960, ahli fizik menggunakan matematik dalam mencipta formula baru. Selama tempoh yang sama, aplikasi dari matematik telah muncul di seluruh lanskap ilmu alam, perilaku, dan sosial. Semua kemajuan dalam kawalan, dan kecekapan pesawat moden bergantung pada model matematik canggih yang mensimulasikan prestasi sebelum prototaip dibina. Kesimpulannya, matematik jelas mempengaruhi kehidupan manusia sejak dahulu lagi. Bidang ini mempunyai sifat-sifat atau tabii yang setiap satunya berkait rapat antara satu dengan yang lain. Secara tidak langsung, dapat membantu manusia menjalani kehidupan yang lebih sistematik.

Anda mungkin juga menyukai