Anda di halaman 1dari 18

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

Pendahuluan Bagi seseorang yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan, menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Beliau harus memikirkan apakah pendekatanpendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing. Datuk Lee Chong Wei misalnya, bukan mudah untuk beliau memenangi sesuatu pertandingan badminton, beliau bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara pertahanan pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara pukulan yang kencang pada pemainan kedua. Adakah beliau sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika beliau menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai. STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulankumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

Pembelajaran Secara Kontekstual.

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

Kepentingan pembelajaran secara kontekstual dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia. Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait,mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009 dan

pembelajaran

secara

kontekstual

berupaya

mengaitkan

apa

yang

dipelajari

mengaplikasikannya kepada situasi lain. Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan keduaduanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka. Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabungjalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Proses REACT dalam pembelajaran secara kontekstual Proses REACT Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam pembelajaran kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut ; R (rela ting/menghubung kait) iaitu pelajar belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup. E (experiencing/mengalami) iaitu pelajar belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta. A (applying/mengaplikasikan) iaitu pelajar belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. C (cooperating/bekerjasama) iaitu pelajar belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. T (transfering/memindahkan) iaitu pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui. Prinsip REACT ini amat penting untuk difahami guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Menurut Noor Azizah (2002), elemen menghubungkait iaitu Relating bermakna mempelajari sesuatu dalam konteks pengalaman hidup.Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dikaitkan dengan maklumat baru untuk menyelesaikan

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

sesuatu masalah (Noor Azizah, 2002). Pelajar juga perlu digalakkan dan dibimbing untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dipelajari atau yang akan dipelajari. Elemen mengalami atau Experiencing pula merujuk kepada pembelajaran secara aktif iaitu pelajar sendiri yang mengalami atau membentuk pengalaman mereka. Prinsip ini penting untuk membolehkan pelajar meneroka dan menemukan pengetahuan dengan sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui pengalaman yang dialami. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video, aktiviti berasaskan teks dan lain-lain, tapi bentuk ini masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingan (Noor Azizah, 2002). Unsur ketiga dalam prinsip REACT ialah aplikasi atau Applying. Aplikasi selalu berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran secara kontekstual (Noor Azizah, 2002). Guru harus memastikan setiap pelajar dapat melihat adanya perkaitan antara apa yang dipelajari dalam kelas dengan dunia luar. Menurutnya lagi, sekolah boleh melakukan aktiviti seperti dalam teks, video, makmal, amali, lawatan kilang, 'mentoring' dan latihan kerja. Elemen seterusnya ialah Cooperating iaitu bekerjasama. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran kontekstual (Tan, 2003). Melaluinya, selain daripada pelajar mendapat pengetahuan, mereka juga dapat belajar untuk copedengan pelbagai situasi seperti pembahagian tugas, kawalan emosi semasa perbincangan, semasa membentang dan seumpamanya. Kemahiran interpersonal yang merupakan salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Sekaligus, potensi pelajar dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek. Elemen terakhir sekali adalah, elemen Transfering iaitu memindahkan. Secara lazimnya,kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. Jadi, pemindahan pembelajaran yang lepas adalah penting dan bagi menggalakkan pemindahan ini, tindak balas dari pelajar adalah mustahak (Noor Azizah, 2002). Menurut Ng (1999) dalam Tan (2003), pendekatan ini menyerupai aspek menghubung kait iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar dengan menyediakan titian yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui oleh pelajar iaitu melalui proses

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

pemindahan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), elemen Transfering melibatkan pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada. Mereka akan memindahkan pengetahuan tersebut samada menggunakan ataupun membina daripada apa yang diketahui. Contohnya pelajar menggunakan Teorem Pythogoras untuk membuat sudut tegak gelanggang permainan. Aktiviti seperti pertandingan rekacipta umpamanya dapat memupuk elemen ini kepada pelajar apabila pelajar menggunakan konsep atau pengetahuan mereka untuk mencipta ciptaan baru mahupun memperelok benda yang sedia ada.

Gambaran jelas konsep REACT diperjelaskan melalui gambar rajah berikut R (Menghubungka it) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup

E (Mengalami)

Belajar dalam konteks penerokaan,penemuan dan reka cipta

A (Mengaplikasi)

Belajar dalam konteks bagaimanapengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.

C (Bekerjasama)

Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui Gambarajah 1 Konsep REACT

T (Memindahkan)

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

Kemahiran Berfikir Edward de Bono dalam buku beliau yang berjudul I am Right You Are Wrong (1990) mendefinisikan Berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Menurut Beyer (1984), berfikir adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Meyer (1977), pula berpendapat bahawa berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masaalah. KB adalah manifestasi pemikiran reflektif, termasuklah penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan mengamalkan pemikiran terbuka. (Dewey, 1910) KB adalah sesuatu yang menjurus ke arah yang bercapah. Ia membolehkan penyelesaian masalah yang berbeza dan menghala kepada penyelesaian yang berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima. (Guilford, 1959). Sementara Meyer (1987) mentakrifkan KB sebagai kebolehan membuat

generalisasi, mengandaikan dan mengendalikan kemungkinan yang berbagai, dan juga menangguhkan keputusan. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru dalam mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajar-pelajar untuk mencapai hasil yang maksimum daripada pemikiran itu. Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut: (a) Pemikiran kritis (b) Pemikiran kreatif (c) Menyelesaikan masalah (d) Membuat keputusan (e) Kemahiran belajar

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

Bertolak dari konsep KB seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam konsep dan sejarah KB dan pemikiran kritis, maka Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan. Ini adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika Syarikat. Kemahiran Berfikir dari perspektif KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif) seperti yang diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu; kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab. Jenis-jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah; membanding dan membeza (compare and contrast), membuat ketegori (categorization), menerangkan sebab akibat (cause and effect), meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi.

mencirikan penilaian dan membuat keputusan Proses Kemahiran berfikir kritis

perbandingan

mengesan kecondongan

penyusunan mengikut kriteria

menganalisis

pengumpulan dan klafikasi

Gambarajah 2 Kemahiran Berfikir Kritis

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

Sementara kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan sebagai kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam bentuk idea yang nyata ataupun abstrak. Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta idea yang baru, mencipta analogi dan metaphora.
menjana idea mereka cipta menghubung kait

menganalogi membuat gambaran mental Proses Kemahiran berfikir kritis

membuat inferens

meramal

mengitlak mensintesis

membuat hipotesis

Gambarajah 3 Kemahiran Berfikir Kreatif

Kedua-dua kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini adalah bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

Penutup

Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah dan merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah . Ia melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi antara guru dan pelajar. Di peringkat sekolah rendah, pengajaran pendidikan Kesihatan perlu dilaksanakan berdasarkan strategi yang mempunyai hala tuju ke arah pencapaian matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Strategi pembelajaran kontekstual sekiranya dilaksanakan dengan sempurna melalui mata pelajaran pendidikan Kesihatan akan memberi impak yang besar dan mendalam kepada murid-murid kerana dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia. Sementara itu strategi pembelajaran kemahiran berfikir akan melahirkan individu yang boleh memanfaatkan kebolehan membuat sesuatu pertimbangan yang wajar, melaksanakan metakognisi dan refleksi dan pencarian makna. Adalah satu yang membanggakan sekiranya pelajar menghayati segala pengajaran dan menunjukkan tingkah laku yang berteraskan nilai murni dan kemahiran berfikir dalam kehidupan harian mereka. Ini menjadi petunjuk kepada keberkesanan pendidikan kesihatan di sekolah.

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

contoh lembaran kerja kemahiran berfikir kritis ( mencirikan) SK ALAM DAMAI, PERSIARAN BISTARI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

Nama : Nur Aisyah Balqis binti Sanudin

Kelas: 3 Delima

Arahan : Berdasarkan piramid makanan di bawah, cirikan pemakanan seimbang dengan pemakanan tidak seimbang.

Makanan seimbang

Makanan tidak seimbang

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

contoh lembaran kerja kemahiran berfikir kritis ( membuat urutan) SK ALAM DAMAI, PERSIARAN BISTARI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

Nama : Nur Sarah Khadijah binti Sanudin

Kelas: 2 Zamrud

Arahan : Nomborkan gambarajah cara mengendalikan makanan yang bersih supaya kamu dapat makan makanan yang bersih.

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

contoh lembaran kerja kemahiran berfikir kreatif (mensentisis) SK ALAM DAMAI, PERSIARAN BISTARI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR Nama : Nur Aisyah Balqis binti Sanudin kamu cara mengamalkan gaya hidup sihat. Kelas: 3 Delima

Arahan : Berdasarkan jadual harian Rafi, binalah satu jadual harian diri

Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Masa 6.00 petang 6.00 petang 6.00 petang 6.00 petang 6.00 petang 8.00 pagi 3.00 petang 8.00 pagi 3.00 petang

aktiviti Berjogging dengan rakan Bermain badminton Bermain bola sepak Bermain catur Menunggang basikal Berekreasi bersama keluarga Latihan boling Ke taman permainan Ke kelas renang

Ahad

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

contoh lembaran kerja kemahiran berfikir kreatif (meramal) Unit 5; Penyalahgunaan bahan( kesan merokok) SK ALAM DAMAI, PERSIARAN BISTARI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR Nama : Nur Aisyah Balqis binti Sanudin Kelas: 3 Delima

Arahan : Berdasarkan gambar di bawah, buatlah sebuah peta minda tentang beberapa kemungkinan kesan akibat seorang perokok.

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

contoh lembaran kerja aplikasi pembelajaran secara kontekstual (memindahkan) Unit 4 /Tajuk: Kekeluargaan ( Perbezaan jantina) SK ALAM DAMAI, PERSIARAN BISTARI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR Nama : Muhammad Arif Fahmi bin Sanudin Arahan : a) Dalam kumpulan 4 orang,. Lukis dan tambah ciri-ciri yang membezakan lelaki dan perempuan berdasarkan pemerhatian dalam kehidupan kamu seharian. b) Sedikit panduan diberikan kepada kamu. Kelas: 2 Zamrud

Lelaki

Perempuan

berambut pendek

berambut panjang

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

contoh lembaran kerja aplikasi pembelajaran secara kontekstual (mengaplikasi) Unit 6 /Tajuk: Katakan tidak kepada orang yang tidak dikenali SK ALAM DAMAI, PERSIARAN BISTARI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR Nama : Muhammad Arif Fahmi bin Sanudin tindakan kamu sekiranya kamu melalui situasi yang sama. i. ii. Senaraikan apakah tindakan kamu Lakonkan situasi bagaimana atau apakah tindakan yan akan kamu ambil. Kelas: 2 Zamrud

Arahan : Dalam kumpulan 5 orang, lihat gambar dan bincangkan

Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan jika diganggu orang yang tidak dikenali 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

contoh lembaran kerja aplikasi pembelajaran secara kreatif (mengumpul dan mengelaskan) Unit 4 /Tajuk: Kesihatan diri dan keluarga( Cara berpakaian) SK ALAM DAMAI, PERSIARAN BISTARI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR Nama : Muhammad Rafieuddin bin Sanudin dan tuliskan ciri-cirinya. Kelas: 3 Zamrud

Arahan: Lihat gambar kemudian kumpulkan mengikut kumpulannya

Pakaian lelaki Nama pakaian Ciri-ciri

Pakaian perempuan Nama pakaian


Baju kurung

Ciri-ciri
Labuh Sopan sepasang

HBHE1203:PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

2009

contoh lembaran kerja aplikasi pembelajaran secara kreatif (mengkonsepsi) Unit 5 /Tajuk: Gaya Hidup Sihat ( Merancang pemakanan) SK ALAM DAMAI, PERSIARAN BISTARI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR Nama : Muhammad Rafieuddin bin Sanudin Kelas: 3 Zamrud

Arahan: Berdasarkan gaya pemakanan Rafi, kamu diminta membuat satu konsep pemakanan yang sihat mewakili makan malam dan minum petang.