Anda di halaman 1dari 2

Karangan

Latihan Menulis Perenggan Penutup

Nama:___________________________( ) Tarikh:
_______________
Darjah:_______

Arahan: Bina perenggan penutup bagi karangan jenis perbincangan di


bawah ini.

Petikan 2:
Remaja dan Persekitaran

Kamus Dewan mendefinisikan ‘remaja’ sebagai golongan masyarakat


yang berusia belasan tahun yang mulai dewasa dan sudah cukup umur untuk
berkahwin. Golongan remaja merupakan golongan yang akan menjadi
peneraju sesebuah negara pada masa akan datang. Namun begitu, remaja
ketika ini semakin diragui potensinya. Pelbagai masalah sosial yang
melibatkan remaja timbul.

Faktor utama yang menyebabkan masalah remaja ini ialah remaja itu
sendiri. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral
ialah remaja yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh. Sikap
tidak ingin mendengar nasihat ibu bapa juga mendorong perkara ini berlaku.

Selain itu, peranan rakan sebaya juga amat penting bagi mencegah
masalah ini. Remaja yang tidak berhati-hati dalam pergaulan akan
kecundang di tangan rakan mereka sendiri. Rakan yang tidak
bertanggungjawab pula akan mendorong seseorang itu terlibat dalam
masalah sosial seperti gengsterisme, merokok, dan penagihan dadah.

Ibu bapa wajib memainkan peranan penting dalam mendidik anak-


anak mereka supaya menjadi orang yang berguna pada masa depan. Ibu bapa
yang hanya sibuk dengan aktiviti sendiri dan tidak mengambil kira keadaan
anak-anak di rumah, akan menyebabkan anak-anak berasa tidak dihargai.
Lalu, mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang sama-sama cetek
pengalaman hidupnya. Impaknya, remaja tidak mengetahui dengan jelas
tentang baik buruknya sesuatu tindakan yang dilakukan.

1
Media massa juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
seseorang remaja. Media massa seperti televisyen sering memaparkan
adegan ganas, pergaulan bebas, dan pendedahan aurat. Ibu bapa pula, secara
tidak disedari telah memberi limpahan wang sebagai ganti kasih sayang.

Catatan Isi Perenggan Akhir

Anda mungkin juga menyukai