Anda di halaman 1dari 3

Kronologi Negara Somalia Apabila nama Somalia disebut, kebanyakan manusia memikirkan tentang musibahmusibah dahsyat yang dipetik

dari laporan-laporan akhbar dan juga televisyen. Kebuluran yang dideritai oleh jutaan rakyatnya, penyakit epidemik seperti kolera, kemarau, konflik saudara, peperangan suku kaum, ketidakstabilan politik - kesemuanya ini adalah penyakitpenyakit yang menjadi sebahagian daripada kehidupan orang-orang Somalia. Bantuan dari badan-badan kemanusiaan masih tidak dapat menyelesaikan situasi getir yang sedang menimpa penduduk di situ, dan ia hanya dapat melegakan masalah dalam jangka masa pendek. Campur tangan politik yang beralasan untuk membina semula kedamaian dan keselamatan, sebenarnya hanya meningkatkan lagi kekacauan dan konflik yang sedia ada. Faktor asas yang membawa kepada kekacauan di Somalia bermula sejak detik pertama era kolonialisme. Somalia mula bertemu dengan dunia Islam apabila umat Islam bermigrasi ke Abyssinia bertujuan untuk lari dari para penyembah berhala di Mekah. Ia telah dijajah oleh British pada abad ke-19. Selepas tempoh tersebut, Somalia menjadi sebuah medan peperangan yang tidak pernah tamat, kebuluran dan juga penyakit. Pada tahun 1884, pihak British menakluk utara Somalia, dan Itali pula menakluk bahagian selatan pada 1887, dan seperti mana yang telah berlaku di kebanyakan negara Islam lain, ia membawa kepada zaman yang penuh dengan kezaliman dan penindasan. Setelah melalui zaman kolonialisme yang panjang, Somalia akhirnya merdeka pada tahun 1960, dan Aden Abdullah dilantik menjadi presiden. Walau bagaimanapun, penubuhan sebuah sistem pentadbiran yang adil dan stabil tidak dibenarkan. Jeneral Mohammed Siad Barre mengambil alih negara tersebut dalam satu siri rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1969, dan semua parti politik dihapuskan. Barre melihat Islam sebagai halangan utama kepada sistem sosialis yang mahu dilaksanakannya. Oleh yang demikian, Barre telah mengharamkan segala buku-buku, majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang Islamik. Ramai golongan-golongan intelek dan ulama Islam yang menentang polisi tersebut telah dihukum di bawah arahan Barre. Barre lari meninggalkan Somalia apabila pergaduhan tercetus pada 1991, dan terjadilah perang saudara yang besar. Kira-kira sejuta orang yang kebanyakannya umat Islam Somalia terpaksa berpindah ke beberapa buah negara-negara Afrika yang lain.Di bawah resolusi Perhimpunan Umum PBB 1992, 30,000 orang dari pasukan askar PBB di bawah arahan Amerika Syarikat telah diletakkan di situ. PBB memasuki negara tersebut disebabkan protes yang meningkat dari masyarakat tempatan, dan telah meninggalkan negara tersebut pada 1994. Mereka menyebabkan lebih 7,000 orang mati, dan juga menjadikan kekacauan yang lebih teruk di Somalia. Pada hari ini, peperangan saudara yang berlaku di antara pelbagai suku kaum diteruskan dengan pelbagai cara, dan bilangan mereka yang mati setiap hari semakin bertambah. Masalah kritikal yang sedang dihadapi negara ini ialah kira-kira 8 juta penduduk berada dalam kelaparan dan kemiskinan. Berdasarkan laporan Pertubuhan Pertanian dan Makanan PBB (FAO) tahun 2000, 75 peratus rakyat Somalia mengalami kekurangan zat, dan banjir berterusan mempengaruhi negara tersebut dengan membawanya ke arah kebuluran yang sangat dahsyat.Harus diingat bahawa berbeza dengan pandangan umum masyarakat dunia, masalah kelaparan sebenarnya boleh diatasi. Pembahagian secara adil sumber-sumber kekayaan bumi, sumber-sumber teknologi negara-negara kaya yang digunakan di serata dunia, dan menghalang penggunaan lebihan hasil keluaran dan sebaliknya menggunakannya untuk tujuan membantu, adalah beberapa langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menolong mereka di Somalia. Walau bagaimanapun, apa yang terselindung di sebalik kegagalan dalam usaha menyelesaikan masalah seperti kebuluran dan wabak penyakit pada hari ini ialah masalah moral seperti pentingkan diri sendiri, tamak dan tidak peduli.

Perang saudara meletus pada 1991 apabila Kongres Kesatuan Somalia melantik Ali Mahdi Muhammad sebagai presiden baru tetapi tidak dipersetujui sayap tentera kesatuan itu yang diketuai Jeneral Muhamad Farah Aidid. Sehingga kini, Somalia gagal membentuk sebuah kerajaan tetap dan konflik bersenjata antara puak masih berlarutan.

Bantuan yang diterima Negara Somalia Pelbagai bantuan yang disalurkan kepada Negara Somalia sejak negara itu mengalami konflik yang berpanjangan sejak tercetusnya perang saudara pada tahun 1991. Negara Malaysia tidak terkecuali daripada menyalurkan bantuan kepada mereka. Antaranya ialah misi kemanusiaan yang dianjurkan Malaysian Relief Agency (MRA) bersama-sama Kumpulan Utusan. Persatuan ini telah menubuhkan Tabung Kemanusiaan Somalia bagi membantu rakyat negara itu yang kini dilanda krisis kebuluran yang teruk dan penyakit berjangkit seperti taun, malaria, dan tibi. Ia merupakan kesinambungan kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Selain itu, MRA turut mengadakan latihan kepimpinan kepada belia di negara Afrika itu bagi meningkatkan daya kepimpinan mereka. Latihan tersebut penting kepada golongan belia negara itu sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin pelapis. Matlamat latihan ini adalah untuk melihat belia-belia dapat berfikir dengan lebih proaktif untuk menjadikan negara mereka lebih aman dan harmoni. Misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kumpulan Utusan dan Malaysian Relief Agency (MRA) diteruskan dengan pengagihan empat juta liter bekalan air kepada rakyat negara itu. MRA telah membuat penghantaran bekalan air ke beberapa kem yang terlibat antaranya di Bosaso, Gardo dan Garowe mengikut jadual yang ditetapkan. Di samping itu, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) bersama Kelab Putera 1Malaysia telah menghulurkan bantuan melalui misi kemanusiaan dengan mengerakkan 60 sukarelawan bagi misi bantuan kemanusiaan ke Somalia. Ia adalah misi jangka panjang dalam usaha membantu 45 ribu keluarga mangsa kebuluran akibat kemarau di kawasan sekitar 100 kilometer dari Mogadishu. Menurut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program ini, misi bantuan melibatkan 40 doktor pakar, 10 pengamal media dan 10 sukarelawan. Tidak ketinggalan juga persatuan mahasiswa/mahasiswi dari UM ( PMIUM) dan UPM (PMIUPM) telah menubuhkan tabung Somalia menggerakkan usaha mengutip derma bagi membantu rakyat somalia. Badanbadan bukan kerajaan (NGO) juga banyak membantu dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Somalia. Secara tidak langsung usaha-usaha dari pertubuhan ini dapat mengurangkan beban rakyat Afrika yang mengalami pelbagai krisis sehingga ke hari ini.

Bibliografi Khairul Anuar Yahaya (2011). Konflik Bersenjata Sukarkan Misi Bantuan Di Somalia. Diperoleh pada 2 Oktober 2011 daripada http://mstar.com.my/berita/luar_negara/cerita.asp?file=/2011/9/2/mstar_luar_negara/2 0110902175147&sec=mstar_luar_negara Khairul Anuar Yahaya (2011). Konflik Bersenjata Burukkan Kebuluran Di Somalia. Diperoleh pada 2 Oktober 2011 daripada http://mynewshub.my/2011/09/01/konflikbersenjata-burukkan-kebuluran-di-somalia/\ Somalia Negara yang menghadapi perang saudara. Diperoleh pada 2 Oktober 2011 daripada http://www.srialain.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=112 :somalia-negara-yang-menghadapi-perang-saudara&catid=37:fproknewspager&Itemid=112 Utusan harian. Somalia mengharapkan bantuan Malaysia untuk bangun semula. Diperoleh pada 2 Oktober 2011 daripada http://utusanharian.com/2011/11/21/somaliamengharapkan-bantuan-malaysia-untuk-bangun-semula/