Anda di halaman 1dari 2

7. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di India dan Thailand sebelum perlu asan kuasa Barat.

Pengenalan (3/2 m) Adat bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesuatu masya rakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuhi. Hukum adat diwujudkan untuk m engekalkan keharmonian dan menjamin keamanan semua ahli dalam sesebuah wilayah a tau negara. Hukum adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacar a kehidupan dan larangan-larangan tertentu. Terdapat pelbagai adat yang diamalka n oleh masyarakat di India dan di Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat. Isi (20 m) A.Adat yang diamalkan oleh masyarakat India ( 10markah ) -Pelaksanaan Hukum Adat di India adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu ya ng begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya. Menurut sistem kasta di India, masyarakat dibahagikan mengikut golongan tertentu bertujuan untuk menjag a keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Terdapat empat jenis kasta yang u tama iaitu Brahmin (sami), Kysatria (perwira, aristokrat), Vaisya pedagang) dan Sudra (rakyat biasa). Golongan Brahmin dianggap sebagai golongan paling mulia ma nakala golongan Sudra adalah golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat. -Amalan Suttee merupakan pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yang kem atian suami. Menurut amalan ini balu-balu Hindu dikehendaki membakar diri sendir i bersama-sama mayat suami semasa upacara pengkebumian dijalankan. Tindakan ini dilakukan sebagai bukti kesetiaan seorang isteri terhadap suami sehingga sanggup sehidup semati. -Amalan Thuggee pula merupakan satu aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yan g menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Mereka bertind ak ganas dengan mencekik mati pengembara atas nama Dewi Kali. -Amalan membunuh bayi perempuan juga merupakan amalan tradisi masyarakat India. Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan ibu-bapa menanggung penderitaan sepert i pemberian dowri iaitu mahar atau mas kahwin yang akan dibayar oleh pihak penga ntin perempuan kepada pihak pengantin lelaki. -Amalan melarang balu-balu yang kematian suami berkahwin dengan lelaki lain seba gai tanda kesetiaan kepada suaminya. Lazimnya mereka dikehendaki memakai sari ya ng berwarna putih supaya dapat dikenali sebagai wanita yang telah kematian suami atau balu. -Adat masyarakat India juga dikaitkan dengan dengan unsur-unsur ketuhanan yang m ana lembu sangat dimuliakan. Sebagai haiwan suci, wujud larangan terhadap masyar akat India daripada makan daging lembu. -Penganut agama Hindu juga menganggap Sungai Ganges sebagai sungai yang suci. Ju steru, menjadi amalan masyarakat Hindu di India membersihkan diri di Sungai Gang es bagi menghapuskan dosa yang pernah dilakukan oleh mereka. B.Adat yang diamalkan oleh masyarakat Thailand ( 10 markah ) -Unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah mendorong terbentuknya adat yang melarang rakyat jelata menatap muka raja. Hal ini menjadi tanda bahawa Raja Thai land mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Seseorang yang mem andang wajah raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan matanya. -Amalan menyembah raja secara bersujud sebagai tanda penghormatan dan taat setia sepenuhnya kepada raja yang memerintah. Amalan ini juga akan dilakukan oleh or ang asing yang mengadap Raja Siam.

-Terdapat amalan menjual isteri dan anak untuk dijadikan hamba dalam adat masyar akat di Thailand. Menurut adat ini suami atau bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan miliknya. -Mengikut adat, isteri-isteri Raja Thailand tidak dibenarkan keluar atau meningg alkan istana dan mereka juga tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain meski pun tidak lagi menjadi isteri raja. -Di Thailand juga Raja tidak dibenarkan keluar di khalayak ramai kecuali jika ad a perarakan di raja untuk menjaga kemuliaan baginda sebagai pemerintah yang diho rmati dan dimuliakan oleh rakyat. -Terdapat juga adat yang mana golongan Khunnang tidak dibenarkan memakai baju se masa mengadap raja. Kesimpulan (2/3 markah) Kesimpulannya, masyarakat India dan Thailand telah mengamalkan hukum adat yang m enjadi sebahagian daripada kepelbagaian diri masyarakatnya. Namun setelah kedata ngan kuasa-kuasa Barat,beberapa amalan dan adat yang sekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand telah berubah. Terdapat adat yang disesuaika n dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand s emasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India pen ghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terha dap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

Anda mungkin juga menyukai