Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KEM RAKAN PEMBACA (NILAM)

TARIKH: 24 28 OKTOBER 2011 HARI (ISNIN - JUMAAT) TEMPAT: PUSAT SUMBER SK. PUTRAJAYA PRESINT 11 (2)

RINGKASAN EKSEKUTIF ORGANISASI PENGANJUR TAJUK KERTAS KERJA JENIS PROJEK TARIKH PROGRAM LOKASI PROGRAM Pusat Sumber, SK Putrajaya Presint 11 (2) Kem Rakan Pembaca (NILAM) Perkampungan Rakan Pembaca (NILSM) 24 28 Oktober 2011 ( Isnin Jumaat) Pusat Sumber, SK Putrajaya Presint 11 (2) Menyediakan platform untuk murid SK Putrajaya Presint 11 (2) membina tabiat membaca yang berkekalan melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan iaitu: * Program Iqra' * Baca Adikku Sayang * Nak Dengar Cerita Tak? * Bicara Buku Bersama * Jumpa Jua Permata Nilamku * Khemah Membaca serta memberikan mereka peluang untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Tokoh NILAM serta Lencana Pembaca Buku bagi ahli Pengakap Kanak-Kanak 1. 60 orang murid SK Putrajaya Presint 11 (2) Tahun 4 dan 5 Peserta Jemputan 1. SK Putrajaya Presint 11 (1) 5 orang 2. SK Putrajaya Presint 11 (3) 5 orang 70 orang murid (14 kumpulan)

MATLAMAT DAN PENCAPAIAN PROGRAM

KUMPULAN SASARAN JUMLAH PESERTA Kos

KERTAS KERJA KEM RAKAN PEMBACA NILAM 1.0 PENDAHULUAN Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program yang dinamakan Kem Membaca 1 Malaysia bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajran sepanjang hayat telah dilancarkan pada 26 Oktober hingga 5 November 2009 oleh TPM kita Tan Sri Muhyiddin Yassin di SK Wawasan, USJ 15, Subang Jaya, Selangor. Ekoran daripada pelancaran ini, Kem NILAM dan juga Kem Rakan Pembaca Nilam telah menjadi aktiviti tahunan samada di daerah mahupun peringkat sekolah. 2.0 RASIONAL Menyedari kepentingan budaya Ilmu dapat/perlu dipupuk dari bangku sekolah lagi, maka Pusat Sumber, SK Putrajaya Presint 11(2) menjadikan Kem Nilam sebagai acara tahunan. Aktiviti Kem Rakan Pembaca dilaksanakan bagi merangsang murid-murid yang telah membaca sebanyak 100 buah buku iaitu murid yang telah memasuki peringkat Rakan Pembaca. Ia bertujuan melahirkan murid-murid yang berkepimpinan dan berketrampilan melalui pelbagai aktiviti Rakan Pembaca seperti Jejak Maklumat, bercerita, bersajak dan bersyair.

2.0 OBJEKTIF 1. Menggalakkan murid menjadikan budaya membaca sebagai teras kemajuan ke arah pembentukkan jati diri mengikut acuan sendiri.

2. Memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan melalui aktiviti berkumpulan. 3. Mengasah bakat sedia ada murid-murid. 4. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai sumber maklumat utama dalam pencarian maklumat semasa- kesemasa..

3.0 SASARAN Peserta seramai 70 orang

4.0 TARIKH 24 28 Oktober 2011 ( Isnin Jumaat)

Anda mungkin juga menyukai