Anda di halaman 1dari 13

1.

Pengenalan Semenjak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, usaha-usaha kerajaan dalam

membangunkan negara adalah tertumpu kepada usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat ke tahap yang lebih baik seperti yang telah dicapai oleh negara-negara maju yang lain, iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan sebagainya. Selaras dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara, penekanan telah diberikan kepada pembangunan sumber manusia dan proses perindustrian sebagai alternatif ke arah pembangunan yang mampan. Di samping itu, kerajaan turut melaksanakan langkah-langkah tertentu dalam menseimbangkan pembangunan yang berkait dengan alam sekitar. Hal ini kerana pembangunan yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara bukan sahaja membawa kesan-kesan yang positif seperti perkembangan dalam sektor-sektor perindustrian, pembuatan, pertanian selain menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. Namun, pertumbuhan ini juga turut memberi impak negatif berikutan dengan perkembangan ekonomi dan pertambahan penduduk yang pesat serta tidak terancang. Misalnya, penebangan kawasan hutan bagi tujuan pertanian yang berskala besar, mempercepatkan penggunaan sumber yang berleluasa, pembangunan perindustrian serta pembukaan kawasan perumahan sehingga menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar. Secara ringkasnya, dalam mengejar arus kemajuan serta membina suatu pembangunan yang mampan, pemimpin hendaklah bijak dalam menseimbangkan proses pembangunan dengan alam semulajadi. Seperti yang kita semua sedia maklum, masalah pencemaran alam sekitar sering menjadi perbahasan dan agenda utama yang dibincangkan dalam masalah yang berkaitan dengan isu-isu global masa kini. Pada hakikatnya, wujudnya masalah pencemaran ini adalah akibat daripada tindak balas dan perbuatan manusia itu sendiri terhadap alam sekitar. Hal ini kerana manusia merupakan agen yang mengawal dan mengubah persekitaran berdasarkan akal dan daya cipta yang dimilikinya. Oleh itu, interaksi manusia telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap alam sekitar. Tambahan, tindakan yang keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan mampu merubah serta mengancam alam sekitar serta kehidupan manusia itu sendiri.

Pencemaran dapat dikategorikan kepada beberapa jenis pencemaran alam. Seperti pencemaran udara, air, tanah, bunyi, laut, haba, cahaya dan sebagainya. Tanpa disedari, kemajuan teknologi serta pembangunan yang pesat telah mewujudkan pelbagai pencemaran di negara kita selain menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh yang demikian, jika dilihat dengan teliti pencemaran udara merupakan pencemaran yang paling kritikal berlaku di negara kita terutamanya dikawasan-kawasan bandar dan perindustrian. Berikut adalah kupasan berkenaan pencemaran udara. 2.0 Pencemaran Udara Dalam konteks ini, pencemaran bermaksud kemasukkan bahan-bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang akhirnya mengakibatkan kemusnahan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem serta menganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar. Selain itu, berikut merupakan definisi pencemaran yang terdapat di dalam Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 (Akta 127) yang telah diwartakan bagi memelihara dan melindungi alam sekitar serta pandangan seorang pakar dalam bidang ekologi daripada Amerika, iaitu Howard Thomas Odum (1971) berkenaan pencemaran;
Pencemaran membawa maksud apa-apa perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau mana-mana alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan. Keadaan ini boleh menjejaskan apa-apa faedah menyebabkan satu keadaan yang merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam serta kepada hidupan binatang dan tumbuh-tumbuhan. Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127)

Pencemaran sebagai satu perubahan yang tidak dikehendaki dalam ciri-ciri fizikal, kimia atau biologi daripada udara, tanah dan air. Keadaan ini mungkin akan membahayakan kehidupan manusia dan spesies-spesies tertentu, keadaan hidup dan nilai-nilai kebudayaan serta membazirkan sumber-sumber bahan mentah. Pencemaran yang berlaku akan mengubah pesekitaran dan berlaku evolusi terhadap populasi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Howard Thomas Odum (1971)

Oleh yang demikian, proses pencemaran udara dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer merujuk kepada proses pembakaran yang tidak lengkap iaitu pembakaran separa. Hal ini akan mengakibatkan zarah-zarah yang halus atau dikenali sebagai bahan pencemar berada terampai-ampai di udara dan sekaligus memberi kesan sampingan kepada kesihatan hidupan. Manakala, pencemaran udara skunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung lalu membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup (gas beracun). Tambahan, sulfur dioksida memerlukan gas-gas lain (pencemar primer) untuk membentuk sesuatu gas-gas lain. Di samping itu, sekiranya terdapat pelbagai gas yang tidak diperlukan di ruang udara, ia akan mengakibatkan penghasilan gas-gas yang tidak sepatutnya dan merbahaya kepada hidupan di muka bumi ini. Antara jenis-jenis bahan pencemar ialah sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan ozon, alergen serta plumbum dan logam-logam lain. Umumnya, udara amat penting dalam kehidupan manusia dan tanpa udara tidak akan wujud sebarang kehidupan di muka bumi ini kerana tidak dapat melakukan proses penafasan serta tumbuh-tumbuhan tidak dapat melakukan fotosistesis. Menurut laporan kajian Mohaini Tajuddin, 1989 seseorang manusia dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 15 kilogram udara dalam sehari di samping 1.5 kilogram makanan dan 2.5 kilogram air. Manusia juga dikatakan boleh hidup selama lima minggu tanpa makanan, lima hari tanpa air tetapi tidak lima minit tanpa udara, ia boleh membawa maut. Berdasarkan perkara-perkara tersebut, kedudukan manusia serta flora dan fauna akan berada dalam yang berbahaya dan terancam sekiranya pencemaran udara ini berlaku berterusan dan semakin berleluasa. 3.0 Punca-Punca Pencemaran Udara Punca-punca pencemaran udara boleh dibahagikan kepada tiga sumber, iaitu sumber bergerak, sumber tetap dan sumber semulajadi. Sumber bergerak adalah pencemaran yang terhasil daripada kenderaan-kenderaan bermotor dan sumber tetap merujuk kepada pembakaran bahan api dari stesen janakuasa elektrik, industri dan domestik seperti pembakaran sampah secara terbuka. Manakala, sumber semulajadi pula adalah seperti hasil daripada gunung berapi, pembakaran hutan dan ribut habuk. Tambahan, pencemaran udara juga boleh berpunca daripada sesuatu bahan pencemar yang kecil. Misalnya, habuk, asap, kabus, bau busuk atau wap-wap air dalam udara.

Disingkapkan, pada tahun 1995 sumber bergerak telah menjadi penyumbang paling besar dalam pencemaran udara di Malaysia. Sumber-sumber bergerak mendapat peratusan tertinggi berbanding sumber-sumber yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, penggunaan kenderaan oleh rakyat Malaysia adalah sangat tinggi, tidak kira kereta, motor, lori, kapal terbang mahupun kereta api. Keadaan ini dapat dilihat terutamanya dikawasan-kawasan bandar, kenderaan digunakan demi kepentingan diri tanpa wujud kesedaran dalam diri individu. Pelepasan asap daripada kenderaan-kenderaan ini telah menyumbang kepada pencemaran udara, selain menyumbang kepada kesesakkan lalu lintas dan kemalangan di jalan raya kerana kerakusan individu sewaktu memandu. Walaupun telah banyak kempen yang dijalankan oleh Kementerian bagi mengatasi masalah ini, namun perkara ini masih berterusan malah semakin meningkat dari sehari ke sehari. Permintaan terhadap kenderaan juga masih tinggi. Oleh yang demikian, boleh dikatakan pencemaran udara berlaku pada setiap hari, setiap masa. Seterusnya, sumbangan sumber tetap terhadap pencemaran udara juga tidak boleh dipandang remeh. Misalnya penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. Seperti yang kita semua sedia maklum, pembangunan serta kemajuan teknologi di Malaysia menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak. Hal ini bagi memudahkan pergerakan, tugas, aktiviti dan proses pengeluaran serta mempercepatkan tugas-tugas seharian manusia. Maka, permintaan terhadap bekalan tenaga elektrik terus meningkat dari setahun ke setahun. Diceritakan, tenaga elektrik yang terhasil adalah melalui penukaran tenaga mekanik kepada tenaga elektrik oleh penjana. Tenaga mekanik diperolehi melalui pembakaran sumber-sumber asli seperti arang batu, minyak, gas dan bahan radioaktif di dalam dandang stim. Manakala stesen penjana pula sebagai tempat mengeluarkan tenaga elektrik yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti stesen penjana terma, nukleus, minyak, arang batu dan sebagainya. Tidak dapat tidak, telah berlaku pencemaran udara daripada aktiviti besar ini. Di samping itu, pelepasan-pelepasan asap daripada kilang-kilang turut menjadi penyumbang kepada pencemaran udara. Sebagai contoh, pembukaan kilang-kilang di Shah Alam. Penggunaan penghawa dingin (air-cond) serta pelepasan gas daripada peti sejuk turut menjadi salah satu punca pencemaran udara. Hal ini kerana, pelepasan gas chlorofluorocarbon (CFC) dalam kuantiti yang besar juga boleh mendatangkan kemudaratan.

Selain itu, pembakaran secara domestik juga menyumbang kepada pencemaran udara. Seperti, pembakaran tapak petanian dan pembakaran sampah sarap secara terbuka, 4

terutamanya di kawasan desa. Bagi mempercepatkan proses pelupusan sampah, individu cenderung membakar sampah sarap mereka, namun keadaan ini bukan sahaja menyumbang kepada pencemaran udara malah dapat menipiskan lapisan ozon sekaligus menyumbang kepada bencana alam. Manakala, pembakaran tapak pertanian pula mewujudkan jerebu di kawasan berkenaan, seterusnya menjejaskan kesihatan penduduk setempat. Tambahan, penyumbang kepada pencemaran udara yang tidak dilihat melalui mata kasar adalah seperti asap-asap rokok dan penyemburan gas aerosol. . 4.0 Isu-Isu Pencemaran Udara 4.1 Seksa Hidu Asap Kilang BESTARI JAYA: Penduduk Taman Suria di sini terus mendesak campur tangan Pusat mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran alam sekitar yang dikatakan berpunca daripada sebuah kilang membuat sarung tangan getah berhampiran perumahan mereka. Sambil mengadakan demonstrasi secara aman di pekarangan taman, lebih 50 penduduk kemudian menghadiri majlis dialog bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah yang dijemput sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah itu. Majlis itu turut dihadiri penyelaras Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K Partiban, wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Kesihatan dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Suria, P Jegan berkata pembinaan kilang itu pada mulanya tidak menimbulkan masalah kepada penduduk pada awal operasinya pada 1991. Bagaimanapun, katanya, selepas 2005, kilang itu diperbesarkan sehingga bahagian belakangnya semakin hampir dengan kawasan perumahan penduduk iaitu dengan jarak 25 meter. "Pada awalnya, kami dimaklumkan bahagian yang dibina hanya akan digunakan sebagai stor simpanan tetapi ia juga menjadi tempat memproses bahan kilang. "Kami tidak boleh berdiam diri kerana semakin lama, semakin ramai penduduk mendakwa mengalami masalah kesihatan seperti sakit tekak, masalah pada kulit dan 5

batuk kerana jangkitan paru-paru," katanya. Jegan juga kecewa kerana sisa buangan yang dipercayai dilepaskan daripada kilang itu menyebabkan sistem perparitan tercemar dan busuk.

"Kami juga terpaksa menghidu bau asap dan gas amo-nia dari kilang yang beroperasi siang dan malam ini. Mereka dipercayai semakin rancak menjalankan operasi pada waktu malam kerana asap yang dilepaskan tidak kelihatan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat laporan mengenai masalah itu kepada pelbagai jabatan seperti JAS, MDKS dan polis tetapi sehingga kini, masalah sama berterusan. "Kami pernah membuat aduan kepada Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi tiada tindak balas positif," katanya. Sementara itu, Murugiah berkata, beliau akan mengadakan sesi perbincangan bersama pihak berkaitan termasuk pengusaha kilang terbabit dan wakil penduduk untuk menyelesaikan masalah itu di Pejabat Biro Pengaduan Awam, dalam masa terdekat. "Kita cuba menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin. Saya akan menjadi orang tengah bagi mengelak perselisihan faham berlaku antara satu sama lain," katanya. Pelajar, N Sharma, 15, mendakwa mengalami alahan yang semakin serius pada muka berikutan asap dan bahan kotoran yang dikatakan berpunca daripada kilang itu. "Saya tinggal berdekatan kilang dan sering gatal pada muka. Ia mungkin ada kaitan dengan pencemaran udara yang disebabkan kilang berkenaan," katanya.
Oleh Suzaini Sulaiman bhnews@bharian.com.my 2010/11/30

4.2 Melaka&Negeri Sembilan: 17 Kenderaan Asap Hitam Dikompaun (2010/03/24) NILAI: Sebanyak 17 daripada 207 kenderaan yang diperiksa dalam Operasi Kawalan Pelepasan Asap Kenderaan Enjin Diesel dikenakan kompaun Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana mengeluarkan asap hitam melebihi had dibenarkan.

Pengarah JAS Negeri Sembilan, Charanpal Singh, berkata selain kompaun maksimum RM2,000 terhadap pemilik kenderaan terbabit, dua Notis Arahan dikeluarkan supaya kenderaan itu dibawa untuk menjalani ujian asap hitam. Katanya, pemilik kenderaan akan dipanggil membawa kenderaan diuji semula, selain mereka perlu membawa dulu kenderaan itu ke bengkel untuk menyelesaikan masalah itu akibat tidak diselenggara mengikut jadual ditetapkan. "JAS juga akan mempertingkatkan program kesedaran dengan mengadakan dialog bersama syarikat pengangkutan atau individu supaya lebih peka terhadap aspek alam sekitar dengan mematuhi undang-undang pelepasan asap kenderaan," katanya. Turut hadir dalam operasi di Plaza Tol Nilai adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V S Mogan. Charanpal berkata, operasi itu antara usaha JAS menguatkuasakan PeraturanPeraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Setakat 19 Mac lalu, katanya ,JAS mengadakan 13 operasi dan memeriksa 772 kenderaan, dengan 26 kenderaan dikenakan kompaun, manakala 115 Notis Arahan dikeluarkan.

Sementara itu, Mogan berkata, usaha JAS menjalankan operasi itu sangat dialu-alukan kerana kenderaan berat adalah antara penyumbang kepada pencemaran udara. "Operasi ini perlu dilakukan lebih kerap sebagai antara cara memastikan pemilik kenderaan enjin diesel menyelenggara kenderaan secara berjadual, sekali gus mengelak kenderaan melepaskan asap melebihi had dibenarkan," katanya. Beliau berkata, pemilik kenderaan enjin diesel perlu sentiasa memeriksa kenderaan mereka kerana sesetengah model kenderaan itu mengeluarkan banyak asap hitam yang jika tidak dikawal boleh meningkatkan pencemaran udara. 4.3 Sabah dan Sarawak: Jerebu Tebal MIRI: Bandar raya Miri pernah diancam masalah jerebu yang serius akibat pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut di Kuala Baram, tahun lalu. 7

Semuanya berpunca daripada pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk kawasan perumahan dan pembukaan tanah untuk pertanian terutamanya di kalangan pengusaha ladang kelapa sawit di utara Sarawak. Kesan jerebu serius itu turut menimbulkan masalah kepada tahap kesihatan penduduk di beberapa kawasan perumahan di bandar raya Miri, terutama di Kuala Baram, Tudan, Permaijaya, Senadin serta terhadap pelajar institusi pengajian tinggi yang beroperasi di kawasan berkenaan.

Walaupun amaran mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka sudah tidak lagi dikuatkuasakan, namun pihak berkuasa tempatan tetap mengingatkan orang ramai termasuk pengusaha pertanian supaya mengelak melakukan pembakaran terbuka, terutama ketika cuaca kering sekarang.

Namun, masih ramai penduduk kawasan perumahan dan juga pengusaha tanah pertanian melakukan pembakaran terbuka sesuka hati tanpa menghiraukan kesannya kepada penduduk sekeliling.

Tinjauan Berita Harian di kawasan Kuala Baram mendapati terdapat penduduk tempatan yang sengaja membakar hutan untuk pertanian tanpa mempedulikan kesan jerebu sepanjang itu Jalan Kuala terhadap Baram penduduk menuju ke sekitar. sempadan Brunei. Antara kawasan yang agak ketara berlaku pembakaran terbuka ialah kawasan

Sikap tidak bertanggungjawab berkenaan boleh mengakibatkan masalah kebakaran hutan yang serius kerana kawasan itu adalah kawasan tanah gambut yang pernah terbakar dua tahun lalu. Ketika itu pasukan Bomba dan Penyelamat dari Sabah dan Labuan terpaksa dikerah membantu memadamkan kebakaran berkenaan.

Masalah jerebu yang serius itu turut menyebabkan peningkatan penyakit asma ketika itu. Kebakaran di kawasan tanah gambut sukar dipadamkan selain cepat merebak. Seorang penduduk Kuala Baram, Jaremi Agus, 56, berkata, tindakan tegas perlu diambil 8

terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka secara sewenang-wenangnya. Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan juga perlu dilakukan segera bagi

mengelakkan berlaku pembakaran hutan paya gambut yang serius seperti sebelum ini. Kita harus belajar daripada pengalaman lalu dan mengawal pembakaran terbuka dengan cekap. Jika dibiarkan ia pasti sukar dikawal atau dipadamkan, katanya. Beliau berkata, tanda amaran larangan melakukan pembakaran terbuka perlu diletakkan di kawasan terbabit bagi mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada berbuat demikian. Penduduk Tudan, Kamin Juli, 34, berkata ramai penduduk di kawasan itu gemar melakukan pembakaran bagi menanam sayur di kawasan tepi jalan, tanpa menyedari ia boleh mengakibatkan kebakaran hutan yang serius.

Sehubungan itu, beliau berharap cadangan pembinaan menara peninjau di kawasan Senadin untuk mengesan kebakaran hutan dapat disegerakan.
Oleh Kandau Sidi kandausidi@bharian.com.my 2010/0

5.0

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dengan Isu-Isu Pencemaran Udara


(PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH), 1978) 4. Kegunaan Perindustrian Kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah, apa-apa pemasangan baharu yang ditetapkan dalam Jadual Pertama tidak boleh dipasang dalam premis-premis mengikut kelas berikut: (a) premis-premis yang terletak dalam sesuatu kawasan yang di khaskan sebagai zon kediaman yang mengandungi sempadan yang bertanda seperti yang ditafsirkan dan yang terdapat di dalam pelan tempatan yang diwartakan dan 9

disediakan oleh kuasa-kuasa perancangan tempatan tertentu di bawah Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Kampung 1976; (b) jika tidak terdapat pelan tempatan yang telah diwartakan seperti yang diperihalkan di dalam (a) di atas, premis-premis hendaklah ertinya premis-premis yang terletak di dalam kawasan perumahan atau terletak di dalam lingkungan 1,000 meter dari rumah kediaman yang terdekat di kawasan perumahan tersebut. 7. Pembakaran Buangan Tred Dalam Tempat Bakarsampah Sahaja Tiada seorang pemunya atau penduduk premis perindustrian atau tred boleh membakar atau menyebabkan pembakaran bahan-bahan yang boleh terbakar, sampah atau sisa keluaran atau buangan kecuali dalam tempat bakarsampah dari jenis dan rekabentuk yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. 12. Lesen untuk Menjalankan Pembakaran Terbuka Suatu lesen bagi menjalankan pembakaran terbuka boleh diberi jika Ketua Pengarah berpuashati bahawa; (i) (ii) pembakaran terbuka adalah hanya satu cara pelupusan ekonomi yang praktik; dan pembakaran terbuka itu tidak akan menyebabkan pencemaran.

32. Penduduk hendaklah Menggunakan Cara Praktik Terbaik (1) penduduk mana-mana premis, tred atau perusahaan hendaklah menggunakan cara praktik yang terbaik bagi mencegah bahan-bahan yang merbahaya atau mengganggu dari mengalir-keluar dan bagi menjadikan bahan-bahan yang semestinya dilepaskan tak merbahaya dan tak mengganggu. (2) bahan-bahan merbahaya dan mengganggu adalah bahan-bahan yang dirujuk di dalam Jadual Ketiga. 33. Menghapuskan Bau yang Mengganggu 10

Apabila, pada pendapat Ketua Pengarah, pengendalian sesuatu peralatan, loji perindustrian atau proses telah mengeluarkan atau menimbulkan bau yang mengganggu atau tak sihat, ia boleh dengan notis bertulis menghendaki penduduk atau pemunya itu hendaklah mematuhi kehendak itu dengan memuaskan hati Ketua Pengarah sepenuhnya. 55. Perintah Larangan (a) jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini sebagaimana disenaraikan dalam jadual keempat, dan pada pendapat Ketua Pengarah, pengendalian secara terus oleh loji atau proses perindustrian yang berkenaan tidak patut dibenarkan untuk menyelamatkan kesihatan atau keselamatan dan kebajikan awam, ia boleh dengan notis secara bertulis mengeluarkan suatu perintah kepada pemunya atau penduduk melarang pengendalian seterusnya loji atau proses tersebut buat selamanya atau dengan bersyarat atau bagi sesuatu tempoh sebagaimana diarahkan sehingga keperluan sebagaimana yang diarahkan olehnya dipatuhi. (b) bagi maksud perenggan (a), satu salinan perintah larangan dari Ketua Pengarah hendaklah ditampal di sesuatu tempat yang mudah dilihat di sekitar kawasan kemudahan di mana perintah larangan tersebut dimaksudkan dan tiada seseorang jua boleh mengendalikan loji atau proses itu sehingga perintah larangan itu di tarik balik.

56. Penalti (1) seseorang yang mengeluarkan atau melepaskan buangan berlawanan dengan peraturan-peraturan 7,11,14,15,16,24,25,26,27,28,29,30,31,32,34,dan 35 tanpa suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 22 (1) Akta adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama satu tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali dan denda selanjutnya sebanyak tidak lebih daripada satu ribu ringgit sehari bagi tiaptiap hari kesalahan itu diteruskan selepas suatu notis disampaikan kepadanya oleh Ketua Pengarah menghendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu. 11

(2) ketinggalan atau kelalaian mematuhi, dan sesuatu tindakan yang dilakukan atau cuba dilakukan berlawanan dengan peruntukan peraturan-peraturan ini selain daripada perenggan (1) adalah satu kesalahan dari orang yang melakukannya boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

6.0

Penutup Tuntasnya, masalah pencemaran udara serta kesemua pencemaran alam kian

bertambah runcing dari semasa ke semasa. Bagi mendapatkan status sebuah negara maju, pelbagai langkah pembangunan telah terlaksana serta kemasukan teknologi-teknologi baru ke dalam negara. Namun dalam konteks ini, manusia tidak seharusnya menutup sebelah mata dengan mengorbankan alam sekitar bagi meningkatkan kualiti hidup mereka serta menikmati kesenangan atas kemusnahan hidupan lain. Hal ini kerana, masalah ini bukan lagi menjadi isu diperingkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu global. Bermakna, setiap tindakantindakan yang diambil terhadap alam sekitar di negara kita bukan sahaja mendatangkan kesan kepada negara kita, tetapi turut memberi impak kepada negara-negara lain diseluruh dunia. Misalnya kesan yang timbul daripada pencemaran udara, iaitu seperti kesan rumah hijau, hujan asid dan jerebu yang mana kini sudah menjadi masalah utama di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, manusia hendaklah membentuk satu ikatan yang harmoni dengan alam sekitar kerana tidak akan wujud satu alam sekitar yang baru sekiranya alam sekitar yang ada kini terus dimusnahkan. Justeru, manusia perlu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang telah dilakukan oleh mereka sendiri dan memastikan alam sekitar ini tidak dimusnahkan atas nama pembangunan, langkah-langkah penyelesaian haruslah diambil serta undangundang hendaklah diperketatkan. Selain itu, dengan berlandaskan strategi dan prinsip-prinsip pembangunan lestari juga, keseimbangan antara penduduk, pembangunan, serta alam semula jadi mendapat keseimbangan yang sewajarnya secara tidak langsung.

7.0

Bibiliografi 12

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussein (2006). Isu-Isu Pengurusan Alam Sekitar. Santok: Penerbit Universiti Utara Malaysia Kandau Sidi (2010/09/02). Sabah&Sarawak: Jerebu Tebal. Berita Harian Online. Diperolehi daripada http://www.bharian.com.my/articles/Sabah_Sarawak_Jerebutebal/Article/ Melaka dan Negeri Sembilan: 17 Kenderaan Asap Hitam Dikompaun (2010/03/24). Berita Harian Online. Diperolehi daripada http://www.bharian.com.my/articles/Melaka_ NegeriSembilan_17kenderaanasaphitamdikompaun/Article/ Mohmadisa Hashim Dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris Suzaini Sulaiman (2010/11/30). Seksa Hidu Asap Kilang. Berita Harian Online. Diperolehi daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral_Seksahiduasap kilang/Article

13

Anda mungkin juga menyukai