Anda di halaman 1dari 27

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

1.0

PENGENALAN

Menurut Giles (1979), fenomena pemilihan bahasa wujud dalam kebanyakan masyarakat yang berbilang kaum yang masing-masing bercakap bahasa yang berlainan. Biasanya bahasa tersebut tidak saling memahami di antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat sekurang-kurangnya satu atau lebih bahasa yang difahami oleh mereka. Bahasa tersebutlah yang menjadi bahasa komunikasi apabila mereka berkomunikasi di antara satu sama lain. Keadaan yang sama juga berlaku dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai bahasa seperti Malaysia. Menurut Fasold (1984: 180), seorang yang boleh bertutur dua atau lebih bahasa terpaksa membuat pilihan iaitu bahasa mana yang akan digunakan. Bahasa pilihan haruslah difahami oleh kedua-dua penutur dan orang yang dilawan bercakap. Dalam perhubungan seharian, penutur terlibat dalam penggunaan bahasa atau variasinya yang tertentu. Faktor-faktor seperti pemula, penerima, bentuk mesej, cara penyampaian, jenis bahasa, tajuk dan latar tertentu mempengaruhi penggunaan atau pemilihan satu-satu bahasa atau variasinya (Hymes, 1966). Pemilihan bahasa meneliti pilihan-pilihan linguistik yang ada dikalangan penutur dalam masyarakat dwibahasa atau multi bahasa. Konsep ini merupakan konsep sosiolinguistik yang merangkumi fenomenon-fenomenon

lain seperti diglosia, pengalihan kod, dan pemindahan bahasa. Persoalan pemilihan bahasa. Konsep ini telah disentuh oleh Ferguson (1959). Dalam penelitian mengenai pemilihan bahasa dalam komunikasi, para ahli psikologi sosial telah melakukan pendekatan kajian komunikasi manusia dari berbagai pandangan. Para ahli tersebut menyatakan bahawa tidak hanya faktor sosial yang perlu diambil kira melainkan faktor lainnya yang berhubungan dengan sumber daya psikologi yang mempengaruhi tindakan individual. Contohnya keinginan seseorang individu untuk mengindentifikasi dirinya melalui bahasa dapat menentukan pemilihan bahasa individu tersebut.

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Howard Giles (1996) dan kawan-kawan melihat pemilihan bahasa berhubungan dengan keinginan seseorang individu untuk memperjelaskan mahupun mengaburkan hubungan dirinya dengan kelompok bahasa tertentu. Idea dasar dari teori akomodasi adalah bahawa secara umum seorang penutur bahasa akan berupaya masuk dalam suatu pembicaran (convergence) melalui pemilihan bahasa yang sesuai dengan keperluan peserta yang terlibat dalam komunikasi. Sebaliknya, apabila tidak ingin masuk dalam suatu pembicaran (divergence), individu tersebut akan memutuskan penggunaan bahasa tertentu secara sadar. Setelah melihat fenomena pemilihan bahasa melalui metodologi terdahulu, Bahasa ialah satu sistem komunikasi dalam masyarakat dan sistem ini dikongsi oleh semua ahli masyrakat. Sistem yg dikongsi ini menjadi milik masyarakat. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada orang yang

menuturkannya. Sungguhpun pengwujudan petuturan itu adalah hasil kegiatan seseorang sebagai individu, tetapi bahasa tidak dapat wujud dalam sesebuah masyrakat. Jika tidak digunakan oleh sekumpulan individu dalam hubungan mereka satu sama lain. Dengan ini dikatakan bahawa bahasa adalah hak milik bersama sekumpulan indidvidu, bukan kepunyaan satu-satu individu tertentu (Asmah Haji Omar 1985: 3) 1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Dengan ini kajian lebih kepada jenis pemilihan bahasa dan mengenal pasti kekerapan serta peratusan penggunaan bahasa yang digunakan di seksyen 9 (sembilan) Shah Alam, Selangor. Melalui kajian ini juga dapat dilihat bahasa yang sering digunakan oleh individu berdasarkan situasi dan tempat.

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

2.0

KOSA ILMU

Dalam kajian ini, teori pemilihan bahasa yang digunakan dan diterapkan dalam kajian adalah kerana teori dapat mengemukakan konsep asas dan formula untuk menganalisis sesuatu bahasa yang dipilih sebagai bahasa perhubungan utama atau lingua franca. Pilihan bahasa yang wujud dapat menunjukkan realiti bahasa yang digunakan mengikut kesesuaian komunikasi sehari-hari yang telah yang diamalkan oleh masyarakat . Kajian ini menggunakan teori pemilihan bahasa yang telah diperkenalkan oleh Fishman iaitu menekankan hakikat bahawa konsep masyarakat bertutur melibatkan satu bahasa yang sama. Selain itu, setiap masyarakat bahasa yang agak kompleks akan menunjukkan beberapa ragam bahasa. Setiap bahasa yang dipilih juga mempunyai fungsi yang berbeza-beza antara satu sama lain seperti fungsi yang mewakili pekerjaan, pengkhususan, minat, dan kelas sosial (ekonomi, pendidikan, bangsa) yang berlainan di kalangan penduduk kawasan yang sama. Menurut Fishman (1991) juga, masyarakat bahasa perlu mempunyai pilihan bahasa yang ditentukan oleh faktor-faktor tertentu. Pilihan bahasa juga wujud apabila pelbagai ragam bahasa dalam reportoire komunikasi sesuatu komuniti di samping adanya subset ragam dalam subkumpulannya serta pada orang perseorangan, para penutur mestilah memilih kod dan strategi interaksi yang hendak digunakan dalam konteks tertentu. Penutur dalam sesuatu komuniti perlu mengetahui alternatif dan peraturan pilihan bahasa semasa bertutur untuk membuat pilihan yang sesuai dan perkara ini merupakan sebahagian daripada kecekapan komunikasi. Memperhitungkan peraturan atau sistem bagi membuat ketepatan sedemikian adalah sebahagian daripada tanggungjawab dalam menghuraikan komunikasi dalam mana-mana kumpulan dan juga dalam menghuraikan pilihan bahasa secara umumnya. Sekali gus, ini menunjukkan bahawa kaedah dan teori pilihan bahasa hanya berfungsi dalam masyarakat bahasa. Berdasarkan pandangan Fishman di atas juga, pilihan bahasa adalah realiti bahasa mengikut kesesuaian berkomunikasi dalam

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

masyarakat tertentu. Gambaran ini akan memberi banyak peluang kepada proses komunikasi dan juga kelancaran komunikasi tersebut. Secara

keseluruhannya, setiap bahasa adalah berkaitan dengan suatu sistem komunikasi dalam masyarakat. Sistem ini akan dikongsi oleh semua ahli masyarakat dan menjadi milik masyarakat berkenaan. Norhisham Osman (1995) , dalam kajian pemilihan bahasa di Ulu Dedap Seberang Perak. Hasil dari kajiannya mendapati bahawa kelainan bahasa di kawansan tersebut dapat di bahagikan kepada dua kelaianan iaitu kelaianan dalam domain rendah dan kelaianan dalam domain tinggi. Domain rendah yang dibahagi pula kepada beberapa kategori seperti kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan.

Manakala, domain tinggi pula ialah domain pemerintahan, domain keagamaan dan domain pendidikan. Pada tahun 2000, Nureeda Salaemae dalam kajianya pemilihan bahasa di kalangan wanita Melayu Petani:satu kajian kes di Narathiwat Thailand. Kajian beliau meneliti dialek Melayu Petani yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat agama islam dalam masyarakat Melayu Patani. Kajian ini juga akan meneliti kelainan bahasa bahasa yang menjadi pilihan kaum wanita semasa berinteraksi dalam hal-hal yang berkaitan dengan persoalan agama. Aspek bahasa yang menjadi fokus kajian ini ialah fenomena pemilihan bahasa di kalangan wanita Melayu Petani. Saidah binti Ismail (2009) dalam kajiannya pemilihan bahasa di kalangan komuniti Bugis. Kajiannya mengenai pemilihan bahasa yang melibatkan kumpulan etnik minoriti Bugis di Malaysia yang belum pernah di jalankan. Oleh itu, kajiannya melihat pemilihan bahasa di kalangan komuniti Bugis . pemilihan bahasa yang digunakan oleh komuniti Bugis di Kampung Parit Keroma, Pontian Johor di tiga domain iaitu rumah, intra-komuniti dan pekerjaan difokuskan dalam kaijanya. Selain itu dalam kajianya perbandingan pemilihan bahasa juga di buat terhadap komuniti bugis yang berhijrah ke Kuala Lumpur. Kong Lee Fong (1999) membuat kajian mengenai pemilihan bahasa di kalangan peniaga cina dalam domain jual beli: kajian di kampung Sungai Durin,

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Sibu, Sarawak. Dalam kajiannya, beliau cuba mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi golongan peniaga yang memilih bahasa tertentu dalam dalam menjalankan urusniaga harian mereka dan menentukan fungs-fungsi bahasa yang digunakan. Selain itu, dalam kajian tersebut dapat dikenalpasti tujuh jenis kelaianan bahasa uang menjadi pemilihan bahasa yang menjadi pilihan utama peniaga dan bukanya didominasikan oelh satu kelaianan bahasa yang tertentu sahaja. Tujuh jenis kelaianan bahasa yang menjadi pilhan peniaga ialah Foo Chow, Mandrin, Hakkien, Iban, Melayu standard dan bahasa Melayu pasar. Beliau juaga berpendapat bahawa masyarakt multilingual seperti Malaysia amnya dan kawasan kajian khasnya, adalah lebih sesuai dikatankan dalam sesebuah domain wujudnya satu situasi di mana kombinasi berbagai jenis bahasa yang digunakan. Menurut Mohammed Azlan Mis Pola pilihan bahasa yang digunakan antara suku kaum di Sarawak merupakan bahasa perhubungan utama atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain bersandarkan teori pilihan bahasa. Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi di negeri Sarawak, bahasa yang paling ramai penuturnya ialah bahasa Iban. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan pola bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal.

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

3.0

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian kumpulan ini, 2 kaedah telah digunakan iaitu:

3.1`

Kaedah Kepustakaan

Dalam kajian kumpulan ini, kami ada melihat dan membaca beberapa contohcontoh tesis di perpustakaan seperti Perpustakaan Tun Abdul Rahman 1 Universiti Teknologi Mara mengenai pemerolehan bahasa di sesuatu kawasan. Selain itu, kami juga melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumatmaklumat tentang pemerolehan bahasa. Tokoh-tokoh yang pernah membuat kajian tersebut dan cara-cara untuk melihat, mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi. Seterusnya menumpukan kepada kajian pemerolehan bahasa ini dan mengambil langkah-langkah serta cara yang digunakan oleh pengkaji terdahulu. 3.2 Kaedah Lapangan

Selain daripada kaedah kepustakaan, kami juga menggunakan kaedah lapangan iaitu kami telah membuat borang kaji selidik untuk memperolehi datadata yang diperlukan. Borang kaji selidik ini dibuat dalam format bertaip dan mempunyai dwibahasa agar mudah dibaca mengikut bahasa yang digunakan oleh responden. Namun begitu, sebelum membuat borang kaji selidik ini, kami merangka dahulu borang tersebut. Seterusnya kami bergerak ke lokasi tempat kajian yang akan dijalankan untuk melihat dan mendapatkan sedikit maklumat di kawasan tersebut untuk dimasukkan ke dalam borang kaji selidik iaitu domain atau situasi sosial masyarakat di kawasan tersebut. Setelah selesai membuat borang kaji selidik, kami bergerak ke lokasi kajian iaitu Seksyen 9 (sembilan) Shah Alam Selangor untuk mengedarkan
6

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

borang tersebut kepada responden. Seterusnya kami membuat analisis terhadap borang kaji selidik yang telah siap diedarkan dan diisi oleh responden iaitu mengira kekerapan penggunaan bahasa dan juga peratusannya. Kekerapan Peratusan - Keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan. - Bilangan (dengan kiraan) peratus.

Jumlah Kekerapan Jumlah Keseluruhan

x 100 = Jumlah peratusan (%)

Pemilihan responden berdasarkan taraf pendidikan seseorang iaitu seperti Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Sarjana Kedoktoran.

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

4.0 4.1

DAPATAN KAJIAN Jenis Pemilihan Bahasa Kekerapan 211 29 79 319 Peratusan (%) 66.1 9.1 24.8 100

Bahasa B. Melayu B. Inggeris B. M + B. I Jumlah

Jadual 4.1 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Jenis Pemilihan Bahasa Berdasarkan jadual 4.1 di atas pemilihan bahasa yang kerap digunakan oleh masyarakat di seksyen 9, Shah Alam ketika berkomunikasi ialah menggunakan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bersama-sama pada waktu yang sama. Penggunaan bahasa Melayu menunjukkan kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 211 kekerapan dan peratusannya ialah 66.1%. Bagi

penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang digunakan pada waktu yang sama pula menunjukkan kedua paling tinggi iaitu kekerapan sebanyak 79 kekerapan dan peratusannya ialah 24.8%. Penggunaan bahasa Inggeris sahaja adalah paling rendah iaitu menunjukkan kekerapan sebanyak 29 kali dan peratusnya ialah 9.1%. Jumlah keseluruhan penggunaan ketiga-tiga bahasa di atas berkomunikasi ialah sebanyak 319 kali dan peratusanya 100%. semasa

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

JUMLAH PERATUSAN PEMILIHAN BAHASA

25% 9% 66%

BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU /BAHASA INGGERIS

Rajah 4.1 Peratusan Pemilihan Bahasa. 4.2 Pemilihan Bahasa Mengikut Taraf

Pendidikan Domain B. Melayu Pendidikan Diploma Ijazah Sarjana Muda Jumlah Keseluruhan K 38 12 50 % 71.7 80 73.6 Kekeluargaan B. Inggeris K 0 2 2 % 0 13.3 2.9 B. M + B. I K 15 1 16 % 28.3 6.7 23.5

Jadual 4.2 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Kekeluargaan.

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Berdasarkan jadual 4.2 di atas, angkubah pendidikan iaitu diploma dan sarjana muda mengikut domain kekeluargaan, pemilihan bahasa yang paling tinggi digunakan mengikut pendidikan diploma ialah bahasa Melayu iaitu menunjukan 38 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 71.7%. Bahasa Melayu paling kerap digunakan oleh responden ialah semasa berkomunikasi bersama ayah dan emak dan paling sedikit digunakan berkomunikasi bersama suami isteri. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan pada waktu yang sama ialah yang kedua paling tinggi iaitu sebanyak 15 kekerapan dan peratusannya ialah 28.3%. Bahasa Melayu dan bahasa

inggeris digunakan pada waktu yang sama paling banyak digunakan semasa berkomunikasi bersama anak dan adik beradik dan paling sedikit digunakan berkomunikasi bersama ayah, emak dan suami isteri. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Inggeris pula tidak digunakan dalam domain kekeluargaan bagi pendidikan diploma. Bagi pendidikan sarjana muda pula, penggunaan bahasa Melayu paling tinggi digunakan iaitu 12 kekerapan dan peratusanya ialah 80%. Responden bagi pendidikan ijazah paling banyak menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi bersama ayah dan emak. Manakala penggunaan bahasa Inggeris kedua tertinggi ialah 2 kekerapan dan peratusannya ialah 13.3%.

Bahasa Inggeris ini hanya digunakan semasa berkomunikasi bersama anak atau anak saudara dan adik beradik.

10

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan pada waktu yang sama adalah paling rendah iaitu 1 kekerapan dan peratusannya ialah 6.7% dan hanya digunakan semasa berkomunikasi bersama isteri. Jumlah keseluruhan penggunaan bahasa Melayu bagi pendidikan diploma dan ijazah ialah 50 kekerapan dan peratusannya ialah 73.6%, bahasa inggeris ialah 2 kekerapan dan peratusanya 2.9%, manakala bahasa melayu dan bahasa ingeris yang digunakan pada waktu yang sama pula ialah 16 kekerapan dan peratusannya ialah 23.5%. Domain B. Melayu Pendidikan Diploma Ijazah Sarjana Muda Jumlah Keseluruhan K 25 12 37 % 52.1 100 61.7 Persahabatan B. Inggeris K 0 0 0 % 0 0 0 B. M + B. I K 23 0 23 % 47.9 0 38.3

Jadual 4.3 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Persahabatan. Berdasarkan Jadual 4.4 menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan domain bagi persahabatan mengikut tahap pendidikan iaitu di peringkat diploma dan sarjana muda. Pemilihan bahasa yang paling tinggi digunakan mengikut pendidikan diploma semasa berkomunikasi ialah bahasa Melayu iaitu menunjukan 25 kekerapan penggunaannya dan peratusanya ialah sebanyak 52.1%. Bahasa Melayu paling kerap digunakan semasa berkomunikasi bersama kawan

11

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

setaman dan paling sedikit digunakan berkomunikasi bersama kawan. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan pada waktu yang sama ialah yang kedua paling tinggi iaitu sebanyak 23 kekerapan dan peratusannya ialah 47.9 %. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan pada waktu yang sama paling banyak digunakan semasa berkomunikasi bersama kawan dan paling sedikit digunakan berkomunikasi bersama kawan setaman. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Inggeris pula tidak digunakan dalam domain persahabatan bagi pendidikan diploma. Bagi pendidikan sarjana muda pula, penggunaan bahasa Melayu paling tinggi digunakan iaitu 12 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 80%. Responden bagi pendidikan ijazah paling banyak menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi bersama ayah dan emak. Manakala penggunaan bahasa Inggeris sahaja dan bahasa Melayu dan bahasa inggeris digunakan pada waktu yang sama tidak digunakan dalam domain persahabatan bagi responden pendidikan ijazah. Jumlah kekerapan penggunaan bahasa Melayu bagi pendidikan diploma dan sarjana muda dalam domain persahabatan ialah kekerapan 37 kekerapan dan peratusannya ialah 61.7%. Bagi jumlah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan pada waktu yang sama ialah 23 kekerapan dan peratusannya 38.3%.

12

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Domain B. Melayu Pendidikan Diploma Ijazah Sarjana Muda Jumlah Keseluruhan K 35 13 48 % 50.7 72.2 55.2

Perniagaan B. Inggeris K 14 4 18 % 20.3 22.2 20.7 B. M + B. I K 20 1 21 % 29 5.6 24.1

Jadual 4.4 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Perniagaan. Berdasarkan Jadual 4.4 menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan domain bagi perniagaan mengikut tahap pendidikan iaitu di peringkat diploma dan sarjana muda. Penggunaan bahasa yang paling tinggi digunakan mengikut pendidikan diploma ialah bahasa Melayu iaitu menunjukkan 35 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 50.7 %. Bahasa Melayu paling kerap digunakan semasa berkomunikasi di kedai runcit dan paling sedikit digunakan berkomunikasi di hotel. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan pada waktu yang sama ialah yang kedua paling tinggi iaitu sebanyak 4 kekerapan dan peratusannya ialah 29%. Bahasa Melayu dan bahasa inggeris digunakan pada waktu yang sama paling banyak digunakan semasa berkomunikasi di pasaraya dan paling sedikit digunakan berkomunikasi di kedai runcit. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Inggeris pula adalah paling sedikit iaitu 14 kekerapan dan peratusannya ialah 20.3%

13

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Bagi pendidikan sarjana muda pula, penggunaan bahasa Melayu paling tinggi digunakan iaitu 13 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 72.2%. Responden bagi pendidikan ijazah paling banyak menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi di kedai runcit. Penggunaan bahasa yang kedua tertinggi ialah bahasa Inggeris iaitu 4 kekerapan dan peratusannya ialah 22.2%. Bahasa Inggeris ini paling kerap digunakan semasa berkomunikasi di hotel dan paling sedikit digunakan di kedai runcit. Selain itu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan pada waktu yang sama adalah paling rendah iaitu 1 kekerapan dan peratusanya ialah 5.6%. Hal ini kerana, responden hanya menggunakannya semasa di pasaraya. Jumlah keseluruhan penggunaan bahasa Melayu bagi pendidikan diploma dan sarjana muda ialah 48 kekerapan dan peratusannya ialah 55.2%, bahasa inggeris 18 kekerapan dan peratusanya 20.7%, dan manakala bahasa melayu dan bahasa inggeris yang digunakan pada waktu yang sama pula ialah 21 kekerapan dan peratusannya ialah 24.1%. Domain B. Melayu Pendidikan Diploma Ijazah Sarjana Muda Jumlah Keseluruhan K 16 5 21 % 66.7 83.3 70 Perkhidmatan B. Inggeris K 2 1 3 % 8.3 16.7 10 B. M + B. I K 6 0 6 % 25 0 20

Jadual 4.5 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Perkhidmatan.

14

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Berdasarkan Jadual 4.5 menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan domain bagi perkhidmatan mengikut tahap pendidikan iaitu di peringkat diploma dan sarjana muda. Pemilihan bahasa yang paling tinggi digunakan mengikut pendidikan

diploma semasa berkomunikasi ialah bahasa Melayu iaitu menunjukkan 16 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 66.7%. Bahasa Melayu paling

kerap digunakan semasa berkomunikasi di balai polis dan paling sedikit digunakan berkomunikasi di pusat telekomunikasi. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan pada waktu yang sama ialah yang kedua paling tinggi iaitu sebanyak 6 kekerapan dan peratusannya ialah 25%. Responden menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris pada waktu yang sama semasa berkomunikasi di pusat telekomunikasi. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Inggeris pula adalah paling sedikit iaitu 2 kekerapan dan peratusannya ialah 8.3%. Bahasa Inggeris ini hanya digunakan di pusat telekomunikasi sahaja. Bagi pendidikan sarjana muda pula, penggunaan bahasa Melayu paling tinggi digunakan iaitu 5 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 83.3%. Responden bagi pendidikan sarjana muda paling kerap menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi di balai polis dan paling sedikit menggunakanya di pusat telekomunikasi. Penggunaan bahasa yang kedua tertinggi ialah bahasa Inggeris iaitu 1 kekerapan dan peratusannya ialah 16.7%. Bahasa Inggeris ini paling kerap digunakan semasa berkomunikasi di pusat telekomunikasi dan

15

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

paling sedikit digunakan di balai polis. Selain itu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan pada waktu yang sama tidak digunakan oleh responden pendiikan sarjana muda. Jumlah keseluruhan penggunaan bahasa Melayu bagi pendidikan diploma dan sarjana muda ialah 21 kekerapan dan peratusannya ialah 70%, bahasa inggeris 3 kekerapan dan peratusanya 10%, dan bahasa melayu dan bahasa inggeris yang digunakan pada waktu yang sama pula ialah 6 kekerapan dan peratusannya ialah 20%. Domain B. Melayu Pendidikan Diploma Ijazah Sarjana Muda Jumlah Keseluruhan K 12 6 18 % 100 100 100 Keagamaan B. Inggeris K 0 0 0 % 0 0 0 B. M + B. I K 0 0 0 % 0 0 0

Jadual 4.6 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Keagamaan. Berdasarkan Jadual 4.6 menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan domain bagi keagamaan mengikut tahap pendidikan iaitu di peringkat diploma dan sarjana muda. Bagi domain keagamaan bagi tahap pendidikan diploma hanya menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi di masjid dan di surau. Penggunaan bahasa Melayu iaitu menunjukkan 12 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 100%. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan pada

16

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

waktu yang sama dan bahasa inggeris sahaja tidak digunakan semasa berkomunikasi di dalam domain keagamaan. Selain itu, pendidikan sarjana muda juga hanya menggunakan bahasa Melayu sahaja iaitu 6 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 100 %. Jumlah keseluruhan penggunaan bahasa Melayu bagi pendidikan diploma dan ijazah ialah 48 kekerapan dan peratusannya ialah 55.2%, bahasa inggeris 18 kekerapan dan peratusanya 20.7%, dan manakala bahasa melayu dan bahasa inggeris yang digunakan pada waktu yang sama pula ialah 21 kekerapan dan peratusannya ialah 24.1%. Domain B. Melayu Pendidikan Diploma Ijazah Sarjana Muda Jumlah Keseluruhan K 29 8 37 % 65.9 66.7 66.1 Pendidikan B. Inggeris K 5 1 6 % 11.4 8.3 10.7 B. M + B. I K 10 3 13 % 22.7 25 23.2

Jadual 4.7 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Pendidikan. Berdasarkan Jadual 4.7 menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan domain bagi pendidikan mengikut tahap pendidikan iaitu di peringkat diploma dan sarjana muda. Penggunaan bahasa yang paling tinggi digunakan mengikut pendidikan diploma ialah bahasa Melayu iaitu menunjukkan 29 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 65.9%. Bahasa Melayu paling kerap digunakan di sekolah

17

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

rendah dan paling sedikit digunakan di pusat tuisyen. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan pada waktu yang sama ialah yang kedua paling tinggi iaitu sebanyak 10 kekerapan dan peratusannya ialah 22.7%. Bahasa Melayu dan bahasa inggeris digunakan pada waktu yang sama paling banyak digunakan semasa berkomunikasi di sekolah menengah dan paling sedikit digunakan di sekolah rendah. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Inggeris pula adalah paling sedikit iaitu 5 kekerapan dan peratusannya ialah 11.4% Bagi pendidikan sarjana muda pula, penggunaan bahasa Melayu paling tinggi digunakan iaitu 8 kekerapan dan peratusanya ialah sebanyak 66.7%. Responden bagi pendidikan ijazah paling banyak menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi di sekolah rendah dan paling sedikit digunakan di sekolah menengah. Bahasa inggeris dan bahasa melayu yang digunakan pada masa yang sama kedua tertinggi iaitu 3 kekerapan. Responden

menggunakanya paling banyak semasa di sekolah menengah. Selain itu, penggunaan bahasa inggeris sahaja paling sedikit digunakan iaitu 1 kekerapan dan peratusannya 8.3%. hal ini kerana bahasa inggeris ini hanya digunakan oleh responden pendidikan sarjana ketika berada di sekolah menengah. Jumlah keseluruhan penggunaan bahasa Melayu bagi pendidikan diploma dan sarjana muda ialah 37 kekerapan dan peratusannya ialah 66.1%, bahasa inggeris 6 kekerapan dan peratusanya 10.7%, dan bahasa Melayu dan

18

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

bahasa Inggeris yang digunakan pada waktu yang sama pula ialah 13 kekerapan dan peratusannya ialah 23.2%. Umur Domain B. Melayu Umur 18 22 tahun 23 27 tahun 28 32 tahun 33 37 tahun 38 42 tahun Jumlah Keseluruhan K 0 34 8 4 2 48 % 0 89.5 80 40 40 72.7 Kekeluargaan B. Inggeris K 3 0 0 0 2 5 % 100 0 0 0 40 7.6 B. M + B. I K 0 4 2 6 1 13 % 0 10.5 20 60 20 19.7

Jadual 4.8 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Kekeluargaan. Berdasarkan jadual dia di atas menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa bagi domain kekeluargaan.Domain kekeluargaan menunjukkan bahawa responden menggunakan bahasa melayu,bahasa

Inggeris dan bahasa melayu dan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan keluarganya iaitu dengan ayah, emak dan juga adik-beradik sahaja. Bagi peringkat umur, 18 hingga 22 tahun penggunaan bahasa inggeris adalah sebanyak tiga responden dan 100%. Pada peringkat umur 23 hingga 27 tahun, pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak 34 responden dan 89.5 %. Selain itu, bagi pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak empat responden dan 10.5 %. Bagi peringkat umur 28 hingga 32 tahun, pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak lapan responden dan 80%. Bagi pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak dua responden dan 20%. Pada peringkat umur 33 hingga 37 tahun, pemilihan bahasa melayu

19

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

adalah sebanyak empat responden dan 40%. Bagi pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak enam responden dan 60%. Selain itu bagi peringkat umur 38 hingga 42 tahun adalah sebanyak dua responden dan 40% bagi pemilihan bahasa inggeris dan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Jumlah keseluruhan bagi domain bahasa melayu adalah sebanyak 48 kekerapan dan 72.2 %. Penggunaan bahasa yang paling rendah ialah bahasa inggeris iaitu sebanyak 5 kekerapan atau 7.6 %.

Domain B. Melayu Umur 18 22 tahun 23 27 tahun 28 32 tahun 33 37 tahun 38 42 tahun Jumlah Keseluruhan K 3 19 7 2 4 35 % 75 55.9 87.5 25 100 60.3

Persahabatan B. Inggeris K 0 3 0 0 0 3 % 08.8 0 0 0 5.2 B. M + B. I K 1 12 1 6 0 20 % 25 35.3 12.5 75 0 34.5

Jadual 4.9 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Persahabatan. Berdasarkan jadual 4 di atas, menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan bahsa bagi domain persahabatan. Bagi domain

persahabatan telah dibahagikan kelas-kelas umur yang mempunyai pelbagai peringkat umur. Pada peringkat umur 18 hingga 22 tahun, pemilihan bahasa melayu

adalah sebanyak tiga responden dan 75%. Bagi bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak satu responden dan 25%. Selain itu, bagi peringkat umur 19 hingga 23 tahun adalah sebanyak 18 responden dan 55.9%.

20

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Pemilihan bahasa inggeris pada peringkat umur ini adalah sebanyak tiga responden dan 8.8%. penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak 12 responden dan 12.5%. pada peringkat umur 28 hingga 32 tahun, pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak dua responden dan 87.5%. bagi pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalh sebanyak satu responden dan 12.5%. pada peringkat umur 33 hingga 37 tahun, pemihan bahasa melayu adalah sebanyak dua responden dan 25%, manakala pemilihan bahasa melayu dan bahsa inggeris adlah sebanyak enam responden dan 75%. Selain itu, pada peringkat umur 38 hingga 42 tahun, pemilihan bahsa melayu adalah sebanyak empat respponden dan 100%. Jumlah keseluruhan bagi domain persahabatan ialah pemilihan bahasa melayu paling banyak digunakan iaitu sebanyak 35 kekerapan atau 60.3 %. Selain itu, pemilihan penggunaan bahasa paling sedikit digunakan iaitu sebanyak 3 kekerapan 5.2 %. Domain B. Melayu Umur 18 22 tahun 23 27 tahun 28 32 tahun 33 37 tahun 38 42 tahun Jumlah Keseluruhan K 4 36 9 6 2 57 % 66.7 66.7 75 50 33.3 63.3 Perniagaan B. Inggeris K 2 6 2 2 3 15 % 33.3 9.1 16.7 16.7 50 16.7 B. M + B. I K 0 12 1 4 1 18 % 0 22.2 8.3 8.3 16.7 20

Jadual 4.10 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Perniagaan. Berdasarkan jadual di atas menunjukkan jumlah kekerapan dan

peratusan pemilihan bahasa mengikut domain perniagaan. Bagi domain

21

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

perniagaan telah dibahagikan beberapa kelas umur untuk menunjukkan pemilihan bahasa yang digunakan. Bagi kelas umur 18 hingga 22 tahun, pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak empat responden dan 66.7%. bagi bahasa inggeris dalah sebanyak dua responden dan 33.35. pada peringkat umur 23 hingga 27 tahun adalah 36 responden dan 66.7, pemilihan bahsa inggeris adlah sebanyak 6 responden dan 9.1%. diikuti oleh bahasa melayu dan bahsa inggeris adlah sebanyak 12 responden dan 22.2%. selain itu, 28 hingga 32 tahun adlah sebanyak 9 responden dan diikut oleh pemilihan basa inggeris adalah sebanyak dua responden 16.7%, manakala pemilihan bahas melayu dan bahas inggeris adalah satu responden dan 8.3%. bagi peringkat umur 33 hingga 37 tahun, pemilihan bahasa melayu adlah sebanyak enam responden dan 50%, diikuti bahasa inggeris dalah sebanyak dua responden dan 16.7%. bagi bahasa melayu dan bahas inggeris adlah sebanyak satu responden adalah sebanyak 16.7%. Pada peringkat umur 38 hingga 42 tahun adlah sebanyak dua responden dan 13.3% bagi bahasa melayu diikut oleh bahasa inggeris sebanyak tiga responden dan 30%. Bagi bahasa melyu dan bahasa inggeris sebanyak satu responden dan 13.7%. Domain B. Melayu Umur 18 22 tahun 23 27 tahun 28 32 tahun 33 37 tahun 38 42 tahun Jumlah Keseluruhan K 1 13 2 3 2 21 % 50 72.2 50 75 100 70 Perkhidmatan B. Inggeris K 0 1 2 0 0 3 % 0 5.6 50 0 0 10 B. M + B. I K 1 4 0 1 0 6 % 50 22.2 0 25 0 20

Jadual 4.11 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Perkhidmatan.
22

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa bagi domain perkhidmatan. Pemilihan bahasa dibahgikan beberapa kelas umur. Pada peringkat umur 18 hingga 22 tahun, sebanyak satu responden dan 50% adalah pemilihan bahasa melayu dan pemilihan bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Bagi peringkat umur 23 hingga 27 tahun, bahasa melayu adalah sebanyak 13 responden dan 72.2%, manakala bahasa inggeris pula adalah sebanyak satu responden dan 5.6%. selain itu, bagi pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak empat responden dan 22.2%. Bagi peringkat umur 28 hingga 32 tahun. Pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris masing-masing adalah sebanyak dua responden dan 50%. Pada peringkat umur 33 hingga 37 tahun, pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak tiga respon dan 75%. Bagi bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak satu respon dan 25%. Seterusnya, pada peringkat umur 38 hingga 42 tahun, pemilhan bahasa melayu adlah sebanyak dua respon dan 100%. Jumlah keseluruh bagi pemilihan bahas melayu dalah sebanyak 21 responden dan 70%, diikuti oleh bahasa inggeris sebanyak tiga responden dan 10%, seterusnya ialah pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris iaitu sebanyak enam responden dan 20%. Domain B. Melayu Umur 18 22 tahun 23 27 tahun 28 32 tahun 33 37 tahun 38 42 tahun Jumlah Keseluruhan K 2 18 4 4 2 30 % 100 100 100 100 100 100 Keagamaan B. Inggeris K 0 0 0 0 0 0 % 0 0 0 0 0 0 B. M + B. I K 0 0 0 0 0 0 % 0 0 0 0 0 0

23

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Jadual 4.12 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Keagamaan. Berdasarkan jadual tersebut menunjukkan jumalh kekerapan dan peratusan pemilihan bahas domain keagamaan. Pemilihan bahasa bagi domain keagamaan dikelaskan pelbagai peringkat umur. Pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak 2 responden dan 100% pada peringkat umur 18 hingga 22 tahun. Diikuti peringkat umur 23 hingga 27 tahun sebanyak 18 respon dan 100%. Sebanyak 4 respon dan 1005 abgi peringkat umur 28 hingga 32 tahun dan 33 hingga 37 tahun. Selain itu pada peringkat umur 38 hingga 42 tahun adalah sebanyak dua respon dan 100%. Jumlah keseluruhan bagi pemilhan bahas melayu adalah sebanyak 30 responden dan 100%. Domain B. Melayu Umur 18 22 tahun 23 27 tahun 28 32 tahun 33 37 tahun 38 42 tahun Jumlah Keseluruhan K 4 22 3 4 3 36 % 100 66.7 37.5 50 75 63.1 Pendidikan B. Inggeris K 0 6 1 2 0 9 % 0 18.1 12.5 25 0 15.8 B. M + B. I K 0 5 4 2 1 12 % 0 15.2 50 25 25 21.1

Jadual 4.13 Jumlah Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Domain Pendidikan. Berdasarkan jadual tersebut menunjukkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan domain pendidikan. Peringkat umur dibahagikan beberapa kelas.

24

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

Pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak empat responden dan 100% pada peringkat umur 18 hingga 22 tahun. Bagi peringkat umur 23 hingga 27 tahun, pemilihan bahas melayu adlah sebanyak 22 responden dan 66.7%. diikuti oleh pemilihan bahsa inggeris sebanyak enam responden dan 18.1%, manakala pemillihan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak lima responden dan 15.2%. selain itu, bagi peringakt umur 28 hingga 32 tahun adlah sebanyak tiga responden dan 37.5%, diikuti pemilihan bahas inggeris iaitu sebanyak satu responden dan 12.5%. bagi pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris sebanyak empat responden dan 50%. Seterusnya bagi peringkat umur 33 hingga 37 tahun, pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak empat responden dan 50%. Bagi pemilihan bahasa melayu dan bahasa melayu dan bahasa inggeris masing-masing adalah sebanyak dua responden 25%. Pada peringkat 38 hingga 42 tahun, pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak tiga responden dan 75%. Bagi pemilihan bahasa melayu dan bahas inggeris adalah sebanyak satu responden dan 25%. Jumlah keseluruhan bagi domain pendidikan bagi pemilihan bahasa melayu adalah sebanyak 36 respon dan 63.1%. bagi pemilihan bahasa inggeris pula adalah sebanyak sembilan respon dan 15.8%, manakala bagi pemilihan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebanyak 12 respon dan 21.1%.

25

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

5.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian pemilihan bahasa di seksyen 9, Shah Alam mendapati bahasa yang digunakan oleh masyarakat di kawasan tersebut mengikut domain. Domain tersebut terbahagi kepada dua iaitu domain tinggi dan domain rendah. Kajian menunjukkan Domain tinggi yang terdapat di kawasan kajian ialah domain keagamaan, pendidikan dan perkhidmatan manakala domain rendah ialah domain kekeluargaan, persahabatan dan perniagaan. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa bahasa yang kerap dipilih untuk komunikasi oleh masyarakat yang dikaji adalah mengikut taraf pendidikan dan umur. Bagi masyarakat yang berpendidikan tinggi mereka lebih banyak menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Melayu/bahasa Inggeris dalam urusan seharian. Bagi peringkat umur dari 18 hingga 27 tahun mereka banyak menggunakan bahasa Melayu untuk urusan seharian. Pada peringkat umur 28 hingga 32 tahun pula bahasa yang banyak dipilih ialah bahasa Melayu dan bahasa Melayu/bahasa Inggeris berbanding pemilihan bahasa Inggeris yang tidak dipilih mengikut domain tertentu iaitu domain keagamaan, kekeluargaan dan persahabatan. Seterusnya peringkat umur 38 tahun hingga 42 tahun pula mereka juga kerap memilih bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris dan bahasa Melayu/bahasa Inggeris.

26

BMP421 Pengantar Sosiolinguistik

RUJUKAN

Fasold, Ralph. 1984. The Sociolinguistics of Society. Oxford: Basil Blackwell.

Fishman, Joshua A. 1972. The Sociology of Language. Rowley: Newbury House.

Nor Hisham Osman. 1993. Kajian pemilihan bahasa di kawasan Ulu Dedap Seberang Perak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed. 2003. Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik. Selangor. Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

27

Anda mungkin juga menyukai