Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 3

Kitab suci agama Sikh adalah Guru Granth Sahib. Kitab ini terdiri daripada isi kadungan kitab
Adi Granth dan Dasam Granth. Ia terdiri daripada enam bahasa berlainan seperti bahasa Punjabi,
Persia, Hindu dan sebagainya. Oleh itu tidak ramai orang yang dapat memahami semua makna
kandungan kitab itu. Kitab Adi Granth adalah kitab pertama. Ia lebih berbentuk susunan syair.
Kitab ini disempurnakan oleh enam orang Guru. Isi kandungannya termasuk kata-kata dan syair
daripada orang Islam dan Hindu. Manakala Dasam Granth adalah kitab yang digubah oleh Guru
Gobind Sigh. Isi kandungannya termasuk kata-kata daripada ahli masyarakat lain. Secara
umumnya tajuk perbincangan kitab itu berkisar berkenaan keberanian dan ketabahan.
Di dalam buku 'The Gospel of the Guru Granth Sahib oleh Duncan Greenless,
diterangkan isi kandungan Guru Granth Sahib. Pertama, mengenai persoalan Bagaimanakah
alam ini terjadi? Diterangkan bahawa alam ini terjadi disebabkan adanya Tuhan yang maha
kuasa. Dengan kudratnya terjadilah yang berubah-ubah dari satu masa ke suatu masa. Kedua,
mengenai persoalan Tuhan. Diterangkan bahawa Tuhan sentiasa ada dengan tidak dapat dilihat
tetapi dapat diketahui melalui perbuatannya. Tuhan merupakan raja, bapa dan Tuhan mempunyai
siIat pengasih kepada semua yang dijadikannya di alam ini.
Ketiga, mengenai kedudukan Tuhan. Diterangkan Tuhan ada di dalam semua yang
dijadikannya sebagai rohnya. Keempat, mengenai rumah sembahyang khas untuk Tuhan.
Diterangkan di sini bahawa di mana-mana sahaja namanya disebut, di seluruh alam dan di dalam
hati setiap makhluk, itulah rumah sembahyang untuk Tuhan. Kelima, mengenai sebab Tuhan
menjadikan alam ini. Diterangkan bahawa Tuhan menjadikan alam ini kerana ia bersiIat suci dan
mahu memberi apa yang dia ada kepada orang lain.
Keenam, persoalan mengenai kehendakNya terhadap orang lain. diterangkan bahawa
Tuhan adalah sempurna. Oleh itu, Tuhan tidak berkehendak kepada orang lain. Tetapi Tuhan
mahukan agar makhlukNya tahu Dia adalah pengasih. Ketujuh, mengenai benda yang ada akan
musnah apabila Tuhan menghendaki demikian. Ini bermakna benda tidak bersiIat kekal.
Kelapan, mengenai syurga dan neraka juga tidak kekal kerana yang kekal hanyalah Tuhan dan
roh yang bersatu denganNya. Kesembilan, mengenai alam yang diumpamakan seperti bayang-
bayang Tuhan kerana Tuhan yang membinasakan selepas menjadikan alam.
Kesepuluh, mengenai persoalan samada alam ini baik atau buruk? Pada asalnya alam ini
baik kerana dijadikan oleh Tuhan tetapi berubah menjadi buruk bagi roh yang memilih alam ini
lebih dari Tuhan. Kesebelas hingga lima belas mengenai dosa dan kejahatan iaitu apa itu dosa
dan kejahatan, bagaimana kejahatan timbul, mengapakah tuhan membiarkan kejahatan itu ada
dan cara yang dilakukan Tuhan apabila kejahatan mula menguasai dunia. Seterusnya manusia
yang jahat dianggap sebagai syaitan tetapi tidak akan dapat menandingi Tuhan yang Maha Kuasa
itu.
Keenam belas hingga ke tiga puluh satu, adalah mengenai manusia antaranya siapa itu
manusia, mengapa Tuhan menjadikan manusia, dari mana datangnya roh, kewajipan manusia di
atas muka bumi dan banyak lagi yang berkaitan dengan manusia. Dijelaskan bahawa manusia itu
keturunan Tuhan. Manusia boleh binasa apabila dia menyatukan dirinya dengan benda-benda
dunia yang Iana tetapi ia tidak akan binasa jika dapat menyatukan rohnya dengan Tuhan. Antara
lain diterangkan bahwa manusia dijadikan Tuhan adalah untuk bersatu denganNya.
Bahagian terakhir dari kandungan Guru Granth Sahib adalah mengenai Guru iaitu
siapakah guru yang sebenarnya, adakah seorang manusia biasa atau nabi, perhubungan diantara
sepuluh orang guru sikh dan terakhir mengenai agama sikh. Diterangkan agama sikh ialah suatu
kehidupan yang bergerak dengan bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kepada seluruh dunia
dengan pertunjukan Guru Nanak supaya semua roh dapat mencapai semua tujuan yang
muktamad dan kasih kepada Tuhan.
Rujukan
Gurbachan Singh. 1996. &ama Sikh. Seremban, Negeri Sembialn: Sikh Naujawan Sabha.
Mohd. Rosmizi Abd. Rahman. 2005. Panduan Memilih Aama. Bentong: PTS Millinea.