Anda di halaman 1dari 6

TEORI GELAGAT PENGGUNA / KELAKUAN PENGGUNA

Teori gelagat pengguna adalah suatu teori yang mencari penjelasan bagaimana kelakuan
pengguna di dalam membelanjakan atau membeli barangan atau perkhidmatan. Kelakuan
pengguna selalunya akan membeli lebih apabila harga sesuatu barangan atau
perkhidmatan jatuh dan sebaliknya. Dengan perkataan lain, teori ini juga melihat atau
mencari penjelasan mengapa harga dan kuantiti yang diminta berhubung secara songsang.

Menurut pandangan / pendekatan konvensional, fenomena ini adalah disebabkan oleh


pengguna yang ingin memaksimumkan kepuasan material mereka dengan menggunakan
pendapatan mereka yang terhad. Tetapi ini bukan begitu di dalam ekonomi Islam.
Menurut ekonomi Islam, pengguna akan memaksimumkan kedua-dua kepuasan sama ada
kepuasan material mahupun kepuasan rohani. Dengan lain perkataan, pengguna Muslim
akan cuba memaksimumkan bukan sahaja kepuasan di dunia ini bahkan juga kepuasan
dirinya di akhirat.

Perbincangan kuliah hari ini akan cuba menjelaskan kelakuan pengguna dari perspektif
konvensional dan juga dari perspektif Islam.

Konsep Rasionaliti dan Utiliti


Perspektif Konvensional
Teori gelagat pengguna mencari akan cuba menjelaskan perlakuan membeli secara
normal kebanyakan pengguna. Ianya bermula dengan mengandaikan semua pengguna
adalah rasional dalam membuat keputusan perbelanjaan.

Rasionaliti di dalam ekonomi konvensional bermakna mana-mana pengguna akan selalu


cuba memaksimumkan kepuasan material mereka dari penggunaan sumber pendapatan
yang terhad yang mereka ada. Mereka mengambil keputusan berdasarkan pemikiran
sendiri bagaimana mereka membelanjakan pendapatan mereka yang terhad untuk
memaksimumkan kepuasan mereka. Keputusan yang dibuat mungkin dipengaruhi oleh
citarasa, perubahan fesyen, harga, pendapatan, dan lain-lain. Selalunya nilai-nilai agama
kurang diambilkira di dalam membuat keputusan tersebut.

Utiliti adalah kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat memberikan
kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang demikian, utility boleh
juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan pengguna terhadap
penggunaan sesuatu atau perkhidmatan. Utiliti yang berkaitan dengan kehendak yang
telah dipenuhi sebagai utility material atau kepuasan material. Jadi, dalam ekonomi
konvensional, pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan
pendapatannya dengan cara mereka memaksimumkan utility material atau kepuasan
material.
Perspektif Islam
Pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatan mereka untuk
memaksimumkan kepuasan material sejajar dengan kepuasan kerohanian. Utiliti material
akan menjadikan mereka sangat puas di dunia ini, manakala utility kerohanian
membuatkan mereka puas di kemudian hari, akhirat. Maka dengan itu, pendapatan
digunakan bukan sahaja untuk memenuhi utility material bahkan juga utility kerohanian.
Contohnya, disamping membelanjakan pendapatan untuk makanan, pakaian, dan lain-lain
keperluan, mereka mungkin juga mahu membelanjakan sebahagian pendapatan mereka
sebagai derma kepada yang memerlukan. Mereka membuat keputusan perbelanjaan
bukan sahaja berdasarkan kepada pemikiran sendiri tetapi juga yang lebih penting
berasaskan nilai-nilai agama iaitu agama Islam. Walaupun, barangan bukan-halal lebih
murah daripada barangan halal, mereka akan tetap membeli barangan tersebut walaupun
mahal.

Bukti orang-orang Islam mencari jalan untuk memaksimumkan utility material dan juga
utility kerohanian telah difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-
Baqarah ayat 201, maksudnya:

“Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab
Neraka”.

Memaksimumkan Utiliti dari Perspektif


Konvensional
Ada 2 pendekatan:

1. Pendekatan Kardinal

2. Pendekatan Ordinal

Pendekatan Kardinal
Dalam topic ini, kita akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan:

1. Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut Berkurangan

2. Syarat memaksimumkan utility dalam kes satu barang dan dalam kes lebih daripada
satu barang

3. Kesan ke atas kuantiti barang yang diminta apabila harga berubah


Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum
Utiliti Sut Berkurangan
Pendekatan ini dibangunkan oleh A. Marshall yang menggunakan konsep jumlah utility,
utility sut dan hukum utility sut berkurangan untuk menerangkan bagaimana pengguna
memaksimumkan utility mereka dengan penggunaan pendapatan yang diberikan.

Jumlah Hasil (Total Utiliti) – tingkat kepuasan seseorang pengguna akibat penggunaan
sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Marginal Utiliti – utility tambahan yang diperolehi oleh seseorang pengguna kesan
daripada penggunaan tambahan seunit barangan atau perkhidmatan yang sama

Secara normalnya, semakin banyak kita menggunakan sesuatu barangan atau


perkhidmatan, semakin berkurangan kepuasan yang kita perolehi dari setiap tambahan
penggunaan barangan tersebut.

Hukum Utiliti Sut Berkurangan – semakin pengguna meningkatkan penggunaan sesuatu


barangan atau perkhidmatan secara berterusan, utility tambahan atau kepuasan tambahan
yang diperolehi bagi setiap tambahan seunit penggunaan barangan tersebut adalah
semakin berkurangan.

Jadual Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti untuk penggunaan Ayam Goreng

Unit digunakan Jumlah Utiliti Marginal Utiliti / Kepuasan


Tambahan
1 8 8
2 15 15 – 8 = 7
3 21 21 – 15 = 6
4 24 24 – 21 = 3
5 25 25 – 24 = 1
6 25 25 – 25 = 0
7 19 19 – 25 = -6

Dari jadual di atas, kita mendapati Jumlah Hasil meningkat daripada 8 hingga ke 25
apabila pengguna meningkatkan penggunaan ayam goreng daripada 1 hingga 6. Marginal
Utiliti berkurangan apabila semakin banyak kita menggunakan ayam goreng. Secara graf
kita dapat melihat hubungan Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti adalah seperti berikut:

R
JH

MU

Apabila Jumlah Hasil (JU) berada pada tahap maksimum iaitu di titik R, Marginal Utiliti
(MU) sama dengan kosong.
Syarat untuk memaksimumkan utility / Keseimbangan Pengguna

Kita tahu bahawa barangan yang kita perolehi / kita guna akan memberikan kepuasan
kepada kehendak dan keperluan kita. Kita juga tahu bahawa penggunaan sesuatu
barangan bukanlah percuma. Kita perlu membeli menggunakan sumber / peruntukan
pendapatan yang kita ada. Dengan sebab itu, sebelum membuat keputusan pembelian,
pengguna selalunya membandingkan harga barangan tersebut dengan utility / kepuasan
nilai pembelian barangan itu. Pengguna akan bertanya sama ada barangan berkenaan
benar-benar berpatutan (berbaloi) dengan harga yang dibayar dengan tingkat kepuasan
yang diperolehi. Jika berpatutan, maka pengguna akan membeli. Proses perbandingan ini
memastikan pengguna merasa puas dengan pembelian sesuatu barangan.

Di dalam ekonomi, proses ini disebut sebagai syarat untuk pengguna memaksimumkan
utility / kepuasan. Apabila pengguna memaksimumkan utility mereka terhadap sesautu
barangan, maka mereka tiada hasrat untuk mengubah penggunaan barangan tersebut.
Pada tingkat kepuasan ini (maksimum) pengguna dikatakan sebagai berada di dalam
keseimbangan. Di dalam ekonomi, pengguna akan memaksimumkan utility / kepuasan
apabila harga sama dengan nilai marginal utility barangan tersebut. Contohnya, jika harga
ayam goreng RM3.00 seunit, andaian RM1.00 sama dengan satu unit utility yang
diperolehi, maka untuk memenuhi kepuasan pembelian, pengguna perlu memastikan
penggunaan / pembelian unit terakhir ayam goreng mestilah sama dengan 3 unit marginal
utility. Dalam bentuk persamaan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa:

Harga ayam goreng = Marginal Utiliti ayam goreng

Pc = MUc

Jika kombinasi dua barang, maka pengguna memaksimumkan utility apabila,

MUA MUB
=
PA PB

Syarat kedua penentuan keseimbangan adalah jumlah perbelanjaan mestilah sama dengan
jumlah peruntukan / belanjawan yang telah ditetapkan untuk penggunaan kombinasi
barangan tersebut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila fahami proses penentuan
kedua-dua syarat dipenuhi seperti contoh di bawah.

Unit yang Ayam Goreng Burger


digunakan /
Jumlah Hasil Marginal Utiliti Jumlah Hasil Marginal Utiliti
dibeli
1 24 24 10 10
2 44 20 18 8
3 62 18 25 7
4 78 16 31 6
5 90 12 36 5
6 96 6 40 4
7 100 4 43 3

Harga ayam goreng adalah RM2.00 dan harga burger RM1.00. Peruntukan pendapatan
yang diberi adalah sebanyak RM10.00. Apakah kombinasi ayam goreng dan burger yang
dapat memaksimumkan kepuasan / utility pengguna ini.

Syarat pertama,

MUA MUB
=
PA PB

Maka, perlu mengira nilai MUA/ PA dan MUB/ PB dan padankan nilai yang sama.

MUA MUB
Unit yang digunakan
PA PB
1 24/2 = 12 10/1 = 10
2 20/2 = 10 8/1 = 8
3 18/2 = 9 7/1 = 7
4 16/2 = 8 6/1 = 6
5 12/2 = 6 5/1 = 5
6 6/2 = 3 4/1 = 4
7 4/2 = 2 3/1 = 3

Terdapat empat kombinasi yang memberikan nilai MUA/ PA dan MUB/ PB yang sama iaitu
pada kombinasi 2 unit ayam goreng(AG) dan 1 unit burger(B), 4 AG dan 2 B, 5 AG dan 4
B, dan 6 AG dan 7 B.

Syarat kedua, salah satu daripada 4 kombinasi di atas perlu memenuhi peruntukan
pendapatan yang digunakan untuk membeli barangan tersebut iaitu RM10.00. Maka,
dengan membuat semakan pengiraan setiap kombinasi, kita akan mendapati keputusan
seperti berikut:

Kombinasi Unit X Harga Jumlah = RM10


1 (2 AG X RM2) + (1 B X RM1) RM5
2 (4 AG X RM2) + (2 B X RM1) RM10
3 (5 AG X RM2) + (4 B X RM1) RM14
4 (6 AG X RM2) + (7 B X RM1) RM19

Kesimpulannya, kombinasi 2 adalah kombinasi yang memaksimumkan utility pengguna.

Anda mungkin juga menyukai