Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT




S KANDUNGAN 01

PENDAHULUAN 02

SEJARAH PERKEMBANGAN PENGUKURAN 03 - 06
PANJANG/ BERAT/ SPADU CECAR

TESELAS 07 - 11

REKAAN BENTUK TESELAS 2D DAN LANGKAH-LANGKAH 12 -13
PEMBNAANNYA

PENGURUSAN GRAFK SEJARAH PERKEMBANGAN 14
PENGUKURAN PANJANG/ BERAT/ SPADU CECAR

REFLEKS 15 - 16

BORANG KOLABORAS

RUJUKAN 17

BROSUR

!NDAHULUAN


Sejarah perkembangan pengukuran panjang/ berat/ isipadu cecair memang
sepatutnya kita ketahui. ni memandangkan segala apa yang kita peroleh pada hari
ini adalah kesinambungan dari zaman dahulu lagi. Oleh sebab itu, kita mestilah tahu
asal-usul sesuatu yang kita gunakan pada hari ini. ni terbukti dengan unit-unit yang
digunakan sekarang memang berlainan daripada zaman dahulu. Alat-alat yang
canggih juga semakin banyak digunakan mengikut peredaran zaman. Alat-alat yang
digunakan pada hari ini sememangnya dicipta sebab ia banyak memberi kemudahan
dan kecepatan masa dalam mengukur panjang/ berat/ isipadu cecair.

Menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah penting bagi seorang
individu itu kerana ia merupakan proses di mana individu tersebut menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan pemahaman sedia ada untuk menyelesaikan masalah
baru. Sekiranya kita kurang menguasainya maka kita akan menjadi lebih
ketinggalan zaman dan kurang berilmu. Semua yang dipelajari adalah berpandukan
keperluan dalam kehidupan kita.















SJARAH !RKMBANGAN !NGUKURAN !ANJANG / BRAT / ISI!ADU CCAIR



Adakah anda pernah mendengar dan menggunakan ukuran seperti jengkal,
hasta, depa, kaki dan sebagainya? Pada zaman dahulu, tidak terdapat unit ukuran
panjang seperti inci, meter dan lain-lain. Oleh yang demikian, mereka menggunakan
anatomi manusia untuk mengukur. Ukuran tersebut merupakan satu simbol yang
digunakan untuk unit ukuran panjang.

Selain itu, simbol juga turut digunakan untuk unit ukuran berat. Mereka
menggunakan binatang atau barang dagangan sebagai simbol bagi ukuran berat
seperti kerbau dan beras. Namun pada masa kini, unit ukiran berat telah
menggunakan simbol yang lebih mudah difahami dan digunakan seantero dunia iaitu
gram, kilogram, tan dan sebagainya.

Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang, iaitu konsep fundamental dalam fizik. Jisim
merupakan konsep tengah dari mekanik klasikal dan subjek berkaiatan. Jisim
sesuatu objek adalah malar dan tidak dipengaruhi oelah daya tarikan graviti.

Kuantiti piawai bagi cirri-ciri fizikal sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi
sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia.
Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak perkara seperti pembinaan
tempat kediaman mereka yang memerlukan sesuatu saiz dan bentuk yang padan
dengan anggota keluarga mereka, rekaan pakaian, atau penukaran barang-barang
dan makanan mereka.

Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal telah dicipta pada abad
ke-4 SM dan ke-3 SM lagi di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah
ndus, dan juga di Elam di Parsi. Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan
bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Contohnya:
depa, jengkal.

Kemunculan pelbagai sistem ukuran berbeza merupakan salah satu punca utama
pertikaian antara peagang-pedagang dan penduduk dengan pengumpul cukai. Satu
negara bersatu dengan matawang tunggal dan pasaran seluruh negara,

sebagaimana kebanyakan negara Eropah muncul pada akhir abad ke-18,


mempunyai pemangkin ekonomi yang kuat dan dalam kedudukan bagi
meninggalkan sistem ukuran lama dan mengambil unit ukuran piawaian. Masalah
tidak sama bukanlah disebabkan oleh unit berlainan tetapi disebabkan oleh unit
saiznya berlainan. Oleh itu, daripada menjadikan ukuran yang ada sebagai
piawaian, pemimpin kerajaan revolusi Peranchis memutuskan untuk menggunakan
sistem baru sepenuhnya.

Penerimaan rasmi sistem sedemikian berlaku di Perancis pada tahun 1791 selepas
Revolusi Perancis pada 1789. Penerimaan sistem metrik di Perancis berlaku
dengan perlahan, tetapi kepentingannya sebagai sistem antarabangsa telah dikenali.
Semenjak itu, pelbagai variasi sistem tersebut telah berlaku. Kegunaannya merebak
ke seluruh dunia, mula-mula pada negara bukan penutur nggeris, kemudiannya
barulah ke negara penutur nggeris.

Keseluruhan proses berakhir dengan pengisytiharan pada 22 Jun 1799 sistem
metrik bersama penyimpanan dalam Archies Republik perwakilan fizikal pawaian
tersebut, prototaip metredan, prototaip kilogram, keduanya dihasilkan menggunakan
aloi platinum, disaksikan oleh perwakilan Perancis dan beberapa kerajaan asing dan
kebanyakan pakar sains masa itu.

Pentadbiran dan pengurusan kerajaan Campa yang teratur dapat difahami lagi
dengan adanya sistem subsidi dan cukai kepada kaki tangan kerajaannya, adanya
unit-unit sukatan seperti yak dan jak (untuk berat atau isipadu beras dan
sebagainya) yang masih dipakai oleh para petani sekarang, di Kelantan
umpamanya; sukatan jarak li dan chang (kira-kira sama dengan 10 kaki atau sekitar
3 meter); unit luas yang dinamai sinjol, makik, malau dan satam; unit berat tael
(ejaan Melayu kini ialah "tahil, dan masih dipakai hingga sekarang), dram (sekitar 3
gm dan 12 dram = setael; di Barat drum yang berpunca drp bahasa yang sama,
Sanskrit: drama, digunakan untuk isipadu cecair), thil atau tei untuk emas dan
benda-benda yang berharga seperti itu (sekarang menjadi tahil juga), karsa atau kar
untuk benda lain yang seberat thil juga, kemudian unit yang lebih tinggi lagi: pala = 4
karsa, tula = 100 pala dan bhara = 20 tula. Unit-unit lain lagi yang belum diketahui

kuantitinya mengikut sukatan moden ialah panda, kattika dan pana. Semua ini
berlaku sekurang-kurangnya sejak abad 8M lagi. Wujudnya sistem unit sukatan yang
agak lengkap ini tidak menghairankan apabila mengenangkan Campa juga,
bersekali dengan Kerajaan Funan-Chenla, sudah mendahului dunia dalam ciptaan
sistem angka perpuluhannya dengan wujudnya sistem tersebut sekurang-kurang
sejak abad ke-6M lagi (lihat Fazura 2005). Unit-unit sukatan di atas wujud di Campa
sekurang-kurangnya dalam abad ke-12M kerana unit-unit itu tercatat di prasasti
Campa bertarikh 1150M.



UKURAN !ADA ZAMAN DAHULU DAN ZAMAN SKARANG



depa






jengkal







Dacing (dahulu) alat penimbang (sekarang)


























TSLASI (TSSLLATION) 2D

Teselasi merupakan satu corak berulang yang menutupi semua ruang yang sama
dari bentuk asas yang sama yang telah diciptakan oleh alam dan bentuk dan tidak
berlaku pertindihan atau ruang. Makna yang lain bagi teselasi ialah bentuk-bentuk
yang seakan-akan mozek. Contoh-contoh susunan dari corak heksagonal mudah
seperti sarang madu lebah atau lantai seramik.
Contohnya:









Teselasi sendiri merupakan sebuah seni yang berlandaskan pada geometri.
Teselasi atau pengubinan adalah sesuatu yang semulajadi, anda boleh melhat
sendiri contohnya seperti bentuk sarang lebah di bawah:





Gambar corak bentuk heksagon




Gambar original sarang lebah

Perkataan lain untuk teselasi adalah jubin. Apakah jubin? Dalam kamus, perkataan
"tesellate ertinya membentuk atau menguruskan dataran kecil dalam corak imej
berkotak-kotak atau mozek. Perkataan tersebut berasal dari versi ionik perkataan
Greek "tesseres yang dalam bahasa nggeris bermaksud "empat. Mengjubin
pertama telah dibuat daripada jubin persegi.

Sejenis jubin khas atau teselasi 'rep-jubin'. Rep-jubin ini bukan benda hidup,
walaupun ada yang menyatakan 'rep' ni sebagai 'mereplikasi'. 'Rep' petak adalah
termasuk untuk membuat replika yang lebih besar kepada diri sendiri. Anda boleh
mengetahui lebih lanjut di : Reptiles by Andrew Clarke.

Satu lagi jenis jubin khas atau tesellasi yang dinamakan sempenan ahli fizik dan
matematik British iaitu Roger Penrose. Jubin ini terdiri daripada dua rhombi. Satu
dengan sudut 72 dan 108 darjah. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di : Aperiodic
Tiling with Penrose Rhombs by Nancy Casey.

Poligon sekata mempunyai 3 atau 5 atau lebih banyak pihak dan sudut, semuanya
sama. Teselasi tetap bermakna teselasi yang terdiri daripada poligon sepadan
tetap. Cara sepadan bahawa poligon yang anda letakkan bersama-sama semua
saiz dan bentuk yang sama.
Bentuk bentuk Biasa 2 D- Poligon





Segitiga segiempat sama pentagon heksagon




Heptagon Optagon Nonagon





Decagon Hendecagon Dodecagon

Bentuk ini yang dikenali sebagai poligon sekata. Poligon adalah bentuk banyak
berpihak dengan sisi-sisi lurus. Untuk menjadi poligon sekata, semua sisi dan sudut
mestilah sama.


Teselasi Biasa

Teselasi adalah corak yang dibuat dengan mengulangi poligon sekata.
Terdapat hanya 3 teselasi tetap:











Segitiga Segiempat Sama Heksagon


Teselasi Separa Biasa

Teselasi separa tetap dibuat dua atau lebih poligon sekata. Corak pada setiap
mercu mestilah sama.





Terdapat hanya 8 teselasi separa tetap:








3.3.3.3.6 3.3.3.4.4 3.3.4.3.4









3.4.6.4 3.6.3.6 3.12.12








4.6.12 4.8.8



Teselasi Lain

Terdapat juga teselasi "demi-biasa, tetapi ahli matematik tidak bersetuju
mengenainya. Dan ada beberapa orang yang membolehkan bentuk melengkung ini
(tidak hanya poligon) supaya anda boleh mendapat teselasi seperti ini:

Bentuk melengkung Bulatan










Corak Burung Helang

















RKAAN BNTUK TSLASI 2D DAN LANGKAH-LANGKAH !MBINAANNYA




Langkah-Iangkah !02-naan

O Fikirkan dahulu apakah bentuk teselasi 2D yang ingin direka.
O Setelah itu sediakan atau lukis satu tapak untuk membina bentuk tersebut.










O Kemudian lukislah bentuk pertama di tapak yang disediakan.










O Penuhkan tapak tersebut dengan bentuk yang dipilih.
O Setelah bentuk rekaan anda telah siap, bersedialah untuk mewarnanya pula.
O Fikirkan apakah warna yang sesuai dan menarik yang ingin anda warnakan.

O Selepas itu, warnakan bentuk dengan warna pilihan yang pertama.















O Kemudian, warnakan bentuk dengan pilihan warna kedua.







O Setelah diwarnakan dengan warna yang kedua, masa siaplah langkah-
langkah pembinaan teselasi 2D.
.



UKURAN DAHULU SKARANG


TMBANGAN
BERAT
O Digunakan untuk mengukur
berat sesuatu barangan

O Untuk menimbang emas, perak,
bijih timah dan rempah

O Alatan penimbang seperti
dacing dan pikul
O Digunakan untuk menimbang
bermacam-macam jenis
barang

O Unit ukuran berat seperti
gram(g), kilogram(kg)
SUKATAN
O Digunakan untuk mengukur
isipadu sesuatu benda

O Untuk menyukat beras, bijih
timah, rempah, garam, kacang

O Alatan yang digunakan ialah
kaul, cupak, gantang

O sipadu boleh disukat
menggunakan silinder, bekas
pengukur

O unit ukuran ialah milimeter
padu(mm3), sentimeter
padu(cm3), meter padu(m3)

UKURAN
PANJANG
O Digunakan untuk mengukur
panjang/jarak

O Untuk mengukur panjang
sesuatu benda dan jarak

O Alat yang digunakan depa,
hasta, jengkal, batu
O Panjang boleh diukur
menggunakan pita pengukur,
pembaris, sesiku L

O Unit ukuran ialah
sentimeter(cm), meter(m),
kilometer(km)
















TSLASI - satu corak berulang yang
menutupi semua ruang yang sama dan tidak
berlaku pertindihan atau ruang
LAN
SEPARA
BASA
BASA

RLKSI

Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinan daripadaNya, saya
gagahinya juga untuk meneruskan pencarian isi-isi untuk dimasukkan dalam kerja
kursus ini. Saya bukannya mempunyai banyak pengetahuan tentang Literasi
Matematik tetapi ala kadar sahaja dan terhad dalam beberapa perkara sahaja.
Walau bagaimanapun, berkat tunjuk ajar daripada pensyarah, Encik Mohd. Naim
serta rakan-rakan sekelas, juga rakan-rakan di sekolah maka dapatlah saya
menyiapkannya. Begitu juga dengan panduan-panduan yang terdapat di internet.

Memang banyak kekangan yang terpaksa dilalui semasa menyiapkan tugasan ini.
Saya sebagai seorang guru di sekolah, juga memegang jawatan Guru Data
Maklumat sangat kekurangan masa untuk mencari bahan. Masa mencari bahan
juga tidak mencukupi kerana hanya waktu selepas balik dari sekolah sahaja, saya
boleh mencari maklumat yang diperlukan. ni amat menyukarkan saya. Tetapi
sungguh mendukacitakan kerana Perpustakaan Negeri Sabah, di daerah Tawau
tidak memberikan apa-apa rujukan kepada saya. Mata pelajaran di sekolah juga
tidak membantu kerana opsyen saya di Maktab Perguruan ialah Bahasa Melayu.
Kekurangan bahan dan masa inilah yang menyebabkan saya sukar untuk
menyiapkan tugasan dan membanyakkan isi kandungan tugasan ini.

Selain daripada itu, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah
adalah lebih diutamakan. Saya juga sebagai suri rumah apabila balik dari tempat
kerja dan perlu menjalankan tugas-tugas rutin harian sebagai seorang ibu kepada 6
orang anak dan sebagai seorang isteri.

Jarak dari tempat pusat pengajian juga banyak menduga kesabaran saya. ni
mengakibatkan sukarnya saya berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang boleh
membimbing saya dengan lebih kerap lagi. Begitu juga dengan perpustakaan di
pusat pengajian, saya tidak dapat berkujung ke sana kerana kekangan masa kuliah
yang hanya dijalankan 1 hari sahaja, memandangkan tempat tinggal saya nun jauh
di Pantai Timur Sabah, iaitu daerah Tawau. Syukur Alhamdulillah juga kerana
dengan adanya jalur lebar maka dapatlah saya berkomunikasi dengannya walaupun
masa yang terhad.

Walau bagaimanapun, berkat kesabaran yang ada dan atas keinginan menyahut
seruan kerajaan, saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan segalanya
walaupun mempunyai kekurangannya.

Perkara pertama yang saya perlukan dalam tugasan ini ialah bimbingan daripada
pensyarah. Saya memerlukan contoh tugasan sebagai panduan saya untuk
membuat tugasan ini. Walaupun saya tidak sempat bertanya kepada pensyarah,
saya beruntung kerana mendapat beberapa orang rakan yang sudi membantu saya.
Saya juga amat berterima kasih kepada Encik Mohd. Naim kerana beliau telah
banyak membantu saya terutama sekali memberi komen tugasan yang hampir siap
yang saya email kepada beliau untuk diperiksa.

Saya banyak membaca bahan dari internet untuk dimuatkan dalam tugasan
memandangkan ketiadaan buku yang sesuai yang saya peroleh. Perkara penting
yang saya mesti tahu ialah apakah kemahuan soalan yang diberikan. Setelah
mengumpul bahan-bahan, barulah saya membaca untuk memahaminya kemudian
membina ayat yang sesuai dari hasil dapatan saya itu. Saya amat mengelakkan diri
dari menciplak semua bahan yang saya kumpul kerana saya beranggapan bahawa
apabila kita membina ayat sendiri, kita lebih memahami apa maksud ayat-ayat yang
dibina.

Saya amat berasa puas hati dengan semua yang saya perolehi kerana semua itu
adalah hasil usaha gigih saya yang tidak mengira penat lelah. Syukur Alhamdulillah
kerana saya boleh membuat tugasan dengan hasil kerja sendiri.










Rujukan :


http://mathforum.org/sum95/suzanne/whattile.html Dimuat turun pada 10 Ogos 2011

http://asiamelayu.blogspot.com/ Dimuat turun pada 09 Ogos 2011

http://www.scribd.com/doc/52140937/SEJARAH-UKURAN Dimuat turun pada
10 Ogos 2011

http://yukimuimaths.blogspot.com/2011/01/ukuran-berat.html Dimuat turun pada
09 Ogos 2011

http://somethgimportance.blogspot.com/Dimuat turun pada 12 Ogos 2011

http://ms.wikipedia.org/wiki/Panjang Dimuat turun pada 12 Ogos 2011

http://id.wikipedia.org/wiki/Berat Dimuat turun pada 12 Ogos 2011

http://roslin-mathematic.blogspot.com/2011/01/ukuran-jisim.html Dimuat turun pada
09 Ogos 2011