Anda di halaman 1dari 11

AMALI 1 JIB222/20 11

PERSAMPELAN POLULASI KUMBANG BERAS OBJEKTIF Untuk menumpukan perhatian ke atas hal penganggaran bilangan sampel yang diperlukan untuk mendapatkan nilai min satu populasi serangga dengan tepatnya. Pendekatan ini boleh digunakan ke atas haiwan dan tumbuhan. PENGENALAN Ahli-ahli ekologi seringkali dikehendaki untuk mendapatkan maklumat yang jelas mengenai ciri-ciri berangka populasi alamiah. Selalunya, soalan pertama yang mesti dijawab adalah mengenai bilangan organisma per unit kawasan (iaitu ketumpatan populasi) atau bilangan individu spesis (saiz populasi) di dalam suatu kawasan. Maklumat yang tepat boleh diperolehi melalui kiraan jumlah semua organisma yang ada di dalam kawasan berkenaan itu. Walau bagaimanapun, di bawah keadaan-keadaan alamiah, pendekatan seperti ini jarang dapat dilakukan. Ini adalah kerana terdapat juga kawasan-kawasan di dalam tapak kajian yang tidak mudah didekati dan dimasuki terutama dalam kes kajian haiwan. Setengah-setengah haiwan itu pandai menyembunyikan diri. Penghijrahan haiwan keluar masuk dalam tapak kajian itu juga boleh menghasilkan maklumat yang kurang tepat. Kadang-kadang langkah mengambil perhitungan mutlak itu akan mengganggu keadaan alamiah tapak kajian itu sehinggakan ia menjejaskan matlamat kajian itu. Memang adakalanya pendekatan perhitungan mutlak itu tidak boleh dilakukan atas sebab saiz populasi yang terlalu besar ataupun kos pelaksanaan yang terlalu tinggi. Oleh itu, ekologi seperti kebanyakan cabang sains yang lain amat bergantung kepada pensampelan sebagai satu kaedah yang sesuai dan mudah dilaksanakan atau penganggaran saiz serta ketumpatan populasi, khususnya setelah disedari bahawa satu kiraan mutlak itu sukar dijalankan.

AMALI 1 JIB222/20 11
BAHAN DAN RADAS 1. 1 botol kaca berpenutup berliang yang mengandungi satu populasi kumbang beras atau kumbang tepung dan lebih kurang 500g tepung yang telah ditapis halus. 2. 1 sudu plastik besar 3. 2 alat tapis yang berukuran mesh 0.5mm dan 0.75mm masing-masing 4. 1 berus lukis kecil 5. 2 piring petri besar yang berdiameter 10 - 15cm 6. 1 neraca berceper atas (top-pan) atau tunggal yang mempunyai kejituan 0.01g 7. 1 bikar besar muatan 1 liter PERSEDIAAN DAN KAEDAH 1. Beberapa ratus ekor kumbang dari satu stok kultur kumbang beras atau tepung dipindahkan ke dalam botol kaca. Julat ketumpatan populasi yang sesuai ialah di antara 250 dan 1000 ekor kumbang per botol. 2. 3. 4. 5. Kandungan botol kultur itu digoncangkan secara perlahan-lahan supaya kandungannya adalah sekata. Kemudian bacaan berat bikar itu diambil. Pastikan bikar kering. Kandungan botol kultur itu dipindahkan dengan teliti ke dalam bikar tersebut. Berat baru bikar tersebut dicatatkan. Seterusnya satu sampel kumbang tepung itu dikeluarkan dengan menggunakan sudu penyampel. Sampel yang dikeluarkan ini diletakkan di dalam satu piring petri yang kering. Bilangan kumbang (X) yang didapati di dalam sampel tersebut dicatatkan. Langkah ini dilakukan sehingga 20 sampel. 6. 7. 8. 9. Selepas 20 sampel diambil, semua tepung diletakkan semula ke dalam botol kultur. Bilangan sampel (n) yang diperlukan dihitung bagi tahap kejituan 40% (atau 0.4) dengan menggunakan formula yang telah diberi. Dengan nilai n yang didapati, pensampelan ini diteruskan sehingga N sampel diambil. Nilai x min yang baru dihitung. 2

AMALI 1 JIB222/20 11
10. 20 sampel yang telah diambil ditimbang dan berat min per sampel dihitung. 11. Jumlah bilangan sampel yang terkandung dalam kultur itu dihitung mengikut formula di bawah: Berat kultur Berat min sampel 12. Saiz populasi dianggarkan dengan menggunakan formula T x X min. 13. Akhir sekali, keseluruhan kultur itu ditapis dan populasi kumbang yang sebenar (P) dihitung. KEPUTUSAN Bilangan sampel yang diperlukan bagi setiap kejituan 40% atau 0.4 Bilangan sampel (n) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Jumlah Min sampel, Bilangan kumbang (X) 8 4 6 2 1 2 3 3 3 3 2 3 1 2 3 3 4 4 3 3 63 X2 64 16 36 4 1 4 9 9 9 9 4 9 1 4 9 9 16 16 9 9 247 Jumlah sampel (T) =

= X n = 63 20
3

AMALI 1 JIB222/20 11
= 3.15
Varian sampel, S2 = 1 n1 = 1 20 1 = 1 19 = = 1 19 2.56 Saiz sampel (N) yang diperlukan untuk memberikan satu anggaran min populasi yang bernilai di dalam jadual julat = 40%, nilai benar itu jika D = 0.4, maka N = 4 S2 D2 x 2 N = 4 S2 (0.4)2 x 2 N = 25 S2 x2 N = 25 (2.56) 3.152 N = 64 9.92 Memandangkan nilai N yang diperolehi adalah lebih kecil daripada 20, maka data yang diperolehi boleh dipercayai, maka tidak perlu mencari nilai min yang baru seperti yang terdapat dalam amali yang dijalankan. Berat botol plastik Berat botol plastik = = 136.80g 645.80 g 4 = 6.45 48.55 247 X2 - ( X )2 n (63)2 20 247 - 198.45

AMALI 1 JIB222/20 11
Berat kultur Berat bikar Berat bikar dengan 20 sampel Berat sampel Berat min sampel = = = = = = Jumlah bilangan sampel dalam kultur itu, Jumlah sampel (T) = Berat kultur Berat min sampel Jumlah sampel (T) = 428.90 5.675 Jumlah sampel (T) = 76 Saiz populasi yang dianggarkan, PA = Tx PA = 76 x 3.15 PA = 239.4 PA = 239 Populasi kumbang sebenar (P) adalah 247 428.90 g 189.00 g 325.90 g 113.50 g 11.350 g 20 5.675 g

Soalan 1 Bandingkan saiz populasi benar itu dengan anggaran saiz populasi yang anda dapati dan juga min sampel (P/T) benar dengan min sampel yang dianggarkan (x) itu. Saiz populasi sebenar (P) = 247 5

AMALI 1 JIB222/20 11
Saiz populasi yang dianggarkan (PA) Perbezaan di antara saiz populasi (P) (PA) Min sampel yang sebenar, P T = 247 76 = 3.25 Min sampel yang dianggarkan, P T = 239 76 = 3.15 Perbezaan di antara kedua-dua min, P PA T = 247 239 76 = 0.11 = 239 = 247 239 =8

Soalan 2 : Adakh min sampel yang dianggarkan itu terkanduing di dalam 40% min sampel ? Apakah kejituannya jika anda telah mengambil hanya beberapa sampel yang lebih besar? 6

AMALI 1 JIB222/20 11
Didapati min sampel yang sebenar Min sampel anggaran Maka, 40 % min sampel sebenar = 40 x 3.25 100 = 1.30 40 % min sampel anggaran = 40 x 3.25 100 = 1.26 Jika min sampel terkandung dalam 40% min sampel, kita akan dapati bahawa, Min sampel sebenar 1.30 <min sampel anggaran < min sampel sebenar + 1.30 3.25-1.30 1.95 < < 3.14 3.14 < 3.25 +130 < 16.25 15.25), = 3.25 = 3.14

Oleh kerana min sampel anggaran ialah 3.14 dan berada dalam selang (1.95

maka disimpulkan bahawa min sampel anggaran terkandung di dalam 40% min sampel. Jika kita mengambil hanya beberapa sampel yang lebih besar, maka kejituan adalah kurang. Ini disebabkan oleh ralat piawai adalah besar jika sampel itu besar.

Soalan 3

AMALI 1 JIB222/20 11
Jika indeks kepersisan (D) itu ditetapkan pada nilai 0.1, hitungkan bilangan sampel yang anda patut anda mengambil di dalam kajian ini. N = = = = = 4S2 D2 X
2

4(2.56)2 (0.1)2 (3.15)2 10.24 (0.01) (9.92) 10.24 0.0992 103.23

AMALI 1 JIB222/20 11
Soalan 4 Nyatakan sumber-sumber ralat yang mungkin telah mempengaruhi keputusan anda di dalam kajian ini 1. Bilangan kumbang yang dikira mungkin tidak tepat. Ini adalah kerana kumbang ini sentiasa bergerak dan agak sukar untuk mengira jumlah mereka dengan tepat. Kita mungkin telah mengira kumbang-kumbang ini lebih dari sekali atau tidak mengiranya langsung. Ada juga kemungkinan kumbang-kumbang ini melekat antara satu sama lain tetapi telah dikira sebagai seekor. 2. Taburan kumbang di dalam kultur tidak sekata. Ini mungkin kerana goncangan yang dilakukan terlalu perlahan atau botol kultur tidak digoncang dengan sekata. Ada kemungkinan botol kultur ini tidak digoncang langsung. 3. Cara pengambilan sampel juga boleh mempengaruhi keputusan. Cara pengambilan sampel yang tidak konstan menyebabkan perbezaan jumlah isipadu sampel yang diambil. Ini seterusnya akan mempengaruhi taburan kumbang dalam sampel tersebut. Contohnya, sampel pertama yang diambil tidak diratakan tetapi sampel kedua diratakan permukaannya. 4. Bacaan bagi berat bikar, berat sampel dan sebagainya tidak tepat. Ini mungkin kerana ada di antara pelajar tidak pernah atau tidak mahir menggunakan alat penimbang. Oleh itu bacaan yang diambil mungkin tidak tepat. 5. Sudu sampel yang digunakan mungkin berbeza-beza antara satu sampel dengan sampel yang lain. Cara dan teknik pelajar melakukan penyampelan juga mungkin berbeza-beza untuk setiap sampel yang diambil. 6. Bikar dan sampel yang digunakan tidak betul-betul kering. Ini boleh menyebabkan banyak tepung akan melekat pada bikar dan sudu sampel. Jika tepung di dalam bikar itu basah, bacaan bagi berat bikar, berat tepung dan berat sampel adalah tidak tepat dan mempengaruhi keputusan serta pengiraan. 9

AMALI 1 JIB222/20 11

Kesimpulan Proses persampelan memainkan peranan yang amat penting dalam kajian ekologi. Teori bagi proses persampelan adalah asas bagi fahaman terhadap semua kajian ekologi. Segala pendekatan pada sampel yang diperolehi itu digunakan untuk membuat hipotesis terhadap keseluruhan sesuatu populasi. Dalam persampelan populasi kumbang beras, penganggaran bilangan sampel amat perlu bagi menghitung nilai-nilai min, ralat piawai dan varians sesuatu sampel itu. Bilangan sampel yang diperlukan dalam penyiasatan ekologi membolehkan populasi sesuatu spesies dapat dianggarkan. Semua pendekatan ini boleh digunakan bagi sebarang populasi. Dalam kata lain, kajian saiz populasi kumbang beras boleh dikaitkan dengan alam sekitar dan organisma lain supaya satu kejituan dapat dirumuskan.

10

AMALI 1 JIB222/20 11

RUJUKAN 1. Price, pte W. (1993), Ekologi serangga, penterjemahan : Maryati Mohamad. DBP, Kuala Lumpur. 2. Wratten, S.D & G.L.A. Fry (1980), Field and Laboratory Exercises in Ecology. Edward Arnold (Pub) Ltd. London. 3. Andrewartha, H.G 1961. Introduction to the study of animal population. Methuen 4. Southwood, T.R.E 1978. Ecological Methods with Particular Reference to the study of insect populations. Chapman and Hall. London.

11

Anda mungkin juga menyukai