Anda di halaman 1dari 116

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Oktober 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Oktober 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Oktober 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KATA ALU-ALUAN

Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Negara (GTP).

Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.

Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar Kursus Perguruan Lepas I jazah Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme global. serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada

(DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN) Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Oktober 2010
iii

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran secara bestari (pembelajaran arah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri). Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang corak dan gaya pembelajaran mereka. Adalah lebih berkesan jika pelajar menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian mereka. Modul ini ditulis mengikut susunan tajuk. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu pelajar mengingat semula apa yang telah pelajari atau membuatkan pelajar memikirkan tentang apa yang telah baca. Bagi latihan-latihan yang diberikan, adalah lebih membantu jika pelajar berbincang dengan rakan- rakan. Jumlah kandungan modul ini adalah untuk satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan interaksi dalam kelas dan untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran pengajian asas Pendidikan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Di dalam modul ini beberapa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran B menerangkan kepada pelajar makna-makna ikon tersebut. Semua latihan dan aktiviti di dalam senarai semak hendaklah disiapkan dan dihantar dalam satu folio pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Tip untuk membantu pelajar melalui kursus ini. 1. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran pelajar. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 2. Luangkan masa yang mencukupi untuk membaca dan menyiapkan tugasan serta latihan dalam modul. 3. Rujuk sumber lain yang relevan daripada apa yang telah diberikan kepada pelajar. Teliti maklumat yang diterima. 4. Sediakan folio pembelajaran untuk mengumpul semua tugasan dan latihan yang lengkap sebelum dihantar kepada pensyarah.

iv

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata Alu-Aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Modul Ujian Pra Tajuk Pembelajaran Tajuk 1.0: Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 1.1 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar 1.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar 1.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar Tajuk 2.0: Pengenalan Kepada Ekologi Asas Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 2.1 Komponen Alam Sekitar 2.2 Biosfera dan Ekologi 2.3 Ekosistem Tajuk 3.0: Isu Alam Sekitar Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk
v

i i iii iv viii ix x

1 1 1 1 2 7 8 12 12 12 13 13 17 18 25 25 25 25

3.1 Isu Alam Sekitar 3.2 Punca Isu Alam Sekitar 3.3 Kesan Isu Alam Sekitar 3.4 Menangani Isu Tajuk 4.0: Pembangunan Lestari Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 4.1 Konsep Pembangunan Lestari 4.2 Tujuan Pembangunan Lestari 4.3 Strategi Pembangunan Lestari 4.4 Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Tajuk 5.0: Warga Alam Sekitar Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 5.1 Gaya Hidup Lestari 5.2 Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Sekitar Tajuk 6.0: Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 6.1 Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh 6.2 Pendekatan Kurikulum 6.3 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 6.4 Pendekatan Ko-kurikulum 6.5 Audit Hijau di Kampus IPG/Sekolah 6.6 Program Penghijauan

26 29 33 39 44 44 44 45 45 46 49 50 52 52 52 53 54 56 60 60 60 61 61 62 64 69 73 83

vi

Ujian Pasca Bibliografi Lampiran A: Ikon Modul Lampiran B: Senarai Semak Lampiran C: Cadangan Kerja Kursus Pendek Panel Penulis Modul Panel Pemurnian Modul

89 92 94 95 97 100 102

vii

PENGENALAN

Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar ini digubal bagi pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Major Prasekolah. Modul ini merupakan modul pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Alam Sekitar Asas Dinamika Guru KPLI SR dan disusun mengikut enam tajuk utama iaitu Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar, Pengenalan Kepada Ekologi Asas, Isu Alam Sekitar, Pembangunan Lestari, Warga Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Bagi setiap tajuk, nota ringkas untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Terdapat beberapa tugasan, latihan dan aktiviti dalam modul ini yang perlu dilengkap dan dikumpulkan dalam folio pembelajaran pelajar untuk disemak oleh pensyarah.

Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan.

viii

LAMPIRAN 2 Maklumat Agihan Tajuk Dalam Sukatan Pelajaran Nama Kursus: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini berjumlah satu kredit iaitu bersamaan dengan 15 jam bagi menggantikan interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk untuk pembelajaran melalui modul.

Bil.

Tajuk

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam) 1 2 3 2 1 6

Jumlah Jam 1 2 3 2 1 6

1 2 3 4 5 6

Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar Pengenalan kepada Ekologi Asas Isu Alam Sekitar Pembangunan Lestari Warga Alam Sekitar Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum JUMLAH

15

15

ix

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

UJIAN PRA PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Arahan: Jawab semua soalan dan tandakan jawapan anda dalam kotak yang disediakan. No Pernyataan Betul Salah

1. 2.

Lapisan ozon adalah penting untuk kehidupan di bumi. Lebih 5% sulfur yang berada di atmosfera adalah disebabkan oleh aktiviti peletusan gunung berapi. Salah satu kebaikan menggunakan kereta hibrid ialah dapat menjimatkan penggunaan bahan bakar dan mengurangkan pelepasan asap. CFC dan lain-lain bahan karbon berklorida telah memusnahkan lapisan ozon di kawasan Antartik and Artik. Sinaran matahari yang banyak adalah baik untuk anda.

3.

4.

5.

6.

Karbon dioksida daripada pembakaran bahan api fosil merupakan hasil keluaran terbesar masyarakat terkini. Aerosol yang mengandungi CFC merosakkan lapisan ozon. Kereta akan menggunakan kurang bahan bakar jika ia bergerak pantas dalam masa yang singkat. Bahan api fosil terhasil daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam di dalam bumi berjuta-juta tahun dahulu.

7.

8.

9.

10. Lapisan ozon wujud antara 20 dan 50 km dari bumi. 11. Lapisan ozon menapis hampir semua radiasi ultraviolet yang merbahaya daripada matahari. 12. Adalah selamat untuk membuang semua bahan yang tidak diperlukan ke dalam longkang.

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

No

Pernyataan

Betul

Salah

13. Semua barangan buangan boleh dikitar semula. 14. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global. 15. Pendedahan kepada bunyi yang kuat pada suatu jangkamasa yang panjang tidak memberi kesan kepada kita. 16. Kita membuang lebih banyak plastik berbanding kaca. 17. Kita mengitar semula kebanyakan tin minuman yang digunakan. 18. Mengitar semula kertas dapat membantu menghentikan penebangan hutan hujan. 19. Penangkapan ikan yang menggunakan jaring berlubang kecil merupakan satu strategi penangkapan ikan secara mampan. 20. Tanam tanaman seperti pudina untuk menghindarkan serangga perosak. 21. Tenaga nuklear tidak menghasilkan bahan buangan toksik. 22. Kebanyakan bahan buangan adalah kertas ataupun hasil kertas seperti kadbod. 23. Semua pencemaran air adalah disebabkan oleh aktiviti manusia. 24. Menurunkan suhu sebanyak 10 -20 C dapat mengurangkan pencemaran udara. 25. Kadangkala doktor menggunakan plastik terbiodegradasi dalam tubuh kita. 26. Lampu mentol menggunakan tenaga elektrik yang kurang daripada lampu pendaflour kerana ianya lebih kecil. 27. Mengitar semula tin aluminium memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding proses menghasilkannya.
xi

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

No

Pernyataan

Betul

Salah

28. Hujan asid akan memusnahkan hutan. 29. Kita boleh mengurangkan antara 40% hingga 90% bahan buangan di tempat pembuangan sampah, jika kita mengitar dan mengkompos buangan domestik sebanyak yang boleh. 30. Stesen janakuasa nuklear tidak akan menambah kandungan karbon dioksida yang boleh meningkatkan pemanasan global. 31. Petrol tanpa plumbum adalah baik untuk lapisan ozon.

32. China merupakan negara yang paling banyak melepaskan karbon dioksida di Asia. 33. Pernafasan boleh meningkatkan kesan rumah hijau. 34. Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang merebak melalui air kencing manusia. 35. Matahari adalah sumber tenaga utama bagi manusia.

xii

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TAJUK 1.0

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Sinopsis Tajuk satu ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar. Tajuk ini meliputi tiga sub tajuk iaitu Sejarah Pendidikan Alam Sekitar, Matlamat Pendidikan Alam Sekitar dan Objektif Pendidikan Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran (i) Menjelaskan asal usul Pendidikan Alam Sekitar di peringkat antarabangsa dan Malaysia. (ii) Mengenal pasti penubuhan/kewujudan program Pendidikan Alam Sekitar. (iii) Mencari maklumat daripada internet dan media cetak.

Kerangka Tajuk

Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar

Sejarah Pendidikan Alam Sekitar

Matlamat Pendidikan Alam Sekitar

Objektif Pendidikan Alam Sekitar

Rajah 1.1: Kerangka Tajuk Satu

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1.1

Sejarah Pendidikan Alam Sekitar

Pernahkan anda membaca tentang sejarah Pendidikan Alam Sekitar? Siapakah pula yang diberi gelaran sebagai pengasas kepada Pendidikan Alam Sekitar? Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958.

Beberapa

persidangan

di

peringkat

antarabangsa

seperti

Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya

Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Ini merupakan faktor pencetus kepada arena perbincangan tentang alam sekitar dunia serta peranan Pendidikan Alam Sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar. Ekoran daripada Persidangan Stockholm serta beberapa persidangan lain ini akhirnya telah berjaya merangka suatu garis panduan, prinsip, matlamat dan juga objektif Program Pendidikan Alam Sekitar.

Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di Stockholm, Sweden dengan tema Prinsip dan Alam Sekitar Manusia (Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations. Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.

Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP)

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

dan diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan antarabangsa. Dalam persidangan ini, garis panduan, matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam dan pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.

Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar telah diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR pada tahun 1998.

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Sejarah Pendidikan Alam Sekitar

Langkah 1: Cari dan akses bahan-bahan rujukan dan maklumat tentang sejarah Pendidikan Alam Sekitar daripada beberapa media cetak dan internet. Kumpulkan bahan-bahan tersebut dan catatkan sumber rujukannya. Langkah 2: Bina satu jadual rumusan yang menunjukkan aliran tarikh, tempat, peristiwa-peristiwa dan fakta-fakta penting yang telah diputuskan bagi setiap Persidangan Alam Sekitar bermula dengan Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Jadual 1 adalah contoh yang boleh digunakan dan diubahsuai mengikut kreativiti anda. Langkah 3: Masukkan bahan-bahan yang telah siap dihasilkan ke dalam Folio Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar.

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Jadual.1: Contoh Kronologi Persidangan Antarabangsa Pendidikan Alam Sekitar Tarikh/Tahun Nama Persidangan Persidangan 1972 Stockholm Tempat Persidangan Tujuan Keputusan

1977

Tbilisi

RUMUSAN/KESIMPULAN

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1.2

Matlamat Pendidikan Alam Sekitar

Bilakah matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar ditetapkan? Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar ialah untuk:

(i) Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi, sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar dan luar bandar. (ii) Menyediakan memperoleh peluang kepada nilai, semua sikap, orang komitmen untuk dan

pengetahuan,

kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. (iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat

seluruhnya. Menurut UNESCO (1976), matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah seperti kenyataan berikut. . to develop a world population that is aware of and concerned about environment and its associated problems and which has the knowledge, skills, attitudes, motivation and commitment to work individually and collectively towards the solution of its current problem and prevention of new ones. (UNESCO, 1976)

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1.3

Objektif Pendidikan Alam Sekitar

Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif Pendidikan Alam Sekitar seperti berikut:

(i) Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar seluruhnya dan permasalahan alam sekitar. (ii) Pengetahuan: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar. (iii) Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam

pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar. (iv) Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan

menyelesaikan masalah alam sekitar. (v) Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.

Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak berjasa kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).
8

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu: (i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika. (ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari

peringkat prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan formal dan bukan formal. (iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan seimbang. (iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan, nasional dan antarabangsa. (v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini dengan mengambil kira perspektif sejarah. (vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan, nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan menyelesaikan masalah alam sekitar. (vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar dalam plan pertumbuhan dan pembangunan. (viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang

pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk membuat dan menerima keputusan bersama. (ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan,

kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada semua peringkat umur dengan memberi penekanan khusus terhadap sensitiviti alam sekitar. (x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah sebenar alam sekitar.

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

(xi)

Menekankan

kompleksiti

masalah

alam

sekitar

dan

keperluan untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. (xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar.

Memikir: Buat refleksi tentang mengapa Pendidikan Alam Sekitar perlu diintegrasikan dalam setiap mata pelajaran di sekolah. Rehat

Buku Rujukan Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75. Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (1997). Huraian Sukatan Pendidikan Alam Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran Ekosistem Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar. Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang. Tidak diterbitkan. Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003). Environmental Education: from policy to practice. The Journal of Environmental Education. 9(3): 347-357.

10

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Hart, E.P. (1981). Identification of key characteristics environmental education. The Journal of Environmental Education. 13(1): 12-16. Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour through environmental education. The Journal of Environmental Education. 21(3): 8-12. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru: Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Palmer, J. dan Neal, P. (1994). The handbook of environmental education. London and New York: Routledge. Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm, Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental management 2001. Proceeding national seminar on environmental management: Current development and future planning (hlm. 23-30). 14-15 Ogos 2001, Bangi, Selangor. UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO. Bahan Bacaan Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_ Environment http://en.wikipedia.org/wiki/Agenda_21 http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001334/133472eo.pdf http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html http://www.un.org/documents/ecosoc/cn17/2000/ecn172000-8.htm http://www.unep.org/Documents.Multilingual/Default.asp?DocumentID=9 7 http://www.un-documents.net/unchedec.htm http://www.un-documents.net/rio-dec.htm http://www.un.org/esa/dsd/agenda21/
11

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TAJUK 2.0

PENGENALAN KEPADA EKOLOGI ASAS

Sinopsis Tajuk dua adalah Pengenalan kepada Ekologi Asas. Tajuk ini dibahagikan kepada tiga sub tajuk iaitu Komponen Alam Sekitar,

Biosfera dan Ekologi dan juga Ekosistem. Hasil Pembelajaran (i) Mengumpulkan maklumat tentang konsep alam sekitar dan komponennya dari pelbagai sumber. (ii) (iii) (iv) (v) Menerangkan dan memberi contoh komponen alam sekitar. Membanding beza konsep biosfera dan ekologi. Mengenal pasti dan melukis satu ekosistem di kawasan kampus. Menerangkan proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan. (vi) (vii) Membina satu rantai makanan. Melukis beberapa kitaran semulajadi.

12

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Kerangka Tajuk

Pengenalan Kepada Ekologi Asas

Komponen Alam Sekitar

Biosfera dan Ekologi

Ekosistem

Rajah 2.1: Kerangka Tajuk Dua

2.1

Komponen Alam Sekitar Setiap hari kita menyebut tentang alam sekitar, tetapi apakah

sebenarnya yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar adalah dunia di sekeliling kita. Untuk memelihara komponen-komponen alam sekitar, kita perlu memahami alam sekitar secara menyeluruh. Alam sekitar terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu:

(i) (ii) (iii)

alam sekitar semulajadi (natural environment) alam sekitar buatan (man-made environment) alam sekitar sosiobudaya (socio-cultural environment)

Alam sekitar semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi, dan kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (benda hidup yang saling berinteraksi).

13

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rajah 2.1 : Alam sekitar semulajadi

Alam sekitar buatan merangkumi manusia dan persekitaran buatan manusia. Alam sekitar buatan merujuk kepada persekitaran fizikal binaan atau ciptaan manusia iaitu alam sekitar yang dibina oleh manusia seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain.

Alam sekitar sosiobudaya merujuk kepada alam sekitar yang berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ia merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan budayanya ataupun budaya di sekelilingnya termasuk etika persekitaran buatan manusia itu sendiri. Semua komponen ini adalah saling berhubungkait dan tidak boleh dilihat sebagai satu entiti tersendiri. Kualiti saling hubungan ini menggambarkan alam sekitar yang sihat dan seimbang.

14

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 1: Mengenali Alam Sekitar Di Sekeliling Anda Cari tiga contoh gambar yang menunjukkan komponenkomponen alam sekitar semulajadi, alam sekitar buatan dan alam sekitar sosiobudaya. Tampalkan gambar tersebut dalam satu bentuk pengurusan grafik dan kenal pasti setiap entiti yang ada dalam ketiga-tiga komponen tersebut. Kumpulkan bahan-bahan tersebut ke dalam Folio Pendidikan Alam Sekitar.

15

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Perbincangan Aktiviti 2 : Mengenal Pasti Definisi Yang Betul Arahan: Padankan istilah berikut dengan definisi yang betul. Masukkan jawapan anda ke dalam folio pembelajaran. Ekologi Hubungan pemakanan dalam bentuk satu turutan organisma di mana setiap organisma dalam turutan itu makan organisma yang sebelumnya. Benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan mikrob. Benda bukan hidup seperti cuaca, geologi, air, udara, nutrien dan matahari. Kawasan daratan seperti kawasan padang pasir, tundra, hutan tropika, gurun dan padang rumput yang mencirikan keadaan cuaca dan jenis tumbuhan yang beradaptasi secara spesifik di kawasan tersebut. Terdiri daripada beberapa rantai makanan yang saling berhubung antara satu sama lain. Cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup dengan alam sekitar. Sekumpulan organisma yang serupa dan boleh saling membiak antara satu sama lain untuk melahirkan anak yang subur. Segala aktiviti yang dilakukan oleh sesuatu organisma di habitatnya. Ini merangkumi segala aspek cara hidupnya terutama sekali cara pemakanannya. Tempat kediaman sesuatu organisma. Organisma sentiasa saling bertindak antara satu sama lain dengan persekitarannya. Dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi yang menyatukan semua kehidupan and hubungan antara kehidupan termasuklah interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan atmosfera. Sekumpulan organisma sama spesies dan hidup di habitat yang sama. Kesemua organisma yang hidup di sesuatu habitat .

Spesies Populasi Habitat

Komuniti Ekosistem Biosfera

Komponen Biotik

Komponen Abiotik Biom Nic

Rantai makanan Jaringan makanan

16

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

2.2

Biosfera dan Ekologi Planet bumi adalah tempat tinggal manusia dan juga tempat

tinggal bagi pelbagai hidupan yang lain. Gunung yang tinggi, cerun dan tanah rata, pinggir lautan dan di dalam sungai mahupun lautan adalah juga merupakan tempat tinggal bagi hidupan.

2.2.1 Konsep Biosfera Biosfera adalah semua tempat yang berhampiran dengan kita ataupun semua tempat lain di muka bumi ini di mana ada pelbagai bentuk kehidupan. Biosfera meliputi semua ekosistem global. Ia juga dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi. Dalam konteks yang lebih luas, biosfera adalah sistem ekologi global yang menyatukan semua kehidupan dan hubungan antara kehidupan termasuklah

interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan atmosfera. Biosfera dipostulatkan telah mengalami evolusi melalui proses biogenesis lebih kurang 3.5 billion tahun dahulu.

Rajah 2.2: Biosfera

17

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

2.2.2 Konsep Ekologi

Apakah maksud ekologi? Mari kita teruskan bacaan kita...

Ekologi berasal daripada perkataan Greek oikos yang bermaksud rumah atau tempat untuk tinggal dan logos yang bermaksud kajian. Oleh itu ekologi adalah satu kajian hubungan dalam alam semulajadi (Miller & Spoolman, 2009). Ekologi adalah satu bidang kajian saintifik berkaitan dengan taburan, kelimpahan dan hubungan antara organisma dan interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi juga ditakrifkan sebagai kajian tentang hubungan antara organisma dengan persekitaran fizikal dan biologinya. Ekologi termasuk kajian mengenai populasi tumbuhan dan haiwan, komuniti tumbuhan dan haiwan serta ekosistem. 2.3 Ekosistem

Apakah pula yang dikatakan sebagai ekosistem? Alam sekitar terdiri daripada komuniti-komuniti berbagai jenis tumbuhan dan haiwan, hidup dalam satu kawasan yang sama, berinteraksi dan mempunyai pengaruh antara satu sama lain. Contohnya di kawasan paya bakau, sungai, kolam di mana terdapat organisma hidup yang besar dan mikroskopik yang hidup bersama yang dinamakan sebagai ekosistem biotik.

18

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Ekosistem biosis atau biotik adalah komponen yang hidup, iaitu komuniti dalam suatu ekosistem. Ekosistem abiotik ialah komponen bukan hidup. Contohnya air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya, topografi, kelembapan dan iklim mikro. Kombinasi komuniti biotik dengan alam sekitar abiotik dipanggil sebagai ekosistem.

Rajah 2.3: Ekosistem

Ekosistem adalah satu set interaksi antara organisma dengan bahan bukan hidup serta tenaga di alam sekitarnya iaitu di dalam suatu kawasan (Miller & Spoolman, 2008). Satu ekosistem terdiri daripada semua organisma hidup (komuniti biologi) dalam satu kawasan tertentu bersama benda bukan hidup (abiotik) dan komponen fizikal alam sekitar yang mana organisma berinteraksi bersama-sama, seperti udara, tanah, air dan matahari. Jadual 2.1: Komponen abiotik dan biotik dalam suatu ekosistem
KOMPONEN ABIOTIK Cahaya matahari Suhu Taburan hujan Air dan kelembapan Tanah KOMPONEN BIOTIK Pengeluar Herbivor Karnivor Omnivor Detritivor

19

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Setelah memahami maksud ekosistem. Mari kita mengenal pasti pula maksud bagi istilah nic. Apakah sebenarnya nic? Nic adalah peranan suatu organisma, yang dikategorikan mengikut cara ia mendapatkan makanan. Nic ekologi merupakan peranan atau pekerjaan suatu spesies dalam suatu komuniti dan ekosistem. Nic ekologi organisma boleh berubah-ubah semasa peringkat hidupnya. Contohnya berudu tinggal dalam air dan makan plankton tetapi katak dewasa tinggal di darat dan menangkap serangga sebagai makanan. Pelbagai jenis hidupan boleh berkongsi di habitat yang sama tetapi melakukan nic atau pekerjaan/peranan/fungsi yang berbeza-beza. Di dalam ekosistem hutan hujan tropika contohnya, harimau memburu kancil tetapi ulat beluncas memakan daun tumbuh-tumbuhan.

Dalam suatu ekosistem juga terdapat pelbagai jenis rantai makanan dan siratan makanan. Rantai makanan adalah satu laluan yang menunjukkan bagaimana tenaga dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna. Rantai makanan berbentuk satu arah dan bermula dengan pengeluar (tumbuhan) sehingga kepada pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna seterusnya. Setiap peringkat dalam rantai makanan ditunjukkan dengan menggunakan anak panah () yang bermaksud dimakan oleh.

Memikir Cuba bezakan antara kedua-dua jenis rantai makanan berikut.

Rajah 2.3: Dua jenis rantai makanan


20

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Berbeza dengan rantai makanan, siratan makanan merupakan satu jaringan yang terdiri beberapa rantai makanan.

Memikir Cuba kira berapakah rantai makanan yang ada dalam siratan makanan berikut.

Rajah 2.4: Contoh siratan makanan

Bagaimanakah pula perpindahan tenaga berlaku dalam rantai makanan dan siratan makanan dalam suatu ekosistem?

21

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 3: Kajian Lapangan Ekosistem Di Kawasan Kampus Kenal pasti satu kawasan ekosistem di kampus anda. Bina satu siratan makanan semulajadi dan terangkan bagaimana proses pemindahan tenaga berlaku di ekosistem tersebut. Rajah 2.5 berikut boleh membantu penerangan anda. Simpan hasil kajian ini ke dalam folio pembelajaran anda.

Rajah 2.5: Aliran tenaga dalam rantai makanan Satu ekosistem akan berada dalam keseimbangan apabila komponen benda hidup (biotik) dan abiotik (bukan hidup) berada dalam keseimbangan. Ini bermakna pada keadaan seimbangan, semua nutrien dapat berkitar dengan berkesan, dan tiada komuniti organisma ataupun fenomena semula jadi yang mengganggu aliran tenaga dan kitar nutrien ke bahagian lain dalam ekosistem. Sebahagian keseimbangan ekosistem melibatkan kawalan populasi organisma hidup.

Layari Internet Cuba layari internet dan cetak nota tambahan berkaitan dengan keseimbangan ekosistem. Baca nota tersebut.

22

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Dalam konteks biologi, kitar nutrien adalah satu konsep yang menerangkan bagaimana nutrien bergerak daripada alam sekitar fizikal kepada organisma hidup, dan kemudian dikitar kembali kepada alam sekitar fizikal. Pergerakan nutrien merupakan satu keperluan untuk hidup iaitu daripada alam sekitar kepada tumbuhan dan haiwan dan kembali semula ke alam sekitar merupakan satu fungsi penting ekologi dalam mana-mana kawasan. Di dalam satu alam sekitar semulajadi yang khusus, kitar nutrien mestilah dalam keadaan seimbang dan stabil supaya organisma yang tinggal di dalamnya sentiasa subur, berupaya berkembang dan membiak serta kekal dalam populasi yang seimbang.

Mengumpul Maklumat Aktiviti 4: Kitar Semulajadi

Cari dan akses maklumat tentang kitar semula jadi iaitu kitar nutrien, kitar karbon, kitar nitrogen dan kitar hidrologi daripada beberapa media cetak dan internet. Kumpulkan bahan-bahan tersebut dan catatkan sumber rujukannya. Lukiskan kitar semulajadi tersebut dan nyatakan kepentingan setiap kitaran kepada keseimbangan ekosistem. Masukkan hasil aktiviti ini ke dalam folio pembelajaran anda.

Memikir Refleksi: Apakah komponen-komponen utama bagi suatu ekosistem? Cuba ingat kembali dan catatkan semula. Layari laman sesawang berikut dan belajar membina siratan makanan melalui permainan yang disediakan. http://www.vtaide.com/png/foodwebFF.htm

Rehat

23

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rujukan

Enger, E.D., Ross, F.C. dan Bailey, D.B. (2007). Concepts in biology. (12th ed.). New York: Mc Graw Hill Higher Education. Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan Co. Publishing Division. Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit. Lewis, R., Gaffin, D. Hoefnagels, M dan Parker, B. (2004). Life. (5th ed.). New York. Mc Graw Hill. Miller, G.T. (2004). Environmental Science: Working with the earth. (10th ed.) Canada: Thompson Learning, Inc. Miller, G.T dan Spoolman, S. (2008). Environmental Science: Principles, connections and solutions. (12th ed.). Canada: Brooks/Cole Cengage Learning. Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th ed.). Boston: McGraw Hill. Starr, C., Taggart, R., Evers, C. dan Starr, L. (2009). Biology: The unity and diversity of life. (12th ed). USA: Brooks/Cole Cengage Learning.

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://www.kzoo.edu/biology/courses/bio115/PPTs/5_Biosphere http://www.rapidlearningcenter.com/biology/Preview/RL201/PT/CB http://www.sciencebob.com/questions/q-food_chain_web.php http://www.vtaide.com/png/foodchains.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Food_chain http://en.wikipedia.org/wiki/Natural_environment
24

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TAJUK 3.0 Sinopsis

ISU ALAM SEKITAR

Tajuk tiga adalah tentang Isu Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada empat bahagian yang utama iaitu Jenis Isu, Punca Isu Alam Sekitar, Kesan Isu Alam Sekitar dan juga Menangani Isu Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran (i) Merancang dan menjalankan satu eksperimen untuk mengesan isu-isu alam sekitar seperti pencemaran bunyi dan udara di kawasan kampus. (ii) Membuat inferens dan meramal punca, masalah dan kesan pencemaran alam sekitar kepada manusia. (iii) Membincangkan isu yang dikesan dan mengenal pasti punca isu itu. (iv) Memberi cadangan dengan menggunakan pengurusan grafik untuk menangani isu alam sekitar.

Kerangka Tajuk

Isu Alam Sekitar

Jenis Isu

Punca Isu Alam Sekitar

Kesan Isu Alam Sekitar

Menangani Isu

Rajah 3.1: Kerangka Tajuk Tiga

25

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

3.1

Isu Alam Sekitar

Adakah anda sedar? Pada masa kini, seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia sedang mengalami pembangunan yang amat pesat sekali. Aktiviti-aktiviti manusia lebih mementingkan pembangunan dan

pertumbuhan ekonomi dengan kemajuan sains dan teknologi. Akibatnya kesemua negara-negara seluruh dunia menghadapi pelbagai masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti isu pertambahan penduduk, pelupusan spesies flora dan fauna, penebangan hutan, penghapusan paya, peningkatan gurun, hakisan tanah, pencemaran air, udara, bunyi dan darat, penipisan ozon, pemanasan bumi, kekurangan bekalan sumber api, galian dan air serta pemendapan asid di permukaan bumi. Modul ini walau bagaimanapun akan memberi tumpuan kepada tiga contoh isu alam sekitar iaitu lapisan ozon dan juga hujan asid. pertambahan penduduk, penipisan

Apakah yang dimaksudkan dengan pertambahan penduduk? Bagaimana pertambahan penduduk boleh berlaku? Pertambahan

penduduk merujuk kepada perubahan dalam bilangan penghuni yang sedang berlaku di kawasan-kawasan tertentu, sama ada di kawasan setempat dalam negeri atau secara global. Pertambahan penduduk berlaku akibat pertambahan bilangan penduduk atau pengurangan bilangan penduduk. Cuba cari maklumat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan bilangan penduduk di sesuatu tempat.

Apakah fungsi lapisan ozon? Mengapa lapisan ozon semakin menipis? Ozon secara kimianya merupakan gas yang mengandungi tiga atom oksigen (O3). Lapisan ozon berkedudukan di atas lapisan awan dan dikenal pasti sebagai lapisan stratosfera. Jaraknya adalah lebih kurang antara 20-50 km daripada bumi. Ia berperanan sebagai pelindung bagi sinaran bahaya ultra ungu (UV).
26

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rajah 3.2: Kedudukan lapisan ozon dari bumi

Kini, lapisan ozon dunia didapati semakin menipis. Pada Oktober 1987, penyelidikan NASA mendapati lapisan ozon di Antartika menipis sebanyak 95% terutama bagi musim bunga manakala di Artik dan ruangan angkasa Greenland pada musim salji. Lapisan ozon di bahagian Ottawa, Kanada juga didapati menipis kira-kira 25% penerimaan sinar UV berbanding tahun 1950-an. Lubang ozon di atas Kutub Selatan pada tahun 2006 membuktikan bahawa kerosakan lubang ozon masih terus berlanjutan sampai saat ini yang luasnya mencapai 29 juta km2.

Rajah 3.3:

Lubang ozon di Antartika yang digambarkan oleh NASA pada tahun 2006

27

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Mengumpul Maklumat Cuba cari berapa besarkah lubang ozon pada masa kini di Antartika.

Fenomena penipisan lapisan ozon stratosfera oleh bahan kimia chlorofluoromethane (atau biasa disebut sebagai chlorofluorocarbon CFC) pertama kali disampaikan oleh dua orang ilmuwan Amerika, Rowland dan Molina, dalam Jurnal Nature pada tahun 1974. Penipisan lapisan ozon merupakan salah satu masalah alam sekitar yang harus segera ditangani kerana setiap penipisan lapisan ozon sebesar 10% akan menyebabkan kenaikan intensiti sinar ultra violet (UV) sebanyak 20%. Hujan asid adalah istilah yang diperkenalkan oleh seorang inspektor kilang dalam pertengahan abad yang lalu di Manchestor, United Kingdom. Apakah di yang dimaksudkan dengan hujan asid? Hujan asid adalah satu istilah yang umum berkaitan dengan asid dan bahan-bahan pencemaran yang bersifat asid dalam hujan, salji dan wap awan. Istilah ini membayangkan komponen semulajadi dan juga komponen buatan manusia. Bagaimana pertambahan keasidan boleh berlaku dalam air hujan? Pertambahan keasidan air hujan diakibatkan oleh pertambahan

kepekatan gas-gas berasid ke dalam atmosfera seperti gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Pertambahan keasidan hujan juga adalah disebabkan oleh buatan manusia yang mengeluarkan gas-gas buangan daripada kilang, ekzos kenderaan, penjanaan kuasa elektrik dan juga bahan api fosil serta aktiviti perindustrian yang menghasilkan gas klorin. Oleh yang demikian bukan hanya air hujan didapati bertambah berasid tetapi juga hujan ais dan kabus. Jadi mendapan asid adalah satu istilah

28

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

yang biasanya digunakan bagi semua keasidan yang diakibatkan oleh wap, gas dan zarah.

Rajah 3.4: Hujan asid

3.2

Punca Isu Alam Sekitar Setelah mengetahui tentang isu-isu alam sekitar semasa, kita

perlu pula mencari maklumat tentang punca-punca bagi isu alam sekitar. Antara puncanya ialah disebabkan oleh pertambahan penduduk, penggunaan teknologi, bencana alam, politik dan peperangan, budaya dan etika serta pengguatkuasaan undang-undang. Untuk mengkaji lebih

29

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

lanjut tentang punca-punca alam sekitar, mari kita gunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara inkuri dengan cara mengikuti langkah-langkah seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.5 berikut.

Mengenal pasti masalah

Membuat andaian/Hipotesis

Merancang strategi penyelesaian

Mengumpul maklumat yang berkaitan

Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpulkan

Membuat generalisasi atau rumusan

Cadangan penyelesaian dan pelan tindakan

Rajah 3.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri

Berikut adalah dua contoh hasil kajian yang boleh dijadikan panduan bagi membuat laporan apabila menggunakan kaedah P&P inkuiri.

30

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

MASALAH 1: HIPOTESIS:

TANAH RUNTUH DI KAWASAN LERENG BUKIT Tanah runtuh di lereng bukit disebabkan pembangunan Mengkaji struktur tanah kecerunan kawasan tekstur tanah-kelekitan jenis tumbuhan tutup bumi

STRATEGI:

MENGUMPUL MAKLUMAT: Pemerhatian pemasangan paip air utama pemotongan lereng tidak terancang tidak berteres kawasan terlalu cerun tiada tindakan susulan - gagal menanam semula tumbuhan - tiada cerucuk sebagai penahan tanah tanah terdedah tekstur tanah - tanah liat dan tanah pasir - berstruktur kering dan longgar akibat terdedah langsung kepada iklim jenis tumbuhan - tiada tumbuhan tutup bumi - kurang tumbuhan berakar yang boleh mencengkam tanah ANALISIS: cerun yang terdedah tanpa struktur penyokong akan mengakibatkan larian air dan hakisan

RUMUSAN Pembangunan kurang terancang dan terkawal menyebabkan tanah runtuh CADANGAN PENYELESAIAN 1. 2. 3. 4. Pastikan sebarang pembangunan mendapat kelulusan EIA Kurangkan aktiviti pembangunan di lereng bukit Lakukan pemantauan yang kerap Tindakan pencegah tanah runtuh perlu disegerakan.

31

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

MASALAH 2:

PENCEMARAN BAU

HIPOTESIS: Tangki septik Pembuangan sampah Air bertakung STRATEGI: Lawatan ke sekitar kawasan Temubual dengan pekerja dan pengurus

MENGUMPUL MAKLUMAT pemerhatian lawatan ke - kawasan longkang - tangki septik - stor simpan sampah temubual - pengurusan - pekerja DAPATKAN MAKLUMAT bau berpunca daripada tangki septik (hasil temuramah) sebab-sebab tangki septik sudah lama tidak dikosongkan air mandian panas masuk ke dalam tangki septik dan mengeluarkan bau HASIL PEMERHATIAN longkang dan tangki septik septik berbau dapur dan stor sampah tidak berbau

RUMUSAN Bau dari tangki septik CADANGAN PENYELESAIAN laporkan kepada Majlis Daerah kuatkuasakan jadual pembersihan tangki asingkan sisa mandian daripada tangki septik

32

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 1: Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri Secara berpasangan, gunakan kaedah inkuiri seperti contoh yang telah ditunjukkan untuk melaksanakan kajian berkaitan satu isu alam sekitar di kawasan kampus atau sekolah anda. Sediakan laporan lengkap tentang kajian itu dan masukkan laporan tersebut ke dalam folio pembelajaran.

3.3

Kesan Isu Alam Sekitar

Sejauhmanakah alam sekitar kita memberi keselesaan kepada kehidupan dunia adalah bergantung kepada tindak-tanduk penduduk dunia sendiri. Penggunaan sumber semula jadi yang berleluasa tanpa memikirkan akibatnya akan memberikan kesan yang mendalam dan mungkin tidak boleh diperbaiki. Sebenarnya, pada masa kini kita juga telah menghadapi banyak masalah yang berkaitan dengan kesan akibat alam sekitar yang tercemar. Seperti yang kita telah bincangkan di atas tentang pelbagai punca isu alam sekitar, bolehkah anda nyatakan kesan isu-isu tersebut? Aktiviti berikut akan membolehkan anda mengetahui lebih mendalam lagi tentang kesan isu alam sekitar. Latihan Aktiviti 2: Mengkaji Isu Alam Sekitar

Petikan 1 dan 2 adalah keratan akhbar yang menunjukkan beberapa isu alam sekitar di Malaysia.

33

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

(i) Teliti petikan tersebut dan kenal pasti punca, masalah dan kesan isu yang dinyatakan. (ii) Cadangkan tiga cara bagaimana isu alam sekitar tersebut dapat diatasi. Masukkan cadangan tersebut ke dalam folio pembelajaran anda.

Letters to the Editor The Star Thursday 26 August 2004 Save environment before its too late
The recent efforts of The Star to highlight the massive pollution of Tasik Chini and the gradual extinction of the fireflies in Kuala Selangor must be highly commended. For far too long, the apathetic attitude of our authorities to prevent or reduce such degradation of our environment has only served to encourage the more selfish members of the populace to continue to abuse and damage our natural heritage. These are but two of the cases highlighted. All we have to do is look around us and we can see examples of such abuses daily. The indiscriminate dumping of rubbish, the uncontrolled clearing of hills and water catchment areas. The list goes on. Just take a cruise up the Straits of Malacca and you would not fail to notice the large, unsightly patches of rubbish (mainly plastic bags and polystyrene materials) floating in the sea off the mouths of the many waterways flowing from the Malaysian coast. Why are all these to go on? At the national level, we have a ministry specifically tasked with protecting the environment and every state we have an executive councilor in charge of the environment. They should be proactive and have in place programmes and systems to monitor any potential damage to the environment and highlight these problems to the relevant enforcement agencies for corrective actions to be taken before more damage is done. They should not wait for the media to highlight the problem and the Sultan to reprimand them before they would act. I agree with the views of the Malaysian Nature Society that a holistic approach is needed. Apart from the policing and controlling of pollution, an integrated approach to address the polluting factors should be implemented. In addition, educating and even rewarding good environmental practice should be encouraged. Mah Chee Wah, Johor Baru

Petikan 3.1: Keratan akhbar Selamatkan alam sekitar

34

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Just the spark we need to protect natures wonder


Firstly, I would like to congratulate The Star for being at the forefront of environmental journalism. Your recent articles on Tasik Chini and the fireflies coupled with your weekly environment articlesin StarTwo are well researched and objective. Twenty years ago, scientists had warned the loss of beaches to development and the continued consumption of turtle eggs will lower the turtle count in Malaysian waters. Today leatherback turtle landins are fewer than 100 per year while successful hatchlings have not been recorded in the last few years. Worse still, the once common hawksbill turtle is now also in danger of extinction. A little less than 10 years ago, scientists and NGOs had warned about the threats to the fireflies. The fireflies of Kuala Selangor are only one of two colonies in the world, which flash synchronously. Previously, this phenomenon occurred along 6 km of the Sungai Selangor. Today they are barely visible in two spots along the river. Today, a controversy is raging on Pulau Tioman. Previously labeled as one of the most beautiful islands in the world, Tioman now lives in the shadow of having been scarred by development. Adding insult to injury, plans are already afoot to put in a multi million ringgit marina and new airstrip. Coral reefs have been earmarked for destruction and locals are being asked to leave. If we are to repeat these mistakes notwithstanding the vindicating evidence of recent past, then we deserve to be called a third world nation. How ironic it is that while we can build skyscrapers, high tech townships, bridges kilometers long and put satellites in orbit, we can still fail to protect a colony of fireflies which is so unique in the world The Dugong Dude, Kuala Lumpur

Petikan 3.2: Keratan akhbar Lindungi alam semulajadi

35

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Memikir Adakah Bumi Kita Selamat? Arahan: Baca petikan berikut.

Bumi milik kita bersama. Walaupun kita berbeza bangsa, bahasa atau agama, bumi tempat tinggal kita. Anehnya banyak perkara yang tidak wajar telah kita lakukan terhadap bumi. Atas dasar pembangunan, kita memusnahkan hutan dan mencemari udara, sungai serta laut. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan nyawa kita tetapi generasi akan datang. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan telah diancam kepupusan dan ada yang telah pupus. Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kejahilan mengenai alam dan sifat tamak akan menyebabkan kerosakan yang berkekalan. Kita mestilah menggunakan sumber semulajadi dengan bijak supaya hidupan terus hidup. Kita mesti belajar menghargai nilai kehidupan, alam semulajadi dan kita harus menggunakan teknologi dengan bijak agar tidak membahayakan diri sendiri dalam jangka masa panjang kerana hanya bumi tempat tinggal yang kita miliki.

Petikan 3.3: Adakah bumi kita selamat?

Latihan Aktiviti 3: Kartun Isu-Isu Alam Sekitar Pepatah ada mengatakan bahawa suatu gambar boleh memberikan beribu perkataan dan makna. Gambar juga boleh mencetuskan pelbagai imaginasi kita. Majalah, suratkhabar dan buku tentang alam sekitar serta bahan daripada organisasi alam sekitar merupakan sumber gambarfoto, lukisan dan gambarajah yang boleh digunakan untuk membina, membangun dan meransangkan pengetahuan serta imaginasi pelajar. Secara berpasangan, perhatikan gambar kartun berikut dan jawab soalan yang berkaitan dengannya. Hantar jawapan ke dalam folio pembelajaran anda.

36

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rajah 3.6: Situasi 1

Rajah 3.7: Situasi 2

37

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rajah 3.8: Situasi 3

Rajah 3.9: Situasi 4

Rajah 3.10: Situasi 5

38

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rajah 3.11: Situasi 6 (i) Apakah masalah alam sekitar yang dapat diperhatikan pada setiap situasi dalam rajah berikut? Rajah 3.6: Rajah 3.7: Rajah 3.8: Rajah 3.9: Rajah 3.10: Rajah 3.11: (ii) (iii) (iv) Nyatakan punca-punca masalah tersebut. Apakah kesan-kesan akibat daripada masalah tersebut? Bagaimanakah anda dapat mengatasi masalah tersebut sekarang dan di masa hadapan?

3.4

Menangani Isu Apakah strategi yang patut dilakukan untuk kita menangani isu-isu

berkaitan dengan alam sekitar? Strategi ini bukan hanya menjadi tanggungjawab seseorang individu sahaja tetapi memerlukan juga penglibatan komuniti serta penguatkuasaan undang-undang dan akta.

39

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Memikir Menangani Isu Alam Sekitar Arahan: Baca artikel berikut dan senaraikan peranan yang boleh dimainkan oleh individu dan komuniti dalam menangani isu alam sekitar yang dinyatakan. Bagaimanakah undang-undang dan akta dapat dikuatkuasakan?

With less than 5% of the worlds population, the U.S. is responsible for more than 20% of worlds greenhouse emissions. A car with a fuel efficiency of 20 miles per gallon releases 1 pound of carbon dioxide per mile. Since Dec. 2004 there are 13.7 million cars in Malaysia (1/2 Malaysian population) reduce emissions of carbon dioxide by using fuel-efficient vehicles, car-pools and public transportation. As electricity is generated in fossil fuel fired power plants, so are tremendous quantities of carbon dioxide, sulphur dioxide and nitrogen oxides released into the atmosphere. use renewable energy sources such as wind and solar power. to conserve electricity, purchase more efficient appliances. turn off unused computers and lights. replace incandescent with fluorescent light bulbs. insulating and weatherproofing our homes. incorporating solar energy features into new homes. planting deciduous trees near our houses to provide shade reduce fuel consumption while cutting back on air -conditioning costs. recycling 95% of energy used to produce an aluminium can from raw materials is conserved support reforestation efforts to replace trees.

40

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Mengumpul Maklumat Akta dan Undang-Undang Berikut adalah contoh-contoh saranan yang telah diputuskan semasa Persidangan Global Earth Summit yang menjadi asas kepada pembentukan akta dan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar.

Kyoto Protocol 1997 160 nations proposed a treaty to curb carbon dioxide emissions. If ratified, the treaty will commit industrialized nations to reduce carbon dioxide emissions to about 5 % low 1990 levels by 2012. India and China are not bound by the Kyoto agreement. Many observers are concerned that the benefits of the treaty could be overwhelmed by emissions from such nations, which are home to more than one-third of Earths people as they strive to industrialize and increase their standard of living.

Vienna Convention 1985 The Vienna Convention for the protection of the ozone layer was adopted on 22 March 1985 in Vienna, Austria. The Convention pledges the Parties commitment to protect human health and the environment from the effects of ozone depletion and provides for participating countries to cooperate in research, observations and information exchange.

The Montreal Protocol 1987 The Montreal protocol on substances that deplete the Ozone layer was adopted on 16 September 1987 in Montreal, Canada. Under the Montreal Protocol, the production and consumption of controlled (ozone depleting) substances are to be reduced and phase-out and the development and introduction of alternatives and other processes are stepped up.

41

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 4: Selamatkan Bumi Kita Pepatah juga ada mengatakan Kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita sebaliknya kita meminjam daripada anak cucu kita. Oleh itu sejauhmanakah anda bersedia untuk berkorban bagi menyelamatkan bumi kita? Mari kita jalankan aktiviti untuk mengukur sebanyak manakah karbon dioksida dan gas rumah hijau yang telah kita hasilkan dalam aktiviti seharian. Dalam aktiviti ini kita menggunakan carbon footprint calculator yang boleh di dapati pada beberapa laman sesawang. Berikut dicadangkan beberapa laman sesawang yang sesuai dilawati: (i) Carbon footprint calculator di http://www.bp.com/extendedsectiongenericaticle.do?categoryld=9 05627&contentld=7029058 (ii) The Nature Conservancy di http://www.nature.org/initiatives/climatechange/calculator/. (iii) Environment and greener living di http://www.direct.gov.uk/en/environmentandgreenerliving/actonco2 /DG067197 Sumber (i) dan (ii) mempunyai soalan yang mudah. Sumber (iii) mempunyai animasi tetapi banyak soalan. Contoh menggunakan sumber (i). Langkah 1: Langkah 2: Buat pilihan negara anda. Pilih Singapura jika Malaysia tidak disenaraikan. Kira untuk seluruh penggunaan isi rumah.

Purata penghasilan karbon untuk setiap penduduk Malaysia adalah 7 tan. Purata penghasilan karbon untuk negara perindustrian adalah sebanyak 11 tan. Purata penghasilan karbon seluruh dunia adalah 4 tan.

42

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Memikir Refleksi: Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengurangkan kadar penghasilan karbon di udara? Adakah saya perlu menggunakan kereta yang kecil? Adakah saya perlu menggunakan pengangkutan awam? Adakah saya perlu menggunakan alat yang menjimatkan tenaga? Adakah gaya hidup anda sekeluarga perlu diubah supaya bumi boleh menjadi tempat yang selamat untuk dihuni? Rujukan

Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan Co. Publishing Division. Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya: Koperasi Pencetakan Malaysia Berhad.

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/Ozone_layer http://www.nepa.gov.jm/resource-material/pdf/The_Ozone_Layer... http://en.wikipedia.org/wiki/Acid_rain http://www.epa.gov/acidrain/effects/

Rehat

43

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TAJUK 4.0 Sinopsis

PEMBANGUNAN LESTARI

Tajuk empat ialah Pembangunan Lestari. Sub tajuk bagi Pembangunan Lestari ialah Konsep Pembangunan Lestari, Tujuan Pembangunan Lestari, Strategi Pembangunan Lestari serta Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemuliharaan dan

Pemeliharaan Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran (i) Menerangkan konsep pembangunan lestari dan kepentingan untuk kemandirian hidupan. (ii) (iii) Menjelaskan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan. Memberi cadangan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara bijaksana. (iv) Membina senario kesan kepada alam sekitar jika pembangunan lestari tidak dipraktik. (v) (vi) Menjelaskan tujuan pembangunan lestari. Membuat peta minda yang menunjukkan bahan-bahan mengikut konsep 5R. (vii) Membanding beza tenaga yang boleh diperbaharui dengan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. (viii) Menganalisis jenis pembangunan ekonomi negara mengikut lunas pembangunan lestari.

44

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Kerangka Tajuk

Pembangunan Lestari

Konsep Pembangunan Lestari

Tujuan Pembangunan Lestari

Strategi Pembangunan Lestari

Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar

Rajah 4.1: Kerangka Tajuk Empat

4.1

Konsep Pembangunan Lestari

Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan lestari telah dibincangkan secara serius dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam

45

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di negara masing-masing.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pembangunan Lestari? Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang

dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan sebagai balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite future.

Pembangunan

Lestari

adalah

kemampuan

untuk

memberi

sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.

4.2

Tujuan Pembangunan Lestari

Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem secara bersama.

Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerangkan
46

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

langkahlangkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkahlangkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke7 (1996 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Latihan Aktiviti 1: Penangkapan Ikan Secara Lestari Anda mempunyai sebuah kolam ikan air tawar. Kolam ini dapat menampung maksima 16 ekor ikan sahaja. Jika bilangan melebihi had ini, ikan akan mati atau tidak membiak. Anda diminta menangkap ikan dari kolam ini dan cara tangkapan terpulang kepada kreativiti masing-masing. Bilangan ikan yang boleh ditangkap bagi setiap tangkapan boleh menjadi antara 0 hingga 16 ekor. Selepas setiap tangkapan, bilangan ikan yang sama dengan baki ikan dalam kolam mesti ditambah dengan syarat tidak melebihi 16 ekor. Buat 4 kali tangkapan dengan bilangan yang ditetapkan bagi setiap tangkapan. Kira jumlah ikan yang ditangkap dan ikan yang masih ada di dalam kolam pada akhir kesemua tangkapan. Senaraikan faktor-faktor yang boleh menghadkan bilangan maksima ikan yang boleh ditampung oleh kolam tersebut. Kesan pencemaran air dan penangkapan ikan secara lestari juga boleh dibincangkan. Masukkan semua hasil perbincangan ke dalam folio pembelajaran anda.

47

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Memikir Pembangunan Lestari

Rajah 4.2: Pembangunan lestari

Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

48

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Memikir Cerita Seorang Budak dan Permainan Arahan: Baca petikan cerita ini dan nyatakan apakah implikasinya terhadap pembangunan lestari. Pada suatu hari, seorang bapa diganggu oleh anaknya ketika sedang asyik membaca suratkhabar. Untuk menghindari gangguan anaknya sementara dia habis membaca suratkhabarnya, bapanya pantas berfikir dan mendapat satu idea. Dia mengeluarkan satu halaman daripada suratkhabarnya yang mempunyai peta dunia di dalamnya. Halaman itu dikoyakkannya kepada beberapa keping untuk membentuk permainan mencantum kepingan. Setelah mengacaunyanya, kepingan itu diserahkan kepada anaknya untuk dicantumkan semula. Dia begitu pasti bahawa anaknya akan mengambil masa yang agak lama untuk mencantumkan semula kepingan kepingan itu. Namun selepas beberapa minit, anaknya muncul semula dengan gembira sambil menunjukkan peta dunia yang lengkap ditampalkan. Bapanya berasa sungguh hairan kerana anaknya dapat menyelesaikannya dengan begitu cepat. Apabila ditanya, anaknya menjawab, Ini kerja yang mudah sekali kerana di belakang halaman itu terdapat gambar besar seorang manusia. Saya membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan. Buat refleksi terhadap pernyataan berikut : Saya membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan.

4.3

Strategi Pembangunan Lestari

Strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk pembangunan lestari adalah seperti kitar dan guna semula bahan, konsep 5R, penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan ekonomi yang terancang, pengelolaan kempen cinta alam sekitar dan penguatkuasaan antarabangsa.
49

undang-undang

serta

melalui

konvensyen

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 2: Program Cintai Alam Sekitar Rancang dan jalankan satu program mencintai alam sekitar dengan pasangan anda. Anda perlu mengemukakan satu kertas kerja yang diluluskan oleh pihak sekolah sebelum melaksanakan program tersebut. Sediakan buku program dan satu laporan refleksi beserta gambar sebagai bukti pelaksanaanya.

Latihan Aktiviti 3: Akta dan Konvensyen Antarabangsa Salah satu daripada strategi pembangunan lestari adalah dengan penguatkuasaan undang-undang dengan mewujudkan akta dan konvensyen antarabangsa seperti Langkawi Declaration 1989, Agenda 21 (Earth Summit), Kuala Lumpur Accord (1992), UN Commision on Sustainable Development (UNCSD) dan International Whaling Commission (IWC). Kenal pasti strategi pembangunan lestari yang dinyatakan dalam akta dan konvensyen tersebut. 4.4 Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Adakah anda tahu bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama antara Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan juga Badan Korporat? Mari kita cari apakah fungsi dan peranan mereka melalui aktiviti berikut.

50

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 4: Fungsi dan Peranan Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Cari dan kumpulkan brosur dan maklumat mengenai fungsi dan peranan organisasi-organisasi berikut: i) kerajaan, ii) bukan kerajaan dan iii) korporat dalam memelihara dan memulihara alam sekitar

Rehat

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya: Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://teknologialam.blogspot.com/2009/01/indikator-pembangunan-lestari http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/Lestari.pdf http://www.doe.gov.my/en/taxonomy/term/676/all

51

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TAJUK 5.0 Sinopsis

WARGA ALAM SEKITAR

Tajuk lima adalah Warga Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada dua sub tajuk iaitu Gaya Hidup Lestari dan Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran (i) Menjalankan penilaian kendiri tentang amalan harian individu mengikut amalan mesra alam. (ii) Mengenal pasti dan mengelaskan produk yang mencemarkan alam sekitar dan produk yang diperbuat dari spesies yang hampir pupus dan implikasi kepada alam sekitar. (iii) Merancang dan mengendalikan kempen atau aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di kampus. (iv) (v) Mengelaskan projek alam sekitar di kampus dan komuniti. Mengenal pasti organisasi yang berasaskan alam sekitar.

52

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Kerangka Tajuk

Warga Alam Sekitar

Gaya Hidup Lestari

Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Rajah 5.1: Kerangka Tajuk Lima Apakah maksud warga alam sekitar? Warga alam sekitar atau Environmental Citizenship ditakrifkan sebagai a notion of civic virtue (Dobson, 2003) that manifests in the behavior, attitude, values, and action of an individual. It involves both the exercising of environmental rights and carrying out ecological responsibilities. (Ho Yuek Ming, 2007) An environmental citizen is an environmentally responsible individual who displays responsible environmental behaviour. He or she takes action in solving environmental problems either at the individual level or in a group and when necessary initiates legislative or political actions. (Azizi Muda, 2007)

Pembangunan Lestari pula adalah satu cara praktikal untuk memastikan kesejahteraan masyarakat dan alam sekitarnya secara menyeluruh. masyarakat Perubahan lestari ke arah gaya hidup kepada yang mendokong sebagai

sangat

bergantung
53

individu

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

permulaan. Demi kepentingan menjaga alam sekitar adalah amat baik sekiranya lebih ramai orang sedar tentang bagaimana sikap, nilai dan tindakannya akan memberi kesan terhadap persekitaran iaitu sama ada mesra alam ataupun tidak. Pepatah ada mengatakan bahawa sekiranya setiap individu membuat satu perubahan walaupun kecil secara berkumpulan, ini akan membawa kepada kesan positif yang besar.

5.1

Gaya Hidup Lestari Antara gaya hidup lestari yang boleh diamalkan adalah amalan 5R

dan tidak membazir dalam pengurusan perbelanjaan harian yang berhemah. Mari kita jalankan aktiviti berikut untuk meneroka lebih lanjut tentang maksud dan amalan gaya hidup lestari.

Latihan Aktiviti 1: Gaya Hidup Lestari Masyarakat Lestari hanya dapat dibentuk jika Gaya Hidup Lestari dapat diamalkan. Adakah anda mengamalkan gaya hidup lestari? Sila jawab semua soalan-soalan berikut dan masukkan jawapannya ke dalam folio pembelajaran anda. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup lestari? (ii) Bandingkan jawapan anda dengan rakan sejawat di sekolah? (iii) Untuk mengamalkan gaya hidup lestari, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah memeriksa gaya hidup sedia ada kita yang berkait rapat dengan keperluan hidup. (iv) Lengkapkan Jadual 5.1 berikut. Jadual 5.1: Lembaran mengkategori keperluan kita
Perlu untuk terus Hidup Makanan Perlu demi Kesejahteraan Pakaian Perlu demi Kesenangan Telefon Kemewahan Kondominium

54

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

5.

Pilih satu item dari setiap kategori berikut (Jadual 5.2) dan buat analisa serta lengkapkan jadual tersebut berdasarkan sumber dan cirinya sama ada item tersebut mesra alam atau sebaliknya. Jadual 5.2: Lembaran menilai keperluan kita
Mesra Alam Item R B RC NP Tidak Mesra Alam NR NB NRC P Kesimpulan

(Catatan: R= Boleh diperbaharui, B= Boleh terbiodegradasikan, RC= Boleh dikitar semula, NP= Tidak mencemarkan, NR= Tidak Boleh diperbaharui, NB = Tidak Boleh terbiodegradasikan NRC= Tidak boleh dikitar semula dan P= Mencemarkan).

6.

7.

Dengan meneliti ciri-ciri setiap item keperluan kita, kita dapat menilai sama ada sesuatu produk itu mesra alam atau pun tidak. Sekiranya tidak mesra alam, kita boleh menghentikan penggunaannya. Bolehkah kita menghentikan penggunaannya tanpa perubahan gaya hidup kita? Apakah implikasi-implikasi perubahan ini dari segi ekonomi, kesejahteraan hidup, kesihatan dan kesenangan hidup?

Memikir Membuat kesimpulan Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

Rajah 5.2: Amalan Warga Alam Sekitar


55

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rehat

5.2

Penglibatan Individu Dalam Pemuliharaan Alam Sekitar

Usaha

Pemeliharaan

dan

Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri kita sendiri. Malaysia memiliki

kepelbagaian biologi yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru, usaha harus dipergiatkan untuk memastikan penglibatan individu menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna ini. Marilah kita bersama-sama terus memainkan peranan serta fungsi masing-masing sebagai warga yang bertanggungjawab untuk memelihara dan

memulihara alam sekitar kurniaan Tuhan. Mulakan langkah pertama hari ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan di peringkat global dan juga glokal.

Latihan Aktiviti 2: Kaedah Permainan Dalam P&P

Permainan 1 dan 2 adalah contoh permainan yang boleh dijalankan di dalam kelas anda. Cetak dan laksanakan permainan tersebut. Catatkan maklumbalas daripada murid-murid bagaimana permainan ini dapat menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar. Masukkan catatan tersebut ke dalam folio pembelajaran.

56

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rajah 5.3: Permainan Kompos

57

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rajah 5.4: Permainan Ular dan Tangga

58

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rujukan

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 2. Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 3. Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.

Bahan Bacaan Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://chem.eng.utm.my/staff/zaini/images/DOCUMENTS/gaya-hiduplestari-1ogos2008.pdf

Rehat Mari dengar lagu Heal the world nyanyian Michael Jackson.

59

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TAJUK 6.0

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM

Sinopsis Tajuk Enam adalah tentang Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Tajuk ini terbahagi kepada enam sub topik iaitu Konsep Pendekatan Sekolah Secara Alam Menyeluruh, Sekitar Pendekatan Kurikulum, dan Penerapan

Pendidikan

Dalam

Pengajaran

Pembelajaran,

Pendekatan Kokurikulum, Audit Hijau di Maktab/Kampus dan Program Penghijauan.

Hasil Pembelajaran (i) (ii) Menghuraikan konsep pendekatan sekolah secara menyeluruh. Menjelas dan mengaplikasikan tiga pendekatan kurikulum melalui subjek sekolah. (iii) Merancang dan menyediakan Rancangan Persediaan Harian yang mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam subjek sekolah. (iv) Mengenal pasti dan menyenaraikan penerapan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. (v) Menjalankan aktiviti audit dengan menggunakan Borang Audit Hijau. (vi) (vii) Menjalankan Program Penghijauan di kampus atau sekolah. Menganalisis dan mencadangkan satu cara yang teratur ke arah resos kampus atau sekolah yang lestari.

60

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Kerangka Tajuk

Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum

Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh (Whole School Approach)

Pendekatan Kurikulum

Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan Kokurikulum

Audit Hijau di Kampus IPG/ Sekolah

Program Penghijauan

Rajah 6.1: Kerangka Tajuk Enam

6.1

Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

Tahukan anda, apakah yang dimaksudkan dengan Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh? Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh merujuk kepada penglibatan warga sekolah

termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru-guru dan para pelajar sekolah. Konsep ini merujuk kepada proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan

penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh ini merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.

61

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 1: Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh Nyatakan peranan-peranan yang dimainkan oleh warga sekolah yang melibatkan elemen Pendidikan Alam Sekitar. Cadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan lagi pencapaian konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh.

6.2

Pendekatan Kurikulum

Apakah

yang

dimaksudkan

dengan

pendekatan

kurikulum

Pendidikan Alam Sekitar? Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses pembelajaran yang berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia tentang alam sekitar serta mengukuhkan pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang efektif. Ia juga mengajar individu untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya dapat membuat keputusan yang bermakna dan bertanggungjawab. Environmental education is a learning process that increases people knowledge and awareness about the environment and associated challenges, develops the necessary skills and expertise to address the challenges, and fosters attitudes, motivations, and commitments to make informed decisions and take responsible action. (UNESCO, Tbilisi Declaration, 1978)

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia seperti mana yang ditulis oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) serta Bahagian Pendidikan Guru (2002/2003) di dalam Modul Pendidikan Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan Maktab menunjukkan bahawa terdapat tiga elemen penting dalam
62

pendekatan

pembelajaran

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada perancangan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan melalui ataupun dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib, 2008).

Menurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam sekitar serta pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait mengait. Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu difahami dan diambilkira semasa membina kurikulum Pendidikan Alam Sekitar. Hubungan antara ketiga-tiga elemen dalam pendekatan pembelajaran ini ditunjukkan dalam Rajah 6.2 seperti berikut.

PEMBELAJARAN

Pendidikan Mengenai Alam Sekitar

Pengetahuan dan Kefahaman Konsep, Kemahiran, Sikap

Pendidikan Untuk Alam Sekitar

PROSES

Pendidikan Melalui atau Dalam Alam Sekitar

Rajah 6.2: Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam Sekitar Model Palmer dan Neal (1994)

63

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia. Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar.

Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran

menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal. Untuk mencapai matlamat pembelajaran menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut, pengajaran Pendidikan Alam Sekitar di peringkat sekolah menengah boleh dijadikan sebagai satu subjek, disepadukan dalam subjek-subjek lain ataupun menggunakan pendekatan pengajaran secara bermodul.

6.3

Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Malaysia, penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan secara merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran ataupun subjek di sekolah. Terdapat 16 nilai murni alam sekitar yang sesuai untuk diterapkan semasa P&P dalam
64

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

mana-mana mata pelajaran di sekolah. Berikut adalah nilai-nilai murni tersebut. Prinsip rendah diri Prinsip kerjasama Prinsip menghormati alam/ bumi Prinsip kehidupan seimbang Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem Prinsip mengekalkan hidupan liar dan keperbagaian hidup Prinsip kerosakan minima Prinsip kesederhanaan Prinsip mencintai persekitaran Prinsip perubahan berterusan Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir Prinsip tanggungjawab setiap individu Prinsip etika melebihi hukum Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalah paling baik Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem

Nilai murni alam sekitar yang akan diterapkan semasa P&P perlu dicatatkan dalam ruangan catatan di dalam Rancangan Persediaan Mengajar Harian dan juga di ruangan butiran am. Berikut adalah satu contoh umum Rancangan Pengajaran Harian bagi guru pelatih

prasekolah. Contoh ini perlu diubahsuai dan dimantapkan lagi bagi menerapkan kurikulum. elemen-elemen Pendidikan Alam Sekitar merentas

65

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

CONTOH RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN TANPA INTEGRASI ELEMEN-ELEMEN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (SATU SLOT PENGAJARAN- 30 MINIT) A) BUTIRAN AM Nama Kelas Tarikh Masa Bilangan murid Komponen : TADIKA RIDZQY : 10 JUN 2007 Hari : ISNIN

: 9.00 9.30 PAGI ( 30 MINIT ) : 25 ORANG : BAHASA DAN KOMUNIKASI (KURIKULUM BAHASA MELAYU ) : SERANGGA : NAMA SERANGGA : PERMAINAN TEKA NAMA SERANGGA : 2.1.2 Berinteraksi secara bersopan dan a. mengikut giliran

Tema Pengajaran Sub tema Tajuk Aktiviti Hasil Pembelajaran bertatasusila: ( kurikulum ) Hasil Pembelajaran ( slot/ aktiviti )

: Murid-murid boleh; 1. Menyebut sekurang-kurangnya 5 nama serangga berdasarkan model serangga yang dikeluarkan dari kotak ajaib . 2. Berinteraksi secara bersopan dan mengikut giliran semasa aktiviti dijalankan.

Pengetahuan Sedia Ada

: Kanak-kanak pernah melihat dan tahu beberapa nama serangga yang terdapat di persekitaran mereka. : Menjana idea, membanding beza : Sopan, sabar dan mengikut giliran : Model serangga (mainan/ plastik) , Kotak Ajaib dan cip bentuk serangga. : Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Sosioemosi : Sila pilih mana-mana nilai alam sekitar 66

Kemahiran berfikir (KBKK) Penerapan Nilai Alat Bantu Mengajar

Kesepaduan Komponen

Pendidikan Alam Sekitar

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

B) BUTIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH/ MASA

ISI KANDUNGAN / TAJUK

AKTIVITI GURU DAN MURID

Set induksi ( 3 minit )

2.Kemahiran Bertutur 2.1 Berinteraksi dengan mesra

1. Guru menunjukkan Kotak Ajaib kepada kanak-kanak dan minta mereka meneka objek yang terdapat di dalamnya. 2. Murid-murid cuba meneka objek. 3. Guru memberitahu beberapa klu.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) / CATATAN BBM Kotak Ajaib ( kotak terbuang yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah ) Serangga mainan/ plastik KBKK Menjana idea BBM Kad Tema/ Perkataan Serangga Carta gambar serangga KBKK Membanding beza NILAI Sopan semasa berintraksi BBM Kotak Ajaib Model Serangga Mainan/ Plastik seperti:Semut, lipas,lipan, belalang,kala jengking. KBKK Membanding beza NILAI Sabar dan mengikut giliran BBM Carta gambar serangga Cip bentuk serangga KBKK Membanding beza NILAI Sabar dan mengikut giliran

Langkah 1 ( 7 minit )

Nama serangga yang telah diketahui oleh kanak-kanak

1. Guru memperkenalkan perkataan Serangga dengan menunjukkan kad tema dan carta gambar. 2. Guru berbual dengan kanak-kanak mengenai pengalaman mereka melihat serangga di rumah atau di persekitaran luar seperti taman atau padang.

Langkah 2 ( 10 minit )

Permainan: Teka Nama Serangga

1. Lima orang murid diminta keluar ke hadapan dan berbaris. 2. Setiap orang murid diberi peluang menyeluk tangan ke dalam Kotak Ajaib dan mengeluarkan hanya satu model serangga. 3. Murid-murid lain diminta meneka nama model serangga yang dilihat 4. Murid yang berinteraksi secara bersopan dan mengikut giliran serta dapat menjawab dengan betul diberi cip bentuk serangga.

Langkah 4 ( 7 minit )

Nama serangga i. semut ii. lipas iii. lipan iv.belalang v.kala jengking dan lain-lain

1. Guru meminta kanak-kanak menyebut nama serangga yang ditunjukkan pada carta gambar satu persatu seorang demi seorang. 2. Murid yang dapat menyebut dengan betul diberi tepukan dan cip bentuk serangga.

67

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Penutup ( 3 minit )

Refleksi dan Peneguhan

1. Guru dan murid-murid bersamasama merumuskan isi/ tajuk yang telah dipelajari. 2. Murid-murid menyatakan perasaan mereka mengenai aktiviti yang telah dijalankan.

BBM Kad Tema/ Perkataan Serangga Carta gambar serangga

Refleksi Guru Pelatih

Ulasan Guru Pembimbing :

Ulasan Pensyarah Pembimbing:

68

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 2: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Secara berpasangan, rancang dan sediakan satu Rancangan Persediaan Mengajar Harian Prasekolah yang mengintegrasikan elemen-elemen Pendidikan Alam Sekitar dalam satu subjek. Gunakan format RPH untuk prasekolah seperti contoh yang telah ditunjukkan. Buat rakaman video sepanjang tempoh 30 minit pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan rakaman tersebut tuliskan satu refleksi yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar diterapkan dalam P&P.

6.4

Pendekatan Kokurikulum Bagaimanakan Pendidikan Alam Sekitar pendekatan kokurikulum

dijalankan? Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan secara langsung menjadikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam ko-kurikulum adalah untuk mengimbangi proses penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulum iaitu sebagai satu usaha penyepaduan yang menjadi manifestasi terhadap segala apa yang dipelajari mengenai Pendidikan Alam Sekitar di dalam bilik darjah.

Perkara ini adalah selaras dengan polisi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) yang dengan jelas

menyatakan bahawa kursus Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti kokurikulum berasaskan alam sekitar di bawah Kementerian Pendidikan malaysia akan diperkukuhkan. Oleh itu Pendidikan Alam Sekitar
69

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

pendekatan kokurikulum boleh diterapkan atau diintegrasikan semasa melaksanakan aktiviti badan/unit beruniform, sukan/permainan ataupun Persatuan/Kelab yang ada di sekolah.

Rajah 6.3: Contoh aktiviti penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam aktiviti kokurikulum.

70

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 3: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Aktiviti Kokurikulum

Hasilkan satu sajak atau lagu yang bertemakan alam sekitar dan persembahkannya semasa aktiviti kokurikulum di sekolah. Berikut adalah contoh koleksi sajak terbaik yang telah dihasilkan oleh pelajar sekolah. Sertakan sajak atau lagu tersebut dalam folio pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar anda.
CONTOH SAJAK 1 PELARIAN DI DAERAH SENDIRI BUNYI ITU KEDENGARAN LAGI GEGARANNYA MENGGONCANG BUMI SEMALAM BISING SEKALI HARI INI MENJADI-JADI BENCANA APAKAH INI? APAKAH YANG MEREKA MAHU LAGI? POHON SUBUR SUDAH MENYEMBAH BUMI SUNGAI JERNIH SUDAH BERUBAH WARNA BUKIT TINGGI SUDAH MENJADI RATA KEPANASAN SUDAH MEMBARA KELMARIN KEDIAMAN SANG TUPAI SUDAH BERKECAI SEMALAM RUMAH SANG PELANDOK RANAP HARI INI MUNGKINKAH GILIRANKU PULA WAHAI PENCINTA ALAM DIMANAKAH PEMBELAANMU? AKU KINI PELARIAN DI DAERAH SENDIRI MENANTI SIMPATI AKU TIDAK BERUPAYA TERBANG LAGI KERANA SAYAPKU BERDARAH DITIMPA DAHAN PATAH

Nukilan : Nurul Nabila Ismail Tahun 4, Sek. Keb. Tanjung Bunga Julai 2004

71

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

CONTOH SAJAK 2 RINTIHAN PENGHUNI RIMBA

WAHAI MANUSIA, DENGARLAH RINTIHAN HATIKU JUGA TEMAN-TEMAN PENGHUNI RIMBA WAHAI MANUSIA, DULU TEMPAT INI SYURGAKU AKU BEBAS MENGGEPAKKAN SAYAPKU LANTAS BERTENGGEK DI DAHAN YANG GAGAH KINI, SAYAPKU TERASA PANAS TIDAK DAPAT LAGI UNTUK AKU BERTENGGEK KERANA DAHAN YANG GAGAH TELAH MENJADI USANG DAN RAPUH

WAHAI MANUSIA, DEMI MEMBINA TEMPAT YANG SELESA DEMI MENJAMIN HIDUP YANG BAHAGIA WAJARKAH TEMPAT TINGGAL KAMI MENJADI MANGSA? WAJARKAH KAMI DISIKSA? ANDAINYA ENGKAU DI TEMPATKU PASTI ENGKAU MENGERTI BETAPA ZALIMNYA MAKHLUK YANG BERGELAR MANUSIA ! KERANA MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIA MEREKA MELUPAKAN PENGHUNI RIMBA

72

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

CONTOH SAJAK 3 BUMIKU BUMIKU, BETAPA DIRIMU SEMAKIN TENAT KEINDAHAN KIAN TERNODA

TATKALA DADAMU SEGAR MENGHIJAU PENUH DENGAN KHAZANAH BERHARGA MANUSIA PUN MENJADI RAKUS MENGEJAR KEMAJUAN YANG GILA AKAN KEKAYAAN MEROBEK DADAMU BUMIKU, INILAH JANJIKU PADAMU PEWARIS MASA DEPAN AKAN CUBA KUPASTIKAN KEHIJAUAN YANG MASIH TINGGAL TIDAK HARUS TERNODA

6.5

Audit Hijau di Kampus IPG/Sekolah Audit Hijau dilaksanakan untuk mengenal pasti sejauh manakah

pengurusan sumber yang efektif ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, air, bahan pakai habis seperti kertas, dakwat pencetak, sisa pejabat, bilik darjah, kantin, makmal dan bengkel. Bagaimana saranan penjimatan ini boleh dibuat? Saranan penjimatan boleh dibuat melalui notis, papan kenyataan, poster dan juga pengumuman.

Latihan Aktiviti 4: Audit Hijau di Sekolah Jalankan aktiviti audit dengan menggunakan Borang Audit Hijau seperti berikut. Buat satu rumusan dan beri satu laporan bertulis kepada pihak sekolah untuk membuat tindakan susulan. Sertakan laporan tersebut di dalam folio pembelajaran anda.

73

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

BORANG AUDIT HIJAU 1. Penggunaan air di sekolah ( tandas, kantin,makmal.) (i) Bagaimana air tiba di sekolah ? (ii) Dari mana datangnya ? (iii) Berapa banyak ia digunakan sebulan? (iv) Adakah berlakunya pembaziran, contohnya, limpahan air, paip bocor? (v) Adakah air boleh di simpan dan/atau dikitar semula? Bagaimana?

2. Tenaga (i) Berapa banyak tenaga elektrik digunakan sebulan? (ii) Di mana dan bilakah peralatan elektrik digunakan? (iii) Apakah bentuk tenaga lain yang digunakan? (iv) Dari manakah tenaga datang?

74

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

(v) Adakah tenaga dibazirkan? (vi) Bagaimanakah tenaga dapat di simpan/kitar semula?

3. Sampah sarap (i) Namakan bahan buangan biasa yang terdapat di perkarangan sekolah. (ii) Adakah anda gembira dengan keadaan kebersihan di dalam kelas dan keseluruhan kelas secara umum? (iii) Adakah sekolah anda membakar sebarang sampah? (iv) Adakah anda tahu bahawa pembakaran terbuka adalah tidak baik kepada kita? Mengapa? (v) Adakah anda tahu sekiranya kita mengasingkan sampah sarap, terdapat sebahagian daripadanya boleh dijual untuk mendapatkan wang; sebahagian boleh diguna semula; sebahagian boleh dikitar semula and sebahagiannya boleh dibiarkan mengurai menjadi baja? (vi) Senaraikan bahan buangan yang boleh dijual untuk mendapatkan wang.

75

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

(vii) Senaraikan bahan buangan yang boleh digunakan semula untuk kegunaan lain (viii) Senaraikan bahan buangan yang boleh ditukar menjadi baja.

4. Kantin (i) Namakan barangan yang dijual di kantin yang dibungkus dengan plastik. (ii) Adakah anda tahu bahawa pembuangan plastik mendatangkan masalah kepada alam sekitar dengan menyebabkan sampah, membahayakan alam sekitar dan menggunakan ruang tanah yang berharga? (iii) Apakah barangan yang dijual di kantin yang tidak baik kepada alam sekitar? Mengapa? (iv) Adakah anda tahu bahawa minum menggunakan straw adalah tidak baik kepada alam sekitar? Mengapa? (v) Sekiranya anda fikir bahawa banyak barangan bungkusan yang dijual di kantin adalah tidak baik kepada sekolah dan alam sekitar, apakah yang anda lakukan?

76

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

(vi) Bagaimanakan pihak kantin mengurus kesemua bahan buangan? (vi)Bagaimana boleh anda membantu pihak kantin untuk mengurus perniagaannya dengan lebih mesra alam? 4. Perkarangan sekolah

(i) Adakah perkarangan sekolah anda kelihatan menarik? Mengapa/ mengapa tidak? (ii) Adakah persekitaran luar sejuk dan nyaman? Mengapa/ mengapa tidak? (iii) Berapa banyak pokok di perkarangan sekolah? (iv) Adakah burung hinggap di pokok tersebut? Anda sukakan mereka? (vi) Bahagian manakah di perkarangan sekolah yang anda fikir perlu lebih pokok? Mengapa/ mengapa tidak? (vii) Adakah anda suka dengan dinding bangunan sekolah? Mengapa/mengapa tidak? (viii) Fikirkan beberapa gambar yang boleh dilukis pada dinding untuk membantu mengembalikan suasana semula jadi di sekolah?

77

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Buat lakaran mural pilihan anda di sini:

(i) Adakah pelajar membuang sampah merata-rata? Bagaimana anda dapat membantu agar pelajar tidak membuang sampah merata-rata? (ii) Bahagian manakah di sekolah yang paling anda suka? Mengapa? (iii) Bahagian manakah di sekolah yang paling anda tidak suka? Mengapa? Bagaimana untuk memperbaiknya?

78

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

BORANG AUDIT Tarikh : Nama Pelajar / Ahli Kumpulan __________________________________________________________ Perkara yang diaudit: __________________________________________________________ Tanda ( / ) pada komen yang berkaitan
Bil Kawasan Komen Isu Sampah kantin Sisa makanan Sgt Baik Baik Neutral Buruk Sangat Buruk Tindakan Cadangan

tandas

perpustakaan

79

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Bil Kawasan

Komen

Isu

Sgt Baik

Baik

Neutral

Buruk

Sangat Buruk

Tindakan Cadangan

blok pentadbiran

RUMUSAN DARIPADA AUDIT HIJAU Berdasarkan dapatan yang disediakan oleh

bilangan pelajar pada .............., berikut adalah keputusan yang telah diperolehi:

80

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Positif: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 .. .. .. .. .. .. .. .. ..

10 ..

Negatif: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 .. .. .. .. .. .. .. .. ..

10 ..

81

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

CADANGAN UNTUK PERUBAHAN/PENAMBAHBAIKAN Plan Sekolah

Pernambahbaikan yang boleh dilakukan: (dimana, oleh siapa, bila, kos) .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..

82

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

6.6

Program Penghijauan Tahukah anda apakah dia program penghijauan dan tujuan

program tersebut dijalankan? Program penghijauan memberi peluang kepada individu untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab dan akauntabiliti bersama setiap individu untuk menguruskan persekitaran yang lestari dengan menjalankan aktiviti seperti gotong royong dan penanaman pelbagai tumbuhan di

persekitarannya.

Antara

contoh-contoh

program

penghijauan

ialah

program

penanaman pokok menggunakan baja organik, program satu pelajar satu pokok, Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan spesies pokok-pokok tertentu, melabelkan nama-nama saintifik dan tempatan pokok, projek membuat baja kompos, penubuhan stesen pembelajaran dan penyelenggaraan kawasan padang.

Rajah 6.4: Gotong royong


TOWARDS A GREENER TOMORROW STARTING YOUNG: Jutika Lam, age three-and-a-half, participating in the activity with adults. The Star, Thursday - 16 September 2004.

Rajah 6.5: Program Penghijauan

83

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Memikir Program Penghijauan Sekolah Arahan: Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan pada Rajah 6.6. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

Rajah 6.6: Situasi 1

Latihan Aktiviti 5: Program Penghijauan Banyak sekolah telah menjalankan Program Penghijauan. Antaranya penubuhan pusat kitar semula, penubuhan pusat kompos, penanaman pelbagai tumbuhan dan penubuhan Pusat Sumber Alam Sekitar. Kumpulkan gambar-gambar yang menunjukkan program ini telah dijalankan di sekolah. Buat analisis tentang program tersebut dan cadangkan satu cara yang teratur ke arah penghijauan sekolah.

84

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Latihan Aktiviti 6: Menyemaikan Kesedaran Pendidikan Alam Sekitar Situasi Kelab Alam Sekitar di sekolah anda akan mengadakan Minggu Kesedaran Alam Sekitar. Sebagai ahli kelab, cadangkan satu aktiviti yang boleh dijalankan atau dilaksanakan semasa minggu tersebut. Tugasan: Anda bercadang untuk mengadakan Pertandingan Melukis Poster. Sediakan syarat-syarat untuk menyertai pertandingan tersebut seperti tema, peserta dan hadiah. Latihan Aktiviti 7: Hari Alam Sekitar Sedunia Petikan berikut adalah berkaitan dengan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2007. Tema bagi tahun tersebut ialah Melting Ice a Hot Topic? Daripada senarai pernyataan ini, tandakan () bagi tindakan yang anda biasa lakukan dalam kehidupan seharian
World Environment Day 2007 June 5 Theme : Logo : Host: Arctic. Its time to do our part to protect planet Earth. The fact is: our planet is dying. The Earth is warming up, polar icecaps are melting, shorelines are increasingly being eroded, weather patterns are changing, species are disappearing faster than new ones are discovered the list goes on and on. The future and sustainability of the Earth is firmly in our hands. It is our actions of today that determines the world our children live in tomorrow. Melting Ice a Hot Topic? Green Palm Norway held in Tromso, a city north of the Arctic known as The gateway to the

85

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

. Saya berjanji untuk No


1 2 3 4 5

Pernyataan
Menggunakan suhu pendingin udara kurang daripada 24 darjah Celsius. Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan Menggunakan bateri yang boleh dicas semula Menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta Menyemai kesedaran isu-isu alam sekitar dan melibatkan kanak-kanak dengan program penghijauan pada peringkat umur lebih awal Menderma dan memberi perkhidmatan kepada mana-manaPersatuan Alam Sekitar tempatan Menggunakan alatan dapur yang boleh diguna semula bukan bahan pakai buang Mengumpul kerta atau suratkahabar tidak digunakan dan hantar ke Pusat Kitar Semula Membeli barangan kegunaan harian yang mesra alam Melayari internet dan banyak membaca tentang isuisu alam sekitar Menggunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh Jadikan bahan buangan organik sebagai baja untuk tanam-tanaman Menggunakan mentol lampu jenis jimat tenaga Mengumpul air hujan dan gunakan untuk menyiram pokok Mencetak pada kedua-dua mukasurat Mengurangkan penggunaan air dan elektrik sebanyak 20% Mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah Menjemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering Menggunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang Gunakan kain untuk mengelap berbanding kertas tisu

Ya

Tidak

6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

16 17 18 19 20

86

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Memikir Hari Alam Sekitar Sedunia Arahan: Gunakan akronim nama anda untuk mencipta satu Aku Janji anda untuk memelihara alam sekitar sempena Hari Alam Sekitar Sedunia seperti contoh berikut.

WORLD ENVIRONMENT DAY (5 June) PLEDGE FOR MOTHER EARTH A-Z

Avoid disposable items Bag your groceries in durable cloth carriers instead of plastic bags Compost you kitchen and garden waste Dry your washing in the sun instead of a dryer to save energy Enjoy nature-go for an outing at the nearest park, nature reserve, beach or waterfall. Don,t forget to take your trash with you when you leave! Forgo that trip to the mall; you dont really need new clothes, do you? Give green gifts such as rechargeable batteries, tree planting certificates, organic produce or membership to an environment club. Hold a recycling event at your office, school or residential area. Inflate your tyres to improve mileage and reduce petrol usage. Join a nature or conservation society. Know your labels. Read product descriptions to determine if they contain recycled material, are energy-efficient or contain hazardous ingredients. List down ways to curb electricity use to reduce carbon emissions. Make your home toxic-free. Replace conventional household cleaners with items that are earth-friendly. Never throw anything away without first asking if it can be reused or recycled. Open burning is polluting-report it. Phase out plastic trash by packing food in tiffins or reusable containers. Quality-buy products that last. Inferior goods need to be constantly replaced, adding to waste heaps. Repair rather than replace broken items to lengthen their lifespan and prevent more trash. Separate your garbage and drop off recyclables at the nearest recycling centre. Turn vegetarian for the day. Your body and Mother Earth will appreciate it. Use public transport instead of your car-do it at least once a week if not more. Visit the zoo and learn about widlife. Water is precious and costly to treat-dont waste or pollute it. Xerox both sides of the paper. You can make a difference. Live a simpler life style and buy only what you need and will use. Zero-waste- reduce, reuse, recycle, recover, rethink, repair and remember.

87

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya:Koperasi Pencetakan Malaysia Berhad. Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Alam_Sekitar www.kkk.org.my/.../237-hari-alam-sekitar-sedunia.html www.nre.gov.my/BM/BeritaNRE/Pages/SHASS08.aspx http://www.unep.org/wed/2010/english/ http://www.epa.gov/enviroed/index.html http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tiwi06a. pdf http://www.doe.gov.my/en/erahijau?sort=desc&order=Title+|+Tajuk http://www.doe.gov.my/files/u1/EraHijau%20Isu%204-09.pdf http://www.doe.gov.my/files/u1/EraHijau%20Isu%204-09.pdf http://www.treehungger.com/ Rehat Dengarkan lagu dari kilp video berikut: Hijau nyanyian Zainal Abidin Earth Song nyanyian Michael Jackson Tamat
88

AS 2050D PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

UJIAN PASCA PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (30 minit) Arahan: Jawab semua soalan dan tandakan jawapan anda dalam kotak yang disediakan. No Pernyataan Betul Salah

1. 2.

Lapisan ozon adalah penting untuk kehidupan di bumi. Lebih 5% sulfur yang berada di atmosfera adalah disebabkan oleh aktiviti peletusan gunung berapi. Salah satu kebaikan penggunaan kereta hibrid ialah dapat menjimatkan penggunaan bahan bakar dan mengurangkan pelepasan asap.. CFC dan lain-lain bahan karbon berklorida telah memusnahkan lapisan ozon di kawasan Antartik and Artik. Sinaran matahari yang banyak adalah baik untuk anda.

3.

4.

5.

6.

Karbon dioksida daripada pembakaran bahan api fosil merupakan hasil keluaran terbesar masyarakat terkini. Aerosol yang mengandungi CFC merosakkan lapisan ozon. Kereta akan menggunakan kurang bahan bakar jika ia bergerak pantas dalam masa yang singkat Bahan api fosil terhasil daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam di dalam bumi berjuta-juta tahun dahulu.

7.

8.

9.

10. Lapisan ozon wujud antara 20 dan 50 km dari bumi. 11. Lapisan ozon menapis hampir semua radiasi ultraviolet yang merbahaya daripada matahari. 12. Adalah selamat untuk membuang semua bahan yang tidak diperlukan ke dalam longkang.

89

AS 2050D PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

No

Pernyataan

Betul

Salah

13. Semua benda boleh dikitar semula. 14. Adalah berbaloi untuk mengitar semula semua benda.

15. Pendedahan kepada bunyi yang kuat pada suatu jangkamasa yang panjang tidak memberi kesan kepada anda. 16. Kita membuang lebih banyak plastik berbanding kaca. 17. Kita mengitar semula kebanyakan tin minuman yang digunakan. 18. Mengitar semula kertas dapat membantu menghentikan penebangan hutan hujan. 19. Penangkapan ikan yang menggunakan jaring berlubang kecil merupakan satu strategi penangkapan ikan secara mapan. 20. Cacing adalah baik untuk tanah. 21. Tenaga nuklear tidak menghasilkan bahan buangan toksik. 22. Kebanyakan bahan buangan adalah kertas ataupun hasil kertas seperti kadbod. 23. Semua pencemaran air adalah disebabkan oleh aktiviti manusia. 24. Menurunkan suhu sebanyak 10 -20 C dapat mengurangkan pencemaran udara. 25. Kadangkala doktor menggunakan plastik terbiodegradasi dalam tubuh kita. 26. Lampu mentol menggunakan tenaga elektrik yang kurang daripada lampu pendaflour kerana ianya lebih kecil. 27. Mengitar semula tin aluminium memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding proses untuk menghasilkannya.

90

AS 2050D PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

No

Pernyataan

Betul

Salah

28. Hujan asid akan memusnahkan hutan. 29. Kita boleh mengurangkan antara 40% hingga 90% bahan buangan di tempat pembuangan sampah, jika kita mengitar dan mengkompos buangan domestik sebanyak yang boleh. 30. Stesen janakuasa nuklear tidak akan menambah kandungan karbon dioksida di udara, yang boleh meningkatkan pemanasan global. 31. Petrol tanpa plumbum adalah baik untuk lapisan ozon.

32. China merupakan negara yang paling banyak melepaskan karbon dioksida di Asia. 33. Pernafasan boleh meningkatkan kesan rumah hijau. 34. Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang merebak melalui air kencing manusia. 35. Matahari adalah sumber tenaga utama bagi manusia.

91

BIBLIOGRAFI
Abdul Manaf Muda. (1993/94). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75. Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (1997). Huraian Sukatan Pendidikan Alam Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003). Environmental Education: from policy to practice. The Journal of Environmental Education. 9(3): 347-357. Carson, S.M. (1978). Environmental Education:Principles and practice. London: Edward Arnold (Publishers) Ltd. Cunningham dan Cunningham. 2008. Principles of Environmental Science. McGraw-Hill International Edition. Enger, E.D., Ross, F.C. dan Bailey, D.B. (2007). Concepts in biology. (12th ed.). New York: Mc Graw Hill Higher Education. Enger, S.K. dan Yager, R. E. (2001). Assessing student understanding in science. California: Corwin Press, Inc. Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan Co. Publishing Division. Hart, E.P. (1981). Identification of key characteristics environmental education. The Journal of Environmental Education. 13(1): 12-16. Ho Yuek Ming (2007). Environmental citizenship among pre-service teachers in Malaysian Teacher Training Colleges. Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang. Tidak diterbitkan. Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour through environmental education. The Journal of Environmental Education. 21(3): 812. Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit. Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran Ekosistem Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar. Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang. Tidak diterbitkan. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya:Koperasi Pencetakan Malaysia Berhad.

92

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru: Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Lewis, R., Gaffin, D. Hoefnagels, M dan Parker, B. (2004). Life. (5th ed.). New York. Mc Graw Hill. Miller, G.T. (2004). Environmental Science: Working with the earth. (10th ed.) Canada: Thompson Learning, Inc. Miller, G.T dan Spoolman, S. (2008). Environmetal Science: Pronciples, connections and solutions. (12th ed.). Canada: Brooks/Cole Cengage Learning. Mohd Noor Ramlan. (1999). Ekologi asas dan alam semula jadi terpilih. Shah Alam: Biroteks UiTM. Palmer, J. dan Neal, P. (1994). The handbook of environmental education. London and New York: Routledge. Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th ed.). Boston: McGraw Hill. Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm, Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental management 2001. Proceeding national seminar on environmental management: Current development and future planning (hlm. 23-30). 14-15 Ogos 2001, Bangi, Selangor. Saveland, R.N. (1976). Handbook of Environmental Education. England: John Wiley & Sons Starr, C., Taggart, R., Evers, C. dan Starr, L. (2009). Biology: The unity and diversity of life. (12th ed). USA: Brooks/Cole Cengage Learning. UNESCO-UNEP (1978) Final Report: Intergovernmental Conference on Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO. Vivian, V.E. (1973). Sourcebook for Environmental Education. Saint Louis: The C.V.Mosby Company.

93

LAMPIRAN A IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

94

LAMPIRAN B SENARAI SEMAK


MUKA SURAT TANDAKAN ()

BIL.

TAJUK Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar (

AKTIVITI / TUGASAN

Latihan Sejarah Pendidikan Alam Sekitar Latihan Aktiviti 1: Mengenali Alam Sekitar Di Sekeliling Anda Perbincangan Aktiviti 2 : Mengenal Pasti Definisi Yang Betul

15

16

Pengenalan Kepada Ekologi Asas

Latihan Aktiviti 3: Kajian Lapangan Ekosistem Di Kawasan Kampus

22

Mengumpul Maklumat Aktiviti 4: Kitaran Semulajadi Latihan Aktiviti 1: Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri Latihan Aktiviti 2: Mengkaji Isu Alam Sekitar Latihan Aktiviti 3: Kartun Isu-Isu Alam Sekitar Latihan Aktiviti 4: Selamatkan Bumi Kita Latihan Aktiviti 1: Penangkapan Ikan Secara Lestari 4 Pembangunan Lestari Latihan Aktiviti 2: Program Cintai Alam Sekitar

23

33

33

Isu Alam Sekitar

36

42

47

50

95

Latihan Aktiviti 3: Akta dan Konvensyen Antarabangsa

50

Latihan Aktiviti 4: Fungsi dan Peranan Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Korporat Latihan Aktiviti 1: Gaya Hidup Lestari 5 Warga Alam Sekitar Latihan Aktiviti 2: Kaedah Permainan Dalam P & P Latihan Aktiviti 1: Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh Latihan Aktiviti 2: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Latihan Aktiviti 3: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Aktiviti Kokurikulum Latihan Aktiviti 4: Audit Hijau Di Sekolah Latihan Aktiviti 5: Program Penghijauan Latihan Aktiviti 6: Menyemaikan kesedaran pendidikan Alam Sekitar Latihan Aktiviti 7: Hari Alam Sekitar Sedunia

51

54

56

62

69

71

Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum

73

84

85

85

96

LAMPIRAN C CADANGAN KERJA KURSUS


Kursus : Kump. Akademik : Ambilan : PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KPLI SEMESTER 2 Jun 2010

BIL

1.

TAJUK Folio Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar

2.

Permainan Pendidikan Alam Sekitar

Majalah Alam Sekitar

Sahsiah

KERJA KURSUS PENDEK TUGASAN Individu: Pelajar dikehendaki melaksanakan semua aktiviti di dalam modul. Semua hasil aktiviti yang lengkap dikumpulkan dalam satu Folio Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Hantar folio tersebut kepada pensyarah anda satu bulan sebelum peperiksaan akhir. Secara berpasangan: Pelajar dikehendaki menyediakan satu permainan Pendidikan Alam Sekitar bagi pelajar pra-sekolah dengan mengintegrasikan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Pelajar perlu mengaplikasikan kaedah permainan ini semasa P&P di sekolah. Tulis refleksi tentang kaedah yang diperkenalkan ini. Dalam kumpulan berempat: Pelajar dikehendaki mereka bentuk satu majalah alam sekitar yang relevan dengan murid pra sekolah. Setiap kumpulan mesti memilih satu isu daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar KPLI dan menjadi tema majalah tersebut. Isi kandungan majalah perlulah ringkas, mudah, jelas, menarik perhatian dan mengandungi aktiviti yang interaktif. Jalankan aktiviti interaktif tersebut di dalam kelas anda di sekolah. Lengkapkan catatan refleksi kendiri dan kerja kumpulan pada Lampiran 1 dan Lampiran 2.

PERATUS 30%

30%

30%

10%

97

LAMPIRAN 1 Aspek Sahsiah Penilaian Kendiri Tajuk Projek :______________________________ Nama : ___________________________________ Kriteria Cemerlang -5 4 Memuaskan-3 Isi kandungan Mempelajari Mempelajari banyak perkara beberapa perkara dalam tajuk dalam tajuk Pendidikan Alam Pendidikan Alam Sekitar Sekitar Kefahaman Memahami konsep Memahami konsep dengan jelas dan konsep tetapi berupaya terdapat sedikit menerangkan keraguan kepada ahli kumpulan Pencarian Berupaya mencari Menghadapi maklumat bahan dan sumber sedikit masalah dan sumber yang berkaitan untuk untuk tugasan mendapatkan tanpa sebarang bahan dan masalah sumber Sumbangan Dapat menyiapkan Jarang dapat Anda semua tugasan membantu ahli pada masa yang kumpulan ditetapkan dan membantu ahli kumpulan dengan tugasan Kemahiran Kumpulan dapat Terdapat sosial bekerjasama beberapa dengan amat baik masalah tetapi berupaya bekerjasama untuk menyiapkan tugasan Sumber: Enger,S., & Yager, R. (2001)

Lemah-1 Tidak mempelajari banyak perkara dalam tajuk Pendidikan Alam Sekitar Menghadapi kesukaran untuk memahami konsep

Tidak berupaya mencari bahan dan sumber yang relevan.

Hanya dapat menyiapkan tugasan kendiri yang diagihkan

Tidak ada kerjasama dalam kumpulan

Markah: ______/25 1. 2. Apakah sumbangan terbesar anda kepada kumpulan? Pada masa akan datang, saya akan cuba menambahbaik _________________?

98

LAMPIRAN 2 Aspek Sahsiah Penilaian Kerja Kumpulan Tajuk Tugasan:______________________________ Nama ahli dalam kumpulan: _______________________________________________ Kriteria Kefahaman tugasan Cemerlang -5 Memahami tugasan dengan tepat 4 Memuaskan-3 Memahami tugasan dengan kesalahan yang minor Dapat menyelesaikan hampir semua tugasan dan soalan yang berkaitan Tugasan berkaitan dengan isi kandungan Menunjukkan minat; persembahan kemas 2 Lemah-1 Tidak memahami tugasan dan terdapat banyak kesalahan semasa menjalankan tugasan Tidak dapat menyelesaikan tugasan dan soalan yang berkaitan

Persoalan Tugasan

Perkaitan tugasan dengan isi kandungan Persembahan Menunjukkan tugasan minat yang mendalam; kreatif dan inovatif; persembahan teratur dan kemas Rujukan 4 atau lebih rujukan; sumber primer dan sekunder digunakan Sumber: Enger,S., & Yager, R. (2001) Markah: ______/25

Dapat menyelesaikan tugasan. Dapat menjawab semua soalan yang berkaitan Tugasan relevan dengan isi kandungan

Tugasan tidak berkaitan

Tidak menunjukkan minat; persembahan tidak teratur serta kemas

3 rujukan; sumber terhad

Kurang daripada 3 rujukan

1. 2.

Apakah kekuatan kerja kumpulan anda? Nyatakan satu cadangan untuk menambahbaik kerja kumpulan anda?

99

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENGAJIAN ASAS KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (MAJOR PRASEKOLAH)
NAMA DR. NORIATI BINTI A. RASHID Pengarah Pusat Perkembangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia atie_dr@yahoo.com KELAYAKAN KELULUSAN: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM PENGALAMAN KERJA: Pensyarah IPBMM (12 tahun) Penolong Pengarah Unit Kurikulum, BPG Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum, BPG Pengarah Pusat Perkembangan Akademik

DR.JENNIFER WEE BENG NEO Penolong Pengarah Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia wjenee@moe.gov.my wjenee@gmail.com

KELULUSAN: PhD. (Pentadbiran Pendidikan) M.Sc (Pentadbiran Pendidikan) Bac.Pend. (SRT) Sijil Guru, MPTI PENGALAMAN KERJA: Guru Sekolah Menengah (18 tahun) Pensyarah IPG (8 tahun) Pen.Pengarah BPG, KPM (7 tahun) Pen.Pengarah IPG, KPM (2 tahun)

DR.KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB Pensyarah Akademik IPG Kampus Ipoh 31150 Hulu Kinta Perak Darul Ridzuan kartini@ipip.edu.my dr_tini@yahoo.com

KELULUSAN: Phd. (Pendidikan Alam Sekitar), UPM M Ed. (Pendidikan Sains), USM B.Sc. Hons. (Biology) UPM Diploma Pendidikan (Sains dan Matematik), MPKI PENGALAMAN KERJA: Pensyarah Sains Maktab Perguruan Kinta Ipoh (5 tahun) Pensyarah Sains IPG Kampus Ipoh Perak (10 tahun) Ketua Unit Biologi (1 tahun) Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme dan Kesarjanaan (1 tahun)

100

NAMA HARITON BT SHARIF Pensyarah Akademik IPG Kampus Pulau Pinang Bukit Coombe, Gelugor 11700 Pulau Pinang hariton-js@i4p.edu.my KELULUSAN

KELAYAKAN

M. Ed.(Kurikulum) B. Sc.Ed.(Hons) Biologi dan Kimia

PENGALAMAN KERJA Guru Sekolah (10 tahun) Pensyarah IPG (15 tahun)

101

PANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENGAJIAN ASAS KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (MAJOR PRASEKOLAH)
NAMA DR. NORIATI BINTI A. RASHID Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia atie_dr@yahoo.com KELAYAKAN KELULUSAN: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM PENGALAMAN KERJA: Pensyarah IPBMM (12 tahun) Penolong Pengarah Unit Kurikulum, BPG Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum, BPG Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPG KPM

DR.JENNIFER WEE BENG NEO Penolong Pengarah Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia wjenee@moe.gov.my wjenee@gmail.com

KELULUSAN: PhD. (Pentadbiran Pendidikan) UPM M.Sc (Pentadbiran Pendidikan) UPM Bac.Pend. (SRT) UPM Sijil Guru, MPTI PENGALAMAN KERJA: Guru Sekolah Menengah (14 tahun) Pensyarah IPG (9 tahun) Penolong Pengarah BPG KPM (7 tahun) Penolong Pengarah IPG KPM (2 tahun)

DR.KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB Pensyarah Akademik IPG Kampus Ipoh 31150 Hulu Kinta Perak Darul Ridzuan kartini@ipip.edu.my dr_tini@yahoo.com

KELULUSAN: PhD. (Pendidikan Alam Sekitar), UPM M Ed. (Pendidikan Sains), USM B.Sc. Hons. (Biology) UPM Diploma Pendidikan (Sains dan Matematik), MPKI PENGALAMAN KERJA: Pensyarah Sains Maktab Perguruan Kinta Ipoh (5 tahun) Pensyarah Sains IPG Kampus Ipoh selama (10 tahun) Ketua Unit Biologi (1 tahun) Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme dan Kesarjanaan (1 tahun)

102

NAMA HARITON BT SHARIF Pensyarah Akademik IPG Kampus Pulau Pinang Bukit Coombe, Gelugor 11700 Pulau Pinang hariton-js@i4p.edu.my

KELAYAKAN KELULUSAN M. Ed.(Kurikulum) B. Sc.Ed.(Hons) Biologi dan Kimia

PENGALAMAN KERJA Guru Sekolah Menengah (10 tahun) Pensyarah IPG (15 tahun)

LIM POH SIM Pensyarah Akademik IPG Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman limpohsim@ipsah.edu.my

KELULUSAN M. Ed.(Psikometrik dan Pengujian Pendidkan) B. App. Sc.(Hons) Patologi Tumbuhan Dip. Ed.

PENGALAMAN KERJA Guru Sekolah (10 tahun) Pensyarah IPG (8 tahun)

103

Anda mungkin juga menyukai