Anda di halaman 1dari 3

BAB 10 PERUNCITAN LAMAN WEB

Dunia yang serba canggih kini membuatkan peniagaan melalui internet tiada batasannya. Kini sektor peruncitan juga menggunakan elektronik sebagai kaedah utama peruncit untuk memasarkan barangan mereka. Dalam bab ini akan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana system peruncitan secara laman web ini beroperasi. Peruncitan elektronik (e-tailing) bermaksud pengurusan peruncitan secara atas talian melalui internet dan e- peruncit yang menjual melalui internet dipanggil e-runcit. Terdapat pelbagai barangan atau produk yang boleh dan terbaik untuk dijual di internet antaranya adalah perisian dan perkakasan komputer, barang kemas, peralatan sukan, bekalan pejabat, dan sebagainya. Produk-produk ini dikatakan yang terbaik untuk dijual melalui internet kerana permintaannya yang semakin tinggi di pasaran. Kejayaan pernaigaan e- tailing ini didorong oleh beberapa direktori iaitu pengiktirafan jenama yang berkualiti, format digital, perbandingan harga, kekerapan item pembelian, dan sebagainya.

Model perniagaan e-peruncitan dapat diklasifikasikan menerusi saluran pengedaran seperti peruncit yang beralih kepada peruncitan atas talian, pemasaran langsung daripada pengeluar, e-peruncitan maya, peruncit click-and-mortar, dan rangkaian kedai melalui penggunaan internet (on-line). Pemasaran secara langsung juga memainkan peranan, pemasaran secara langsung bermaksud kaedah e-peruncitan secara menyeluruh, tersebar tanpa melalui orang tengah di antara pengeluar dan pembeli, dalam konteks ini, pemasaran

secara talian terus dari mana-mana pengeluar dan pembeli. Model ini juga berlangsung secara langsung oleh pengeluar, penjual juga memahami dengan baik pasaran pembeli kerana wujud hubungan yang baik, memperoleh maklumat berkenaan produk dan pelanggan, sebagai contoh syarikat dell. Peruncitan maya pula bermaksud firma yang menjual secara langsung kepada pelanggan melalui internet tanpa mengekalkan saluran jualan secara langsung. Peruncit click-and-mortar bermaksud peruncit yang mempunyai transaksi laman web untuk mengendalikan perniagaan. Peruncit brick-and-mortar pula menjalankan perniagaan tanpa manggunakan internet. Model perniagaan multichanel pula bermaksud firma yang menjalankan saluran urus niaga secara internet dan tradisional. Model perniagaan yang lain adalah peruncitan secara e-mail, direktori barangan yang di susun mengikut jenis barangan, dan senarai katalog yang mengandungi iklan produk.

Selain kejayaan yang dikecapi oleh peruncit melalui peruncitan laman web ini, terdapat juga masalah yang dihadapi antaranya adalah pengabaian keuntungan, terdedah dengan pengurusan risiko yang baru, peningkatan kos penjenamaan, laman web perlu efektif dan sebagainya. Terdapt 5 isu dalam peruncitan laman web yang dibangkitkan iaitu yang pertama tanpa perantaraan yang merupakan penyingkiran organisasi atau peringkat proses perniagaan yang berfungsi sebagai pengantara dalam rantaian pembekal. Yang kedua adalah kewujudan semula pengantara iaitu merupakan satu proses dimana pengantara (sama ada yang baru atau yang telah disingkirkan) berperanan sebagai pengantara baru. Yang ketiga perantaraan siber/elektronik (cybermediation electronic intermediation) iaitu penggunaan egen perisian (pintar) untuk membantu perantaraan. Yang keempat adalah perantaraan hyper (hypermediation) merupakan penggunaan luas manusia dan perantaraan elektronik bagi menyediakan bantuan dalam semua peringkat dalam perniagaan e-perdagangan. Yang terakhir adalah konflik saluran bermaksud situasi dimana saluran pemasaran talian mengatasi

saluran tradisonal disebabkan berlakunya kerosakkan/kerugian sebenar akibat persaingan. Antara isu yang lain adalah personalization, penetapan harga yang betul, aktiviti penipuan dan di haramkan, dan bagaimana untuk membuat pelanggan berasa gembira.

Anda mungkin juga menyukai