Anda di halaman 1dari 10

1

CHAPTER 22 KONSEP UNDANG-UNDANG DAN KEWARGANEGARAAN ARISTOTLE

Undang-undang tiada bersebab. Ianya adalah kod moral komuniti....Patuh kepadanya adalah ciri utama kewarganegaraan yang baik -Aristotle.

1. KONSEP UNDANG-UNDANG 1. Pengenalan: Timbang-tara dan sejarah sentiasa seiring. Masalah di dalam

masyarakat berubah dari zaman ke zaman, begitu juga penyelesaian undang-undang berubah mengikut keadaan. Ini telah memberikan pelbagai karakter kepada timbang-tara dari segi etika, perundangan, falsafah, sosiologi, dan antarabangsa. Timbang-tara juga telah digunapakai di dalam menangani pelbagai masalah sosial dari semasa ke semasa. Timbangtara pernah disebut sebagai perintah kebenaran atau perintah berdaulat. Ianya juga dipanggil sebagai kehendak umum. Malahan ianya juga dilabelkan sebagai kehendak sosial. Pada hari ini, timbang-tara merentasi semua negara dan menjadi panduan dan prinsip kepada keluarga dan negara. Perbezaan masalah di dalam pelbagai bentuk masyarakat telah mewujudkan interpretasi yang berbeza dari pemikir falsafah Greek, Juri Roman, Paderi Kristian, doktor zaman pertengahan, dan pemikir moden. 2. Konsep Perundangan Aristotle: Seperti Socrates dan Plato sebutkan di

dalam buku Laws, Aristotle ada menyatakan kepentingan undang-undang masyarakat. Aristotle menafsirkan undang-undang sebagai alat untuk mencegah dan menyekat dalam masyarakat. Aristotle menyifatkan perundangan sebagai rasional dan telus. Perundangan adalah panduan kepada tindakan susulan yang harus dan terbaik untuk diambil. Perundangan disebut sebagai kehendak utama jiwa untuk dilaksanakan oleh manusia. Pencapaian utama manusia ialah pelaksanaan tanpa persoalan. Justeru itu, Aristotle menggambarkan undangundang sebagai tidak bersebab. Aristotle lebih suka perundangan tidak bersebab (rule of law) berbanding perundangan rule of men yang ada kepentingan. Tidak seperti Plato yang
1

mencari kesempurnaan dalan keadilan, Aristotle memahami bahawa isu asasnya di sini ialah hubungkait antara rule of law dan rule of men. Menerima hakikat bahawa undang-undang manusia tidaklah sempurna, Aristotle menekankan bahawa rule of law adalah lebih sesuai untuk sebarang individu dan hakim hanya boleh mengadili perkara yang ada pertikaian kerana tidak semua peraturan atau prinsip boleh berlaku adil untuk semua perkara. Sebuah kerajaan yang berpandukan undang-undang tidak boleh berlaku adil setiap masa, tetapi ianya lebih baik daripada kerajaan berpaksikan undang-undang berkepentingan (rule of men). 3. Tujuan dan Matlamat Perundangan: Oleh kerana kerajaan memperlihatkan

tujuan dan matlamat penubuhannya melalui instrumen perundangan, ini bermakna matlamat kerajaan dan perundangan adalah sama. Matlamat utama sesebuah negara adalah menjana kehidupan bermakna. Matlamat perundangan pula adalah untuk mencari kebaikan atau apa yang dipanggil oleh Aristotle sebagai kebaikan sejati (Final Good). Matlamat ini menjadikan perundangan sebagai kod moral. Ianya menjadi satu kod moral kerana perundangan membentuk moral dan kekuatan sebuah komuniti. Perundangan adalah bebas kerana tiada kuasa lain diatasnya. Pemerintah sesebuah negara adalah pemegang amanah untuk melaksanakan undang-undang. Pemerintah adalah mereka yang diletakkan sebagai tidak mempunyai sebab dan mereka dipilih kerana kebijaksanaan mereka dan rasa rendah diri mereka. Ini adalah satu keadaan sosial yang sesuai bagi marhaen hidup bahagia. Perlu diingati bahawa perundangan Aristotle ada melibatkan soal adat. 4. Sumber Perundangan: Selepas membincangkan tentang tujuan dan

matlamat undang-undang, Aristotle ingin tahu tentang asal-usul perundangan. Untuk menjelaskan perkara ini, satu soalan diajukan. Apakah sumber perundangan dan siapa yang menggubalnya? Jawapan daripada Aristotle ialah yang menggubal perundangan bukanlah marhaen, kumpulan pemikir atau pemerintah tetapi penggubal undang-undang. Perundangan tidak boleh digubal oleh seorang pemerintah kerana undang-undang lebih besar dari pemerintah. Perundangan adalah lebih besar dari pemerintah kerana perundangan memberi arah tujuan kepada sebuah negara. Perundangan juga tidak boleh digubal oleh marhaen kerana undang-undang itu sendiri bertujuan menjadi panduan kepada marhaen akan apa itu kebiasaan dan rutin yang baik untuk mereka. Perundangan digubal oleh penggubal undangundang yang melatih dan membentuk marhaen supaya patuh kepada undang-undang. Aristotle ada menyebut Tidak ada keuntungan dalam meluluskan perundangan untuk masyarakat jika masyarakat tersebut tidak diasuhfaham untuk menerimanya. Untuk mencapai matlamat ini, Aristotle mencadangkan supaya masyarakat dididik dahulu supaya
2

mereka memahami kepentingan patuh kepada perundangan. Pendek kata, perasaan untuk patuh kepada undang-undang bermula dari pendidikan. Aritotle menolak pemikiran bahawa ada entiti tunggal yang menjadi sebab rakyat patuh kepada undang-undang. Asal-usul undang-undang pada Aristotle bermula dari diri sendiri dan dari situ, penggubal akan merangka perundangan. 5. Perundangan sebagai Jati Diri. Aristotle memikirkan bahawa perundangan

berdiri dengan sendiri tanpa sebab. Oleh sebab itu, mereka yang patuh kepada undangundang dilihat sebagai mereka yang mahu patuh Tuhan. Perundangan bermula dari dalam diri, oleh itu undang-undang adalah rasional. Realiti sebenar kepada undang-undang adalah subjektif dan bukannya objektif. Jika jati diri hancur, maka hancurlah undang-undang. Perundangan hanya tercatit di dalam buku. Segalanya bergantung kepada kehendak masyarakat untuk melaksanakannya. Undang-undang hanya boleh dimashyurkan jika masyarakat menjadikan perundangan satu pegangan. 6. Kepegunan Perundangan: Dalam membincangkan tentang kepegunan

perundangan, Aristotle menyoal samada perundangan patut dipinda? Aristotle sendiri berpendapat bahawa adalah bagus jika undang-undang dipinda apabila ada perundangan yang lebih baik. Memang ada undang-undang yang patut dipinda, tetapi ianya harus dilakukan dengan berhati-hati. Adalah merugikan jika pindaan dibuat atas nama pindaan semata-mata. Apa kelebihan yang dicapai jika pindaan dilakukan tetapi undang-undang semakin diabaikan. Berkaitan dengan perkara ini didalam Book II Politics, Aristotle ada menyebut Meskipun undang-undang telah diwartakan, ianya tidak bermakna tidak boleh diubah. Sebagaimana dalam perlembagaan, adalah mustahil untuk semuanya diperincikan dalam satu lembaran. Pelaksanaan perundangan adalah bersifat universal tetapi pelaksanaan haruslah mengikut situasi. Boleh difahami di sini bahawa kadangkala ada bahagian dalam perundangan yang boleh diubah. Pada masa yang sama, perubahan perlu dilaksanakan dengan teliti dan teratur. Ini kerana dikhuatiri bahawa sedikit pindaan yang dibuat akan mewujudkan kelemahan yang hanya akan menguntungkan segelintir pihak sahaja. Pendapat Aristotle tentang pindaan undang-undang adalah konservatif meskipun beliau tidak nafikan ada kebaikan dalamnya. Dr. Barker menyifatkan sekali lagi Aristotle nampak begitu konservatif kerana tidak mahu perundangan dipinda sewenang-wenangnya. 7. Perundangan Semulajadi: Merujuk kepada persoalan samada perundangan

adalah direka atau semulajadi, Aristotle berpendapat perundangan adalah semulajadi. Pada
3

Aristotle, perundangan bukanlah untuk menghukum manusia tetapi untuk meletakkan manusia ditempatnya. Jika ini adalah maksud undang-undang, ini bermakna perundangan adalah datang secara sendiri. Perundangan lahir dari moral dalaman dan ianya selaras dengan apa yang dipanggil sebagai semulajadi. Di atas sebab yang sama Aristotle memikirkan bahawa keluarga, harta, dan penghambaan adalah semulajadi kerana semuanya bermula dari moral.

2. 1.

KONSEP KEWARGANEGARAAN

Pengenalan: Apa itu kewarganegaraan menjadi persoalan penting di dalam

teori politik. Tiada apa yang lebih dihargai selain memiliki kewarganegaraan. Seseorang individu akan menjadi orang buangan tanpa kewarganegaraan. Maksud warganegara boleh dilihat dari sudut luas dan sempit. Maksudnya warganegara secara mudahnya ialah penduduk sebuah bandar atau mendapat kemudahan dalam sesebuah masyarakat. Dari sudut yang lebih luas pula, warganegara adalah lebih dari menjadi warga sebuah bandar sahaja tetapi warga kepada sebuah negara. Mengikut interpretasi moden pula, kewarganegaraan ialah seseorang yang menikmati hak sivil dan politik sebagai balasan kesetiaan kepada negara. Terma ini digunapakai oleh orang Greek, terutamanya Aristotle. Bagaimanapun, konsep Aristotle tentang kewarganegaraan adalah sedikit berbeza dengan apa yang dipraktikkan kini. 2. Konsep warganegara mengikut Aristotle: Dalam hal ini, Aristotle menyoal

Apa kelayakan seseorang untuk menjadi warganegara? Apakah peranan seorang warganegara? Aristotle telah menulis tentang hamba di mana Aristotle berfikir seorang hamba janganlah bermimpi hendak mencapai taraf warganegara sepanjang hidup mereka. Pada Aristotle, seorang warganegara bukanlah mereka yang tinggal di sebuah negara. Malahan, warganegara bukanlah bermakna dapat menikmati kemudahan dalam negara kerana orang luar pun boleh menikmati kemudahan yang sama. Aristotle kata kewarganegaraan bukanlah mengenai umur samada mereka kanak-kanak atau orang tua. Pada Aristotle, mereka yang boleh menjadi warganegara ialah mereka yang mengambil bahagian dalam pelaksanaan perundangan dalam mana-mana negara. Definisi warganegara ini hanya boleh diguna pakai dalam negara yang mengamalkan demokrasi sahaja. Taraf warganegara juga dihadkan mengikut keadaan dan tempat dimana perundangan dilaksanakan. Secara mudahnya, maksud Aristotle ialah seorang warganegara tidak kekal sebagai marhaen tetapi boleh menjadi penggubal dan hakim. Wakil kepada rakyat bukanlah sesuatu yang diamalkan
4

oleh orang Greek kerana pemerintahan Greek dilaksanakan sendiri oleh warganegaranya. Aristotle gagal untuk melihat bahawa pada masa depan teraju utama dalam politik adalah dengan mengadakan pilihanraya setiap beberapa tahun. Fungsi utama sebuah kerajaan diserahkan kepada penggubal profesional, hakim, dan kakitangan kerajaan. Di dalam daerah yang kecil, hamba dan marhaen tidak memiliki taraf warganegara. Jelas di sini bahawa konsep Aristotle tentang warganegara adalah sempit dan konservatif. 3. Manusia Baik dan Warganegara Baik: Selepas Aristotle memberi definisi apa

itu warganegara, Aristotle membincangkan samada ciri manusia baik dan warganegara baik adalah sama. Aristotle cuba untuk menerangkan apa itu kelebihan menjadi warganegara. Mengikut pendapat Aristotle, kelebihan dan kecemerlangan semua warganegara adalah tidak sama kerana fungsi berlainan meskipun matlamat setiap warganegara adalah sama iaitu untuk mensejahterakan negara. Aristotle cuba menjelaskan perkara ini dengan memberi perbandingan Seperti seorang pelayar begitu juga seorang warganegara, ada yang bertugas sebagai pendayung, jurumudi, dan sebagainya. Setiap tugas berlainan tetapi matlamat tetap sama iaitu sampai dengan selamat. Komuniti adalah sebuah negara; ciri setiap warganegara haruslah selaras dengan perlembagaan di mana warganegara tersebut berkhidmat. Tetapi oleh kerana ada pelbagai bentuk kerajaan, adalah jelas bahawa warganegara yang baik bukanlah seorang yang sempurna sepenuhnya. Oleh sebab itu juga ciri seorang warganegara adalah berbeza dalam negara oligarki. Aristotle bertegas bahawa ciri warganegara yang baik bukanlah kesempurnaan dalam sifat baik tetapi manusia baik ialah mereka yang memiliki sifat mulia. Jelas di sini Aristotle berpendapat bahawa manusia baik dan warganegara baik adalah berbeza. Lagi sekali, ciri warganegara baik dan manusia baik adalah berlainan. Elemen pertama dalam benda hidup ialah jasad dan roh. Setiap benda yang bernyawa ini membentuk sebuah negara. Oleh sebab ini juga bermakna setiap warganegara adalah berlainan. Aristotle menyoal mungkinkan ciri manusia baik dan warganegara baik menjadi sama? Aristotle fikir ianya boleh menjadi kenyataan di dalam negara yang sempurna. Konklusi di sini ialah ciri manusia baik dan warganegara baik adalah seimbang dalam setiap keadaan. 4. Kelayakan Kewarganegaraan: Aristotle memerhatikan bahawa hanya mereka

yang memiliki harta, masa, dan tidak bergantung kepada orang lain boleh diiktiraf sebagai warganegara. Aristotle mahu warganegara menjalankan dua peranan iaitu sebagai penggubal undang-undang dan pengikut arahan undang-undang. Dalam ertikata yang lain, seorang
5

warganegara harus boleh memerintah dan diperintah. Selain itu, warganegara juga harus bebas daripada kemahuan kebendaan dan kewangan supaya peranan sebagai penggubal dan hakim dapat dijalankan. Aristotle menafikan hak warganegara kepada buruh dan pekerja rencam kerana manusia seperti ini tidak ada kemudahan untuk dinikmati. Aristotle kata marhaen seperti ini hanya berusaha untuk sesuap makanan dan tidak ada masa untuk menjalankan tugas sebagai warganegara. Oleh kerana kaum wanita bergantung kepada orang lain, mereka ini juga dinafikan hak sebagai warganegara. Menurut Aristotle, wanita bergantung kepada ibu dan bapa, jika bekerja bergantung kepada majikan dan jika berkahwin bergantung dengan suami. Justeru itu, Aristotle enggan memberi taraf warganegara kepada wanita. Idea warganegara kepada Aristotle ialah lelaki berdikari yang memiliki pengalaman, pendidikan, dan masa untuk aktiviti kewarganegaraan. 5. Apresiasi dan Kritikan terhadap Teori Kewarganegaraan Aristotle: Satu ciri

penting dalam teori Aristotle berkenaan warganegara ialah menyelamatkan masyarakat politik dengan cara meletakan pemimpin di atas golongan pertengahan. Ini dipanggil sebagai aristokrasi golongan pertengahan. Seperti pengasas Republik Amerika, mereka yang tiada berharta akan diasingkan dari memiliki harta kerajaan manakala mereka yang kaya pula tidak diberi kemudahan dan kekebalan. Sekali lagi Aristotle berfikiran besar tentang konsep kewarganegaraan dan tugasnya. Aristotle menolak hamba, pendatang, wanita, buruh, dan pekerja rencam dari taraf warganegara kerana kehidupan mereka tiada kepentingan. Bahagian perundangan dan kehakiman mewakili apa itu negara merdeka kepada Aristotle. Kesimpulan Aristotle adalah tepat jika diambil kira pendapat beliau bahawa tidak semua berhak mendapat kemerdekaan. Hak dan tanggungjawab setiap warganegara di negara Aristotle adalah sangat rumit dan teknikal. Tindakan Aristotle adalah tepat apabila beliau menafikan sejumlah besar orang dari taraf warganegara. Konsep Aristotle tentang kewarganegaraan tidak harus dibandingkan dengan konsep moden kewarganegaraan. Konsep kewarganegaraan Aristotle membuat kita merasa bahawa kuasa dan pemikiran konservatif sangat mempengaruhi pemikiran Bapa Sains Politik. Penolakan sejumlah besar orang dari taraf warganegara adalah bertentangan dengan semua peruntukan keadilan. Penafian hak wanita adalah berlawanan dengan pemikiran Plato. Plato tidak pernah menafikan hak warganegara kepada orang lain. Pemikiran Plato adalah lebih progresif berbanding Aristotle. Mengikut Aristotle golongan pemerintah seharusnya menjadi pemilik
6

harta kerana mereka adalah warganegara dan warganegara harus berada dalam keadaan yang teguh. Bagaimanapun, jika hak warganegara adalah hak untuk golongan atasan sahaja bolehlah dibuat kesimpulan bahawa perundangan hanyalah bertujuan untuk memanfaatkan orang kaya sahaja. Idea Aristotle juga saling bercanggah. Aristotle mengakui bahawa kebijaksaan adalah hak milik eksklusif golongan pemerintah tetapi pada masa yang sama berkata Raja bukanlah melebihi rakyatnya...jelas sekali bahawa setiap warganegara harus bergilir dalam memerintah dan diperintah.

TAMAT

10 perkara penting yang dipelajari dalam rencana ini adalah seperti berikut :1. Timbang-tara atau penyelesaian undang-undang berubah mengikut keadaan dan ianya

telah memberikan pelbagai karakter kepada timbang-tara dari segi etika, perundangan, falsafah, sosiologi, dan antarabangsa. Timbang-tara juga telah digunapakai di dalam menangani pelbagai masalah sosial dari semasa ke semasa kehendak umum serta kehendak sosial.
2. Aristotle menyifatkan perundangan sebagai alat untuk mencegah dan menyekat dalam

dan pernah disebut

sebagai perintah kebenaran atau perintah berdaulat. Ianya juga dipanggil sebagai

masyarakat, rasional dan telus. Perundangan disebut sebagai kehendak utama jiwa untuk dilaksanakan oleh manusia. Aristotle lebih suka perundangan tidak bersebab (rule of law) berbanding perundangan rule of men yang ada kepentingan. Sebuah kerajaan yang berpandukan undang-undang tidak boleh berlaku adil setiap masa, tetapi ianya lebih baik daripada kerajaan berpaksikan undang-undang berkepentingan (rule of men).
3. Oleh kerana kerajaan memperlihatkan tujuan dan matlamat penubuhannya melalui

instrumen perundangan, ini bermakna matlamat kerajaan dan perundangan adalah sama. Matlamat utama sesebuah negara adalah menjana kehidupan bermakna. Matlamat perundangan pula adalah untuk mencari kebaikan atau apa yang dipanggil oleh Aristotle sebagai kebaikan sejati (Final Good). Perundangan adalah bebas kerana tiada kuasa lain diatasnya.
4. Menurut Aristotle, perundangan digubal oleh penggubal undang-undang yang melatih

dan

membentuk

marhaen

supaya

patuh

kepada

undang-undang.

Aristotle

mencadangkan supaya masyarakat dididik dahulu supaya mereka memahami kepentingan patuh kepada perundangan. Aritotle menolak pemikiran bahawa ada entiti tunggal yang menjadi sebab rakyat patuh kepada undang-undang. Asal-usul undang-undang pada Aristotle bermula dari diri sendiri dan dari situ, penggubal akan merangka perundangan. 5. Aristotle berpendapat bahawa adalah bagus jika undang-undang dipinda apabila ada perundangan yang lebih baik. Adalah merugikan jika pindaan dibuat atas nama pindaan semata-mata. Pelaksanaan perundangan adalah bersifat universal tetapi

pelaksanaan haruslah mengikut situasi. Pendapat Aristotle tentang pindaan undangundang adalah konservatif meskipun beliau tidak nafikan ada kebaikan dalamnya. 6. Maksud warganegara secara mudahnya ialah penduduk sebuah bandar atau mendapat kemudahan dalam sesebuah masyarakat. Dari sudut yang lebih luas pula, warganegara adalah lebih dari menjadi warga sebuah bandar sahaja tetapi warga kepada sebuah negara. Mengikut interpretasi moden pula, kewarganegaraan ialah seseorang yang menikmati hak sivil dan politik sebagai balasan kesetiaan kepada negara.
7. Pada Aristotle, seorang warganegara bukanlah mereka yang tinggal di sebuah negara.

Malahan, warganegara bukanlah bermakna dapat menikmati kemudahan dalam negara kerana orang luar pun boleh menikmati kemudahan yang sama. Kewarganegaraan bukanlah mengenai umur samada mereka kanak-kanak atau orang tua. Aristotle gagal untuk melihat bahawa pada masa depan teraju utama dalam politik adalah dengan mengadakan pilihanraya setiap beberapa tahun. Fungsi utama sebuah kerajaan diserahkan kepada penggubal profesional, hakim, dan kakitangan kerajaan. Di dalam daerah yang kecil, hamba dan marhaen tidak memiliki taraf warganegara. 8. Menurut Aristotle, kelebihan dan kecemerlangan semua warganegara adalah tidak sama kerana fungsi berlainan meskipun matlamat setiap warganegara adalah sama iaitu untuk mensejahterakan negara. Komuniti adalah sebuah negara; ciri setiap warganegara haruslah selaras dengan perlembagaan di mana warganegara tersebut berkhidmat. Tetapi oleh kerana ada pelbagai bentuk kerajaan, adalah jelas bahawa warganegara yang baik bukanlah seorang yang sempurna sepenuhnya. Oleh sebab itu juga ciri seorang warganegara adalah berbeza dalam negara oligarki.
9. Aristotle memerhatikan bahawa hanya mereka yang memiliki harta, masa, dan tidak

bergantung kepada orang lain boleh diiktiraf sebagai warganegara. Aristotle mahu warganegara menjalankan dua peranan iaitu sebagai penggubal undang-undang dan pengikut arahan undang-undang. Aristotle menafikan hak warganegara kepada buruh dan pekerja rencam kerana manusia seperti ini tidak ada kemudahan untuk dinikmati. Oleh kerana kaum wanita bergantung kepada orang lain, mereka ini juga dinafikan hak sebagai warganegara. Idea warganegara kepada Aristotle ialah lelaki berdikari yang memiliki pengalaman, pendidikan, dan masa untuk aktiviti kewarganegaraan.

10 10. Kesimpulan Aristotle adalah tepat jika diambil kira pendapat beliau bahawa tidak

semua berhak mendapat kemerdekaan. Hak dan tanggungjawab setiap warganegara di negara Aristotle adalah sangat rumit dan teknikal. Tindakan Aristotle adalah tepat apabila beliau menafikan sejumlah besar orang dari taraf warganegara. Konsep Aristotle tentang kewarganegaraan tidak harus dibandingkan dengan konsep moden kewarganegaraan.

10