Anda di halaman 1dari 3

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN BERSAMA MAKDIS SK PARIT BAKAR DARAT, MUAR DAN SEKOLAH AGAMA PARIT BAKAR

DARAT, MUAR

1.0

MUKADDIMAH

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain . Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program yang dirancang oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) SKPBD dengan kerjasama Sekolah Agama Parit Bakar Darat bagi memenuhi aktiviti aktiviti selepas UPSR yang julung kali diadakan di SK Parit Bakar Darat, Muar. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

2.0

OBJEKTIF

Antara objektif yang telah digariskan adalah : 1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah 2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian. 3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.

3.0

SASARAN

Program ini melibatkan 30 orang murid Tahun 6 SK Parit Bakar Darat, Muar.

4.0

TARIKH PERLAKSANAAN

Program ini telah dirancang untuk dijalankan pada hari Rabu, 23 November 2011.

5.0

TENTATIF PROGRAM 7.30 pagi 8.00 pagi Murid berkumpul di Makmal Komputer Ketibaan Perasmi Bacaan Al-Quran / Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian 8.30 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 12.30 tengah hari Taklimat Pengurusan Jenazah Kursus Pengurusan Jenazah Slot 1 Kudapan Kursus Pengurusan Jenazah Slot 2 Amali Majlis Tahlil Arwah

1.00 petang Jamuan SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT, Bersurai 84010 MUAR 6.0 SUMBER 6.1 Peruntukan Kegiatan Pendidikan Islam (Akaun SUWA) 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1 8.0 PERKARA Jamuan Peserta Kursus RM 5.20 x 30 JUMLAH RM 156.00

PENUTUP

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid Tahun 6 di dalam memenuhi tanggungjawab sebagai muslim . Disamping dapat menambah ilmu pengetahuan fardhu kifayah .

Disediakan oleh :

NORHAIZA MOHD NOR Penyelaras MAKDIS SK Parit Bakar Darat, Muar

DISEDIAKAN OLEH MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH (MAKDIS) SK PARIT BAKAR DARAT, MUAR

KERTAS KERJA KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Anda mungkin juga menyukai