Anda di halaman 1dari 4

RABIATUL ADAWIAH BT HUSAIN (124317) UNIT BAHASA ARAB 2 KPLI JQAF JAN 2011

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH

TAJUK: GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH


NAMA PELAJAR: RABIATUL ADAWIAH BT HUSAIN NO K/P: 850120 -11- 5752 NAMA TUTOR: EN. HAMDAN BIN ABDUL MANAF KUMPULAN: BA 2
NO.MATRIK : 124317

RABIATUL ADAWIAH BT HUSAIN (124317) UNIT BAHASA ARAB 2 KPLI JQAF JAN 2011

REFLEKSI AKTIVITI GERKO

Sukantara bola tampar dan olahraga telah diadakan pada pagi hari Khamis, 8 DISEMBER 2011 bertempat di padang Institut Perguruan Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Antara olahraga yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lumba lari dan lontar peluru. Program ini dianjurkan oleh guru pelatih jqaf ambilan januari 2011 bertujuan untuk melatih pelajar mencari pengalaman dalam bidang sukan disamping untuk memenuhi syarat penyertaan dalam aktiviti gerko semasa di dalam latihan perguruan. Ini adalah satu-satunya program yang pertama saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang.

Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan program ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga pelatih atau pensyarah yang turut serta membantu kami dalam menjayakan program ini. Antara kelebihannya ialah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru pelatih jqaf. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti dan jadual latihan yang dibincangkan dalam mesyuarat telah membantu melancarkan program sukantara olahraga ini. Idea-idea yang diberikan oleh guru-guru pelatih yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Kerjasama

dalam

bermesyuarat

membantu

kami

yang

dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan peralatan dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan kami dalam menyempurnakan program yang dirancang. Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru pelatih dan pensyarah mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara kami menjadi semakin erat. Kami diajar bagaimana cara untuk mengendalikan program gerko di sekolah. Contohnya seperti cara mengadili sesuatu permainan yang dipertandingkan, sistem pemarkahan dan sebagainya.

RABIATUL ADAWIAH BT HUSAIN (124317) UNIT BAHASA ARAB 2 KPLI JQAF JAN 2011

Kesungguhan kami sebelum program ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu kami agar lebih bersedia pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru-guru pelatih juga menaikkan semangat kami untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.

Selain itu, aktiviti ini juga membantu kami untuk mengenalpasti kelemahan kami sepanjang menjalani aktiviti ini. Ini adalah persediaan untuk kami

mengendalikan acara di sekolah kelak. Kami dilatih oleh pensyarah-pensyarah yang cukup berpengalaman dengan aktiviti gerko. Semasa latihan kami diajar cara bermain bola tampar dengan betul mengikut peraturan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, segala tunjuk ajar yang diberikan memberi kesan positif kepada kami tentang corak permainan yang dipertandingkan. Latihan yang diberikan amat bermakna buat kami semua.

Dari segi peralatan dan kelengkapan pula, saya rasa ianya amat mencukupi dan saya sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak institut. Kemudahan yang ada memberi keselesaan kepada kami untuk menjalankan aktiviti dengan lebih lancar. Dari segi penyediaan makanan bagi saya ianya sangat memuaskan.

Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan pengalaman adalah antara kelemahan kami untuk mengendalikan aktiviti pertandingan. Ada diantara kami yang langsung tiada pengalaman dalam permainan bola tampar.

Walaubagaimanapun atas usaha yang ditunjukkan segala kekurangan dapat kami atasi sebaik mungkin. Walaupun penat dengan tugasan di kelas, segala kepayahan dapat kami atasi atas sebab kecekalan dan kesabaran yang kami lalui.

Dari segi pengadilan, ada diantara kami yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Salah faham antara kami menjadikan suasana pertandingan menjadi sedikit hambar kerana tidak menunjukkan sikap yang sepatutnya ditonjolkan oleh setiap pemain. Namun begitu kami akur dengan setiap keputusan kerana kami

RABIATUL ADAWIAH BT HUSAIN (124317) UNIT BAHASA ARAB 2 KPLI JQAF JAN 2011

memang

tiada

pengalaman

dalam

bidang

pengadilan

disamping

kurang

pengetahuan dengan peraturan-peraturan permainan. Segala kelemahan dan kekurangan adalah dari kami sendiri yang sudah tentunya tiada pengetahuan dalam bidang ini. Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil kumpulan kami dari bahasa arab unit 2 berasa bangga kerana kami juga mendapat tempat dalam permainan yang dipertandingkan. Antaranya ialah acara olahraga dengan

memperoleh tempat pertama dalam acara lumba lari.

Sungguhpun begitu, sepanjang penglibatan saya dalam program pertama ini, ia cukup membantu saya untuk mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya berharap acara sebegini akan berjalan dengan lebih lancar lagi dengan persediaan yang lebih mantap dan pengalaman yang cukup tentang sesuatu permainan. Segala kekurangan dan kelemahan yang ada akan saya jadikan iktibar untuk masa hadapan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan di sekolah pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai