Pada kurun 15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-Undang Islam mula digunakan apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undangundang Islam yang telah wujud ketika itu. "Sebelum kedatangan British undangundang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie" kata Hakim Edmond JC Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux). "Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undangundang tempatan & undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton Mah. Rayuan Ngri Melayu Bersekutu (1927) 6 FMSLR 128). Kejatuhan Melaka pada 1511, Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, Walaubagaimanapun kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha pengenepian Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mmepunyai sebarang sistem perundangan (Undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.(Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis). Pada 1880 Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880. (kahwin & cerai umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Sejak Tahun 1952 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam. Kuatkuasa undang-undang itu adalah Khas untuk umat Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat. Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkaraperkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong. Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah. Mahkamah Syariah ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Akta 505).
Setiap negeri mempunyai Mahkamah Syariah sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Senarai 2 Butiran 1 untuk mengadili orang Islam. Mahkamah Syariah berperanan untuk mengadili orang Islam mengikut hukum agama Islam (berdasarkan Al-Quran dan Sunnah/Hadis). Mahkamah Syariah mempunyai kedudukan sebagai entiti yang boleh membuat keputusan kehakiman tetapi sering dipertikaikan di mahkamah sivil.
Mengendalikan kes-kes rayuan mal dan jenayah serta mengeluarkan sijil faraid. Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.
4.
menukar agama; melacur; dan menyertai pertandingan ratu cantik/berpakaian yang menjolok mata.
Kriteria Hakim
Mestilah seorang warganegara Malaysia. Mempunyai pengetahuan luas tentang hukum syarak dan berkelulusan undang-undang Islam. Berpengalaman memegang jawatan selama 10 tahun sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi Pendakwa Mahkamah Syariah atau Pendakwa Syariah sesuatu negeri.
sesetengah
kes mal, dengan jumlah atau nilai perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi RM50 000 atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang; e) Mendakwa kes oleh pendakwa agama; f) Kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah diwartakan dari semasa ke semasa.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 5/1990 Johor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 7/1983 Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 3/2005 Pahang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 13/1991 Perak
3 Pahang 4 Perak
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 4/1992 Perlis Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2/1985 Pulau Pinang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 4/1984 Selangor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor Pentadbiran 12/1985 1/1984 1/1983 8/1983 15/1992
Enakmen Keluarga Islam Kedah Enakmen Keluarga Islam Kelantan Enakmen Keluarga Islam Melaka Enakmen Keluarga Islam Sabah
Ordinan Undang-undang Keluarga Islam 5/1991 Sarawak Keluarga Islam (A303) 1983 pindaan / (A828)