Anda di halaman 1dari 14

PERANAN DASAR PTV DALAM REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT) TERHADAP PELAJAR YANG TERCICIR DALAM MATA PELAJARAN

BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR

BAB 1 PENEGENALAN

1.1PENGENALAN

Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia bermula pada tahun 1906 apabila sekolah teknik diwujudkan untuk melatih juruteknik-juruteknik bagi jabatan kerja raya dan keretapi tanah melayu. Pada tahun 1946, sekolah ini dijadikan Maktab Teknik. Antara tahun 1926 hingga 1934, sebanyak empat buah sekolah pertukangan 9trade school0 telah ditubuhkan dengan tujuan mengadakan saluran pembelajaran bagi kumpulan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran akademik. Sekolah ini memberikan kursus tiga tahun tentang akademik. Sekolah ini memberikan kursus tiga tahun tentang mekanik , elektrik dan pertukangan kayu asas untuk menyediakan satu kumpulan pekerja separuh mahir bagi jabatan kerajaan dan badan berkanun. Dengan kedatangan Jepun pada tahun 1941, didapati tiada sebarang perkembangan pendidikan teknik dan vokasional pada masa itu. Selepas Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945, kerajaan british pada masa itu berusaha menyusun semula sistem pendidikan termasuk cadangan untuk melaksanakan pendidikan vokasional sepenuhnya melalui Rancangan Cheeseman. Walaubagaimanapun, rancangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana jabatan pelajaran pada masa itu terlalu sibuk dalam pemulihan sekolah-sekolah yang telah dirosakkan semasa pemerintahan Jepun. Hanya selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha dan penekanan yang lebih diberikan terhadap perkembangan pendidikan teknik dan vokasional. Titik tolak perkembangan ini bermula dengan pembentangan penyata Razak 1956 dan diikuti kemudiannya dengan Laporan rahman Talib. Dewasa ini, pertambahan bilangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran amat membimbangkan pelbagai pihak. Ini berlaku kepada penghujung tahun 50-an dan awal tahun 60-an, penggubal dasar mula mengakui bahawa pendidikan dianggap satu agen

penting bagi pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Sebagi contoh, Negara-negara perindustrian baru seperti Jepun dan Korea telah membuat pelaburan yang intensif dalam bidang pendidkan bagi menjamin membangunkan ekonomi dengan jayanya. rana kurangnya minat pelajar terbabit dalam pelajaran, justeru itu Kementerian Pelajaran diminta untuk menambah dan memperkenalkan pendidikan aliran vokasional lebih awal bagi mengatasi masalah keciciran 83,000 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diseluruh Negara dan secara tidak langsung dapat menjamin masa hadapan pelajar tersebut. Hal ini kerana pelajar yang kurang minat dalam bidang akademik boleh meneruskan pelajaran dalam bidang latihan vokasional. Dengan cara ini, kementerian berharap bilangan pelajar yang tercicir dapat dikurangkan. Disini PTV dilihat penting dalam merealisasikan matlamat menjadikan sistem pendidikan yang berdaya saing dengan adanya sistem latihan dan kemahiran yang tidak berfokuskan kepada peperiksaan. PTV menyediakan ruang kepada pelajar yang tercicir untuk cenderung kepada bidang vokasional dan kemahiran bagi menjamin masa hadapan mereka. Teknik dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal, Jabatan ini banyak menawarkan program yang membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan. Pendidikan Teknikal dapat membantu pelajar yang tercicir dalam pelajaran kepada perkembangan insan yang cemerlang dalam bidang kemahiran serta dapat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan semasa negara ingin menjadi sebuah negara perindustrian.

1.2 Pernyataan Masalah Masalah pelajar yang kurang berminat dalam bidang akademik boleh meneruskan pelajaran dalam bidang latihan vokasional. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh pendidikan teknik dan vokasional sebagai contoh di Amerika, pendidikan vokasional, terutama sekali yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah aneka jurusan, menghadapi pelbagai masalah kekurangan enrolmen, kekurangan bahan, perkakas latihan yang obsolate, stigma yang terlekat kepada pendidikan dan vokasional serta kekurangan guru berkelayakkan dan terlatih. Didapati juga bahawa pendidikan juga bahawa pendidikan teknik dan vokasionaltidak menjamin masa depan pekerjaan bagi graduan. Masalah kekurangan kemudahan pula menjadi penghalang utama.

Stigma dari segi statusnya mungin dapat diatasi dengan mempertingkatkan kualiti pelajarpelajar yang mengambil SPMV dan pengambilan guru-guru yang berkualiti. Kita juga perlu prijhatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pendidikan teknik dan vokasional

kerana ianya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bagi setiap sekolah menengah teknik/ vokasional, perbelanjaan yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM 30 Juta. Bagi pendidikan teknik dan vokasional di sekolah akademik biasa pula. Perbelanjaan untuk bengkel, makmal dan sebagainya adalah tinggi. Namun demikian, persoalannya ialah adakah perbelanjaan tinggi ini mendorong pelajar tercicir membantutkan usaha untuk memperkembangkan pendidikan teknik dan vokasional, terutamanya sekali disekolah, dan menyerahkan kepada majikan dan institusi-intitusi lain? Sekiranya perkembangan dasar pendidikan teknik dan vokasional dalam RBT terhadap pelajar tercicir dalam mata pelajaran penting maka beberapa persoalan akan diambil kira. Plihal (1987) telah menyenaraikan beberapa saranan mengenai pendidikan teknik dan vokasional yang terdapat di sekolah menengah menumpukan perhatian kepada latihan yang lebih spesifik, kerana hanya latihan seperti ini sahajalah yang berfaedah kepada kedua-dua pihak-pelajar dan majikan. Kedua, status pendidikan teknik dan vokasioanal perlu dipertingkatkan. Ini boleh dicapai dengan menukarkan kurikulum, meningkatkan kualiti pelajarpelajar yang tercicir memasuki jurusan teknik dan vokasional dan juga menarik guru yang berkelayakkan serta terlatih. Insentif ini bolegh diberikan kepada guru-guru ini, seperti memberikan mereka peluang pendedahan berkhidmat melanjutkan pelajaran melalui pemberian biasiswa dan meningkatkan mutu pendidikan perguruan bagi teknik dan vokasional (Silnerman,1986).

1.3 Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana dasar PTV telah digubal dan boleh membantu terhadap pelajar yang tercicir dalam mata pelajaran bagi menjamin masa depan pelajar. Kajian ini juga akan dapat memberikan gambaran secara empirikal tentang dasar yang digubal dapat memenuhi kehendak kerajaan untuk memastikan pelajar yang tercicir dapat belajar dan mendapat peluang pekerjaan dengan baik. Selain itu kajian ini juga dapat memastikan dasar PTV membentuk strategi yang baik dalam membantu pelajar yang tercicir. Selain itu juga, pelajar yang tercicir dalam mata pelajaran akan dapat memilih peluang pekerjaan yang bersesuaian.

1.4 Persoalan Kajian Dapat kajian bagi kajian ini akan membincangkan persoalan-persoalan yang sedang dijalankan. Antara persoalan-persoalan tersebut merangkumi enam soalan iaitu : 1. Apakah bentuk kurikulum yang sesuai untuk memenuhi kehendak pelajar? 2. Apakah strategi yang digunakan untuk meningkatkan tahap keberkesanan peranan dasar PTV? 3. Apakah tujuan peranan dasar PTV dalam rekabentuk teknologi terhadap pelajar-pelajar yang tercicir dalam mata pelajaran? 4. Bagaimanakah patut ditingkatkan kualiti pendidkan teknik dan vokasioanal ? 5. Diperingkat manakah pendidikan teknik dan vokasional ini perlu ditawarkan? Selain itu dapatan kajian yang sedang dijalankan ini juga berkait kurikulum yang akan dijalankan perlu dikemaskini dan sukatan pelajaran tertentu untuk matapelajaran. Dengan kata lain, pelajar SKM perlu mendapat pendidikan yang berualiti supaya mereka memperoleh kemahiran yang mampu menjadikan mereka berdikari dalam menghadapi sektor ekonomi yang sentiasa mencabar dengan kemahiran mereka di samping mempunyai nilai-nilai murni bagi menjamin masa depan mereka yang tercicr. 1.5 Objektif Kajian Kajian dilakukan adalah bagi melihat sejauhmanakah dasar PTV dapat dipertingkatkan dalam Reka bentuk Teknologi (RBT) bagi membantu pelajar yang tercicir dalam mata pelajaran. Selain itu juga, objektif kajian ini juga adalah untuk melihat permasalahan pendidikan teknik dan vokasional. Kajian juga dilakukan untuk memahami tentang cabaran dan strategi dalam pembentukkan guru teknik dan vokasional bagi menghadapi wawasan 2020

1.6 Kepentingan kajian Kajian terhadap peranan dasar PTV dalam mempertingkatkan rekabentuk teknologi (RBT)adalah penting untuk membantu masa depan pelajar yang tercicir. Merujuk Kepada portal rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran. Dalam program memperkasakan PTV, KPM berhasrat untuk

melonjakkan kecemerlangan pelajar dari kumpulan ini dari peringkat awal, guru dan sekolah sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia. Adalah diharapkan program memperkasakan PTV ini akan dapat mengurangkan kadar keciciran dari sistem persekolahan dan menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan Negara dan diri mereka sendiri.

Dasar Pendidikan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluankeperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan secara semasa yang aktif.

menekankan penyertaan

swasta

KADAR KECICIRAN Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan 2001 2010 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Menunjukkan :
o

Peratusan pelajar yang masuk ke tahun satu dan berjaya menamatkan pendidikan hingga ke tingkatan 5 di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah meningkat 65.0 peratus bagi kohort 1988-1998 kepada 79.8 peratus bagi kohort 1990-2000.

Kadar keciciran pelajar tingkatan satu ke tingkatan dua adalah sebanyak 2.4 peratus dan daripada tingkatan dua ke tingkatan tiga adalah sebanyak 3.7 peratus.

Sebanyak 7 peratus pelajar meninggalkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan setelah mengambil peperiksaan PMR.

Kadar keciciran pelajar tingkatan empat ke tingkatan liam adalah sebanyak 4 peratus.

SISTEM PENDIDIKAN Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan 2001 2010 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Menunjukkan Sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60:40 bagi jurusan sains/teknikal:sastera. Kedudukan pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian ini masih jauh daripada sasaranya dimana hanya 27.7 peratus sahaja yang pelajar memilih jurusan sains dan teknikal. Dasar pemilihan jurusan oleh pelajar merupakan faktor kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan vokasional, trend menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah meningkat, iaitu daripada 5.12 peratus pada 1980 kepada 16.0 peratus pada tahun 2000. Dijangkakan pada tahun 2010 terdapat kekurangan sebanyak 78 466 tempat bagi pendidikan vokasional dan sebanyak 15 525 bagi pendidikan teknikal.

STRATEGI Dalam menjamin masa depan pelajar tercicir dalam pelajaran, dilihat dasar Pendidikan

Teknik dan Vokasional berperanan penting dalam membantu pelajar yang tercicir dalam akademik untuk cenderung dalam bidang kemahiran. Peranan yang perlu dilakukan oleh PTV bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar serta dapat menjamin masa hadapan pelajar yang tercicir :
o

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Allahyarham Datuk Razali Ismail semasa merasmikan Konvensyen Guru-Guru Vokasional dan Teknik 2008 di Port Dickson, negeri Sembilan mengatakan perlunya memperkukuhkan

kurikulum PTV bagi menghasilkan modal insan yang berkemahiran, progresif dan dinamik dimana akan jadi penentu kejayaan bidang teknologi dan industri Negara. Kurikulum PTV haruslah menghubungjalinkan elemen ICT, inovasi dan kreativiti dimana elemen ini dapat memastikan pelajar lepasan PTV berdaya saing dan tidak tercicir apabila mereka memasuki bidang pekerjaan. Secara tidak langsung dapat menaikkan nama bidang kemahiran yang tidak hanya tertumpu kepada kemahiran tetapi juga ICT.
o

Allahyarham Datuk Razali Ismail juga menyarankan untuk mewujudkan hubungan dengan pihak industri dan swasta dimana dapat menyediakan pelajar dengan pengalaman sebenar di tempat kerja melalui program yang dijalankan bersama dengan pihak industri. Pelajar dihantar ke kilang-kilang untuk mempelajari gaya kerja yang sebenar dan mempraktikkan kemahiran yang dipelajari di sekolah. Sebagai contoh kerjasama BPTV dengan BIOTRUP-UMS dimana enam sekolah menengah teknik disabah dicadangkan memfokuskan dalam bidang pertanian dengan bantuan BIOTRUP-UMS. Selain itu antara program yang telah dirangka ialah Latihan Sangkutan Industri Guru PTV yang bertujuan mendedahkan persekitaran kerja kepada guru dalam mendalami teknologi masa kini yang digunakan industri bagi meningkatkan keupayaan guru dalam mendidik pelajar dalam bidang kemahiran. Perkara ini dilihat dapat menghasilkan tenaga mahir yang kompeten dimana pihak swasta akan mendapatkan tenaga kerja pelajar lulusan vokasional dan kemahiran untuk bekerja dalam syarikat mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan keberkesanan perlaksanaan PTV khususnya bagi mencapai wawasan Negara yang memerlukan modal insan berkemahiran tinggi.

Selain itu, usaha kerajaan membandingkan sistem PTV yang dijalankan di Negara lain menjadikan sistem PTV berdaya saing melalui pertukaran input

daripada

sumber

lain.

Kerjasama

antarabangsa

diperluaskan

dengan

menjalinkan hubungan dengan sekolah cemerlang di luar Negara. Hal ini dapat menghasilkan tenaga mahir yang boleh berkhidmat di syarikat-syarikat luar Negara seperti Sony.
o

Menurut Dato Haji Alimudin B. haji Mohd Dom dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga menekankan penglibatan dengan industri dan badan professional, pelajar akan terdedah School Enterprise yang mengaplikasikan pengetahuan pelajar dengan persekitaran yang sebenar supaya dapat menghasilkan pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari. Konsep School Enterprise akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari pendidikan teknik dan vokasional. Gabungan pendidikan akademik dan latihan kemahiran dapat menyepadukan ilmu yang dapat menjana ekonomi setempat sebagai contoh menceburi bidang perniagaan.

Pendidikan

di

Malaysia

menekankan

latihan

kemahiran

dimana

bagi

memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Antara perkara yang akan di tingkatkan melalui latihan ini ialah meningkatkan nilai keusahawanan. Ia dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama badan profesional perakaunan bagi memperkasa kurikulum keusahawanan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Di samping menekankan kepentingan dan pelaksanaan nilai keusahawanan melalui program School Enterprise. Tindakan

memperluaskan aliran vokasional dan kemahiran juga diambil dengan mewujudkan kembali Sekolah Menengah Vokasional bagi meningkatkan aspek latihan kemahiran. Seterusnya tindakan untuk meningkatkan keberkesanan latihan kemahiran adalah melalui pelaksanaan pembelajaran berteraskan kompetensi. Ia dilaksanakan melalui penglibatan pelajar dalam latihan industri.
o

Memperkenalkan aliran berasaskan kemahiran dari seawal tingkatan satu. Hal ini kerana dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar selama tiga tahun persekolahan sebelum memasuki ke tahun empat persekolahan dimana mereka perlu memilih bidang yang diminati mengikut kebolehan mereka. Pendedahan yang awal akan memudahkan pelajar untuk memilih bidang yang sesuai dengan kebolehan mereka. Aliran ini juga merupakan alternatif kepada pelajar yang meminati bidang kemahiran supaya mereka tidak tercicir akibat memilih bidang yang mereka kurang minat.

Penambahbaikan Sekolah Vokasional Baru dimana sekolah vokasional baru dibina di lima koridor ekonomi dan juga dua buah sekolah baru dibawah Rancangan Malaysia ke 9. Penambahbaikan sekolah vokasional dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang tercicir untuk mengikuti aliran Teknik dan Vokasional. Disamping itu juga, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan dua buah Matrikulasi Teknikal pada tahun 2009 bagi memberi laluan Institut Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan. Usaha ini dilakukan oleh kerajaan supaya Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memenuhi kehendak Negara. Hal ini menunjukkan PTV berperanan dalam memberi ruang kepada semua pelajar untuk mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan. Secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah keciciran pelajar di sekolah serta dapan menjamin kualiti tenaga kerja yang dihasilkan.

SARANAN Dalam menjamin masa depan pelajar yang tercicir pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tidak bergantung kepada Kementerian Pelajaran untuk memastikan masa hadapan pelajar tercicir terjamin. Sebagai contoh, pihak swasta hendaklah mengiktiraf pelajar lulusan Pendidikan Teknik dan Vokasional sebagai tenaga mahir yang terlatih dan memberi peluang untuk bekerja. Selain itu juga, pihak swasta perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak kementerian dengan cara memberikan pengalaman sebenar tempat kerja kepada pelajar. Pihak swasta boleh mendidik kemahiran pelajar mengikut acuan sendiri dan mengambil pelajar tersebut untuk bekerja selepas tamat persekolahan. Selain itu juga, ibubapa perlulah menggalakkan anak mereka yang tercicir dalam pelajaran menceburi bidang kamahiran. Ibubapa tidak sepatutnya memaksa pelajar untuk memilih bidang yang tidak diminati pelajar seperti memaksa pelajar untuk memilih aliran sains hayat kerana beranggapan aliran ini dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Menurut Haji Yahya Emat dalam karanganya Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia 2005 mengatakan ramai lulusan sekolah teknik dan vokasional telah dan dihantar terutama Jepun untuk mendalami bidang masing-masing. Sudah terbukti

bahawa peluang untuk mendapatkan pekerjaan di dalam bidang ini sangat luas. Sikap memandang rendah pelajar-pelajar sekolah teknik dan vokasional sebagai golongan yang gagal dalam akademik masih tebal dalam kalangan kita. Ibubapa harus berfikiran terbuka dalam menentukan masa hadapan pelajar.

Pendidikan Teknik dan Vokasional juga dapat menjamin masa hadapan pelajar jika pelajar tersebut diberi peluang dan ruang untuk mengasah bakat dan kemahiran. Ibubapa perlu sedar akan kesan terhadap keciciran keatas diri pelajar dan juga negara. Menurut Datuk Yusuff harun Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia mengatakan bahawa kejayaan bukan dapat dihasilkan sekelip mata, kerana memerlukan komitmen daripada peringkat pengurusan, guru dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

PENUTUP Kadar keciciran pelajar di sekolah amat membimbangkan kementerian kerana pelajar yang tercicir ini akan menghadapi masalah dalam bidang pekerjaan. Bidang akademik yang diutamakan di masa kini dalam mencari pekerjaan akan menyukarkan pelajar yang tercicir untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap. Pada kebiasaanya, individu yang tidak mempunyai kelulusan akademik akan diberikan kerja sementara oleh majikan secara kontrak kerana tidak mahu menanggung risiko apabila individu tersebut tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Pekerjaan yang tidak tetap menyebabkan mereka sering bertukar-tukar tempat kerja dan kadangkala menggangur semasa mencari pekerjaan yang baru. Masa terluang inilah pelbagai perkara yang negatif sering dilakukan oleh individu ini. Akibat tekanan daripada perkara ini, pelbagai gejala negatif akan berlaku seperti merompak, menghisap dadah, merogol dan lain-lain lagi. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana berdasarkan pendidikan mereka di tahap rendah tambahan pula umur mereka yang masih mentah. Mereka tidak dapat memikirkan kesan terhadap tindakan mereka, mereka hanya ingin keseronokkan dan ingin mendapatkan wang dengan mudah dengan cara mencuri ataupun mengedar dadah dan menyertai perlumbaan secara haram.

Menurut Haji Yahya Emat dalam kurikulum baru, telah memperkenalkan satu mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Secara tidak langsung telah mendedahkan pelajar kepada pendidikan teknik dan vokasional, di samping itu juga Program Pandang ke Timur yang dilancarkan membolehkan pelajar mencontohi sikap pekerja-pekerja Jepun dan Korea seperti berkeupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika kerja yang baik, berdisiplin dan bersemangat untuk bersaing. Pendidikan Teknik dan Vokasional sangat penting kepada mereka yang tercicir dalam pelajaran. Kerajaan berusaha untuk menarik pelajar yang tercicir mempelajari kemahiran yang dapat digunakan dalam bidang pekerjaan. Sebilangan besar pelajar yang tercicir ini minat terhadap bidang kemahiran berbanding bidang akademik. Malangnya mereka tidak dapat mendalami bidang kemahiran kerana banyak sekolahsekolah vokasional ditukar menjadi sekolah teknik mengikut perubahan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa memilih bidang akademik walaupun tidak meminatinya. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut jauh tercicir dalam bidang yang tidak diminatinya.

Pendidikan Teknik dan Vokasional juga akan mengatasi masalah sosial yang kerap dilakukan oleh pelajar yang tercicir sejak dari sekolah lagi. Pelajar akan diberi masa

yang panjang untuk mempelajari kemahiran yang diminati bagi menyediakan mereka dalam bidang pekerjaan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah pada masa lapang.

REFLEKSI Tugasan Pengenalan kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional pada kali ini ialah membuat penulisan ilmiah berdasarkan tajuk yang diberi. Tugasan ini dilakukan secara individu dan tajuk tugasan saya ialah Peranan dasar PTV dalam RBT bagi menjamin menjamin masa hadapan pelajar tercicir. Pada mulanya saya merasakan tugasan ini amat sukar kerana tidak memahami cara penulisan ilmiah.

Dalam tugasan ini saya dapat mengatahu bilangan pelajar yang tercicir di Negara, bagi saya kadar keciciran pelajar di sekolah amat membimbangkan jika tidak dibendung secepatnya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah pelajar yang tercicir supaya dapat menjamin masa hadapan pelajar yang tercicir. Usaha tersebut termasuklah memperkenalkan pendidikan vokasional diperingkat awal

persekolahan. Selain itu kemeterian berusaha dalam memperkasakan PTV dengan menggubal kurikulum dan berkerjasama dengan pihak industri supaya dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam bidang kemahiran.

Terdapat masalah yang saya hadapi dalam mencari bahan untuk melaksanakan tugasan. Saya masih gagal mencari penulisan ilmiah Teknokrat seperti yang disaran oleh pensyarah pembimbing kerana perpustakaan institut tidak mempunyai koleksi penulisan teknokrat. Penulisan teknokrat yang masih dalam simpanan institute ialah Teknokrat keluaran 1998. Saya juga mencari bahan di Perpustakaan Negara Kuala Lumpur bersama rakan dan memperoleh matlumat berkenaan pelajar yang tercicir. Dalam tugasan ini saya juga saya banyak memperolehi bahan daripada buku seperti buku pendidik. Saya juga meperoleh bahan daripada akhbar Utusan melalui On-Line. Saya berharap, pihak perpustakaan dapat menggumpulkan segala buku atau jurnal keluaran Institut supaya dapat digunakan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan. Saya juga akan berazam untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan tugasan dan tidak menangguhkan tugasan. Saya juga perlu banyak bertanya kepada pensyarah supaya tugasan yang saya lakukan tidak silap.

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya dapat mempelajari pelbagai perkara berkaitan Pendidikan Teknik dan Vokasional dan kepentinganya dalam memjamin masa hadapan pelajar yang tercicir. Saya akan gunakan segala pengetahuan dan pengalaman sepanjang menjalankan tugasan ini untuk menjadikan saya seorang yang peka terhadap perubahan BIBLOGRAFI Haji Yahya B Emat (2005), Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia, IBS Buku zaman dan suasana pendidikan masa kini.

Sdn.

Bhd.

Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM, Kuala Lumpur. Srihanasham (2009), Pendidik-Potensi besar PTV jana modal insan mahir, Selangor darul Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Ehsan. Vokasional,

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=utama&unit=utama&bhs=my pada 14 Mac jam 10.05 Malam

Baharudin Azit, Kepentingan Latihan Sangkutan Industri Terhadap Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Perspektif Pelajar, melayari laman web http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/baharudin%20azit.pdf pada 15 Mac jam 9.33 Malam Dato Haji Alimuddin B. Haji Mohd Dom, Memantapkan budaya keusahawanan di kalangan generasi baru melalui system pendidikan nasional dan pengajian agama : gagasan dan cabaran merealisasikanya.