Anda di halaman 1dari 17

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran

: Pendidikan Jasmani

Tarikh Masa

: 13 /12 /2011 : 40 minit

Tunjang Pembelajaran : Kecergasan Tajuk Sub Tajuk Bil. Murid : Masa Reaksi : Rangsangan dan reaksi : 24 orang

Tingkatan : 3 Kaizen

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Psikomotor : Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti masa tindak balas dengan betul dan selamat. 2. Kognitif : Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti masa tindak balas. 3. Afektif : Merasa keseronokan secara puas hati semasa melakukan aktiviti.

Pengetahuan sedia ada : Murid telah biasa melakukan aktiviti ini tanpa disedari dengan rakan sebaya. Kemahiran Berfikir Penerapan Nilai Penggabungjalinan Alatan : Melakukan pergerakan dengan teknik perlakuan yang sempurna dan selamat. : Berdisiplin, kerjasama, semangat kesukanan : Kesukanan (Keselamatan semasa beraktiviti) : carta, 4 skitel, 1 wisel, 10 gelung getah, tali panjang

Langkah/ Masa Permulaan ( 5 miinit )

Aktiviti / Isi Pelajaran 1. Memanaskan badan

Fokus / Butir Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Murid dikehendaki duduk dan bangun dengan cepat mengikut arahan guru.

Organisasi Secara individu. Lari mengelilingi skitel.

Catatan / ABM Alatan: Skitel, wisel

2. Guru memimpin murid untuk melakukan aktiviti memanaskan asas dari kepala hingga ke kaki, terutamanya regangan otot kaki ditekankan.

3. Murid diminta lari mengelilingi skitel yang diletakkan oleh guru.

4. Beberapa jenis larian dilakukan seperti larian sisi, depan, dan belakang.

Langkah/ Masa Perkembagan Langkah 1 ( 5 minit )

Aktiviti / Isi Pelajaran 1. Konsep masa tindak balas. Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian. 2. Aspek-Aspek Keselamatan: Melakukan aktiviti mengikut kemampuan diri. Melakukan aktiviti di kawasan yang ditetapkan. Memastikan tidak berlaku tolakmenolak antara satu sama lain. Mengikut semua arahan, penyeliaan dan bimbingan guru. Mengelak daripada melakukan rempuhan.

Fokus / Butir Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Guru menerangkan konsep masa tindak balas kepada murid-murid. 2. Guru mengingati murid-murid tentang aspek keselamatan.

Organisasi 1. Murid-murid duduk di atas lantai sambil mendengar dan memberi respon kepada guru.

Catatan / ABM Carta

Langkah/ Aktiviti / Isi Pelajaran Masa Perkembagan 1. Aktiviti Masuk Ke Langkah 2 ( 7 minit ) Dalam Stesen

Fokus / Butir Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Murid menjalankan aktiviti masa tindak balas seperti ikut arahan. 2. Guru menandakan beberapa stesen dengan gelung rotan. 3. Murid berlari atau berjalan dengan bebas di sekitar kawasan yang dihadkan dengan skitel. 4. Apabila isyarat diberi iaitu wisel dibunyikan murid harus masuk ke dalam stesen dengan cepat. 5. Setiap stesen hanya boleh dimasuki tiga orang sahaja. 6. Aktiviti ini akan diadakan selama lima pusingan. 7. Gelung getah yang ada pada setiap pusingan menjadi semakin berkurang: Pertama: 10 gelung getah Kedua: 6 gelung getah Ketiga: 4 gelung getah Keempat: 2 gelung getah Terakhir: 1 gelung getah 8. Murid-murid yang tinggal pada pusingan yang terakhir diberi tepukan oleh murid-murid yang lain.

Organisasi i. Berlari atau berjalan dengan bebas dan rawak secara individu. ii. Gelung getah diletak secara rawak.

Catatan / ABM Alatan: Skitel, gelung getah, wisel

Langkah/ Masa Kemuncak (8 minit)

Aktiviti / Isi Pelajaran 1. Aktiviti kumpulan:

Permainan Belalang dan belatuk

Fokus / Butir Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan melakukan aktiviti permainan Belalang dan Belatuk. 2. Guru menerangkan peraturan permainan Belalang dan Belatuk kepada murid-murid. 3. Kumpulan pertama adalah Belalang, manakala kumpulan kedua adalah Belatuk. 4. Masing-masing berbaris dalam dua barisan dan berdiri di sebelah tali panjang. 5. Murid perlu mendengar arahan daripada guru. Apabila guru menyebut Belalang, murid kumpulan Belalang perlu berlari ke belakang untuk balik ke rumah Belalang agar selamat dan tidak tertangkap oleh murid kumpulan Belatuk, begitu juga kepada murid kumpulan sebaliknya.

Organisasi

Catatan / ABM Alatan: Skitel, tali panjang, wisel

Secara berkumpulan Lari depan atau belakang

Langkah/ Masa Penutup (5 minit)

Aktiviti / Isi Pelajaran 1. Cooling down / Gerakan kendur 2. Refleksi soal jawab. Aspek-Aspek Keselamatan Kepentingan: Dapat memberi tindak balas terhadap rangsangan luar. Dapat melindungi diri daripada rangsangan yang berbahaya dengan cepat. Mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap persekitaran. Perasaan Murid

Fokus / Butir Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Jalan perlahan mengelilingi gelanggang sambil menghayunkan tangan. 2. Guru memimpin murid melakukan gerakan kendur dengan bermula dari kaki hingga ke kepala. 3. Guru memimpin murid-murid menyatakan 5 aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti masa tindak balas.

Organisasi

Catatan / ABM Alatan: Skitel, wisel

Jalan perlahan mengelilingi gelanggang.

4.

Guru bertanya soalan: Apakah kepentingan mempunyai masa tindak balas yang baik?

Posisi interaksi guru dengan murid:

5. Murid disuruh menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti masa tindak balas. 5. Guru menamatkan sesi pengajaran dengan sorakan hooray daripada semua murid secara serentak.

Langkah/ Masa Ujian (10 minit)

Aktiviti / Isi Pelajaran Ujian Reaksi Tangan Nelson

Fokus / Butir Pengajaran Dan Pembelajaran . 1.Subjek duduk di atas kerusi dalam keadaan rehat. 2.Tangan dominan diletakkan di atas meja. Dengan kedudukan jari terkeluar 3-4 inci dari meja. 3.Subjek bersedia untuk menyepit dengan jarak antara ibu jari dan jari telunjuk di mana bahagian atas ibu jari dan jari telunjuk dalam keadaan horizontal dan tidak melebihi 1 inci. 4.Penguji memegang pembaris pada bahagian atas dan biarkan pembaris tergantung di atas ibu jari dengan jari telunjuk. 5.Bahagian dasar kayu pengukur diselaraskan dengan bahagian atas ibu jari subjek. 6.Subjek menumpukan perhatian ke bahagian yang bertanda `zon konsentrasi di atas kayu pengukur. 7.Penguji melepaskan kayu pembaris setelah memberi isyarat`sedia di antara jari subjek. 8.Subjek menyepit kayu pembaris tersebut dengan jari telunjuk dan ibu jari yang masih kekal di atas meja.

Organisasi

Catatan / ABM

1. Alat pengukur masa Nelson 2. Meja 3. Kerusi 4. Borang skor reaksi

LAMPIRAN

PENGENALAN MASA REAKSI Masa reaksi adalah suatu tempoh masa yang bermula dari sesuatu isyarat atau ransangan yang diterima seterusnya diproses oleh otak dan akhirnya sehingga bermulanya sesuatu pergerakan atau tindak balas. Menurut Oxendine (1968), masa reaksi adalah masa yang diambil di antara berlakunya sesuatu stimulus (ransangan) dan tindak balas terawal yang boleh dilihat. Wilmore (1977) dan Oxendine (1968), menyatakan bahawa masa reaksi ialah masa yang diambil untuk bertindak balas. Bagi Johnson dan Nelson (1986) menyatakan bahawa masa reaksi adalah jangka waktu dari kehadiran stimulus sehingga permulaan sesuatu pergerakan atau respons. Hazoldine (1985) menyatakan bahawa masa reaksi adalah masa yang berlaku diantara sesuatu stimulus tindak balas pengecutan otot yang terkawal. Manakala menurut Magil (1993), menyatakan bahawa masa reaksi dapat didefinikan sebagai tempoh dari mula menerima stimulus sehingga bermulanya gerakbalas. Daripada definisi pengkaji di atas, dapatlah disimpulkan bahawa masa reaksi merupakan tempoh masa dari bermulanya menerima ransangan dan sehingga pergerakan awal. Masa reaksi terbahagi kepada 3 jenis iaitu masa reaksi mudah, masa reaksi pilihan dan masa reaksi diskriminasi. Masa reaksi mudah melibatkan satu rangsangan kepada satu respon. Masa reaksi pilihan pula melibatkan respon kepada stimulus pilihan (yang ditetapkan) dan setiap stimulus memerlukan satu respons yang khusus. Manakala masa reaksi diskriminasi melibatkan respons kepada satu stimulus dan terdapat stimulus-stimulus lain yang bertindak sebagai gangguan kepada stimulus yang harus diberi respons. Welford (1968, 1980) telah menyatakan bahawa masa reaksi akan semakin lambat apabila subjek mengalami kelesuan. Singleton (1953) membuat pemerhatian bahawa kemerosotan dalam masa reaksi ini akan lebih nyata apabila ujian masa reaksi yang

digunakan adalah kompleks berbanding ujian yang mudah. Kelesuan mental terutamanya rasa mengantuk memberikan kesan yang sangat besar terhadap masa reaksi. Van den Berg dan Neely (2006) menyatakan bahawa kurang tidur boleh menyebabkan masa reaksi subjek semakin lambat dan terlepas rangsangan pada jangka masa ujian yang telah ditetapkan.Takahashi et al. (2004) dalam kajiannya terhadap pekerja mendapati bahawa pekerja yang dibenarkan untuk mengambil sedikit masa untuk tidur sebentar (short nap) mendapati bahawa golongan ini boleh meningkatkan kepekaan mereka, namun ianya tidak memberikan kesan terhadap masa reaksi. Kroll (1973) tiada kesan pada masa reaksi yang hanya disebabkan oleh kelesuan otot. Philip et al. (2004) mendapati bahawa kesan dari tidak tidur dalam masa 24 jam boleh memanjangkan masa reaksi bagi subjek yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun, namun demikian tidak terdapat kesan pada subjek yang berumur 52 hingga 63 tahun.

Kelesuan yang dialami oleh seseorang individu akan mengganggu masa reaksinya akibat daripada kekurangan tumpuan terhadap sesuatu rangsangan ataupun syarat. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi permainan seseorang atlet. Ujian ini bertujuan untuk melihat kesan kelesuan pada seseorang individu dan pengaruhnya terhadap masa reaksi.

OBJEKTIF UJIAN MASA REAKSI Ujian ini juga bertujuan untuk melihat masa reaksi seseorang individu dan faktor-faktor yang mempengaruhi masa reaksi seperti jantina, kelesuan, latihan dan sebagainya, seterusnya kesan dan kepentingannya dalam bidang sukan. Selain itu, ujian ini akan

menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor bagi reaksi seluruh badan dan ujian topendsport, daripada sampel yang dijalankan.

MATLAMAT UJIAN 1. Mengetahui perkembangan sejarah, perkembangan penyelidikan dan kepentingan ujian masa reaksi dalam Pendidikan Jasmani. 2. Mengetahui bagaimana kita perlu merancang, mengelola & mentadbir ujian masa reaksi dengan cara yang tepat & teratur (bersistematik). 3. Menambahkan pengetahuan tentang penggunaan ujian masa reaksi dalam Pendidikan Jasmani secara amali.

KEPENTINGAN PENGUKURAN MASA REAKSI Dalam sukan, pengukuran masa reaksi penting dalam menilai atlet dan menyediakan latihan bersesuaian bagi meningkatkan lagi prestasi atlet. Masa reaksi juga digunakan sebagai penentu kepada kebanyakan sukan dan seseorang atlet boleh mempertingkat masa reaksinya dengan latihan yang betul (Bomba 1999). Contohnya pelari pecut boleh memberi reaksi terpantas selepas mendengar bunyi tembakan pistol (ransangan) dapat menghasilkan catatan masa yang terbaik. Di samping itu ujian masa reaksi juga boleh dijadikan sebagai salah satu faktor di dalam ujian kecergasan motor, keupayaan motor dan kemahiran sukan dan permainan. Ujian ini juga berguna kepada guru Pendidikan Jasmani & sukan dalam mengklasifikasikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan homogenous tertentu apabila menjalankan aktiviti, mengenalpasti keupayaan masa reaksi seseorang individu, bagi membantu & merancang program latihan yang bersesuaian dengan keupayaan tersebut. Selain itu ujian masa reaksi juga boleh digunakan sebagai panduan untuk menjalankan latihan yang spesifik, sebagai sumber motivasi & maklum balas kepada pelajar-pelajar untuk mempertingkatkan prestasi masa reaksi pelaja dan Sebagai alat pengukuran untuk mengetahui perbezaan & perbandingan keupayaaan reaksi seseorang atlit /pelajar dalam bidang sukan.

JENIS-JENIS UJIAN DALAM MASA REAKSI 1. Ujian Reaksi Tangan Nelson 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ujian Reaksi Kaki Nelson Ujian Reaksi Jari (Rangsangan Visual) Ujian Reaksi Seluruh Badan (Rangsangan Visual) Ujian Reaksi Badan (Rangsangan Bunyi) Ujian Jari Nelson Ujian Topendsports.com

UJIAN 1 Objektif

: REAKSI JARI NELSON : Ujian ini untuk mengukur masa reaksi jari dan masa reaksi penglihatan setiap subjek apabila rangsangan diberikan

Kesahan

: Pengukuran masa wujud kerana daya tarikan graviti bumi membuat objek jatuh dengan kadar pecutan yang sama.

Kebolehpercayaan Alatan :

: Dilaporkan r=0.89( Johnson & Nelson )

5. Alat pengukur masa reaksi Nelson 6. Meja 7. Kerusi 8. Borang skor

Prosedur : 1. Subjek duduk di atas kerusi dalam keadaan rehat. 2. Tangan dominan diletakkan di atas meja. Dengan kedudukan jari terkeluar 3-4 inci dari meja. 3. Subjek bersedia untuk menyepit dengan jarak antara ibu jari dan jari telunjuk di mana bahagian atas ibu jari dan jari telunjuk dalam keadaan horizontal dan tidak melebihi 1 inci. 4. Penguji memegang pembaris pada bahagian atas dan biarkan pembaris tergantung di atas ibu jari dengan jari telunjuk. 5. Bahagian dasar kayu pengukur diselaraskan dengan bahagian atas ibu jari subjek. 6. Subjek menumpukan perhatian ke bahagian yang bertanda `zon konsentrasi di atas kayu pengukur. 7. Penguji melepaskan kayu pembaris setelah memberi isyarat`sedia di antara jari subjek. 8. Subjek menyepit kayu pembaris tersebut dengan jari telunjuk dan ibu jari yang masih kekal di atas meja. Pengukuran :

1. Subjek diberikan 3 kali percubaan. 2. Bacaan adalah berdasarkan garis atau tanda yang terdekat dengan bahagian atas ibu jari. 3. Skor diambil daripada catatan yang terbaik. Kelemahan :

1. Mudah berlaku ralat

Kelebihan: 1. Alatan yang ringkas 2. Cara pengurusan ujian yang mudah Norma SKOR (saat) 0 - 0.13 0.14 - 0.19 0.20- 0.23 > 0.24 KELAS Cemerlang Baik Sederhana Lemah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


SPE 3072 KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI

TAJUK:
KOMPONEN KECERGASAN : MASA REAKSI

DISEDIAKAN OLEH: MOHD SYAZWAN BIN SHAMSUDIN (149215) UNTUK PERHATIAN : TUAN SHEIKH KAMARUDDIN B. SHEIKH AHMAD