Anda di halaman 1dari 1

Langkah mengatasi kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku. Dalam setiap kemalangan ada saja tercedera dan ada juga melibatkan kematian. Pepatah telah mengatakan Biar lambat asalkan selamat. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dengan berbagai cara. Cara-cara itu ialah pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu, contohnya memandu tidak melebihi had laju yang telah ditetapkan. Selain itu, pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat dipandu. Pemandu mesti memeriksa lampu dan brek berfungsi dengan baik. Jika ada berlaku kerosakkan, pemandu mestilah membaikinya terlebih dahulu sebelum menggunakan kenderaan itu. Seterusnya, pemandu yang memandu dalam keadaan merbahaya mestilah dikenekan hukuman yang berat supaya mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Kesimpulannya, kemalangan berlaku akibat sikap cuai pengguna jalan raya. Pepatah telah mengatakan Malang Tidak Berbau.