Anda di halaman 1dari 13

STATUS WANITA PADA ABAD KE-19

Sebelum mencapai pada abad ke-19 iaitu pada tahun 1800, kehidupan golongan wanita sangat tidak terbela dan dilindungi oleh pihak keluarga dan juga pihak kerajaan. Bermula pada abad ke-19, barulah muncul beberapa kesedaran tentang kepentingan dan sumbangan golongan wanita. Namun hanya beberapa Negara Eropah sahaja yang mempunyai kesedaran tersebut seperti England, Jerman dan sebagainya dan segelintir negara lagi mula mencapai kesedaran pada pertengahan abad ke-19. Dalam Sejarah Eropah pada zaman Klasik dan

Pertengahan telah menunjukkan bahawa golongan wanita tidak mempunyai sebarang keistimewaan dan hak yang jelas. Keadaan tersebut berlaku kerana daripada zaman Klasik dan

Pertengahan yang menganggap wanita adalah sesuatu perkara yang sangat negatif dan hina malahan tidak memberi makna kepada golongan lelaki. Pada permulaan dan awal zaman Eropah moden, golongan wanita dipandang hina dan dianggap sebagai beban kepada keluarga dan masyarakat malahan pihak kerajaan juga berpendapat begitu. Pada zaman Victorian, masyarakat Eropah kelas pertengahan dan kelas atasan, golongan lelaki dan golongan wanita berada dalam suasana dan keadaan yang sangat berbeza kerana golongan lelaki dipandang lebih utama dan penting berbanding golongan wanita yang sebaliknya.1 Pada kebiasaan yang berlaku kepada golongan lelaki yang berkerjaya seperti usahawan dan ahli perniagaan, mereka banyak menghabiskan masa dan waktu terhadap kerja ataupun melapangkan fikiran minda di kelabkelab yang khusus untuk golongan lelaki. Golongan lelaki masyarakat Eropah hanya dan melepaskan membiarkan isteri-isteri mereka untuk menguruskan hal ehwal rumahtangga, pengurusan anak-anak, dan mereka hanya akan menghabiskan kewangan keluarga untuk menaiktarafkan status sosial
1

Richard W. Bulliet, et.all, The Earth and Its People- A Global History Volume II Since 1500, Houghton Miffin Company, 2000, hlm: 486.

keluarga.2 Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa golongan wanita pada zaman tersebut mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dan berat untuk dipikul. Beberapa kerajaan di Negara Eropah juga telah menggubal dan menguatkuasa undang-undang tentang mendiskriminasikan golongan wanita malahan menentang golongan tersebut. Sehingga akhir abad, kebanyakan Negara Eropah menganggap wanita adalah golongan minoriti dalam kehidupan golongan lelaki dan kehidupan bermasyarakat.3 Namun, mengikut keadaan dan peredaran waktu semasa zaman tersebut, kebanyakan Negara Eropah telah mula sedar akan kehadiran dan sumbangan golongan wanita di peringkat yang lebih besar dan luas seperti sumbangan dalam kelompok masyarakat mereka sendiri seperti yang berlaku terhadap Negara Britain, Jerman, Perancis dan lain-lain. Negara Britain telah mengambil beberapa langkah yang bertujuan memperkenalkan golongan wanita dalam kalangan anggota masyarakat dengan penubuhan beberapa persatuan dan organisasi masyarakat. Contohnya pada tahun 1847, Queens College telah dibuka untuk golongan wanita sahaja dan pada tahun 1848 pula, golongan wanita dibenarkan untuk memasuki Universiti London dan Kolej Bedford juga mengambil langkah yang sama dengan membenarkan golongan wanita menimba ilmu di kolej tersebut.4 1878, Selain daripada itu, pada tahun 1860, Universiti Zurich telah dalam peringkat ijazah serta membuka laluan kepada golongan wanita menimba ilmu dan pada tahun Universiti London memberi peluang kolej wanita ditemui di Cambridges pada akhir abad ke-19. 5 Kesedaran yang tinggi terhadap ilmu, telah menyebabkan ramai golongan wanita untuk memasuki institusi pendidikan sehingga di Zurich terdapat golongan wanita
2 3

Ibid, hlm: 486. Ibid, hlm: 486. 4 Chris Cook, Britain in The Nineteenth Century 1815-1914, United Kingdom, Pearson Education Limited, 1999, hlm: 127 5 Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Heritage Sixth Edition, New Jersey, Prentice Hall, 1998, hlm: 847.

Russia yang mempelajari bidang perubatan malahan golongan wanita Amerika juga turut menimba ilmu di Negara Eropah. Golongan wanita Eropah mula menceburkan diri dalam bidang professional bermula pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20 dan walaupun golongan wanita Eropah sudah mula berjinak dalam bidang perubatan namun terdapat juga kebanyakan menceburkan menceburkan negara diri diri yang tidak bidang bidang membenarkan berlaku apabila golongan golongan wanita wanita dalam dalam

perundangan sehinggalah Perang Dunia ke-2.6

Melalui perubahan yang

professional, perkembangan masyarakat dan status wanita dilihat semakin meningkat dan tinggi berbanding pada abad sebelumnya. Selain daripada penubuhan institusi pendidikan, terdapat juga penubuhan beberapa akta dan hak-hak bersuara yang terdapat di Negara Britain. Antaranya ialah pada tahun 1857, Akta perkahwinan telah digubal di mahkamah dan golongan wanita mendapat hak dan kuasa yang terhad dalam proses penceraian dan mendapat hak terhadap anak-anak apabila penceraian ditangguhkan serta golongan wanita juga berhak mendapat harta terhadap perpisahan yang rasmi dan sah atau arahan perlindungan kerana keputusan suami yang meninggalkannya.7 Dalam pembahagian harta juga jelas menunjukkan golongan wanita mempunyai hak yang semakin luas dan besar serta hak-hak mereka semakin dilindungi. Pada tahun 1870, Akta Harta wanita berkawin dibenarkan untuk mendapatkan pampasan sebanyak $200 di atas harta pencarian mereka sendiri dan pada tahun 1882, Akta Harta Wanita Berkahwin dibenarkan untuk golongan wanita mempunyai milik dan pengurusan harta dan asset mereka sendiri.8 Tindakan tersebut jelas menunujukkan tentang kesedaran Negara Britain terhadap kepentingan golongan wanita dan Negara Britain
6 7

Ibid, hlm: 848. Chris Cook, Britain in The Nineteent Century 1815-1914, United Kinddom, Pearson Education Limited, 1999, hlm:127. 8 Ibid, hlm 128.

dilihat lebih maju ke hadapan berbanding Negara Eropah yang lain dalam transformasi terhadap golongan wanita. Namun begitu, terdapat juga golongan wanita yang mengamalkan kegiatan pelacuran terutamanya golongan wanita yang berasal daripada golongan keluarga yang miskin dan hidup terhimpit. Malahan, kebanyakan pelacur adalah berasal dari masyarakat golongan pertengahan dan keadaan ini berlaku kerana terdapat beberapa negara yang membenarkan kegiatan pelacuran dilakukan. Bagi golongan wanita masyarakat pertengahan Perancis pula, mereka hanya tertumpu kepada kehidupan kekeluargaan seperti menguruskan rumahtangga, menjaga anak-anak dan menjalani kehidupan yang baik pada pandangan masyarakat.9 Selepas Negara Britain yang mempelopori hak dan kebebasan golongan wanita, di Negara Perancis juga mengalami nasib yang sama malah golongan wanita di Negara Perancis bertindak lebih agresif apabila mereka mengadakan perarakan yang bertujuan untuk menyuarakan rasa tidak puashati terhadap perlaksanaan pemerintahan pihak kerajaan. Pada pagi 5 Oktober satu perhimpunan wanita yang besar merempuh ke Hotel de Ville, merampas alat-alat senjata, mengheret meriam dan terus berarak ke Versailles dengan tujuan mahukan Raja menurunkan harga roti dan mahukan pegawai-pegawai yang telah menghina bendera tiga warna dihukum.10 Keadaan di Perancis jelas menunjukkan bahawa golongan wanita bukan lagi terkongkong dalam institusi keluarga bahkan sudah berada di tahap yang lebih luas dan berani dalam proses penonjolan diri dan kaum mereka dalam institusi masyarakat. Golongan wanita negara Eropah pada abad ke-19 juga telah melalui beberapa fasa perubahan yang ketara dari segi status sosial dan taraf hidup mereka. Negara-negara Eropah yang pada
9

Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Heritage Sixth Edition, New Jersey, Prentice Hall, 1998, hlm: 852. 10 Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, terjemahan Asri Hasbullah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm: 37.

zaman awal dan pertengahannya yang telah memandang serong dan hina serta terhadap golongan wanita, telah berubah pandangan dan perspektif pada zaman Eropah moden iaitu daripada pandangan negatif kepada pandangan positif. Hal Ini kerana, negara-negara Eropah telah mula menyedari betapa penting dan berharganya golongan wanita dalam kalangan golongan masyarakat mereka. Golongan wanita juga telah mula berani menonjolkan diri dalam pelbagai tujuan untuk menuntut hak dan kebebasan yang adil dan saksama terhadap golongan mereka. Jika dulu mereka hanya terkongkong dalam rumah sahaja, kini mereka bebas bergerak dan diberi peluang untuk bekerja dan menuntut ilmu.

Namun begitu, bagi golongan wanita kelas pertengahan, segelintir daripada mereka masih lagi terkongkong dalam kehidupan kekeluargaan sahaja seperti yang berlaku di Utara Perancis yang memulakan fasa perkahwinan bermula pada usia 21 tahun dan kebanyakan mereka akan mendapat anak pada tahun pertama dan akan berturutan dengan cepat malahan mereka sendiri yang akan mengurus dan mengasuh anak-anak mereka kerana mereka tiada kepakaran dan peluang lain selain daripada menguruskan keluarga.11 Di sebalik keadaan tersebut, terdapat juga beberapa perubahan yang berlaku di England pada lewat abad ke-19 iaitu apabila golongan wanita mula berkahwin lewat iaitu pada tahun 1870 dan purata umur mereka yang berkahwin ialah pada usia 26 tahun.12 Malahan pada tahun 1840-an angka golongan wanita di England dan Wales yang tidak berkahwin pada usia 45 tahun dianggarkan sebanyak 12%, dan 11% pada tahun 1870-an dan 1880-an.13 Keadaan tersebut jelas menunjukkan golongan wanita mula lebih memikirkan tentang pembinaan
11

Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Heritage Sixth Edition, New Jersey, Prentice Hall, 1998 hlm: 853. 12 David Hey, The Oxford Guide To Family History, New York, Oxford University Press, 1993, hlm: 136. 13 Ibid, hlm: 136.

kerjaya status sosial mereka daripada berkahwin yang mungkin dianggap mengongkong mereka selain daripada faktor golongan atasan dan pertengahan yang jarang memilih untuk berkahwin dengan golongan bukan yang sama status dengan mereka dan keadaan tersebut menyukarkan golongan wanita untuk berkahwin dan memulakan kehidupan berkeluarga. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa negara daripada negara Eropah seperti Britain dan Perancis, Jerman juga yang tidak terkecuali dalam perubahan taraf sosial dan hidup golongan wanita mereka. Dalam bidang pekerjaan perindustrian contohnya, wanita dan lelaki memainkan peranan yang sama penting dan memberikan sumbangan yang sama besar serta bermakna kepada masyarakat dan negara. Pada permulaan dan pertengahan pada era zaman moden, keluarga merupakan ketua unit

pembuatan ekonomi dan isteri atau anak perempuan akan bekerja di dalam rumah dan juga di luar untuk menyokong dan membantu untuk meningkat pendapatan dan status kehidupan keluarga mereka.14 Terutamanya bagi golongan wanita Jerman, mereka sudah mula untuk berani menonjolkan diri di khalayak ramai contohnya sebagai pekerja di sesuatu tempat atau belajar di sesebuah institusi pendidikan. Berdasarkan hierarki sosial yang menentukan bahawa golongan wanita patut dibayar gaji kurang berbanding lelaki, tetapi megikut piawaian yang kebiasaannya, mengganggap pekerja wanita boleh dan patut menunjukkan keupayaan dan kecekapan sebagai ahli yang aktif seperti isteri-isteri mengeluarkan, menjual, berurusan, dan kalau berjaya, ia dikongsi dalam proses menaikkan reputasi keluarga mereka.15 Bermula pada pertengahan dan akhir abad ke-19, golongan wanita Jerman pula mula berani saling bersaing dengan golongan lelaki kerana mereka terpaksa untuk membantu seberapa.
14

keluarga

dan

menyokong

pendapatan

suami

yang

tidak

Frank B. Tipton, A History Of Modern Germany Since 1815, London, Continuum The Tower Building, 2003, hlm: 17. 15 Ibid, hlm: 17.

Bagi golongan aristokrat wanita Jerman pada abad ke-19, mereka masih membiarkan kehidupan mereka terasing dan terpencil daripada dunia luar kerana dalam kehidupan mereka semuanya sudah disediakan seperti mempunyai diajar untuk tenaga pengajar persendirian, dilatih untuk mempunyai kemahiran dalam bidang sastera dan muzik dan kemungkinan dididik dan aktif dalam bidang pengurusan estet keluarga tetapi tidak pernah dilihat di khalayak ramai tanpa diiringi pengiring ataupun pengawal keselamatan kerana wanita aristokrat dianggap istimewa dan berstatus tinggi daripada masyarakat lain.16 Golongan atasan dan aristokrat wanita pada zaman tersebut dilindungi dan dijaga dengan begitu ketat kerana mereka merupakan golongan istimewa dan berbeza dalam semua aspek dengan wanita kelas pertengahan dan bawahan selain daripada mereka dihormati oleh masyarakat dan menjadi idola wanita pertengahan dan bawahan. Wanita Jerman boleh dilihat melalui gambaran yang dilakukan oleh mereka seperti menuntut hak kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat. Hal ini demikian kerana golongan wanita Jerman sangat berani dan aktif serta lantang dalam menyuarakan hak dan rasa tidak puas hati mereka dalam sesuatu perkara. Golongan wanita Jerman merasakan, mereka patut bergiat aktif dan diberi peluang dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan aktiviti-aktiviti kebajikan masyarakat dengan tepat dan jelas kerana kualiti kewanitaan mereka yang mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui sikap wanita yang lebih lembut berbanding lelaki.17 Dalam bidang kebajikan dan sosial, golongan wanita sangat sesuai dipertanggungjawabkan kerana sikap mereka yang lemah lembut dan mementingkan keadilan seperti dalam bidang pendidikan kanak-kanak yang akan membantu golongan yang tersebut untuk menimba ilmu, kesihatan
16 17

Ibid, hlm: 41. Ibid, hlm: 153.

bantuan kepada golongan miskin kerana layanan golongan wanita yang lebih lembut dan berhati-hati dalam setiap situasi. Keadaan tersebut akan membantu Negara Eopah untuk terus berkembang maju dan kemajuannya berjalan seiring antara semua golongan tanpa mengira lapisan masyarakat. Bagi Negara Britain, pada abad ke-19, majoriti golongan wanita bekerja sebagai orang gaji yang kebanyakannya tertumpu di pelbagai kawasan18 Negara Britain juga telah membenarkan golongan wanita bekerja di khalayak ramai dengan lebih meluas. Pekerjaan profesional yang pertama dibuka kepada golongan wanita adalah mengajar terutama apabila kebanyakan undang-undang negara Eropah mewajibkan pendidikan yang menyeluruh.19 Selain daripada itu, kebanyakan wanita golongan kelas pertengahan menjadi seorang jururawat sukarela ataupun sebagai pekerja kebajikan dan sosial dan mereka bekerja untuk mendapat sedikit bayaran dan gaji atau tidak dibayar langsung kerana secara rela untuk berkhidmat untuk masyarakat. Malahan terdapat juga beberapa organisasi wanita yang

memperjuangkan hak dan melawan kegiatan pelacuran, alkhohol dan gejala haram yang membabitkan buruh kanak-kanak.20 Namun begitu, terdapat juga golongan wanita yang masih menjadi mangsa penderaan dan keganasan dari segi penderaan seksual oleh majikan mereka dan anak majikan mereka. Keadaan tersebut berlaku kerana kebanyakan wanita kelas pertengahan bekerja sebagai hamba dan pembantu rumah kepada golongan atasan dan mereka tidak mendapat peluang dan ruang serta tidak mempunyai maklumat untuk membela diri mereka. Kekurangan pendidikan dan kesedaran yang tinggi terutamanya dalam golongan wanita golongan bawahan dan pertengahan telah dieksploitasikan oleh golongan bangsawan dan atasan yang mempunyai nama, pangkat dan kekayaan.
18

David Hey, The Oxford Guide To Family History, New York, Oxford University Press, 1993, hlm: 142. 19 Richard W. Bulliet, et. al, The Earth and Its Peoples- A Global History Volume II: Since 1500, Houghton Miffin Company, 2000, hlm: 153.
20

Di samping itu juga, Negara Britain telah menubuh dan membina beberapa organisasi yang bertujuan untuk membela kaum wanita daripada terus ditindas dan dianiayai oleh golongan lelaki, pihak majikan, masyarakat serta dasar kerajaan mereka. Terdapat dua organisasi yang lebih dikenali dan bergiat aktif dalam membela nasib golongan wanita adalah, The National Of Womens Suffrage (NUWSS) dan The Womens Social and poIitical Union (WSPU), yang merupakan pertubuhan yang sangat penting pada tahun sebelum 1914, kerana telah memperkenalkan perlembagaan dan melalui perjuangan yang sedikit radikal.21 Penubuhan organisasi-organisasi tersebut telah menjadi perintis kepada penubuhan dan penonjolan yang lebih aktif dalam kalangan golongan wanita serta membawa kepada perkembangan status golongan wanita . Malahan, nasib mereka. terdapat beberapa ialah pertubuhan tahun yang 1865, ditubuhkan Petisyen oleh

golongan wanita yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam membela Antaranya pada tentang kemarahan masyarakat wanita dilakukan, 1867, pertubuhan wanita untuk memiliki hak-hak dalam politik telah diperkenalkan dan pelbagai lagi yang ditubuhkan.22 Golongan wanita di Negara Britain dilihat lebih ke hadapan dan maju serta berani dalam memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan mereka. Namun, di negara Eropah bukan sahaja Negara Britain yang membuka ruang dan peluang kepada golongan wanita, tetapi Negara Jerman juga telah membuka laluan yang luas kepada golongan yang dahulunya dianggap tidak berkepentingan kepada masyarakat Eropah dan negara mereka. Sehinggalan wanita Jerman telah memainkan peranan yang sangat penting semasa revolusi 1848. Misalnya, pada bulan Ogos satu kongres pekerja di Berlin telah membuat satu tuntutan seperti insurans penggangguran,

21

Chris Cook, Britain In The Nineteenth Century 1815-1914, United Kingdom, Pearson Education Limited, 1999, hlm: 129. 22 Ibid, hlm: 130.

komperatif pengguna, perumahan bagi pekerja, persamaan lelaki-wanita dan pelajaran sekular yang percuma.23 Malah, di Jerman juga terdapat beberapa institusi pendidikan yang lebih menjurus dan berfokus kepada golongan wanita Jerman. Pada tahun 1850, Carl dan Johanna Kastner Froebel telah menubuhkan Akademi Hamburg khusus tentang seks untuk wanita dan merupakan institusi pertama dalam peringkat pendidikan tinggi untuk wanita serta ia juga menyediakan akademi kurikulum, latihan guru tadika dan memperbaiki dan memperbaharui bidang sosial.24 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan negara Eopah telah mula mengorak langkah untuk menyeimbangkan persamaan antara semua pihak. Walaupun kebanyakan perubahan dan perbaharuan yang berlaku di Negara Eropah bukan dipelopori dan dimulai oleh golongan pemerintah tetapi kebanyakannya dimulai oleh golongan pertengahan dan golongan wanita yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hak dan kebebasan mereka. Golongan wanita Eropah pada abad ke-19 telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat seperti dalam bidang pendidikan, pekerjaan, sosial, kebajikan dan sebagainya. Sekaligus telah menaikkan status golongan wanita yang selama ini dipandang hina dan hanya sebagai alat pemuas nafsu golongan lelaki sahaja. Pada abad ke-19 juga golongan wanita telah terlibat dalam bidang farmasi dan bukan sahaja hanya tertumpu kepada industi tekstil dan pembantu rumah. Masyarakat farmaseutikal telah ditubuhkan dan dibuka kepada golongan wanitadan menyediakan pelbagai kemudahan.25 Melalui penubuhan dan pembukaan bidang baru yang diceburi oleh golongan wanita, dapat dilihat bahawa golongan wanita semakin memainkan peranan
23

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm: 88. 24 Frank B. Tipton, A History Of Modern Germany Since 1815, London, Continuum The Tower Building, 2003, hlm: 105. 25 Dennis Sherman, Western Civilization, New York, McGraw Hill Companies, 2004, hlm: 185.

dalam pelbagai bidang dan mampu bekerja seiring dengan golongan lelaki pada zaman tersebut. Golongan wanita juga telah mula menceburkan diri dalam bidang politik negara dengan menjadi sosialis dalam kalangan masyarakat negara mereka. Pertengahan antara tahun 1850 sehingga 1914 kebanyakan pekerja wanita telah menyertai beberapa persatuan dan organisasi pekerja dan politik dan ia mendorong mereka untuk menyertai organisasi sosialis.26 Melalui perkembangan tersebut telah lahir satu tokoh sosialis wanita iaitu Anna Maier yang menyertai Demokrasi Sosialis pada tahun 1890-an di Austria.27 Keadaan tersebut jelas menunjukkan tentang kemajuan yang dicapai oleh golongan dalam pelbagai bidang dan walaupun dalam bidang yang sukar ditembusi seperti bidang politik. Selain Fawcett itu, di Negara yang Britain juga mempunyai tokoh yang Wanita

memperjuangkan hak dan kebebasan wanita antaranya ialah Millicent (1847-1929) mengetuai Persatuan Masyarakat Kebangsaan dan di parlimen beliau menyuarakan pandangan dan pendapat tentang wanita untuk dihormati dan tanggungjawab terhadap golongan wanita.28 Selain itu, Emmeline Pankhurst (1858-1928) yang mengetuai pergerakan yang lebih radikal dalam perjuangaan wanita British.29 Kedaaan tersebut jelas menunjukkan bahawa golongan wanita di Britain lebih ke hadapan dalam proses perubahan dan peningkatan status mereka Berbeza sedikit keadaan yang berlaku di Negara Jerman dan Perancis. Hal ini demikian kerana di Perancis iaitu Hubertine Auclert(1848-1914) memulakan kempen pada tahun 1880-an, beliau berdiri sendiri dan tidak mendapat sokongan daripada pihak lain sehinggalah pada tahun 1890, beberapa organisasi wanita dibentuk.30 Manakala di Jerman keadaan juga
26 27

Ibid, hlm: 187. Ibid, hlm: 187. 28 Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Heritage Sixth Edition, New Jersey, Prentice Hall, 1998, hlm: 855. 29 Ibid, hlm: 855. 30 Ibid, hlm: 856.

hampir sama malah lebih teruk berbanding Perancis kerana undang-undang Jerman yang melarang golongan wanita daripada terlibat dalam aktiviti politik sehinggalah pada tahun 1894, Organisasi Bersatu Wanita Jerman( BDFK) ditubuhkan.31 golongan wanita Eropah. Keadaan tersebut menonjolkan status sosial

PENUTUP
Pada abad ke-18 dan 19 di Eropah sebenarnya mempunyai banyak perbezaan dari segi status golongan wanita. Namun terdapat juga di sesetengah Negara Eropah yang lambat mempunyai kesedaran tentang sumbangan golongan wanita sehingga pertengahan dan akhir abad ke-19 barulah mempunyai kesedaran seperti yang berlaku di Negara Perancis dan Jerman. Bagi Negara Britain, mereka lebih awal dan dahulu dalam proses peningkatan status dan taraf sosial masyarakat wanita. Pada abad ke-18, golongan wanita lebih cenderung dan berpusat kepada hal ehwal rumahtangga dan tidak mendapat pendedahan tentang hak dan peluang serta ruang dalam memajukan diri mereka. Namun, bermula pada abad ke19, negara di Eropah telah mula memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita dalam proses penonjolan diri untuk menaikkan status sosial mereka dengan diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi, hak mengundi, menubuhkan organisasi dan persatuan dan pelbagai lagi langkah lain. Bermula rentetan daripada abad ke-19 yang menjadikan golongan wanita Eropah berkembang dan maju diteruskan sehingga ke hari ini. Keadaan tersebut dapat dilihat apabila terdapat golongan wanita yang memegang jawatan yang tinggi kerajaan dan terdapat juga beberapa aggota kabinet dalam kerajaan. Hal ini demikian kerana peluang dan ruang yang yang diberikan oleh golongan wanita pada abad ke-19 telah berkembang

31

Ibid, hlm: 857.

dan seiring dengan peredaran masa serta sumbangan golongan wanita semakin besar sehingga mampu menyaingi kuasa lelaki.