Anda di halaman 1dari 16

1.

Pengenalan Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah banyak mencipta alat atau kaedah

saintifik untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan. Pada zaman yang serba mencabar ini,pendidikan memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin kepada masyarakat yang berilmu dan berakhlak. Pendidikan merupakan usaha dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat mengembangkan potensi diri untuk memiliki kekuatan spritual keagamaan,keperibadian,kecerdasan,akhlak mulia serta ketrampilan yang diperlukan untuk diri dan masyarakat.Teknologi baru hari ini menawarkan peluang untuk memperbaharui kandungan pembelajaran dan kaedah pengajaran serta memperluaskan laluan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat memberikan alternatif dalam pemilihan media pengajaran dan pembelajaran masa kini.Atan Long ( 2005 ) berpendapat setiap mata pelajaran perlu disampaikan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu supaya pembelajaran murid-murid berlaku dengan berkesan dan mudah difahami. ABBM merupakan alat atau bahan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menentukan kejayaan dan dapat merangsang keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan gaya pembelajarn lebih menarik dan lebih baik.Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan alat bahan bantu mengajar yang kreatif,cantik dan menarik. Alat bahan bantu mengajar yang digunakan perlu diinovasikan yang membawa maksud memperkenalkan sesuatu yang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia ada dengan diberi wajah baru. Mok, S.S. (1991) pula, penggunaan ABBM membolehkan pendidik menyampaikan pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik dan lebih berkesan manakala pelajar pula dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna.Para pelajar juga dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran seterusnya dapat memberikan kesan yang baik terhadap proses P&P. Penggunaan ABBM bukan sahaja boleh meransang minda pelajar tapi juga memberi peluang kepada pelajar menggunakan alat-alat tersebut sebagai kemahiran dan pengalaman baru. Dalam penyampaian sesuatu isi pelajaran, penggunaan ABBM yang sesuai dan menarik adalah penting bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan P&P, menimbulkan rangsangan serta keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu yang menjadi motivasi kepada mereka untuk terus belajar.

1.1

Kepentingan ABBM Mok, S.S. (2008), menyatakan bahawa kepentingan ABBM terhadap sistem pengajaran

dan pembelajaran seperti berikut: i. ii.


iii.

Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat. Merangsangkan minat pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Memudahkan guru menyampaikan pengajarannya. Dengan adanya ABBM, guru tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan. Dengan penggunaan ABBM seperti model, guru tidak perlu lagi menulis maklumatmaklumat di papan hitam. Membolehkan pelajar menghubungkait diantara benda konkrit dengan fakta fakta yang abstrak. Membantu pelajar menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Membantu pelajar mengukuhkan ingatan. Pelajar biasanya boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak. Manakala menurut Kamaruddin (1986) dalam Zakaria, M. J (2005) pula, kepentingan

iv.

v.

vi.
vii.

ABBM adalah seperti berikut: i.


ii.

Memberi ransangan dan minat pelajar. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerakbalas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih kekal. Menyediakan pengalaman baru yang tidak dapat diperoleh dengan mudah oleh cara-cara lain dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih mendalam dan pelbagai. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

iii.

iv.

v.

1.2

Penggunaan ABBM Seseorang guru mestilah bijak menyesuaikan penggunaan ABBM dengan isi kandungan

yang akan diajar kepada pelajar.Atan Long ( 2001 ) menyatakan garis panduan dalam pemilihan ABBM. i. ii.
iii.

Rancangkan bagaimana ABBM itu dapat digabungkan penggunaanya dengan pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran murid-murid. Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh ABBM itu kepada pengajaran berkenaan berhubung dengan abjektif pengajaran yang hendak diajar Nilaikan sumbangan ABBM kepada pengajar melalui percubaan.Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian ini. Aturkan supaya ABBM itu dapat digunakan oleh murid-murid dengan sebaik-baiknya supaya tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaji maklumat daripada pelbagai sumber berkenaan dengan cara penggunaan sesuatu ABBM untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.

iv. v.

1.3

Penggunaan Multimedia Sebagai ABBM Multimedia ialah satu perkataan yang selalu kita dengar pada masa kini apabila

memperkatakan tentang penggunaan komputer dalam pendidikan. Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan cuma istilah multimedia tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkataan multimedia adalah berasal daripada dua perkataan iaitu multi dan medium. Multi bermaksud banyak atau pelbagai manakala medium pula bermaksud alat atau perantara komunikasi (Kamus dewan, 2005). Menurut Phelps (1995), multimedia adalah kombinasi teks, video, suara dan animasi dalam sebuah perisian komputer yang interaktif. Pendapat beliau disokong lagi oleh pendapat Schurman dan Hofstetter. Schurman (1995), mendefinasikan multimedia sebagai kombinasi grafik, animasi, teks, video dan bunyi dalam satu perisian yang direkabentuk yang mementingkan interaksi antara pengguna dan komputer. Manakala, Hofstetter (1995), pula mentakrifkan multimedia sebagai penggunaan komputer untuk memaparkan dan menggabungkan teks, grafik, audio dan video dengan hubungan dan alatan yang membenarkan pengguna belayar, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.

Daripada pernyataan ketiga-tiga pendapat tersebut dapatlah disimpulkan bahawa unsurunsur dalam multimedia terdiri daripada video, audio, grafik, teks dan animasi untuk tujuan mewujudkan suasana yang interaktif. Pendapat lain berkenaan multimedia ialah, menurut Collin, S. (1995), multimedia merupakan sebuah persembahan, permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang berlainan. Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video, rakaman suara, imej, animasi dan teks serta pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti perakam video, pemaincakera video, pemacu CDROM, synthesizer dan juga kamera video. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi, video dan imej, ianya disebut sebagai multimedia, tetapi apabila program itu membolehkan pengguna mengendalikan pergerakan perisian dengan membuat pilihan yang berbeza-beza, maka ianya dIsebut sebagai multimedia interaktif.Berdasarkan definisi yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa multimedia ialah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi komputer yang direkabentuk khusus dengan menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama keupayaan interaktif sesebuah komputer. 1.2 Kelebihan Penggunaan Multimedia sebagai ABBM Menurut Ahmad, N.A. (2004), penggunaan multimedia dapat mengatasi kelemahan yang ada pada proses pengajaran yang dilaksanakan secara tradisi. Antara kelebihan penggunaan multimedia sebagai ABBM terhadap proses pengajaran dan pembelajaran: i) Komunikasi maklumat yang efektif. ii) Format yang interaktif dan meransang. iii) Pengekalan informasi yang berkesan. iv) Memudahkan dan mempercapatkan proses pengajaran dan pembelajaran. v) Membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan sendiri. vi) Meningkatkan minat dan motivasi pelajar. 1.3 Model ASSURE Model reka bentuk pengajaran yang dipilih adalah model Assure.Model tersebut merupakan satu rujukan kepada guru di mana guruboleh merancang secara sistematik supaya alat dab bentuk mengajar yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajara dan

pembelajatan.Kami memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu : A - analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan objektif), S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber), U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian). 1.3.1 A - analyze learners (menganalisis pelajar) Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciri-ciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan. Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada muridmurid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina

pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab. Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan. 1.3.2 S - state objectives (menyatakan objektif) Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Sebagai contoh : i. Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut? ii. Apa objektif yang hendak dicapai? iii. Bagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. 1.3.3 S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber) Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai

atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.3.4 U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkah - langkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.3.5 R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) Bagi langkah kelima iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran, sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri, video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar. Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian, perbincangan serta komen. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat pelajar. 1.3.6 E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian) Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar

penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti : i. Adakah objektif akan tercapai? ii. Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? iii. Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? iv. Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif? Kebaikan Menggunakan Model ASSURE Terdapat beberapa kebaikan dalam menggunakan Model ASSURE ini iaitu: 1. Proses pengajaran menjadi lebih berkesan kerana pengajaran yang bersistematik. 2. Model ASSURE bukan hanya berpusatkan guru tetapi ia juga berpusatkan kepada pelajar. 3. Guru lebih mahir dalam menggunakan alat berteknologi seperti komputer dan sebagainya.
4. Hubungan di antara guru dan pelajar akan menjadi erat kerana model ASSURE ini

menitikberatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. 5. Penggunaan model ini akan menggalakkan para guru sentiasa menggunakan alat bantu bahan mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PnP). 6. Memastikan bahan media yang digunakan adalah sesuai dengan peringkat umur dan persekitaran pelajar. 7. Aplikasi dalam model ini dalam pembelajaran mempunyai objektif yang jelas. 8. Pelajar juga akan tertarik dengan pengajaran guru.
9. Pembelajaran akan lebih berkesan dengan adanya bahan media yang sesuai semasa

pengajaran guru. Kelemahan Menggunakan Model ASSURE Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan Model ASSURE ini iaitu:
1. Penyediaan bahan media dalam Reka Bentuk Pengajaran tidak bersesuaian dengan

analisis pelajaran. 2. Kemudahan alatan teknologi yang kurang dan tidak lengkap. 3. Guru kurang mahir menggunakan apa jua alatan teknologi semasa maka pengajaran akan menjadi kurang berkesan dan mencapai objektif pengajaran pembelajaran.

4. Guru kurang kreatif dalam menyediakan reka bentuk pengajaran yang bersesuaian

dengan analisis pelajaran. 5. Guru kekurangan masa mengajar model ASSURE kerana model ini memerlukan penglibatan pelajar seperti mengadakan perbincangan, soal jawab, kuiz, latih tubi dan sebagainya selepas pengajaran. 6. Guru terpaksa mengeluarkan banyak tenaga dan usaha untuk menyediakan, meneliti dan menyemak semulabahan pengajaran sebelum menggunakannya.

Menghuraikan enam langkah model ASSURE untuk membina pakej pembelajaran bagi satu sub topik pelajaran : Mata Pelajaran: Sejarah Tunjang : Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa Tajuk : Konflik Antarabangsa Menganalisis Pelajar Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi tajuk ini ialah jantina, taraf sosio ekonomi dan petempatan / daerah / kawasan. Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Konflik Antarabangsa boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya diadakan sesi soal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai tajuk Konflik Antarabangsa bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru menanya dan berbincang dengan murid mengenai perang dunia pertama atau perang dunia kedua. Seandainya ujian pra bertulis diadakan, guru bolehlah memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid. Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu subjek pembelajaran dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan konsep subjek pembelajaran yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya slide pembelajaran yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya berdasarkan temubual dari guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, guru tersebut mengajar subjek untuk pelajar dari kelas yang bawah dimana pelajarnya agak lemah dalam pelajaran dan lemah dalam subejk peperangan sejarah dunia, jadi penyediaan bahan yangtepat adalah penting bagi menarik minat pelajar selain memudahkan kerja guru dalam menyampaikan maklumat. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk peperangan.

Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan slide yang baik dan benarbenar sesuai dengan latar belakang pelajar. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, slide pembelajaran tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah. Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran pelajar tentang tajuk Konflik Antarabangsa melalui penggunaan media bercetak seperti poster yang menunjukkan kesan peperangan . Melalui penggunaan poster tersebut, murid-murid akan dapat menanggap, berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi apabila melihat poster tersebut. Contohnya, dapat dilihat murid-murid akan menanggap bahawa kesan daripada peperangan sesama sendiri adalah merugikan bangsa dan masyarakat. Mereka juga akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka mengenai poster tersebut selain menunjukkan reaksi muka dan emosi yang takut akibat melihat kesan-kesan yang terjadi dari peperangan dunia pertama dan dunia kedua kepada ekologi dan kehidupan manusia.

Menyatakan Objektif Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Konflik Antarabangsa, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan objektif afektif. Contoh bagi objektif kognitif, murid-murid dapat menghuraikan asas-asas penggubalan dasar luar malaysia,menghuraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau,merasionalkan perubahan dasar luar Malaysia daripada proBarat kepada berkecuali. Contoh bagi objektif afektif ialah murid-murid dapat menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri mereka.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber Bagi tajuk Konflik Antarabangsa, contoh kaedah yang dapat dijalankan adalah kaedah penerangan. Kaedah penerangan adalah Amalan biasa bagi menerangkan idea-idea, faktor-faktor dan peristiwa penting.Ianya adalah untuk menjelaskan keadaan sesuatu masalah dan disertai dengan alat bantu mengajar yang lain seperti menggunakan media, papan putih, ohp dll. Jenis Penerangan terbahagi kepada dua bahagian iaitu : 1. Interpretatif Memberi fokus dan penekanan dari segi maksud, pernyataan atau isu-isu Cth. Alasan alasan yang digunakan oleh Adolf Hitler untuk menduduki Jerman pada tahun 1930-an 2. Deskriptif Menjelaskan proses-proses struktur atau prosedur-prosedur. Cth. Bincangkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Perang Dunia Pertama

Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Konflik Antarabangsa adalah seperti video mengenai kisah perang dunia pertama ataupun perang dunia kedua. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebih memahami dan nampak dengan jelas pelbagai aspek Perang Dunia.Alat bahan dan bantu mengajar yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Konflik Antarabangsa ini adalah komputer dan OHP kerana komputer berfungsi sebagai pemudahcara bagi guru dan pelajar. Dari sudut pendidikan, teknologi berkomputer ini dikatakan mempunyai empat fungsi utama iaitu tutor, alat pencarian maklumat, alat berkomunikasi dan juga dijadikan sebagai alat bahan bantu mengajar. Komputer diklasifikasikan sebagai tutor kepada pelajar apabila sistem ini menyalurkan informasi, demonstrasi secara realiti atau dalam bentuk simulasi. Sistem tutorial ini melibatkan penerangan secara terus dan dikawal sendiri penggunaan sistem oleh pelajar tersebut. Sebagai contoh terbaik pembelajaran yang menggunakan sistem komputer adalah perisian pendidikan.

Menggunakan Media dan Bahan

Bagi pengajaran tajuk Konflik Antarabangsa, guru perlulah mengkaji alat bahan bantu mengajar iaitu komputer riba dan OHP sama ada masih berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum digunakan. Selepas itu, guru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang penggunaan model-model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalam seisi penerangan. Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun model tersebut agar mudah dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaan model-model tersebut perlulah secara optimum dalam sesi penerangan. Memerlukan Penglibatan Pelajar .Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk Konflik Antarabangsa ini adalah didalam seisi soal jawab di mana pelajar akan menglibatkan diri dalam proses soal jawab. Selain itu, boleh diadakan sesi pemerhatian video berkenaan serta sesi perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat murid-murid berasa bosan. Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah yang bertajuk Konflik Antarabangsa, guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Sesi refelsi ini juga dapat membantu guru menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya. Pengajaran yang berkesan tercapai apabila objektif pengajaran tercapai tetapi objektif pengajaran hendaklah sesuai dengan tahap intektual pelajar. REFLEKSI Daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan

mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru disekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu. Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan. Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya di dalam kelas. Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Diharapkan agar apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya dapat mempraktikkan penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah. Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas.

Berdasarkan temubual Cikgu Saliza selaku guru subjek sejarah Tingkatan 4 & 5, SMK Sri Gading, Batu Pahat,Johor,beliau mengatakan pelajar-pelajar di bawah pengajaran beliau, sukar memahami dan kurang berminat untuk mempelajari tajuk Konflik Antarabangsa yang merangkumi sub topik-subtopik yang lain iaitu Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Kemunculan Blok Dunia dan juga Perang Dingin. Menurut beliau lagi,pelajar-pelajar tesebut lebih senang memahami tajuk tersebut dengan menggunakan ayat-ayat penerangan yang ringkas dan tidak berjela-jela dan menukarkan ayat-ayat penerangan yang penjang lebar tersebut kepada kaedah peta minda di mana ianya lebih ringkas dan hanya menerangkan isi-isi penting sahaja. Mereka juga gemar melihat visual daripada membaca dan menghafal teori. Maka, daripada temubual tersebut ,kami telah menukarkan ayay-ayat yang panjang lebar ayatnya kepada kaedah yang lebih ringkas dan senang difahami iaitu peta minda dan menggunakan video. Peranan Guru Penerangan mempunyai struktur yang jelas dan menarik Keberkesanan bergantung kepada minat dan kesungguhan guru Melibatkan aspek peribadi guru seperti :

Corak dan gaya muka Suara, pergerakan tangan Kekakuan dan nada suara.