Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara bermain kompang

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu pak dan bunyi bung. Pukulan pak mestilah lebih berat daripada bunyi bung. Bunyi pak dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul. Bunyi bung dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.

Anda mungkin juga menyukai