Anda di halaman 1dari 4

Penyiasatan tapak

Disediakan oleh: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob Program Geologi UKM

Penyiasatan tapak
Kajian ke atas tapak boleh dilakukan dengan membuat kajian awal desk study terlebih dahulu dan menghasilkan peta dasar base map. Segala maklumat dipindahkan ke atas peta dasar dan ini dibuat berpandukan kepada sumber seperti: peta geologi peta topografi (beberapa tahun tertentu) peta udara (beberapa tahun tertentu) plan kawasan tapak report yang terdapat utk projek berdekatan ahli jurutera perlulah membuat pekerjaan mereka dgn cara bersistem dan mengenalpasti jenis litologi, struktur, keadaan permukaan, keadaan air bawah tanah, dan potensi bahaya di kawasan kajian; menggunakan bahan di atas setelah itu kerja lapangan @ walk over survey dilakukan; iaitu untuk menentukan kesahihan kajian awal; dan membetulkan peta dasar selepas itu kajian lanjut dilakukan untuk melihat permukaan dalam bumi menggunakan teknik: Geofizik Pengerudian ahli geologi kejuruteraan akan mencadangkan tempat-tempat yang sesuai utk dibuat survey geofizik dan pengerudian; terutama di kawasan Drwzwy2004 yang kritikal

Konsep asas geologi dan dan kaitan dengan kejuruteraan awam


Sekitaran Geologi
bumi adalah merupakan planet yang aktif yang sentiasa bergerak proses geologi adalah proses yang berlaku berterusan untuk mengubah permukaan bumi, memusnahkan batuan yang tua, membentuk batuan baru, dan menambahkan kerencaman permukaan tanah (ground condition) kitaran geologi: merangkumi kesemua proses yang besar yang bergerak dalam kitaran. Proses ini berlaku di bahagian permukaan; lautan; dan bawah tanah
permukaan -- tempat untuk proses luluhawa berlaku dan juga kemusnahan batuan lautan -- pemendapan dan pembentukan sedimen baru bawah lautan -- pembentukan batuan baru dan perubahan bentuk

pergerakan bumi ; adalah penting bagi kitaran geologi. Tanpa pergerakan, bumi akan dihakis jauh kedalam. Tektonik keping (Plate tektonik) adalah mekanisma pergerakan keping bumi. masa geologi : konsep masa adalah penting dalam geologi. Usia bumi adalah 4000 juta tahun; dan telah mengalami proses perubahan yang berterusan batuan; batuan yang dijumpai berusia 10-500 juta tahun. Batuan ini telah mengalami perubahan tempat dan pembentukan semula dengan masa, ada yang terdedah ke permukaan oleh hakisan berterusan. Drwzwy2004 Bentuk permukaan bumi; telah mengalami hakisan membentuk permukaan baru.

Konsep skala (scale) dalam geologi adalah penting:


eg. Batuan terangkat beribu-ribu meter oleh pergerakan bumi tanah runtuh dengan 100 milion ton jatuhan batuan gempa bumi adalah sejuta kali lebih kuat dari bom atom etc

kesan terhadap kejuruteraan


kerja kejuruteraan kesemuanya dilakukan di dalam atau permukaan bumi. Dengan itu sifat-sifat dan proses-proses bahan bumi adalah penting -- termasuk kekuatan batuan dan tanah, proses hakisan dan geologi yang sentiasa berubah-ubah permukaan bumi tak stabil (unstable ground) ; ianya wujud dan menghasilkan masalah kepada geologi kejuruteraan/tapak binaan (foundations) Penyiasatan tapak: peringkat di mana kebanyakan ahli jurutera awam menemui masalah geologi. Ini melibatkan penaksiran dan keadaan tanah, pemikiran secara 3-D, mengenal kawasan yang sukar (difficult ground) atau berpontensi sebagai geo-bencana (geohazards) keadaan bumi susah nampak (unforseen ground conditions): masalah geologi boleh dan senang dikenali tetapi terdapat juga yang sukar untuk dicerap/dikesan kerana kekurangan penyiasatan tapak rekabentuk kejuruteraan ; boleh memenuhi segala macam keadaan bumi yang telah dinilai dan difahami dengan jelas
Drwzwy2004