Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan.

Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina. Pemikiran positif menjadikan kita aktif dan proaktif. Sesuatu maklumat yang kita terima berkemungkinan boleh mendatangkan manfaat dan juga mudarat. Dengan sikap positif yang ada kepada kita menjadikan kita suka mengambil tahu, membuat penyelidikan dan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak. Pemikiran positif bukan bermaksud kita menerima semua maklumat atau membuat pelbagai andaian untuk mempositifkan sesuatu keadaan yang nampak negatif tanpa terlebih dahulu membuat penyelidikan dan analisa. Kita sering kali boleh ditipu jika semata-mata bersikap baik sangka tanpa menggunakan pemikiran yang analistik dan kritis. Pemikiran positif membuatkan seseorang itu lebih tabah dan sanggup berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Pemikiran negatif melemahkan semangat seseorang dan menghilangkan harapan, menjadikan seseorang tertekan dan terpesong dari apa yang telah dirancang, Ia dinilai dari hasil apa yang difikirkan, impian dan perancangan. ia dinilai dari apa yang anda capai. Sebenarnya pemikiran positif dan sikap positif tidak dapat menjamin pencapaian dan kejayaan. Pemikiran positif dan sikap positif seharusnya digabungkan dengan usaha, perasaan positif, tindakan positif, dan semua in akan meningkatkan kemungkinan untuk berjaya. Kehidupan sememangnya sukar dan sentiasa menghadapi suka dan duka. Semua orang menghadapi situasi yang sama. Tetapi cara pemikiran yang menentukan sama ada kita dapat menguasai kehidupan. Dr. Peter Koestenbaum berkata, Apabila seseorang dalam kesedihan, saya tidak menasihatinya dengan, lupakan saja, masa akan mengubati - ini adalah nasihat yang menafikan integriti pengalaman pahit itu. Saya akan menasihati dengan memberitahu, Fikir sedalam-dalamnya. Ingatkannya sebagai satu sumber penting untuk pengetahuan dan panduan dalam hidup. Dengan begini anda akan berani menghadapi dengan tabah. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk menanganinya secara positif. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk menanganinya secara positif. Kita kemungkinan menghadapi masalah kewangan, emosi, dan kita kemungkinan kehilangan kerja atau orang yang disayangi. Walau bagaimanapun, tiada masalah yang akan kekal lama. Tambahan pula, semua perkara bermula dari yang kecil dan berkembang sehingga pesat. Masalah tidak akan berkembang menjadi besar jika kita
1

menanganinya. Sekiranya kita sentiasa berfikiran positif dan berurusan secara positif, ia akan membantu kita mempunyai kehidupan yang lebih baik, gembira, dan mempunyai produktiviti tinggi. Pemikiran positif dan sikap positif boleh diajar dan ia mesti dipelajari untuk menjadi yang lebih baik bagi menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Seseorang akan mula mempunyai pandangan yang berlainan dan pencapaian prestasi yang lebih baik sekiranya berfikir dengan positif. Ini sememangnya benar seperti yang dikatakan oleh Dr. Wayne Dyer, Apabila kita mengubah cara pandangan kita terhadap seseuatu perkara, perkara akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan atau ditangani.

Shiv Khera, seorang penceramah motivasi menyatakan Mohammad Ali sebagai teladan. Mohammad Ali, ahli tinju Amerika yang memenangi 3 kali World Heavyweight Champion adalah seorang yang sentiasa berfikir secara positif. Setiap kali sebelum dia memasuki arena pertandingan, dia akan berkali-kali melaung-laungkan Saya yang paling hebat! Saya adalah juara! Dia tidak menjadi juara hanya dengan melaung-laungkan katakata semangat. Dia menjadi juara kerana latihan yang berpanjangan serta keyakinan diri beliau yang tinggi. Fikirlah secara positif, fokus pada apa yang anda ingini, rancangkan hidup anda, tumpukan semua usaha ke atas pretasi tanggungjawab anda; nescaya anda akan mendapat pulangan hasil yang lumayan dalam hidup anda.

OBJEKTIF PEMIKIRAN POSITIF DALAM PENETAPAN MATLAMAT.

Melalui pemikiran positif , seseorang atlet dapat melawan tanggapan negatif yang sering muncul apabila atlet mula hilang keyakinan diri. Contohnya , atlet menyalahkan diri sendiri atas kesilapan dan kekalahannya, mula meragui keupayaan diri , dan mula menjangkakan kekalahan. Dalam situasi ini, atlet yang menetapkan matlamatnya sendiri akan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding atlet yang matlamatnya diterapkan oleh orang lain (jurulatih). Hal ini menunjukkan bahawa pencapaian dapat ditingkatkan sekiranya individu tersebut mengehendakinya. Berikut merupakan beberapa objektif pemikiran positif yang membantu pencapaian matlamat seseorang atlet.

Membentuk Imej kendiri Yang Positif. Persepsi seorang atlet terhadap dirinya mempunyai pengaruh yang amat besar dalam pembentukan pemikiran positif. Dalam konteks ini, atlet akan berupaya membina personaliti
2

dan imej yang ingin ditunjukkan. Dari sini, prestasi atlet itu akan membawa kepada kejayaan penetapan matlamat di atas kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh atlet tersebut. Ini kerana atlet tersebut akan bermain bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan mempamerkan kebolehan prestasi sebenar bagi membentuk imej kendiri, serta mendapat kepuasan dalam hidupnya jika kejayaan yang dicapai adalah daripada sikap positif yang ada pada diri atlet tersebut.

Membentuk Sikap Positif Sering kali kita bersikap mengikut kemahiran dan corak pemikiran yang kurang sihat. Sikap prejudis terhadap kejayaan orang lain sering menguasai minda atlet. Melalui pemikiran positif, atlet berupaya membentuk sikap positif dengan melihat bahawa kejayaan yang diraih merupakan hasil usaha dan ketekunan yang ditunjukkan oleh atlet itu sendiri. Oleh itu, kejayaan berpunca daripada keyakinan diri dan tercapainya matlamat asal yang diingini.

Mempunyai Jangkaan Positif. Jangkaan positif akan memberikan keyakinan kepada atlet untuk memberikan prestasi terbaik. Psikologi dan mental berupaya dimantapkan kerana keyakinan diri dibina melalui jangkaan yang positif. Contohnya, jangkaan kemenangan kepada sukan atau perlawanan yang dipertandingkan. Oleh itu, atlet sudah pasti berjaya. Namun atlet, akan mempamerkan prestasi kemahirannya yang sebenar dengan cara terbaik semasa pertandingan sebenar dan jangkaan itu menepati sasaran. Oleh itu, kejayaan yang dicapai melalui jangkaan positif akan membantu atlet itu meneruskan prestasi yang ada.

Meningkatkan Motivasi. Seseorang yang memperoleh motivasi bererti seseorang itu memperoleh kekuatan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Dengan adanya motivasi, atlet akan berkeyakinan dalam menghadapi apa jua situasi sana ada situasi sukar atau senang. Selain itu, motivasi merupakan salah satu faktor penting untuk atlet mencapai matlamat yang ditetapkan di mana melalui motivasi atlet akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menempuh sesi pertandingan yang sebenar dan mempunyai semangat yang kental untuk berlawan. Dengan itu, atlet akan sentiasa bersedia dalam perlawanan.

KONSEP

Dalam sukan, pemikiran positif adalah relevan dengan perubahan dan tingkah laku. Rangsangan kepada tingkah laku perlulah bersifat kognitif. Oleh itu, pemikiran positif bertindak sebagai penggerak ke arah matlamat yang ditentukan di samping usaha dan aksi yang baik.Apa juga bentuk atau cara pemikiran yang boleh membawa faedah dan menyumbang kepada kebaikan diri boleh dipraktikkan untuk motivasi diri. Tingkatkan kualiti pemikiran yang baik membantu seseorang menyelesaikan masalah, membuat memikirkan hari esok, lihatlah sesuatu perkara itu dengan rasional, kritis, terbuka berpandangan luas dan jujur. Pemikiran yang positif tidak akan terhasil jika seseorang itu tidak menetapkan matlamat yang realistik, dengan ini seseorang itu boleh mengawal persembahan, pendekatan dan kaedah bagi mencapai matlamat untuk mengekalkan motivasi.

PERBINCANGAN TEORI

Weinberg dan Gould, 1999 menyatakan seseorang perlu menitikberatkan pemikiran dengan berkesan. Pemikiran negatif dan yang mengganggu dan meletakkannya di tempat yang selamat serta tidak menunggu sahaja sehingga selesai perlakuan . Peletakan pemikiran dilaksanakan dalam bentuk arahan (SELF TALK) atau secara visualisasi. Teknik ini sangat efektif kepada atlet yang membawa isu-isu luaran ke dalam pertandingan. Atlet diminta menuliskan senarai bentuk gangguan ke atas kertas dan meletakkannya ke suatu tempat.

Menurut Bell (1980), kadangkala atlet perlu mempunyai set matlamat negatif tetapi penentuan matlamat seseorang atlet haruslah bermula dengan pemikiran yang positif. Matlamat yang bersifat positif boleh membantu atlet menuju ke arah kejayaan bagi menangani sesuatu kekalahan atau kegagalan sebelum ini. Dengan ini, setiap matlamat haruslah bersifat positif tetapi tidak bermakna matlamat negatif tidak diperlukan. Kedua-dua aspek ini adalah penting untuk meningkatkan prestasi atlet walaupun dalam keadaan yang berbeza.

Memang menjadi perkara biasa bagi individu-individu yang mengalami tekanan dan kebimbangan akan melihat persekitaran mereka secara negatif (Burns, 1980). Bagi

mengatasinya , suatu proses self-talk iaitu pesanan-pesanan positif yang senyap yang kita berikan pada diri sendiri merupakan satu usaha yang boleh membantu pemulihan. Walau bagaimanapun, terdapat juga atlet yang akan membuat ungkapan-ungkapan negatif yang boleh melambatkan proses pemulihan. Kesan-kesan negatif bercakap dengan diri sendiri boleh di atasi dengan menggunakan kaedah terapi emosi rasional oleh Walen , DiGuiseppe , dan Wassler 1992.

Pemikiran yang positif ini merupakan suatu proses yang mana anda boleh dan akan mencapai matlamat yang diingini. Berfikiran serta brecakap sendiri perlu sebagai arahan dan motivasi berbanding membuat keputusan. Bercakap sendiri yang positif bukan sahaja boleh membantu dalam persembahan yang spasefik tapi juga boleh mengekalkan motivasi dan kekuatan yang tinggi. Pengalaman menyempurnakan sesuatu tugasan dengan jayanya akanmengukuhkan dan menberi keyakinan.

KAJIAN LAMPAU

Schmidt (1988), telah mentafsirkan kosentrasi berkait rapat dengan keyakinan dimana kesedaran individu menentukan pemikiran positif pilihan-pilihan dalam perlakuannya.

Garfield dan Bannet (1984) telah mengkaji komponen-komponen yang terlibat dalam pencapaian tertinggi dalam sukan serta mendapati terdapat lapan kebolehan fizikal dan mental yang boleh dikaitkan dengan pencapaian atlet elit ini. Daripada lapan komponen ini, tiga komponen ini dikaitkan dengan kosentrasi yang tinggi, iaitu kebolehan diserap dalam situasi sekarang tanpa menghiraukan masa lampau atau masa depan, keadaan fikiran yang releks dan positif dalam darjah kosentrasi yang tinggi dan terkawal, dan dalam kepekaan luar biasa mengenai diri sendiri dan keadaan luar.

Dalam kajian Vealeyet al., (1998) mendapati terdapat simbilan sumber keyakinan diri yang dapat emningkatkan persembahan para atlet iaitu kejayaan persembahan yang baik, peningkatan dan mencapai matlamat individu, demonstrasi kebolehan yang lebih aktif berbanding dengan pihak lawan, mendapat maklumbalas positif daripada keluarga dan orang persekitaran, bersedia dari degi fizikal dan mental, percaya dan yakin dengan keputusan dan

kebolehan jurulatih, keselesaan persekitaran, kehendak situasi dan persembahan sendiri iaitu prsepsi atlet terhadap kebolehan mereka.

Bouchard, Shephard, Stephens, Sutton dan Mcpherson, 1990. Kebolehan amat penting untuk para atlet. Mereka perlu yakin dengan kebolehan diri mereka sendiri agar dapat menguasai segala kemahiran yang tertentu. Kebolehan menguasai fizikal dan mental juga amat penting untuk mencapai prestasi atlet yang sebenar. Apabila seseorang atlet kurang berkeyakinan, fikiran akan mula memikirkan sesuatu yang negative. Hal ini menjadikan sesuatu keadaan yang dipanggil selffulfilling prophecy yang bermakna percaya akan

berlakudan menyebabkan perkara tersebut terjadi.

PEMBENTUKAN MENTALITI POSITIF Mentaliti positif boleh dibentuk dengan pelbagai cara dan yang paling utama ialah dengan mempelajarinya.terdapat beberapa cara pembentukan diri itu untuk pembentukan mentaliti positif yang boleh digunakan bagi motivasi diri. Antara cara-caranya adalah seperti berikut : 1. Terima diri sendiri seadanya, suka diri sendiri, sayangi diri sendiri dan seterusnya hormatilah diri sendiri 2. Jangan sentiasa menyalahkan keadaan atau orang lain. Namun, jangan juga kita menyalahkan diri sendiri setiap masa. Ada kalanya, tidak ada siapa yang boleh dipersalahkan di atas sesuatu perkara yang berlaku. 3. Terima setiap tanggungjawab atau tugas dengan hati yang terbuka . Anggaplah setiap apa yang perlu dilaksanakan sebagai sesuatu yang berfaedah dan memberi kebaikan kepada diri sendiri. 4. Melihat krisis sebagai peluang, masalah sebagai normal, pengalaman lampau sebagai pengajaran, dan masa depan sebagai sesuatu yang bergantung pada hari ini. 5. Hargai dan sayangi apa yang dimiliki seperti peluang untuk peningkatan diri, kawankawan, keluarga, agama, bangsa dan negara. 6. Selalu fikirkan cara-cara untuk membina diri sendiri dari pelbagai sudut terutamanya dari segi rohani dan jasmani. 7. Penglibatan dalam apa jua bidang yang baik akan memberi faedah untuk peningkatan diri. 8. Jangan selalu menghakimi dan mengkritik diri sendiri atau orang lain. Jika sedemikian, seseorang itu secara tidak langsung menunjukkan keraguan dan prejudis terhadap diri sendiri dan ini juga menunjukkan kelemahan diri.
6

Jangan biarkan pemikiran negatif ini membelenggu hidup seterusnya menghadapi tekanan yang tidak sepatutnya dihadapi. Jika seseorang sering memikirkan perkara negatif berlaku pada dirinya, maka besar kemungkinan ia akan berlaku. Olah itu, dengan pandangan dan pemikiran optimis seseorang bolah memulakan langkah positif ke arah kehidupan yang lebih baik. you live with you thoughts- so be careful what they are - Eva Arrington

PEMIKIRAN POSITIF MEMBAWA PERUBAHAN.

Kesihatan mental juga bergantung pada ketenangan dalaman dan kebahagiaan berdasarkan pemikiran positif. Jangan terlalu terikat dengan gaya pemikiran biasa. Pemikiran positif perlu disertai dengan elemen kreativiti serta fikirkanlah sesuatu di luar kebiasaan untuk tujuan kebaikan. Perubahan dalam pemikiran membawa kepada perubahan hidup dari segi perubahan jangkaan dalam hidup, sikap , tingkah laku prestasi serta pencapaian dan kehidupan yang lebih realistik. Sekiranya pemikiran seseorang itu positif, optimistik, dan kreatif, aspek fizikal

seperti anggota tubuh badan akan bertindak balas secara positif dengan kesihatan diri dan keseimbangan emosi. Pemikiran positif akan menghasilkan minda yang harmoni dan tenang agar seseorang bolah mengadaptasi serta mengambil pengajaran dalam setiap keadaan untuk kebaikan diri. Gaya pemikiran seseorang membantu membina pencapaiannya. Berfikir berdasarkan perspektif yang betul. Gaya pemikiran seseorang itu juga perlu disesuaikan dengan keadaan dan perkara pokok yang dipertimbangkan. Pemikiran positif membolehkan seseorang itu mengendalikan hidup dengan lebih produktif, menyesuaikan diri dengan sebaran keadaan, mengatasi masalah, menangani sebarang kesukaran, mencapai

keseimbangan dan membina pertahanan diri secara mental dan fizikal. Pemikiran positif adalah salah satu cara membantu diri sendiri untuk penambahbaikan dan mencapai sesuatu.

PEOGRAM LATIHAN Perkara utama yang perlu dilakukan dalam pemikiran positif ialah dengan menggunakan perkataan, ayat dan frasa membina yang disenangi dan menggembirakan. Pada masa yang sama, kurangkan dan buangkan frasa-frasa negatif yang sering diungkapkan dalam diri. Ini bukan sahaja membina pemikiran positif tetapi turut memberi suatu nilai tambah untuk peningkatan prestasi diri. Keadah pengukuhan yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut: BIL Frasa negatif yang perlu dibuang Saya pernah gagal dan saya tidak mahu 1 mencuba lagi kerana mungkin saya akan gagal. Frasa positif yang membina Dulu saya gagal mungkin disebabkan kesalahan atau kelemahan saya sendiri. Saya akan terus mencuba sehingga saya mendapat apa yang saya mahu. Tidak dinafikan bahawa persaingan

Persaingan dalam hidup dan persekitaran memang hebat tetapi setiap orang ada 2 sangat hebat, mengharunginya Bagaimana saya harus kelebihan yang tersendiri. Gunakan

kelebihan yang ada agar terus berdaya saing. Walaupun saya sudah tua, saya masih

Saya sudah tua untuk melakukan yang mahu mencuba dan segala pengalaman baru dan mencabar serta pendedahan akan digunakan sebagai suatu kelebihan Saya terlalu muda dan terlalu mentah Dalam usia muda ini, saya mesti

untuk melakukan atau memulakan sesuatu mencuba dan tidak perlu menunggu usia dalam hidup. yang lebih lanjut yang sangat tidak pasti. Jangka masa tidaklah terlalu panjang jika

Jangka masa itu terlalu lama untuk saya dibandingkan hasil dan faedah jangka meningkatkan pencapaian saya. panjang yang bakal saya peroleh dengan pengorbanan ini

PEMIKIRAN POSITIF YANG BERKESAN Pemikiran positif tidak lahir begitu sahaja dalam diri seseorang tanpa pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenainya. Bagi membentuk diri berfikir secara positif, seseorang itu hendaklah mempunyai beberapa perkara seperti berikut : Kemahuan Ini adalah asas untuk menukarkan cara pemikiran seseorang Ada kemahuan mengamalkannya dan mengekalkannya Seseorang itu perlu ada semangat inisiatif yang tinggi untuk melakukan sesuatu. Ubah nilai-nilai hidup yang negatif atau yang kurang baik. tindakan Selalu berinisiatif dalam memulakan dan melakukan sesuatu Bukan sekadar memikirkannya tetapi melakukannya atau mempraktikkannya Bertindak dengan segra. bertenaga Selalu melakukan sesuatu perkara Buat sesuatu aktiviti baru dan yang memberi faedah Bekerja dalam kumpulan boleh menjana idea baru Ketahanan Tidak cepat putus asa Sentiasa ada matlamat untuk berjaya Kekuatan mental adalah penting untuk kekal menjadi positif Jangan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang boleh menggugat keutuhan prinsip hidup Tanggung-jawab Hidup ini adalah tanggungjawab sendiri Sentiasa ingat, diri sendiri juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, organisasi, masyarakat, agama, bangsa dan negara Lakukan sesuatu itu kerana tanggungjawab, selain daripada sebagai suatu ibadah dan seronok melakukannya. Kemampuan Menangani Masalah Hidup ini adalah tanggungjawab sendiri, hidup mesti diteruskan. Masalah tetap ada. Jangan lari dari masalah tetapi fikirkan jalan

penyelesaiannya. Belajar membuat keputusan dengan bijak.


9

10