Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN Kebangkitan Jepun menjadi satu contoh yang baik kepada masyarakat kerana mampu bersaing dengan Barat dan diiktiraf sebagai sebuah negara maju pada masa kini. Jepun yang mendahului semua negara Asia dalam sejarah kebangkitan dibuktikan semasa perang dunia kedua apabila Jepun mampu menghalau Barat dari Asia serta menewaskan China dan Rusia yang agung dengan kekuatan perang. Namun, penjajahan Jepun membawa seribu tanda tanya kepada dunia berkaitan dengan sebab penjajahan dilakukan kerana Jepun terpaksa berhadapan dengan kuasa yang mengawal dunia iaitu Barat. Melihat kepada situasi tersebut, Jepun bukan sahaja bangkit untuk memodenkan negaranya tetapi juga bangkit untuk mencabar Barat. dengan kebangkitan ini, tanah jajahan Barat yang dirampas oleh Jepun sepatutnya merdeka berdasarkan kepada slogan Jepun, namun Jepun meneruskan peranan Barat sebagai penjajah. Hal ini telah mengundang sejarawan untuk mengkaji dan menghurai fakta sebenar disebalik penjajahan Jepun. Sambutan penduduk tempatan yang positif telah membantu Jepun mencapai goal mereka. Walau bagaimanapun, sokongan tersebut telah memperlihat tanda-tanda luntur apabila Jepun mula ditentang hebat oleh penduduk tempatan secara gerila. Tahun 1945, Jepun telah meletakkan senjata selepas tewas kepada Barat tetapi penjajahan Jepun telah meninggalkan luka dalam kehidupan rakyat yang dijajah.

2.0 FAKTOR KEDATANGAN JEPUN KE ASIA TENGGARA 2.1 Kebangkitan Kekuatan Tentera Jepun Dalam membincangkan faktor-faktor yang membawa kedatangan Jepun ke Asia Tenggara kita tidak dapat lari daripada membincangkan tentang kebangkitan kekuatan tentera Jepun itu sendiri. Hal ini kerana, kekuatan tentera Jepun merupakan faktor yang telah mendorong Jepun muncul sebagai sebuah kerajaan penakluk yang kuat dan digeruni. Semasa pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1405 beliau telah mejalankan pembaharuan terhadap pentadbiran, sistem ekonomi dan juga sistem ketenteraan Jepun. Dalam bidang ketenteraan, Maharaja Meiji telah menjalankan pemodenan dalam ketenteraan Jepun dengan menjadikan negara-negara Barat sebagai model. Pemodenan yang dimaksudkan ialah kerajaan Meiji telah memberikan latihan ketenteraan seperti kententeraan di Barat serta melengkapkan ketenteraan jepun dengan senjata-senjata perang yang canggih serupa dengan apa yang ada di Barat pada ketika itu. (George Allen, 1979) Kita dapat lihat dengan jelas bahawa kemunculan Jepun sebagai kuasa penakluk yang unggul di dunia pada masa itu adalah dipengaruhi oleh kekuatan tentera Jepun serta semangat mereka yang sangat tinggi dalam menjalankan misi mereka. Kekuatan tentera Jepun dapat dilihat dalam kejayaan mereka memenangi beberapa siri peperangan menentang kuasa-kuasa besar dunia pada masa itu misalnya dalam peperangan Jepun-Rusia pada tahun 1905 dan juga perang Jepun-China 1935. Dalam kedua-dua perang tersebut, Jepun telah berjaya membuktikan kekuatan mereka dengan mengalahkan Rusia dan juga China sehingga menyebabkan British pada masa itu telah mengiktiraf Jepun sebagai suatu kuasa besar dunia pada masa itu.(B.R, Pearn, 1963) Kebangkitan Jepun dalam ketenteraan telah menyebabkan Jepun tidak gementar dengan mana-mana kuasa besar pada ketika itu termasuklah kuasa-kuasa Barat. Atas faktorfaktor seperti masalah ekonomi yang melanda Jepun pada masa itu telah memaksa Jepun datang ke Asia Tenggara bagi tujuan menjadikan negara-negara Asia Tenggara sebagai sumber ekonomi mereka. Tetapi untuk tujuan tersebut Jepun terpaksa berhadapan dengan negara-negara Barat yang sudah sekian lama menjajah kawasan Asia Tenggara. Hal ini tidak sedikit pun menggentarkan Jepun untuk menjalankan misi menakluk Asia Tenggara dan merampas kawasan Asia Tenggara daripada pihak penjajah Barat kerana mereka berkeyakinan terhadap kekuatan tentera yang mereka miliki. Oleh yang demikian faktor kekuatan tentera Jepun juga merupakan salah satu faktor pendorong kedatangan Jepun ke Asia Tenggara. 2

2.2 Faktor Ekonomi Seperti yang kita sedia maklum faktor ekonomi merupakan faktor utama kenapa Jepun datang ke Asia Tenggara. Seperti yang kita tahu, pembaharuan yang telah dilaksanakan semasa pemerintahan Maharaja Meiji telah meukarkan Jepun menjadi sebuah negara perindustrian yang sangat maju seperti negara-negara perindustrian Barat yang lain. Sistem ekonomi Jepun telah bertukar corak daripada sistem ekonomi berasaskan pertanian kepada sistem ekonomi berbentuk perindustrian. (Wan Seng Ann, 2006) Apa yang menjadi masalah kepada Jepun adalah dari segi kekurangan bahan mentah di negara tersebut telah menyebabkan kegiatan perindustrian di Jepun terbantut. Bagi memenuhi keperluan tersebut Jepun terpaksa mencari sumber bahan mentah yang dapat menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah di negara mereka. Di Asia Tenggara pada masa itu pula sememangnya telah terkenal dengan kekayaan sumber bahan mentah mereka yang masih belum diterokai sepenuhnya pada masa itu. Hal ini terbukti di mana kawasan Asia Tenggara telah menjadi rebutan negara-negara Barat sejak dahulu lagi atas faktor untuk mendapatkan sumber baham mentah yang banyak di kawasan ini. Kekayaan kawasan Asia Tenggara dari segi sumber bahan mentah ini telah menyebabkan Jepun berhasrat menjadikan kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan sumber bahan mentah mereka bagi memenuhi keperluan bahan mentah di negara tersebut. Keperluan mendapatkan bahan mentah ini adalah sangat penting bagi negara Jepun untuk memastikan ekonomi di negara itu dapat berjalan dengan baik. Oleh itu tidak hairanlah mengapa Jepun sanggup datang ke Asia Tenggara untuk tujuan merampas kawasan ini dari tangan pihak penjajah Barat pada masa itu. Apa yang perlu diperhatikan adalah kecekalan orang-orang Jepun berhadapan dengan kuasa-kuasa Barat yang menduduki Asia Tenggara pada masa itu bagi memperbaiki keadaan ekonomi di negara mereka perlu diberikan penghargaan yang tinggi kerana berhadapan dengan kuasa-kuasa Barat pada masa itu bukanlah sesuatu yang mudah malahan orang-orang Asia pada masa itu masih lagi begitu taksub dengan kepercayaan bahawa bangsa Orang Putih tidak dapat dikalahkan. Selain daripada keperluan bahan mentah, Jepun datang ke Asia Tenggara juga dipengaruhi oleh keperluan mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan keluaran negara Jepun pada masa itu. (Richard Rosecrance, 2007) Seperti yang kita tahu, barangan jenama keluaran negara-negara Barat telah mendapat tempat dihati masyarakat dunia kerana barangan keluaran jenama negara-negara Barat sudah sekian lama diperkenalkan serta 3

sudah terbukti kualitinya. Hal tersebut menyebabkan masyarakat dunia agak susah berganti dengan barangan jenama keluaran negara-negara lain termasuk jugalah barangan keluaran negara Jepun itu sendiri. Pendek kata barangan keluaran negara Jepun agak susah bersaing dengan barangan keluaran negara-negara Barat pada masa itu tambahan pula ekonomi dunia adalah dikawal oleh negara-negara perindustrian Barat sehingga menyukarkan pengaliran keluar barangan Jepun ke Barat untuk dipasarkan. Hal ini telah menyebabkan Jepun bertindak mencari kawasan baru bagi tujuan dijadikan sebagai kawasan pasaran bagi barangan keluaran mereka. Bagi tujuan tersebut, Jepun telah melihat kawasan rantau Asia Tenggara sebagai suatu kawasan yang strategik yang dapat menyelesaikan masalah pasaran yang membelenggui mereka. Jepun melihat Asia Tenggara boleh dijadikan sebagai suatu pasaran yang baik bagi barangan mereka adalah disebabkan oleh faktor saiz penduduk yang mendiami kawasan Asia Tenggara yang sangat ramai berupaya menjadi sebagai sebuah pasaran yang sangat baik bagi barangan keluaran mereka. (Wan Seng Ann, 2006) Di sini, dapat kita lihat dengan jelas kenapa Jepun begitu berminat terhadap Asia Tenggara sehingga sanggup berhadapan dengan kuasa-kuasa Barat demi merampas Asia Tenggara dari tangan kuasa-kuasa Barat tersebut. Dapat dilihat bahawa sekiranya Jepun dapat merampas kawasan Asia tenggara dari jajahan kuasa-kuasa Barat mereka akan dapat menyelesaikan hampir semua masalah mereka yang berkaitan dengan masalah ekonomi. Sekiranya Jepun berjaya menguasai rantau Asia Tenggara mereka bukan sahaja mendapat bekalan bahan mentah bagi kegiatan perindustrian di negara mereka malah mereka juga dapat meyelesaikan masalah berkaitan dengan pasaran bagi barangan keluaran mereka. (Richard Rosecrance, 2007) Dengan mudahnya, kawasan Asia Tenggara mampu menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda Jepun pada masa itu. 2.3 Sekatan Ekonomi ke Atas Jepun Kemunculan Jepun sebagai salah satu kuasa penakluk yang kuat telah menyebabkan negaranegara Barat berasa terancam terutamanya Amerika Syarikat dan juga British. Reaksi Barat terhadap tindakan peluasan kuasa oleh negara Jepun terhadap negara China telah bermula dengan pelaksanaan sekatan ekonomi ke atas Jepun oleh Amerika Syarikat telah berlaku. Sekatan ini turut disokong oleh negara-negara Berikat seperti British dan juga Kanada yang menunjukkan protes terhadap pencerobohan Jepun ke atas China pada tahun 1935. (Khoo Kay Kim, 1977) Sekatan tersebut bertujuan menyekat pengaliran masuk bahan mentah ke Jepun bagi bertujuan operasi kegiatan perindustrian di negara Jepun terhenti. Selain itu, 4

eksport minyak Amerika Syarikat ke Jepun juga telah dihentikan. Selain itu, barangan Jepun juga telah dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat dan juga negara-negara barat yang menyokong tindakan Amerika Syarikat melakukan sekatan ke atas Jepun. Untuk menghentikan sekatan tersebut Amerika Syarikat telah memberikan syarat kepada Jepun untuk keluar daripada negara China serta menghentikan kegiatan penaklukan yang giat dilaksanakan oleh Jepun. (Khoo Kay Kim, 1977) Walau bagaimanapun, Jepun enggan berundur dari China kerana China juga berupaya membekalkan bekalan bahan mentah ke Jepun malah keluasan negara China yang luas juga mampu menampung sebahagian penduduk Jepun tinggal ke China. Keengganan tersebut telah menyebabkan sekatan ekonomi ke atas Jepun diteruskan sehingga menyebabkan ekonomi Jepun merundum pada masa itu. Sekatan ekonomi tersebut telah menyebabkan ekonomi Jepun jatuh sehingga memaksa Jepun mencari inisiatif lain untuk memulihkan ekonomi mereka. Oleh yang demikian Jepun terpaksa mencari kawasan jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah kepada kegiatan perindustrian di negara mereka kerana Amerika Syarikat dan sekutunya telah menyekat kemasukkan bekalan bahan mentah ke negara mereka. (Milton Osborne, 2002) Pada masa yang sama, Jepun juga terpaksa mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan keluaran negara mereka kerana barangan mereka telah disekat daripada memasuki negara-negara Barat yang mengadakan sekatan ekonomi ke atas Jepun. Justeru itu, bagi tujuan tersebut Jepun telah melihat Asia Tenggara sebagai kawasan yang mampu membekalkan bahan mentah kepada Jepun dan pada masa yang sama boleh dijadikan pasaran bagi barangan keluaran Jepun. 2.4 Faktor Sosial Selain faktor ekonomi, kedatangan Jepun ke Asia Tenggara juga dipengaruhi oleh faktor sosial di mana untuk mencari kawasan baru untuk tujuan menampung jumlah penduduknya yang semakin bertambah. Peningkatan taraf hidup masyarakat Jepun selaras dengan aktiviti ekonomi yang semakin baik dalam negara tersebut telah menyebabkan masyarakat Jepun dapat menampung saiz keluarga yang ramai menyebabkan pertambahan jumlah penduduk Jepun pada masa itu. Pertambahan jumlah penduduk Jepun pada masa itu telah menyebabkan timbulnya masalah kekurangan kawasan petempatan bagi penduduk kerana saiz keluasan Negara Jepun yang kecil sahaja.

Oleh yang demikian, walaupun faktor sosial ini tidak begitu dominan dalam mempengaruhi kedatangan Jepun ke Asia Tenggara tetapi ia sedikit sebanyak turut mempengaruhi kedatangan Jepun ke Asia Tenggara walaupun pada kadar yang sangat kecil. Jepun memilih kawasan Asia Tenggara sebagai tempat tinggal untuk sebahagian penduduknya kerana kawasan Asia Tenggara sememngnya mempunyai saiz keluasan yang sangat besar disamping kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara pada masa itu masih mempunyai banyak kawasan yang belum diterokai yang boleh dijadikan tempat tinggal bagi masyarakat Jepun. Selain untuk mendapatkan kawasan baru untuk tujuan penempatan sebahagian masyarakatnya, Jepun juga pada masa itu sedang mencari kawasan baru untuk tujuan menjalankan kegiatan pertanian sebagai bahan mentah bagi kegiatan ekonomi di negara mereka. (Wan Seng Ann, 2006) Antara kegiatan pertanian yang ingin dijalankan oleh Jepun adalah penanaman padi untuk menampung bekalan makanan dalam negara mereka. Kekurangan tanah untuk tujuan kegiatan pertanian di Jepun adalah disebabkan kerana kebanyakkan kawasan telah dijadikan sebagai kawasan petempatan oleh masyarakat tambahan pula peningkatan jumlah penduduknya telah menyebabkan banyak kawasan pertanian telah dijadikan sebagai kawasan petempatan. Oleh yang demikian Jepun terpaksa mencari suatu kawasan baru bagi menjalankan aktiviti pertanian. Dalam hal ini Jepun telah menjadikan kawasan Asia Tenggara sebagai suatu kawasan yang strategik bagi tujuan tersebut memandangkan kawasan Asia Tenggara bukan sahaja mempunyai keluasan tanah yang besar malah mempunyai iklim panas dan lembab sepanjang tahun yang sangat sesuai untuk kegiatan pertanian dijalankan. 2.5 Nilai/Iktibar Antara nilai yang dapat kita pelajari daripada kedatangan Jepun ke Asia Tenggara adalah dari segi semangat kerjasama dan bersatu padu yang ditunjukkan oleh tentera jepun dalam usaha mereka datang ke Asia Tenggara pada ketika itu. Sebetulnya, kedatangan Jepun ke Asia Tenggara bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang untuk dijayakan tanpa perancangan yang baik disamping semangat bersatu padu yang tidak berbelah bagi dalam kalangan tentera Jepun itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, sebelum kedatangan Jepun ke Asia Tenggara, kuasa-kuasa Eropah terlebih dahulu telah datang dan menakluk rantau Asia Tenggara. Oleh yang demikian untuk datang ke Asia Tenggara Jepun terpaksa berhadapan dengan kuasa-kuasa Eropah di Asia Tenggara dan hal ini bukan lah

suatu perkara yang mudah kerana seperti yang kita tahu kekuatan kuasa-kuasa Eropah sememangnya telah diakui oleh dunia pada masa itu. Walau bagaimanapun, Jepun telah Berjaya membuktikan keupayaan mereka apabila Berjaya mengusir kuasa-kuasa Eropah serta merampas Asia Tenggara daripada tangan negara-negara Eropah. Apa yang mengejutkan, adalah tempoh masa yang diambil oleh Jepun untuk merampas kawasan Asia Tenggara daripada kuasa-kuasa Barat adalah sangat singkat sekali dan agak mustahil untuk dilakukan oleh mana-mana kuasa besar pada masa itu. Pemangkin kepada kejayaan besar Jepun pada masa itu adalah dari segi kejayaan taktik perang yang mereka gunakan serta ketinggian semangat berjuang serta sanggup menggadai nyawa demi negara. Kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh tentera Jepun dalam usaha mereka untuk menakluk Asia Tenggara dapat boleh dilihat dalam konteks sejarah kedatangan Jepun di negara kita sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, tentera Jepun memasuki Tanah Melayu untuk menentang pasukan tentera British bukanlah dengan kelengkapan perang yang lebih canggih berbanding kelengkapan senjata yang dimiliki oleh tentera British pada masa itu. Malahan tentera Jepun memasuki Tanah Melayu melalui jalan-jalan hutan dan hanya menaiki basikal untuk masuk ke kawasan-kawasan pedalaman. Kekurangan dari segi kelengkapan perang berbanding pihak lawan tidak melemahkan semangat tentera Jepun pada masa itu malah mereka telah Berjaya membuktikan semangat juang yang tinggi dan sanggup berkorban untuk negara juga merupakan suatu faktor yang boleh mempengaruhi kemenangan dalam peperangan menentang musuh. Dalam konteks hari ini, sebagai generasi baru kita tidaklah dapat berjuang dan berjasa kepada negara dengan cara menakluk negara luar demi kepentingan negara sepertimana yang dilakukan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu. Tetapi kita boleh menjadikan semangat cintakan negara seperti yang ditunjukkan oleh tentera Jepun sebagai contoh dan mezahirkannya dengan cara yang berbeza dengan memberikan sumbangan sebanyak yang boleh untuk negara berdasarkan tahap kemampuan masing-masing. Selain itu, kedatangan Jepun ke Asia Tenggara juga telah memberikan pengajaran serta membuka mata masyarakat Asia Tenggara dengan kejayaannya mengalahkan kuasakuasa Barat di Asia Tenggara pada masa itu. Sedar atau tidak, semangat nasionalisme masyarakat Asia Tenggara begitu memuncak selepas perang dunia kedua iaitu bersamaan selepas peristiwa kejayaan Jepun mengalahkan kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara pada awal Perang Dunia Kedua. Hal ini kerana, kebanyakkan masyarakat Asia Tenggara pada 7

masa itu terlalu memandang tinggi terhadap bangsa Eropah dan berpendapat bahawa kekuasaan orang Eropah tidak dapat dikalahkan. Oleh yang demikian, kejayaan Jepun mengalahkan kuasa-kuasa Eropah pada masa itu telah melenyapkan tanggapan masyarakat Asia Tenggara tentang kekebalan orang putih tambahan lagi pihak yang mengalahkan orang-orang Eropah datang daripada pihak orang Asia itu sendiri. Peristiwa tersebut telah menjadi pembakar semangat masyarakat Asia Tenggara untuk bangkit dan menuntut kemerdekaan bagi negara mereka selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Dapat dilihat bahawa walaupun pada penghujung Perang Dunia Kedua Jepun telah dikalahkan dengan teruk oleh kuasa-kuasa Barat tetapi pengaruh Jepun ke atas Asia Tenggara tetap ada sehingga banyak Negara Asia Tenggara telah mencontohi Negara Jepun dari pelbagai aspek seperti dalam bidang ekonomi, teknologi, pembangunan dan juga pentadbiran. Perdana Menteri kita yang ke empat iaitu Datuk Sri Dr. Mahathir Mohammad juga pernak melaksanakan suatu dasar yang dikenali sebagai Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan negara Jepun sebagai negara contoh menggantikan negara-negara Eropah. Oleh itu, pangajaran yang boleh kita perolehi daripada peristiwa Jepun kejayaan Jepun mengalahkan kuasa-kuasa Eropah ialah kita sebagai orang Asia tidak semestinya tidak mampu menyaingi Negara-negara Barat dari segi kemajuan umpamanya. Kita tidak seharusnya menyempitkan minda kita dengan mengatakan bahawa Negara-negara Asia selamanya tidak akan berupaya menyaingi Negara-negara barat dari pelbagai aspek. Hal ini telah dibuktikan oleh Jepun bahawa Negara yang berasal daripada Asia juga mampu bersaing dengan Negara-negara Barat. Bersaing disini bukanlah bermaksud kita harus berperang dengan Negara-negara Barat menggunakan senjata tetapi adalah dari aspek kemajuan yang dikecapi. Walaupun kita bermula agak lewat kebelakang daripada Negaranegara Barat dari segi mengecapi kemajuan tetapi kita harus percaya bahawa kita juga mampu mengecapi kemajuan seperti yang ada di Negara-negara barat.

3.0 REAKSI TERHADAP PENJAJAHAN JEPUN 3.1 Burma Reaksi yang ditunjukkan oleh Burma terhadap pendudukan Jepun adalah positif berikutan slogan Jepun iaitu Asia untuk Asia yang menjadi pembakar semangat untuk menentang penjajah eropah (Milton Osborne,1979). Burma Independence Army (BIA) merupakan sebuah pertubuhan yang menyokong perjuangan Jepun yang mana ianya dianggotai oleh golongan nasionalis-nasionalis Burma yang sudah berjuang sebelum kedatangan Jepun lagi. Kedatangan Jepun merupakan satu harapan kepada mereka untuk mencapai hasrat mereka untuk mendapatkan kemerdekaan Burma daripada penjajahan. Pada Januari 1942, pengikut BIA telah bertambah kepada 30,000 orang ahli menunjukkan betapa penduduk tempatan menyokong tindakan BIA untuk berpihak kepada Jepun. Walau bagaimanapun, Jepun tidak menunjukkan tanda-tanda memberikan kemerdekaan kerana masih belum memberikan kuasa pemerintahan Burma kepada pemimpin BIA (Milton Osborne, 1979). Hal ini kerana penduduk Burma sebelum kedatangan Jepun sudah arif dalam pentadbiran kerana sudah ramai yang pernah berkhidmat dibawah pemerintahan British. Tuntutan penduduk tempatan untuk memerintah Burma telah menarik perhatian Jepun, pada masa yang sama seorang pemimpin iaitu Ba Maw mempunyai pengaruh yang kuat. Corak kepimpinan Ba Maw memperlihat bahawa beliau mampu menyatukan rakyat Burma (Milton Osborne, 1979). Melihat kepada keadaan ini, Jepun bertindak melantik Ba Maw dalam pentadbiran dan memberikan kuasa sebagai pemimpin kepada rakyat Burma. Walau bagaimanapun, reaksi positif pada awalnya telah berubah apabila Jepun bertindak ingin menguasai Burma. Antara tindakan Jepun adalah cuba membeli dua akhbar utama Burma iaitu Sun dan New Light. Jepun juga mahu menggunakan bahasa Jepun menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara di sekolah dan universiti. Ba maw menegaskan bahawa bahasa inggeris memang harus ditukar tetapi bukan dengan menukar kepada bahasa Jepun, sebaliknya menggantikannya dengan bahasa ibunda Burma (Khoo Kay Kim, 1977). Reaksi menentang mulai kelihatan berikutan tindakan Jepun tersebut. Tindakan ingin membeli akhbar rasmi Burma merupakan satu tindakan Jepun untuk menyebarkan Propaganda Jepun dan menghasut fikiran masyarakat. Tegas Ba Maw, menggantikan bahasa inggeris kepada bahasa Jepun bukan satu penyelesaian kepada masalah, tetapi mencipta satu masalah yang lain yang akan menimbulkan penentangan (Khoo Kay Kim, 1977).

Mac 1943, kerajaan Jepun memanggil wakil dari Burma, iaitu Ba Maw untuk ke Tokyo bagi membincangkan soal kemerdekaan Burma. Akhirnya pada 1 ogos 1943, Ba Maw telah mengisytiharkan kemerdekaan Burma dengan diakui oleh Jepun (Khoo Kay Kim, 1977). Reaksi terhadap penjajahan Jepun sentiasa berubah disebabkan oleh cara pemerintahan Jepun di Burma. Pada awalnya, reaksi penduduk Burma adalah reaksi menyokong kerana tindakan Jepun seolah-olah membantu Burma keluar daripada cengkaman penjajah Barat sehingga gerakan Burma Independence Army menyokong kuat military Jepun. Walau bagaimana pun, tindakan Jepun yang ingin menguasai pentadbiran di Burma telah melunturkan sokongan padu oleh rakyat Burma. Terdapat dua fasa kepada sokongan ini iaitu menyokong kemudian menentang. 3.2 Filipina Reaksi di Filipina adalah negatif jika dilihat kepada bagaimana sambutan rakyat tempatan semasa Jepun menyerang pertahanan Amerika di Filipina. Tentangan yang dihadapi oleh Jepun bukan sahaja datang daripada tentera Amerika, malah juga daripada tentera tempatan (Milton Osborne, 1979). Hal ini merupakan satu factor yang menyebabkan military Jepun lambat menguasai Filipina sepenuhnya disebabkan menerima tentangan yang hebat. Semasa penjajahan Jepun, pentadbiran Jepun cuba mengubah semua pengaruh yang telah diterapkan oleh Amerika di Filipina, yang mana Amerika merupakan musuh nombor 1 Jepun semasa perang dunia kedua meletus (Khoo Kay Kim, 1977). Namun, usaha Jepun itu tidak menunjukkan sebarang reaksi positif daripada rakyat Filipina. Rakyat Filipina tidak tertarik langsung dengan perubahan yang cuba dilakukan oleh Jepun. Hal ini kerana, selama Amerika menjajah Filipina, corak penjajahan Amerika adaalh baik dan telah membawa kebahagian kepada rakyat Filipina (Khoo Kay Kim, 1977). Oleh itu, kedatangan Jepun dianggap sebagai satu perubahan yang negative. Reaksi penduduk Filipina dilihat sebagai reaksi tidak menyokong kepada penjajahan Jepun. Melalui penilaian terhadap reaksi ini, penduduk Filipina sudah sebati dengan kehidupan lama dibawah pemerintahan Amerika sebelum kedatangan Jepun. Perubahan yang cuba diperkenalkan oleh Jepun merupakan satu tindakan yang drastic yang cuba menerapkan cara kehidupan Jepun dan mengubah corak pentadbiran dengan adanya Jeneral tentera Jepun.

10

3.3 Indochina Semasa serangan Jepun, Indochina merupakan jajahan Perancis. Bentuk penjajahan di Indochina adalah berbeza kerana tidak melibatkan peperangan. Hal ini kerana Jepun dan Perancis di Indochina mengadakan perjanjian yang mana Perancis akan mengekalkan kuasa di Indochina manakala Jepun pula akan menggunakan kawasan Indochina sebagai tempat menyimpan barang peralatan ketenteraan dan tempat kapal perang Jepun mendarat (Milton Osborne, 1979). Ogos dan september 1940, Vinchy French membenarkan Jepun menggunakan kawasan jajahannya di Indochina sebagai tempat persinggahan Militari Jepun yang mahu ke Negara Asia Tenggara yang lain. Reaksi Perancis di Indochina pada awalnya adalah berkecuali iaitu tidak menentang dan tidak menyokong sebaliknya mengadakan perjanjian yang adil untuk kedua-dua pihak. Dalam perang dunia kedua, Perancis di eropah telah dikalahkan oleh Jerman iaitu sekutu Jepun. Hal ini sekaligus melemahkan pentadbiran Perancis di Indochina. Jepun Bertindak mengambil alih pentadbiran Perancis. Bagi mengekalkan kekuasaan Jepun, Militari Jepun bertindak menahan pegawai-pegawai Perancis dan mengambil alih pentadbiran di Indochina sepenuhnya daripada Perancis pada Mac 1945 (Milton Esborne, 2002). Hal ini membezakan bentuk hubungan Perancis dengan Jepun jika dibandingkan dengan hubungan antara Jepun dan British (Nicholas Tarling, 1999) sekaligus membezakan reaksi kedua-dua koloni eropah ini terhadap penjajahan Jepun. Selepas menguasai Indochina, Jepun Menerima reaksi daripada penduduk tempatan. Di Vietnam, Jepun cuba mendapatkan sokongan dengan memberikan jaminan kemerdekaan kepada Bao Dai iaitu pemimpin Vietnam. 3.4 Thailand Reaksi Thailand adalah sangat berbeza berbanding dengan Negara lain. Bagi mengekalkan kemerdekaan yang tidak pernah dijajah oleh colonial, Thailand bertindak menyokong tindakan Jepun. Kerjasama telah diadakan yang mana Thailand digunakan sebagai pangkalan kepada Jepun dan membenarkan Jepun menggunakan Thailand sebagai laluan ke selatan. Phibun Songkram merupakan pemimpin Thailand pada masa itu (Lea E. Williams, 1976). Sebagai balasan kepada Thai, Jepun telah menyerahkan kawasan Barat Indochina dan utara Tanah Melayu kepada Thailand (Lea E. Williams, 1976). Reaksi positif Thai

11

terhadap penjajahan Jepun jelas melalui sokongan sehingga mengisytiharkan perang dengan Amerika. 3.5 Indonesia Reaksi di Indonesia adalah positif disebabkan tindakan Jepun yang memberikan peluang kepada rakyat Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan lebih cerah selepas Jepun bertindak membebaskan nasionalis-nasionali yang dipenjarakan oleh Belanda seperti Sukarno. Sukarno memilih untuk bekerjasama dengan Jepun untuk menentang Belanda bagi mencapai kemerdekaan (Milton Osborne, 1979). Tindakan Sukarno dilakukan berikutan beliau melihat peluang dengan bekerjasama dengan Jepun, Indonesia mampu menentang Belanda. Hal ini telah menyebabkan ketegangan diantara Indonesia dengan Belanda selepas perang dunia kedua tamat (Milton Osborne, 1979). Reaksi positif yang ditunjukkan oleh Indonesia terhadap Jepun telah membawa kepada perjuangan menentang Belanda secara ketenteraan sehingga Indonesia mencapai kemerdekaan dibawah pemerintahan military Sukarno. Perjuangan Indonesia untuk menuntut kemerdekaan adalah hasil daripada tiupan semangat anti-penjajah oleh Jepun semasa menjajah Indonesia. Tidak dapat dinafikan pengaruh Jepun yang kuat di Indonesia memperlihatkan reaksi Indonesia adalah menyokong kepada perjuangan dan matlamat Jepun iaitu menghalau penjajah dari Asia sesuai dengan propaganda yang dilaungkan iaitu Asia untuk Asia. 3.6 Nilai/iktibar 3.6.1 Semangat patriotik Peristiwa kedatangan Jepun ke Asia Tenggara mengundang reaksi yang positif kebanyakan negara. Hal ini disebabkan oleh semangat yang cuba ditiup oleh Jepun melalui slogan Asia untuk Asia yang telah membangkitkan semangat orang asia untuk membebaskan diri daripada penjajahan Barat. Semangat patriotik orang asia pada masa itu menyala sehingga ramai rakyat tempatan yang memberkan bantuan kepada Jepun semasa perang dunia kedua. Contohnya di Burma, Tigapuluh orang Pahlawan Burma membantu Jepun dalam menghalau tentera Barat dari Burma disebabkan oleh keyakinan Burma untuk menuntut kemerdekaan sekiranya membantu Jepun (Gilbert Khoo, 1969).

12

3.6.2 Jangan Mudah Percaya Keadaan seperti ini dapat dilihat semasa pendudukan Jepun. Reaksi yag diberikan oleh penduduk tempatan sangat baik malah penduduk tempatan sanggup berjuang bersama Jepun. Tindakan ini berikutan janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan Barat selepas Jeun menang dalam perang. Namun, apa yang berlaku selepas Jepun menang adalah sebaliknya. Jepun mula menguasai pentadbiran, menyebarkan propaganda dan sebagainya. Janji Jepun untuk memberi kemerdekaan adalah satu helah untuk mendapat sokongan daripada penduduk tempatan. Hal ini bak kata keluar kandang harimau,

masuk mulut buaya.


3.6.3 Bijak Dalam Pentadbiran Siam atau nama masa kini Thailand merupakan satu-satunya negara yang tidak pernah dijajah semasa zaman kolonialisme tidak kira Barat atau Jepun. Kedaulatan Thailand sebagai sebuah negara terjamin disebabkan oleh kebijaksanaan pemimpinnya. Semasa penjajahan Jepun, pemimpin memberikan reaksi yang positif dengan memberikan sokongan seperti membenarkan Jepun melalui Thailand semasa Jepun menyerang Malaya. Reaksi inilah yang menyebabkan Jepun tidak menyerang Thailand, malah Jepun memberikan kepada Thailand beberapa wilayah jajahan. 3.6.4 Semangat kamikaze Semangat ini ditunjukkan oleh tentera Jepun yang semasa perang dunia kedua. Di Filipina, tentera Jepun tidak mendapat sambutan yang positif daripada penduduk tempatan malah ditentang hebat. Namun, tentangan yang kuat tidak sedikit pun memberikan tekanan kepada Jepun kerana semangat juang yang tinggi. Semasa penjajahan Jepun di filipina, tentera penentang berjumlah 300, 000 orang, pada masa yang sama Jepun hanya mampu menguasai kawasan pusat pentadbiran kerana kekurangan tentera. Namun begitu, Jepun tidak dapat dikalahkan (Gilbert Khoo, 1969). Semangat yang ditunjukkan oleh Jepun memberikan kita pengajaran bahawa kekuatan material tidak menjamin kekuatan jiwa. 3.6.5 Berjuang Untuk Bangsa dan Negara Walaupun terpaksa berkorban, namun penduduk tempatan masih berjuang menentang Jepun semasa perang. Hal ini boleh dilihat dalam sejarah pendudukan Jepun di Filipina. Harapan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berjuang. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya gerila-gerila filipina

13

yang bersembunyi di pulau-pulau sekitar Filipina untuk membuat serangan terhadap Jepun secara gerila. Semangat juang yang tinggi harus ada dalam jiwa setiap insan, namun pada masa kini semangat seperti ini bukan hanya boleh ditunjukkan dengan berjuang di medan perang, tetapi juga boleh dilakukan dengan menjadi insan yang berjaya da berbakti kepada bangsa dan negara. 3.6.6 Menghargai kemerdekaan Kemerdekaan yang kita kecapi pada masa kini haruslah dhargai sebaiknya agar perkara lepas seperti penjajahan tidak berulang. Hal ini kerana penjajahan sentiasa berlaku bukan sahaja dari aspek ketenteraan, tetapi juga penjajahan minda juga boleh berlaku. Walaupun ada baiknya semasa penjajahan iaitu membawa kepada kemajuan, namun perkara seperti itu juga boleh dilakukan oleh penduduk tempatan walaupun mengambil masa yang lama. Keburukan lebih banyak jika dibandingkan dengan kebaikan. Semasa perang dunia kedua, pendudukan Jepun telah menyedarkan penduduk bahawa perlunya ada kemerdekaan. Serangan Jepun dengan alasan untuk membebaskan Asia daripada Barat adalah palsu kerana Jepun hanya ingin menjadi penjajah. Tentera Barat pula yang diharapkan lari ke negara asal dan rakyat tempatan menjadi mangsa Jepun kerana tidak mampu lari ke manamana. Bak kata, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, begitulah keadaan semasa perang dunia kedua. Barat balik ke negara asal, rakyat tempatan hanya menunggu kekejaman Jepun. Hal seperti ini tidak akan berlaku jika kemerdekaan dipegang oleh rakyat tempatan. 4.0 KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI INDONESIA 4.1 Politik dan Pemerintahan Pemerintahan Jepun di Indonesia bercorak ketenteraan. Hal ini bermakna segala kuasa pentadbiran yang dahulunya di bawah pemerintahan Indonesia diambil alih oleh Perwira Tinggi Tentera Jepun yang dikenali sebagai Saiko Sakikan. Langkah mengambil hati rakyat bermula dengan pihak Jepun mula mencari pemimpin-pemimpin politik tempatan demi menambah kepercayaan rakyat. Pembentukan Gerakan Tiga A pada April 1942 dilakukan dengan menggunakan slogan Jepun sebagai pemimpin Asia, pelindung Asia dan cahaya Asia yang turut menggunakan keterlibatan penduduk tempatan. Sementara itu, kemajuan politik turut diberikan oleh Jepun di Sumatera dan Jawa. Sebagai contoh, pemerintahan Jepun di Jawa melihat Islam sebagai satu jalan mobilisasi. Hal ini terbukti dengan tertubuhnya Pejabat Urusan Agama pada Mac 1942 (Jan Pluvier, 1977).

14

Walaupun merasakan Indonesia belum layak untuk merdeka namun Jepun menjanjikan keterlibatan beberapa orang Indonesia dalam hal ehwal pemerintahan. Di Jakarta, Jepun telah membentuk Dewan Penasihat Pusat yang dipimpin oleh Sukarno di samping membentuk dewan-dewan daerah yang dikenali sebagai Shu Sangi-kai. Pembentukan dewan-dewan ini merupakan bukti penyertaan masyarakat Indonesia dalam pemerintahan. Dalam pada itu, tahanan politik yang sebelum ini menjadi tahanan ketika penjajahan Barat telah dibebaskan seperti Sukarno, Hatta dan Syahrir. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada Mac 1943 dengan melantik Sukarno sebagai pemimpinnya. Pada tahun yang sama pada bulan September, Tentera Pembela Tanah Air (PETA) ditubuhkan untuk 1985). 4.2 Ekonomi Perubahan ekonomi akibat pendudukan Jepun adalah sistem kewangan Indonesia mula melalui proses pembaikan. Caranya, Jepun mempertahankan nilai rupiah yang bertujuan untuk mengawasi nilai masuk dan nilai keluar rupiah. Bagi mengukuhkan lagi kewangan Indonesia pihak Jepun telah mengawasi beberapa bank bekas milik Belanda iaitu, Nederlands-Indische Escompto, Nederlandsche Handels Maatschappij, De Javasche Bank dan Bank Batavia Bank. Bank-bank ini digantikan dengan bank-bank Jepun antaranya adalah Kana Ginko, Mitsui Ginko, Yokhama Ginko dan Taiwan Ginko. Bank-bank ini di bawah penyeliaan Nanpo Keihatsu Kenso demi memajukan wilayah Selatan Indonesia. Impak positif turut dirasakan dalam sektor pertanian. Dengan adanya pengawasan oleh Saibai Kigyo Kanrikodan (SKK) yang bukan hanya badan pelaksana dalam proses pembelian malah penentuan harga penjual hasil pekebunan, maka kemajuan dalam bidang tersebut tampak jelas. Kemajuan pertanian dapat dilihat dalam pekebunan ubat-ubatan (kina) dan getah (karet) kerana mendapat permintaan yang tinggi terutamanya untuk keperluan perang. Sementara itu, Jepun turut memperkenalkan penanaman kapas di Indonesia bagi mengatasi masalah kebergantungan terhadap barangan import dari Belanda. Kediri dan Bekasi merupakan tempat yang diuji berjaya menghasilkan kapas yang bermutu tinggi untuk diguna dan dijadikan benang kapas untuk industri penenunan (Alfred McCoy, 1985). Impak negatif turut dialami ekonomi Indonesia pada ketika itu kerana masalah pengeksportan berlaku disebabkan Jepun telah mengharamkan eksport ke negara lain kecuali ke negara Jepun. Bidang perdagangan juga dimonopoli oleh syarikat swasta Jepun menaikkan sokongan rakyat Indonesia terhadap Jepun di samping untuk mempertahankan Indonesia daripada sebarang serangan kuasa Berikat (Alfred McCoy,

15

seperti Mitsui Kabushiki Kaisha dan Osaka Reina Kabushiki Kaisha. Selain itu, pedagangpedagang pribumi turut diawasi dengan ketat. Barang yang hendak dijual harus didaftarkan terlebih dahulu dan dilaporkan hasil penjualannya. Tidak cukup dengan itu, pokok-pokok getah telah ditebang untuk digantikan dengan penanaman ubi kayu bagi makanan asas penduduk tempatan. Hal ini mengurangkan pengeluran getah yang sekali gus mengurangkan Keluaran Negara Kasar (KNK) Indonesia pada ketika itu. Inflasi juga turut berlaku sehinggakan nilai rupiah sudah tiada nilai lagi. Hal ini disebabkan peredaran wang kertas rupiah yang tidak terkawal dan kekurangan barang pengguna (Alfred McCoy, 1985). Sementara itu, dasar Jepun yang hanya mengutamakan kepentingan ekonomi sendiri sehingga mengabaikan keperluan rakyat telah menyebabkan masalah kebuluran dan berlakunya wabak penyakit. Puncanya, Jepun telah merampas hasil pengeluaran padi yang diusahakan oleh petani tempatan serta menindas penduduk tempatan dengan membeli hasil pengeluaran dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Lebih menyeksakan apabila Jepun memperkenalkan makanan ruji yang baharu untuk menggantikan nasi iaitu bubur rakyat. Jepun turut memperkenalkan Sistem Romusha supaya pihak Jepun memperoleh sumber tenaga untuk ketenteraan. Untuk itu sumber tenaga untuk pertanian diambil alih oleh haiwan seperti kerbau untuk memajak padi. Tidak hanya lelaki, perempuan yang berumur 16 hingga 25 tahun turut direkrut menyertai Romusha (Alfred McCoy, 1985). 4.3 Sosial Kemenangan Jepun telah meniupkan semangat nasionalisme. Hal ini kerana hasil kemenangan Jepun yang membuka mentaliti masyarakat tempatan bahawa orang Asia yang dianggap lemah juga mampu mengalahkan kuasa Barat. Selain itu, wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat Indonesia hasil daripada tindakan Jepun mengharamkan penggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Belanda. Penggunaan bahasa Indonesia telah menyatukan rakyat Indonesia sekaligus tiada jurang perbezaan keturunan dirasakan. Jepun turut membenarkan bendera Indonesia dikibarkan manakala lagu Indonesia Raya diperdengarkan sebagai lagu kebangsaan. Namun begitu, kekejaman Jepun turut terserlah apabila mengerahkan beribu-ribu orang Indonesia dijadikan sebagai tenaga buruh paksa. Buktinya menjadi buruh paksa ketika pembinaan kereta api maut (death railway). Buruh paksa ini juga menjadi tenaga kerja secara paksa dalam pembinaan kubu-kubu, lapangan terbang, jalan raya, pelabuhan-pelabuhan dan bekerja di kilang-kilang. Masalah kesihatan seperti penyakit malaria dan taun juga turut merebak di Indonesia. Kemunduran telah dilihat dalam bidang pendidikan semasa pendudukan Jepun kerana hanya mewujudkan satu jenis sekolah yang memperuntukkan sesi persekolahan selama lima tahun sahaja. Dalam pada itu, Jepun 16

memiliki kuasa autoriti dalam media komunikasi seperti surat khabar, majalah, berita, radio dan filem. Majalah dan surat khabar hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran pihak Jepun. Badan-badan seperti Jawa Shinbunkai diwujudkan bagi mengawasi penerbitan surat khabar. Masyarakat Indonesia turut dianiaya dengan kejam dan sering kali dihukum dengan hukuman berat ke atas kesalahan yang kecil. Sebagai contoh, pihak Jepun akan melaksanakan hukuman memotong kaki bagi golongan yang ingkar (Alfred McCoy, 1985). 4.4 Agama Jepun telah meggunakan agama sebagai jalan pintas terhadap penyebaran propagandanya. Jepun mengambil berat hal ini kerana pegangan masyarakat tempatan kuat terhadap agama Islam. Jepun menggunakan institusi masjid dan surau termasuk kelas agama untuk menyampaikan dakyah Jepun (Abu Talib Ahmad, 2007). 4.5 Kesan pendudukan Jepun di Burma 4.5.1 Politik dan Pemerintahan Pentadbiran Burma semasa pendudukan Jepun jelas sekali hanya atas nama sahaja. Hal ini kerana kuasa pemimpin Burma iaitu Dr. Ba Maw adalah amat terhad. Kuasa pemerintahan jelas condong ke arah pemimpin Jepun iaitu Dr. Gotawa Ogawa bekas ahli Jemaah Menteri di Tokyo yang menjadi Penasihat Tertinggi kerajaan Burma pada ketika itu. Tidak cukup dengan itu, sektor ekonomi dan pengangkutan turut dikelolakan oleh tentera Jepun. Jepun hanya menyerahkan jawatan seperti Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang tempatan. Bidang kuasa Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah hanya meliputi hal-hal umum dan kecil sahaja (D. G. E. Hall, 1987). Seperti mana di kawasan Asia Tenggara yang lain, Jepun menerapkan pemerintahan bercorak ketenteraan di samping menggalakkan kegiatan ketenteraan kepada penduduk tempatan. Segala latihan dan kegiatan yang diterima oleh masyarakat Burma pada waktu itu, ia memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat sehingga meningkatkan tahap keyakinan dalam kalangan rakyat Asia Tenggara. Kesannya mudah dilihat iaitu muncul gerakan tokoh-tokoh politik Aung San yang bekerjasama dengan kuasa Barat walaupun pada awalnya bekerjasama dengan Jepun (D. G. E. Hall, 1987). 4.5.2 Ekonomi Kedatangan Jepun di Burma tidak hanya mendominasi kuasa pemerintahan malah memberi kesan langsung ke atas ekonomi Burma. Hasil daripada serangan pihak Jepun, sumber-

17

sumber semula jadi telah musnah manakala Burma mengalami krisis kekurangan bahan keperluan hidup. Serangan dari udara pula mengakibatkan kawasan-kawasan bandar telah menjadi padang jarak padang terkukur. Prestasi Jepun sebagai penjajah tercalar apabila gagal menstabilkan nilai mata wang Burma. Lebih daripada itu, Jepun gagal untuk mengeksport beras Burma dan mengimport barang-barang pengguna yang mustahak untuk masyarakat. Bermakna segala keperluan penduduk Burma pada ketika itu gagal dipenuhi oleh Jepun yang menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk Burma (D. G. E. Hall, 1987). Jepun juga menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan laut tetapi sektor pengedaran dan perdagangan runcit diberikan kepada rakyat tempatan. Hal ini menjadikan Burma mengamalkan ekonomi sara diri di samping menjadi penyumbang kepada Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya (Abu Talib Ahmad, 2000). Sistem ekonomi sara diri yang diperkenalkan oleh Jepun membebankan rakyat tempatan sehingga menyebabkan kebuluran berlaku di Burma. Menyedari situasi ini, Jepun menggalakkan petani menanam hasil tanaman yang lebih menguntungkan seperti kapas, kacang dan jut. Namun begitu, petani tidak memperdulikan saranan pihak Jepun kerana sudah terbiasa dengan cara pertanian yang mereka selalu lakukan. Atas alasan kekurangan baja, kesuburan tanah dan kekurangan tenaga buruh, penanaman kapas dilihat sebagai tidak sesuai pada ketika itu. Pertukaran sistem ekonomi dari perdagangan antarabangsa kepada sistem ekonomi sara diri, inflasi dan pengeksploitasian ekonomi oleh syarikat-syarikat Jepun ternayata membebankan rakyat serta mengakibatkan kekurangan makanan dan barangan pengguna (Abu Talib Ahmad, 2000). 4.5.3 Sosial Semasa pendudukan Jepun, kaum petani di Burma telah hilang sebahagian besar ternakan lembu mereka disebabkan oleh pihak tentera yang sangat memerlukan makanan dan merebaknya serangan wabak serangga. Sekaligus menyebabkan ekonomi Burma terjejas teruk dan rakyat hidup dalam kemiskinan, kebuluran dan menderita kerana serangan wabak penyakit (Hall, 1987). Dalam pada itu, dasar menggunakan bahasa masyarakat majoriti yang dilaksanakan oleh Jepun sebenarnya merupakan alat untuk menyatu-padukan rakyat tempatan yang tidak pernah melihat diri mereka sebagai ahli yang bermasyarakat. Namun begitu, dasar ini gagal dilaksanakan. Akibatnya konflik di antara bangsa Burmese dengan bangsa-bangsa minoriti tempatan seperti Karen, Kachin dan Chin tidak berjaya diselesaikan (Abu Talib Ahmad, 2000).

18

4.6 Kesan pendudukan Jepun di Filipina 4.6.1 Politik dan Sosio-budaya Datangnya Jepun ke Filipina tidak lain tidak bukan memperkenalkan Dasar Penjepunan. Dengan adanya Dasar Penjepunan, Jepun bertindak menghapuskan kebudayaan masyarakat tempatan. Dasar Penjepunan bermaksud penerapan budaya Jepun secara meluas dalam kehidupan masyarakat Filipina (Jan Pluvier, 1977). Jepun telah mengubah sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Tindakannya ialah dengan menutup semua sekolah dan kolej serta menghapuskan perkara-perkara yang tidak bersesuaian dengan tujuan mereka. Namun selepas itu, Jepun membuka semula sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat. Jepun juga mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dan mengisytiharkan bahasa Jepun dan Tagalog sebagai bahasa rasmi Filipina untuk masa depan. Bahasa Tagalog dimasukkan sebagai bahasa rasmi Filipina oleh Jepun untuk menaikkan semangat nasionalisme orang Filipina (Paul H. Kratoska, 2001). Namun begitu, muslihat Jepun memajukan bahasa Tagalog oleh Jepun dilihat masyarakat Filipina sebagai alasan untuk menghapuskan bahasa Inggeris dan menggantikannya dengan bahasa Jepun (Jan Pluvier, 1977). Selain itu, Pentadbiran Tentera Jepun pada 17 Februari 1942 telah memperkenalkan Prinsip Asas Pendidikan yang bertujuan menjadikan orang Filipina memahami kedudukan dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Asia Timur Raya. Tujuan lain ialah menghapuskan semua pengaruh Barat serta menggalakkan budaya Filipina yang baharu berdasarkan kesedaran bahawa mereka merupakan bangsa Asia yang melawan sifat kebendaan Barat juga menggalakkan penyebaran bahasa Jepun. Selain itu, ia juga menekankan pendidikan vokasional dan memberi inspirasi kepada penduduk Filipina bekerja untuk Order Baru (Paul H. Kratoska, 2001). Polisi pendidikan Jepun menekankan penggunaan bahasa Jepun sebagai bahasa pertuturan dalam masyarakat Filipina, menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo sebagai penghormatan terhadap negara Jepun dan rakyat diwajibkan tunduk ke arah matahari sebagai menghormati Maharaja Jepun (Paul H. Kratoska, 2001). 4.6.2 Ekonomi Peniagaan semasa pendudukan Jepun amat merugikan kerana tentera Jepun yang datang ke kedai di Filipina akan mengambil barangan tanpa membuat pembayaran. Perbuatan tentera Jepun ini bolehlah diibaratkan sebagai merompak (Jan Pluvier, 1977). Terdapat juga dalam kalangan tentera Jepun yang membayarnya namun begitu pembelian dibayar dengan wang

19

Mickey Mouse Jepun yang tidak bernilai turut memperlihatkan sifat tentera Jepun yang suka menipu peniaga-peniaga di Filipina (Jan Pluvier, 1977). Tentera Jepun juga menunjukkan taring mereka dengan merompak secara sistematik kebanyakan premis perniagaan dan rumah orang Amerika dan British. Akibat berasa lapar setelah berperang dengan gerakan penentangan Filipina, tentera Jepun merompak makanan daripada penduduk tempatan. Di samping itu, perpustakaan yang menyimpan buku mengenai undang-undang dan koleksi negara Filipina turut dirompak (Jan Pluvier, 1977). 4.7 Jepun di Thailand (Kesan Perjanjian Jepun-Thailand) 4.7.1 Politik dan Pemerintahan Thailand mengamalkan dasar pro-Jepun semasa berlakunya Perang Dunia Kedua. Hal ini kerana apabila menyokong Jepun, Thailand tidak akan dijajah oleh Jepun sebaliknya Thailand dilihat sebagai pembuka jalan kepada pendudukan Jepun terhadap negara-negara di Asia Tenggara (Abdullah Zakaria Ghazali et al., 2003). Setelah melakukan perjanjian kerjasama dengan Jepun, dasar berkecuali Thailand berubah kepada dasar pro-Jepun. Perjanjian ini pada awalnya lebih menguntungkan Thailand kerana dengan adanya perjanjian tersebut Thailand dapat meluaskan penjajahannya dengan Jepun bersedia menyerahkan kembali jajahan Thailand iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Mong Pan dan Kengtung pada tahun 1943. Selepas adanya Jepun, pentadbiran kerajaan Thailand bersifat diktator dan Phibun bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan kemakmuran negara Thailand (Abu Talib Ahmad, 1991). 4.7.2 Ekonomi Sejak kedatangan Jepun di Thailand, simpanan wang kerajaan Thailand di London dan New York dibekukan dan sekali gus mengakibatkan kejatuhan nilai baht sebanyak 33%.akibatnya urusan import dan eksport negara Thailand terhenti manakala hasil padi hanya dieksport ke negara Jepun, Tanah Melayu dan Singapura. Saudagar Jepun pula mengambil alih perusahaan yang dipegang oleh saudagar British. Usaha yang dilakukan ini telah menguntungkan Jepun dan merugikan Thailand kerana segala barangan lebihan dibawa ke Jepun. Inflasi juga berlaku dengan hebatnya dan dirumitkan lagi dengan pencetakan wang kertas yang berlebihan. Kadar inflasi sejak tahun 1939 dikatakan meningkat sebanyak 409.1%. Angka yang besar ini menyebabkan kemelesetan ekonomi yang terok. Pengeluaran teh dan getah juga merosot. Keadaan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan kegiatan pasaran gelap mengambil keuntungan yang berlebihan dan barang-barang keperluan

20

disorokkan sehingga membawa kepada rasuah yang berleluasa. Penipuan pula semakin menjadi-jadi dan dipratikkan oleh masyarakat Jepun. Tindakan menipu orang Jepun disamakan mempertahankan ibu pertiwi (Abu Talib Ahmad, 1991). 4.7.3 Sosial Di bawah kekuasaan Phibun, terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan iaitu memakai pakaian Barat lengkap dengan topi bagi lelaki dan sarung kaki bagi wanita ketika mereka keluar rumah dan terutamanya ketika menjalankan urusan rasmi di pejabat kerajaan. Walaupun peraturan ini ditentang oleh segelitir masyarakat Thailand pada ketika itu, namun peraturan ini tetap dipatuhi untuk mengelak sebarang hukuman yang akan dikenakan sekiranya masyarakat ingkar (Abu Talib Ahmad, 1991). 4.8 Kesan pendudukan Jepun di Indo-China Pendudukan Jepun di Indo-China telah menyebabkan Gabenor-Jeneral Perancis, Decoux memberikan segala sumber ekonomi Indo-China kepada Jepun. Vietnam terus ditadbir oleh Perancis. Jepun membenarkan keadaan ini setelah kerajaan Perancis menyediakan kemudahan ketenteraan dan menyerahkan sumber ekonomi Vietnam kepada pihak Jepun. Perkembangan ini menghalang peluang nasionalis untuk mengusir Perancis dari Vietnam. Perubahan politik dan sosial dapat dilihat bagaimana raja-raja Annam, Kemboja dan Luang Prabang telah diberikan martabat yang lebih tinggi dan berkuasa. Selain itu, terdapat penubuhan sekolah-sekolah baru dan rakyat Indo-China dilantik sebagai pegawai di dalam perkhidmatan kerajaan. Buktinya, Majlis Besar Perancis-Vietnam ditubuhkan dengan 30 anggota berbangsa Vietnam dan 23 lagi anggotanya terdiri daripada orang Perancis pada tahun 1943. Dalam pada itu, di ambang kekalahan Jepun, Jepun telah mengadakan satu

coup de tat pada Mac 1945 untuk mengambil alih Indo-China daripada Perancis dan
membuat kenyataan bahawa penjajahan telah tamat dan raja-raja Laos, Kemboja dan Annam telah mengisytiharkan kemerdekaan bagi negara mereka. Namun begitu, pengambilalihan ini telah mencetuskan semangat nasionalisme. Dari aspek sosial, tidak dapat dinafikan bahawa kes kematian akibat kebuluran dan penyakit meningkat semasa pendudukan Jepun (D.G.E Hall, 1987).

21

4.9 Nilai/Iktibar 4.9.1 Pemerintahan berdasarkan kebajikan rakyat Semasa pendudukan Jepun, pemerintahan bercorak ketenteraan merupakan elemen yang diterapkan di dalam pentadbiran Jepun. Pemerintahan ini menjurus kepada penerapan nilai dan cara Jepun di dalam pentadbiran (Jan Pluvier, 1977). Kesan pemerintahan ini membawa kepada kesengsaraan rakyat kerana pemerintahan bercorak ketenteraan tidak mempunyai nilai perikemanusiaan. Justeru, nilai dan pengajaran yang boleh kita lihat semasa pendudukan Jepun adalah dengan menukar sistem pentadbiran berasaskan ketenteraan kepada pemerintahan berdasarkan kebajikan rakyat. Hal ini kerana, rakyat merupakan komuniti yang membentuk negara dan rakyat juga memilih pemimpin berdasarkan corak demokrasi yang diamalkan pada hari ini. Sehubungan itu, kebajikan rakyat harus dijaga dan keperluan rakyat harus dipenuhi. Pemimpin tidak seharusnya melakukan kekasaran dan penyelewengan dalam jawatan yang boleh mengakibatkan penentangan oleh rakyat dalam negara itu sendiri. Sebaliknya, pemimpin harus prihatin dengan masalah rakyat dan tidak hanya memandang sumbangan mereka dari aspek pembangunan sahaja kerana rakyat sudah puas disogok dengan pembangunan namun keperluan mereka tidak dibela. Di samping itu, pemimpin juga harus melihat pelbagai aspek dalam pentadbiran yang boleh memudahkan dan melibatkan rakyat. Tidak seperti zaman pemerintah Jepun yang memperlihatkan bahawa pemimpin hanyalah atas nama sahaja dan rakyat hanya bertindak sebagai pengikut. Dengan keterlibatan rakyat dapatlah kita melihat tahap produltiviti masyarakat dan sumbangan mereka terhadap negara. 4.9.2 Semangat Nasionalisme Kehebatan Jepun menumbangkan kuasa-kuasa Barat dan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun merupakan dua peristiwa besar yang meniupkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan di Asia Tenggara. Semangat nasionalisme merujuk kepada semangat ingin membebaskan diri daripada penjajahan. Nasionalisme bermaksud rasa kebersamaan sebagai suatu bangsa berasaskan ikatan kewarganegaraan yang dapat membentuk satu semangat kenegaraan bersama. Melalui semangat nasionalisme inilah kita dapat membina penegasan identiti dan keperibadian serta sifat bangsa yang bertanggungjawab menentukan nasib dan masa depan sendiri, bukannya ditentukan oleh negara atau kuasa luar. Dari nasionalisme inilah lahirnya semangat patriotisme. Patriotisme 22

adalah rasa cinta dan sayang akan negara. Patriotisme menjadikan kita sanggup berkorban mempertahankan tanah air dari ancaman musuh sama ada yang datang dari dalam ataupun luar (Mohd Ayop, 2011). Dalam konteks pendudukan Jepun, dengan semangat yang ada, rakyat mampu mengusir apa sahaja halangan di hadapan untuk membebaskan tanah air daripada penjajah seterusnya memimpin negara itu sendiri. 4.9.3 Cinta Akan Negara Nilai ini terserlah apabila Jepun melaksanakan Dasar Penjepunan. Dasar Penjepunan merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Jepun untuk menghapuskan sama sekali pengaruh dan sisa-sisa kuasa Barat. Hal ini dapat dibuktikan semasa pendudukan Jepun di Filipina dengan memperkenalkan lagu kebangsaan Jepun di negara Asia Tengara. Bahasa yang digunakan dalam pendidikan di Asia Tenggara pada ketika itu serta memberi hormat terhadap Maharaja Jepun dengan melakukan tunduk hormat kepada matahari ketika lagu kebangsaan dinyanyikan (Paul H. Kratoska, 2001). Melalui peristiwa ini, dapat kita nilaikan bahawa walaupun di mana-mana sahaja tentera dan orang-orang Jepun berada, nilai cinta akan negara memang sudah tertanam dalam diri mereka. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita, warganegara Malaysia patut mencontohi nilai ini. Dalam kehidupan seharian kita boleh menerapkan nilai ini kepada generasi baru melalui kaedah yang sama iaitu menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku serta memberikan tanda hormat dengan berdiri tegak semasa lagu itu diperdengarkan. Hasil daripada amalan yang berterusan ini akan menyebabkan perwatakan yang dipupuk ini akan kekal dan terus diamalkan walaupun di mana sahaja mereka berada. Pemupukan nilai ini dari awal akan membentuk masyarakat yang tebal dengan nilai cinta akan negara. 4.9.4 Matang dalam membuat keputusan Semasa Jepun memerintah di Asia Tenggara, sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh Jepun hanya mementingkan keuntungan negara mereka sahaja. Tidak mengira keuntungan dan pendapatan negara yang dijajah, Jepun hanya mengeksport barangan ke negara mereka sendiri dari negara yang mereka duduki (Alfred McCoy, 1985). Hal ini sebenarnya tidak membenarkan pengaliran wang atau modal asing masuk ke dalam negara yang dijajah sekali gus menyebabkan ekonomi di bawah pendudukan Jepun hanya berada di takuk bawah dan tidak berkembang. Dalam hal ini, Jepun gagal memikirkan penyelesaian terbaik bagi pembangunan ekonomi di negara-negara Asia Tenggara yang dijajah oleh mereka.

23

Bagi penilaian kami, Jepun gagal membuat keputusan yang matang kerana hanya memikirkan kekuasaan mereka sahaja akan mampu dan membawa pembangunan dari pelbagai aspek terhadap negara yang mereka duduki. Namun mereka sebenarnya silap kerana pembangunan ekonomi tidak akan berkembang sekiranya hanya dilakukan untuk kepentingan Jepun sahaja. Seharusnya, keputusan yang dibuat mestilah matang dengan memandang jauh jika mereka melakukan aktiviti perdagangan dengan negara-negara lain yang memerlukan hasil dan barangan daripada mereka maka keuntungan yang lebih akan mereka perolehi. Justeru, dalam pengaplikasian dalam kehidupan sehari-hari, kematangan dalam membuat keputusan perlu kerana ia akan mencerminkan kejayaan yang bakal kita peroleh dalam jangka masa pendek dan panjang. Kita tidak harus hanya mementingkan keuntungan diri dan akhirnya apa yang dihajati tidak kesampaian kerana keputusan yang dibuat akan memberikan akibat serta kesan terhadap diri kita sendiri sama ada baik atau buruk. 5.0 PENILAIAN Kemunculan Jepun telah membuka mata dunia terutama asia apabila Negara yang dikenali dengan gelaran matahari terbit itu mampu menyaingi Barat malah mengalahkan Barat dalam masa yang sangat singkat. Semangat juang Jepun membuktikan kepada dunia bahawa Barat tidaklah sekuat mana seperti yang disanjung selama ini. Kedatangan Jepun ke negara-negara jajahan Barat yang mendadak bukanlah disebabkan mahu bersaing dengan Negara Barat semata-mata, sebaliknya adalah untuk mencari kekurangan yang wujud di Jepun seperti bahan mentah. Slogan Jepun untuk membebaskan Asia dari Barat hanya sekadar satu retorik untuk memudahkan Jepun mencapai hasrat mereka. Sebaliknya, motif utama kedatangan Jepun hanyalah untuk mengaut kekayaan yang dikecapi oleh Barat selama ini. Oleh itu, Jepun dan Barat adalah sama sahaja kerana masing-masing menjajah untuk keuntungan sendiri. Walau bagaimanapun, kedatangan Jepun mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan kerana berharap agar Jepun menjadi pembebas kepada mereka daripada belenggu penjajah Barat. Ramai yang tertipu dengan helah Jepun sehingga membangkitkan kemarahan penduduk tempatan yang kemudiannya menentang Jepun. Berikutan peristiwa penjajahan Jepun, wujud pelbagai masalah yang membantutkan sistem ekonomi serta merosakkan kehidupan masyarakat tempatan. ekonomi yang dikecapi semasa Barat adalah baik dan menggalakkan, namun kedatangan Jepun telah 24

membantutkan ekonomi kerana niat Jepun hanya untuk memajukan ekonomi di Jepun, dan bukan di tanah jajahan. Penyebaran Propaganda Jepun juga merupakan satu taktik Jepun untuk menjepunkan Asia. Oleh itu, secara amnya, Jepun adalah penjajah sama seperti Barat. Kedatangan Jepun adalah satu imperialisme dan bukan satu pembebas. 6.0 Kesimpulan Kajian terhadap sejarah kebangkitan Jepun sehingga kepada penjajahan Jepun telah menghuraikan sedikit sebanyak mengenai faktor, reaksi dan impak penjajahan Jepun. Perkara paling penting yang harus diberi perhatian dalam mengkaji sejarah ini ialah apa peranan Jepun semasa perang dunia kedua. Merungkai segala fakta telah memberi gambaran bahawa Jepun yang bangkit sebagai kuasa besar telah memberikan satu tekanan yang kuat kepada kuasa dunia terutama Amerika Syarikat dan Britain. Faktor kedatangan Jepun ke negara taklukan Barat dipengaruhi oleh faktor ekonomi terutamanya kerana keperluan yang mendadak disebabkan Jepun pada ketika itu sedang mengalami revolusi yang memerlukan banyak bahan mentah seperti bijih timah. Disebabkan oleh desakan ini, Jepun telah keluar dari negaranya untuk mencari alternatif untuk menjayakan pemodenan Jepun. Oleh kerana Jepun merupakan negara Asia, maka perjuangan mereka telah dimanipulasikan dengan menyebarkan slogan asia untuk asia untuk mendapatkan sokongan rakyat tempatan. walaupun Jepun berhasrat untuk menjadikan slogan ini sebagai batu loncatan sahaja, namun Jepun terpaksa juga akur apabila negara jajahan mla bangkit seperti yang berlaku di Burma. Kesan daripada penjajahan jepun, semangat nasionalisme telah membuak-buak dalam kalangan golongan nasionalis di Asia. Keadaan ini berlaku disebabkan rakyat mula benci dengan penjajahan sama ada Barat atau Jepun. Kebencian inilah yang telah membawa kepada kebangkitan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan.

25

Anda mungkin juga menyukai