Anda di halaman 1dari 12

Novel Tingkatan 4

PAPA.(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


SINOPSIS
BAB 1 Julia minum petang bersama pembantu rumahnya, Mak Cik Noraini. Tidak lama kemudian, mamanya (Intan Muliana) dan papanya (Jeffri) masuk ke rumah. Papa mencadangkan mama masak untuk makan malam. BAB 2 Julia terlalu sibuk dengan kerja sekolah di rumah. Mama dan papa tiada di rumah. Mak Cik Noraini mempelawanya makan bubur jagung. Julia teringat kemesraan papa yang melayan mama apabila tangan mama terkena pisau. Mak Cik Noraini menceritakan sejarah percintaan mama dengan papa. Dikatakan papa pernah gagal dalam cinta ketika belajar di university. Dikatakan juga papa pernah jatuh hati dengn seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Desa, Bidor. Perbualan mereka terputus apabila mama dan papa pulang. Kemudian, papa memberitahu yang mama sebenarnya mengandung. Mak Cik Noraini mengingatkan papa tentang komplikasi yang dihadapi mama ketika melahirkan Julia. BAB 3 Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan mama. Ketika Julia dilahirkan, menurut Mak Cik Noraini Julia menghidap demam kuning dan alah kepada susu tepung bayi, manakala mama pula tidak sedarkan diri. Mama menjelaskan, apa yang dilakukan adalah kerana keinginan suaminya yang menginginkan seorang anak lagi. Apabila papa pulang, Julia mengajak papa bermain tenis. Selepas bermain tenis, papa memperkenalkan pelajarnya di kolej, Aisyah kepada Julia yang datang melihat mereka bermain. BAB 4 Ketika mahu pulang dari sekolah, mama memarahi Julia kerana Julia meminjamkan nota Geografi kepada rakannya. Cikgu Suzie menumpang kereta mama kerana mahu ke bengkel kereta. Cikgu Suzie juga menegur sikap mama kerana mengandung lagi setelah 16 tahun tidak mengandung. Mama menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Cikgu Suzie dengan mengatakan Cikgu Suzie tidak mengerti disebabkan belum berkahwin. BAB 5 Sudah 5 bulan mama mengandung. Papa menasihati mama agar mematuhi pesanan doktor terutama dalam memakan ubat. Mak Cik Noraini terus menceritakan keadaan Julia ketika baru dilahirkan. Ketika Julia berusia sebulan tubuhnya sebesar anak kucing. Julia asyik menangis kerana kelaparan. Seorang doktor perempuan mengambil susu mama yang dalam keadaan pengsan untuk diberikan kepada Julia. BAB 6 -1-

Papa menceritakan dia selalu balik bersama pelajarnya Aisyah yang sering dating untuk bertanyakan hal pelajaran. Julia secara bergurau mencadangkan papa agar memikat gadis itu tetapi papa tidak berminat kerana kasih sayangnya terhadap mama. BAB 7 Julia melangkah ke tingkatan 5. Papa membeli dua buah katil kerana mama dikatakan akan melahirkan anak kembar. Mak Cik Noraini mengingatkan papa akan pesanan orang tua-tua agar jangan membuat persiapan terlalu awal, takut kempunan. Jam 4 pagi, Julia dikejutkan dengan perkhabaran mama mahu bersalin. Mama dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras. Papa ke hospital itu bukan kerana soal berjimat, tetapi kerana kepakaran para doktornya jika mama menghadapi kesulitan ketika bersalin kelak. Mama meminta maaf daripada papa sebelum masuk ke wad bersalin. BAB 8 Mama selamat melahirkan 2 orang anak kembar tetapi bayi yang melekat dari kepala hingga bahagian punggung itu telah meninggal dunia manakala mama banyak kehilangan darah dan kini dalam keadaan koma. Bayi itu diberi nama Ahmad dan Muhammad. Rakan mama dan rakan papa mengunjungi jenazah sebelum dikebumikan. BAB 9 Papa mengambil alih tempat mama dengan menghantar dan menjemput Julia pulang dari sekolah. Rasylan pelajar baharu sekolah ini mengambil kesempatan untuk bercakap dengan Julia. Masing-masing bertukar cerita. Rasylan mengajak untuk berjumpa Julia selepas sesi persekolahan berakhir, tetapi Julia menolak kerana mahu bertemu mama di hospital. BAB 10 Julia ke hospital melawati mama. Mama masih lagi dalam keadaan koma. Apabila tiba di rumah, Julia berpeluang melihat gambar perkahwinan mama dan papa. Julia juga terbaca surat cinta papa kepada mama pada awal perkahwinan mereka. Tahulah Julia betapa kasihnya papa terhadap mama. Mak Cik Noraini menceritakan bahawa dia adalah sepupu kepada papa. Dia pernah memiliki keluarga yang bahagia, tetapi menjelang hari raya kira-kira 17 tahun lalu, kereta yang dipandu suaminya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Bidor terlibat dalam kemalangan. Suami dan kedua-dua anaknya meninggal. Papa membawa Mak Cik Noraini tinggal bersama-samanya, jauh dari Johor agar dapat melupakan tragedi buruk itu. Di sekolah, Julia dapat merasakan rakan-rakannya begitu cemburu terhadapnya kerana dia sering menjadi contoh atas kecemerlangannya dalam pelajarn. Di rumah pula, Julia berasa begitu sunyi sejak ketiadaan mamanya. BAB 11 Mama masih koma. Mak Cik Noraini mencadangkan papa berkahwin tetapi papa masih sanggup menanti kepulangan mama. Papa kemudiannya menanyakan Julia tentang kertas peperiksaan yang akan dihadapi. BAB 12 Ketika menanti papa untuk turun makan malam bersama-sama, Julia mendapat panggilan telefon daripada Aisyah. Aisyah mengajaknya bermain tenis petang esok. Keesokan harinya pula, sekembalinya Julia dari sekolah, setelah selesai

-2-

menghadapi kertas SPM, Julia terkejut apabila papa membawa mama pulang ke rumah. Kata papa, biarpun mama masih koma, apabila mama di rumah mudah untuk dijaga. Kemudian, Julia bermain tenis dengan Aisyah. Selepas bermain, Julia dibawa ke rumah Aisyah. Berdasarkan deretan rumah, tahulah Julia bahawa Aisyah daripada keluarga berada. Apabila pulang, papa memarahi Julia kerana pulang agak lewat. Julia kemudian melihat papa bercakap-cakap dengan mama, seolah-olah mama sudah sedar daripada koma. BAB 13 Sudah 8 bulan mama dalam keadaan koma. Pada suatu hari, Rasylan datang ke rumah Julia. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal bersama ibu bapa angkatnya di Taman Seri Andalas. Ayah angkatnya Datuk Mustakim telah mengambilnya dari rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dia berusia 2 tahun. Menurut papa, kereta Datuk Mustakim telah melanggar kereta ayah dan emaknya sehinggakan orang tuanya meninggal. Sehingga kini, Datuk Mustakim tidak berani bertemu dengan ahli keluarga papa. BAB 14 Julia pulang ketika hari menjelang malam setelah membeli buku bersama-sam Rasylan. Papa melarang Julia terus berhubungan dengan Rasylan kerana latar belakang hidupnya. Supaya pertengkaran dengan papa tidak berpanjangan, Julia bersetuju merenggangkan hubungannya dengan Rasylan. BAB 15 Keputusan SPM telah diumumkan. Julia dan Rasylan memperoleh keputusan yang cemerlang. Ketika Julia mahu meraikan kejayaan di Pizza Hut, dia ternampak papanya makan bersama Aisyah. Ketika di rumah pula, Julia memberitahu papa akan hasratnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi agar suatu hari kelak boleh menjadi pakar ekonomi yang disegani. BAB 16 Julia berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA dan dia tinggal di asrama. Papa menghantar Julia pada hari pendaftaran. Julia tinggal di Asrama Siti Khadijah dan Rasylan di Asrama Usman Affan. Mereka keluar bersama-sama ke kedai buku. Sekali lagi dia ternampak papa bersama Aisyah di Starbucks Coffee. BAB 17 Mak Cik Noraini menegur sikap papa kerana terlalu rapat dengan Julia kerana Julia sudah menjadi anak gadis sunti. Jam 4 petang, papa menghantar Julia ke UIA. Rasylan memberitahu bahawa Encik Muaz al-Khalibi menyuruhnya membuat ujian DNA. Untuk kali ke-3 di Restoran A&W, Julia terserempak dengan papa dan Aisyah yang leka berbual. Hatinya berasa begitu hancur dan pecah berderai. BAB 18 Julia terdengar perbualan papa denga Mak Cik Noraini tentang hasrat papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Julia memberitahu sudah 3 kali dia terserempak papa makan bersama Aisyah. Bagi Julia, papa telah curang terhadap mama kerana mahu berkahwin lagi. Disebabkan suara Julia begitu lantang dan papa pula tidak dapat mengawal perasaan, papa menampar Julia. Awal pagi esoknya, Julia sudah mahu balik ke asrama dengan menaiki teksi. BAB 19

-3-

Rasylan memujuk Julia supaya menerima kenyataan tetapi Julia enggan menerima reality bahawa papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Rasylan menjelaskan dia sudah membuat ujian DNA dan darahnya dalam satu kelompok dengan darah Encik Muaz. Dia tetap tidak menerima lelaki itu sebagai bapa. Bagi Julia, walau siapa pun ayah Rasylan dia tetap ayah Rasylan. Beberapa hari kemudian, papa datang mahu bertemu Julia. Pada awalnya, Julia tidak mahu bertemu tetapi setelah menerima pujukan Rasylan, akhirnya dia menerimanya. Papa kemudiannya membawa Julia ke Coffee House di Hotel Paya Serai. Papa menjelaskan tujuan dia mahu berkahwin lagi supaya ada orang yang menjaganya apatah lagi papa dalam keadaan tidak sihat. Memikirkan keadaan papa, akhirnya Julia bersetuju dengan rancangan papa itu. BAB 20 Menurut Rasylan, Encik Muaz al-Khalibi tidak dapat mengawal nafsu lalu membuat perbuatan terkutuk dengan pengemas biliknya. Apabila dia tamat belajar, ditinggalkan perempuan Indonesia yang sedang mengandung itu. Apabila dia dilahirkan, dia yang masih bayi ditinggalkan di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Bandar Klang sehinggalah dia diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Bagi Rasylan, Datuk Mustakim merupakan ayahnya, bukan Encik Muaz al-Khalibi. Pada suatu petang, Julia menerima ajakan papa untuk diperkenalkan kepada calon isterinya, Aisyah. Pada hari pernikahan, Julia tidak ikut serta dengan alasan mahu menjaga mama. BAB 21 Julia dalam keadaan lemah. Fikirannya meracau. Dalam mimpinya, dia bertemu dengan Jeffri iaitu papanya tetapi dalam wajah yang berbeza. Jeffri meminta Julia menerima kenyataan yang papa sudah berkahwin lagi. Apabila dia terjaga, dia sudah berada di hospital. Julia tidak sedarkan diri apabila doktor memberikan suntikan pelali kepadanya. BAB 22 Selama 3 hari Julia terlantar di hospital. Dr. Razif menasihati Julia agar bertenang dan menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Papa dan ibu tirinya datang untuk menjemput Julia pulang. Apabila cuti berakhir, Julia meneruskan pengajiannya. Peperiksaan akhir Julia hadapi dan jika dia berjaya dia akan masuk ke kampus induk. Setelah peperiksaan berakhir, Julia melalui percutian selama 6 minggu. Pada satu malam, Aisyah masuk ke bilik mama. Papa memarahi Aisyah kerana masuk ke bilik mama tanpa berteman. Bagi papa, isteri keduanya itu perlu berteman ketika bertemu madunya untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Perang mulut berlaku tetapi akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan apabila masing-masing saling memahami. BAB 23 Julia memasuki semester ke-3. Julia mengambil kesempatan ke rumah bersama Rasylan dengan menaiki bas. Rasylan menjelaskan bahawa dia tidak akan menerima Encik Muaz al-Khalibi sebagai ayahnya. Kemunculan lelaki itu juga tidak pernah Rasylan ceritakan kepada bapa angkatnya. Seterusnya Julia dan Rasylan memperteguh janji untuk kekal setia bersama. BAB 24 Papa menegur mama yang masih koma. Kemudian mama membuka mata dan mulutnya terbuka. Mama menggerakkan tangan dan jejarinya. Bibirnya terkumat-kamit mahu menyatakan sesuatu. Mama memandang Aisyah. Papa

-4-

menceritakan kedudukan Aisyah dalam hidupnya. Daripada riak muka mama, mama seakan-akan marah. Mama mendengus kuat. Tangannya dalam genggaman papa ditarik dengan kuat. Julia mengusap rambut mama. Air mata yang mengalir dikesat dengan tisu. Tiba-tiba dada mama bergoncang dengan kencang. Mak Cik Noraini meminta diajar mama mengucap. Julia membisikkan ke telinga mama dua kalimah syahadah. Mama begitu payah mahu menyebut namun akhirnya dia berjaya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Papa membetulkan tangan mama seperti orang mahu sembahyang. Akhirnya papa menangis kesedihan menghadapi situasi tersebut.

TEMA
Pengorbanan seorang suami menghadapi isteri yang koma Cth: Intan Muliana koma setelah melahirkan dua orang anak, Ahmad dan Muhammad yang merupakan kembar siam dan suaminya tetap setia menjaganya sehinggalah Intan Muliana menghembuskan nafas yang terakhir.

PERSOALAN
Sikap prihatin sesama rakan setugas Cth: Rakan Intan Muliana dan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang baru dilahirkan: Ahmad dan Muhammad, sebelum bayi dikebumikan. Nasib anak mangsa zina Cth: Rasylan ketika masih bayi diletakkan di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Bandar Klang sehinggalah dia diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Persahabatan tanpa mengira asal usul dan status sosial. Cth: Julia walaupun mengetahui Rasylan anak luar nikah tetap berkawan dengan remaja itu kerana yang dilihatnya ialah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya. Menumpang kasih di rumah sepupu Cth: Mak Cik Noraini pernah memiliki keluarga yang bahagia, tetapi menjelang hari raya 17 tahun yang lalu, kereta yang dipandu oleh suaminya terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan suami dan kedua-dua orang anaknya terkorban lalu dia berteduh di rumah Jeffri dengan mejadi pembantu rumah keluarga tersebut.

WATAK & PERWATAKAN


Aku/Ju/Julia/Intan Juliana Anak kepada Jeffri (papa) dan Intan Muliana (mama)

-5-

Ketika Julia berusia sebulan, tubuhnya sebesar anak kucing. Julia asyik menangis kerana lapar sehinggakan seorang doktor perempuan memerah susu mamanya yang dalam keadaan pengsan untuk diberi kepada Julia Berketinggian 160cm Dia berasa sunyi apabila mamanya dalam keadaan koma Di sekolah, Julia dapat merasakan rakan-rakan begitu cemburu terhadapnya kerana dia sering menjadi contoh atas kecemerlangannya dalam pelajaran. Lulus dengan cemerlang dalam SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi UIAM Dia berkawan dengan Rasylan dan berharap persahabatan itu berakhir dengan perkahwinan. Pada mulanya, Julia menentang apabila papanya mahu berkahwin lagi tetapi akhirnya menerima kenyataan bahawa papa berasa sunyi apabila hidup tanpa teman. Papa/Jeffri Bertubuh tegap dan berketinggian 175cm Lulusan universiti luar negara Bertugas sebagai Pensyarah Ekonomi di Kolej Iktisas Dalam bab lain sebagai pensyarah bidang Sejarah di IPTA Pernah bertugas sebagai guru di sekolah yang sama dengan isterinya, Sekolah Seri Gading dan disitulah cinta mereka mula berputik Pernah putus cinta ketika belajar di universiti Pernah jatuh hati dengan seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Desa, Bidor. Ketika muda, aktif dalam permainan tenis Kasihnya terhadap isterinya yang koma tidak pernah luntur Berkahwin lagi dengan bekas pelajarnya Aisyah kerana hidupnya berasa sunyi. Mama/Intan Muliana Isteri kepada Jeffri Bertugas sebagai guru di Sekolah Seri Gading Disebabkan kasih akan suaminya, dia menurut kata suaminya agar mengandung lagi. Dia koma lebih 3 tahun setelah melahirkan anak yang bernama Ahmad dan Muhammad Setelah sedar daripada koma, dia terkejut melihatkan suaminya sudah berkahwin lagi, kemudian dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mak Cik Noraini Sepupu kepada majikannya, Jeffri. Dia pernah mempunyai keluarga yang bahagia, tetapi mejelang hari raya kira-kira 17 tahun lalu, kereta yang dipandu suaminya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Bidor terlibat dalam kemalangan. Suami dan kedua-dua anaknya terkorban. Papa membawa Mak Cik Noraini tinggal bersama-sama, jauh dari Johor agar Mak Cik Noraini dapat melupakan tragedi buruk itu. Dia menganggap keluarga Jeffri seperti keluarganya sendiri Rasylan Seorang yang cemerlang dalam pelajaran dan berharap persahabatannya bersama Julia berakhir dengan perkahwinan.

-6-

Tinggal bersama keluarga angkatnya di Taman Seri Andalas. Apabila Raylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Bandar Klang sehinggalah dia diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Menurut Encik Muaz al-Khalibi, Rasylan lahir gara-gara sikapnya yang tidak dapat mengawal nafsu lalu melakukan perbuatan terkutuk dengan pengemas biliknya. Aisyah Bekas pelajar Jeffri dan akhirnya berkahwin dengan pensyarahnya itu. Bersikap penyayang sehinggakan anak tirnya, Julia menyayanginya.

PLOT
Permulaan Julia minum petang bersama pembantu rumahnya, Mak Cik Noraini. Tidak lama kemudian, mamanya (Intan Muliana) dan papanya (Jeffri) masuk ke rumah. Papa mencadangkan mama memasak untuk makan malam. Julia teringat kemesraan papa yang melayan mama apabila tangan mama terkena pisau. Mak Cik Noraini menceritakan sejarah percintaan mama dengan papa. Papa memberitahu bahawa mama mengandung. Mak Cik Noraini mengingatkan papa tentang masalah yang dihadapi mama ketika melahirkan Julia. Mama menjelaskan bahawa apa yang dilakukan kerana keinginan suaminya menginginkan seorang anak lagi.

Perkembangan Cikgu Suzie menumpang kereta mama kerana mahu ke pusat servis kereta. Dalam perjalanan, Cikgu Suzie juga menegur sikap mama kerana mengandung lagi setelah 16 tahun tidak mengandung. Mama menolak hujah-hujah Cikgu Suzie dengan mengatakan Cikgu Suzie tidak mengerti kerana belum berkahwin. Sudah lima bulan mama mengandung. Papa menasihati mama agar mematuhi pesanan doktor terutama dalam memakan ubat. Mak Cik Noraini terus menceritakan keadaan Julia ketika baru dilahirkan. Papa membeli dua buah katil kerana mama dikatakan akan melahirkan anak kembar. Jam 4.00 pagi, Julia dikejutkan dengan perkhabaran mama mahu bersalin. Mama dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras. Mama selamat melahirkan anak kembar tetapi bayi yang melekat dari kepala hingga ke bahagian punggung itu meninggal dunia. Manakala mama banyak kehilangan darah dan kini dalam keadaan koma. Bayi itu diberi nama Ahmad dan Muhammad. Rakan papa dan mama datang mengunjungi jenazah sebelum dikebumikan. Perumitan Papa mengambil alih tempat mama dengan menghantar dan menjemput Julia dari sekolah. Rasylan pelajar baharu di sekolah mengambil peluang untuk berkenalan dengan Julia. Masing-masing bertukar cerita. Julia berpeluang melihat gambar perkahwinan mama dan papa. Julia juga terbaca surat cinta papa kepada mama pada awal perkahwinan mereka. Tahulah Julia betapa kasihnya papa kepada mama. Di sekolah, Julia dapat merasakan rakan-rakannya begitu cemburu terhadapnya kerana dia sering menjadi contoh atas kecemerlangannya dalam pelajaran. Di rumah pula, Julia berasa begitu sunyi sejak ketiadaan mamanya. Mak Cik Noraini mencadangkan papa berkahwin tetapi papa masih -7-

sanggup menanti kepulangan mama. Papa kemudiannya menanyakan Julia tentang kertas peperiksaan yang akan dihadapi. Setelah selesai menghadapi kertas SPM, Julia terkejut apabila papa membawa mama pulang ke rumah. Kata papa, biarpun mama masih koma, apabila mama di rumah mudah untuk dijaga. Pada suatu hari, Rasylan datang ke rumah Julia. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal bersama ibu bapa angkatnya di Taman Seri Andalas. Ayah angkatnya Datuk Mustakim telah mengambilnya dari rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dia berusia 2 tahun. Menurut papa, kereta Datuk Mustakim telah melanggar kereta ayah dan emaknya sehinggakan orang tuanya meninggal. Sehingga kini, Datuk Mustakim tidak berani bertemu dengan ahli keluarga papa. Papa tidak berkenan Julia menjalinkan hubungan dengan Rasylan kerana latar belakang hidupnya. Supaya pertengkaran dengan papa tidak berpanjangan, Julia berjanji akan merenggangkan hubungannya dengan Rasylan. Keputusan SPM telah diumumkan. Julia dan Rasylan memperoleh keputusan yang cemerlang. Ketika Julia mahu meraikan kejayaan di Pizza Hut, dia ternampak papanya makan bersama Aisyah. Ketika di rumah pula, Julia memberitahu papa akan hasratnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi agar suatu hari kelak boleh menjadi pakar ekonomi yang disegani. Julia berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA dan dia tinggal di asrama. Papa menghantar Julia pada hari pendaftaran. Julia tinggal di Asrama Siti Khadijah dan Rasylan di Asrama Usman Affan. Mereka keluar bersama-sama ke kedai buku. Sekali lagi dia ternampak papa bersama Aisyah di Starbucks Coffee. Mak Cik Noraini menegur sikap papa kerana terlalu rapat dengan Julia kerana Julia sudah menjadi anak gadis sunti. Jam 4 petang, papa menghantar Julia ke UIA. Rasylan memberitahu bahawa Encik Muaz al-Khalibi menyuruhnya membuat ujian DNA. Untuk kali ke-3 di Restoran A&W, Julia terserempak dengan papa dan Aisyah yang leka berbual. Hatinya berasa begitu kecewa. Klimaks Julia terdengar perbualan papa dengan Mak Cik Noraini tentang hasrat papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Julia memberitahu sudah 3 kali dia terserempak papa makan bersama Aisyah. Bagi Julia, papa telah curang terhadap mama kerana mahu berkahwin lagi. Disebabkan suara Julia begitu lantang dan papa pula tidak dapat mengawal perasaan, papa menampar Julia. Awal pagi esoknya, Julia sudah mahu balik ke asrama dengan menaiki teksi.Rasylan memujuk Julia supaya menerima kenyataan tetapi Julia enggan menerima reality bahawa papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Rasylan menjelaskan dia sudah membuat ujian DNA dan darahnya dalam satu kelompok dengan darah Encik Muaz. Dia tetap tidak menerima lelaki itu sebagai bapa. Bagi Julia, walau siapa pun ayah Rasylan dia tetap ayah Rasylan. Beberapa hari kemudian, papa datang mahu bertemu Julia. Pada awalnya, Julia tidak mahu bertemu tetapi setelah menerima pujukan Rasylan, akhirnya dia menerimanya. Papa kemudiannya membawa Julia ke Coffee House di Hotel Paya Serai. Papa menjelaskan tujuan dia mahu berkahwin lagi supaya ada orang yang menjaganya apatah lagi papa dalam keadaan tidak sihat. Memikirkan keadaan papa, akhirnya Julia bersetuju dengan rancangan papa itu. Peleraian Pada suatu petang, Julia menerima ajakan papa untuk diperkenalkan kepada calon isterinya, Aisyah. Pada hari pernikahan, Julia tidak ikut serta dengan alasan mahu menjaga mama. Selama 3 hari Julia terlantar di hospital. Dr. Razif menasihati Julia agar bertenang dan menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Pada satu malam, Aisyah masuk ke bilik mama. Papa memarahi Aisyah

-8-

kerana masuk ke bilik mama tanpa berteman. Bagi papa, isteri keduanya itu perlu berteman ketika bertemu madunya untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Papa menegur mama yang masih koma. Kemudian mama membuka mata dan mulutnya terbuka. Mama menggerakkan tangan dan jejarinya. Bibirnya terkumat-kamit mahu menyatakan sesuatu. Mama memandang Aisyah. Papa menceritakan kedudukan Aisyah dalam hidupnya. Daripada riak muka mama, mama seakan-akan marah. Mama mendengus kuat. Tangannya dalam genggaman papa ditarik dengan kuat. Julia mengusap rambut mama. Air mata yang mengalir dikesat dengan tisu. Tiba-tiba dada mama bergoncang dengan kencang. Mak Cik Noraini meminta diajar mama mengucap. Julia membisikkan ke telinga mama dua kalimah syahadah. Mama begitu payah mahu menyebut namun akhirnya dia berjaya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Papa membetulkan tangan mama seperti orang mahu sembahyang. Akhirnya papa menangis kesedihan menghadapi situasi tersebut.

TEKNIK PENCERITAAN
Teknik pemeri Menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran ataupun pendirian watak dalam membincangkan sesuatu isu. o Cth: Aku tahu ketika itu Rasylan perlukan seseorang tempat dia mengadu cerita dan sekali gus tempat dia hendak bermanja. Walaupun keadaan kami terlalu berbeza namun naluri kami perlukan sesuatu yang sama. Teknik dialog Melahirkan pendapat watak tentang sesuatu isu. Kebiasaannya hanya hal penting sahaja dinyatakan dalam bentuk dialog o Cth: Itulah sebabnya papa perlukan seorang kawan untuk mengingatkan papa tarikh pertemuan dengan doktor dan seumpamanya. Papa seorang nak buat semua tu, papa dah tua, dah tak larat, kata papa lagi mengeluh. Dia bermain dengan emosiku. Dia tahu aku akan kalah di situ. Teknik imbas kembali Mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang dialami oleh watak. Pembaca dapat menggambarkan sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan watak terganggu. o Cth: Menurut kata mama lagi, papa sering menjadi rebutan dan kerlingan manja gadis-gadis yang sebaya dengannya. Telah acap kali juga mama merajuk disebabkan gadis-gadis yang tidak segansegan menegur papa. Papa dengan sifat pemalunya yang menebal dalam diri juga sering serba salah kerana sering terjerat dek perasaan sendiri. Teknik monolog Menggambarkan watak sedang berkata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira atau duka. Dalam novel ini, Jeffri melahirkan rasa gembiranya kepada Julia yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM, lalu diluahkan rasa gembira itu di hadapan isterinya yang sedang koma. Lia. Hari ini keputusan SPM dah diumumkan dan Julia telah mendapat keputusan yang baik. Dia nak memohon masuk ke matrikulasi di UIA. Dia nak ambil kursus ekonomi dan

-9-

mengharapkan agar dapat menjadi seorang pakar ekonomi yang disegani dan dihormati. Bukankah itu yang Lia harapkan dari dulu, sayang?

LATAR
Latar Masyarakat Masyarakat yang sanggup berkorban kerana kasih terhadap isteri Cth: Jeffri tetap setia menjaga dan menyayangi isterinya, Intan Muliana walaupun isterinya itu dalam keadaan koma dan dia menjaga isterinya itu lebih tiga tahun sehinggalah isterinya itu menghembuskan nafas yang terakhir. Masyarakat yang prihati dan peka terhadap keadaan sekeliling Contohnya ketika selapas solat Maghrib, Jeffri banyak menghabiskan masa dengan berdialog dengan isternya yang masih koma. Masyarakat yang bersikap belas kasihan terhadap bayi walaupun hasil daripada perbuatan zina. Cth: Rasylan diletakkan di tepi longkang besar berhampiran sebuah masjid di Bandar Klang ketika masih bayi dan dia kemudiannya diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil olah Datuk Mustakim. Masyarakat yang menjalinkan perhubungan tanpa mengira asal usul dan status sosial. Cth: Julia walaupun mengetahui Rasylan anak luar nikah tetap berkawan dengan remaja itu kerana yang dilihatnya ialah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya. Latar Tempat Pusat Matrikulasi UIA Cth: Tempat Julia dan Rasylan belajar setelah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Rumah keluarga Jeffri Cth: Julia tinggal bersama keluarganya; papa, mama, dan Mak Cik Noraini. Mamanya pula diletakkan di dalam bilik selama lebih tiga tahun kerana tidak sedarkan diri. Padang tenis Cth: Julia bermain tenis bersama papanya dan kemudian dengan Aisyah. Latar Masa Waktu Siang Contohnya ketika Julia bermain tenis bersama papanya, kemudian dengan Aisyah Waktu Malam Contohnya ketika selapas solat Maghrib, Jeffri banyak menghabiskan masa dengan berdialog dengan isternya yang masih koma.

- 10 -

Mengambil masa lebih 3 tahun Contohnya ketika jika dikira sejak Julia berada di tingkatan 4 sehinggalah Julia memasuki semester ke-3 di UIA barulah mamanya meninggal dunia.

NILAI
Kasih sayang Cth: Jeffri tetap menyayangi isterinya walaupun isterinya itu dalam keadaan koma dan dia menjaga isterinya itu lebih tiga tahun sehinggalah isterinya itu menghembuskan nafas yang terakhir. Prihatin Cth:Keluarga Jeffri menerima Mak Cik Noraini yang menghadapi tekanan jiwa akibat suami dan dua orang anaknya meninggal dunia dengan menjadikannya sebagai pembantu rumahnya. Berdikari Cth: Julia tinggal di asrama tempatnya belajar di Kolej Matrikulasi UIA kerana keinginan hidup berdikari tanpa menyusahkan orang tuanya. Hormat menghormati Cth: Walaupun Julia tahu Rasylan anak luar nikah tetapi dia tetap menghormati remaja itu kerana yang dilihatnya ialah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya, Semangat bermasyarakat Cth: Rakan serta keluarga Intan Muliana dan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang baru dilahirkan: Ahmad dan Muhammad, sebelum bayi dikebumikan.

PENGAJARAN
Seorang suami perlulah menjalankan tanggungjawab menjaga isteri dalam keadaan susah dan senang. Cth: Intan Muliana koma setelah melahirkan dua orang anak: Ahmad dan Muhammad yang merupakan kembar siam dan suaminya tetap setia menjaganya sehinggalah Intan Muliana menghembuskan nafas yang terakhir. Kita hendaklah bersimpati dan prihatin dengan nasib malang rakan setugas. Cth: Rakan Intan Muliana dan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang baru dilahirkan: Ahmad dan Muhammad, sebelum bayi dikebumikan. Kita janganlah menambah dosa terhadap perbuatan yang pernah kita lakukan. Cth: Sikap ibu Rasylan yang meletakkannya di tepi lonkang besar berhampiran sebuah masjid di Bandar Klang ketika Rasylan masih bayi untuk menutup malu lantaran perbuatannya berzina janganlah kita ikuti.

- 11 -

Kita hendaklah memilih kawan berdasarkan keperibadian dan akhlaknya bukan semata-mata kerana latar belakang dan status sosialnya. Cth: Julia walaupun mengetahui Rasylan anak luar nikah tetap berkawan dengan remaja itu kerana yang dilihatnya ialah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya.

- 12 -