Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2011 HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA TUTOR

: : : : : :

JAMAL BIN DALEL 661266135735002 661206-13-5737 0198360200 jamaldalel@yahoo.com MOGD PAUZI BIN MOHD YUSOF

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA 1. PENGENALAN 2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BAHASA TIDAK SOPAN. 3. ANALISIS BAHASA TIDAK SOPAN 4. CADANGAN MENGATASI BAHASA TIDAK SOPAN 5. KESIMPULAN 6. RUJUKAN

HALAMAN 2-3

3-6 7-9 9 - 12 12 - 13 14

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

1.0 PENGENALAN 1.1 DEFINISI

Bahasa memainkan peranan yang amat penting kepada manusia. Tanpa bahasa amat sukar untuk seseorang untuk berhubung. Bahasa secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai lambang bunyi suara yang digunakan untuk perhubungan antara manusia. Petada (1981) dalam Abdullah Yusuf (2010) mentakrifkan bahasa sebagai alat komunikasi dan makhluk sosial yang suka bersosial; iaitu bersosial untuk kebaikan, mesti bermakna dan difahami oleh semua pengguna bahasa tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bahasa bermaksud sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia ( di antara seorang individu dengan yang lain). Bahasa tidak sopan yang juga dikenali sebagai bahasa kasar yang merupakan salah satu aspek yang terdapat di dalam bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007), kasar bermaksud tidak tertib (sopan santun, beradab) tidak lemah lembut. Jadi bahasa kasar bolehlah ditakrifkan sebagai bahasa yang tidak tertib, tidak bersopan santun dan tidak beradab. Bahasa kasar menujuk kepada ungkapan yang mengaibkan orang lain dengan menggunakan kata-kata yang tidak senonoh. Selain itu, ada yang mengaitkan bahasa tidak sopan ini dengan bahasa kesat iaitu merujuk kepada bahasa yang menyakitkan atau menimbulkan kemarahan. Selain itu, terdapat juga istilah disfemisme merujuk kepada bahasa kasar. Disfemisme menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) bermaksud ungkapan atau kata yang kasar untuk menggantikan ungkapan atau kata yang halus (lembut dan sopan). Susilo Ummi, Markhamah dan Atiqa Sabardila (2010), menjelaskan maksud disfemisme sebagai kata yang berasal daripada kata eufemisme yang menerima imbuhan `dis yang bermaksud tidak. Eufemisme berasal daripada bahasa Yunani euphimismos. Eu bermaksud baik, phimi bermaksud perkataan dan ismos bermaksud tindakan. Jadi disfemisme bolehlah disifatkan keterbalikan daripada eufemisme iaitu bahasa yang halus. Lebih jelas, disfemisme diertikan sebagai perkataan yang tidak sopan, kasar atau perkataan yang tidak manis digunakan. Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar sering dikaitkan juga dengan kata tabu. Kata tabu di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang dilarang, pantang-larang 3

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

atau yang dilarang atau ditegah daripada dipercakapkan. Mengikut Tesaurus Linguistik Bahasa Melayu, tabu ialah suatu keadaan untuk mengelakkan penggunaan kata yang tidak sopan atau dilarang. Manakala menurut S. Nathesan (2011), tabu menandakan sesuatu yang dilarang atau sesuatu yang tidak dibenarkan. Tabu dalam bahasa merujuk kepada suatu keadaan yang menjadi sempadan atau sekatan kepada anggota masyarakat agar mereka tidak menggunakan bahasa atau perkataan tertentu dengan sewenang-wenangnya. Walau apa pun istilah yang digunakan sama ada bahasa tidak sopan, bahasa kasar , bahasa kesat, tabu atau disfemisme tetap merujuk kepada aspek kesantunan dalam berbahasa. Sesungguhnya kesantunan dalam berbahasa masyarakat Malaysia pada masa kini kian membimbangkan. Kita mungkin pernah mendengar anak-anak muda menggunakan bahasa yang tidak sopan seperti celaka, pergi mampus atau menggelarkan seseorang dengan nama binatang seperti babi. Yang lebih menyedihkan mereka menggunakan bahasa sebegini kepada orang tua hatta ibu bapa sendiri. Jadi ke mana hilangnya nilai timur yang kita agungkan selama ini. Adakah ungkapan `indah budi kerana bahasa masih sesuai lagi digunakan. 2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BAHASA TIDAK SOPAN 2.1 FAKTOR DALAMAN 2.1.1 PERASAAN MARAH Salah satu faktor yang paling kerap menyebabkan berlakunya bahasa tidak sopan atau disfemisme adalah apabila berada dalam keadaan marah. Menurut kamus Dewan edisi keempat(2007), marah bermaksud perasaan panas hati, berang, gusar, murka. Apabila berada dalam emosi marah, seseorang amat sukar mengawal emosi dan akal fikirannya. Dalam keadaan tertentu seseorang sukar mengawal tingkah lakunya. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia dalam info sihat menjelaskan bahawa marah menyebabkan seseorangh menjadi agresif secara lisan atau fizikal. Maka, sebagai cara melepaskan kemarahan seseorang lebih mudah menuturkan kata-kata berunsur disfemisme. Emosi marah muncul kerana wujudnya gangguan terhadap seseorang. Gangguan yang menyebabkan munculnya kata berunsur disfemisme atau tidak sopan ini dapat dikelas kepada 2 jenis iaitu gangguan fizikal dan gangguan bukan fizikal. Antara bentuk gangguan fizikal yang sering menimbulkan perasaan marah seterusnya melahirkan bahasa tidak sopan 4

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

adalah apabila dicelakakan tubuh badan seperti dipukul, dicubit, ditampar atau ditendang. Mangsa yang dicelakakan tubuh badannya itu kerap menggunakan bahasa tidak sopan seperti celaka, kurang ajar, puki mak . Terdapat juga mangsa yang membandingkan lawannya dengan binatang seperti babi, anjing. Manakala gangguan bukan fizikal yang biasa terjadi adalah seperti diejek, dihina, diajuk dan ditempelak. Gangguan ini akan menyebabkan emosi seseorang terganggu dan dalam keadaan begini seseorang lebih mudah melahirkan bahasa yang menyakitkan telinga. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. (Abdullah Sukor Shaari et-al, 2003). 2.1.2 STRES /TEKANAN

Stres atau tekanan juga boleh menyumbang kepada pengucapan bahasa tidak sopan. Tekanan bermaksud sesuatu yang menekan dengan kuat,desakan, paksaan. ( kamus Dewan, 2007). Menurut Hans Selye (1976) dalam Borhan Yusof et. al ( 2011), stress boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan suatu peristiwa yang berlaku kepadanya. Stres muncul apabila seseorang menghadapi sesuatu yang dirasakan di luar kawalannya. Misalnya stress atau tekanan di tempat kerja kerana banyak tugasan yang belum disiapkan. Bahasa tidak sopan ini biasanya muncul apabila seseorang diberi tugasan tambahan. Apabila mengalami situasi begini, seseorang mungkin melepaskan tutur kata seperti gila, mampu atau tidak ada hati perut. Tekanan juga dialami oleh kaum ibu yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Dengan kerja di rumah yang tidak pernah selesai seperti menjaga bayi, mengemas rumah, mencuci pakaian, menyediakan makanan di samping mengurus suami dan anak-anak, tekanan kerap terjadi. Maka terdengarlah pengucapan seperti , Apa, abang ingat saya kuli. Saya ini manusialah bang, bukan mesin

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

2.1.3 KURANG PENGETAHUAN TENTANG TATASUSILA BAHASA MELAYU Pengetahuan yang sangat sedikit tentang kesantunan Bahasa Melayu turut menyumbang kepada penggunaan bahasa tidak sopan. Perkara semakin teruk apabila pengetahuan tentang budaya orang Melayu amat sedikit. Menurut Asmah Hj Omar (2002) kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatasusila bahasa Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa.Perkara ini biasanya terjadi kepada mereka yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu. Mereka yang tidak terdedah dengan budaya masyarakat Melayu juga tergolong dalam kelompok ini. Mungkin kita pernah terdengar seorang pelajar bukan Melayu menggunakan kata ganti nama Kau untuk gurunya. Misalnya, Cikgu, kau hendak ke mana?. 2.2 FAKTOR LUARAN PENGARUHI KELUARGA

2.2.1

Kita semua mengetahui bahawa ibu bapa merupakan orang yang banyak mendedahkan bahasa kepada anak-anak mereka. Menurut Tarigan, (1986) dalam Abdullah (2010), bahasa itu diperolehi daripada sumber yang pertama iaitu ibu bapa, kemudian menghasilkan satu tatabahasa baru dan dikuasai oleh kanak-kanak, contohnya apabila kanak-kanak meminta air, `ibu air ia membawa maksud ` ibu minta air. Bagaimana kalau ibu bapa tersebut menggunakan bahasa tidak sopan dalam perbualan mereka? Pasti anakanaknya akan terdidik dengan bahasa yang tidak sopan itu. Jadi, apabila berkomunikasi dengan orang lain, anak tersebut akan menggunakan bahasa tidak sopan juga. Akhirnya kebiasaan ini akan terbawa-bawa oleh anak. 2.2.2 PENGARUH RAKAN SEBAYA

Faktor lain yang menyebabkan lahirnya bahasa tidak sopan ialah pengaruh rakan sebaya. Mustafa Fahmi (1971) dalam Azizi yahaya et al (2005) menyatakan remaja cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Remaja di 6

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

peringkat awalan ini akan bersungguh mencuba bertingkah laku seperti tingkahlaku kumpulannya. Remaja ini juga akan melakukan atau membuat apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya. Muhd. Mansur Abdullah et.al (1988) dalam Azizi Yahaya et.al (2005) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Jadi kita dapat mengetahui kuatnya pengaruhi rakan sebaya ini. Suatu yang menarik tentang remaja ialah tentang gaya bahasa atau percakapan mereka. Remaja cenderung menggunakan bahasa tidak sopan kerana ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pergaulan bersama rakan masing-masing. Kadang kala pengucapan bahasa kasar dalam kalangan mereka sebagai cara mengelak mesej yang ingin disampaikan diketahui oleh generasi terdahulu. Bahasa kasar ini digunakan dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. . 2.2.3 PENGARUH MEDIA

Pada era dunia tanpa sempadan ini, hubungan manusia dengan media semakin erat terutama sekali media elektronik. Media Elektronik seperti televisyen, internet, dan telefon bimbit seolah-olah menjadi barang keperluan. Malangnya penggunaan bahasa kasar yang terdapat dalam media ini memberi kesan kepada gaya bahasa penggunanya terutama kanakkanak dan remaja. kanak-kanak dan remaja akan lebih bersuara lantang dan suka Kata-kata yang terdapat dalam mengeluarkan kata-kata yang menyakiti orang lain.

rancangan televisyen seperti drama swasta turut mempengaruhi mereka menggunakan bahasa sedemikian. Selain itu rancangan hiburan yang lantang mengkritik persembahan peserta seperti Malaysian Idiol, Akademi Fantasia dan sebagainya turut menjadi sasaran kanak-kanak dan remaja mengeluarkan kata-kata yang lebih terbuka sehingga menyebabkan rakan mereka berasa tersinggung dan seterusnya menghadapi konflik. Menurut I wayan Pastika. (2008), pihak yang terlibat dengan televisyen di Indonesia menganggap penggunaan bahasa kasar di dalam rancangan televisyen perkara biasa. Dan, bahasa kasar diikuti oleh aksi ganas dipertontonkan pada saat anak-anak menggunakan waktunya untuk menikmati siaran televisyen.

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

3.0 ANALISIS BAHASA TIDAK SOPAN. 3.1 BAHASA HINAAN Salah satu bentuk bahasa tidak sopan yang sering dilafazkan ialah bahasa hinaan. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), hinaan bermaksud perihal merendahkan taraf , kedudukan atau pangkat seseorang. Biasanya penggunaan bahasa ini dikaitkan dengan penggunaan sesuatu yang tidak elok. Misalnya menyamakan dengan binatang. Antara binatang yang sering digunakan ialah monyet. Binatang ini digunakan kerana sifat yang kurang menyenangkan. Kamu semua ini macam monyet. Dalam ayat di atas, macam monyet bukan merujuk kepada persamaan fizikal orang yang lawan bercakap dengan fizikal monyet. Sebaliknya menyamakan perlakuan orang tersebut dengan kelakuan monyet yang kurang menyenangkan dan menyakitkan hati. Bermaknanya perilaku mereka yang kurang menyenangkan seperti mandar-mandir, bising tidak tentu hala disamakan dengan perilaku monyet yang tidak pernah duduk diam. Babi betul budak ini. Hei, anjing nyah kau dari sini. Dalam ayat di atas pula, anjing dan babi digunakan kerana sifatnya yang menjijikan dan diharamkan dalam Islam. Penggunaan perkataan anjing dan babi di dalam ayat tersebut bermaksud seseorang itu telah melakukan perbuatan yang keji dan sangat dibenci. 3.2 BAHASA EJEKAN Bahasa tidak sopan jenis ini pula digunakan untuk memperolok-olokkan atau mempersendakan seseorang. Ejekan bermaksud perbuatan mempersenda, mempermainkan, memtertawakan orang dengan mengajuk atau mengeluarkan kata-kata yang memarahkan. (Kamus Dewan edisi 4, 2007). Biasanya perkataan yang digunakan bunyi agak kasar dan menyinggung perasaan seseorang. Misalnya dalam ayat di bawah, Bila nak selesai muntah darah tu.

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

Dalam ayat di atas, muntah darah membawa maksud makan. Tetapi penggunaan muntah darah dalam ayat tersebut mengejek seseorang berkenaan tabiatnya yang kuat makan. Eh, engkau tidak ada kerja lain, asyik membuta saja. Dalam ayat di atas pula membuta bermaksud tidur. Penggunaan membuta mengejek seseorang tentang tabiatnya yang suka tidur. 3.3 BAHASA LUCAH Bahasa jenis ini banyak menggunakan anggota badan manusia terutama anggota seksual manusia. Anggota badan yang selalu digunakan ialah kemaluan, buntut,dubur, dan buah dada. Dalam masyarakat Malaysia terutama masyarakat Melayu bercakap tentang anggota seksual secara terus terang adalah tidak sopan. Bahasa yang halus digunakan untuk merujuk kepada anggota tersebut. Jadi,bahasa berikut boleh dianggap bahasa tidak sopan, Pukimak kau Dalam ayat di atas pukimak bermaksud anggota kemaluan emak. Bahasa ini dilafazkan apabila berada dalam emosi yang amat marah. Dalam emosi normal, penggunaan kata berdasarkan anggota badan tersebut juga dianggap tidak sopan. Misalnya dalam ayat di bawah, Pantat kamu terlalu besar sebab itulah seluar itu tidak muat Dalam ayat di atas, pantat bermaksud punggung. Penggunaan pantat agak tidak sopan dan membawa maksud lucah bagi sesetangah dialek di Malaysia. Jadi untuk mengurangkan tahap ketidaksopanan maka kata punggung lebih sesuai. Kanser tetek merupakan ancaman utama kepada kaum wanita Kata tetek dalam ayat di atas sungguh tidak sopan digunakan. Perkataan ini boleh menimbulkan emosi marah dan malu kepada wanita. Kata tetek lebih sesuai digantikan dengan kata payu dara 3.4 BAHASA HERDIKAN Apabila berada dalam emosi yang marah kita kerap melafazkan kata yang kasar dan keras. Menurut kamus Dewan, bahasa yang sebegini dipanggil herdikan. Herdikan juga

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

dikenali sebagai tengking atau menghamun. Herdikan akan dilafazkan dengan nada yang agak keras dan nyaring. Ayat di bawah ini menggambarkan herdikan, Di tepi jalan aku pungut engkau. Ini balasan kau kepada aku. Penggunaan kata tepi jalan dalam ayat di atas menggambarkan tempat yang hina. Kemudian,ditambah dengan penggunaan kata pungut menguatkan lagi tahap kehinaan tersebut. Kata pungut juga bermaksud mengutip sesuatu yang ada di bawah. Dan, jarang digunakan untuk manusia. Aku menyampah tengok muka kau. Sekarang berhambus kau dari sini Dalam ayat di atas kata menyampah digunakan membayangkan kebencian yang amat sangat. Menyampah bermaksud berasa benci, meluat atau jijik. Manakala kata berhambus membawa maksud pergi atau nyah. Berhambus mengarahkan sesorang pergi dengan kasar. 4.0 CADANGAN MENGATASI BAHASA TIDAK SOPAN Sebenarnya masalah bahasa tidak sopan ini sudah lama berlarutan. Masalah ini semakin serius apabila terjadi kes jenayah di sekolah yang berpunca daripada faktor bahasa tidak sopan. Lantaran itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah melancarkan Kempen Budi bahasa. Antara tujuan kempen ini adalah untuk membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai semangat bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama serta cinta akan negara. Kempen tersebut telah dirasmikan oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 1 Januari 2005. Jadi, pihak kerajaan telah membuka jalan untuk mengatasi masalah bahasa tidak sopan ini. Sekarang peranan kita sebagai rakyat untuk menjayakan kempen Budi Bahasa ini agar kempen ini mencapai objektifnya. 4.1 PERANAN IBU BAPA Hasrat melahirkan warganegara yang berbudi bahasa tidak akan tercapai tanpa segenap lapisan masyarakat terutama ibu bapa. Ibu dan bapa perlu memainkan peranan dalam memberi bimbingan berbahasa kepada anak-anak sebelum anak mereka memulakan alam persekolahan formal. Ibu dan bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak mereka. Justeru, pengaruh ibu bapa terhadap perkembangan bahasa anak-anak amat kuat. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemaikan bahasa yang 10

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

sopan di rumah. Kata orang melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Percakapan antara ibu dengan bapa, antara ibu bapa dengan anak atau percakapan antara ahli keluarga perlu menggunakan bahasa yang sopan. Perkara ini sedikit sebanyak dapat dicontohi anak-anak dalam berbahasa. Bahasa yang kasar atau disfemisme hendaklah dielakkan kerana ini akan mempengaruhi pembentukan jiwa anak-anak. Sebaliknya bahasa yang halus dan sopan hendaklah selalu digunakan. Anak-anak hendaklah dibiasakan dengan penggunaan bahasa yang lebih sopan. Apabila sudah meningkat dewasa nanti anak-anak ini turut menggunakan kata-kata yang biasa didengar di rumah. Selain itu, ibu bapa hendaklah menggunakan kata ganti nama diri atau kata pangguilan yang sesuai mengikut konteksnya. Penggunaan kata ganti nama diri perlu digalakkan tanpa mengira usia dan taraf sosial mereka. Penggunaan kata sapaan seperti tok, pak cik mak cik encik dan puan dapat menyerlahkan bahasa yang lebih sopan. Malah kata sapaan untuk ahli keluarga juga perlu ditekankan seperti abang. kakak atau adik. Selain penggunaan kata ganti nama yang sopan, pendedahan kepada nada pengucapan yang redah dan lembut perlu juga didedahkan kepada anak-anak. 4.2 PERANAN PIHAK SEKOLAH Kita sedia maklum kanak-kanak juga banyak menghabiskan masa di sekolah. Maka, peranan pihak sekolah terutama guru amat penting dalam membentuk bahasa yang sopan dalam kalangan murid-murid. Sebagai institusi pendidikan formal , sekolah dipertanggungjawabkan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, inteleks dan social. Ini sudah terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Ini bermakna pihak sekolah perlu memberi pelajar ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di samping melahirkan pelajar yang berkeperibadian mulia dan pelajar yang berbudi bahasa apabila berbicara. Dalam sukatan pelajaran kebanyakan mata pelajaran terselit penerapan nilai murni. Ini bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerapkan aspek nilai-nilai murni. Tetapi apa yang berlaku kepada kebanyakan pengajaran pembelajaran guru, aspek ilmu pengetahuan terlalu diutamakan sehingga aspek nilai murni langsung tidak disentuh. Mungkin sistem pendidikan kita yang terlalu mementingkan pencapaian dalam peperiksaan 11

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

menjadi punca hal ini berlaku.Sudah tiba masanya penerapan nilai murni dalam pengajaran pembelajaran guru dititikberatkan tanpa meminggirkan isi pelajaran. Mengharapkan guru sahaja memupuk bahasa yang sopan dalam kalangan murid merupakan pemahaman yang salah. Sebaliknya, mereka yang berada di sekeliling murid seperti pihak pentadbir dan kakitangan sokongan sepatutnya mengamalkan amalan bahasa yang sopan dalam komunikasi mereka. Langkah ini penting untuk memudahkan murid menghayati amalan bahasa yang sopan. Murid yang didapati menggunakan bahasa yang sopan, patut diberi hadiah sama ada dalam bnetuk kebendaan atau pujian. Murid ini sepatutnya menjadi contoh kepada pelajar yang lain. Sebaliknya pelajar yang berbahasa yang kasar patut ditegur atau didenda jika kesalahan berulang. Ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang amalan berbahasa yang sopan. Satu lagi perkara yang agak menarik diperkatakan ialah amalan menegur atau menyapa seseorang. Murid di sekolah sememangnya sudah dibiasakan dengan ucapan selamat pagi cikgu, dan terima kasih, cikgu setiap kali guru masuk dan meninggalkan kelas. Alangkah baiknya amalan ini turut diamalkan di luar kelas. Menyapa orang lain dengan sapaan yang sopan mewujudkan keharmonian. 4.3 PERANAN MASYARAKAT Peranan masyarakat juga tidak kurang pentingnya dalam membentuk bahasa yang sopan. Setiap anggota masyarakat hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam perkara ini. Orang ramai hendaklah menegur dan menasihati individu yang berbahasa kasar ini. Cara teguran tersebut hendaklah dengan cara lembut dan berhemah. Meskipun tanggungjawab tersebut agak mencabar, tetapi kegagalan anggota masyarakat mencuba membetulkan keadaan sedemikian menunjukkan kegagalan memikul tanggungjawab terhadap masyarakat. Sikap suka menjaga tepi kain orang lain kadang kala perlu diamalkan. Selain itu, anggota masyarakat juga perlu berkomunikasi dengan bahasa yang sopan agar wujud kesinambungan berbahasa sopan dari rumah , sekolah dan dunia luar. 4.4 PERANAN MEDIA ini sudah tentu menggembirakan orang yang disapa dan

12

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

Media turut mempengaruhi corak berbahasa seseorang terutama kanak-kanak. Media yang paling banyak mempengaruhi bahasa kanak-kanak ialah televisyen. Menonton televisyen sangat digemari oleh kanak-kanak kerana sifat alat itu sendiri yang dapat merangsang dua deria iaitu pendengaran dan penglihatan secara serentak. Dalam hal ini, ibu bapa harus memantau program televisyen yang sesuai ditonton olah anak mereka. Pihak media hendaklah juga memikirkan kesan program yang ditayangkan terhadap masyarakat terutama kepada kanak-kanak. Usahlah terlalu memikirkan keuntungan semata-mata. Tanggungjawab sosial patut juga diberikan. 5.0 KESIMPULAN Bahasa tidak sopan merupakan masalah yang perlu kita pandang serius.Masalah ini bukan hanya berlaku di negara kita, malah sudah menjadi masalah global. Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar ini semacam kebiasaan bagi golongan remaja. Apakah punca berlakunya masalah ini? Sebenarnya masalah ini muncul kerana sikap kita sendiri. Dalam kegairahan kita mengejar kemajuan, kita terlupa akan aspek budi bahasa ini. Kemajuan sains dan teknologi menjadikan kita lebih dipengaruhi oleh emosi. Kita lekas menjadi stress dan marah lalu melafazkan bahasa yang kasar. Selain itu, kesibukan ibu bapa mencari rezeki, menyebabkan masa berkomunikasi dengan anak-anak terhad. Jadi peluang untuk menerapkan bahasa yang sopan kepada anak-anak semakin tipis. Keadaan ini diburukkan oleh pengaruh luar rumah seperti rakan sebaya dan media massa. Penggunaan bahasa yang sopan dan tepat patut dipupuk. Bahasa yang dilafazkan hendaklah mengandungi maksud yang baik dan dilafazkan dengan nada yang elok dan jelas maksudnya. Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan kata makian dan kata lucah hendaklah dihindari kerana bahasa ini boleh mengganggu emosi seseorang. Oleh itu, semua pihak baik ibu bapa, guru atau masyarakat perlu bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang berbahasa sopan. Sesungguhnya usaha ini merupakan usaha kita bersama. Ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak berbahasa sopan. Apabila anak tersebut berada di sekolah , tugas guru dan pihak sekolah pula memberi didikan. Seterusnya anggota masyarakat menyokong usaha ini seperti menyokong kempen berbudi bahasa yang telah dilancarkan oleh kerajaan sekian

13

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

lama. Usaha yang mulia ini tidak tercapai dalam masa yang singkat. Kesabaran amat perlu. Sesungguhnya kota Rom tidak dibina dalam sehari. Sesungguhnya Bahasa Melayu kita merupakan bahasa yang sangat istimewa. Bahasa ini merupakan lambang kesopanan dan kehalusan budi perketi penuturnya. Keistimewaan Bahasa Melayu pernah diakui oleh pengkaji Bahasa Melayu berbangsa Inggeris. Menurut Clifford, Swettenham dan Brown (1951) dalam Zaitul Azma Zainon (2005) , seperti Bahasa Perancis, Bahasa Melayu merupakan bahasa diplomatik yang dapat menyelindungi perasaan dan pemikiran benar. Malahan Bahasa Perancis tidak berupaya menandingi kehalusan serta kelembutan yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

14

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

6.0 RUJUKAN / REFERENSI Abdullah Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang, (2003) Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd Abdullah Yusuf.( 2011). HBML3403 Linguistik dan sosiolinguistik. Kuala Lumpur. Open University Malaysia. Asmah Hj. Omar (2002). Setia dan Santun Bahasa, Institut Peradaban Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim. Azizi Yahaya & Muhamad Jumat Aliju. (2005). Pengaruh Negatif Rakan Sebaya. Latihan Ilmiah. Univeriti Teknologi Malaysia Borhan Yusof, Hasbullah Ismail & Mohd Sadek Mustaffa.(2011). HBHE3103 Gaya Hidup Sihat. Open University Malaysia. Kuala Lumpur I Wayan Pastika. (2008). Jurnal e- Utama, Jilid 1 : Bahasa Pijin dan Bahasa Kasar dalam Acara TV Indonesia.Dicapai pada 5 Oktober 2011 dari http://mlcd.home.nie.edu.sg/docs/wayan_pastika.pdf Kamus Dewan. (ed.4).(2007) Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Info Sihat: Stres. Dicapai pada 5 Oktober 2011 dari laman web: http:// www.infosihat.gov.my/artikelHP/.../STRES SUSILO Ummi, Markhamah &Aniqa Sabardila.(2010). Konteks , Acuan dan Pasrtisipan Disfemisme Pada Ujaran Siswa SMP Negeri 3 Ungaran.Master Dissertation, Universitas Muhammadiyah Surakarta.. Dicapai pada 5 Oktober 2011 dari S.Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 15

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

JAMAL BIN DALEL

Zaitul Azma Zainon Hamzah.(2005, Jun). Berbudi Bahasa Cermin Didikan Awal Pelajar. Pelita Bahasa, 15-18.

16