Anda di halaman 1dari 4

Tahap 1 TAJUK : DUA EKOR KAMBING MENYEBERANG SUNGAI Ada seekor anak kambing.

Ia mempunyai bulu putih dan sepasang tanduk yang pendek. Anak kambing ini bernama anak kambing putih. Seekor anak kambing lagi mempunyai bulu hitam legam dan sepasang tanduk yang pendek juga. Anak kambing ini bernama anak kambing hitam. Kedua-dua ekor anak kambing ini tinggal di tebing sungai. Anak kambing putih tinggal di sebelah timur sungai manakala anak kambibng hitam pula tinggal di sebelah barat sungai. Sungai itu tidak luas tetapi dalam. Air sentiasa mengalir di dalam sungai itu. Ada sebuah titian merentangi sungai itu. Titian itu sempit, hanya boleh dilalui seekor kambing semasa. Pada suatu harim anak kambing putih hendak pergi ke tebing sebelah barat, ia hendak berjumpa dengan sahabat-sahabatnya. Anak kambing putih bernyanyi-nyanyi ketika menyeberang sungai. Pada masa itu juga, anak kambing hitam mahu menyeberang sungai. Ia manu mencari makanan. Di sana terdapat rumput yang segar lagi lembut. Anak kambing hitam sudah tidak sabar lagi hendak menikmati rumput-rumput yang segar itu. Anak kambing hitam menyanyi-nyanyi juga ketika menyeberang sungai. Anak kambing putih berjalan menuju sebelah barat sungai manakala anak kambing hitam berjalan menuju sebelah timur sungai. Kedua-dua ekor kambing itu terus berjalan. Akhirnya mereka bertembung di tengah-tengah titian. Anak kambing putih tidak boleh lalu ke seberang timur dan anak kambing hitam juga tidak boleh lalu ke seberang barat pula. Masing-masing tidak mahu mengalah dan menganjak dari tempat masing-masing. Mereka masih dengan kedegilan masing-masing untuk tidak mahu mengalah. Mereka terus berdegil dan tidak mahu mengalah, anak kambing hitam menggertak kakinya menyebabkan anak kambing putih juga semakin marah lalu anak kambing putih menghala tanduknya ke arah anak kambing hitam. Apabila anak kambing hitam melihat anak kambing putih berbuat begitu, anak kambing hitam tidak mengaku kalah dan dua juga menghala tanduk ke arah lawannya. Kemudian kedengaran bunyi bang,bang . apa benda tu kawan-kawan? Ha...rupa-rupanya kedua-dua anak kambing itu berlaga. Bunyi itu kemudian diikuti dengan bunyi plop!Plop! Flash!ha..ini apa pula kawan-kawan? Bunyi anak-anak kambing yang degil itu jatuh ke dalam sungai....

Tahap 2 TAJUK : PENUNGGU KG. KEBAYAN. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para hadirin dan hadirat sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah PENUNGGU KG. KEBAYAN. Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung yang dinamakan kg.Kebayan yang juga dikenali sebagai kg. Berhantu. Hal ini diketahui semenjak kematian anak perempuan ketua Kampung yang bernama Zanita. Zanita seorang gadis yang sombong, tidak mahu mendengar cakap ibu bapa dan seorang yang berani mencuba. Kawan-kawan, terlebih dahulu biar saya ceritakan kisah Zanita. Pada suatu malam jumaat, Zanita berjalan hendak ke rumah kawannya yang bernama Adila. Ketika didalam perjalanan, Zanita terdengar bisikan halus yang memanggil namanya berulang-ulang kali berbunyi Zanita Zanita Zanita berasa sangat takut. Dia menyesal sebab tidak mendengar nasihat bapanya yang melarangnya keluar di waktu malam. Tetapi Zanita tetap berkeras untuk pergi ke rumah kawannya Adila. Lalu dia pun berlari sekuat hati menuju ke rumah kawannya itu. Sesampai sahaja di halaman rumah Adila, Zanita terlihat seorang wanita mendukung bayi di hadapan rumah Adila. Wanita itu berpakaian putih, berambut panjang, berwajah putih dan bergigi taring, wanita itu menyanyi juga sedang menyanyi sambil mendodoi seorang bayi kecil. Tubuh Zanita mula mengigil ketakutan melihat wanita itu dan berasa amat takut sekali. Zanita terus lupa hasrat untuk terus ke rumah Adila dan ingin pulang. Apabila dia berpaling wanita itu sudah berdiri dihadapannya. Ke mana kamu nak pergi? Kata wanita itu. A.. aaa.. ku mahu pulang ke rumah kata Zanita. Malangnya, kamu tidak dapat pulang, ha ha ha ha.. ha.. ketawa wanita itu lalu

mengigit leher Zanita menggunakan gigi taringnya. Tubuh Zanita berlumuran darah. Pada keesokan harinya, lebih kurang jam 6 pagi, apabila Adila bangun dari tidur dan membuka jendela dia amat terperanjat melihat Zanita terbaring di depan rumahnya dengan berlumuran darah. Tanpa membuang masa Adila bergegas mengejutkan ayah dan ibunya yang masih tidur. Ayah dan ibu Adila yang melihat tubuh Zanita berlumuran darah terkejut dan dengan tidak membuang masa terus menyuruh Adila pergi ke rumah Zanita memberitahu perkara tersebut kepada ayah dan ibu Zanita. Sesampai sahaja di rumah Zanita, Adila pun menceritakan perkara yang berlaku ke atas Zanita kepada ibu bapanya. Ibu bapa Zanita sangat terkejut mendengar berita itu segera ke rumah Adila. Sesampai di rumah Adila ibu Zanita terus menerus menitiskan air mata penuh kesedihan melihatkan keadaan mayat anaknya yang menyayat hati itu. Hari itu juga mayat Zanita selamat dikebumikan. Selepas beberapa minggu setelah kejadian itu berlaku, ayah Zanita membuat rancangan untuk menghapuskan pembunuh anaknya itu. Beliau tahu perbuatan itu bukanlah perbuatan manusia biasa tetapi adalah perbuatan iblis. Dengan itu dia pun memohon pertolongan daripada Ustaz zam yang alim lagi warak dikampung itu. Pada malam Jumaat setelah sebulan kematian Zanita, dengan beraninya Adila berseorangan berjalan menuju ke kebun ayahnya. Sedang dalam perjalanannya, tibatiba ada seorang wanita berambut panjang mendukung bayi menghadang jalan di hadapannya. Adila ketakutan dan berteriak meminta tolong. Lantas Pak Haji Zam yang sudah ada di sana melaungkan azan dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Wanita tersebut mengigil ketakutan dan dengan perlahan-lahan tubuhnya terbakar hangus dan meninggalkan bau hanyir dan meloyakan.

Penduduk kampung sedar bahawa wanita itulah yang telah membunuh Zanita. Setelah kejadian itu barulah penduduk di kg Kebayan hidup aman dan damai. Kawan-kawan, cerita saya tadi hanyalah rekaan semata-mata tiada berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. Namun dari cerita tadi, kita boleh mendapat beberapa pengajaran iaitu : 1. Kita harus mendengar cakap ibu bapa dan mesti sentiasa mendengar nasihat mereka. 2. Sikap berani itu memang baik tapi biarlah berani dengan tidak membuat tuli. 3. Kita sebagai manusia mestilah sentiasa berbuat baik, meminta ampun dan sembah kepada Tuhan yang maha esa. Sekian terima kasih.