Anda di halaman 1dari 29

1.

Pengenalan

Semasa Perang Dunia Kedua, negara-negara di Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam peperangan tersebut. Jepun berusaha untuk menguasai negara-negara di Asia Tenggara selain mengusir penjajah Barat. Jepun yang menggunakan slogan Asia Untuk Orang Asia telah menarik perhatian dan sokongan masyarakat Asia. Sepanjang pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, Jepun telah melaksanakan pelbagai dasar yang mendatangkan kesan yang besar terhadap kehidupan rakyat Asia Tenggara terutamanya dalam mencetus semangat kesedaran dalam kalangan nasionalis. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun kedatangan Jepun ke negara-negara Asia Tenggara mendatangkan banyak kesan negatif namun ia juga mendatangkan kesan positif terhadap sesebuah negara yang didudukinya. Implikasi semasa dan selepas daripada pendudukan Jepun di Asia Tenggara dapat dilihat dalam aspek politik, sosial, dan ekonomi.

2.0

Kesan Positif Pendudukan Jepun dalam Aspek Politik

Kesan pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah meninggalkan impak positif dalam bidang politik. Kesan-kesan positif ini terdiri daripada penubuhan serta perkembangan gerakan atau parti politik, latihan ketenteraaan, perubahan kuasa, peningkatan semangat nasionalisme

masyarakat Asia Tenggara dan penglibatan wanita dalam bidang politik.

2.1

Penubuhan serta Perkembangan Gerakan atau Parti Politik

Jepun merupakan antara kuasa besar yang setanding dengan Barat semasa Perang Dunia Kedua (PDII) dan menjajah negara-negara di Asia Tenggara dengan menggunakan slogan Asia Untuk Asia dan Kerjasama Antara Asia Serantau. Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan serta perkembangan gerakan atau parti politik merupakan antara kesan penjajahan Jepun di Asia Tenggara. Penubuhan serta perkembangan ini bukan untuk menentang Jepun semata-mata kerana terdapat beberapa pertubuhan atau parti politik ini wujud hasil daripada bantuan Jepun untuk menentang penjajahan Barat seterusnya mendapatkan kemerdekaan tanah air. Pengertian slogan yang digunakan oleh Jepun bukan sekadar slogan sahaja malah sebenarnya membawa makna kepada sesetengah negara kerana dapat mewujudkan nasionalisme. Jepun berusaha memulihkan keadaan di Asia Tenggara dengan mempromosikan pentadbiran yang bersifat tradisional dan konservatif berasaskan agama majoriti di negara jajahannya seperti agama Buddha di Myanmar dan Indochina, Islam di Indonesia serta agama Kristian (Roman Katolik) di Filipina.1 Walaupun Jepun menjajah hampir semua negara di Asia Tenggara, tetapi kewujudan parti atau gerakan yang bersifat nasionalis dengan bantuan Jepun adalah ketara di sesetengah negara sahaja misalnya di Myanmar dan Indonesia. Kedatangan
1

Reischauer, Edwin O, Craig. Albert M. (1973). Japan Tradition And Transformation. Sydney: George Allen & Unwin. Hlm.272.

Jepun ke Myanmar disambut baik kerana Jepun membantu dalam penubuhan gerakan-gerakan nasionalis. Buktinya, penubuhan Burma Independence Army (BIA) yang terdiri daripada 30,000 orang ahli dengan bantuan dan sokongan Jepun semasa penjajahannya di Myanmar bersama dengan nasionalis tempatan yang diketuai oleh Aung San.2 Gerakan ini menjadi pemangkin kepada semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Myanmar kerana gerakan ini telah berkembang sehingga terbentuknya Anti Facist People Freedom League (AFPFL) yang diketuai oleh Aung San. AFPFL bertujuan menentang Jepun yang cuba mencabuli kedaulatan negara Myanmar.3 Penubuhan gerakan-gerakan ini menjadi titik tolak kepada matlamat Myanmar untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada ancaman penjajah. Misalnya, peranan yang dimainkan oleh AFPFL yang berjuang menentang Jepun sehingga mendapatkan kemerdekaan dari British selepas tamat penjajahan Jepun iaitu pada 4 Januari 1948.4 Seperti di Myanmar, titik permulaan nasionalisme di Indonesia bermula dengan penjajahan Jepun. Jepun menyokong cara pentadbiran sendiri yang ala konservatif berasaskan agama majoriti masing-masing dengan memberi sokongan kepada parti-parti yang bersifat keagamaan yang wujud di Indonesia. Hal ini bertentangan dengan konsep Belanda yang mengenepikan masyarakat Islam di Indonesia dan memberi keutamaan kepada penduduk yang bukan beragama Islam. Misalnya sokongan yang diberikan oleh Jepun kepada Sarekat Islam dan Madjlisul Islamil alaa Indonesia dengan merekrut tentera-tentera baru dalam kalangan penduduk Indonesia untuk menyertainya.5

Steinberg. David J. Wyatt. David K. etl. (1971). In Search Of Southeat Asia A Modern History. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm.343. 3 Sardesai D.R. (1994). Southeast Asia Past And Present. Boulder: Westview Press. Hlm.167. 4 Steinberg. David J. Wyatt. David K. etl. In Search Of Southeat Asia A Modern History. Hlm. 343. 5 Sardesai D.R. (1994). Southeast Asia Past And Present. Boulder: Westview Press.Hlm.168.

Seterusnya gerakan ini membawa kepada kebangkitan tenaga-tenaga muda untuk menubuhkan gerakan-gerakan ketenteraan yang lain. Antaranya kewujudan gerakan Pembela Tanah Air (PETA) yang dipelopori oleh Sukarno dan Muhamad Hatta yang terdiri daripada 65,000 orang ahli selain kewujudan gerakan-gerakan bawah tanah untuk menentang Belanda.6 Gerakan-gerakan yang wujud ini secara tidak langsung telah berubah menjadi parti politik apabila Indonesia mencapai kemerdekaan. Dapat dibuktikan sekali lagi bahawa penjajahan Jepun sememangnya memberi kesan kepada kewujudan gerakan-gerakan atau parti-parti politik selaras dengan semangat nasionalisme. Seperti negara Indonesia dan Myanmar, situasi ini turut berlaku di Indochina khususnya di negara Laos. Jepun telah merangsang putera raja Phetsarath untuk mengisytiharkan kemerdekaan Laos seterusnya membawa kepada pembentukan gerakan Lao Issarak (Lao Bebas) yang dipelopori oleh kaum kerabat.7 Manakala di Filipina, Jepun mengambil langkah melancarkan proses emansipasi dari dominasi Amerika Syarikat. Secara tidak langsung langkah ini telah membawa kepada penubuhan gerakan-gerakan ketenteraan dan gerila untuk menentang penjajahan dan kemudiannya gerakan-gerakan ini berpaling tadah kepada penjajahan Jepun sendiri untuk mencapai kemerdekaan.8 Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan penjajahan Jepun di Asia Tenggara telah merangsang semangat nasionalisme seperti tertubuhnya gerakan-gerakan yang bertujuan mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah.

2.2

Penubuhan Latihan Ketenteraaan

6 7

Cummings. Joe. Etl. (1986). Indonesia; A Travel Survival Kit. Indonesia: Lonely Planet Publications. Hlm.21. Sardesai D.R. Southeast Asia Past And Present. Hlm.187. 8 Davis, Leonard. (1987). The Philippines: People, Poverty & Politics, London: Macmillan Press. Hlm. 40-41.

Impak seterusnya ialah pemberian latihan ketenteraan kepada rakyat tempatan yang berminat untuk menyertai bidang ketenteraan telah mencetuskan semangat nasionalisme dalam kalangan para nasionalis. Misalnya, di Indonesia apabila Jepun telah menggalakkan nasionalis-nasionalis terlibat dalam ketenteraan seperti yang dicadangkan oleh Sutardjo dan Gatot Mangkupprad iaitu perkhidmatan tentera wajib untuk membantu Jepun dan tentera sukarela yang ditubuhkan bertujuan untuk menentang semula kedatangan Belanda.9 Di Indonesia, pasukan-pasukan seperti HEIHO, PETA dan KNIL (Tentera Hindia- Belanda) bergabung menjadi Barisan Keamanan Rakyat (B.K.R). Kemudian, gabungan tersebut menjadi Tentera Keamanan Rakyat (T.K.R) pada 5 Oktober 1945 dan akhirnya menjadi Tentera Nasional Indonesia (T.N.I).10 Secara tidak langsung, gabungan ini akhirnya menjadi tulang belakang pentadbiran pertahanan dan berjuang dengan lebih radikal untuk mencapai kemerdekaan. Selain itu, golongan yang terlatih dengan ketenteraaan ini dikenali sebagai pemuda. Mereka telah terlatih dan bergerak bebas di bawah Jepun termasuk menerima latihan senjata.11 Golongan pemuda ini telah bertindak agresif ketika peristiwa merebut senjata dengan Jepun yang berlaku di Banjumas dan Surabaya.12 Senjata ini kemudiannya digunakan untuk mengusir Inggeris dari kota Ambarawa.13 Oleh itu jelaslah bahawa, sebelum pendudukan Jepun latihan ketenteraan tidak pernah diterima, namun keadaan sebaliknya telah berlaku apabila latihan ketenteraan telah dititikberatkan selepas pendudukan Jepun.

Mangunpradja dan Gatot. (1958). The Peta and my relations with Japanese: A Correction of Sukarnos Autobiography Ithica. New York: Universiti Cornell. Hlm. 105-134. 10 Drs. C.C.T.Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A. (1968). Sejarah Perjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta: Erlangga.Hlm.49. 11 M.D.Sagimun. (1985). Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasime Jepan. Jakarta: Inti Idayu Press. Hlm. 44. 12 Dr. A.H.Nasution. (1966). Sejarah Perjuangan Nasional di Bidang Persenjataan. Jakarta: P.N. Karya Tjatos. Hlm. 65. 13 Ibid. Hlm. 73.

2.3

Memberi Peluang Melibatkan Diri Dalam Pentadbiran

Pendudukan Jepun di Asia Tenggara juga memberi peluang kepada masyarakat Asia Tenggara untuk melibatkan diri dalam bidang pentadbiran. Misalnya semasa pendudukan Jepun di Indonesia, Jepun telah melantik golongan intelektual yang muda dalam bidang pentadbiran untuk bersama-sama menguruskan negara.14 Keadaan ini telah membawa kepada peningkatan keyakinan dan memberi pengalaman kepada rakyat tempatan untuk menguruskan negara sendiri. Pengalaman memerintah ini telah mendorong rakyat untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Impak pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah menyebabkan perubahan kuasa dalam mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Hal ini kerana, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara Asia pertama yang melakukan penjajahan. Buktinya, salah satu kesan penting pendudukan Jepun di Indonesia ialah menimbulkan semula harapan nasionalis-nasionalis Indonesia. Kedatangan Jepun memberi peluang kepada rakyat Indonesia untuk memegang jawatan yang tidak pernah disandang sebelum ini. Walaupun dalam keadaaan terkawal namun telah memberikan kesan penting terhadap psikologi masyarakat kerana dapat memerintah negara sendiri. Secara tidak langsung, Jepun telah membantu rakyat Indonesia ke arah berpolitik walaupun pada awalnya hanya sekadar untuk mendapatkan kerjasama sekiranya menghadapi kedatangan kuasa barat. Nasionalis-nasionalis seperti Sukarno, Hatta dan Amir Sharifuddin yang menggunakan peluang semasa pemerintahan Jepun telah berjaya menyemarakkan semula semangat nasionalisme secara tersembunyi untuk mencapai kemerdekaan tanah air dan
14

Dr. A.H.Nasution. (1966). Sejarah Perjuangan Nasional di Bidang Persenjataan. Jakarta: P.N. Karya Tjatos. Hlm. 271.

bangsanya.15 Malah, tindakan para pemuda Indonesia yang sebelum ini menjawat jawatan rendah merampas jawatan daripada tangan Jepun dengan kekerasan telah membuktikan kesan perubahan kuasa yang berlaku.16 Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pendudukan Jepun ke Asia Tenggara telah menjadi pemangkin kepada pergerakan nasionalis tempatan. Melalui peluang yang diberikan oleh Jepun, para nasionalis dapat menjalankan kegiatan mereka dan seterusnya menyebabkan perubahan kuasa berlaku lantas menjadi asas kepada perjuangan menuntut kemerdekaan.

2.4

Peningkatan Semangat Nasionalisme Masyarakat Asia Tenggara

Pendudukan Jepun di Asia Tenggara turut memberi kesan kepada peningkatan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah mengubah pemikiran orang Asia melalui slogan Asian Untuk Asia. 17 Keadaan ini telah membawa kepada kewujudan beberapa parti politik contohnya Viet Nam Quoc Dan Dang (VNDQDD) di Vietnam yang seterusnya telah menuntut kemerdekaan. Polisi dan dasar yang diamalkan oleh Jepun di Asia Tenggara turut menyumbang kepada perkembangan ideologi menuntut kemerdekaan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Misalnya di Indonesia, rakyat tempatan diberi kebebasan untuk menyebarkan ideologi sendiri dan membuat persediaan bagi mendapatkan kemerdekaan.18 Contohnya, Sukarno diberi jaminan bahawa kesejahteraan rakyat akan diberi perhatian dan orang Indonesia akan diberi
15 16

M.D Sagimun. (1985). Perlawanan Rakyat Indonesia Terhadap Fasisme Jepan. Jakarta: Inti Idayu Press.Hlm.30. Drs. C.C.T.Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A. (1968). Sejarah Perjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta: Erlangga.Hlm.47. 17 Li Narangoa dan Robert Cribb. (2003). Imperial Japan And National Identities In Asia, 1895-1945. London: Biddles Ltd. Hlm. 263. 18 Ibid. Hlm. 271.

peluang untuk bersuara dalam hal-hal politik dan pentadbiran serta dapat mengembangkan ideologi mereka.
19

Secara tidak langsung, Jepun telah memberi sokongan kepada masyarakat

Asia Tenggara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Di Vietnam, Aung San mengakui beliau tidak tertarik dengan fasisme Jepun tetapi sedar tentang kemampuan Jepun menawarkan bantuan ketenteraan bagi meningkatkan keupayaan nasionalisme tempatan.20 Selain itu juga, langkah Jepun dalam membebaskan tahanan politik yang telah dipenjarakan semasa penjajahan barat telah menjadi pemangkin kepada perkembangan perjuangan menuntut kemerdekaan. Contohnya di Vietnam beberapa orang tokoh tempatan yang dipenjarakan telah dibebaskan seperti Caio Dai dan Hua Hau.21 Mereka juga diberi kebebasan untuk berpolitik. Oleh yang demikian, tindakan ini secara tidak langsung mewujudkan masyarakat yang bebas berjuang menuntut kemerdekaan.

2.5

Penglibatan Wanita Dalam Bidang Politik

Pendudukan Jepun juga telah mengubah peranan wanita ke arah kedudukan lebih tinggi dalam masyarakat. Zaman pendudukan Jepun memberi kesan besar kepada wanita tanpa mengubah peranan tradisional.22 Hal ini kerana, kaum wanita diberi peluang untuk melibatkan diri dalam ketenteraan dan parti politik. Mereka juga berhak menyuarakan suara mereka semasa ataupun selepas pendudukan Jepun. Contohnya, nyonya Soenarjo menulis untuk sebuah majalah yang diterbitkan dua minggu sekali dengan menekankan peranan barunya, yakni menghapuskan
19

Bernhard Dahm. (1998). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh, Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 115. 20 Abu Talib Ahmad. (2007). Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hlm. 67. 21 Li Narangoa dan Robert Cribb. Imperial Japan And National Identities In Asia, 1895-1945. Hlm. 263. 22 Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm.98.

pengaruh Barat daripada pemikiran orang Indonesia, mengambil bahagian dalam pertahanan awam dan mengambil alih peranan yang lazimnya dipegang lelaki.23 Hal ini membuktikan bahawa pemikiran ataupun kedudukan wanita khusus dalam bidang politik telah menonjol selepas pendudukan Jepun di Asia Tenggara.

3.0 3.1

Kesan Negatif Pendudukan Jepun dalam Aspek Politik Ketegangan Dalam Hubungan Luar Negara

Jepun turut menduduki kawasan Indochina yang merangkumi Vietnam, Laos dan Kemboja. Keadaan ini telah meninggalkan kesan yang negatif kerana kemasukan Jepun ke Indochina berlaku dengan perjanjian atau perundingan antara Jepun dan Perancis. Hal ini berbeza dengan kemasukan Jepun ke negara-negara lain yang masuk secara paksaan dan menggulingkan kuasa Barat yang sedia ada. Menerusi perjanjian tersebut, Perancis akan terus menjajah Indochina, tetapi Jepun dibenarkan untuk menubuhkan kawasan untuk latihan ketetenteraan untuk tentera Jepun dan menyebabkan warga tempatan tidak memperoleh sebarang manfaat secara relatifnya.24 Sementara itu, negara Thailand sememangnya sangat berbeza apabila dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain kerana negara ini sememangnya tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa asing. Nama Phibun Songkram sememangnya tidak asing di negara Thailand kerana merupakan antara insan yang banyak menyumbang ke arah pemodenan Negara Thailand. Penelitian dengan lebih mendalam dapat dilihat bahawa Phibun Songkram sebenarnya melihat Jepun sebagai idola. Oleh itu, tidak hairanlah Phibun Songkram dan
23 24

Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm.99. Osborne dan Milton. (2000). Southeast Asia: An Introductory History. New South Wales: Allen & Unwin. Hlm 137.

pengikut-pengikutnya amat tertarik dengan Jepun dan mula mengadaptasi cara pentadbiran Jepun yang bersifat diktator serta semangat sanggup berkorban untuk tanah air oleh tentera Jepun dalam dirinya sendiri serta pengikut-pengikutnya.25 Secara tidak langsung hubungan antara kerajaan Thailand dan Jepun mula berkembang dan berlaku beberapa perundingan dan perjanjian antara kerajaan Thailand dan Jepun dan di sini terdapat objektifnya yang tersendiri iaitu untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand. Kerajaan Thailand yang diwakili oleh Phibun Songkram membuat perjanjian dengan Jepun untuk memberikan laluan kepadanya untuk terus mara ke Selatan iaitu ke Tanah Melayu dan Indonesia dan sebagai balasan, Jepun harus menjaga dan memelihara kedaulatan Thailand dengan tidak mendirikan sebarang pusat ketenteraan di situ.26 Sehubungan itu, sebagai tanda penghargaan Jepun kepada Thailand, Jepun telah menghadiahkan wilayah Shan di Burma pada tahun 1942, dan pada tahun 1943, empat buah negeri-negeri di Tanah Melayu serta beberapa wilayah di Laos dan Cambodia kepada kerajaan Thailand.27 Persoalannya di sini, adakah wilayah-wilayah yang dihadiahkan kepada Thailand ini kekal bersamanya sehingga kini dan tidak masalah dengan kuasa-kuasa yang lain? Dan bagaimana pula dengan hubungan dengan kuasa-kuasa lain kerana keengganan untuk bekerjasama semasa Perang Dunia Kedua kerana bersepakat dengan Jepun? Sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu pada Ogos 1945, wilayah-wilayah yang dihadiahkan ini sememangnya berada di bawah kerajaan Thailand.28 Seperti yang kita tahu, Cambodia dan Laos merupaka kawasan jajahan Perancis dan inilah yang sebenarnya
25 26

Church, Peter. (1995). Focus On Southeast Asia. New South Wales: Allen&Unwin.hlm.132. Suwannathat-Pian, Kobkua.(1995). Thailands Durable Premier Phibun Through Three Decades 19321957.Kuala Lumpur: Oxford University Press. hlm. 48. 27 Church, Peter. (1995). hlm .132. 28 Steinberg, David J, Wyatt, David K.etl. (1971). In Search Of Southeat Asia A Modern History. Kuala Lumpur: Oxford University Press. hlm .348.

10

mendatangkan masalah kepada Thailand setelah perang tamat kerana Perancis merupakan antara ahli dalam kuasa berikat yang tidak dinafikan mencapai kemenangan dalam perang setelah mengalahkan kuasa axis yang terdiri daripada Jepun, Jerman dan Itali. Perancis menetapkan syarat mula meminta kerajaan Thailand untuk melepaskan wilayah-wilayah yang dipegangnya di Laos dan Cambodia, dan apabila kerajaan Thailand gagal untuk berbuat demikian, dengan ini kerajaan Thailand tidak akan dibenarkan untuk menjadi ahli Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).29 Keadaan ini sememangnya memberi tekanan kepada kerajaan Thailand kerana khuatir akan membawa kepada masalah yang lebih besar antara kerajaan Perancis dan kerajaan Thailand. Oleh itu kerajaan Thailand terpaksa melepaskan wilayah-wilayah ini dan barulah dibenarkan untuk melibatkan diri dalam PBB pada Disember 1946 dan bukan itu sahaja, malah kerajaan Thailand juga terpaksa mengeluarkan beras sebanyak 1.5 juta ton kepada kerajaan Kuasa Berikat kerana keengganan kerajaan Thailand untuk bekerjasama dengan Kuasa Berikat kerana bersepakat dengan kerajaan Jepun semasa perang untuk mengeluarkan bagi tujuan mengatasi kebuluran di negara-negara tersebut dan kerajaan Thailand terpaksa menanggungnya selepas peperangan.30 Secara jelasnya dapat dilihat bahawa wujud ketegangan antara kerajaan Thailand dan juga kuasa berikat akibat dari pendudukan Jepun di Asia Tenggara walaupun negara Thailand tidak diduduki oleh Jepun tetapi hanya bersepakat dengannya.

4.0
29

Kesan Positif Pendudukan Jepun dalam Aspek Ekonomi

Steinberg, David J, Wyatt, David K. etl. (1971). In Search Of Southeat Asia A Modern History. Kuala Lumpur: Oxford University Press. hlm .348. 30 Ibid. hlm .348.

11

Kesan-kesan positif pendudukan Jepun dalam bidang ekonomi turut dapat dilihat misalnya keadaan yang berlaku di negara Indonesia. Antaranya ialah kemajuan dalam bidang perkebunan, pembukaan tanah baru, penambahbaikan sistem kewangan Indonesia dan pengurangan kebergantungan terhadap barangan import.
4.1

Kemajuan Dalam Bidang Perkebunan

Jepun telah berjaya meningkatkan kemajuan dalam bidang perkebunan di Indonesia. Kemajuan dalam bidang perkebunan ini boleh dilihat dengan wujudnya sebuah badan pengawasan yang dibentuk oleh Gunseikan. Badan pengawasan ini dinamakan Saibai Kigyo Kanrikodan (SKK). 31 SKK ini selain bertindak sebagai pengawas, badan ini juga merupakan pelaksana dalam proses pembelian dan penentuan harga penjual hasil pekebunan itu. Keadaan ini menyebabkan kemajuan dalam bidang perkebunan terutamanya perkebunan kina (ubat-ubatan), jut dan karet (getah), yang telah diswastakan oleh pihak Jepun. Hal ini kerana kina dan karet mendapat permintaan yang tinggi terutamanya untuk keperluan perang. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan penduduk Asia Tenggara khususnya mereka yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan pemborong.32

31

Marwati Djoned Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (1992). Sejarah Nasional Indonesia : Jaman Jepang dan Jaman Repulik Indonesia. Jakarta: PT Balai Pustaka. Hlm.81. 32 Ibid. Hlm. 137.

12

4.2

Pembukaan Tanah Baru

Jepun juga telah membuka tanah-tanah baru untuk meningkatkan ekonomi Indonesia dalam bidang pertanian. Pembukaan tanah baru dan penambahbaikan bekas tanah perkebunan dilakukan bertujuan meningkatkan kawasan penanaman padi. Contohnya, bekas perkebunan tembakau di Sumatera Timur telah ditanam dengan tanaman padi yang luasnya lebih kurang 10.000 hektar.33 Malah tanah pertanian baru di daerah Karo telah dibuka dengan menggunakan tenaga-tenaga tawanan. Di Kalimantan dan Sulawesi pula, penanaman padi adalah diwajibkan. Hal ini adalah kerana untuk mengatasi masalah kekurangan beras terutamanya di Jawa.

4.3

Penambahbaikan Sistem Kewangan Indonesia.

Kesan positif pendudukan Jepun di Indonesia seterusnya ialah berlaku penambahbaikan dalam sistem kewangan Indonesia. Hal ini kerana pihak Jepun berusaha untuk mempertahan nilai gulden atau rupiah Hindia-Belanda. Tindakan pihak Jepun ini bertujuan untuk mempertahan nilai tersebut seperti sebelum berlakunya perang untuk mengawasi nilai masuk dan juga nilai keluar rupiah. Keadaan ini menyebabkan nilai wang rupiah masih lagi sah dan diguna pakai di Indonesia. Jepun juga telah bertindak mengukuhkan lagi sistem kewangan Indonesia dengan

33

Marwati Djoned Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. Sejarah Nasional Indonesia: Jaman Jepang dan Jaman Repulik Indonesia Hlm. 81.

13

mengawasi beberapa bank bekas milik Belanda iaitu De Javasche Bank, Nederlandsche Handels Maatschappij, Nederlands-Indische Escompto Bank dan Batavia Bank.34 Bank-bank bekas milik Belanda tersebut telah digantikan dengan bank-bank Jepun iaitu Yokohama Ginko, Mitsui Ginko, Taiwan Ginko dan Kana Ginko dibawah seliaan Nanpo Keihatsu Kenso yang bertujuan untuk memajukan wilayah Selatan Indonesia.

4.4

Pengurangan Kebergantungan Terhadap Barangan Import

Tranformasi dalam bidang ekonomi yang dilakukan oleh Jepun di Indonesia secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap barangan import dari Belanda. Misalnya, Jepun telah memperkenalkan penanaman kapas di Indonesia terutamanya di daerah Cirebon, Malang, Kediri dan Bekasi.
35

Setelah percubaan dijalankan selama dua tahun,

terdapat dua kawasan yang menghasilkan kapas bermutu tinggi iaitu daerah Kediri dan Bekasi. Di Sumatera, kapas juga ditanam di daerah Palembang, Bali dan Sulawesi sekaligus meletakkan kegiatan penanaman kapas dalam rancangan lima tahun. Industri pertenunan kembali dijalankan walaupun pernah ditutup kerana kekurangan bahan mentah. Permintaan yang tinggi daripada rakyat mendorong pihak berkuasa mencari inisiatif untuk mengatasi masalah ini seperti membuat percubaan mencari bahan ganti benang kapas.

34 35

Ibid. Hlm79. Marwati Djoned Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. Sejarah Nasional Indonesia: Jaman Jepang dan Jaman Repulik Indonesia. Hlm. 89.

14

5.0

Kesan Negatif Pendudukan Jepun dalam Aspek Ekonomi

Kesan kesan negatif pendudukan Jepun dalam bidang ekonomi dapat dilihat melalui kawalan ekonomi tanah jajahan dan kegagalan matlamat ekonomi seperti yang terjadi di Indonesia, Vietnam dan Filipina.

5.1

Kawalan Ekonomi Tanah Jajahan

Pendudukan Jepun di Asia Tenggara secara menyeluruh mengganggu perkembangan ekonomi sedia ada di Asia Tenggara. Jepun mengawal aktiviti ekonomi tanah jajahannya dan terasing daripada dunia luar khususnya negara Barat. Penduduk yang bergantung kepada perdagangan tidak lagi dapat menjalankan aktiviti perdagangan dan hanya bertahan dengan adanya urusniaga secara tidak sah berikutan dasar isolasi Jepun berkaitan dengan polisi autarki dan ekonomi kawalan.36 Polisi autarki dan eknomi kawalan menyekat perkembangan aktiviti ekonomi tempatan untuk berkembang kerana terputusnya hubungan dengan dunia luar. Keadaan ini secara tidak langsung memutuskan rangsangan kepada kedinamikan ekonomi tempatan. Aktiviti ekonomi tempatan semasa era pendudukan Jepun berada di bawah kawalan Jepun sepenuhnya dan hanya mencukupi kawasan setempat serta aktiviti ekonomi diteruskan tanpa bantuan atau penglibatan pihak luar. Jepun pada dasarnya melalui dasar autarki membolehkan ekonomi tempatan kawasan jajahan saling mencukupi dan melengkapi antara satu sama lain. Namun perkara sebaliknya berlaku sehingga menjejaskan ekonomi tempatan lebih teruk berbanding zaman kolonial Barat. Ekonomi kawalan memberikan penekanan kepada ekonomi sara diri untuk makanan dan catuan
36

Mary Somers Heidhues. (2000). Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson Ltd. Hlm. 137.

15

makanan untuk mengatasi krisis makanan. Namun masalah tersebut masih berlaku dan berlarutan kerana ekonomi pada masa tersebut terhad dan terkongkong akibat tekanan oleh Jepun dalam usahanya merealisasikan Co-Prosperity Sphere. Hubungan dengan pihak Barat telah disekat dan sekatan tersebut bermakna hubungan perdagangan luar tersebut tidak lagi berlaku dan bertambah teruk apabila pihak tersebut menyekat sumber dari luar dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Jepun. Urusniaga pasaran gelap semakin berleluasa semasa pendudukan Jepun akibat tekanan ekonomi tersebut. Pedagang-pedagang kecil menyeludup komoditi-komoditi yang sukar didapati di kawasan setempat dan kapal-kapal membawa kepada aktiviti pengangkutan laut yang menguntungkan serta mengelak pertembungan dengan kapal Pihak Berikat dan Jepun. Inflasi yang meningkat akibat pendudukan Jepun menyebabkan tuntutan bayaran terhadap barangan meningkat dalam pasaran gelap. Impak pendudukan Jepun dirasai oleh golongan masyarakat bawahan yang mempunyai pendapatan ekonomi rendah. Penduduk-penduduk miskin seperti di Jawa terpaksa menggunakan getah kasar atau guni sebagai sarong.37 Di Vietnam pula, aktiviti ekonomi tekstil yang tergendala menyebabkan pakaian penduduknya tidak cukup dan tidak lengkap berbanding jerami pada musim sejuk pada tahun 1944 hingga 1945.38 Pendudukan Jepun dalam membawa kepada ekonomi yang berpihak kepadanya kerana hanya Syarikat gergasi Jepun sahaja yang mendapat keuntungan dan kekayaan semasa pendudukan seperti Mitsubishi dan Mitsui manakala penduduk di Asia mengalami kesengsaraan akibat krisis ekonomi yang berlaku. Monopoli syarikat tersebut dapat dilihat dalam penguasaan beras oleh Syarikat Mitsubishi.39 Kedua-dua Syarikat tersebut merupakan syarikat
37 38

Mary Somers Heidhues. (2000). Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson Ltd. Hlm. 137. Ibid.hlm.137. 39 Azhar Mat Aros M. A. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945 : Satu Kajian Mengenai Bibliografi diperoleh daripada http://portalfss.um.edumy/portal/uploadFolder/pdf/Pendudukan%20Jepun%20di20Tanah%20

16

gergasi yang digelar Zaibatsu dan bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan dasar imperialisme Jepun dan mendapat keuntungan yang besar dalam aktiviti ekonomi semasa pendudukannya.

5.2

Kegagalan Matlamat Ekonomi

Jepun gagal merealisasikan matlamat manfaat ekonomi Co-Prosperity Sphere semasa pendudukan dan dasar tersebut runtuh bersama penyerahan Jepun di tangan Berikat pada Ogos 1945. Pendudukan Jepun dalam ekonomi gagal untuk mendapat sokongan di Asia Tenggara dalam tempoh pertengahan pemerintahannya. Co-Prosperity berasal daripada konsep Greater East Asia Co-Prosperity Sphere yang digunakan oleh pihak Jepun semasa zaman pemerintahan Empayar Jepun di Asia Tentera dalam usaha memenuhi sumber sendiri di dalam blok Asia yang diwakili olehnya dan bebas daripada kuasa Barat. Pihak Jepun akan menjadi pusat kewangan, industri, ketenteraan, dan perniagaan bagi Asia.40 Kegagalan Jepun dalam menjayakan konsepnya di Asia Tenggara menjadi mimpi ngeri untuk penduduk di Asia Tenggara iaitu peningkatan pengangguran, inflasi, dan pasaran gelap.41 Tiada peluang pekerjaan seperti yang berlaku pada zaman kolonial Barat menyebabkan tiada sumber pendapatan untuk penduduk tempatan. Ekonomi di bawah Jepun berubah menjadi pembekalan bahan dan peluru senjata api dan tidak lagi dalam pengedaran barangan pengguna atau menyerap eksport daripada hasil pertanian. Hasil pertanian yang terjejas khususnya padi
Melayu%201941-1945.pada 8 oktobr. pdf Hlm. 3. 40 Norman G. Owen (Ed.). (2005). The Emergence of Modern Southeast Asia: A new History. USA: University of HawaiI Press. Hlm. 273. 41 John H. Miller. (2008). Modern East Asia: An Introduction History. London: An East Gate Book. Hlm.138.

17

yang biasanya menjadi makanan ruji di Asia Tenggara meningkatkan kadar kematian dan kebuluran. Kebanyakan hasil pertanian tersebut hanya didagangkan dengan pihak tentera Jepun dan syarikat Jepun sahaja. Dalam masa yang sama seperti di Filipina, harga pembiayaan kerajaan dua atau tiga kali ganda tersebut menyebabkan harga beras meningkat di dalam pasaran secara mendadak.42 6.0 Kesan Positif Pendudukan Jepun dalam Aspek Sosial

Kedatangan dan pendudukan Jepun di Asia Tenggara turut meninggalkan kesan positif terhadap aspek sosial masyarakat di Asia Tenggara. Kesan positif tersebut dapat dilihat melalui perubahan pemikiran, pendidikan, perkembangan kesenian, kebudayaan dan bahasa seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Myanmar. 6.1 Perubahan Pemikiran

Kedatangan Jepun ke Asia Tenggara sememangnya telah mengubah corak pemikiran masyarakat tempatan. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan tahap nasionalisme atau semangat cinta akan negara khususnya dalam perjuangan kemerdekaan selepas 1945.43 Kejayaan Jepun mengalahkan kuasa besar Barat telah membuka mata dan menyedarkan penduduk Asia Tenggara bahawa penduduk Asia juga mampu mengalahkan kuasa Barat. Kesedaran dan perubahan tersebut. Selain itu, kedatangan Jepun ke Asia Tenggara turut memberi kesedaran kepada rakyat di Asia Tenggara bagi menamatkan penguasaan penjajah Barat. Banyak pejuang nasionalisme telah bangkit memperjuangkan kemerdekaan negara mereka.

42 43

M. C. Ricklefs (Ed.). (2010). A New History of Southeast Asia. United Kingdom: Palgrave Macmilan. Hlm 314. Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm. 55.

18

Misalnya propaganda Jepun melalui slogan yang dilaungkan di Filipina seperti Asia untuk Asia, Filipina untuk Orang Filipina dan Asia adalah Satu menyebabkan masyarakat Filipina sedar bahawa mereka tidak harus dijajah lagi selepas pengunduran Jepun. Di Indonesia pula, kekalahan Belanda ke atas Jepun dilihat sebagai satu perkara yang memeranjatkan kerana sebelum ini masyarakat tempatan menganggap kuasa Barat lebih berkuasa daripada kuasa lain sekali gus melenyapkan mitos superioriti yang menggangap kuasa Barat sukar dihapuskan.44 Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, rakyat Indonesia ingin memerintah negara mereka sendiri dan mereka telah hilang keyakinan terhadap kebolehan Belanda kerana Belanda telah gagal melindungi Indonesia daripada pendudukan Jepun.45 Di Myanmar pula, para elit mula membuat tuntutan dan menuntut balas supaya hak-hak bersejarah mereka dikembalikan selepas sahaja Jepun meninggalkan Myanmar pada tahun 1945. Aung San yang merupakan seorang cendekiawan Myanmar telah berperanan untuk memerdekakan negara selepas tahun 1945. Perlembagaan persekutuan yang telah digunapakai selepas kemerdekaan Myanmar adalah hasil tolak ansur British dengan Aung San dalam Persidangan Panglong pada tahun 1947.46 Kebangkitan Komunisme menentang penjajah di bawah Ho Chi Minh juga berlaku dengan lebih aktif pada era pendudukan Jepun supaya negara Vietnam bebas daripada penjajahan.47 Pendudukan Jepun selama lebih tiga tahun di Asia Tenggara berjaya melahirkan golongan-golongan elit yang memperjuangkan anti-kolonialisme Barat.

44

Keat Gin OOi. (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopaedia From Angkor Wat to East Timor. California: ABC-CLIO Inc. Hlm. 175. 45 Ibid. 178. 46 Kyaw Yin Hlaing dan Taylor R.H. (2005). Myanmar: Beyond Politics to Societal Imperatives. Pasir panjang: Institute of Southeast Asian Studies. Hlm. 9. 47 Sophie Quinn-Judge. (2003). Ho Chi Minh: The Missing Years, 1919-1941. London: C.Hurst & Co. (Publishers) Ltd. Hlm. 240.

19

6.2

Tranformasi Pendidikan Sebelum kedatangan Jepun, pendidikan kepada penduduk tempatan tidak dititikberatkan

oleh kuasa Barat. Hal ini kerana, mereka takut golongan yang terpelajar akan bangkit menentang mereka. Namun demikian, selepas kedatangan Jepun, bidang pendidikan telah mengalami satu transformasi yang besar. Aspek pendidikan dititikberatkan bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat tempatan. Sebagai contoh, kesan kedatangan Jepun terhadap aspek pendidikan di Indonesia sangat jelas. Walaupun pengaruh Jepun tidak diseragamkan secara menyeluruh di sekolah-sekolah tetapi perubahan kurikulum yang dilakukan telah tersebar luas sehingga diambil kira sebagai pengubahsuaian kurikulum seluruh negara Indonesia.48 Daripada perubahan yang dilakukan terhadap kurikulum sekolah-sekolah, pengaruh dan ideologi Jepun yang menekankan tentang pentingnya pendidikan untuk mengubah cara hidup masyarakat dapat disemai di dalam pemikiran masyarakat tempatan.

6.3

Perkembangan Kesenian, Kebudayaan dan Bahasa

Kedatangan Jepun ke Asia Tenggara turut meninggalkan kesan yang tersendiri terhadap bidang kesenian atau kebudayaan. Hal ini diakui oleh seniman-seniman di Indonesia yang bergiat cergas semasa dan selepas pendudukan Jepun di Indonesia. Perkembangan kesenian atau kebudayaan yang berlaku kesan daripada kedatangan Jepun adalah disebabkan oleh sikap dan semangat Jepun untuk menanamkan kebudayaan Jepun terhadap masyarakat di Asia Tenggara. Secara tidak langsung, penekanan tersebut telah memberi kesedaran kepada masyarakat tempatan untuk menjaga dan memperkembangkan kebudayaan masing-masing. Walaupun perkembangan
48

R Murray Thomas. (2001). Edited by: Wolf Mendl, Japan and South East Asia vol I (From the Meiji Restoration to 1945. London : Routledge, Taylor & Francis Group. Hlm. 374-375.

20

kebudayaan tempatan ini sebenarnya sukar untuk dilakukan kerana kebudayaan Jepun lebih dititikberatkan. Namun, semangat untuk memperjuang kebudayaan tempatan semasa dan selepas kedatangan Jepun wajar dijadikan sebagai satu kesan positif dalam aspek sosial. Penghapusan pengaruh Barat oleh Jepun dengan mengharamkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Belanda telah mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat seluruh Indonesia.49 Jepun telah menggalakkan penggunaan Bahasa Jepun, namun para nasionalis Indonesia telah menentang pemaksaan penggunaan Bahasa Jepun sebagai bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pendidikan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Indonesia ditingkatkan dengan menggunakan slogan Bahasa Jiwa Bangsa, yang menjadi asas perpaduan sesebuah negara. Penggunaan Bahasa Indonesia menyebabkan seluruh rakyat Indonesia bersatu dan merasa tiada perbezaan keturunan antara mereka. Rakyat Indonesia bersama-sama meneruskan perjuangan mereka dengan satu tujuan iaitu menuntut kemerdekaan. Jepun juga membenarkan kibaran bendera merah-putih sebagai bendera kebangsaan dan nyanyian lagu Indonesia Raya didendangkan sebagai lagu kebangsaan telah mengukuhkan lagi semangat nasionalisme rakyat tempatan.

7.0

Kesan Negatif Pendudukan Jepun dalam Aspek Sosial

Pendudukan Jepun di Asia tenggara turut meninggalkan kesan-kesan negatif dalam aspek sosial. Kesan negatif ini kebanyakannya berlaku di Indonesia dan Myanmar. Kesan-kesan negatif ini terdiri daripada kesengsaraan hidup rakyat, kemusnahan harta benda, masalah kebuluran, kawalan terhadap alat komunikasi dan kemerosotan kesihatan.

49

Peter Church. (2006). A Short History of South- East Asia. Singapura: John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd. Hlm.49.

21

7.1

Kesengsaraan hidup rakyat

Semasa penjajahan Jepun di Asia Tenggara mereka memberikan layanan yang buruk terhadap masyarakat tempatan terutamanya Myanmar, Indonesia, Thailand dan Indochina. Pendudukan Jepun telah menyebabkan penderitaan seperti kehilangan sumber pencarian rezeki dan juga nyawa manusia. Ada sesetengahnya yang kembali ke negeri tanah air mereka kerana menganggur disebabkan oleh perusahaan-perusahaan dan ladang-ladang kepunyaan Barat yang ditutup oleh tentera Jepun. Kepulangan mereka itu telah menambahkan lagi ketegangan keadaan ekonomi yang sudah sedia miskin akibat kehabisan bekalan makanan.50 Keadaan ini menyebabkan rakyat bangkit menentangan Jepun. Contohnya di Myanmar, sikap pro-Jepun ini berubah apabila tentera Myanmar memberontak pada Mac 1945.51 Pendapat ini turut disokong oleh Ienaga Saburo yang mengatakan pemberontakan ini berpunca daripada layanan buruk Jepun terhadap rakyat tempatan. Menurut Sjahrir yang merupakan seorang ahli politik Indonesia dan Pahlawan Nasional menyatakan zaman Jepun merupakan zaman yang malang bagi bangsa Indonesia. Menurut beliau, rakyat Indonesia terpaksa berhadapan dengan pelbagai perkara baru yang belum pernah dialami mereka antaranya ialah amalan tunduk hormat (saikee), dikasari dan dilayan sebagai manusia yang tidak berperasaan. Malah, Sjahrir tidak mempunyai pandangan yang tinggi terhadap Jepun.

50 51

Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 270. Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm. 21.

22

People had expected them to be different, strong and more clever than the Netherlandeers they had defeated. What people saw were barbarians who were often more stupid then themselves.52

Manakala golongan wanita pula dijadikan tempat pemuas nafsu apabila mereka dijadikan mangsa rogol oleh tentera Jepun. Nasib yang sama dialami oleh anggota tentera bawahan seperti yang berlaku di Myanmar. Pada tahun 1944, hampir 60,000 daripada 150,000 tentera bawahan telah terkorban disebabkan oleh persekitaran yang teruk dan kekurangan makanan selepas berundur dari Imphal dan Kohima yang terletak di perbatasan India-Burma. Kebanyakan daripada mereka masih muda iaitu berumur antara 20 hingga 22 tahun.53 Hal ini turut diakui oleh Ohta Tsunezo, beliau mengakui bahawa pendudukan Jepun banyak menimbulkan kesan negatif di Myanmar khususnya paksaan untuk berkhidmat sebagai buruh dan kira-kira 30 000 orang telah terkorban semasa pembinaan jalan kereta api maut Burma-Siam.54 Hal ini membuktikan bahawa corak pemerintahan jepun lebih menjurus kepada sistem paksaan. Sikap tentera Jepun yang kejam dan sombong terhadap masyarakat Indonesia telah mengundang perasaan ketakutan dalam kalangan masyarakat tempatan. Mereka sering dihukum dengan hukuman berat atas kesalahan yang kecil. Contohnya, Jepun telah bertindak zalim dengan memotong kaki bagi golongan yang ingkar.55 Ternyata corak pemerintahan Jepun adalah lebih menjurus kepada sistem paksa dalam segala aspek termasuk dalam aspek kehidupan masyarakat Indonesia.

7.2

Kemusnahan Harta Benda

52 53

Ibid. Hlm. 31. Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm. 24. 54 M. Pluvier. (1977). South-east Asia From Colonialism to Independence. Oxford University Press. Hlm. 239. 55 Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm. 31.

23

Kemusnahan harta benda yang teruk juga turut berlaku akibat daripada pendudukan Jepun. Contohnya di Myanmar, bandar-bandar telah mengalami kemusnahan yang teruk disebabkan oleh serangan udara Jepun. Jepun juga telah merampas semua peralatan sains dan perabot rumah manakala perdagangan ke luar negeri telah dihentikan56. Manakala di Indonesia, ladang-ladang dan gudang-gudang tinggal dimusnah dan dibinasakan untuk meluaskan kawasan menanam bahan-bahan makanan, alat-alat perhubungan yang putus tidak dibaiki, barang-barang yang diimport hilang atau disimpan. Malahan pakaian susah hendak didapati akibat kemusnahan harta benda yang dilakukan oleh Jepun.

7.3

Masalah Kebuluran

Masalah kebuluran dikatakan sangat teruk pada masa ini. Buktinya boleh dilihat apabila bahagian selatan Myanmar dan bahagian utara Myanmar telah mengalami masalah kebuluran. Bahagian selatan Myanmar menderita akibat dari pergelutan untuk mendapatkan beras, sedangkan bahagian utara mengalami kebuluran. Eksport beras terpaksa dihentikan kerana kegagalan Jepun untuk mengambil alih dan menjadikan pertanian sebagai sara diri. Selatan Myanmar hampir keseluruhannya tidak mendapat minyak masak yang hanya dikeluarkan oleh daerah kawasan kering itu. Perdagangan ke luar negeri juga terhenti disebabkan oleh laluan darat yang melalui jalan raya telah musnah akibat perang. Petani juga kehilangan sebahagian ternakan seperti lembu kerana dirampas oleh pihak tentera Jepun yang sangat memerlukan makanan.
57

Kegagalan pihak Jepun mengeksport beras Burma dan mengimport barang-barang

56 57

Hall. D. G. E. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1007. Ibid. Hlm. 1006.

24

pengguna yang penting telah mengakibatkan kesusahan yang amat sangat kepada masyarakat Myanmar.58 7.4 Kawalan Terhadap Alat Komunikasi

Seterusnya Jepun telah menguasai sepenuhnya media komunikasi seperti surat khabar, majalah, berita, radio, filem dan sebagainya. Surat khabar dan majalah tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran pihak Jepun. Sebarang pendapat atau cadangan yang tidak sesuai dengan kehendak Jepun juga tidak boleh diterbitkan. Surat khabar yang diterbitkan di bawah pengawasan badanbadan yang diwujudkan oleh Jepun diberi nama Jawa Shinbunkai.59 Dalam hal ini, Jepun bertindak menyekat penerbitan surat khabar bahasa Belanda, Cina, dan Indonesia dengan alasan menghalang pemikiran dan kemajuan penduduk Indonesia. Hanya surat khabar Tjasaja Timoer dan Pemandangan sahaja yang diteruskan penerbitannya.

7.5

Taraf Kesihatan Merosot

Jepun telah memaksa orang-orang Indonesia bekerja sebagai buruh untuk pembinaan jalan kereta api maut atau death railway yang menyambungkan Selatan Burma dengan Bangkok melalui Kauburi. 60Orang-orang Indonesia juga turut dikerah menjadi tenaga kerja secara paksa untuk membangunkan prasarana perang seperti kubu-kubu, jalanraya, lapangan terbang, bekerja di kilang, pelabuhan serta bekerja di kebun-kebun milik Jepun. Kerahan tenaga kerja ini berlaku berikutan berlakunya kadar peningkatan inflasi sejak tahun 1943.

58 59

Abu Talib Ahmad. Sejarah Myanmar. Hlm. 271. Abu Talib Ahmad. Sejarah Myanmar. Hlm. 273. 60 Hall. D. G. E. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1008.

25

Kesan kerahan tenaga kerja menyebabkan taraf kesihatan rakyat juga semakin merosot. Secara kebetulan pada masa ini rakyat terdedah dengan pelbagai penyakit disebabkan tindakan anti-malaria yang terhenti serta serangan penyakit cacar, taun dan beri-beri. Malah, amalan pemakanan yang tidak sempurna serta jumlah ubat-ubatan yang sangat kurang telah menyebabkan jumlah kematian penduduk semakin bertambah secara mendadak. Hal ini berlaku kerana bekalan ubat tidak dihantar kepada klinik-klinik kerajaan tetapi digunakan untuk keperluan tentera Jepun manakala doktor dan jururawat yang sepatutnya merawat telah ditempatkan di kem-kem tentera Jepun.61

8.0

Kesimpulan Tuntasnya, jelaslah menunjukkan bahawa kedatangan Jepun telah memberi implikasi

yang mendalam kepada negara-negara jajahannya khususnya di negara Indonesia dan Myanmar. Kejayaan Jepun menguasai politik negara-negara tersebut menjadi titik tolak kepada penguasaan mereka terhadap aspek ekonomi dan sosial. Walaupun pendudukan Jepun di Asia Tenggara adalah singkat iaitu selama 3 tahun, tetap meninggalkan kesan terhadap sistem politik,

ekonomi dan sosial negara jajahannya. Kesan terbesar dapat diperhatikan dalam aspek sosial antaranya telah mewujudkan perubahan pemikiran bagi meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan misalnya di Indonesia. Pengunduran Jepun dari Asia Tenggara pada Sept 1945 telah diikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh masyarakat tempatan sehinggalah mencapai kemerdekaan yang sebenarnya.

61

Ooi Keat Gin. (2006). Burma During The Pasific War 1941-1945. dalam Southeast Asia: A Historical Encyclopedia. From Angkor Wat To East Timor. Vol 3. Hlm 290.

26

Bibliografi

Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Talib Ahmad. (2007). Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Azhar Mat Aros M. A. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Satu Kajian Mengenai Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Bibliografi diperolehi daripada http://portalsfss.um.edumy/portal/uploadFolder/pdf/Pendudukan%20Jepun %20di20Tanah%20Melayu%201941-1945 pada 8 Oktober.Pdf. Bernhard Dahm. (1998). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cummings. Joe. Etl. (1986). Indonesia; A Travel Survival Kit. Indonesia: Lonely Planet Publications. Davis. Leonard. (1987). The Philippines: People, Poverty & Politics, London: Macmillan Press. Dr. A.H.Nasution. (1966). Sejarah Perjuangan Nasional di Bidang Persenjataan. Jakarta: P.N. Karya Tjatos. Drs.C.C.T.Kansil S.H dan Drs Julianto S.A. (1968). Sejarah Perjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta: Erlangga. Gin OOi (2004). Southeast Asia: A Historical encyclopaedia from Angkor Wat to East Timor. California: ABC-CLIO Inc. Hall. D. G. E. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. John H. Miller. (2008). Modern East Asia: An Introduction History. London: An East Gate Book. J. M. Pluvier. (1977). South-east Asia From Colonialism to Independence. Oxford University Press. Kyaw Yin Hlaing & Taylor R.H (2005). Myanmar: Beyond Politics To Societal Imperatives. Pasir Panjang: Institute of Southeast Asian Studies. Li Narangoa dan Robert Cribb. (2003). Imperial Japan And National Identities In Asia, 18951945. London: Biddles Ltd.
27

Mangunpradja dan Gatot. (1958). The Peta And My Relations With Japanese: A Correction Of Sukarnos Autobiography Ithica. New York: Universiti Cornell. Mary Somers Heidhues. (2000). Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson Ltd. Marwati Djoned Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (1992). Sejarah Nasional Indonesia: Jaman Jepang dan Jaman Repulik Indonesia. Jakarta: PT Balai Pustaka. M.C. Ricklefs (Ed.). (2010). A New History of Southeast Asia. United Kingdom: Palgrave Macmilan. M. Pluvier. (1977). South-east Asia From Colonialism to Independence. Oxford University Press. M.D.Sagimun. (1985). Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasime Jepan. Jakarta: Inti Idayu Press. Norman G. Owen (Ed.). (2005). The Emergence of Modern Southeast Asia: A new History. USA: University of HawaiI Press. Osborne dan Milton. (2000). Southeast Asia: An Introductory History. New South Wales: Allen & Unwin. Ooi Keat Gin. (2006). Burma During The Pasific War 1941-1945. dalam Southeast Asia: A Historical Encyclopedia. From Angkor Wat To East Timor. Vol 3. Peter Church, (2006), A Short History of South- East Asia, Singapura: John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd. Reischauer, Edwin O., Craig, Albert M., (1973). Japan Tradition And Transformation. Sydney: George Allen & Unwin. R. Murray Thomas. (2001). Edited by: Wolf Mendl, Japan and South East Asia vol I (From the Meiji Restoration to 1945. London : Routledge, Taylor & Francis Group. Sardesai D.R. (1994). Southeast Asia Past And Present. Boulder: Westview Press. Sophie Quinn-Judge (2003). Ho Chi Minh: The Missing Years, 1919-1941. London: C.Hurst & Co. (Publishers) Ltd. Steinberg. David J. Wyatt. David K. etl. (1971). In Search Of Southeat Asia A Modern History. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

28

29