Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH SENI DUNIA Seni Yunani Klasik: 1.

Untuk memahami asas seni Greek Classic kita mesti tahu apa kata Plato (427-347 B.C), ahli filasuf yang tersohor hingga ke zaman moden ini. Sukar untuk membincangkan soal-soal falsafah tanpa menyebut ideas yang dihurai oleh Plato. Salah satu idea itu ialah imitasi, yang bererti meniru alam atau figura seperti adanya. Senarikan tujuh perkara lain yang telah kita kaji dalam kelas Estetika dahulu? 2. Aristotle (384 -322 B.C) menunjangkan empat prinsip estetikanya. 1. Prinsip pertama bernama Mimesis, yakni, meniru atau imitasi, baik dalam catan, puisi, lakonan, atau muzik. Bila pelakon berlakon dalam teater yang bersifat epik atau panjang dan sulit jalan ceritanya, atau berlakon dalam drama tragedy, atau drama comedy, maka alat yang digunakan ialah seruling atau lyre. Suara dan bahasa untuk mendapatkan rentak atay rhythm. Untuk lukisan: warna dan bentuk untuk merakam keserupaan. 3. Prinsip kedua bernama action/aksi badan untuk melakonkan watak yang baik, atau watak yang jahat, baik dalam teater tragedy di mana hero atau heroin mati, atau teater komedi di mana watak lawak mendapat peranan utama secara kebetulan. 4. Prinsip ketiga ialah adanya jalinan naratif, urutan yang bercerita dengan adegan permulaan, adegan pertengahan dan adegan terakhir. Setiap persembahan mesti mempunyai plot, watak baik dan watak jahat, suasana pertarungan, buah2 fikiran yang tersusun, suara mencerminkan watak. 5. Prinsip keempat diberi nama catharsis, yakni, pemerhati atau penonton mengalaman perasaan puas dan lega bila selesai menonton sebuah teater, atau menikmati sebuah catan. 6. Untuk mendapatkan catharsis itu, Aristotle menyenaraikan 6 ciri: (a). balance/ keseimbangan (b) naturalness/kesambilan (c) functional/kegunaan (d) centrality /kepemusatan (e) sequence/ kesinambungan (f) orderliness/ketertiban/kesusunan. SENI ZAMAN SUNG


Tradisi catan cina sampai kepada kemuncak kehandalannya pada zaman sung, dengan tertulisnya sebuah buku peraturan mengenai lukisan bertajuk Lin Chuan Kau Chih, atau sebuah Esei Tentang Catan Landskap., oleh kuo hsi, terbit pada tahun 1070 A.D. Kuo hsi adalah seorang penulis, pujangga dan pelukis. Oleh itu, pendapatnya itu adalah berasas sebab dia berbicara berdasarkan pengalamannya sebagai pemikir dan pelukis. Contoh karya kuo hsi-

Buku kuo hsi tersebut menurunkan 6 prinsip.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pelukis mengamalkan meditasi Halbenda yang dilukis dihayati sebagai suatu struktur Halbenda yang dilukis diasingkan dari benda-benda di sekitarnya. Warna objek dilukis setepat mungkin Komposisi mesti sesuai dengan saiz kertas atau sutera Tiru karya silam dengan betul.

Ada 9 teknik penggunaan berus :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Hsieh-i = sketsa spontan gunakan dakwat Kung-pi = sapuan berus halus gunakan cat Chin-pi shan shui = landskap menggunakan garis luarbewarna emas dan hijau Shui-mo = satan dakwat tanpa warna Po-mo = dakwat tumpah atau renjisan dakwat Kan-pi = gunakan dakwat hitam jumat2 Fe-pai = tinggalkan kerts tanpa sapuan berus Mei-ku hua = gunakan cat tanpa sketsa Chih-hua = gunakan jari, kuku dan berus.

Falsafah catan cina : pelukis mesti menjadi tuan bukan abdi kepada berus, dakwat dan kertas/sutera. Pelukis menjiwai halbenda yang dilukisnya secara spontan berdasarkan perasaan sayang, hormat dan rendah diri.

Mengulas Karya :


Prinsip manakah yang dipakai oleh pelukis? Prinsip 2 : halbenda yang dilukis dihayati sebagai suatu struktur Prinsip 5 : komposisi mesti sesuai dengan saiz kertas/sutera Prinsip apakah yang dipakai? (fishing in a snowy river)

 

Prinsip 3 : halbenda yang dilukis diasingkan dari benda benda di sekitarnya. Prinsip apakah yang dipakai? (Buddhist patriarch) Prinsip 2 = halbenda yang dilukis dihayati sebagai suatu struktur

1. Teknik Hsieh-i = sketsa spontan gunakan dakwat

 

Traveling among streams. Buddhist temple in the mountains. Kuku panjang tnda darjat tggi. Kuo Hsi, sebuah esei tentang landskap, 1070 A.D. 9 teknik penggunaan berus. Tradisi China dalam bidang catan sampai kepada kemuncak kehandalannya pada zaman Sung. Dengan tertulisnya sebuah bukuperaturan mengenai lukisan yang bertajuk sebuah esei tentang catan lanskap oleh Kuo Hsi yang terbit pada 1070 A.D. Buku ini ditulis untuk pegawaipegawai kerajaan yang menggunakan masa lapangnya menulis dan melukis. Disebabkan negari China terlalu besar, dan pegawai-pegawai yang bekerja dengan kerajaan bilangannya bessar, maka Raja China menghendaki aktiviti melukis dan menulis itu dikawal. Salah satu ujian untuk dapat masuk berkhidmat dengan kerajaan ialah lulus peperiksaan yang menyoal, tentang prinsip-prinsip melukis China itu. Calon-calon dikehendaki menghafal

prinsip-prinsip tersebut dan mengamal prinsip-prinsip itu juga, yakni gabungan teori dan praktis yang menjadi ujian peperiksaan kerja dengan kerajaan itu. a) P.1 Pelukis atau calon mestilah mengamalkan meditasi yakni latihan setiap pagi merenung ke dalam hati/jiwa dan bertanya 3 soalan; i. Kenapakah aku wujud. ii. Untuk siapa aku wujud. iii. Bagaimana kewujudanku berakhir. Ketiga-tiga soalan itu dijawab oleh pelukis atau calon melalui latihan lukisan itu. b) P.2 Hal benda yang dilukis oleh calon itu mestilah terlebih dahulu menghayati sebagai satu keseluruhan yang saling kait mengait antara satu sama lain. Keseluruhan itu dipanggil struktur. Dengan adanya struktur, maka sesuatu karya itu mempunyai kekuatan dalaman sehingga pemeriksa-pemeriksa yang menengok karya tersebut merasa puas lantas meluluskan calon. c) P.3 Apa sahaja hal benda yang ingin dilukis oleh calon itu mestilah diasingkan dari benda-benda yang berada disekitarnya. Ini bererti calon memfokus kepada satu hal benda sahaja, dalam sesebuah karya. d) P.4 Warna benda yang dilukis itu mesti dilukis setepat mungkin disebabkan oleh kesukaran berbuat demikian, maka calon-calon dibenarkan menggunakan dakwat yang hitam sahaja asalkan bentuk benda yang dilukis itu menjadi. e) P.5 Sesuatu karya itu mestilah mempunyai susunan-susunan yang betul. Susunansusunan tersebut diberi nama komposisi. Sesuatu komposisi itu mestilah sesuai dengan saiz kertas atau sutera yang dipilih oleh calon itu. f) P.6 Calon mesti berlatih melalui sistem meniru karya-karya silam dengan betul. Dengan berbuat demikian, dia dapat melihat kekuatan serta kekurangan yang ada pada karya yang ditirunya itu. Karya-karya zaman ini : 1. Tanpa Nama Emperor Ming, Huang Travelling in Shu, 8 2. Shih Ko Buddhist Patriarch and Tiger 10 century. 3. Liang Kai The Poet Li Po. 13 century. SENI ZAMAN GUPTA 300-600 a.d Sumber seni india adalah agama hindu. Hindu itu berpunca dari kitab epic tebal bernama Mahabharata tertulis dalam bahasa Sanskrit pada tahun 200 B.C, sezaman dengan Greek Classic. Sebuah bab didalam Mahabharata bernama Bhagavad gita yang mengandungi puisi pujian. Watak pertama yang banyak berpuisi bernama krisna yang berdialog dengan watak bernama arjuna. Mereka bercakap tentang jiwa, jasad, hubungan manusia dan tuhan, cara2 yang mesti dipatuhi manusia supaya dia selamat. Seni india ada 5 prinsip : Prinsip 1 : membuat objek sebagai satu ibadah Prinsip 2 : gunakan batu dan besi supaya kekal. Prinsip 3 : ikut apa yang telah ditentukan oleh seni terdahulu Prinsip 4 : arca dibuat sebagai alat alatan berhala. Prinsip 5 : ikonografi dipatuhi : imej bernama Brahma, Vishnu, Shiva, tidak boleh disalahertikan sebagai dewa yang lebih rendah sifatnya seperti saraswati parvati, Lakshmi. Lambang2 mudra diikut. Fundamental of Indian Art

For an average Indian it is very easy to understand and appreciate Indian art since everything is both old and contemporary; everyday he lives with it. For foreigners also it is not difficult to appreciate it provided he or she devotes just a little time to know the background of the Indian traditions. The Indian traditions are manifested in Vedic literacy texts such as the Vedas, the upanisads, the epics, the puranas, the agamas and silpa-sastras. Art is not for art sake, it is for dharma. Vishnu. Dewa pelindungan. Isteri dia letchumy, dewi kewangan. Seni Omayyad Seni Abbasid Selepas berakhirnya kepemimpinan Khalifah Rashidun, yakni, Abu Bakar (632-634), Umar bin Khattab ( 634 644), Uthman bin Affan ( 644 656) Ali bin Talib (650 660) selama 28 tahun, Maka naik pula keluarga atau bani Muawiyah yang memerintah dunia Islam yang semakin meluas bumi taklukannya itu. Boleh dikatakan sejarah seni Islam bermula dengan pemerintahan Omayyad selama 110 tahun itu. Dengan kekayaan yang melimpah-limpah, dan tenaga kerja buruh kasar dan mahir yang dikerah dari negeri2 Kristian, Parsi dan Yunani, yang kalah, maka mereka melancarkan program pembinaan bangunan masjid dan istana yang berdiri hingga ke hari ini. Ada 6 nama bani Omayyad ini yang menjadi penaung seni yang besar. Mereka ialah: 1. Muawiyah (661 680), 2. Abdal Malik (685-705), 3. al-Walid I (705 715), 4. Umar (717 720), 5. Hisham 724 743), 6. al-Walid II (743 744). Bani Omayyad adalah pentadbir yang amat pintar, mengambil teknik2 pentadbiran dari dunia Yunani dan Parsi yang telah mereka takluki. Bani Omayyad memerintah dari Damascus di Syria, bukan dari Mekah atau Madinah seperti yang telah dilakukan oleh keempat2 Khalifah Rashidun di Tanah Besar Arab, atau Kufa di Iraq. Karya seni berkaitan dengan bani Omayyad ialah: The Dome of the Rock The Great Mosque of Damascus The Mshatta Palace The Great Mosque of Cordova Teknik2 pembinaan juga dipelajari oleh Bani Omayyad dari tradisi Greek dan Parsi, khususnya dalam membuat perhiasan mosaic, dan pengubahsuaian tema2. Tumbangnya pemerintahan Omayyad ialah kerana orang2 Arab dari Syria mulai memandang rendah orang2 Arab dari Iraq, dan orang2 bukan Arab, seperti orang2 Parsi dan Turki, sebagai warga kelas kedua. Ini menimbulkan rasa sakit hati yang meluas. Tambahan pula puak2 Arab di Iraq yang merasai bahawa orang yang patut memerintah ialah imam dari keturunan Ali bin Talib, yang ditewaskan oleh Muawiyah dahulu. Di sinilah bermulanya fahaman Syiah: yakni, kepercayaan bahawa dunia Islam mesti dipimpin oleh Imam keturunan Ali. Pemberontakan terhadap kekuasaan Omayyad dimulakan oleh seorang Parsi yang pintar bernama Abu Muslim di Khurasan, yakni, di utara Iran. Habis keluarga Omayyad

dibunuh, kecuali seorang yang sempat lari, yakni cucu Hisham. Cucu itu bernama Abdar Rahman sempat menyelamatkan diri, lari ke Espaniol, di mana pemerintahan bani Omayyad ditegakkan dan berterusan dari 756 ke 1031. Pemerintah yang mengambilalih bernama Abbasid, yang bermarkas di Baghdad, bermula dari 750 hingga ke 1258. Khalifah2 nya yang menjadi penaung seni ialah: 1. al-Mansur (754 775), 2. Harun al-Rashid (786 809), 3. al-Mamun (813 833), 4. al-Mutasim (833 842), 5. al-Mutawakkil (847 861), 6. al-Mutamid (870 892), 7. al-Muqtadir (908 932). Satu2 karya yang dibina pada zaman Abbasid yang masih ada ialah: The Great Mosque of Kairouan 836.

Seni Eropah Abad ke 19 Seni Neo-klasik berpunca dari Revolusi Perancis yang tercetus pada tahun 1789. Yang berlawan ialah dua pihak. Pihak feudal yang berkuasa di bawah King Louis XV, dan King Louis XVI. Pihak pemberontok, atau republican, dipimpin oleh Napoleon Bonaparte, yang menang Napolean memerintah Perancis mendirikan Akademi Seni Perancis, yang dipimpin oleh pelukis handalan Jacques Louis David (1748-1825). Dia menganjurkan kaedah pengajaran meniru figura Greek Classic, yang diberi nama Neoclassic, atau Neo-klasik. Stail Neo-klasik ini menganjurkan bahawa keindahan Greek mesti dikekalkan. Ini bergantung kepada ukuran kepala, bahu, badan, tangan, kali. Pelajar diajar meniru arca figura Greek klasik yang ada dalam muzium. Seorang ahli arkiologi Jerman bernama Johann Winckelmann yang menggali pada tahun 1760 dua tapak di Pompeii dan di Herculaneum yang telah tertimbus oleh ledakan gunung berapi Vesuvius pada tahun 79 A.D. Dia jumpa banyak arca figura Yunani Klasik yang diukur, disimpan, dan dikaji di dalam muzium. Hasil dari galian ini Winckelmann menulis buku The History of Ancient Art. Buku ini amat mempengaruhi gerakan Neo-klasik. Ciri Neo-klasik: harmoni, simitri, atau seimbang, dan keserupaan.

Bidang arca juga terpengaruh dengan gerakan2 yang mempengaruhi seni catan, yakni, fahaman Neo-Klasik, Romantik, dan Impresionisme. Meskipin gerak2 tersebut berpusat pada bidang catan, namun arca terkena juga tempiasnya seperti perubahan sikap terhadap soal apakah itu seni dan apa pula perenanan seniman di dalam masyarakat yang pesat berubah oleh Revoluis Industri.

Maka seni arca itu juga berubah menjadi bidang tempat pengarca menyuarakan dirinya dengan teknik2nya sendiri. Asalkan saja proportion atau kadar banding itu betul, tidak kekok, atau unprofessional, maka pengolahan sesuatu karya itu adalah bebas.

Semua pengarca abad ke 19 adalah terlatih di akademi seni. Ini bererti mereka diajar kaedah pengarcaan Neo-Klasik yang mementing keserupaan dan halbenda yang heroik, seperti perwira, pemimpin negara, pengarang besar, jutawan, jelitawan. Figura tetap berperanan penting, baik sebagai potret individu dan juga sebagai potret mitos. Pada permulaan abad ke 19, pahatan butiran atau detail itu dihargai. Pada akhir abad tersebut, pahatan saranan pula yang dihargai. Permukaan yang diasah licin pula diikuti oleh permukaan yang kesat dan menggeruti. Dengan demikian, muncul dua jenis penganjur. Yang pertama tetap kepada stail Neo-klasik yang berkulit licin; yg kedua tetap kepada stail Romantik yang sapuan berusnya kasar dan pengolahannya pula ringkas. Seni Eropah Abad ke 20 Seni Barat abad ke 20 mempunyai banyak aliran 1: Kiubisme 2. Ekspresionisme 3: Dadaisme 4: Futurisme 5: Surealisme 6: Abstrak Ekspresionisme 7: Sosial Realisme 8: Pop Art 9: Realisme Amerika 10: Conceptual Art 11: Pasca-modenisme Kiubisme (1907-1940) Kiubisme berasal daripada perkataan cube. Kiub yang ada 6 tepian pada satu jisim itu adalah bentuk yang tiga dimensi atau 3-D. Percubaan untuk mendatar atau menduadimensionkan 3-D ini terdapat dalam catan-catan Cezanne. Oleh itu Cezanne yang amat terbatas bakatnya itu dianggap pelopor gerakan ini, pelopor yang enggan, sebab sepanjang kerjayanya dia ingin melukis seperti David atau Ingres. Contoh, Mt. Saint Victorie oleh Cezanne. Premis Kiubisme adalah sama seperti gerakan-gerakan lain, yakni, membuat gambar. Tetapi para pelukis kiubis yang berusia rata-rata 20an pada akhir abad ke 19, and bermulanya abad ke 20, berada di ambang zaman peralihan. Ini disebut dalam bahasa Perancis yang sudah diterima ke dalam bahasa Inggeris fin de siecle (akhir zaman) dan lespirit nouveau (semangat baru). Oleh itu, mereka merasa terpanggil untuk melukis sesuatu yang baru, mencipta pictorial dislocation, atau imej tersalah susun. Andaian abad ke 19 ialah catan itu merakam dunia luar sebagai realiti tetapi kiubisme abad ke 20 pula merubah kedudukan: catan itu sendiri menjadi realiti. Perspektif tunggal diubah menjadi berbagai perspektif sehingga tiada perspektif langsung. Yang tinggal hanya perspektif yang ada antara pemerhati dan permukaan catan yang berada beberapa kaki di hadapannya.

Art Historian membahagikan kiubisme itu kepada 3 fasa.

1. Fasa Cezanne, 1907-1909, yang masih mementingkan tumbuhan-tumbuhan, landskap, figura; 1. fasa kedua, 1909-1924, yang analitikal dan sintetik, mementing serpihan, kolaj keratan akhbar. Contoh: Le Courrier oleh Georges Braque.; 1. fasa ketiga, 1925-1840, mementingkan simplifikasi yang berbentuk geometrikal. Contoh: Guernica oleh Picasso.

Avignon ialah sebuah Bandar di perancis yang masyur dengan wanita2 cantik. Picasso ingin melihat kecantikan itu dari sudut pecahan dan runcingan digabung pula dengan topeng2 afrika yang ditirunya daripada topeng2 yang dipamerkan di muzium di paris. Mengikut estetika orang putih, topeng itu hodoh maka figura yang terbentuk dengan garis luar secara ringkas. ( rujuk karya Pablo Picasso women of avignon) Semuanya ini menunjukkan bahawa penghayatan manusia itu selesa bukan saja dengan imej yang terlukis tetapi juga dengan barang2 buangan dan barang2 campuran yang disusun elok. Bila di frem dan dipamerkan maka apa sahaja boleh digelar seni ( rujuk karya georges Braque musical forms) Dalam catan sebesar mural ini, Picasso menyatakan rasa marahnya kepada pihak jerman yang mengebom sebuah kampong di spain yang bernama Guernica dua tahun sebelum perang dunia kedua (1939-1945). Kekerasan itu dilambangkan oleh kepala lembu dan kuda. Mangsa pula oleh serpihan tangan, muka, sejumlah kepala yang lehernya putus. Picasso menyusun olahannya secara pecahan yang bersudut sudut dengan segi tiga sebagai motif utama. (rujuk karya Picasso Guernica)

EKSPRESIONISME 1904-1914


Kata induk perkataan ekspresionisme ialah ekspres atau pengucapan buah fikiran dan rasa hati secara lantang, buas, tanpa segan silu, melalui susunan warna dan olahan bentuk melalui figura dan ruang sekitar. Objek2 yang berkaitan dipiuh, dipenyot, diputar, dipenyit, digelembung, dan dikempiskan asalkan saja tidak menyerupai rupa objek asal. Bermula di jerman berpusat di dua Bandar iaitu Dresdan dan Munich. Kumpulan di Dresdan bernama the bridge (bahasa jerman Die Brucke) yang bergerak daripada 1904-1914. Ia dipimpin oleh E.L Kirchner (1880-1938) dan dianggotai oleh Kathe Kollwitz (1867-1945). Emile Nolde (1867-1953) dan Max Beckmann(1884-1950) yang tidak mendaftar secara rasmi Di munich pula kumpulan ekspresionis itu bernama the blue rider aktif antara 1912 dan 1916 dipimpin oleh Wasily Kandinsky (1866-1944) dan dianggotai oleh Franz Marc (1880-1916), Paul Klee (1879-1940), dan Lyonel Feininger (1871-1956) The Blue Rider dan The Bridge berkongsi tiga ciri.

1. Menolak tradisi klasikal. Classical Tradition ini bererti sejarah seni Eropah yang bermula sejak zaman klasik Yunani, yang menekankan figura sebagai motif pusat untuk mengolah tema daripada mitos, sejarah, dan kitab Injil. Ekspresionisme melihat figura itu semata-mata untuk dicacatkan supaya gelora hati dapat dinyatakan. Ekspresionisme mengkaji dunia dalaman atau batin, bukan dunia luaran. 2. Mengambil motif daripada tradisi yang bukan Eropah seperti Afrika, Jepun, Oceania yang hasil seni itu kasar dan bengot. Bentuk-betuk tersebut lebih asli, segar, tulin sehingga dapat menyatakan perasaan yang sebenar. 3. Menilai pengalaman menghadapi kesulitan pahit melalui catan yang buruk sebagai penyelesaian sementara. Satu pengalaman mesti digambarkan oleh lebih daripada sebuah lukisan. Pengalaman melukis itu sendiri meransang lukisan-lukisan yang lain.


Cocotte ertinya pelacur, yang di dalam catan ini, berpakaian merah berdiri di kaki lima, dikeliling sejumlah lelaki berpakaian hitam, berbentuk runcing, seragam, tanpamuka. Satu ciri ekspresionisme ialah imej yang kabur, tanpa garis luar. Tujuannya ialah menolak latihan melukis secara akademik yang dis telah terima. Lagi tidak terlatih rupanya catan ini maka lagi tinggi nilai ekspresifnya. Kirshner sebagai seoran Jerman merasakan malu bila negaranya kalah dalam Perang Dunia Pertama. Dia salahkan diri, negara dan bangsanya. Catan ini protes atau bangkangan kepada nasih yang telah menimpa.

FUTURISME


berpusat di itali. Dipelopori oleh F.T Marinetti, seorang penyair, dramatis dan editor majalah puisi pada tahun 1909. Beliau menggabungkan seni dan sastera dua cabang ilmu yang mengikutnya adalah sebati sejiwa. Dalam majalah le Figaro yang terbit di paris, Marinetti menulis bahawa keindahan yang baru itu sebuah kereta racing, berbunyi macam machine gun. Estetika futurism ialah kelajuandan dinamisme. Pada tahun 1910, menerbitkan manifesto of the futurist painters di bandaraya turin yakni satu dokumen terawal yang merakamkan titik permulaan avant-garde eropah. Tujuan aktivis futuris adalah membasmi nostalgia dan sentimentality. Tidak hairan ketika mengumumkan manifesto tersebut mereka kene pukul orang ramai yang sakit hati. Petunjukkan drama merekadisorak dan dihalang. Mereka dilempar telur busuk. Reaksi beginilah yang mereka suka kerana ia membawa publisiti. Seorang aktivis futuris berkata bahawa futurist telah membuat masyarakat tertawa, mengherdik dan meludah. Tengok kalau2 futuris boleh membuat mereka berfikir. Futuris memuja peperangan kerana banyaknya jentera dan alat senjata. Mereka secara sukarela pergi ke medan perang bila perang dunia pertama (1914-1918) meletus dan ramai dikalangan mereka terkorban. Setelah perang selesai, mereka yang bernasib baik hidup tetapi cacat, kembali melukis secara tradisional yakni realism.

SURELISME


Bererti super-real yakni gabungan imej nyata yang tajam, jelas, tepat dengan keadaan yang luar biasa yang dicungkil daripada alam bawah sedar. Dengan demikian, adegan yang dilukis itu kerap menyerupai mimpi pure psychic automatism yakni pengucapan bebas tanpa kawalan akal yang waras. Seniman bebas mengatur objek2 dalam rekaannya itu tanpa terikat kepada perspektif, meneroka kea lam yang kurang rasional.

Dipengaruhi oleh seorang doctor perubatan bernama Sigmund freud yang membahagi otak manusia kepada 5 bhgian sedar, bawah sedar, tidak sedar, ego, id. Peringkat sedar itu menunjukkan kelakuan yang normal. Bawah sedar kelakuan yang tidak normal. Tidak sedar kelakuan gila. Ego keakuan diri yang berfikir merasa mahukan jatidiri. Id pula ialah rasa syahwat ingin seks, suka sembunyi. Kelima2 peringkat ini saling jalin menjalin tetapi pelukis surealis meneroka peringkat id, ego dan bawah sedar utk mencari bahan yang nanti diolah, disusun dan ditunggangbalikkan.

20the century Malaysian Art 1. 1900 1920 aktiviti melukis oleh the Penang Impressionist Society yang mula2 berdaftar ada 1896. Isteri2 mem expatriates melukis. Hanya pada tahun 1931 barulah Abdullah Ariff diterima masuk. 2. AA ikut stail impressionist dengan calitan cat bebas, rakam nature. 3. Pada tahun 1922, Sultan Idris Teachers College di Tanjong Malim mula memberi kursus Lukisan kepada pelatih yang nanti, sebagai guru, mengajar murid2 mengajar tentang warna, perspektif, dan halbenda. Di kolej tersebut pelatih juga terdedah kepada gambar2 ilustrasi dalam buku Shakespeare dan Charles Dickens. Mereka juga dapat maklumat dari majalah The Illustrated London News yang banyak melaporkan tentang perkembangan seni di Eropah seperti Realisme, Eskpresionism, Dadaism, Surealisme, nama seperti Renoir, Gauguin, Piccaso, dan Dali mulai disebut2. Maklumat beginilah yang memberi pendidikan seni secara informal kepada guru2 dan murid2 mereka. 4. Pada zaman Jepun antara tahun 1941-1945, AA melukis satira mengkritik pihak Inggeris dan Amerika, dan menyokong pihak Jepun yang memerintah Malaya. Tetapi selepas Jepun, kalah AA kembali bertugas sebagai guru di Anglo-Chinese school di Penang, berpihak kembali kepada Inggeris. 5. Pelukis2 seperti Kuo Ju Ping lebih selesa melukis adegan bangunan dan jalan raya di Penang, bermain dengan cahaya, menggunakan bahan murah seperti kerayon. Syed Ahmad Jamal dan Tay Hooi Keat telah pergi belajar seni halus di England pada lewat tahun 1940an. 6. Pada tahun 1950, Yon Mun Sen juga melukis pemandang2 dengan cat air yang cepat boleh disiapkan, dan dijual dengan harga satu ringgit kepada pelancong. Balai Seni Lukis Negara do buka pada 1958, setahun setelah Malay Merdeka pada 31 August 1957, sebagai menyahut kepada cabaran bahawa negara yang merdeka mesti mempunya BSNnya sendiri, sama seperti ia mesti mempunyai universiti dan prasarana kenegaraan yang lain, seperti mahkamah, tentera, polis, parliament. 7. Berbagai persatuan tertubuh pada tahun 1950an: 1. Penang Teachers Art Circle 1952 dipimpin oleh Tay Hooi Keat dan AA. 2. Majlis Kesenian/ Arts Council tertubuh pada 1952 di KL dipimpin oleh Mubin Sheppard yang nantinya menjadi Ketua Pengarah BSN yang pertama. 3. Wednesday Art Group tertubuh di KL dipimpin oleh Peter Harris. 4. Penang Art Society tertubuh di Penang dipimpin oleh Kuo Ju Ping. 5. Malay Teachers Union tertubuh pada tahun 1954 dipimpin oleh Mohd Noor bin Ahmad. 6. Majlisd Kesenian Melayu tertubuh pada 1958, yang telah menukar namanya kepada Angkatan Pelukis Semenanjung atau APS, dipimpin oleh Hoessein Enas yang membawa aliran realisme. 8. Abdul Latiff Mohidin pulang ke tanahair pada 1964 seletah tamat pelajar senilukis di Universiti of Fine Arts di Berlin, Jerman, memperkuatkan lagi fahaman akbstrak expressionsm. Lagaan antara karya yang abstrak dan karyta yang realis rancak pada tahun 1960an. School of Art and Design tertubuh di ITM untuk peringkat diploma, dan Bahagian Seni Halus tertubuh di USM untuk peringkat ijazah, pada tahun 1968. 9. Pada tahun 1974 ALM menubuhkan persatuan tidak resmi bernama Anak Alam, yang menggabungkan seni lukis, seni teater, seni puisi. Falsafah mereka ialah kembali merujuk kepada alam untuk keindahan dan pembersihan diri.

10. Pada tahun 1980, ramai pelukis2 muda pulang ke tanah air sesudah menamatkan pelajar di England, Peranchis, Australia, Amerika sehingga seni Malaysia menjadi rancak dengan berbagai idea dan fahaman. 11. Eksperimentasi ke atas hal benda dan bahan tetap diteruskan oleh pelukis-pelukis, dirangsang oleh definisi yag yang semakan terbuka. Ini adalah pengaruh Barat yang masuk terus menerus melalui media massa dan Internet. Pengaruh itu dapat disimpulkan dengan kata2: The finest work of art is the artist himself - karya seni yang tercantik ialah pelukis itu sendiri. Inilah yang membangkitkan semangat individualisme yang menyebabkan kurangnya orang mahu berpersatuan. Masing2 berkarya sendiri2. Persatuan Pelukis Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1980 itu hidup segan mati tak mahu. 12. Kerajaan memberi perhatian kepada perkembangan MMA sepanjamng dekat ini. Komitmen tersebut dapat dikaji melalui kedudukan BSLN, pindah randahnya dari alamat asalnya di sebuah bunglo 2 tingkat di 109 Jalan Ampang, KL yang dibuka oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 August 1958, hampir setahun selepas merdeka pada 31 August 1957. Bila koleksi bertambah maka BSLN berpindah ke Hotel Majestic, No. 1, Jalan Hishamuddin, depan stesen keretapi, pada May 21, 1984. Hotel itu direnovasi supaya ada cukup dewan pameran. BSLN menyediakan sebuah galeri khas di sebelah bangunan yang diberi nama Pusat Kreatif. Di sinilah pelukis2 tempat diberi peluang mengadakan pameran secara berseorangan atau berkumpulan. Ramai pelukis yang baru mendapat pendedahan berpameran di galeri ini, seperti Siti Zainon Ismail, Abdul Ghani Ahmad, Samjis Mat Jan, dan Lee Kian Seng. Disebabkan tempat itu tiada medan meletak kereta sehingga sukar untuk didatangi pelawat maka tempat baru didirikan di Jalan Temerloh, off Jalan Tun Razak. BSLN berpindah ke situ pada September 25, 2000. 13. BSLN juga mengadakan pameran besar2an bertajuk Melayasiaan Seni Lukis Malaysia: Soal Identiti dan meminta Dr. Zakaria Ali menjadi kuratornya. Di dalam kataloknya itu Dr. Zak menganjurkan bahawa identity Malaysia terletak pada kepelbagaian tradisi seninya, bukan kepada mana2 satu seni yang tunggal 14. Galeri Petronas pula mengeluarkan katalog pada tahun 2000 untuk pameran yang telah berlangsung pada tahun 1999 yang bertajuk Aku 99 yang juga mengolah tema identity melalui gambar potret diri. 74 pelukis dijemput ikut serta. Empat orang penulis pula dijemput untuk memberi ulasan di dalam katalog: J. A Anurendran, Zakaria Ali, Niranjan, Hasnul Saidon mengenai apakah yang dikatakan potret diri itu. Adalah pd itu rakaman muka semata, atau tunjuk ego, atau kaji diri, atau tunjuk lawa. Kesemua ini adalah motif yang merangka persoalan identity tersebut. 15. Aktiviti seni juga giat di Penang di mana Galaeri Seni Negeri PP, Galeri USM, CFA Art Gallery, The Art Gallery, Alpha Utara Gallaery, Galeri Seni Mutiara, Chng Huck Theng galeri serta banyak galeri kecil2an di tepi pantai Batu Feringhi yang mempamerkan karya2 seni baik untuk pasaran dalaman mahupun untuk pasaran pelancongan. Anggota persatuan seperti The Penang Teachers Art Circles, the Penang Watercolor society, the Penang Oil Painting society, Persatuan Pelukis Melayu Pulau Pinang, telah menyambung tradisi berpameran, baik secara sendirian mahupun secara berkumpulan. Agama Kristian dalam Seni Zaman Renaissance 1. Zaman Renaissance ialah zaman penuh dengan perkembangan minda orang Eropah. Mereka tolak andaian dunia ini leper, sebaliknya membina andaian baru bahawa dunia ini bulat. Sebab itu orang2 perintis batas belayar mencari negara2 asing. Christopher Columbus pergi ke Amerika. Alfonso d Alburquerque pergi ke Melaka dan menawannya. 2. Perkembangan semua cabang ilmu berkembang pesat. Bidang Ilmu sains, sastera, astrology, astronomi, perubatan, mendapat sokongan dari keluarga yang berada seperti Medici, yakni, tuan-punya banyak bank di Florence, menjadi penaong kepada ahli filasuf, yang berusaha menghidupkan kembali bidang falsafah dengan menterjemahkan karya Plato and

Aristotle dalam bahasa Greek, ke bahasa Italia. Kitab2 Plato yang telah lama hilang dijumpai kembali tersimpan dalam bahasa Arab. Dari bahasa Arab itulah diterjemahkan kembali ke bahasa Itali sehingga terselematlah tulisan2 Greek classic itu dari terpupus. pensejarah seni seperti Vasari, yang menulis buku Lives of the Artists. Leon Batista Alberti menulis buku, De Pictura atau Cara Melukis, yakni kaedah melukis dengan betul, berdasarkan ajaran Plato bahawa lukisan itu meniru alam, setepat yang mungkin. 3. Agama katolik juga bertambah kuat. Pihak gereja juga menjadi penaong atau patron of the arts yang terbesar dan terkaya, mengupah seniman seperti Michelangelo untuk mendesain bangunan St. Peters di Rome. Setiap gereja di Italia itu mahukan berbagai jenis lukisan untuk menghisai gereja, baik berbentuk cat minyak, atau mural yang dipanggil fresco. Upah yang gereja bayar lumayan sehingga para seniman berlumba2, berkelahi, bermusuh2an untuk mendapatkan kerja melukis itu dari pihak gereja yang turut sama makan suap, bersubahat, dan bermain politik, memilih kasih, dalam menyenaraikan pelukis yang terima bekerja, dan pelukis yang ditolak. Bernini bermian politik untuk medapatkan projek membina gereja St. Peters yang terbesar di Rome itu, malah yang terbesar di dunia. Michelangelo dapat projek membuat medici chapel di Florence yang menggabungkan semangat keugamaan dan juga semagat sekularisme. 4. Giotto adalah pelukis Renaissance yang mula2 sekali menggunakan kemangkatan Nabi Isa sebagai tema dalam lukisan muralnya yang bertujuan mendidik orang ramai yang rata2 buta huruf supaya mengetahui selok belok agama Kristian yang tertulis dalam Kitab Injil itu. Kisah2 Nabi Isa yang berkuasa luarbiasa menjadi tema para pelukis seperti Maccasio. khususnya yang Leonardo da Vinci jugs mendapat upah untuk melukis tema keagamaan, yakni, The Last supper. diyang menjadi tema pelukis2 yang mengharapkan dapat bekerja dengan gereja sebagai pembekal gambar2 Agama Islam dalam Seni Miniature 1. Miniature erti kecil, mini. Lukisan2 miniature dibuat pada permukaan surat dalam kitab untuk memperjelaskan lagi erti sesuatu teks itu. Biasanya teks itu ialah cerita yang bersifat epik, atau panjang, melibatkan beberapa watak yang baik dan yang jahat, bertempur dengan hebat. Dalam kitab bertajuk Maqamat oleh al-Hariri yang tertulis pada sekitar 1250an, kita dapat melihat penghidupan sehari2 yang dilaporkan dengan penuh detail. Detail2 tersebut dijelaskan lagi oleh illustrasi, atau lukisan yang biasanya dilukis pada muka surat yang sama. Dalam muka surat itu, lukisan miniature lebih besar saiznya daripada barisan teks. 2. Maqamat (Assemblies /Persidangan) ialah karya oleh al-Hariri (1054-1122). Di dalam cerita ini heronya bernama Abu Zayd, yang bertindak nakal, ketua penyamun, yang mempermangsakan penggembara di padang pasir dalam perjalanan dari satu caravanserai ke caravanserai. Abu Zayd ini amat popular di kalangan rakyat biasa yang mendengar cerita mengenainya itu. Dia semacam lambang yang dikagumi disebabkan oleh keberanian, merompak orang2 kaya, dan mengagih2kan dapatannya itu kepada kawan2nya yang rata2 miskin. Walaupun kepada orang yang kena rompak dia jahat; kepada orang2 yang menerima pertolongannya dia baik. Watak yang ambiguous atau kabur inilah yang menyebabkan dia disukai ramai. Orang ramai dapat mengidentifikasi dengan Abu Zayd yang berperangai seperti mereka juga. Tidak seratus peratus baik macam malaikat; atau seratus peratus jahat macam syitan. Abu Zayd manusia biasa yang cerdik, tetap menggunakan akalnya untuk melepaskan dirinya bila tersepit. Bibit2 adventurenya itu memberi peluang kepada pelukis untuk menggambarkan adegan2 yang hampir menyerupai komik moden. Terdapat Abu Zayd berdebat dengan Kadhi, berhubung dengan soal hokum hakam, keadilalan dan ketidakadilan. Dia berjumpa dengan governor untuk menjual seorang budak yang lawa, padahal budak itu adalah orang tua yang dicantikkan supaya kelihatan muda. 3. Dalam kitab Maqamat itu banyak cerita2 lain dimuatkan seperti ilmu perubatan herbal sehingga banyak sekali lukisan2 pepohon, dengan daun, batang, ranting dan akar dilukis yang

disenaraikan khasiatnya untuk mengubat segala macam penyakit. Gagitu juga gambar2 binatang yang berguna dalam ramuan perubatan dilukis seperti rusa, burung2, belalangm kupu2, arnab. 4. Kitab Shah Nameh (Buku Untuk Raja2) oleh Firdawsi Tus tertulis pada tahun 1614, atas naungan Shah Abbas I (1557- 1629). Firdawsi mengambil 35 tahun untuk mengarang kitab ini yang mengandungi 50,000 puisi, mengesahkan tentang adventure watak2 Rustam, Khasraw, Bahram Gur. Agama Buddha dalam Seni Jepun 1. Agama Buddha di Jepun meninggalkan kesan paling mendalam ke atas perkembangan sejarah seninya. Ajaran Buddha merebak masuk ke pulauan Jepun pada 552 A.D. oleh mubaligh Korea. Selepas itu sejarah seni Jepun menempuhi 8 period: 1. Asuka (552-645). 2. Nara (645 -794). 3. Jogan (794-897). 4. Heian/ Fujiwara (897-1185). 5. Kamukura (11851333). 6. Nambokucho (1333 1392). 7. Muromachi (1392-1573). 8. Momoyama (15731615. 9. Edo (1615-1868). 10. Moden (1868 kini). 2. Agama Buddha pula melalui transformasi yang dipengaruhi oleh budaya tempatan. Buddha is Sri Lanka menghasilkan seni yang watak figurannya meyerupakai orang Sri Langka. Buddha di Thailand menghasilkan watak figuranya menyerupai orang Thai. Buddha di Jepun menyerupai watak figura orang Jepun. 3. Agama Buddha itu diperthalus oleh orang2 Jepun sehingga mencipta semacam agama baru bernama Zen Buddhism. Buddha asal mempunya dua mazhab: Hinayana dan Mahayana. Mazhab Hinayana merebak di Sri Lanka dan Asia Tenggara. Buddha Mahayana pula mereka ke negeri China, Korea, dan Jepun. 4. Zen adalah ajaran yang mengajurkan bahawa pengikutnya berfikir sendiri untuk menggembangkan potensinya, melalui latihan yang sukar, perit, dan berpanjangan. Zen menggalakkan meditasi atau renungan ke dalam diri sendiri secara bersendirian, tanpa bergantung sangat kepada buku2 agama, arahan2 zen masters yang terdahulu. Zen mengharga intuition, atau gerak hati. 5. Seni Jepun mencerminkan fahaman Zen itu dalam pemilihan hal benda secara teliti dan berhemah. Setiap benda yang dilukis dan dirakam mesti dibuat dengan halus, baik figura manusia dalam media cetak kayu, cat air, atau seketul batu dan sebilah rumput dalam susunan taman di sekitar rumah. Zen amat mementingkan kesepian. Seni Jepun menggambarkan kesepian sebagai halbenda yang memungkinkan pelukis atau seniman mencapai keutuhan fikrah dirinya yang kemudian disalurkan kepada pemerhati yang memandang karyanya itu. 6. Seni Jepan menghragai apa saja benda seperti adanya, seketul atau sekepiung kayu, seketul atau selonggok batu, selepak atau sepentas tumbuhan2 rumput atau lumut sebab keasliannya itu adalah wadah yang menjamin keindahan. Dengan keindahan maka tercapailah ketenangan dalam meditasi atau renungan. Seni Jepun tidak boleh dipandang dengan cepat atau rengkas. Setiap karya Jepun mesti direnung dengan minda yang kosong, terbuka, sehingga seni itu meresap masuk dan mengisi minda dengan kepuasan. Kritikan dan Apresiasi Karya Agung: Kritikan bererti mengupas sesuatu karya dari segi formal: yakni, warna, garis, isi, bentuk, olahan, dan stail. Apresiasi bererti menyatakan sebab2 kenapa kita suka, atau tidak suka, sesuatu karya itu. Gunakan kaeadah description bila kita berbicara tentang isu2 formal. Kita tafsir atau interpret bila kita mengapresiasi, mengetengahkan sebanyak butir visual yang mata kita nampak. Kita sendiri meletakan makna, atau meaning, bila mengolah maklumat visual itu. Karya untuk diulas: 1. Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci

2. 3. 4.

Christinas World oleh Andrew Wyeth Nighthawaks oleh Edward Hopper Li Po Chanting a Poem oleh Liang Kai

Kuliah Kritikan dan Apresiasi Karya Agung 1. 2. 3. 4. Dome of the Rock. Tahun: 687 691 Penaung: Khalifah Abd al-Malik Tempat: Jerusalem

Kaedahnya. 1. Cari maklumat tentang bangunan ini melalui buku-buku, majalah-majalah, info dari Internet. 2. Kaji gambar-gambar mengenainya: dari pelbagai sudut, dari selatan, utara, timur, barat, malah dari atas, hitam putih, color, video. Kepelbagaian views ini memberi gambaran yang lebih lengkap. 3. Kaji pelan bangunan ini yang mengandungi tindihan dua segi empat yang tersisih 45 darjah dari satu sama lain. Bila disambung hujung dua petak segi empat ini maka terjadi pelan berbentuk octagonal, yang mempunyai 8 sisi. 4. Pembahagian tiang: ada 4 tiang besar di tengah-tengah, diselangi oleh pasangan 3 tiang antara satu tiang besar dengan tiang besar yang lain. Empat tiang besar itu menampung satu drum yang di atasnya terletak kubah. Di bawah kubah inilah terletak tapak batu yang kita percaya menjadi titik permulaan Nabi Muhammad naik ke langit dalam peristwa Mikraj. (Quran: Surah XVII: 1) 5. Di luar bulatan ini ada dua lapisan lingkaran. Antara lingkaran dalam dan lingkaran luar ada barisan sejumlah tiang-tiang: 8 tiang besar yang diselang-seli oleh dua tiang kecil. 6. Pintu masuk disusun mengikut kompas terbuka ke utara, ke selatan, ke timur dan ke barat. 7. Hiasan mosaic menghiasi dinding, tiang, dan kubah. Juga dihias dengan kaligrafi, ayatayat Quran ( 33: 56, 17:111, 64: 1, 57:2, 33: 54 ) yang terpilih, sepanjang 240 meter, berbentuk Kufik. Di luar banguan pada drum itu tulisan 6:12 dan 7: 156 diakhiri dengan nama Mamun, yakni, Khalifah Abbasiah bertarikh 831, yang mengganti nama asal Abd al-Malik Khalifah Umayyah yang lebih awal. Kamu boleh agak kenapa pembesar yang terkemudian mengganti nama orang yang terdahulu pada salah satu bangunan yang terulung dalam kesenian Islam. 8. Kamu boleh bercerita tentang bangunan ini secara keseluruhan berdasarkan pelan, atau sekeping gambar yang menunjukkan satu sudut pandangan, atau secara kecilan menggambil bahagian-bahagian yang menarik perhatian kamu. Umpamanya pintu, atau kubah, atau hiasan mosaic bunga-bungaan, atau kaligrafi. Islam: Masjid2 Nusantara 1. Iklim tropika di Asia Tenggara menggalakan pembinaan menggunakan kayu seperti jati dan cengal yang tahan lama, kalis anai2 dan tidak rapuh oleh cuaca. Berbeza dengan cuaca di Timur Tengah, atau Afrika Utara di mana cuaca kering, diselubungi oleh tanah gurun yang penuh pasir dan batu. Seni Bina di sana menggunaka batu2 yang boleh dikuari dengan bantuan pekerja yang banyak dan percuma. 2. Seni bina masjid di tanah Melayu atau di Jawa menyambung tradisi binaaan tempatan yang berasaskan kayu. Ciri pertama ialah bangunan berlantai tinggi dari paras bumi, seperti rumah Melayu tradisional yang mempunyai fungsi kemasukan arus angin untuk menyejukkan suasana dalam. Ciri kedua ialah bumbungnya tirus untuk membiarkan air hujan mengalir

cepat. Ciri tiga ialah bumbungnya tinggi untuk membiarkan putaran udara dalaman, dan mengurangkan terik mata hari. Ciri keempat ialah banyak banyaknya tingkap, juga untuk aliran udara. 3. Kesemua cirinya terdapat pada masjid Kg. Laut di Kel;antan yang diagak terbina pada tahun 1750an, walaupun bukti bertulis tiada. Agakan tarikh ini berdasarkan stail binaan yang mirip menyerupai Masjid Demak di Jawa yang terbina pada tahun 1479, dengan adanya bukti bertulis. Tarikh masjid Kg. Laut berdasarkan cerita lisan, cerita atas cerita, pendapat yang dikutip berulangkali sehingga nampaknya sah. Masjid Demak mempunyai bumbung atau atap tiga tangkup 4. Masjid Demak pula dibina oleh Sunan Kalijaga, salah seorang mubaligh dari gulongan wali songo. Seperti rumah suci Hindu yang terletak di atas tanah, Masjid Demak pun demikian pula. Lagenda mengatakan bahawa Sunan Kalijaga menegakkan tiang tengah yang dipanggil suko-guru dalam satu malan menggunakan papan2 lebihan. 5. Masjid Sendang Duwur terleak di Jawa Timur dekat Surabaya, pada tahun 1563, di atas puncak sebuah bukit. Masjid ini juga adalah bukti peranan wali Songo yang menyebarkan Islam di kalangan penduduk Hindu yang kemudian masuk Islam. Haram utama masjid ini tiada tingkap, kecuali tiga pintu menghara ke arah penjuru angin. Minbarnya mempunya wajah makara, seperti juga yang terdapat di gerbang. Ini menunjukkan kuatnya pengaruh seni Hindu