Anda di halaman 1dari 2

INOVASI PEDAGOGI (RODA BESTARI)

Inovasi pedagogi yang saya kemukakan adalah peralatan yang dinamankan


“Roda Bestari”. Dalam menghasilkan inovasi ini, saya mendapat idea daripada
permasalahan yang timbul sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung. Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
pelbagai aktiviti telah dirancangkan bagi menarik minat murid untuk belajar.
Hasilnya murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Permasalahan yang timbul adalah sewaktu saya bertanyakan soalan-soalan kepada
murid. Ramai murid secara sukarela bangun untuk menjawab soalan yang telah
diberikan. Situasi ini menimbulkan suasana yang agak tidak terkawal kerana murid
berebut-rebut untuk menonjolkan diri bagi menjawab soalan. Bagi saya, situasi
begini agak sukar untuk mengendalikan murid. Jika dipilih seseorang murid, maka
murid yang lain akan terasa. Kadangkala mereka mempertikaikan mengapa mereka
tidak dipilih sedangkan mereka beranggapan mereka lebih layak daripada rakan
mereka yang dipilih untuk menjawab soalan.
Situasi sebegini jika dibiarkan berlarutan dan berterusan sudah tentu akan
menimbulkan satu keadaan yang tidak baik dalam bilik darjah. Murid yang tidak
dipilih untuk menjawab soalan mungkin akan terasa dan berkecil hati terhadap
tindakan guru memilih orang lain. Bagi murid, mereka sangat mengharapkan guru
memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada mereka. Jika mereka
mendapat tumpuan dan perhatian daripada guru, sudah tentu mereka akan berasa
dihargai dan berbangga. Bagi guru, adalah mustahil untuk melaksakannya dengn
batasan masa dan bilangan murid yang ramai.
Sebagai seorang guru, saya seboleh-bolehnya memberikan perhatian dan
tumpuan yang sama rata terhadap setiap murid. Namun sebagai manusia biasa
yang mempunyai hati, perasaan dan emosi kita kadangkala tidak menyedari apa
yang kita lakukan kadangkala akan menyinggung pihak lain. Dalam kes pimilihan
murid untuk menjawab soalan, saya cuba untuk seadil-adilnya memberikan setiap
murid peluang untuk melibatkan diri dalam menjawab soalan yang diajukan. Namun
begitu sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita akan melakukan kesilapan.
Kadang kala kita cenderung untuk memilih murid yang sama bagi menjawab soalan
sedangkan murid yang lain mengharapkan mereka dipilih.
Selain itu kadang-kala, faktor keupayaan dan kepandaian seseorang murid
dalam kelas menjadi pemberat yang membuatkan mereka sentiasa dipilih dan nama
1
mereka sentiasa disebut dalam kelas. Tetapi bagaimana pula murid yang kurang
berkebolehan, lembab dalam pelajaran dan kurang menonjolkan diri. Jika guru
memilih murid-muird seperti ini, kadang-kala murid yang lain terutamanya murid
yang cerdas merasakan rakan mereka itu tidak layak menjawab persoalan yang
ditimbulkan berikutan lambat memberikan jawab, tergagap-gagap dan sebagainya.
Bagi murid mereka tidak memikirkan apa yang dilakukan oleh guru itu adalah untuk
kebaikan dan kepentingan bersama.
Dalam situasi sebegini, murid ada kalanya mengatakan guru pilih kasih
terhadap murid yang tertentu dan hanya memberikan peluang untuk murid yang
berkenaan sahaja untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Selain itu dalam
situasi yang lain pula, ada sesetengah murid yang memencilkan dan mendiamkan
diri ketika guru bersoal jawab dengan murid. Mereka ini merasakan tidak perlu
melibatkan diri dalam kelas memandangkan ramai rakan mereka yang sudah
melibatkan diri dalam sesi soal jawab yang dijalankan.
Dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul ini, saya telah mendapat
idea untuk mencipta bahan yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan yang dinamakan “Roda Bestari” ini dapat digunakan bagi
kesemua matapelajaran tanpa mengira tahap dan kebolehan murid. Penggunaan
alat ini dapat memberikan satu suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Ini
kerana faktor pemilihan murid adalah secara random, di mana guru akan
memutarkan roda yang mengandungi nama-nama murid. Apabila roda berhenti
berputar, dan jarum menunjukkan nama murid, maka murid yang berkenaan akan
dipilih untuk menjawab soalah yang dikemukakan oleh guru.
Penggunaan kaedah ini lebih berkesan kerana beberapa faktor. Antaranya
ialah guru akan memilih murid berdasarkan pemilihan secara random dan bukannya
mengikut tahap kemampuan murid, emosi guru dan faktor-faktor pengaruh luaran
dan dalaman yang lain. Dengan kaedah ini juga, murid tidak akan mempertikaikan
tindakan guru terhadap pemilihan seseorang murid. Ini kerana mereka sendiri dapat
melihat siapakah yang terpilih untuk menjawab soalan melalui alat yang digunakan
ini.

Anda mungkin juga menyukai